Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday 31 May 2013

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong

Ya Allah, Berkatilah Pemerintahan Tuanku.Ucapan Tahniah dan Selamat Menyambut Hari Keputeraan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaYang Di Pertuan Agong XIV, Seri Paduka Baginda Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah pada 1 Jun 2013. Daulat Tuanku!Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa memelihara kesejahteraan Malaysia, negara yang tercinta.

Mantan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Hari Ini Bergelar 'Tan Sri'

Istana Negara hari ini menyaksikan berlangsungnya Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam suasana penuh adat istiadat dan gemilang.

Majlis dimulakan dengan Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke upacara memeriksa perbarisan kawalan kehormat utama dengan panji-panji diraja.
Sebanyak 21 das tembakan meriam kehormat turut dilepaskan pada acara pemeriksaan perbarisan yang diadakan di Dataran Istana, memecahkan kesunyian pagi Istana Negara yang mempunyai 22 kubah kuning itu.

Perkarangan Istana Negara mula dibanjiri kereta yang membawa penerima darjah-darjah kebesaran, pemimpin negara dan perwakilan negara asing seawal 7.30 pagi.

Balairong Seri Istana Negara yang terletak di Sayap Rasmi pula dipenuhi tetamu yang berpakaian istiadat, baju Melayu hitam atau bersuit manakala tetamu wanita pula berpakaian tradisional seperti baju kurung lengkap berselendang atau pakaian tradisional kaum masing-masing, mencerminkan semangat muhibah.

Antara tetamu yang menarik perhatian selain daripada pemimpin-pemimpin negara sudah pasti adalah pelakon tempatan yang pernah mejadi 'Wanita Bond' Datuk Michelle Yeoh yang dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Bernama juga melaporkan.Istiadat pengurniaan seterusnya kepada Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, yang menerima Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ''Tan Sri''.

Seramai 45 individu lain dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM)yang turut membawa gelaran ''Tan Sri'' hari ini, antaranya bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim, bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Peter Chin Fah Kui, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Shukry Mohd Salleh.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Ab Aziz Kasim dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan Datuk Michelle Yeoh Choo-Kheng turut dikurniakan PSM.

Langsung tak disebutnya nama YB Dato' Seri DiRaja Azizan bin Abdul Razak, Bekas Menteri Besar Kedah yang turut tersenarai dalam 45 individu yang menerima pingat Darjah Panglima Setia Mahkota itu.

Semakan dilaman web rasmi Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa menunjukkan nama Ustaz Azizan turut tersenarai sebagai penerima Darjah Panglima Setia Mahkota yang menjadikannya kini bergelar Tan Sri Azizan bin Abdul Razak.

Thursday 30 May 2013

Khutbah Jumaat : PERINGATAN PADA BULAN REJAB

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ
أَشْهَدُ أَنْ لاَإِلهَ إِلاَّالله وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! ِاتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 38 surah at-Taubah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ ۚ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الآخِرَةِ ۚ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلاَّ قَلِيلٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Apakah sebabnya apabila diseru kepada kamu: “Berangkatlah untuk berperang pada jalan Allah”. Kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempatmu. Adakah kamu berpuas hati dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat sedangkan kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Kini kita berada di Bulan Rejab yang pernah mencatatkan beberapa peristiwa besar terutama peristiwa Isra’ dan Mikraj dan Peperangan Tabuk tahun 9H. Peristiwa-peristiwa ini meninggalkan begitu banyak pengajaran dan iktibar yang mesti diambil berat dalam usaha meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Pelbagai cabaran dan halangan pasti akan ditempuhi dalam menegakkan ajaran Islam di mana kita bukan sahaja dituntut mengorbankan masa dan tenaga malah hingga ke tahap tumpahnya darah ke bumi dan berpisahnya nyawa dari badan. Perjuangan Islam tidak pernah dihamparkan dengan permaidani merah sebaliknya menempuh pelbagai ujian dan cabaran samada luaran mahu pun dalaman.

Sebelum berlakunya Isra’ Mikraj, kita dapat melihat bagaimana tentangan terhadap dakwah nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja oleh majoriti penduduk Mekah termasuk kaum keluarga baginda sendiri malah turut menerima tentangan daripada penduduk Taif. Ia mengajar kita bagaimana perjuangan menegakkan Islam ada kalanya terpaksa menerima penentangan daripada keluarga terdekat. Kita hari ini melihat betapa ramai ibubapa yang rosak akibat anak, betapa ramai anak yang rosak akibat ibubapa, betapa ramai isteri yang rosak akibat suami dan sebaliknya, malah begitu ramai rakan merosakkan rakannya yang lain.

Kesungguhan dan istiqamah dalam menjalankan kerja dakwah merupakan suatu yang amat diperlukan dalam memastikan perkembangan Islam. Apa yang lebih penting ialah pergantungan kita dengan Allah dalam setiap keadaan yang menjamin kebahagiaan dan kemuliaan hidup di dunia dan akhirat. Tanamkanlah dalam diri kita bahawa biarlah kita dibenci oleh seluruh manusia asalkan kita diredhai oleh Allah. Jangan sekali-kali kita mencari redha manusia di atas kemurkaan Allah SWT. Firman Allah dalam ayat 41 surah at-Taubah :

اِنْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالاً وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan atau pun berasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Muslimin yang dirahmati Allah sekelian,

Peperangan Tabuk memperlihatkan kepada kita bahawa, Rasulullah s.a.w terpaksa berhadapan dengan beberapa golongan iaitu :

[1] golongan yang menangis kerana ketiadaan kelengkapan peperangan terutamanya kenderaan tunggangan. Golongan ini mempunyai keinginan yang tinggi untuk turut keluar berperang tetapi tidak mampu berbuat demikian.

[2] golongan yang meminta keuzuran daripada Rasulullah daripada turut serta dalam peperangan dengan alasan yang tidak diterima oleh Allah. Mereka merasa takut dan malas untuk berperang termasuk sebahagiannya terpesona dengan kepentingan dunia seperti musim mengait kurma yang sedang masak ranum dan sebagainya.

[3] golongan yang menjadi musuh dalam selimut ialah golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai. Golongan ini bukan sahaja cuba menarik seramai mungkin umat Islam supaya tidak keluar berperang bermula dari awal lagi, sebahagian lagi cuba mempengaruhi tentera Islam yang sedang menunju ke Tabuk untuk menarik diri dan sebahagian lagi menunggu kepulangan nabi Muhammad s.a.w untuk merasmikan Masjid Dhirar yang dibina oleh golongan yang merupakan musuh dalam selimut ini. Akhirnya bukan sahaja usaha mereka gagal malah Allah memerintahkan nabi supaya meruntuhkan masjid Dhirar yang bukan dibina atas asas Taqwa malah sebagai lambang perpecahan dan pengkhianatan terhadap Islam. Peristiwa ini memberi peringatan penting kepada kita agar pembinaan dan pengimarahan masjid mestilah atas asas taqwa bukannya untuk menunjuk-nunjuk atau hanya untuk mendapatkan keuntungan melalui projek pembinaannya semata-mata.

Sidang Jumaat sekelian,

Peristiwa Isra’ Mikraj turut mengingatkan kita tentang hakikat dunia yang terlalu uzur dan bakal hancur. Malah nabi Muhammad s.a.w pernah mengibaratkan dunia seumpama bangkai anak kambing yang terpotong telinganya di mana jika ia masih hidup pun sudah ramai yang tidak sanggup membelinya apatah bila sudah menjadi bangkai. Itulah hakikat dunia yang tiada harga di sisi Allah di mana jika kita sentiasa sedar tentang perkara ini membolehkan hati kita tidak tertipu dan lalai dengan tipuan dunia yang banyak merosakkan manusia yang alpa. Firman Allah dalam ayat 55 surah at-Taubah :

فَلاَ تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلاَ أَوْلاَدُهُمْ ۚ إِنَّمَا يُرِ‌يدُ اللَّـهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَتَزْهَقَ أَنفُسُهُمْ وَهُمْ كَافِرُ‌ونَ

Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا  وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
إِنَّمَا يَعْمُرُ‌ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ‌ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ الله ۖ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ – التوبة : ١٨

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Muslimin yang dirahmati Allah,
Sesuai dengan Bulan Rejab yang merupakan bulan memperingati peristiwa Isra’ Mikraj yang dianugerahkan dengan kewajipan solat 5 waktu, maka hendaklah setiap kita bukan sahaja menjaga solat fardhu malah menggunakan peluang yang ada untuk memenuhkan masjid dan surau.

Musuh Islam pernah menyatakan bahawa mereka tidak akan bimbang dengan umat Islam sehinggalah umat Islam mampu memenuhi masjid terutama pada waktu Subuh sebagaimana umat Islam datang beramai-ramai ke masjid pada hari Jumaat.

Ayuh kita tentang cabaran musuh Islam ini dengan sama-sama memastikan kita, anak-anak kita, rakan-rakan kita, jiran-jiran kita untuk memenuhi masjid dan surau tiap waktu agar janji kemenangan daripada Allah semakin dekat.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،

وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .

إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman www.4shared.com

Hukuman Penjara Mantan MB Selangor Kekal

PUTRAJAYA 30 Mei - Mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo kekal menjalani hukuman penjara setahun atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai jutaan ringgit. Mahkamah Rayuan menolak rayuan terhadap hukuman penjara beliau hari ini.

Wednesday 29 May 2013

Remaja perempuan dilapor hilang ditemui mati di tempat sampah

MELAKA - Seorang remaja perempuan, Aimi Hamizah Mohamad, 14, yang hilang Isnin lalu selepas keluar mengaji al-Quran ditemui mati di tapak pembuangan sampah di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek malam ini.

Mayat remaja berkenaan ditemui oleh sekumpulan remaja yang baru pulang daripada bermain bola sepak di padang berhampiran kira-kira pukul 7 malam.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumahnya di Taman Desa Molek selepas keluar mengaji al-Quran pada pukul 7.40 malam Isnin lalu. - KOSMO.

ABU: Murahnya nyawa manusia.

Tuesday 28 May 2013

Tian Chua, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Tamrin Abdul Ghafar, Muhammad Safwan Anang Sah Ditahan Di bawah Akta Hasutan, Hishamuddin Rais Perlu Serah Diri Esok

KUALA LUMPUR 28 Mei - Polis malam ini menahan empat aktivis propembangkang termasuk tiga daripadanya yang pernah ditahan dan dibebaskan pada Jumaat lalu.

Mereka ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua; Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dan Tamrin Abdul Ghafar serta seorang aktivis pelajar, Muhammad Safwan Anang untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, keempat-empat mereka ditahan berasingan bermula pukul 7 hingga 9.30 malam ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan.

“Mereka akan didakwa esok di Mahkamah Tinggi Jalan Duta. Seorang lagi aktivis pembangkang, Hishamuddin Rais perlu menyerah diri esok bagi menjalani pertuduhan yang sama," katanya ketika dihubungi.

Mengurus Dan Menangani Kritikan - Ketua Pemuda PAS Malaysia


Ramai pihak termasuk wartawan menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan saya mengenai kritikan yang dilemparkan kepada PAS mutaakhir ini, khasnya kepada batang tubuh Presidennya. Saya dimaklumkan berlaku berbalas kenyataan dan kononnya ini adalah "tunas perpecahan" yang sedang menimpa Pakatan Rakyat. Sedang realitinya ini bukanlah polemik yang pertama kali berlaku kepada PAS yang telah berusia lebih separuh abad. Malah sering berlaku kepada Pakatan Rakyat sepanjang usianya.

Sejarah membuktikan tidak semestinya yang dikritik itu salah lalu ia wajib memenjarakan lidah dan mulutnya dari menjawab balas kritikan tersebut, sebagaimana pengkritik tidak selamanya benar sehingga ia bebas melemparkan kritikan sesedap rasa pada semua orang, keadaan dan masa.

Asasnya, sebagai sebuah Gerakan Islam, kami sentiasa terbuka dan sedia untuk dikritik dan diaudit serta meletakkan kami pada situasi sebagaimana yang diajar oleh Allah swt iaitu bersedia mendengar apa jua perkataan lalu mengikut apa yang terbaik daripadanya.

Namun terbuka dan bersedia menerima kritikan bukan bermakna kami mesti diam membatu atau bungkam membisu dalam menerima kritikan tersebut. Memberi jawab balas, menangkis serta membuat pencerahan semula terhadap kritikan adalah sebahagian dari kaedah mengurus dan menangani kritikan yang normal dan dibenarkan sebagaimana uslub biasa digunakan oleh al Quran al Karim sewaktu menjawab kritikan pelbagai pihak terhadap Islam dan syariat yang dibawa oleh Rasul utusan Allah swt.

Ramai menyangka maksud menerima kritikan ialah "zip" mulut dan mendengar apa jua hamburan kata yang ditujukan kepadanya sehingga kadangkala kita boleh dianggap dungu dan naif. Pada saya itu adalah satu keadaan yang boleh dipilih, sementara menjawab serta menangkis kritikan pula satu keadaan lain yang dibenarkan malah tidak menghilangkan rasa hormat kita kepada pihak pengkritik. Bahkan keadaan kedua ini lebih menarik untuk mencetus pencerahan dan percambahan fikir kiranya ia diurus dan ditanggap dengan positif.

Sebagaimana pihak pertama ada hak untuk mengkritik, kenapa pula kita mesti nafi dan hilangkan hak pihak kedua menjawab kritikan yang dilemparkan. Budaya nasihat menasihat, tegur menegur dan kritik mengkritik adalah budaya positif yang tidak perlu kita resah dan menaruh kebimbangan melampau apabila ia berlaku. Selayaknya pihak pengkritik, mesti bersedia menghadapi kritikan balas bagi menilai potensi kritikannya. Adakah ia berasas atau tidak. Adakah kritikan tersebut berpaksikan hujjah atau fitnah. Adakah kritikan itu dengan tujuan membina atau meruntuhkan.

Sistem nilai ini hanya wujud apabila ada timbal balas pada kritikan yang dilemparkan. Justeru berapa banyak di luar sana jumlah kritikan yang hanya merupakan fitnah dan tohmahan demikian juga kritikan yang dirancang untuk menjatuh dan meruntuhkan. Maka untuk menilainya perlu ada jawapan atau pencerahan pada kritikan yang dikemukakan.

Apatah lagi jika sesuatu kritikan itu dibuat secara terbuka. Ia boleh mencipta prasangka dan mencetus persepsi masyarakat awam, justeru itu mahu atau tidak, jawap balas mesti dikemukakan terhadap kritikan tersebut bagi meluruskan persepsi dan memurnikan prasangka. Contoh apabila pelbagai tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada Presiden PAS, sememangnya menjadi tanggungjawab pemimpin dan ahli PAS membuat pencerahan dan mempertahankannya.

Namun saya sangat setuju bahawa setiap kritikan mesti dinilai dengan jujur dan benar. Jika kritikan tersebut ada asas dan hujjah yang jelas, selayaknya kita akur dan bersyukur lantaran kritikan itu membuka jalan bagi berubah ke arah yang lebih baik.

Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia menyambut dan menerima apa jua kritikan yang dilemparkan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang memberi perhatian kepada PAS lantas sudi mengkritik PAS dan pemimpinnya. Kalian semua secara tidak langsung adalah agen yang membangun dan mendewasakan PAS dengan kritikan dan teguran yang dihulurkan.


Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Monday 27 May 2013

Kadar pengurangan harga kereta berperingkat sehingga 2017

KUALA LUMPUR 28 Mei - Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, bersandarkan manifesto kerajaan yang telah dibuat pada pilihan raya umum lalu, kerajaan telah berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.

"Malah sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian dan agensi-agensi di bawahnya di sini hari ini. - BERNAMA.

Kematian tahanan: Polis rakam percakapan beberapa saksi

KUALA LUMPUR 27 Mei - Pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang ditubuhkan bagi menyiasat kematian tahanan kes tembak di Bandar Tun Razak, N. Dharmendran baru-baru ini telah merakamkan percakapan beberapa saksi.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) jabatan itu, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, dijangka lebih ramai saksi akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan mereka dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau, pihaknya memberi jaminan siasatan kes ini akan dijalankan secara telus dan adil serta tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota terlibat.

"Siasatan sedang giat dijalankan dan setakat ini pasukan siasatan telah merakamkan percakapan beberapa orang saksi untuk membantu siasatan.

"Ini berikutan laporan bedah siasat mendapati ada berlaku unsur-unsur jenayah yang menyebabkan kematian tahanan," katanya dalam kenyataan hari ini. - UTUSAN.

Anggota Polis Ini Kerja Samba Lewa atau Lembik Hingga Dicekik Warga Mynmar Di Balai

Lelaki Myanmar rampas senjata polis ditahan

BUTTERWORTH - Seorang lelaki Myanmar ditahan selepas merampas pistol anggota polis dan melepaskan tiga das tembakan di Balai Polis Chai Leng Park di sini, awal hari ini.

Lelaki berusia 33 tahun terbabit sebelum itu memasuki balai polis berkenaan pada pukul 1.30 pagi untuk membuat laporan polis mendakwa ada orang yang ingin memukulnya dalam pergaduhan di Taman Inderawasih, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang , Senior Asisten Komisionar Mazlan Kesah berkata, bagaimanapun Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang diminta menyiasat mengenai perkara itu memaklumkan anggota polis bertugas di balai berkenaan bahawa tiada sebarang kejadian pergaduhan seperti dilaporkan lelaki terbabit.

"Lelaki Myanmar yang hanya berkain pelikat dengan kemeja T berwarna biru dan berkaki ayam itu secara tiba-tiba memanjat meja tempat laporan polis dibuat dan mencekik anggota bertugas itu dan berlaku pergelutan.

"Dalam masa sama lelaki terbabit merampas pistol dan mengacukannya ke kepala anggota polis itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama

Sunday 26 May 2013

UAI Selamat Nikah Kali Ketiga

Oleh: MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
26 Mei 2013
UAI di majlis perkahwinan beliau.- Foto ihsan FB Hafiz Hamidun

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga.

Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar.

“Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

UAI yang begitu popular di semua peringkat usia turut dikenali sebagai ‘Ustaz Youtube’ di samping penyampaiannya yang kreatif dan bersahaja ketika menyampaikan dakwah

Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara.

Sementara itu, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun memberitahu Sinar Harian Online majlis tersebut telah berlangsung hari ini.

“Ya... Betul. Maaf saya sedang dalam majlis, tidak boleh bercakap.

“Isteri beliau berasal dari Pagoh dan kini menetap di Keramat,” jawabnya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), sebentar tadi.- SINARHARIAN.

Saturday 25 May 2013

Kami Bukan Balaci PKR

PESANAN DARI KAMI PENDOKONG PAS DAN SAYAP KANAN PAS, PIHAK LAIN YANG TAK FAHAM PERJUANGAN KAMI JANGAN BERLAGAK SOMBONG....

Saya merujuk kepada ucapan Ketua AMK Sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin di Kongres Nasional Keadilan seperti yang dipetik portal berita hari ini. Ini adalah respon saya;

1. Jangan bercakap seolah-olah tahalluf siyasi itu datangnya dari PKR dan cuba pula mengajar PAS mengenainya. Sekiranya Sdr. Shamsul benar-benar fakih mengenai Tahalluf Siyasi sehingga boleh menegur Tuan Guru Presiden, maka sila datangkan apa-apa jua kajian dari PKR dan AMK dari segi usul dan kaedah fiqhnya atau apa-apa sahaja justifikasi yang membuktikan PAS melanggar tahalluf siyasi. Saya teringin benar membacanya.

2. Pengeluaran watikah dan kenyataan Tuan Guru Presiden mengkritik calon-calon tertentu yang diketengahkan untuk bertanding adalah kerana PAS melihat berlaku pelanggaran syarat yang boleh menjejaskan tahalluf siyasi. Tapi pastinya Sdr Shamsul tidak dapat memahami apa yang berlaku kerana Sdr. Shamsul sendiri tidak tahu apa itu tahalluf siyasi dan syarat-syaratnya.

3. Jangan jadikan tahalluf siyasi dan peluang menghentam Tuan Guru Presiden sebagai modal untuk berlagak hero di hadapan perwakilan AMK. Jangan mencela Tuan Guru Presiden seolah-olah beliau bercakap mengikut nafsu ketika mengkritik. Ianya adalah perkataan yang kasar dan biadap untuk dikaitkan dengan tindakan Tuan Guru Presiden. Oleh itu, saya menjemput Sdr. Shamsul untuk duduk bersama dengan saya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja untuk kita mengaji apa itu tahalluf siyasi dan menilai semula permasalahan yang timbul sepanjang PRU ke13 di dalam konteks tahalluf siyasi tersebut.

4. Selepas semua itu, saya boleh berlapang dada sekiranya PAS ada melakukan kesilapan dan bersedia untuk berdepan dengan media untuk mengakuinya. Bolehkah Sdr. Shamsul menjamin perkara yang sama atau cuma baling batu, terus lari?


Ir.Haji Khairil Nizam
Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia


"PAS kayu! PAS bodoh! PAS jumud! PAS tak releven! PAS purba! PAS khianat! PAS lembap! Ulama' PAS tak betul! Singkir pimpinan ulama' PAS!"

Mungkin inilah perkataan yang keluar daripada segelintir rakyat Malaysia yang "lupa". Ramai yang mengutuk, mengeji, memperkecilkan serta memperlekehkan PAS serta pimpinan ulama' PAS kini.


Anda semua akan malu dengan segala perbuatan, perkataan anda selepas anda baca artikel ini sepenuhnya. Betapa ada perbezaan yang amat besar dengan apa yang dinamakan perjuangan dengan hanya menegakkan keadilan, menjatuhkan kezaliman dengan perjuangan menegakkan Islam. Kerana Islam akan menjamin keseluruhannya termasuklah keadilan, kebebasan dan hak tak lupa apa yang paling penting mentadbir dunia dengan syariat Allah. Fahami artikel ini, fahami PAS. Khas ditujukan kepada lawan mahupun kawan.


------>

Pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat sudah mengeluarkan kenyataan bahawa PR tidak akan terlibat dengan sebarang usaha menggulingkan kerajaan secara demonstrasi jalanan.

PAS bersama dalam hal ini.

Namun, ada sesetengah pihak yang memperlekehkan PAS mengatakan PAS penakut dan tidak berani.

Tuduhan yang sungguh tidak berasas kerana dalam sejarah politik negara, sudah ramai pejuang-pejuang PAS yang ditangkap, diISA, dipenjara, dibelasah malah ada yang dibunuh.

Lihat tragedi Memali, peristiwa berdarah Lubuk Merbau, dan tragedi Samad Gul menyaksikan para ulama PAS dan para pejuangnya dibunuh dengan kejam tanpa pembelaan.

Lihat pula era millenium, siapa yang menjadi benteng hadapan siri-siri demonstrasi BERSIH, kalau bukan petugas-petugas pemuda PAS daripada Unit AMAL yang siap sedia dibelasah, dibelantan dan dipukul FRU.

Sesungguhnya kami para pemuda PAS sudah sebati dengan seruan jihad yang menjadi jalan perjuangan kami dan syahid sebagai cita-cita tertinggi kami.

Kami para pemuda PAS tidak mudah melatah dengan sebarang provokasi murahan.

Kami juga tidak tahan melihat segala penipuan yang berlaku. Kami juga sukar untuk menerima kekalahan disebabkan tipu daya SPR. Kami juga marah dengan putar belit Pengerusi SPR yang menjadi anjing suruhan BN. Kami juga tidak rela melihat calon-calon kami kalah dengan cara pembohongan.

Darah muda kami membuak-buak untuk protes di jalan raya. Unit AMAL kami senantiasa bersiap sedia untuk turun berdemonstrasi. Para pemuda jihad kami pun sudah bersiap siaga untuk syahid!

Namun kami ada ulama yang berpandukan Quran dan Sunnah untuk membimbing perjuangan ini.

Andai hari ini Majlis Syura Ulama PAS memutuskan untuk berjuang secara revolusi di jalan raya dan tiupan semboyan jihad dibunyikan, nescaya ratusan ribu ahli PAS akan turun dan kami akan berada di saff paling hadapan sebagai benteng pertahanan!

AllahuAkbar!

Syarhan Humaizi Abdul Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak.

------->

Siapa yang dah merasa makan peluru hidup di Memali? PAS, bukan Sosialis. Siapa yang diberi kepercayaan berkawal di barisan hadapan setiap kali bertempur dengan FRU? PAS, bukan Sosialis.

Tiba-tiba kanak-kanak Sosialis gila menjaja PAS takut untuk turut serta meledakkan 'Spring' di Malaysia. Memasak pun ada kaedah, tak akan berjuang tiada kaedah? Main semberono menonong gitu sahaja? Orang muda kita perlu belajar sesuatu dari pepatah Arab:

بين حكمة الشيوخ و حماسة الشباب
"ِAntara bijaksananya orang tua, semangatnya orang muda"

Bagaimana semangat sekali pun orang muda, jangan dilupakan nasihat dan pengalaman orang tua. Itulah antara sebab Allah mengutuskan Nabi SAW pada usia 40 tahun. Untuk mengimbangi semangat pengikut-pengikut baginda yang lebih muda.

ABU: Akan pertahankan kepimpinan ULAMAK dengan jiwa dan raga, Insyaallah.

Aku Juga Bukan Balaci PKR

Merujuk kepada laporan media Malaysian Insider yang bertajuk "AMK Selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13", kami menyelar sikap Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin memburuk-burukkan Presiden PAS di hadapan media.

Jika seminggu dua lalu Timbalan Presiden PKR mengkritik Presiden PAS rentetan ketidakpuasan hati prestasi PKR Selangor yang ada kena mengena dengan jawatan MB Selangor, hari ini Ketua AMKnya pula mencontohi sikap tersebut.

Kami tidak kisah untuk AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tapi kita ada saluran dalaman yang menjadi amalan kita selama ini. Jika tidak, media Umno/BN akan melaga-lagakannya.

Jika ia datang dari macai dan media Umno/BN, kami langsung tidak hiraukan namun kali ini AMK pula menjadi penyambung lidah macai Umno/BN yang menghentam Presiden PAS secara terbuka.

Sahabat Pemuda AMK!
AMK patut mencelikkan mata untuk membuat penilain terhadap sebahagian calon-calon pilihanraya dan YB-YB PKR supaya tragedi Perak tidak berulang lagi. Inilah perkara yang ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden PAS kepada semua rakan-rakan PR sepanjang perundingan kerusi PRU.

Namun, PKR sambil lewa sahaja mengambil nasihat ini di beberapa kerusi. Presiden PAS tidak mencerca secara spesifik mana-mana calon walapun mempunyai maklumat.

Sebagai ingatan, mungkin AMK lupa, sejarah telah menyaksikan sebahagian YB-YB PKR yang diambil secara serkap jarang semata-mata untuk menghadapi pilihanraya sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak pada 2008.

Bukan itu sahaja, malah sejak PRU 2008 PR dimalukan dengan insiden-insiden YB-YB PKR keluar parti seperti spt di Parlimen Bayan Baru, Parlimen Nibong Tebal, Parlimen Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Parlimen Kulim-Bandar Baru.

Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat, malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat. Perkara ini disentuh dan ditegur oleh pimpinan PAS dalam pertemuan tertutup tanpa melibatkan media seperti yang dilakukan oleh Ketua AMK kali ini.

Puncanya tidak lain tidak bukan kerana PKR mengambil sebahagian calon tangkap muat dan berpotensi untuk lompat parti jika menang PRU dengan hanya diumpan dengan wang ringgit.

Inilah pengkhianatan yang teramat besar iaitu mereka gagal memilih dan menapis calon yang berwibawa dan berkredibliti untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Inilah yang PAS dan DAP tidak mahu, kemenangan yang separuh jalan sebagaimana berlaku di Perak tempohhari. Tidak cukup dengan itu, PKR bermain kayu tiga membuat rundingan dengan PSM yang tidak pernah menjadi rakan sekutu PR dan perkara ini didedahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan yg juga calon PSM di Semenyih.

Ini satu lagi bentuk pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat.

Sahabat Pemuda AMK! AMK sepatutnya sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihanraya mereka. Ini bukan kata-kata angkuh tetapi sekadar peringatan bersama serta realiti yang berlaku.

Buktinya, lihatlah di mana-mana sebahagian besar kawasan pilihanraya, petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap dan tidak cukup untuk menghadapi pilihanraya dan akhirnya ia dibantu oleh jentera Pemuda PAS.

Ini suatu hakikat. Ia dilihat oleh rakyat, yang akhirnya menyaksikan ada beberapa calon PKR ditolak di peringkat parlimen sedangkan calon PAS di peringkat DUN menang besar.

PAS berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah,namun kami bukan macai calon-calon PKR yang hanya nampak muka sehari dua dalam keadaan tiada petugas sendiri.

Buat sahabat AMK dan ketuanya, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, eloklah dibawa ke perbincangan dalaman PR bukan di media.

Jika di media, tambahan pula menghentam Presiden kami maka kami selaku Pemuda Pas sukar menerima kenyataan tersebut dan tidak akan berdiam diri.

Sedang kami Pemuda Pas boleh menghormati DSAI selaku Ketua PKR sekalipun ada banyak perkara yg mungkin kami tidak bersetuju, jadi molek kiranya AMK pun belajar beradab sebelum kemungkinan ada pula pimpinan yang lain mencerca DSAI di khalayak ramai disebabkan perbuatan tidak beradab itu.

Sahabat Pemuda AMK! Ini adalah teguran dan peringatan pada semua sebagai pemuda PR yang ada akhlak dan adabnya.

Syarhan Humaizi Abdul Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak.

Undang-undang, kawalan, salah guna media sosial dikaji

PUTRAJAYA 25 Mei - Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengkaji semua aspek undang-undang, kawalan dan pendidikan berhubung penyalahgunaan media sosial di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ia juga termasuk penggunaan teknologi terkini yang mungkin boleh diguna pakai.

"Kita juga akan lihat lebih mendalam sama ada undang-undang sedia ada untuk menangani penyalahgunaan media sosial mencukupi atau tidak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, langkah itu penting kerana pihak tidak bertanggungjawab akan senantiasa mencari jalan untuk menyebarkan perkara tidak baik menerusi media sosial.

Mengenai kejayaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) mengesan individu yang menghina Sultan Terengganu menerusi laman Facebooknya, Ahmad Shabery berkata, SKMM akan terus mempergiatkan usaha secara menyeluruh.

"SKMM juga sentiasa bekerjasama dengan polis dan pihak lain yang berkaitan dalam soal pembuktian," katanya.

Terdahulu, beliau melancarkan Karnival Perhubungan Pelanggan anjuran Pertubuhan Pengurusan Pelanggan dan Pusat Panggilan Malaysia sempena Festival Belia Putrajaya 2013 - BERNAMA

ABU: Tak cukup lagi undang-undang sedia Ada!

Thursday 23 May 2013

Kehilangan 133,000 My Kad Dalam Tempoh Tiga Bulan Ada Kaitan Pengundi Hantu Atau Peluang Jana Pendapatan Pihak Tertentu?

133,000 MyKad hilang dalam tempoh tiga bulan - Ahmad Zahid
23/05/2013 9:24pm

PUTRAJAYA - Kehilangan 133,000 MyKad dalam tempoh tiga bulan iaitu dari Januari hingga Mac tahun ini menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menyifatkan jumlah itu agak tinggi, Ahmad Zahid berkata, kehilangan MyKad, walaupun tidak disengajakan, menyebabkan ia boleh diguna untuk tujuan jenayah.

"Apa yang membimbangkan kami ialah jika kehilangan itu mempunyai kaitan dengan sindiket. Kami khuatir MyKad ini diguna untuk pelbagai tujuan terutama jenayah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya siasatan mendapati ada sindiket terlibat dalam menghilangkan MyKad dan menggunakannya untuk tujuan jenayah dan sebagainya, JPN perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan pemantauan bagi menyelesaikan masalah itu.

"Saya yakin JPN mampu menyelesaikan masalah itu agar tidak berterusan,” katanya.
Ahmad Zahid berkata bayaran denda mungkin akan ditingkatkan terhadap individu yang menghilangkan MyKad selepas ini.

"Saya minta Ketua Pengarah JPN mencadangkan (bayaran denda) kepada KDN dan saya akan bawa ke kabinet untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan daripada kabinet,” katanya.
Pada masa ini denda kehilangan MyKad bagi kali pertama ialah RM100, RM200 kali ke-2 dan RM300 bagi kehilangan kali ke-3. - Bernama.

Khutbah Jumaat Sempena Hari Belia

GENERASI BELIA ULUL-ALBAB PENYELAMAT NEGARA

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِل
إِذْ أَوَى ٱلْفِتْيَةُ إِلَى ٱلْكَهْفِ فَقَالُوا۟ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةًۭ وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًۭا  

"(Ingatkanlah peristiwa) ketika sekumpulan belia pergi berlindung ke sebuah gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami!, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".(Al-Kahfi 10)

أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ

أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah sekelian,

Saya menyeru diri saya dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama bersyukur dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang dilarangan, mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman, bertaqwa serta selamat di dunia dan di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Belia adalah aset atau harta yang amat berharga kepada negara. Mereka merupakan tonggak kekuatan negara serta pewaris kepada kepimpinan negara. Kementerian Belia Dan Sukan telah menetapkan bahawa belia adalah merujuk kepada mereka yang berumur di antara 15 hingga 30 tahun. Dianggarkan jumlah belia melebihi 12 juta orang atau mewakili 41.5% daripada keseluruhan penduduk negara ini yang berjumlah 28 juta orang.

Berdasarkan peratusan yang besar ini, maka pembentukan generasi belia yang berkualiti tinggi amat penting untuk diusahakan. Belia-belia Islam semestinya dididik menjadi Generasi Belia Ulul-Albab iaitu belia yang bertaqwa, memiliki akal fikiran sempurna, berilmu, kreatif, bebas dari pengaruh maksiat serta menjadi pemangkin agar orang lain juga berubah ke arah yang sedemikian.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekelian,

Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul ketika Baginda berumur 40 tahun. Para sahabat ketika itu ramai yang masih muda belia sebagaimana Ja’far bin Abi Thalib yang berusia 18 tahun, Qudaamah bin Abi Maz’un 19 tahun, Said bin Zaid dan Shuhaib ar Rumi 20 tahun, ‘Aamir bin Fuhairah 23 tahun, Mush’ab bin ‘Umair dan al Miqdad bin al Aswad 24 tahun, Abdullah bin al Jahsy 25 tahun serta Umar bin al Khathab 26 tahun. Malah Usamah bin Zaid ketika dilantik oleh Nabi SAW sebagai panglima untuk memimpin pasukan kaum muslimin memasuki wilayah Syam dalam usia 18 tahun. Maka apakah alasan untuk para belia pada hari ini untuk tidak menjadi hebat sebagaimana para sahabat di zaman Rasulullah. Sabda baginda saw :

اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ ، وَفَرَاغَك قَبْلَ شَغْلِكَ، وَغِنَاك قَبْلَ فَقْرِكَ، وَشَبَابَك قَبْلَ هَرَمِكَ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِك.

“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa hidupmu sebelum datangnya masa matimu, masa lapangmu sebelum datangnya masa sibukmu, masa kayamu sebelum datangnya masa miskinmu, masa mudamu sebelum datangnya masa tuam dan, masa sihatmu sebelum datangnya masa sakitmu” (Hadis riwayat al-Hakim dan Ibn Abi Syaibah)

Hadirin yang dihormati Allah,

Kehebatan generasi belia Ulul Albab ini telah terbukti melalui sejarah yang merakamkan mengenai kegigihan tentera Islam semenjak Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani ‘Abasiah, dan kepimpinan awal Kerajaan Othmaniah Turki yang berusaha menawan Kota Konstantinople (Istanbul), tetapi gagal. Namun tatkala muncul seorang anak muda belia iaitu Sultan Mohammad Al-Fatih, dalam usianya yang ke 21 tahun telah berjaya menawan semula Kota Konstantinople daripada Rome.

Antara kata-kata keramat Baginda ketika melancarkan percubaan terakhir pada hari yang ke 53 kepungan untuk menawan Kota Konstantinople ialah:"Wahai tenteraku, Aku bersedia untuk mati di jalan Allah, sesiapa yang mahu syahid, maka ikutlah Aku".

Diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh lagi.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Apakah generasi belia hari ini sedang dibawa ke arah yang sama. Tidakkah kita hari ini memberikan kebebasan yang keterlaluan kepada mereka. Terlalu banyak ruang maksiat dan kemungkaran yang didedahkan kepada mereka. Seluruh kehidupan mereka dipasakkan dengan aktiviti hiburan melebihi penekanan kita terhadap ilmu pengetahuan dan kemahiran. Apakah belia hari ini benar-benar telah digarap agar bersedia menjadi pejuang dan pembela kepada agama Allah suatu hari nanti. Apakah belia hari ini akan mampu menerima seruan jihad sebagaimana ghairahnya mereka memenuhi jemputan menyaksikan konsert-konsert artis tempatan yang dianjurkan dari masa ke semasa. Kuatkah keimanan mereka memilih kehidupan beragama dan mempertahankan aqidah mereka sebagaimana Pemuda Kahfi yang digambarkan oleh Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 13 dan 14:

نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِٱلْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ ءَامَنُوا۟ بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَـٰهُمْ هُدًۭى ﴿١٣﴾ وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا۟ فَقَالُوا۟ رَبُّنَا رَبُّ ٱلسَّمَـٰوَ‌ٰتِ وَٱلْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَا۟ مِن دُونِهِۦٓ إِلَـٰهًۭا ۖ لَّقَدْ قُلْنَآ إِذًۭا شَطَطًا ﴿١٤
"Kami ceritakan kepadamu hal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk dan Kami kuatkan hati mereka semasa mereka bangun lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak akan menyembah Tuhan yang lain selain-Nya; jika tidak, maka tidak bermakna kami memperkatakan sesuatu yang jauh dari kebenaran".

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam selain menjadi pemimpin Negara, turut memainkan peranan sebagai pendakwah yang membimbing belia agar sentiasa ta'at beribadah kepada Allah. Mereka ditarbiyah dengan akhlak yang mulia, memelihara kesempurnaan akal fikiran, menjaga kesihatan tubuh badan dan menjadi hamba kepada tuhan. Mereka akhirnya memiliki jati diri, bersifat amanah dan bertangggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Muslimin yang berbahagia,

Sesungguhnya Islam mahukan setiap umatnya menjadi sebaik-baik manusia dengan menyebarkan kebaikan kepada manusia lain. Islam tidak menerima manusia yang hanya mementingkan diri sendiri, dengan mengatakan ; jangan sesiapa mengganggu aku, selama aku tidak mengganggu orang lain. Setiap umat Islam mempunyai tanggungjawab membawa kebaikan kepada manusia. Rasulullah s.a.w menyatakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah:



 خَيْرُ الناَّسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناَّسِ
"Sebaik-baik manusia ialah orang-orang yang lebih bermanfaat kepada orang lain" . (Hadith Hasan dalam al-Jami’ al-Shaghir)

Muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita memastikan kehidupan kita di dunia ini mendapat perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala, selaras dengan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oIeh Abu Hurairah yang berbunyi:

أَنَّ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ
"Bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dilindungi oIeh Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindungan Allah iaitu : Imam (Pemimpin) yang adil, Pemuda yang hidup sentiasa beribadah kepada Allah Taala, orang yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu menitis air matanya, Orang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu teringat kepada masjid). Orang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oIeh tangan kanannya. Orang yang saling berkasih sayang kerana Allah semata-mata. Lelaki yang digoda oIeh perempuan yang cantik tetapi mengatakan aku takut kepada Allah Taala. (Maksud Hadith Riwayat Al-Bukhari)

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.
  Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ ءَامَنُوا۟ بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَـٰهُمْ هُدًۭى


Yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka ialah pemuda beriman kepada Tuhan mereka (Allah) dan Kami tambah kepada mereka petunjuk.” (Surah al-Kahfi ayat 13).

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ .
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ .


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Terdapat beberapa fakta penting yang boleh sama-sama kita hayati pada khutbah yang pertama tadi iaitu:

Belia-belia Islam semestinya dididik menjadi Generasi Belia Ulul-Albab yang bertaqwa, memiliki akal fikiran sempurna, berilmu, kreatif, bebas dari pengaruh maksiat serta menjadi pemangkin agar orang lain juga berubah ke arah yang sedemikian.

Kehebatan generasi belia Ulul Albab ini telah terbukti melalui sejarah yang merakamkan mengenai kegigihan tentera Islam semenjak Kerajaan Bani Umaiyah

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam selain menjadi pemimpin Negara, turut memainkan peranan sebagai pendakwah yang membimbing belia agar sentiasa ta'at beribadah kepada Allah. Setiap umat Islam mempunyai tanggungjawab membawa kebaikan kepada manusia.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،   وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ .
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ. رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari lama sesawang www.4shared.com

Wednesday 22 May 2013

Harun: Pas utama jalan damai

WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Mei 2013
Harun Taib

SHAH ALAM – Pas tetap dengan pendiriannya menolak sebarang cubaan menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan seperti didakwa cuba dilakukan sesetengah pihak.

Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib berkata, Pas juga tidak masuk campur dengan pendirian pemimpin atau penyokong PR yang menyokong cara sedemikian.

“Dalam Pas, kita utamakan jalan perdamaian. Kita juga berpegang kepada prinsip demokrasi yang diamalkan.

“Saya tak melarang perhimpunan dilakukan, namun saya tidak berminat untuk menyertainya. Jika ada pemimpin PR atau pihak lain yang tetap mahu melakukannya, terserah kepada mereka. Itu pendirian mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sesetengah pihak yang didakwa cuba menggunakan kekerasan untuk menggulingkan kerajaan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Tegasnya, parti itu menerima kegagalan dalam PRU13.

“Kita terima keputusan PRU13 lalu dengan hati terbuka. Namun, dalam perjuangan Pas, tiada istilah putus harapan.

“Kita akan majukan diri dan cuba lagi untuk menang dalam PRU akan datang,” katanya.

Tuesday 21 May 2013

PENJELASAN SPR BERHUBUNG ISU-ISU PRU KE-13 DAN PERNAHKAH CALON BN HILANG DEPOSIT DALAM PILIHAN RAYA?

INFORMASI TERKINI
Beberapa siri wawancara berhubung isu-isu Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak akan disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Pengerusi dan YBhg. Datuk Wira Timbalan Pengerusi SPR. Berikut adalah jadual wawancara.

Tarikh / Hari : 22 Mei 2013 (Rabu)
Masa : 11.00 malam
Wakil SPR : YBhg. Tan Sri Pengerusi SPR
Agensi Media : TV 3 - SOAL JAWAB (Siaran langsung)

Tarikh / Hari : 22 Mei 2013 (Rabu)
Masa : 10.00 - 11.00 malam
Wakil SPR : YBhg. Datuk Wira Timbalan Pengerusi SPR
Agensi Media : Bernama TV - Helo Malaysia (Siaran langsung)


Fakta Yang Anda Harus Tahu

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : PULAU PINANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.13 - BERAPIT
NAMA PENUH PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN
1. LAU CHIEK TUAN BN 2,230 HILANG DEPOSIT
2. ONG KOK FOOI DAP 16,995 MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 22,394

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 165

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 19,390

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 19,422

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 32

PERATUS PENGUNDIAN : 86.70%

MAJORITI : 14,765

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : PULAU PINANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.27 - PENGKALAN KOTA
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. LOKE CHEANG GIN @ LOKE POH CHYE BN1,803HILANG DEPOSIT
2. LAU KENG EE DAP15,403MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR :19,980

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK :243

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI :17,449

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN :17,468

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :19

PERATUS PENGUNDIAN :87.40%

MAJORITI :13,600

 Sumber : SPR

 

Keganasan Bukan Cara Perjuangan PAS

Pas sedia bantu polis siasat konspirasi gulingkan kerajaan
MURNI ABDUL RASHID
20 Mei 2013
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub

SHAH ALAM – Pas dan DAP menolak usaha pihak - pihak tertentu termasuklah kumpulan propembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan secara kekerasan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan polis sekiranya diminta membantu dalam siasatan berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Menurutnya, Pas mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak menyokong mana-mana pihak yang mahu menggunakan kekerasan dalam perjuangan kerana ia boleh menimbulkan
huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara.

Katanya, Pas akan terus menegakkan keadilan, tetapi dengan cara demokratik mengikut apa yang termaktub dalam perlembagaan.

“Pas sama sekali menolak pendekatan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan kerana pendekatan itu amat serius. Malah kita sedia memberikan kerjasama dengan pihak polis.

"Perjuangan dalam Pas tiada keganasan sebab itu kita tolak sekeras-kerasnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan Umno (ABU) baru-baru ini yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses PRU13 baru-baru ini tidak telus.

Sementara itu, Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata, parti itu sentiasa mengamalkan cara keamanan dan tidak akan terlibat dan menyokong usaha mencetuskan huru-hara.- Sinar.

ABU: Namun kita akan pertahankan diri jika dizalimi.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR