Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday 30 November 2012

Naib Ketua Wanita UMNO Semporna Sertai PKR




PETALING JAYA 30 Nov. - Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Semporna, Kalasahan Abdul Salam membuat pengumuman rasmi meninggalkan UMNO dan mengisytiharkan dirinya menyertai PKR.

Beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini menjelaskan, tindakan drastik tersebut adalah ekoran rasa hilang keyakinan terhadap kepimpinan Ketua UMNO Bahagian Samporna Datuk Seri Shafie Apdal.

Kalasahan juga menegaskan, Naib Presiden UMNO itu mengamalkan dasar pilih kasih dan amalan kronisme yang menebal dalam kepimpinan parti.


"Kepimpinan UMNO Bahagian Semporna sudah jauh tersasar dari perjuangan asal. UMNO Semporna sama ada di peringkat Bahagian ataupun cawangan tidak ditadbir urus berlandaskan perlembagaan parti kerana terlalu banyak berlaku ketidaktelusan dalam pentadbiran serta perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian Umno Semporna," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sidang media tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan beberapa wakil pimpinan yang lain.

Beliau juga menyelar kegagalan kepimpinan Shafie Apdal dalam mengatasi beberapa masalah paling utama kawasan Parlimen yang diterajuinya termasuklah kekurangan bekalan air dan ketidakstabilan bekalan elektrik.

"Sepatutnya, sebagai menteri penuh yang bertanggungjawab terhadap pembangunan luar bandar, beliau telah gagal secara total dalam menjalankan tanggungjawab memajukan Samporna," dakwanya lagi.

Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang diterajui Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Beliau (Datuk Seri Shahrizat) terlalu lembut maka itu saya tidak suka. Saya juga kesal, nama Wanita Umno turut tercemar berikutan kontroversi itu," tambahnya.

Sebelum ini, beberapa Pemimpin Barisan Nasional (BN) telah bertindak meninggalkan parti komponen tersebut yang antara lainya termasuklah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin.Foto : Blog Omak Kauhttp://klpos.com/politik/28571-kecam-menteri-naib-ketua-umno-samporna-sertai-pkr

Dituntut bayar RM302.05 walau tak guna internet

Khairil Abdul Rahim,30 Nov 2012

TEMERLOH: “Harapkan apabila dapat netbook daripada kerajaan dapatlah membantu pelajaran anak, tetapi rupa-rupanya langsung tidak boleh digunakan kerana ketiadaan internet.


“Sudahlah begitu, kini sampai pula surat saman minta dijelaskan walhal netbook itu tidak pernah digunakan,” demikian keluh seorang pesara kerajaan ketika mengadu di pejabat PAS Pahang di sini hari ini.

Rameli Kassim, 57, berkata pada April tahun lalu anaknya Raida Syahiza menerima netbook percuma melalui Sekolah Menengah Dato Bahaman Lanchang, tetapi tidak boleh digunakan kerana kawasan internet percuma hanya berada 60 kilometer dari rumahnya di Taman Bunga Raya.

(Gambar: Rameli menunjukkan surat tuntutan tunggakan bil internet yang tidak pernah beliau gunakan.)

Menurutnya, kira-kira sebulan selepas anaknya menerima netbook, telah sampai bil menuntut bayaran caj internet sebanyak RM25 (sebulan) sedangkan ia tidak pernah digunakan.

“Saya kemudian pergi ke pejabat TM di Mentakab mengadu hal berkenaan dan minta ditamatkan perkhidmatan kerana tidak pernah sekalipun menggunakan internet,” jelasnya.

Tambahnya, bil tuntutan tetap sampai setiap bulan sehinggalah beliau menerima notis tuntutan daripada peguam TM yang meminta dijelaskan tunggakan sebanyak RM302.05 dalam masa tujuh hari.

Bapa kepada lima orang anak itu berkata, yang beliau kesalkan ialah tidak ada pihak sekolah ataupun TM sendiri yang menerangkan kepadanya tentang pakej atau syarat tertentu semasa menerima netbook itu dulu.

Tegasnya lagi, beliau sudah mengadu kepada unit aduan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tetapi tiada sebarang respons.

“Apa yang saya harapkan ialah keadilan kepada saya. Wang RM300 itu mungkin dianggap kecil oleh sesetengah orang, tetapi dalam keadaan kos hidup yang melambung tinggi ini tentulah tidak patut untuk saya bayar apa yang saya tidak pernah guna,” tegasnya.

Thursday 29 November 2012

Maafkan Kami,Sokong BN,Kekalkan BN

Maafkan kesilapan lalu, Najib mahu BN dikekal
Wartawan Sinar Harian
29 November 2012
Najib minta maaf kesilapan lalu, mahu rakyat terus sokong BN
Najib memeriksa perbarisan sempena perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh Rosli Talib

KUALA LUMPUR - Sambil menegaskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan "pilihan raya yang biasa", Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas kekhilafan yang wujud masa-masa lalu.

Dilihat cuba menjelaskan bahawa pengundi tidak sewajarnya menghukum atas kesilapan dan kelemahan yang wujud sebelum ini pada PRU13, Presiden Umno berkata, "bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah."

"Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan," kata beliau yang awal tahun ini pernah menzahirkan perkara yang sama di Selangor dan Kedah.

[UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO 2012]

Dalam ucapan dasar yang disampaikan pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Dewan Merdeka, Najib berkata, Umno tidak akan membiarkan negara ini hancur dan runtuh di sebabkan tindak tanduk pihak yang mentabur fitnah.

"Sudah barang pasti Umno tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula.

"Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri," kata beliau dalam ucapannya yang mengambil masa hampir 90 minit.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, PRU13 ini bukanlah satu pilihan raya yang biasa. Ia merupakan titik penentu kepada destini rakyat dan negara.

"Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak kita.

"Antara sebuah Malaysia yang maju  berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama, atau, Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis," kata beliau.
Najib menambah, hasil kerja keras setiap generasi telah membentuk Malaysia, yang dikagumi rakan dan dihormati taulan.

"Siapa menjangka bumi yang sarat  dengan segala rencam ini, mampu melepasi, apatah lagi berjaya menangani cabaran bernegara.

"Pilihannya juga amat jelas, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama, atau didewasakan dengan kebencian yang membara.

"Di satu sudut, jalan mulia yang telah terintis semenjak merdeka, bersiram darah, bermandi air mata dan dibasahi keringat para patriot sepanjang zaman," katanya lagi.

Najib berkata, beliau selaku Presiden Umno bersama-sama timbalanya serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama ALLAH dan Rasul-Nya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam.

"Walau apapun rintangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, Umno tidak akan berpulang walau setapak, Umno tidak mungkin berpatah jalan.

"Umno takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. Umno dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam," katanya lagi.

Malah kata beliau, pihaknya akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangani hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik.

"Kita akan bersaing untuk setiap undi,  kita akan berusaha untuk meyakinkan setiap rakyat Malaysia, kita juga akan mengetuk setiap pintu hati dan membuka setiap gerbang harapan.

"Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa, Umno dan Barisan Nasionallah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia," kata beliau.

Umno tegar juang Islam, tegas Najib
29 November 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Umno akan sentiasa memperjuang dan mempertahankan Islam dan menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendukung fahaman pluralisme mahupun liberalisme.

Presiden Umno berkata kedudukan Islam akan terus dipertahan seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan parti dan sesuai dengan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan.
  
 
"Ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi bahawa Umno komited bagi terus mempertinggi Islam berteraskan maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan.

"Di atas pentas perhimpunan ini juga, kita mahu menyatakan tanpa berbasi-basi lagi bahawa kita menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendukung fahaman pluralisme mahupun liberalisme," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden bertemakan 'Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional' sempena perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, hari ini.


Berucap di hadapan 2,759 anggota perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Najib turut menolak keras dakwaan sesetengah pihak bahawa Umno parti nasionalis yang sekular.

Menyifatkan tuduhan itu 'amatlah tersasar', Najib berkata selama ini Umnolah yang membolehkan Islam diamalkan sebagai cara hidup yang syumul di negara ini di sebalik kepelbagaian Malaysia sebagai sebuah negara berbilang etik, budaya dan agama.

 Masjid Arrahman 

Najib berkata banyak telah dilakukan oleh Umno dalam memastikan kelangsungan Islam di negara ini yang menyaksikan syiar Islam bukan terbatas di bidang ibadah sahaja bahkan merangkumi lapangan munakahat, muamalah dan jinayah.

Katanya penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji membolehkan umat Islam menabung dan mengerjakan ibadah haji secara sistematik, khidmat perbankan dan kewangan Islam diperluas, malah Malaysia yang diiktiraf sebagai negara Islam contoh turut menyumbang kepada kesejahteraan di seluruh dunia menerusi pasukan pengaman, pemerhati dan perubatan yang dihantar ke negara Islam berkonflik seperti Bosnia, Somalia, Lubnan dan Afganistan.

Malaysia juga, katanya komited untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Palestin, malah mungkin menjadi negara pertama membuka kedutaan di ibu kota Palestin yang merdeka dan berdaulat kelak.

"Merujuk semua itu, janganlah sumbangan kepada Islam diukur hanya dengan tahap retorik dan kuatnya bunyi pekikan slogan semata-mata, sedangkan sumbangan sebenar serta isi kandungannya tidak seberapa," katanya.

Sinis menempelak sikap pembangkang yang mendoakan kecelakaan Umno, Najib berkata Umno tidak rela untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam dan tidak sekali-kali akan mencaci atau menista saudara seagama seperti yang dilakukan parti lawan.

"Jadi kita ingin berpesan cukup-cukuplah cuba memperdaya rakyat. Suatu ketika dahulu Umno dituduh kafir melalui amanat Tuan Guru (Datuk Seri Hadi Awang)...Umno dicap kafir kerana bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam, kononnya tidak menyokong penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud," katanya.

Kesan amanat pada 1981 itu menurut Najib bukan sahaja telah memecahkan perpaduan, tetapi menanam benih-benih kebencian di kalangan sesama Islam.

"Natijahnya muncullah tragedi Memali, peristiwa Lubok Merbau, kejadian sembahyang dua imam, perceraian suami isteri, perseteruan keluarga serta wujudnya fahaman haram memakan sembelihan oleh orang-orang Umno," katanya.

Bagaimanapun, kata Najib, di sebalik tohmahan dan propaganda jahat pembangkang yang diasak kepada Umno, perjuangan parti itu dalam memartabatkan Islam di Malaysia dan seantero dunia tetap menyinar dan dipersadakan.

Malah terbaru, Malaysia diletakkan di tempat kelima teratas dalam pematuhan Indeks Syariah Malaysia yang dikendali sekumpulan ulama antarabangsa, kata Najib. - Bernama.

Najib isytihar Umno sudah berubah, ahli mahu PRU sekarang
G MANIMARAN
29 November 2012
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Umno, parti yang diketuai sejak Mac 2009, sudah mengalami perubahan sepenuhnya dan kini bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan tahun depan.
Mesej beliau itu disambut dengan laungan para perwakilan parti agar Parlimen dibubar sekarang bagi mendapatkan mandat rakyat.

"Umno sudah berubah (sepenuhnya)," kata Presiden Umno dan Perdana Menteri ini memulakan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012 di Dewan Merdeka hari ini.


Ketika Najib mengajukan soalan sudah bersedia tiga kali, perwakilan dan pemerhati yang membanjiri Dewan Merdeka melaungkan, "bubar, bubar, bubar..."
Dengan senyuman Najib menjawab,"sudah bersedia? Sudah bersedia? Sudah bersedia?
Disambut perwakilan "sudah"
Bila? Esok? Tahun depan?," tambah Najib
Kemudian Najib berkata, beliau mahu dan yakin Umno akan kembali bersidang di Dewan Merdeka tahun depan dengan membentuk kerajaan.

"Kita akan kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat dan kita akan kembali berhimpun di dewan ini tahun depan dengan membentuk kerajaan," kata beliau lagi.

"Jelas sekali terasa, parti kita telah semakin pulih semangatnya. Kita yakin bahawa jentera parti pula, daripada peringkat cawangan, bahagian, perhubungan sehinggalah ke peringkat Kebangsaan telah pun bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang bakal diadakan.

"Namun begitu, dalam pada kita sedang memupuk semangat juang yang marak dan membara ini, janganlah alpa pada kisah-kisah lalu.
"Beringatlah, Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008 merupakan pengalaman yang sungguh pahit, sungguh kelat, dalam episod politik Umno dan Barisan Nasional," kata beliau.
Kata Najib, "apa yang pasti, kita tidak boleh banyak berbicara dan bertangguh-tangguh lagi. Kita perlu memperhebatkan tindakan dan menggandakan usaha."
Mandat Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan.
Ketika berucap pada sesi Taklimat Presiden kelmarin, Najib dikatakan mengesahkan PRU13, yang sebelum ini Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan sebagai "ibu segala pilihan raya", tidak akan diadakan bulan depan.
AGM Umno tahun ini dilihat akan memberi tumpuan dan fokus mendalam ketika seluruh negara bersiap sedia untuk menghadapi PRU13.
BN dan Umno, pada tahun 2008, diketuai oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. - SINARHARIAN.

Khutbah Jumaat :BERSAMA-SAMA MEMERANGI YAHUDI

Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُللَّهِ الْقَائِلِ :
يَـٰبَنِىٓ إِسْرَ‌ٰٓءِيلَ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتِىَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّى فَضَّلْتُكُمْ عَلَى ٱلْعَـٰلَمِينَ ﴿٤٧﴾ وَٱتَّقُوا۟ يَوْمًۭا لَّا تَجْزِى نَفْسٌ عَن نَّفْسٍۢ شَيْـًۭٔا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَـٰعَةٌۭ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌۭ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ ﴿٤٨﴾
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ اللَّه اِتَّقُوْا اللَّهَ اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى اللَّهُ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Sekelian !

Peperangan antara umat Islam di Palestin dan orang-orang yahudi adalah satu peperangan yang amat lama, melebihi lima puluh tahun. Namun sehingga ke hari ini, umat Islam Palestin menghadapi tekanan demi tekanan yang amat menyedihkan tanpa ada usaha yang benar-benar berkesan daripada negara-negara Islam. Walaupun umat Islam sebenarnya amat jauh lebih ramai daripada yahudi namun bilangan yang banyak sahaja tidak cukup untuk mengalahkan mereka. Bahkan untuk menakutkan mereka sahaja pun kita tidak berupaya. Inilah kenyataan yang ada di hadapan kita, suka tidak suka kita terpaksa mengakuinya.

Sidang Jumaat Sekelian !

Sebenarnya bangsa yahudi bukanlah satu bangsa yang boleh diajak berdamai. Sejarah yang panjang sejak bersama Nabi Muhammad s.a.w. yang mulia itu telah membuktikan bahawa mereka memang suka memungkiri janji. Peristiwa peperangan terhadap yahudi Bani Nadhir dan Bani Qainuqa' di Madinah merupakan bukti yang amat nyata, di mana kalau dengan Rasulullah s.a.w sendiri pun mereka boleh memungkirinya maka apakah yang mahu diharapkan dengan gencatan senjata yang dibuat tatkala mereka menyedari kemarahan dunia semakin membuak-buak. Mereka hanya berjanji ketika mereka lemah. Gencatan senjata hanya berlaku apabila mereka hampir kalah. Sebaliknya apabila mereka mempunyai kekuatan, mereka akan kembali memerangi kita di mana sahaja mereka berada. Allah menjelaskan dalam Surah Al-Mumtahanah Ayat 2 :

إِن يَثْقَفُوكُمْ يَكُونُوا۟ لَكُمْ أَعْدَآءًۭ وَيَبْسُطُوٓا۟ إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ وَأَلْسِنَتَهُم بِٱلسُّوٓءِ وَوَدُّوا۟ لَوْ تَكْفُرُونَ ﴿٢﴾

Ertinya : "Jika mereka dapat menangkap kamu, mereka akan menjadikan kamu musuh-musuh kamu dan melepaskan tangan dan lidah mereka kepadamu dengan menyakitimu dan bercita-cita supaya kamu menjadi kafir."

Sidang Jumaat Sekelian !

As-Syahid Qutb Rahimahullah dalam tafsirnya Fi Zialil Quran menyebut mengenai tabiat sebenar bangsa yahudi yang amat ketara iaitu: Tabiat kufur, tidak mengenang kebaikan, pementingan diri yang sempit dan hidup dalam fanatik perkauman yang tebal. Mereka merasa bahawa setiap kebaikan yang dicapai oleh orang lain selain mereka adalah boleh dan patut dipotong dan dirampas daripada mereka. Mereka tidak mempunyai perasaan bahawa mereka terjalin dengan hubungan insaniah yang agung yang mengikat seluruh umat manusia. Demikianlah keadaan mereka selama-lamanya dan mereka akan terus hidup dalam pengasingan dan pemencilan diri. Mereka merasakan diri mereka sebagai satu dahan yang terpotong daripada pokok. Mereka menungu-nunggu umat manusia lain ditimpa bencana dan mala petaka serta mereka menaruh dendam kesumat terhadap kaum-kaum yang lain. Mereka menderita akibat hasad dengki mereka sendiri. Mereka membuat umat-umat lain merasa kesan hasad dengki mereka dalam bentuk fitnah dan huru-hara yang dicetuskan oleh mereka, antara setengah bangsa dengan setengah bangsa yang lain. Mereka menyalakan api peperangan untuk menangguk di air keruh dan memuaskan dendam kesumat mereka yang tidak pernah padam. Juga dalam bentuk kemusnahan yang dilakukan ke atas kaum-kaum yang lain di samping kaum-kaum lain yang bertindak balas terhadap mereka. Semua kejahatan dan angkara ini adalah terbit daripada pementingan diri mereka

Sidang Jumaat Sekelian !

Sebenarnya yahudi tidak mempunyai kekuatan dari mana-mana sudut. Kekuatan mereka hanyalah kebergantungan mereka kepada Amerika. Malangnya hampir semua negara-negara Islam terlalu bergantung kepada Amerika. Ini kerana kejayaan mereka menjahiliyyahkan kita mengikut fahaman masing-masing. Negara-negara Arab dipecahkan dengan cara membantu sebahagian pemimpin merampas kuasa daripada raja yang memerintah. Bagi raja yang mahu mengikut telunjuk mereka akan diperintahkan. Akhirnya negara Arab bagaikan hilang kepercayaan dan berperang sesama sendiri.

Sidang Jumaat Sekelian !

Kita wajib berjihad mempertahankan Baitul Muqaddis walaupun seluruh bangsa Arab bersetuju menyerahkannya kepada yahudi. Yang menjadikan asas dan hakikat pertarungan ini adalah akidah.Buktikanlah keimanan kita dengan memerangi mereka mengikut kemampuan dan kemahiran yang kita ada.

بَارَكَ اللَّهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيْمَ  ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.


Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِ للَّهِ الْقَائِلِ :

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ فَإِنِ انْتَهَوْا فَإِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ اللَّهُ اِتَّقُوْا اللَّهَ اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى اللَّهُ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Sekelian !
Untuk menghentikan kekejaman Israel serta sekutu-sekutunya umat Islam mesti menyediakan bekalan teknologi dan kekuatan persenjataan secukupnya. Tetapi malangnya negara-negara Islam masih terus mengadakan hubungan diplomatik, hubungan kebudayaan dan hubungan sukan dengan mereka.Kita masih lagi menggunakan barang-barang mereka lalu kita terus membantu menambahkan kekuatan mereka. Mereka menggunakan kekuatan ekonomi, politik dan sebagainya bagi menghancurkan saudara kita. Maka haruslah difikirkan cara yang berkesan bagi menghadapi mereka. Antaranya:
1. Kita mesti menyedari bahawa yahudi merupakan musuh kita sepanjang zaman.
2. Umat Islam mesti melengkapkan diri dengan segala bentuk kekuatan samada dalam bidang keilmuan, ketenteraan dan kekuatan rohani dan semangat juang kita harus sanggup mengeluarkan belanja dan tenaga bagi membantu jihad fi-sabilillah seperti mengadakan tabung jihad rakyat Palestin. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 195:
وَأَنفِقُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلْقُوا۟ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوٓا۟ ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ ﴿١٩٥﴾
 

Ertinya: "Dan belanjakanlah harta kamu bagi persiapan peperangan di jalan Allah dan jangan kamu membinasakan diri kamu denga tidak melakukannya dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."
3. Kita mesti sentiasa berdoa agar Allah memberi kemenangan kepada kita dan menghukum mereka setimpal dengan perbuatan mereka. Marilah kita mengadakan Qunut Nazilah dalam solat agar Allah menurunkan bencana kepada mereka dan sekutu mereka.

Saudara-saudara yang beriman !

Janganlah kita terlalu bergembira dengan gencatan senjata yang dilaksanakan. Kempen kutipan derma untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin mesti kita teruskan. Doktor Yusuf Al-Qardhawi pernah meluahkan perasaannya:

لاَ أَتَصَوَّرُ أَنْ يَجُوْعَ الشَّعْبُ الْفَلَسْطِيْنِيُ وَحَوْلَهُ ثَلاَثَةُ مِائَةَ مِلْيُوْنَ عَرَبِيٍّ وَمِنْ خَلْفِهِ أَلْفُ مِلْيُوْنَ مُسْلِمٍ


"Aku tidak dapat menggambarkan rakyat Palestin akan kelaparan kerana mereka dikelilingi oleh 300 juta orang Arab dan di belakang mereka 1000 juta orang Islam."

Marilah kita menyertai perjuangan mereka dengan sedikit dana untuk membantu mereka. InsyaAllah, Jabatan Agama Islam Perak akan mengumpulkan kutipan ini melalui semua masjid dan surau diri Jumaat. Semua kutipan hari ini akan disumbangkan kepada saudara kita di Palestin melalui "Aman Palestin Berhad" dengan kerjasama pejabat agama daerah. Maka janganlah kita melepaskan peluangkan untuk membuktikan tanda kesyukuran kita terhadap nikmat Allah s.w.t. selama ini.

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلْطَانَ أَزْلَنَ مُحِبُّ الدِّيْن شَاهٌ اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سُلْطَانَ يُوْسُفَ عِزُّ الدِّيْن شَاهٌ غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ،
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللَّهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ، وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
 

Teksasal khutbah ini boleh dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com
http://dewanulamakpasperak.blogspot.com/

'Pak Habib’ freed on bail

KUALA LUMPUR, Nov 29 — Author Syed Hussein Al-Attas who was detained this morning while selling his book, said to have insulted the Sultan of Johor, at the Putra World Trade Centre (PWTC), the venue of the 66th Umno General Assembly, was later freed on bail.

Dang Wangi police chief, ACP Zainuddin Ahmad said the author, also known as Pak Habib, 71, was arrested at 11am and taken to the police operations room at PWTC for his statement to be taken.

"We freed him on bail at 4pm," he said when contacted by Bernama.

Police also seized 13 books written by Pak Habib, who is also the father of blogger and paranormal practitioner Syed Abdullah or Uncle Seekers, who, prior to this, was detained by police for allegedly slandering the Sultan of Johor on his blog www.uncleseekers.blogspot.com.

Zainuddin said police were investigating the case under Section 4(1)(C) of the Sedition Act 1948 and Section 502 of the Penal Code for distributing printed materials which were defamatory in nature.

"Whatever action will be taken after the investigation into the content of the book he wrote is completed," he said. — Bernama.

http://www.themalaysianinsider.com/


Wednesday 28 November 2012

Perwakilan Umno Padang Besar ditemui mati di bilik hotel

Wartawan Sinar Harian
29 November 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012

KUALA LUMPUR - Seorang perwakilan Umno Bahagian Padang Besar ditemui meninggal dunia di biliknya di sebuah hotel di sini awal pagi tadi.

Perwakilan itu, Wan Osman sepatutnya menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2012 sebagai pemerhati.

Jenazah kini masih di hotel dan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.- SINARHARIAN.

Tidak Teringinkah Puak-puak Muslim Ini Berbicara Tentang Hudud Dan Kebaikannya?

Seni mempertahankan diri: Setiap wanita perlu tahu
28 November 2012
KUALA LUMPUR - Berita ragut, rogol dan bunuh yang sering kali menghiasi dada-dada akhbar negara memang menggusarkan masyarakat dan memberi kesan yang mendalam kepada kaum hawa yang sering menjadi mangsa.

Bak kata pepatah lama, malang itu tidak berbau. Wanita sering dijadikan sasaran oleh mereka yang tidak dikenali malah yang juga dikenali kerana dianggap 'lemah' dan mudah diambil kesempatan.

Maka sudah tiba masanya bagi wanita menangkis tanggapan itu dan belajar untuk menjadi 'sekuat' lelaki dengan melengkapkan diri mempelajari seni mempertahankan diri.

Seni mempertajan diri satu keperluan

Pelakon dan pengacara, Sazlini Shamsul Falak, 31, atau lebih dikenali sebagai Sazzy Falak, melihat seni mempertahankan diri sebagai satu bonus bagi golongan wanita pada masa kini.

Ibu kepada sepasang kembar perempuan ini berkata meskipun golongan wanita memang terkenal dengan sifat lemah-lembut namun ketegasan harus dipamerkan dalam berdepan dengan ancaman.

Beliau berkata ilmu mempertahan diri mampu memantapkan daya ketahanan fizikal dan mental selain meningkatkan keyakinan ketika berhadapan dengan situasi yang mencemas dan membahaya keselamatan diri.

"Kita tinggal di dunia yang mana saban hari banyak jenayah berlaku, ia amat menyedihkan... kita tidak mahu ia terjadi kepada kita sendiri atau yang lain.

"Jadi sekurang-kurangnya jika kita belajar sedikit mengenai seni mempertahan diri, kita telah mempersiap diri kita dengan lebih baik tatkala kita melangkah keluar dari rumah," katanya ketika ditemui pada Majlis Minum Petang Amal anjuran Forum Ibu-Ibu Bekerjaya Malaysia (MWMF) di sini baru-baru ini.

MWMF adalah forum online yang diwujudkan pada 2011 bagi membantu wanita dalam kerjaya mahupun kehidupan berkeluarga serta membincangkan isu-isu semasa yang menjadi permasalahan bagi kaum wanita masa kini.

Tidak rugi untuk mempelajari seni itu dan berdasarkan pengalaman beliau sendiri menyertai beberapa latihan singkat, pelbagai teknik dan kaedah berguna diajar untuk melepaskan diri jika diancam penjenayah.

"Saya sendiri mahu belajar lebih lagi... Bagi saya pendidikan dan pengetahuan adalah kuasa, lebih banyak yang anda tahu, maka lebih bersedialah anda dalam menghadapi dunia," katanya.

Tiada masa bukan alasan

Bagi pelakon, pengacara, perunding motivasi, penyanyi dan komposer, Datuk Ahmad Fazley Yaakob, 32, wanita terutama yang bergelar isteri dan ibu sering mengabaikan seni mempertahankan diri atas alasan faktor kekangan masa.

Beliau berkata keselamatan diri juga menjadi keutamaan justeru alasan itu hanya menunjukkan sikap acuh tidak acuh terhadap keselamatan diri sendiri.

"Mempelajari seni mempertahankan diri adalah sangat penting untuk wanita, malah atas kesedaran bersama, saya juga mengajar isteri saya, Azrene Soraya seni pertarungan 'kickboxing'.

"Kalau ada masa terluang, wanita disaran tidak hanya belajar aerobik tetapi juga seni mempertahankan diri kerana itu dapat membantu menjaga keselamatan diri apabila tidak ada orang yang membantu," katanya, yang juga pengamal seni silat dan taekwondo.

Beliau berkata penjenayah kebiasaannya akan menghentikan hajat untuk melakukan apa-apa terhadap wanita selepas menyedari mangsa mempunyai ilmu mempertahankan diri.

"Seni mempertahan diri juga membantu wanita tampil lebih kental dan berkeyakinan," katanya.

Pupuk displin dan keyakinan

Dr Ramlan Ahmed, 44, pula berkata kaum hawa harus menimbangkan seni mempertahankan diri Jepun Aikido yang turut membantu menerapkan disiplin, fokus dan semangat serta keyakinan yang tinggi pada diri sendiri.

Beliau, yang juga Pengasas Aikido Shudokan Malaysia (ASM) berkata Aikido berbeza daripada seni mempertahankan diri yang lain kerana ia tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk berlawan, sebaliknya menggunakan tenaga lawan untuk menangkis serangan.

"Semua seni lain bagus, cuma perbezaan Aikido adalah ia lebih terarah kepada strategi mempertahankan diri bagi mengelakkan kecederaan jadi semua boleh mempelajarinya termasuk wanita dan kanak-kanak.

"Aikido lebih kepada penggunaan minda serta kepekaan kepada persekitaran dan tidak memerlukan pengamalnya menyerang lawan apatah lagi menggunakan senjata malah tiada pertandingan dalam seni mempertahankan diri ini," katanya.

Seni mempertahan diri ini juga berupaya membuka minda wanita bahawa anggota badan mereka juga berupaya bertindak sebagai senjata ketika menghadapi serangan.

Belajar seawal usia lima tahun 

Ramlan berkata seni mempertahan diri seharusnya diperkenalkan dan diajar kepada kanak-kanak khususnya kepada kanak-kanak perempuan seawal usia lima tahun untuk membentuk sahsiah dan keyakinan diri.

Bagi memberi semangat kepada kanak-kanak dan wanita untuk menyertainya, seni mempertahankan diri boleh dijadikan aktiviti bersama keluarga dengan satu keluarga belajar bersama.

Beliau berkata pelbagai aksi Aikido yang dilihat seakan berbahaya seperti aksi menggulingkan badan dan terhempas sebenarnya tidak mendatangkan kecederaan jika menggunakan teknik yang betul.

"Walaupun ada bunyi hentakan yang agak kuat, ia tidak sesakit yang  difikirkan kerana sebenarnya ada teknik untuk melambatkan hentakan dan mengelakkan berlakunya kecederaan." katanya.

Beliau berkata seni atur Aikido yang kemas dan tegas membantu wanita untuk memiliki kekuatan fizikal tanpa mengorbankan sifat kesopanan dan kelembutannya.

"Apabila seorang wanita yakin dengan kebolehan untuk menjaga dirinya sendiri, wanita juga akan berasa lebih selamat untuk melaksanakan aktiviti hariannya," katanya.

Fokus keadaan sekeliling

Sementara itu, Pengarah Eksekutif MWMF Parveen Yassin, 32, berkata selain seni mempertahankan diri, adalah amat penting bagi wanita agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling ketika berada di mana-mana khususnya ketika berseorangan.

"Bila berjalan kaki tengok depan dan awasi sekeliling, jangan sibuk menggunakan telefon atau leka buat perkara lain bagi mengelakkan diri menjadi sasaran," katanya yang turut berminat mempelajari seni mempertahankan diri.

Majlis Minum Petang Amal yang bertemakan 'Fab, Fit and Fresh for 2013' itu berjaya menarik seramai 100 peserta termasuk kaum lelaki dan memperuntukan RM5,000 untuk disampaikan kepada Yayasan Chow Kit. - Bernama

Agak-agak Chua Soi Lek, Pecacai Biru dan Yang Seumpama Dengannya Berani Tak Keluarkan Kenyataan Begini

Kelantan berhak laksana tuntutan Islam - DHPP

Hazayani Zakaria, 28 Nov 201

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), N Balasubramaniam (gambar) berpandangan tidak salah jika Kerajaan Kelantan melaksanakan perundangan Islam untuk memelihara kesucian agama itu.

Beliau berkata, Kelantan yang diperintah PAS berhak melaksanakan perundangan Islam bagi mengelakkan orang Islam di negeri itu memandang remeh hukum hakam agama.

"Kelantan diperintah Kerajaan Islam, jadi mestilah nak laksanakan undang-undang Islam. Kadang-kadang mereka kata salun uniseks untuk orang bukan Islam tapi ada juga orang lelaki Islam yang pergi, jadi timbul isu ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Tinjauan satu sumber kelmarin mendapati bukan muslim di Kota Bharu selesa dengan peraturan kedai gunting dan salun yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan sebagaimana disyaratkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri bersedia menerima risiko untuk disaman oleh bukan Islam kerana setiap dasar yang dibuat kerajaan negeri selari dengan peruntukan Perlembagaan.

Balasubramaniam berkata, beliau bimbang jika Kerajaan Kelantan melonggarkan undang-undang, akan wujud premis-premis yang tidak disenangi orang Islam.

"Kalau undang-undang ini dilonggarkan nanti mungkin ada pihak yang nak buka kedai judi atau arak dan sebagainya.

"Jadi perkara ini harus diselesaikan secara baik, jangan jadikan isu politik pula," katanya

Tuesday 27 November 2012

NAHAS:5 Maut, 4 Cedera MPV Rempuh Lori di Slim River


SLIM RIVER: 2012/11/27,Lima maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer (km) 372.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan, pagi tadi.

Kemalangan jam 7.28 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang melanggar belakang sebuah lori yang di tepi jalan disebabkan tayar pecah.

Lima mangsa maut di tempat kejadian akibat tersepit, manakala empat mangsa cedera dibawa ke hospital berdekatan.

Semua lima mangsa terbabit maut di tempat kejadian akibat tersepit.

Timbalan Ketua Polis Tanjung Malim, Deputi Superintendan R. Supramaniam, berkata ketiha nahas MPV terbabit membawa 11 orang yang sedang dalam perjalanan dari Muar ke Pulau Pinang.

"MPV berkenaan terbabas lalu merempuh lori yang diletakkan di tepi lorong kecemasan," katanya.

Empat daripada lima mangsa yang maut dikenali sebaga Poh Hock Huat, 60, dari Nibong Tebal; Daphne Eng Yuik Yee, 14, dari Tanjung Piandang; Juvien Chin Yu Xuan, 12, dari Nibong Tebal dan Pang Lee Si, 35, dari Kedah.

Mangsa kelima bagaimanapun belum dikenal pasti lagi.

Sementara itu, jumlah mereka yang cedera meningkat kepada enam orang petang ini.

Mereka ialah Chong Soon Choy, 61, dari Bukit Mertajam; Ho Seok Yi, 18, dari Bagan Serai; Bu Wei Hong, 50-an; Lim Tau Hong,5; Goey Wen Ni, 16, dari Nibong Tebal dan Heng Ah Lee, 60, dari Bagan Selatan.

http://www.bharian.com.my/

Kemalangan Ngeri Ragut 5 Nyawa Di Slim River


November 27th, 2012 

 
Seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun antara lima maut dalam kejadian kemalangan ngeri membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah lori 12 tan di Kilometer 372.1 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, 7 pagi tadi.

Mangsa yang maut adalah sebahagian daripada 11 penumpang terdiri daripada pemuzik dan penari dalam kenderaan MPV jenis Hyundai Strex yang dalam perjalanan ke Muar, Johor untuk membuat persembahan di sana.

Mangsa yang maut akibat kecederaan parah di dada dan kepada adalah Poh Hock Huat, 61, dari Transkrian, Nibong Tebal, Pang Lee Si, 35, dari Taman Serdang, Serdang, Kedah dan Daphne Eng Yuik Yee, 14, Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Perak, Juvien Chim Yu Xuan, 12 serta Hong Choon Pee, 33, dari Prai, Pulau Pinang.

Nahas sama turut menyebabkan enam penumpang lain mengalami kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Deputi Superintendan R Supramaniam berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi apabila kenderaan MPV terbabit merempuh belakang lori jenis Hino membawa muatan beras yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit, kira-kira 100 meter sebelum susur keluar Tol Slim River.

Katanya, lori dalam perjalanan dari Jitra, Kedah ke Sungai Buloh, Selangor.

“Rempuhan itu menyebabkan lima penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala enam daripada mereka termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan.

“Manakala, pemandu dan kelindan lori 12 tan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kemalangan tersebut,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjung Malim.

Katanya, mangsa yang cedera dikenali sebagai Chong Soon Choy, 61; Heng Ah Lee, 60; Boo Goik Hong, 58; Ho Seok Yi, 18; Goey Wen Ni, 16 dan Lin Yau Hong, 3,

“Pihak kami sedang meneruskan siasatan terhadap kejadian kemalangan yang berlaku di KM 372.1 dan siasatan dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian kemalangan itu diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Azrul Tawin di talian 054528222,” katanya.
http://wowberita.org/

 ‘Mana anak saya...


SLIM RIVER: “Mana anak saya...kenapa dia tidak dapat diselamatkan,” itu raungan seorang wanita, Tan Kuan Lang, 60-an, ibu kepada Pang Lee Si, 35, yang maut dalam kemalangan ngeri meragut lima nyawa, di sini, semalam.

Tan yang tiba di pekarangan Hospital Slim River (HSR) kira-kira jam 10.30 pagi gagal mengawal kesedihan selepas dimaklumkan Lee Si turut terkorban terbabit nahas.

Dia terpaksa ditenangkan suami serta dua anak lelakinya dan keadaan bertambah hiba apabila Tan berulang kali berkata Pang dijadual melangsungkan perkahwinan 10 hari lagi.

Bagaimanapun, wanita warga emas itu serta beberapa ahli keluarganya yang lain enggan ditemubual berikutan masih trauma dan berada dalam kesedihan.

http://www.hmetro.com.my/ 

Siri Himpunan Kebangkitan Rakyat

Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang 9 Disember

Khairil Abdul Rahim, 26 Nov 2012 
 
(Dr Hamzah (duduk, dua kiri) menyampailan ucapan dalam sidang 
media berkaitan Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Pahang)

 TEMERLOH: Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pahang akan diadakan pada 9 Disember ini di Dataran Rakyat, Kerdau dengan tema “Ubah Sekarang Selamatkan Pahang”.

Menurut Pengarah Himpunan Dr Hamzah Jaafar, program disertai oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), STOP LYNAS, BERSIH, HIJAU MALAYSIA, KERABAT dan ROYALTI.

Katanya, program akan bermula pada jam 2 petang dengan acara konvoi bermotorsikal Pemuda Pakatan Rakyat. Kemudian diikuti dengan program santai anak muda yang melibatkan artis, golongan pemuda dan wanita serta kebudayaan Orang Asli.

“Pidato pada sebelah malamnya akan disampaikan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Kebangsaan Tuan Haji Mohammad Sabu.

“Himpunan ini mensasarkan kehadiran seramai 30,000 orang dan himpunan ini bakal mencatatkan sejarah kerana ia akan dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat yang berbilang kaum termasuk orang asal,” katanya dalam sidang media di pejabat PAS Pahang sebentar tadi.

Turut hadir Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid dan Naib Pengerusi DAP Pahang Koh Boon Heng. Kedua-duanya merupakan timbalan-timbalan pengarah program tersebut.

Himpunan berkenaan merupakan yang keempat selepas diadakan di Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan sebelum sampai ke kemuncaknya di Kuala Lumpur pada Januari akan datang.

Dr Hamzah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, di antara objektif diadakan himpunan ini ialah untuk menggembeleng kekuatan rakyat bersama Pakatan Rakyat dalam menentang Kezaliman BN.

“Himpunan ini juga bertujuan untuk menyedarkan rakyat mengenai kepentingan pilihan raya yang adil dan media bebas. Di samping memberikan maklumat sebenar terutama mengenai isu pemberian BRIM dan belanjawan rasuah BN.

“Justeru itu kami menyeru rakyat di segenap peringkat bagi penyertai program penting ini bagi menyatakan sokongan untuk melakukan perubahan dengan mendengar amanat terakhir sebelum pilihan raya daripada pimpinan,” tegasnya.   


Tahniah pejalan kaki Lynas

Dalam pada itu Timbalan Ketua MPP Pahang Ahmad Nizam Hamid mewakili Pakatan Pahang merakamkan ucapan tahniah kepada pejalan-pejalan kaki anti Lynas dari Kuantan yang selamat sampai ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur semalam.

“Kami juga menyeru Kerajaan Pahang ambil serius tentang suara hati rakyat yang menolak Lynas. Masih belum terlambat untuk hentikan projek ini. Lagipun Kerajaan Pusat sudah umumkan Pahang akan mendapat royalti petroleum,” katanya

Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor 1 Disember

Harakahdaily, 26 Nov 2012
(Pimpinan PAS dan Pakatan Johor dengan poster Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor)

JOHOR BAHRU: Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Johor akan diadakan pada 1 Disember 2012 di Dataran Rakyat, Parit Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat.

Menurut Pengarah Himpunan, Tuan Haji Aminulhuda Hassan, program berkenaan akan bermula pada pukul 8 pagi dengan acara konvoi Jelajah Johor daripada Senggarang menuju ke Parit Sulong dan seterusnya ke tapak himpunan.

"Pada sebelah petang, program yang dianjurkan sempena himpunan ini adalah santai anak muda bersama Ali XPDC. Antara acara menarik yang terdapat dalam program santai anak muda ini adalah pertandingan motosikal cantik, jamuan nasi lemak kopi 'O' dan cabutan bertuah"

"Pada sebelah malamnya pula, himpunan ini akan dimulakan dengan solat maghrib dan solat hajat di tapak program. Selepas solat isyak, himpunan akan diteruskan dengan ceramah daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang dijemput sebelum diakhiri dengan ucapan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat," ujar Aminulhuda (gambar) ketika sidang media di Pejabat PAS Kempas sebentar tadi.

Difahamkan, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Kebangsaan Tuan Haji Mohammad Sabu akan hadir ke himpunan peringkat negeri Johor kali ini.

"Kita mensasarkan kehadiran rakyat ke himpunan ini adalah sekitar 30,000 hingga 40,000 orang. Kehadiran pelbagai kaum ke himpunan ini mengambarkan perpaduan rakyat untuk bangkit menentang kezaliman yang berlaku di dalam negara kita ini.

"Antara isu yang menjadi fokus dalam himpunan ini adalah isu tanah yang dialami oleh pelbagai kaum di negeri Johor ini.

"Selain itu, isu pendidikan dan isu jenayah juga akan menjadi fokus untuk diterangkan kepada rakyat yang hadir," ujar beliau lagi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor, Hassan Karim turut mengesa seluruh ahli, penyokong dan rakyat hadir ke himpunan kebangkitan rakyat ini sebagai tanda soladiriti rakyat untuk bangkit menentang kezaliman yang dilakukan oleh UMNO/BN di negeri Johor ini.

Difahamkan juga bahawa beberapa orang bekas wakil rakyat atau orag kenamaan daripada UMNO akan menyerahkan borang keahlian menyertai Pakatan Rakyat.
Beberapa bekas pegawai tertinggi kerajaan juga difahamkan akan turut menyertai Pakatan Rakyat pada himpunan itu nanti. -HD.

Monday 26 November 2012

Apa Kena Mengena Dengan Mazlan Aliman Dan Anak? Pucuk Pimpinan Dan Pecacai Makin Buta!


Kasihan Mazlan Aliman dan Konvoi Orennya. Bukan saja gagal masuk ke Felda Gugusan Besout sejak awal pagi kerana dihalang anak-anak peneroka berhati waja, malah mereka sekadar berligar-ligar tanpa sambutan daripada penduduk tempatan di Felda Gugusan Trolak petang tadi. Syabas warga Felda dan anak cucu generasi peneroka sejahtera. Saya bangga dengan semangat yang ditunjukkan. Bukti kita bersatu hati menolak dakyah songsang Anak?? yang berkiblatkan nafsu serakah parti politik pembangkang.
  • Ahmad Faisal 
    inilah BAPAK GANGSTER...

  • Ahmad Faisal 
    LEPAS NI JANGAN SALAHKAN RAKYAT .. KALAU YB PULAK YANG KENA ..

  • Amat Faizal

    sape gerangan konvoi oren tu....hehehehee

  • Sawit Ai  
    x semua anak2 felda mudah kena temberang ng pembangkang..lagi2 anuar ibrahim tu...suka sangat temberang...org bodo je percaya. cakap anuar nii...

  • Bersama DjRkw 
    aahahaahhwhawawkakwkka aku suka ahahahwkwkakwkw

  • Ahmad Faisal 
    selepas ini jangan salahkan jika di felda besout pemuda2 berhati waja.. buat perkara yang sama pada YB... BARU ADIL..

  • Bersama DjRkw 
    ada kisah ke setakat dlm fb ni tak apa ...

  • Ahmad Faisal  
    x perlu nak kisah atau x kisah.. KALAU BETOL CARA TU DEMOKRASI.. so APA MASALAHNYA? KE PARTI UMNO PARTI PENGECUT??

  • Bersama DjRkw  
    tak kenal tak payah add

  • Buaya Darat  
    marah nampak faisal........hg pun pki baju oreng jgk kee......melingkup laaaa pr

  • Mohd Nor Liman  
    Faisal kami cabar

  • Ahmad Faisal 
    demokrasi atau tidak?

  • Mohd Nor Liman  
    Klu dtg ke felda na buat huru hara..mmg kami tentang

  • Mohd Nor Liman  
    Sekali lagi aku cabar ko faisal...ko halang la wakil rakyat kami masuk felda...

  • Bersama DjRkw  
    satu lagi jika ada stiker ada nama anak felda jgn benarkan masuk felda kerjasama drp felsco memastikan yg tampal sticker Anakfelda Di Larang MAsuk besout

  • Ahmad Faisal  
    Mazlan Aliman hari tu dtg bawak parang , pisau,pencuri atau perompak.. ?

  • Mohd Nor Liman 
    Faisal ko komen dlm ne tak payah nak inbox aku..

  • Ahmad Faisal  
    berani kerana benar .. berhujah guna fakta..bagilah jawapan pd soalan

  • Mohd Nor Liman  
    Klu ko rasa berani ko halang la wakil rakyat kami...aku nk tengok

  • Ahmad Faisal 
    demokrasi atau tidak? ni negara bapak UMNO yang punya atau negara berdaulat ada demokrasi? jawap

  • Shah Act Genkiseven 
    f**kkk faisal...ak ludah muka k0...halang kalu k0 dgn bpak k0 kturanan k0 kalu ad TEL0R..ak ad 2 TEL*R...ckt gua x g0yang...ak nk tgk sp pailang...303677 bersatu 0 0 0 0 0 0 0..say shit cacai hanjeng...

  • Noor Azmie Zawawi 
    janji bukan anwar n dap sudah...

  • Buaya Darat 
    sudah lah faisal,hg ngan mael same jee,sembang lebih apa pun tarak.....puuiiiii

  • Buaya Darat  
    klu demokrasi jgn buat perhimpunan haram.........jgn gune care menghuru harakan negara.......demokrasi tggu pru nanti,jgn smp jd republic pulak nanti......negara ni mungkin bapak umno pnyee tp bkn bapak anwar punyeee.......mngajar rakyat menghuruharakan keamanan......mngajar rakyat benci keamanan........kpd faisal jgn bnyak sngat complain,hg xlayak apepun......setakat macai jeeee

  • Sawit Ai  
    kami tetap sokong YB..selamatkan felda dari barua2 DAP yg nak tengok felda huru-hara..

  • Shah Act Genkiseven  
    7k adk bradik ak area perak ttp akn undi umn0 bn

  • Shah Act Genkiseven  
    7k adk bradik ak area perak ttp akn undi umn0 bn

  • Mohd Ariffin Razmi  
    YB jgn bimbang...sikit sgt anak muda felda yg sokong pakatan bengong nie.....

  • Shah Act Genkiseven  
    likeeeeee...



    PurnamaHijau BesoutDua  
    Salam Sahabat yang budiman,Hari ini Isnin, jam 2.30 petang..1 laporan Polis dibuat oleh YDP PAS Kaw Tg Malim,kaitan kes halangan Program Pas ke Felda Besout oleh puak2 yg gelap ilmu...Kan dah kena...Sedarlah wahai si buta Demokrasi... Doakan kes ni berjaya dan menyedarkan yg lainnye...jgn amalkan politik ketinggalan zaman...
    Salam Sahabat yang budiman,,Hari ini Isnin, jam 2.30 petang..1 laporan Polis dibuat oleh YDP PAS Kaw Tg Malim,kaitan kes halangan Program Pas ke Felda Besout oleh puak2 yg gelap ilmu...Kan dah kena...Sedarlah wahai si buta Demokrasi...Doakan kes ni berjaya dan menyedarkan yg lainnye...jgn amalkan politik ketinggalan zaman...
    (YDP Tanjong Malim Dan Ahli PAS  dan Pakatan Tanjong Malim setelah selesai membuat laporan polis)

    Paparan Terdahulu


    Friday, 23 November 2012

    Jelajah Tawan DUN Slim Dihalang, Melampau Sungguh UMNO!


    Insyaallah, sebentar lagi program Jelajah tawan DUN Slim ini akan bermula dengan para peserta akan berqiamulail di Markas Pas Besout 01 sebelum bertolak ke Besout 04 & 05 untuk memulakan siri jelajah.Ayuh, kita bersama-sama menawan DUN Slim.

    SMS 1 : Jemputan Qiamul Lail, malam ini 23/11/2012. 12.00 di Markas PAS Besout.Sila datang beramai-ramai.

    SMS 2: Pagi tadi kira-kira pukul 4.00 pagi, robongan YDP di tahan di simpang masuk Felda Besout 1. Puak-puak UMNO punya angkara.


    Kecoh! Konvoi Jelajah Dun Slim disekat di Besout (http://rojakpasembor.blogspot.com)

    Jelajah DUN Slim diketuai oleh YDP Pas Kawasan Tanjong Malim yang sedang dalam perjalanan ke Felda Gugusan Besout ketika ini telah tahan oleh kumpulan yang tidak senang dengan program PAS Tanjung Malim. Suasana ketika ini agak panas kerana terdapat seramai lebih kurang 50 orang membuat sekatan terhadap laluan konvoi tersebut.Terdapat sesetengah daripada mereka bersenjatakan kayu dan batang besi.


    Ketua konvoi, En. Aminuddin Zulkifli cuba mengadakan rundingan dengan kumpulan tersebut, tetapi pihak yang membuat sekatan berkeras untuk tidak membenarkan konvoi tersebut meneruskan perjalanan.

    Sekatan konvoi ini diketuai oleh Khairi Mat Ali yang merupakan Pengerusi MBFM Wilayah Trolak. Beliau merupakan anak peneroka Felda Besout 4.
        
    Dimaklumkan bahawa konvoi Jelajah DUN Slim ini merupakan program Pas Kawasan Tanjong Malim.

    Suasana bertambah panas apabila ada orang persaorangan yang mengajar anak-anak muda dan remaja ini membuat provokasi mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sewajarnya sedangkan mereka bersembunyi di belakang remaja-remaja tersebut.

    Terdapat beberapa orang peneroka dan seorang ketua kampung FELDA yang menyertai kumpulan provokasi tersebut.

    Anggota Polis yang datang dari pondok polis gugusan Besout tidak dapat mengawal keadaan semasa.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR