Wednesday, 30 November 2011

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT P077 TANJONG MALIM


ISU-ISU HANGAT DAN TERKINI

PENCERAMAH:
YB. DATO' SERI  ANWAR BIN HJ.IBRAHIM,
YBHG JENERAL (B) DATO’ ABDUL HADI KHATTAB ,
DR. MUHAMMAD NUR MANUTY,
YB. DATO' SERI HJ. NIZAR B. JAMALUDIN,
DATUK NGEH KOO HAM.

TEMPAT:
NO.4 KAMPUNG KELAN HALT,
SIMPANG FELDA SUNGAI BEHRANG,
SLIM RIVER,PERAK.

TARIKH:
2 DISEMBER 2011

MASA
09.00 MALAM.

ANJURAN:
ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK)
CABANG TANJONG MALIM.

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR
(UAR-UARKAN KEPADA RAKAN DAN TEMAN)

Tuesday, 29 November 2011

Perutusan PAS Perak Sempena Maal Hijrah 1433

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Selamat menyambut Maal Hijrah ke 1433 kepada seluruh muslimin dan muslimat. Tidak lupa untuk kita panjatkan doa kepada yang Maha Pencipta agar dikuatkan iman yang lemah untuk kebahagiaan di kehidupan yang kekal abadi kelak.

Tidak semua yang terkandung di dalam sejarah hijrah itu mampu untuk kita ungkapkan di ruang yang amat terhad ini. Namun kita tidak mahu ketinggalan untuk menatapi mutiara hijrah yang tak pernah padam itu. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dialah yang telah menjadikan malam dan siang silih berganti bagi sesiapa yang mengambil pelajaran atau ingin bersyukur.” (Al Furqan: 62)

Kedatangan awal Muharram mengingatkan kita tentang sejarah hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Sambutlah dengan keazaman yang berkobar-kobar yang disulami dengan muhasabah dan semangat perjuangan.

Begitu indah dan bersopannya umat Islam jika segala perjalanan hidupnya berlandaskan syariat dan adab-adab Islam. Kita ambil sistem dan peraturan Islam untuk kita aplikasikan dalam semua aspek kehidupan secara total, meningkatkan mutu ibadah dan menunaikan segala tanggungjawab sebagai hamba nescaya hati kita akan lebih tenang dan yakin, mendapat keberkatan bahkan mampu mengembalikan semua kegemilangan Islam.

Sempena Maal Hijrah dan tahun baru ini adalah masa yang tepat untuk kita memperbaiki mana yang silap. Menggilap segala aset dan potensi yang ada dalam diri kita. Sesunggungnya Allah Maha mengasihi hamba-hambanya yang bertaubat.

Berhijrahlah daripada yang tidak baik kepada yang baik, daripada yang baik kepada lebih baik. Sesungguhnya kita adalah umat terbaik.

Masalahnya apakah bekalan kita? Bekalan jalan ini hanya satu sahaja iaitu TAQWA, merasai kebersamaan dengan Allah dan penuh yakin dengan Janji Allah yang pasti benar . Firman Allah maksudnya: “Dan merupakan hak kami untuk menolong orang-orang yang beriman.” (Ar Rum: 47).
Salam Muharram dan ingatan ikhlas daripada PAS Perak sempena Maal Hijrah 1433 H.

Ikhlas Dari
Ustaz Abu Bakar Hussain

Saturday, 26 November 2011

SEKITAR MAJLIS MAKAN MALAM PAKATAN RAKYAT KAWASAN TANJUNG MALIM

Pada 25.11.2011 telah berlangsung satu  Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat Kawasan Tanjung Malim anjuran PAS Kawasan Tanjung Malim.Majlis yang diadakan di Dewan Cina Slim River itu mendapat sambutan dan sokongan anggota parti PAS,Keadilan, DAP dan individu tanpa parti atau masyarakat yang menyokong Pakatan Rakyat .Majlis berlangsung selepas waktu maghrib itu turut dihadiri oleh beberapa pemimpin  Pakatan Rakyat peringkat,cawangan,kawasan, negeri dan juga pusat.Pada 2.12.2011 nanti akan diadakan satu lagi program makan malam anjuran PKR Bahagian Tanjung Malim bertempat di dewan Cina Tanjung Malim.Tiket atau tempahan meja boleh dilakukan melalui AJK Program majlis tersebut.Dato' Sri Anwar Ibrahim dijangka menjadi kenamaan pada majlis itu.