Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

BLOG LIST PKR - 36 Blog (Show All)

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

BLOG LIST DAP - 12 BLOG

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

296 blogs (Show All)

Thursday, 28 February 2013

Beberapa terbunuh dalam kejadian berbalas tembak di Lahad Datu


12:13PM Mac 1 2013  
Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.

Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.-MK.

Bersikap Matanglah Wahai Pendokong Dan Penyokong Parti

4 Pemuda PAS Direman Gara-gara Kain Rentang


Kain rentang yang menjadi punca pertelingkahan tersebut.

MARANG: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berkumpul bersama ahli keluarga dan kenalan mangsa tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, hari ini.

Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata Pemuda PAS Terengganu melahirkan rasa simpati dan memberi sokongan moral 100 peratus kepada empat individu terbabit serta ahli keluarga masing-masing.

Katanya, kejadian tersebut dapat dielakkan jika semua pihak bersikap matang serta tidak melakukan sebarang provokasi melampau hingga mencetuskan keresahan masyarakat.

Menurutnya, mutakhir ini kejadian provokasi dan pengkhianatan semakin menjadi-jadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk dari Umno BN.

“Kami hadir ke balai polis Marang ini untuk sama-sama beri sokongan moral kepada mangsa tahanan reman dan ahli keluarga mereka.

“Semua ini tidak berlaku jika pihak Umno BN bersikap matang dan tidak melakukan provokasi dalam mempamerkan kain rentang atau banner kempen untuk parti mereka,” ujarnya kepada Harakahdaily ketika ditemui di pekarangan balai polis berkenaan.

Justeru, katanya, tuduhan PAS membenarkan kalimah suci Allah itu dipergunakan sewenang-wenang untuk kempen Bible dalam Bahasa Melayu adalah fitnah yang direka Umno BN.

Harakahdaily dimaklumkan, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 38 tahun termasuk tiga adik-beradik ditahan reman selama lima hari.

Mereka terdiri daripada Roslam Abdullah, 35, Rosdi Abdullah, 34, Muhammad Lukman Abdullah, 28, dan Muhamad Musa, 38, yang bekerja sendiri adalah pemuda PAS Cawangan Kampung Jerung

Mereka ditahan gara-gara pemasangan kain rentang bersifat provokasi yang dipasang oleh pengerusi penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak.

Pengerusi penaja itu telah membuat satu laporan polis yang mendakwa kononnya empat individu terbabit menyerang, mencekik serta membuat ugutan bunuh ekoran pertikaman lidah pada kira-kira jam 6.30 petang 25 Feb lalu berhubung kain rentang itu.

Malah, keempat-empat individu berkenaan turut difitnah mahu mencederakan ahli keluarganya serta mahu membakar rumahnya.

Selepas kejadian tersebut dipercayai pihak terbabit segera menurunkan kain rentang berkenaan yang jelas tertera logo Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk lambang 1Malaysia.

Manakala, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohammad Khalil Abdul Hadi menafikan laporan media mengaitkan tragedi pergaduhan tersebut kerana PAS tidak berpuas hati dengan penubuhan penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak.

Katanya, laporan media itu tidak tepat kerana yang menjadi punca adalah pemasangan kain rentang berbentuk provokasi terhadap PAS dalam penggunaan kalimah Allah.

“Ini kerana, laporan media sebelum ini tidak tepat kerana yang menjadi punca pergaduhan itu bukan kerana Umno tubuh cawangan baru. Hakikat sebenarnya, berpunca dari kain rentang atau banner berbentuk provokasi yang dipasang oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Kain rentang itu berkait dengan kalimah Allah. Mereka (Umno) kata (tulis) AWAS!!!!!! Anda Undi PAS bermakna Anda Sokong Allah Digunakan Dalam Bable Bahasa Melayu.

“Kita akan membuat laporan polis terhadap kain rentang itu dan harap pihak terbabit diambil tindakan sewajarnya,” jelasnya yang juga AJK Pemuda PAS Malaysia.

Sumber : Harakahdaily.
ABU: Provokasi demi provokasi dilakukan demi kelangsungan kuasa..... JOM UBAH!

Saturday, 23 February 2013

Pemimpin BN Selangor Tidak Berwibawa, PM Pengarah Pilihan Raya BN Selangor

 "Saya pula akan membantu beliau sebagai timbalan pengarah untuk membantu dari segi perancangan dan gerak kerja terutama untuk memperkukuhkan jentera BN pada satu tahap lebih optimum untuk menjamin kemenangan mutlak parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini sambil membayangkan impiannya untuk menjawat jawatan MB Selangor.

SHAH ALAM 24 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertindak sebagai Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor manakala Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed menjadi timbalan pengarah bagi memperkukuhkan gerak kerja jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mohd. Zin yang mengesahkan perkara tersebut berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat BN Selangor di ibu kota malam tadi sekali gus menunjukkan Perdana Menteri memberikan perhatian serius untuk memastikan Selangor kembali ke pangkuan BN dalam pilihan raya umum yang semakin hampir.

"Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi BN negeri akan mengetuai jentera pilihan raya umum di Selangor dan ini menunjukkan satu kesinambungan kepada parti bagi menunjukkan keyakinan dan perhatian khusus secara 'hands on' oleh beliau sendiri kepada negeri Selangor.

"Saya pula akan membantu beliau sebagai timbalan pengarah untuk membantu dari segi perancangan dan gerak kerja terutama untuk memperkukuhkan jentera BN pada satu tahap lebih optimum untuk menjamin kemenangan mutlak parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN



Ahli, penyokong Pas rasa terhina isytihar sertai UMNO

BEKAS ahli Pas, Mohamad Zulkepli Mohamad Dun, 35, menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim (tiga kiri) di Rantau Panjang, Kelantan malam tadi. - UTUSAN

RANTAU PANJANG 23 Feb. - Seramai 78 ahli dan penyokong tegar Pas menyertai UMNO selepas kecewa dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan penerima bantuan Kerajaan Pusat dengan `haiwan.'

Kesemua mereka yang berasal dari Kampung Tasek Bakong, Padang Licin dan Tok Pelanduk di sini turut menyatakan kecewa terhadap pemimpin-pemimpin Pas yang didakwa gagal mempertahankan kesucian agama Islam di negara ini terutama dalam isu kalimah Allah.

Borang keahlian mereka telah diserahkan kepada Ketua UMNO Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di Kampung Tasek Bakong di sini malam tadi.

Rahmah Che Noh, 53, ketika ditemui berkata, dia telah lama menjadi ahli Pas namun kenyataan Nik Abdul Aziz itu membuatkannya kecewa dan merasa sangat terhina.

"Saya sudah 15 tahun dalam Pas, sepanjang masa itu tiada apa-apa pun bantuan yang diberikan, apabila Kerajaan Pusat beri bantuan beliau pula menghina kami.

"Saya rasa kecewa, kesal dan sangat marah apabila tok guru menghina sesama Islam dia seperti tidak tahu kita adalah sesama manusia," katanya.

Penyokong tegar Pas, Noh Awang, 78, yang telah menjadi ahli parti itu sejak 1950-an turut menyatakan rasa marah dengan sikap pemimpin Pas yang dakwanya semakin melupakan perjuangan agama parti itu.

"Sudah begitu lama saya menyokong Pas. Banyak isu yang timbul tetapi sokongan saya kepada Pas dari muda sampai tua tetapi sejak isu kalimah Allah baru-baru ini, bahu saya terasa sudah senget ke arah UMNO.

"Sekarang timbul pula kata macam haiwan, kenapakah tok guru bandingkan sebagai haiwan, tidak patut dia cakap begitu, sepatutnya dia lebih merendah diri dan tunjuk teladan baik kepada penyokong di bawahnya," jelasnya.

Noraini Dollah, 25, berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu lebih-lebih lagi beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyatnya.

"Saya ini orang muda pun terkejut dengan kenyataan itu. Tidak sepatutnya sesama Islam dihina sebagai haiwan lebih-lebih lagi beliau sendiri tidak buat apa-apa," ujarnya. - UTUSAN.

ABU: Berita yang acap kali kudengar tatkala menjelangnya pilihanraya.Ahli dan penyokong pas semakin berkurangan. Mungkin menjelang hari mengundi PRU ke 13 nanti hanya tinggal Tuan Guru Mursyidul Am dan Preseden sahaja yang kekal menjadi ahli dan pendokong tegar PAS. Ataupun kesemua calon PAS akan hilang deposit mereka....
 
بسم الله الرحمن الرحيم

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.
(Surah al-Hujurat [49]: 6)

Wednesday, 20 February 2013

Personaliti BN Sabah Sertai KEADILAN

12:09PM Feb 21 2013


Dua lagi personaliti BN Sabah - bekas menteri muda, Yapin Gimpoton dan bekas timbalan menteri pusat, Datuk Ahmad Shah Tambakau - telah menyertai PKR.

Kedua-duanya - bekas ahli Berjaya - secara rasmi menyertai PKR

sewaktu lawatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina pada 10 Februari.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Setiausaha PKR Sabah, Roland Chia berkata perkembangan terbaru itu merupakan rangsangan untuk Pakatan Rakyat Sabah.

"Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menerima agenda perubahan yang lebih baik untuk Sabah dan Malaysia melalui platform Pakatan," katanya.

Menurut Chia, Gimpoton pernah menyokong calon PKR yang bertanding di Kadamaian - kerusi yang pernah diwakilinya pada tahun 2008.

Bagi Ahmadshah pula, Chia berkata, beliau kembali aktif dalam politik dengan memberi tumpuan kepada kerusi parlimen Keningau. -sumber

Sunday, 17 February 2013

Jabatan Penerangan Nafi Keluar Kenyataan Perletakan Jawatan PM

KUALA LUMPUR 18 Feb -  Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman hari ini menafikan bahawa Jabatan Penerangan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial yang disedari pagi ini.

Beliau berkata, penafian itu dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki digodam dengan penyiaran dua kenyataan;'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.' 

"Jabatan Penerangan Malaysia mengambil tindakan awal dengan memadamkan kenyataan palsu itu daripada kedua-dua sistem tersebut. 

"Tindakan awal ini bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini. 

Ibrahim berkata, satu siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dibuat oleh pihak jabatan disusuli dengan laporan polis.

Tiga Orang Asli terbunuh

MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
18 Februari 2013
Tiga Orang Asli terbunuh
Usaha mengeluarkan mangsa mengalami masalah selepas kenderaan yang dinaiki lenyek dihempap lori
Tiga Orang Asli terbunuh
Anggota Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan mangsa tersepit.
Tiga Orang Asli terbunuh
Proton Wira yang dalam perjalan pulang ke Johor remuk teruk setelah bertembung dengan lori ikan dalam kemalangan di Kilometer 147 Jalan Kuantan-Johor Bharu, petang semalam.
ROMPIN – Tiga Orang Asli terbunuh dalam kemalangan ngeri manakala otak seorang daripada mangsa kemalangan maut itu bersepai dan berselerak atas jalan dalam kemalangan di Kilometer 147 Jalan Kuantan-Johor Bharu, di sini, petang semalam.

Kemalangan jam 3.40 itu membabitkan sebuah Proton Wira yang dinaiki kesemua mangsa bertembung dengan sebuah lori ikan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan, Johari Jahaya berkata, mangsa yang terbunuh itu ialah pemandu kereta Proton Wira, Roslan Tan, 32, serta dua penumpangnya iaitu Saidi Daud, 21 dan Mazlan Aman, 18, manakala seorang lagi penumpang, Mizar Muda, 19, cedera parah.

“Kesemua mangsa dipercayai baru pulang menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Muadzam Shah dan ingin pulang ke rumah mereka di Kampung Semanggar Kota Tinggi, Johor,” katanya kepada Sinar Harian.

Johari berkata, kejadian berlaku selepas kereta Proton Wira dari arah Kuantan menghala ke Johor Bharu dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Proton Wira terbabit dipercayai memotong beberapa kenderaan lain sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh  sebuah lori ikan yang berada di hadapannya.

“Akibat rempuhan kuat itu, lori ikan yang dalam perjalanan dari Endau tidak sempat mengelak yang kemudiannya merempuh dan melenyek kereta terbabit sebelum terpelosok masuk ke dalam parit tepi bahu kanan jalan bertentangan,” katanya.

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mangsa berdepan kesukaran apabila mereka dipercayai tersepit selepas kenderaan dinaiki lenyek dihempap lori terbabit.

“Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit diketuai Ketua Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Inspektor Abd Rahman Abd Jalil bersama pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin dan Endau,” katanya.

Menurutnya, kesemua mangsa mati di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Muadzam Shah bagi tujuan bedah siasat, manakala mangsa cedera parah pula dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi menerima rawatan lanjut.

Bagaimanapun, katanya, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.- SINAR HARIAN.

Friday, 15 February 2013

Pengurus Felda Enggan Ulas Video Mesyuarat Sekat Ceramah


Pegawai Felda yang didakwa mempengerusikan mesyuarat untuk menyekat NGO ANAK daripada memasuki Felda Sungai Tengi enggan mengulas lanjut berkenaan kandungan mesyuarat itu yang dirakam dan dimuatnaik ke laman Youtube.

Pengurus Felda Sungai Tengi, Alias Hussein, yang dikenal pasti sebagai pegawai di dalam rakaman itu, hanya menjelaskan bahawa rakaman itu adalah mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) sahaja.

 
Beliau sebaliknya menjemput Malaysiakini ke pejabatnya jika mahukan penjelasan lanjut.

Ini kerana, beliau perlu memohon kebenaran ibu pejabat Felda sebelum memberikan ulasan seterusnya.

"Itu mesyuarat JKKR sahaja. Saya kena rujuk dengan ibu pejabat (Felda) dahulu dan saya minta awak datang ke pejabat Sungai Tengi jika mahu tahu ceritanya," katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Presiden ANAK Mazlan Aliman sebelum ini mendedahkan satu video yang didakwa menunjukkan satu mesyuarat yang diadakan untuk menghalang ceramah NGO itu di Felda Sungai Tengi.

Tambahnya, mesyuarat tersebut antara lain turut dihadiri wakil PERKASA, Umno, Majlis Belia Felda dan Jabatan Seranta Felda.

Dakwanya lagi, mesyuarat itu turut membincangkan cubaan untuk menggagalkan program ANAK di Felda Sungai Tengi pada 4 Februari, termasuk mengadakan "huru-hara" dan juga untuk menghalang mereka daripada memasuki kawasan tanah rancangan tersebut.

"Huru-hara" yang dimaksudkan oleh pegawai Felda berkenaan, seperti yang dapat dikesan dalam video tersebut, merupakan tindakan untuk "membuat bising".- Malaysiakini.

Monday, 11 February 2013

Serangan Harimau : Penduduk Gua Musang Diingat Jangan Bertindak Sendiri

KOTA BHARU — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menasihatkan penduduk di kawasan yang terlibat dengan serangan harimau kumbang di Gua Musang dua hari lepas, tidak bertindak sendiri bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Pengarahnya, Rahmat Topani berkata, mereka sepatutnya memaklumkan kepada pegawai Perhilitan bagi mengambil tindakan terhadap haiwan itu.

"Ini untuk mengelak kejadian tidak diingini seperti serangan balas daripada haiwan liar itu,” katanya di sini, hari ini.

Rahmat diminta mengulas kejadian seorang buruh ladang Indonesia yang nyaris maut apabila diserang seekor harimau kumbang ketika menjalankan kerja meracun rumput di kawasan ladang sawit milik Tanah Rancangan Felda Perasu, di Gua Musang dua hari lepas.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, Alip Abil, 33, cedera di beberapa bahagian badan, lengan kanan, tangan kiri, kepala dan punggung akibat dicakar harimau sebesar kambing dengan ketinggian kira-kira 1.3 meter.

Buruh berkenaan menerima 50 jahitan dan dirawat di Hospital Gua Musang (HGM).

Menurut Rahmat, pihaknya telah menghantar seorang pegawai bersama beberapa anggota untuk menyiasat kejadian itu dan meninjau kawasan terlibat bagi mengesan harimau itu.

"Kami ada kaedah untuk menangkap atau mengesan haiwan itu bagi mengelakkan ia terus berkeliaran dan menganggu penduduk di kawasan itu,” katanya.— BERNAMA

Ronnie Liu mahu saman Jafrie Nordin

Wartawan Sinar Harian
11 Februari 2013
Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu
Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu
 
SHAH ALAM – Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mahu mengambil tindakan mahkamah ke atas bekas pembantu khasnya, Jafrei Nordin kerana menuduh beliau dan DAP tidak menghormati Pas dan PKR termasuk ada cubaan menjatuhkan kedua-dua parti terbabit.

Liu yang juga Adun Pandamaran berkata, beliau juga akan menyaman akhbar kerana melaporkan berita tidak benar menyebabkan imejnya terjejas sebagai wakil rakyat dan Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor.
“Lepas cuti Tahun Baru Cina ini, saya akan menyaman dia (Jafrei) menerusi peguam saya, Gobind Singh Doe kerana menyiarkan berita palsu terhadap saya.

"...peguam saya kata, kita ada asas yang kukuh untuk saman mereka,” katanya yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Tambah Liu, beliau telah memecat Jafrei tiga tahun lalu setelah mendapati tidak menunjukkan prestasi yang baik sepanjang perkhidmatannya di pejabat Exconya.
Jumaat lalu, Jafrei mengaku sebagai bekas pembantu khas Exco Kanan Selangor telah mengumumkan peletakkan jawatannya atas alasan tidak berpuas hati dengan majikannya dan DAP.

Jafrei mengumumkan peletakan jawatannya pada satu sidang akhbar di kediaman Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, yang keluar PKR pada tahun 2009. - Sinar Harian.

Sunday, 10 February 2013

Bekas IGP: 'Arab Spring' boleh berlaku jika pihak kalah tak puashati

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yakin 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.

"Saya yakin pihak yang kalah akan menggunakan penyokong-penyokong mereka membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana berlaku di Asia Barat.
  
"Pihak-pihak yang bertanding sewajarnya mengawal diri dan bersikap rasional dari sekarang," katanya semasa menjawab soalan hadirin pada taklimat khas kepada anggota Komuniti 1Malaysia di Kompleks Penyiaran Kedah hari ini.
  
Menurut Musa pihak polis sewajarnya bertindak lebih awal mengumpul maklumat bagi menghalang sebarang kejadian buruk berlaku.
  
"Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih bersifat pencegahan dihapuskan. Akta baru belum tahu lagi keberkesanannya.
  
"Orang yang didakwa menggalakkan keganasan di negara luar ditangkap, orang yang membuat rusuhan dalam negara tidak pula ditangkap dan didakwa," katanya.

Kepada satu soalan, Musa menegaskan beliau tidak akan menyertai sebarang parti politik sebaliknya akan berjuang atas diri sendiri bagi demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
  
Dalam taklimatnya, beliau melahirkan rasa sedihnya kerana ada segolongan ahli politik negara ini sanggup menggadai maruah bangsa dan agama demi mencapai cita-cita politik mereka.
  
"Dulu agensi perisikan Amerika, CIA menyerap masuk bagi menghuruharakan sesebuah kerajaan tetapi sekarang Yahudi dan Barat menggunakan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerap konsep liberisme dan sebagainya.
  
"Mereka gunakan NGO-NGO menuntut kerajaan lebih telus, menggalakkan LGBT, biseksual, transeksual dan sebagainya. Ini cara mereka hendak melemahkan Islam. Jika tidak liberal barat akan anggap kerajaan tersebut zalim," tambahnya.
  
Musa berkata fitnah terus-terusan pemimpin pakatan pembangkang yang menyifatkan kerajaan pusat sebagai perasuah dan lemah setiap hari adalah supaya rakyat mempercayai mereka.

"Taktik ini mampu mempengaruhi rakyat padahal mereka yang menguasai empat buah negeri tidak mentadbir dengan lebih baik," katanya.
  
"Saya khuatir keselamatan negara akan terancam sekiranya kerajaan gagal menangani pemimpin-pemimpin rakus, jenayah terancang, ah long, pelampau agama, hasutan dan gerakan sulit.
  
"Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang terbabit dan tidak dibuat secara terpilih," kata Musa.

- Bernama.


ABU: Lain macam jer bunyinya....pembangkang telah kalah bekali-kali.... saya kira keadaan masih terkawal....Dah penatlah lihat pemimpin-pemimpin, penyokong, pendokong,Ilmuan UMNO dan para bloggernya meroyan.....

Saturday, 9 February 2013

Pekerja Proton Protes Mahukan Penyusunan Gaji Semula

Oleh: Hafiz Yatim
 
Lebih 1,000 pekerja pengeluar kereta nasional, Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam mengadakan bantahan petang semalam berhubung kenaikan minimum gaji bagi kakitangan sedia ada yang sebelum ini dibayar antara RM901 dan RM1,200 dan hanya mendapat kenaikan empat peratus.

Bantahan di Tanjung Malim, bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir sejam kemudian, ekoran pelaksanaan gaji minimum pada bulan Januari.

Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Azmi Jamaluddin berkata, pekerja peringkat rendah sebelum ini memperolehi gaji RM600 tetapi kini mendapat kenaikan RM300 berikutan pelaksanaan gaji minimum.

"Bagaimanapun, mereka dengan gaji RM901 hingga RM1,200 hanya diberikan kenaikan empat peratus. Ini hanya kenaikan minimum RM36 kepada RM40," katanya kepada Malaysiakini.

Oleh itu, bantahan hari ini adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada majikan mereka.

Kesatuan dalam surat bertarikh 17 Januari menyatakan mereka yang mendapat gaji RM600 kini mendapat RM900 manakala mereka dengan gaji RM1,201 dan ke atas diberi pembayaran one-off.

Surat itu yang ditandatangani oleh Setiausaha kesatuan tersebut, Mohd Zaki Hairan menyatakan bahawa rundingan bermula pada bulan November tetapi tiada tanda-tanda penyelesaian dicapai.

Dalam satu kenyataan, Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Zainudin Dollah berkata pekerja mahukan penyusunan semula gaji bagi mereka yang memperolehi RM901 hingga RM1,200 bagi mendapatkan kenaikan yang setanding dengan mereka yang dinaikkan gaji dari RM600 kepada RM900.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Sekerja Elektronik Semenanjung Malaysia (Wilayah Barat), Wan Noorulazhar Mohd Hanafiah berkata 700 pekerja berkumpul di sebelah kilang Proton Shah Alam untuk menuntut pelarasan gaji berikutan pelaksanaan gaji minimum.

Beliau berkata perhimpunan bermula jam 5.30 petang berhampiran kilang tersebut yang diketuai Pengerusi MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan, N Gopalkishnan.

Sementara itu, menurut laporan China Press, kira-kira 500 pekerja asing sebuah kilang perabot di Muar mengadakan mogok hari ini terhadap majikan mereka yang enggan melaksanakan gaji minimum.- Malaysiakini.

Friday, 8 February 2013

Nasharudin diminta jangan cemar nama Allahyarham Datuk Fadzil

Wartawan Sinar Harian
9 Februari 2013
Khalid Samad
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Khalid Samad 
 
SHAH ALAM  - Pas Selangor mengingatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa supaya tidak mencemarkan nama baik bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dengan segala tindakan dan kenyataan beliau.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Khalid Samad berkata, Nasharudin sepatutnya berterima kasih kepada Ustaz Fadzil kerana membawa beliau yang langsung tidak dikenali terus ke pimpinan Pusat dan dilantik sebagai Setiausaha Agung Pas.

“Beliau bukan siapa-siapa sebelum Ustaz Fadzil ambil dan letak di pentas utama politik Pas. Saya minta dia jangan cemar nama Ustaz Fadzil iaitu mengaitkan dengan tindakan dilakukannya,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Khalid berkata, ucapan Nasharudin di sebuah stesen televisyen swasta baru-baru dilihat seolah-olah menjual nama bekas itu Presiden Pas sedangkan itu kenyataannya sendiri.

“Soal tahaluf siasi ini dimulakan pada zaman kepimpinan Ustaz Fadzil. Ianya merupakan keputusan hasil perbincangan melibatkan bukan sahaja pemimpin Pas, tetapi pemimpin gerakan Islam seluruh dunia.

“Mereka berbahas berdasarkan fahaman, suasana dan prinsip politik mengikut syariat Islam. Ia diputuskan bahawa Pas menjadi parti relevan bagi seluruh Malaysia dan rakyatnya, maka persoalan tahaluf siasi ini kerjasama dengan DAP dan PKR tidak menjadi masalah,” katanya.

Beliau berkata, Pas Selangor kesal dengan tindakan Nasharudin yang tidak mahu membetulkan diri sendiri dengan menerima keputusan jemaah atau parti tetapi terus ingin melanggarnya walaupun ia salah dari sudut disiplin.

“Tindakan itu membuktikan beliau tidak layak menjadi ahli Majlis Syura Ulamak maka keputusan Majlis Syura Ulamak menggugurkannya terbukti tepat dan betul.

“Tindakannya membuktikan beliau tidak layak menjadi Timbalan Presiden Pas, maka ianya mengesahkan keputusan Muktamar 2011 yang tidak memilihnya sebagai Presiden," katanya.

Dalam pada itu, Khalid turut mengulas mengenai gesaan Nasharudin yang mahu Pas keluar dari Pakatan Rakyat (PR).

“Ia bercanggah dengan apa diwariskan oleh Ustaz Fadzil dan kata-kata beliau sendiri bahawa ini satu ijtihad hebat untuk menjadikan Pas itu relevan bagi semua di seluruh negara Malaysia. Kalau keluar dari PR, maka Pas akan bersendirian dan hanya dapat memainkan peranan untuk sektor masyarakat tertentu sahaja,” katanya - SINAR HARIAN.

Thursday, 7 February 2013

Bincangkan 2699 Kalimah ALLAH Dalam Al-Quran Untuk Orang Islam Dan Bukan Islam

Oleh: Ustaz Ahmad Awang

Firman Allah:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ
Maksudnya :

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (Aali-Imran: 102)

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, timbul semula ‘Isu Kalimah ALLAH’ setelah reda kira-kira hampir 3 tahun. Kali pertamanya, heboh pada akhir tahun 2009 apabila hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Puan Lau Bee Lan membuat penghakiman bahawa perintah Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar (pada Januari 2009) yang melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh orang-orang bukan Islam adalah tidak sah kerana  menurut hakim itu perintah tersebut bercanggah atau altravirus dengan peruntukkan perlembagaan Perkara 11(1)yang menjamin kebebasan beragama dan mengamalkan ajaran agama masing-masing. Dengan penghakiman tersebut maka orang bukan Islam khasnya orang Kristian yang membuat permohonan penghakiman itu dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH dalam buku atau apa-apa penerbitan mereka. Ramai di kalangan orang Melayu terutamanya orang UMNO dan penyokong-penyokongya tidak berpuas hati, akibatnya berlaku peristiwa pembakaran gereja Kristian di sekitar Kuala Lumpur.

Kali ini isu tersebut bangkit apabila Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dalam ucapannya sempena menyambut Krismas baru-baru ini meminta Kerajaan segera membenarkan agama Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam terjemahan Bahasa Melayu kitab Bible. Oleh kerana yang menyeruarakan perkara ini pemimpin DAP, maka isu ini meledak seperti sebiji bom beratnya bermega tan yang menggegarkan seluruh masyarakat warga Malaysia pelbagai agama, lebih-lebih lagi orang Melayu; terutamanya, UMNO dan badan-badan NGO penyokongnya.

Dalam keadaan haru-biru akibat ledakkan tersebut, masing-masing di pihak UMNO dan badan-badan NGO penyokongya ingin bercakap dan mengeluarkan hukum dan fatwa mereka. Pemimpin-pemimpin UMNO dan badan-badan NGO penyokongnya membuat bantahan dan mengutuk Lim Guan Eng dan partinya. Bahkan menyeret PAS dan PKR yang menjadi rakan Pakatan Rakyat dengan DAP. Ulama-ulama UMNO yang muda dan tua mencabar PAS untuk menyatakan pendirian.  Mereka seolah-olah tidak menyedari langsung bahawa apa yang disuarakan oleh Lim Guan Eng itu adalah selari dengan keputusan mahkamah yang memberikan hak kebebasan kepada orang bukan Islam untuk menggunakan kalimah ALLAH itu. UMNO sendiri lupa bahawa Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak telah memberikan kelulusan kepada pihak gereja Kristian di semenanjung membawa masuk Bible terjemahan Bahasa Melayu yang mengandungi perkataan Allah pada bulan April 2011 beberapa hari sebelum berlangsung pilihanraya negeri Sarawak. Bahkan sebelum itu, Dato' Sri Nazri Aziz Menteri Jabatan Perdana Menteri menyatakan bahawa orang-orang Kristian di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah ALLAH dalam kitab agama mereka.

PAS telah pun membuat pendirian dan menyatakan bahawa berdasarkan keterangan Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW tiada bukti-bukti bahawa kalimah ALLAH itu tidak boleh diguna atau disebut oleh orang bukan Islam. Bagaimanapun dalam konteks masyarakat bukan Islam di negara ini, penggunaan kalimah Alllah oleh orang bukan Islam menurut PAS, hendaklah tidak disalah guna atau boleh menimbulkan penghinaan kepada Islam atau kalimah suci itu. Namun pihak UMNO dan penyokong-penyokongnya memutarbelitkan keputusan PAS itu dan juga menggambarkan bahawa PAS kononnya memihak kepada orang bukan Islam, khasnya orang Kristian kerana hendak mengambil hati orang bukan Islam bagi mendapat undi mereka. Berbagai tuduhan dan fitnah dilontarkan kepada pemimpin PAS khasnya Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hadi.

Yang terbaru mereka juga menggambarkan bahawa keputusan PAS itu berlawanan dengan pedirian beberapa orang tokoh ulama PAS seperti Ustaz Dato’ Harun Taib dan Dato’ Dr.Harun Din. Ini bererti UMNO menjadikan isu kalimah ALLAH itu untuk cuba menggambarkan tidak ada kesepakatan diantara ulama-ulama PAS dalam keputusan yang dibuat sebelum ini dan cuba menimbulkan pepecahan di kalangan pimpinan PAS dan ahli-ahlinya. Dengan kata lain, UMNO menjadikan isu tersebut semata-mata untuk kepentingan partinya. Perkembangan ini memaksa PAS melalui Majlis Syura Ulamanya  memperbaharui  keputusannya yang dibuat pada 2010 dengan menambah beberapa penjelasan yang lebih terperinci. Namun pihak UMNO yang disokong oleh beberapa orang mufti (yang selama ini sering mewakili pendirian UMNO seperti Mufti Perak dan bekas Mufti Johor) tetap tidak boleh menerima penjelasan tersebut dan masih memutarbelitkannya atau sekurang-kurangnya mereka mendakwa PAS berdolak-dalik dalam perkara ini. Sikap UMNO seperti ini semata-mata kerana mahu menjadikan isu kalimah ALLAH ini sebagai modal PRU13 yang sudah sangat hampir waktunya.

Benar juga nampaknya seperti kata Professor Emeritus Mahmood Zuhdi dalam panel bicara TV Al-Hijrah baru-baru ini bahawa isu kalimah ini sudah dijadikan seperti bola yang ditendang kesana kemari oleh orang-orang politik (tentu yang beliau maksudkan ialah UMNO dan juga PAS dan termasuk beberapa orang mufti yang berpolitik menurut beliau). Tetapi bagi saya yang menendangnya sebagai bola itu hanya orang-orang UMNO dan ulama-ulamanya sahaja kerana PAS sekadar menjelaskan dan menolak segala tomahan UMNO. 

Ketika menjawab pertanyaan monderator panel Bicara TV Al-Hijrah itu (Amin Idris) “Bagaimana hendak menyelesaikan isu kalimah ini kalau keputusan mahkamah sendiri tidak dapat menyelesaikannya” Mahmood Zuhdi menegaskan bahawa untuk menyelesaikan isu ini, hentikanlah segala perbincangan mengenai persoalan kalimah ALLAH ini. Ertinya semua media milik Kerajaan atau milik UMNO dan proksi-proksinya seperti RTM, TV3,TV BERNAMA bahkan juga TV Astro, Radio IKIM dan media cetak seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dan sebagainya hendaklah memberhentikan apa jua bentuk perbincangan, berita dan apa jua persoalan mengenai isu kalimah ALLAH ini. Selama ini, media-media inilah yang sentiasa memainkan isu kalimah ALLAH ini untuk tujuan politik UMNO BN. Maka yang hanya boleh memberhentikan perkara ini adalah Kerajaan iaitu UMNO BN. Saya tidak yakin saranan Professor Emeritus itu akan didengar oleh Kerajaan UMNO  BN. Takut-takut kata-kata Professor Emeritus itu pun juga cakap politik melalui TV Al-Hijrah itu. Kalau tidak percaya, tengoklah nanti. Pihak PAS atau PKR pun tidak ada masalah kerana mereka tidak ingin membangkitkan perkara ini. Saya sendiri pun tidak akan membangkitkan perkara ini lagi kerana saya sudah menulisnya dalam entri saya yang terdahulu kira-kira 3 tahun lalu dan apa yang ditulis itu 
adalah pendirian saya sehingga hari ini.

Namun saya ingin menegaskan bahawa yang patut diberhentikan ialah mengenai isu hukum kalimah ALLAH yang diguna pakai oleh orang bukan Islam dan bukan memberhentikan perbahasan mengenai keimanankepada Allah, hukum-hukum Allah, perintah-perintah Allah, kewajipan menegakkan hukum-hukum Allah, kewajipan menegakkan agama Allah, kewajipan pertahankan perintah-perintah Allah dan hukum-
hakamnya dan kewajipan mengajak manusia kepada jalan Allah dan bertaqwa kepadaNya.

Sebagai penutup tulisan ini, saya menyeru mereka yang bersungguh-sungguh benar hendakkan kalimah ALLAH itu eksklusif untuk orang Islam sahaja supaya mereka membaca ayat-ayat Al-Quran yang mengulang-ulangkan kalimah ALLAH itu sebanyak 2699 kali dengan memahami maksud-maksud ayat tersebut dan menghayatinya. Saya bimbang kalau-kalau mereka yang begitu bersemangat tidak membenarkan kalimah ALLAH itu disebut oleh orang bukan Islam, mereka belum sempat pun membaca separuh atau suku ayat-ayat tersebut.

Kalimah Allah - Dari Perspektif Dakwah

Rujukan: Al-Quran

A. ALLAH (Tuhan Rabb/Rububiyah)

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ .i
.وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ


وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ السَّمَاء مَاء فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِن بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ .ii
.اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ .iii
.اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

.وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ الْعَزِيزُ الْعَلِيمُ .iv

.الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ .v

.قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ .vi
B. ALLAH (Tuhan Ilah/Uluhiyah@Ubudiyah=Tauhid)

.قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ .اللَّهُ الصَّمَدُ .لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ .وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ .i

.إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ .ii

.إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي .iii

وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُواْ اللّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللّهِ... .iv
.فَقَدْ حَرَّمَ اللّهُ عَلَيهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ
C. ALLAH (Tuhan yang disyirikkan/disekutukan=Sesat)

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللّهِ وَقَالَتْ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللّهِ ذَلِكَ قَوْلُهُم .i
.بِأَفْوَاهِهِمْ يُضَاهِؤُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَبْلُ قَاتَلَهُمُ اللّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ .ii

...لَّقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ ثَالِثُ ثَلاَثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَـهٍ إِلاَّ إِلَـهٌ وَاحِدٌ .iii

أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ .iv
...أَوْلِيَاء مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى
A(i) Maksudnya:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “ALLAH”. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)? (Al-Ankabuut: 61)

A(ii) Maksudnya:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “ALLAH”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Al-Ankabuut: 63)

A(iii) Maksudnya:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “ALLAH”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Luqman: 25)

A(iv) Maksudnya:
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Yang menciptakannya ialah ALLAH Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”. (Az-Zukhruf: 9)

A(v) Maksudnya:
Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-Fatihah: 2)

A(vi) Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (ALLAH) Pemelihara sekalian manusia”. (An-Naas: 1)

B(i) Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah ALLAH Yang Maha Esa”; “ALLAH Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat”; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan”; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (Al-Ikhlaas: 1-4)

B(ii) Maksudnya:
Engkaulah sahaja (Ya ALLAH) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Al-Fatihah: 5)

B(iii) Maksudnya:
“Sesungguhnya Akulah ALLAH; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.” (Taha: 14)

B(iv) Maksudnya:
... Padahal Al-Masih sendiri berkata: “Wahai Bani Israil! Sembahlah ALLAH, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya ALLAH haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”. (Al-Maa‘idah: 72)

C(i) Maksudnya:
Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak ALLAH” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak ALLAH”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga ALLAH binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? (At-Taubah: 30)

C(ii) Maksudnya:
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya ALLAH ialah Al-Masih Ibni Maryam” ... (Al-Maa‘idah: 72)

C(iii) Maksudnya:
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya ALLAH ialah salah satu dari tiga tuhan”. Padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. ... (Al-Maa‘idah: 73)

C(iv) Maksudnya:
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada ALLAH ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari ALLAH untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada ALLAH sehampir-hampirnya”, ... (Az-Zumar: 3)
Pengajaran dari ayat-ayat di atas:

  1. Al-Quran menegaskan bahawa manusia yang bukan Muslim/musyrik samada penyembah berhala ataupun orang-orang Yahudi dan Nasrani mengakui ALLAH adalah Pencipta, Pemilik, Pemelihara, Pengatur alam.
  2. Orang Muslim (Mukmin) wajib mengimani bahawa ALLAH adalah Tuhan (Rabb) bagi seluruh alam dan Dia juga ALLAH bagi seluruh manusia.
  3. Adalah menjadi kesalahan dan bercanggah dengan ajaran Islam sekiranya orang Muslim mendakwa/berkata/mempercayai bahawa ALLAH hanya Tuhan bagi orang Islam sahaja.
  4. Mempercayai ALLAH sebagai Tuhan (Rabb) seluruh alam, belum bererti menjadi Muslim/Mukmin.
  5. Menurut aqidah Islam, seseorang yang mengakui ALLAH sebagai Tuhan/Rabb Pencipta, Pemilik, Pemelihara, Pengatur alam; wajiblah mengimani bahawa ALLAH sahaja (yang Esa) ILAH yang wajib diibadati (“disembah” dalam Bahasa Melayu yang kurang tepat).
  6. Orang-orang musyrik termasuk Kristian dan Yahudi menyebut nama ALLAH dalam konteks kepercayaan mereka yang sesat atau bercanggah dengan aqidah tauhid.
  7. ALLAH mengutuk perbuatan mensekutukanNya dan memberi ancaman siksaan yang keras di hari Akhirat.
  8. Namun ancaman keras ALLAH terhadap golongan yang memesongkan kepercayaan aqidah tauhid itu tidak pula bererti bahawa umat Islam boleh melakukan paksaan atau kekerasan terhadap mereka kerana Islam agama dakwah, bukan agama paksaan, apalagi kekerasan.
  9. Hampir setiap kali kalimah ALLAH yang dipesongkan oleh golongan sesat itu, diiringi dengan penegasan dan penjelasan bahawa ALLAH Tuhan Yang Maha Esa (dari segi uluhiyah/ubudiyah).

Isu Kalimah ALLAH dan Implikasinya
Umum hanya mengetahui isu ini berbangkit setelah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Puan Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan ALLAH dalam penerbitan mingguannya, Herald-The Catholic Weekly pada 31 Disember 2009. Sebenarnya isu ini sudah berbangkit semenjak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan perintah larangan menggunakan perkataan ALLAH bagi penerbitan berkenaan pada Januari 2009 dan kemudiannya Ketua Paderi, Datuk Murphy Nicholas Xavier Pakiam mendapat kebenaran membawa isu ini ke mahkamah yang berakhir dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi membatalkan perintah KDN itu.

Dalam tempoh 3 minggu selepas keputusan penghakiman tersebut, pelbagai peristiwa berlaku di negara kita. Yang paling menarik perhatian dunia ialah peristiwa cubaan membakar beberapa gereja di Semenanjung dan Sarawak. Media on-line utama antarabangsa/luar negeri seperti CNN, BBC, IFP, Al-Jazeera, New York Times, Jakarta Post menggambarkan persepsi negatif terhadap Malaysia sebagai negara bermajoriti Muslim yang menindas penganut agama golongan minoriti khususnya Kristian yang mempunyai penganutnya kira-kira 9% berbanding dengan 60% penganut agama Islam. KDN terpaksa memanggil 96 wakil kedutaan asing di Kuala Lumpur hadir ke Putrajaya untuk diberi taklimat. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pergi ke London menyampaikan ucaptama di Centre for Islamic Studies, Oxford University atas tajuk “Islam and Critical Challenges in Multi-Religious Malaysia”.

Sikap Masyarakat Islam di Amerika
Masyarakat Islam di Amerika menjadi sasaran golongan propagandis Islamophobia yang bergerak hebat selepas peristiwa 11 September 2001. Mereka menjadikan isu penggunaan kalimah ALLAH di Malaysia bagi orang Kristian yang mendapat tentangan hebat dari orang Islam sebagai satu modal lagi untuk berhujah kononnya Islam agama terrorisma. Orang-orang Islam di Amerika terpaksa memberikan penjelasan bahawa persepsi mereka sedemikian itu adalah bercanggah dengan ajaran dan prinsip Islam sebagai agama dakwah dan sama sekali tidak pernah memaksa orang bukan Islam menganut Islam.

Council on American-Islamic Relations (CAIR) atau Majlis Perhubungan Islam-Amerika bukan sahaja memperhebatkan penerangan dan penjelasan mengenai isu berkenaan bagi menolak segala tohmahan-tohmahan terhadap Islam terutama komen-komen negatif yang disiar dalam akhbar on-line The New York Times, malah majlis tersebut telah melancarkan pungutan derma di kalangan orang Islam di Amerika untuk dana bagi membantu memperbaiki beberapa buah gereja yang menjadi mangsa isu kalimah ALLAH ini di Malaysia. Pengarah Eksekutif Kebangsaan CAIR, Nihad Awad berkata antara lain: American Muslims, as a symbol of their commitment to interfaith understanding and peaceful coexistence, will take the lead in helping to restore the damaged churches. Pungutan tabung derma tersebut akan disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Washington.

Sikap Berdolak-dalik Kerajaan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib berdolak-dalik. Mulanya beliau tidak membenarkan sebarang demo membantah keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan, lepas itu beliau berkata kerajaan tiada kuasa menghalang untuk rakyat Malaysia (orang Islam/terutamanya orang UMNO?) untuk menyatakan pandangan dan bantahan mereka. Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin memberi amaran akan menggunakan ISA sekiranya mana-mana pihak melakukan sesuatu yang mengancam keselamatan negara dalam isu ini. Beberapa demo dalam kawasan masjid di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam diadakan pada Jumaat 8 Januari disertai oleh beberapa kumpulan kecil anjuran PEKIDA, ABIM, PKPIM, beberapa NGO Islam dan sudah pastinya orang-orang UMNO yang berselindung di sebalik badan NGO yang mereka dalangi. Antara yang menjadi mangsa adalah gambar Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mereka pijak-pijak. Malah antara pendemo di Shah Alam itu ada yang melaungkan “bakar gereja” dan “buang negeri terhadap Khalid Samad”.

Seperti biasalah, bila timbul ketegangan di antara orang Islam dan bukan Islam, pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa memainkan peranan “lempar batu, sembunyi tangan”. Perdana Menteri berkata: “Jangan dengar cakap pembangkang yang menyalahkan pihak UMNO dan kerajaan sebagai punca ketegangan, terutama sekali jangan dengar cakap dari pemimpin PAS.” Kini isu berkenaan kelihatan reda sedikit kerana KDN telah berjaya menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi mengenainya dengan mendapat kebenaran menggantungkan keputusan tersebut dan menunggu keputusan Mahkamah Rayuan mendengar dan membuat penghakimannya. Bila kes ini akan didengar di mahkamah berkenaan, kita pun belum tahu.

Tiba-tiba sahaja meletup berita bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily, berkata penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana dan mereka boleh terus menggunakannya. Tapi lain halnya di Semenanjung kerana perkataan Allah hanya mula diperkenalkan dalam penerbitan dan upacara sembahyang penganut Kristian beberapa tahun yang lalu. Belum ada komen dari Perdana Menteri dan Timbalannya atas pendirian Nazri ini kerana mereka masih berada di luar negara. Namun demikian Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Haji Wan Mohamad Bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah mengeluarkan kenyataan membantah pendapat Menteri di JPM itu. Setakat ini pendapat beliau belum jelas samada disokong atau sebaliknya oleh Menteri di JPM yang bertanggungjawab atas hal ehwal Islam, Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir Baharom.

Pendirian PAS
PAS telah membuat pendirian yang jelas atas nama jemaah gerakan Islam. Lazimnya dalam isu seperti ini, gerakan Islam menjadi mangsa yang sering dikaitkan fahaman pelampau Islam atau terus dilabelkan sebagai “Islamic terrorist”. Dalam kes yang selari dengan isu apa yang dinamakan golongan pelampau, Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi pernah memfailkan saman terhadap sebuah akhbar di London yang mengaitkan nama beliau dengan kumpulan pendokong Al-Qaedah. Tuan Guru Haji Hadi menang dalam kes beliau dan berjaya membuktikan PAS bukan golongan ekstremis. Akhbar berkenaan terpaksa membayar tuntutan gantirugi beratus ribu pound. Namun pendirian PAS dalam isu kalimah ALLAH ini dibuat selari dengan prinsip Islam sebagai agama dakwah, pendirian PAS membuka mata golongan non-Muslim. Ketua Paderi Katolik Kuala Lumpur, Datuk Murphy Nicholas Xavier Pakiam bukan sahaja menyatakan kesediaan berdialog bagi mengelakkan dari perkara-perkara yang menimbulkan kebimbangan atau kekeliruan di kalangan orang Islam, malah memuji sikap PAS yang terbuka dan menunjukkan Islam sebagai agama yang mahukan keharmonian dan kedamaian di antara sesama manusia yang berbeza kepercayaan dan agama. Kesediaan PAS berdialog sama sekali tidak menjurus ke arah persetujuan bersama untuk mewujudkan Suruhanjaya Antara Agama (IFCM) yang memang dibantah oleh PAS tiga tahun dahulu kerana dialog bererti PAS berada di satu pihak dan kumpulan agama lain di satu pihak. Manalaka Suruhanjaya Antara Agama bermakna duduk dalam satu badan iaitu suruhanjaya.

Pendirian PAS berpegang kepada fakta penggunaan perkataan ALLAH berpandukan kepada tiga kategori lafaz ALLAH yang disebut dalam Al-Quran berulang kali sejumlah 2699 kali kesemuanya. Tidak ada keterangan nas yang qat‘ie (putus/tegas) melarang penggunaan kalimah ALLAH bagi orang bukan Islam. Yang dilarang dan menyebabkan orang yang menyebutnya itu kafir samada mereka itu musyrik penyembah berhala atau Yahudi dan Nasrani adalah disebabkan mereka menukar konsep tauhid kepada syirik. Memang tepat apabila PAS bersedia berdialog dengan mana-mana pihak pun supaya lafaz ALLAH tidak menimbulkan penghinaan ke atas kalimah suci “lafz al-jalalah” itu seperti umpamanya meletakkan kalimah ALLAH pada patung Jesus (Isa Al-Masih) atau Mary (Maryam). PAS sudah memulakan langkah dakwahnya apabila Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap AJK PAS Pusat bersama beberapa orang rakannya dari pimpinan PAS Pulau Pinang mempelopori suatu majlis dialog dengan ratusan penganut agama Kristian di sebuah dewan Gereja Katolik di Island Glades, Pulau Pinang. Beliau juga berdialog dengan paderi Kristian di Parit Buntar dan Bagan Serai.

Pengalaman dan Dakwah Saya
Saya sendiri dalam keadaan serangan batuk sejak 3 minggu lalu telahpun menjadikan isu ini sebagai tajuk kuliah di beberapa surau dan masjid di Lembah Klang dan di kawasan Taiping. Bermula dengan kuliah tetap saya pada setiap hari Ahad, saya membawa tajuk ini pada Ahad 3 Januari di Balai Kuliyah Tasawwur Islami, Simpang Empat Semanggol. Memang kuliah saya ditujukan kepada masyarakat Islam sahaja bagi menjelaskan perkara ini dari perspektif Islam dan dakwahnya. Saya menjelaskan bagaimana kita sewajarnya mengambil pendirian yang tepat bagi menggambarkan Islam sebagai agama ALLAH yang benar, yang adil, yang risalahnya untuk seluruh umat manusia bahkan rahmat untuk seluruh alam. Pendirian yang tepat ini akan membawa manusia dekat kepada Islam dan ALLAH sahajalah kemudian memberikan petunjukNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (Al-Quran, surah An-Nahli, 16:125).

Bagaimanapun mengenai dialog, sebenarnya saya telah melaksanakannya sejak lebih 10 tahun yang lalu apabila saya menerbitkan sebuah buku berjodol “Mencari Kebenaran: Suatu Dialog Islam-Kristian”. Buku tersebut diterbitkan dalam lingkungan 10,000 naskhah dan saya edarkan melalui kuliah dan ceramah saya di seluruh Semenanjung, namun dalam tempoh 4 tahun, buku tersebut masih tidak habis walaupun hanya berharga RM2. Akhirnya pada 1989, buku itu saya tukar menjadi sebuah komik dengan tajuk yang sama. Saya dipertemukan ALLAH di Masjid Kolej Islam Malaya, Seksyen 16, Petaling Jaya dengan pelukis komik yang dikenal dengan nama samarannya Rossem. Saudara Rossem, nama sebenarnya Rosidi Semail menyiapkan lukisannya untuk membantu aktiviti dakwah saya melalui Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) yang saya terajui pimpinannya selama kira-kira 17 tahun. Saya sendiri mencetaknya kerana saya ketika itu mempunyai syarikat percetakan yang dikenal dengan nama Perusahaan Litografik Usrah Sdn Bhd. Alhamdulillah lebih 100,000 naskhah dapat saya cetak dan diedarkan sampai ke Sabah dan Sarawak.

Pada mulanya buku komik tersebut mendapat bantahan daripada seorang paderi Gereja Katholik Kuala Lumpur ketika itu (1989). Beliau menulis surat kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri (ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dengan menghantarkan salinannya kepada saya (malangnya surat tersebut tiada lagi dalam simpanan saya), meminta supaya komik tersebut diharamkan oleh KDN dan mengambil tindakan terhadap saya dan PUM yang saya pimpin. Bagaimanapun saya menulis surat kepada paderi tersebut dengan salinannya kepada KDN mengajak paderi tersebut berdialog dengan saya atas isu “ketuhanan Jesus” atau yang seumpamanya mengenai Islam dan Kristian. Surat saya tidak berjawab dan Alhamdulillah buku komik tersebut banyak tersebar dan saya mendapat maklum balas sebilangan non-Muslim yang berpeluang membaca komik itu membawa mereka memeluk agama Islam. Paling terkini 3 minggu lepas, seorang pendakwah muda di Taiping memberitahu saya bahawa beliau telah memberikan 2 buah buku komik tersebut kepada kenalannya yang bukan Muslim kira-kira 3 bulan lalu dan kedua-duanya telah memeluk Islam (Alhamdulillah). Saya berkata kita wajib menyahut seruan ALLAH supaya berdialog dengan “ahlil kitab” iaitu Yahudi dan Kristian (Al-Quran, surah Al-Ankabuut, 29:46).

Dalam posting saya seterusnya mengenai isu ini saya akan jelas dan huraikan seperti berikut:

  1. Sikap kerajaan yang double-standard dan berdolak-dalik dalam isu yang melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini.
  2. Pendedahan sikap UMNO yang bermain dengan isu Melayu dan Islam bila berhadapan dengan konflik atau pertentangan antara penganut agama bukan Islam dan umat Islam.
  3. PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam sentiasa istiqamah pada perkara usuli (dasar) dan boleh berubah dari segi uslub dan strategi.
  4. Penganut agama bukan Islam khususnya Kristian perlu sentiasa berdialog dengan golongan pendakwah dan gerakan Islam.
  BIODATA USTAZ AHMAD AWANG


Saya dilahirkan pada tahun 1936, sebagai anak jati Semanggol, Perak. Setelah 4 tahun belajar di sekolah melayu, saya memulakan pengajian agama di Maahad Al-Ehya’ Ash-Shariff, Gunung Semanggol bermula dari peringkat rendah sehingga ke peringkat menengah atas (Thanawi Rabi’). Sekolah Agama Rakyat ini ketika itu bukan sahaja terkenal sebagai pusat pendidikan, tetapi juga dikenali sebagai sebuah institusi gerakan Islam dalam perjuangan menuntut kemerdekaan yang ditakuti oleh penjajah. Dato’ Onn yang menjadi Presiden UMNO yang pertama pernah mengungkapkan kata-kata “hubaya, hubaya, bahaya dari gunung”. Ramai pejuang-pejuang kemerdekaan yang ditahan oleh penjajah Inggeris adalah terdiri daripada lepasan maahad ini. Di sinilah ditanam semangat perjuangan Islam dalam diri saya.

Saya menamatkan pendidikan peringkat tinggi di Kolej Islam Malaya. Selepas itu menyambung pelajaran dalam bidang perundangan Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir dan memperolehi Ijazah Sarjana di samping Diploma Pendidikan dari universiti yang sama.

Penglibatan saya dalam bidang politik bermula pada tahun 1984 apabila saya menyertai PAS. Tetapi saya hanya bergerak aktif setelah menjadi AJK PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak pada tahun 1999. Saya bertanding sebagai calon PAS bagi Parlimen Bagan Serai dalam PRU ke-10, dan kemudian dalam PRU ke-11 saya sekali lagi bertanding sebagai calon Parlimen bagi kawasan yang sama dan calon DUN Selinsing. Kini menjawat jawatan Naib Presiden dan Pesuruhjaya PAS Perak bagi penggal keempat.

Saya memulakan perkhidmatan dalam bidang pendidikan sebagai guru agama kementerian di Sekolah Menengah St David High School, Melaka sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir pada 1963 dengan Biasiswa Kementerian Pelajaran. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar, saya bertugas menjadi guru semula di Sekolah Aminuddin Baki, Kg Pandan, Kuala Lumpur. Kemudian berkhidmat di Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar sebagai Pegawai Perancang Agama Dewasa. Kemudian saya bertugas sebagai pensyarah pendidikan Islam di Universti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Apabila ditubuhkan Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 1974, saya dilantik sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, selepas itu ditukarkan ke Kementerian Pelajaran pada 1980 dan kembali semula ke Bahagian Agama JPM, kini dikenali sebagai JAKIM, sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam dan akhir sekali menjadi Pengarah Pusat Penyelidikan Islam sehingga bersara pada 1991.

Di samping menjalankan tugas-tugas rasmi dalam perkhidmatan kerajaan, saya aktif menyertai dan menerajui pertubuhan-pertubuhan NGO di pelbagai bidang khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan. Di antaranya saya menerajui pimpinan Persatuan Ulama’ Malaysia selama kira-kira 17 tahun, dan Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan lebih 20 tahun. Lain-lain pertubuhan yang pernah saya pimpin adalah Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Persatuan Bekas Pelajar Maahad Al-Ehya’ Ash-Shariff Gunung Semanggol dan Persatuan Pelajar Kolej Islam Malaya.

Saya juga pernah menjadi Pengerusi Panel Syariah Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia, Timbalan Pengerusi Panel Syariah Bank RHB, dan anggota Panel Syariah beberapa institusi kewangan yang lain. Di peringkat antarabangsa, saya pernah dilantik sebagai ahli Persidangan Agung Dakwah Islam Sedunia Libya, ahli senat Universiti Islam Baghdad Iraq dan ahli Persidangan Himpunan Islam Republik Islam Iran.



8 ulasan:

cikgu pencen berkata...
Apa perlunya hujah panjang lebar.

Yang penting kita kena fikir dan kaji mengapa hanya "Herald the Catholic Weekly" sahaja yang bersungguh2 memperjuangkan pengunaan kalimah 'Allah' dalam terbitan mingguan nya dan bukan untuk lain2 tujuan.
Ma berkata...
Cikgu pencen,

tanpa hujah hanya menyebabkan seseorang itu hanya pandai terikut2 dengan emosi, orang menyalak2 berdemonstrasi lepas sembahyang Jumaat, dia pun sama menyalak, bila orang kristian keluar hujah, dia menyorok belakang cikgu dia... cikgu dia pulak dah pencen.....

Sayang nama Allah tapi tak nak ikut undang2 Allah...

Cikgu macam ni ke kita nak ikut, cikgu pencen?
HjMisaiKontot :الدليل السياحي berkata...
Melayu (baca UMNO) kononnya takut kalimah ‘Allah’ dipermain dan dipersalahgunakan. Apakah mereka tak sedar bahawa merekalah JUARA yang mempermain dan mempersendakan Allah dan RasulNya dengan menolak dan mempersendakan undang2 Allah (Hudud dan sunnah)? Dulu kini dan mungkin selamanya...

Isu kalimah ‘Allah’ sebenarnya satu helah UMNO untuk menarik minat orang muda dengan membangkitkan rasa ’syok’ berdemonstrasi dan ber’jihad’ setelah isu perpecahan Melayunya tidak dipedulikan oleh sesiapa... dan mungkin juga selari dengan kempen terbaharunya sebagai juara rakyat...

Janganlah kita termakan dengan umpan beracun yang sedang ditabur oleh UMNO ini...
suratkhabarlama berkata...
Cikgu Pecen,

Memang kita patut takut dengan muslihat akhbar Herald tersebut.

Tetapi sekurang-kurangnya kita tahu akhbar tersebut adalah terbitan Kristian, maka kita seharusnya tidak membaca dan mempercayai dakwah akhbar tersebut dari peringkat mula lagi.

Masalah lebih besar ialah kesesatan, kemungkaran dan maksiat yang dipromosi oleh orang Islam itu sendiri. Promosi itu bukan pula di dalam akhbar Herald, tetapi di dalam akhbar harian utama serta juga media elektronik.

Pergaulan bebas antara bukan mahram,pendedahan aurat,nyanyian yang melalaikan lagi memberahikan sudah menjadi perkara biasa dan diterima oleh kebanyakan umat Islam sendiri hasil promosi yang berterusan oleh pihak media massa utama negara hatta isteri Perdana Menteri sendiri tanpa segan silu atau memang jahil agama sanggup bergesel pipi dengan pelakon lelaki Bollywood tidak lama dulu. Tidak ada satu sepanduk atau laungan halus pun dari puak-puak UMNO untuk menegur kemungkaran tersebut. Mungkin ada yang tidak redha di dalam hati sebagai tanda selemah-lemah iman. Harapnya Cikgu Pencen pun termasuk dalam golongan yang tidak bersetuju dengan kejahilan isteri Perdana Menteri tadi.

Bagi saya, mereka yang terlibat di dalam mempromosi maksiat ini lebih merbahaya dari pendakwah Kristian itu sendiri kerana mereka ini mengaku beragama Islam tetapi melakukan dosa dan kemungkaran secara terang-terangan serta menjadi tontonan dan ikutan kepada masyarakat Islam lain.

Aktiviti maksiat seperti nyanyian yang mengkhayalkan serta lakonan yang tidak berlandaskan syariat mendapat ganjaran yang lumayan, sehingga kanak-kanak sekolah keliru dan beranggapan bahawa semua perbuatan jelek itu memang diterima oleh Islam dan merupakan kerjaya yang menarik untuk diceburi. Inilah kekeliruan dan kesesatan yang lebih patut kita khuatirkan.

Seorang guru(bukan Cikgu Pencen) pernah memberitahu saya antara cita-cita anak murid beliau ialah untuk menjadi artis. Inilah bukti bahawa mereka ini telah pun dikelirukan. Tidak perlu tunggu akhbar Herald.

Sekarang keadaan semakin parah kerana kita sudah ada rancangan realiti nyayian peringkat kanak-kanak sekolah lagi.

Pendedahan kepada pergaulan bebas dan maksiat telah dibuat pada peringkat sangat awal lagi dan saya bimbang ia akan menjadi sebati dalam diri mereka dan sukar untuk dibetulkan semula bila dewasa kelak walau pun ianya tidak mustahil dengan kuasa Allah.

Bila ada ustaz atau ustazah cuba menegur, pandai pula menjawab "Tiada Paksaan Dalam Agama".

Inilah fahaman sesat yang sudah sebati dalam masyarakat Islam Malaysia. "Tiada Paksaan Dalam Agama" adalah untuk non-muslim tetapi jika kita sudah mengaku Islam memang kita terikat dengan ajarannya.

Contohnya, solat. Solat itu fardhu dan wajib. Itulah "paksaan" dari Allah. Jika tidak dilaksana maka berdosa besarlah kita.

Sepatutnya sesiapa yang memang begitu bersemangat hendak mempertahankan kalimah Allah dari digunakan oleh Kristian harus juga bersemangat menentang kemungkaran oleh umat Islam itu sendiri.Melainkan ianya mungkin cuma gimik politik sahaja.

Maklumlah, sekarang sudah dibenarkan semula untuk digunakan sekurang-kurangnya di Malaysia Timur.

Wallahualam bissawab.
Ubaid Madani berkata...
salam,setuju dengan suratkhabar lama,dulu ada "orang"kata Nabi SAW simpan janggut sebab tak ada pisau gilette,orang mati syahid tak dimandikan sebab dipadang pasir tak ada air..huh..itu lagi lagila menghina nabi SAW,Sunnah dan sekaligus menghina ALLAH SWT..ada ke demonstrasi protes kenyataan tu atau adu ada ke diambil apa2 tindakan atas beliau..ooo.sebab "orang:itu ada super power ketika itu, ini jelas memang UMNO double standard dan sekarang ni buat lawak korey ja...agar rakyat mengalih perhatian dari isu engine jet yang hilang,kes kematian Teoh,minyak dan gula naik harga...nak tipu rakyat hidup2..
Ustaz Ahmad Awang berkata...
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kepada pelawat blog ini, anda boleh ikuti interview eksklusif saya mengenai isu ini dengan Pengarang Berita Harakah, Tarmizi Mohd Jam dan wartawan Nyza Ayub dalam akhbar Harakah (Fikrah Harakah) Bil.1506, 2-5 Safar 1431 (18-21 Januari 2010).
Hamba berkata...
Ust,pendapat saya
Kalau dilihat dari segi hujah ayat-ayat Alquran yang ust kemukakan, telah memberikan gambaran yang jelas bahawa sebelum kedatangan nabi saw, latar belakang masyarakatnya dibumi para anbia'adalah dari keturunan para nabi telah sedia maklum bahawa mereka yahudi dan nasrani mempercayai Allah dengan cara yang batil menyekutukan Allah. Kemudian nabi saw. di utuskan mebetulkan aqidah mereka dan ancaman Allah diatas kesyirikan mereka. Tetapi berbeza situasinya latar belakang masyarakat Islam disebelah kepulauan melayu, mereka latar belakang asalnya bukan dari kalangan yahudi dan nasrani, mempercayai ugama mereka dan menyebut tuhan mereka dengan nama God, dan perkataan Allah asing bagi mereka. Kemudian sesetengah kita pula menyokong permintaan mereka untuk menukarkan nama tuhan mereka daripada nama God kepada nama Allah, walhal kita tahu nama Allah asing dalam kepercayaan mereka dan mereka akan menggunakan nama Allah secara yang batil.Jika dibandingkan tindakan sesetengah kita dengan nabi saw amat berbeza, suasana nabi saw mengajak mereka (kalangan bangsa yang berasal dari keturunan para nabi) beriman kepada Allah dan jangan menyekutukannya. Suasana sebaliknya ,sesetengah kita membenarkan mereka menggunakan nama Allah yang sebelum ini asing bagi mereka, sedangkan kita tahu mereka akan menggunakannya secara yang batil. Tindakan yang bertepatan dengan nabi bagi pendapat saya ialah, membenarkan mereka mengunakan nama Allah dan mengajak mereka tidak menyengutukanNya, dan mengajak mereka kepada Islam, bukan memberi alasan ugama mereka berasal dari agama samawi. Jangan samakan latar belakang keturunan dan kepercayaan mereka disebelah kepulauan melayu sama dengan latar belakang keturunan dan kepercayaan mereka di sebelah bumi para anbia'.
Ust, saya nak tanya diantara golongan yang menyokong, menentang dan yang berdiam diri, mana satu yang selamat aqidahnya.
Wassalam
Abdullah berkata...
Salam,
Dalam akhbar UM dan Metro jelas ada keputusan judi TOTO. Ini Akhbar kawalan UBN. Macamana ni. Imej dan suruhan ALLAH sebagai menguasa manusia dan alam ini telah disanggah ni. Mungkin ini tindakan adan amalan tanpa niat atau niat baik tapi amalan kufur.
Patut mahkamah sekurangnya mahkamah syariah mengharamkan akhbar ni.
 

JOM TAMBAH ILMU

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz @ Ulamak)dan Lain-lain

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List Pembangkang

Blog List Pembangkang

Blog List 1 - 26

Blog list 2

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung


widgeo.net

Search This Blog

Loading...

FB

Share It

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR