Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday, 30 June 2013

Motorsikal Berkuasa Tinggi Langgar Lori Terbabas, Dua Terkorban


JOHOR BAHRU 30 Jun - Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dan tiga lagi cedera selepas konvoi yang disertai mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori tangki di Kilometer 38, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran susur masuk ke Taman Daiman Jaya di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1 petang itu, mangsa Abdul Rashid Mansor, 48, beralamat di Taman Ibai Indah, Ibai Golf Resort, Kuala Ibai, Terengganu dan Mohamad Hisham Salleh, 36, dari Kampung Gemuroh, Marang mati di tempat kejadian.

Kejadian ketika hujan itu berlaku apabila sebuah lori tangki dari arah Mersing hilang kawalan menyebabkannya terbabas dan melintang di jalan raya sebelum dilanggar oleh motosikal berkuasa tinggi berkenaan. - UTUSAN 

Saturday, 29 June 2013

Sex Sebagai Pelaris Kedai Kopi


NUR FARHANA ABDUL MANAN
30 Jun 2013

PUCHONG – Dengan bayaran RM50, pengunjung sebuah kedai kopi di sini ditawarkan khidmat pelayan perhubungan pelanggan (GRO) yang dijadikan peneman minum selain untuk berpelukkan.

Difahamkan, pengusaha premis juga membenarkan pelanggan membawa pulang gadis warga asing terbabit untuk layanan ekstra sekiranya bayaran ditambah RM50 lagi.

Kegiatan tidak bermoral sejak dua tahun lalu itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa dan premis bertopengkan kedai makanan terbabit diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang , kelmarin.

Pegawai  D7 IPD Serdang, Inspek-tor Roslin Mohd Isa berkata, hasil risikan dan intipan, beliau bersama lapan anggotanya melakukan pemeriksaan dan mendapati premis terletak di Jalan Bandar 10 itu tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Katanya, lima wanita warga Vietnam dan empat warga China berjaya dicekup ketika leka melayan pelanggan masing-masing.

Beliau berkata, wanita terbabit akan melayan pelanggan mereka sehingga mabuk dan mendapat komisen sekiranya menjual lebih banyak minuman keras.

Jelasnya, pengusaha premis bukan sahaja menawarkan minuman keras dan pelayan tetapi bertindak seperti bapa ayam sekiranya ada pelanggan yang mahu membuat hubungan seks dengan pekerja mereka.

“Jika pelanggan mahu layanan ekstra mereka kena ‘deal’ dengan pelayan dan perlu membayar sedikit caj kepada pengusaha premis untuk membawa keluar pekerja mereka.

“Sejak dua tahun beroperasi, premis ini sudah beberapa kali diserbu namun pengusaha berdegil dan meneruskan operasi perniagaan haram mereka,” katanya.

Roslin berkata, seorang penjaga premis warga tempatan ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen.

Penulis kontroversi MD Mutalib meninggal dunia



Rakyat Sabah hari ini dikejutkan dengan berita kematian penulis berani, MD Mutalib atau Abdul Mutalib Mohd Daud, awal pagi tadi. 

Beliau diberitakan meninggal dunia pada jam tiga pagi tadi di Kuala Lumpur akibat serangan strok atau angin ahmar.

Jenazah telah diterbangkan ke Kota Kinabalu untuk dibawa ke rumah beliau di Sulaman Kingfisher sebelum dibawa ke Masjid Bandaraya. Selepas itu, jenazah dibawa ke lapangan terbang untuk diterbangkan pula ke Lahad Datu.

Semasa hayatnya, beliau merupakan seorang aktivis yang berani dan lantang menyatakan penentangan beliau terhadap pemberian kad pengenalan secara haram dan juga isu-isu berkaitan rasuah serta penyalahgunaan kuasa di Sabah.

Keluarga beliau sebenarnya berasal daripada Kedah dan berhijrah ke Sabah lebih 40 tahun yang lepas ketika beliau masih kecil.

Walaupun dilahirkan di Semenanjung, tetapi, beliau lebih sentimen terhadap isu-isu semasa yang berlaku di Sabah.

Antara buku yang pernah ditulis beliau adalah IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir?, IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah dan 007: Lelaki Malaysia Terakhir.

Walaupun buku-buku yang ditulis beliau disifatkan sebagai penuh kontroversi, namun hingga kini, tiada pihak yang berjaya mengheret beliau ke mahkamah.

Kematian ini disifatkan ramai sebagai suatu kehilangan besar. Pada masa yang sama, kebanyakan hasil penulisan beliau turut dijadikan bahan rujukan oleh sesetengah jabatan kerajaan.

Antara tulisan-tulisan terakhir yang sempat diterbitkan adalah berkaitan dengan isu pencerobohan di Kampung Tanduo dan juga isu Nurul Izzah Anwar yang dilarang memasuki Sabah baru-baru ini.

Selain itu, beliau turut sempat memberikan keterangan dalam kes bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh yang menyaman fitnah seorang pemimpin PKR Dr Chong Eng Leong di mahkamah tinggi Kota Kinabalu dua minggu lepas.

Beliau, yang juga merupakan ketua editor portal berita Sabahkini , sepatutnya mengadakan pertemuan semula dengan rakan-rakan sekolah tingkatan enam beliau di SMK Menggatal pada tahun 1982. Pertemuan ini dijadualkan esok (Ahad). -malaysiakini-

SPR Salah Lagi


Kuala Besut: Salah SPR jika kedudukan 16-16

Khairil Abdul Rahim,29 Jun 2013
TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut ini Dewan Undangan Negeri Terengganu (Dun) berkedudukan 16-16 sehingga menyulitkan kedudukan kerajaan negeri itu.

Tuan Ibrahim berkata, SPR sendiri yang mengatur kawasan pilihan raya secara genap sehingga memungkinkan kedudukan menjadi seri antara kerajaan dan pembangkang.

“Takdirnya kedudukan menjadi 16-16 selepas PRK nanti, kita salahkan kegagalan SPR kerana mengatur kerusi secara genap. Sepatutnya jumlah kawasan pilihan raya mestilah angka ganjil, baru boleh dapatkan kemenangan,” katanya dalam sidang media sejurus selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang hari ini.

Kerusi Kuala Besut kosong berikutan kematian Adunnya, Dr A Rahman Mokhtar baru-baru ini. Pada PRU lalu Allahyarham memperolehi  8,809 undi, manakala calon PAS mendapat 6,375 undi. 

Kedudukan dalam Dun Terengganu selepas PRU13 lalu hanya berbeza dua kerusi antara BN dan Pakatan Rakyat di mana BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan 15 kerusi.

Jika calon Pakatan menang dalam PRK Kuala Besut ini bermakna bilangannya akan menjadi sama banyak iaitu 16:16 dalam Dun yang mempunyai 32 kerusi itu.

Tuan Ibrahim berkata, PRK ini bukan sahaja sangat penting dan kritikal kepada kepada PR dan BN, malah tumpuan yang lebih utama ialah kepada SPR sendiri.

“Penting juga bagi rakyat untuk melihat SPR yang mengendalikan PRK tersebut nanti sama ada berkeras untuk menggunakan dakwat kekal yang dianggap kontroversi dan penipuan itu atau bagaimana.

“Bagi kita jika SPR kehilangan idea, kita cadang gunakan inai saja nanti,” katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, berkata PAS negeri ini akan menghantar 1,000 petugas melalui tiga fasa dengan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) dilantik sebagai ketua kotingen PAS Pahang. 

“PAS Terengganu meletakkan PAS Pahang bertugas di unit peti undi (UPU) Kampung Nangka. Peti undi tersebut pernah dimenangi PAS dengan majoriti lebih 700 undi pada PRU 1999. Kerajaan PAS dulu banyak memberikan kelulusan hak milik tanah kepada penduduk.

“Bagaimanapun dari segi peluang PAS Pusat meletakkannya 50:50 berikutan kawasan yang kalah pada PRU lepas ialah di Pulau Perhentian, pesisir pantai dan kem tentera di Gong Kedak sementara kawasan bandar dan pinggir bandar semuanya dimenangi PAS,” ujarnya.

Mengenai isu, Tuan Ibrahim berkata pada masa ini penduduk di Kuala Besut sendiri sudah membangkitkan janji-janji yang dibuat BN semasa PRU dulu. 

Siaran Langsung Perlawanan Bola Sepak Piala FA Kelantan Vs Johor Darul Taazim 29.6.2013


Hari ini Sabtu bersamaan 29 Jun 2013 akan berlangsung perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan menentang Johor Darul Taazim bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Perlawanan itu akan disiarkan secara langsung melalui siaran Astro Arena 801 dan RTM.

Siaran juga boleh diikuti  disini   dan  disini


Friday, 28 June 2013

Ustaz Hj. Zainal Hj. Asmawi Mantan YDP PAS Tanjong Malim Kembali Ke Rahmatullah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sabtu, 29 Jun 2013. Dimaklumkan bahawa Tn. Hj. Zainal Asmawi, bekas YDP PAS Kawasan Tanjong Malim sekitar tahun 90-an telah kembali ke Rahmatulllah pada pukul 9.00 malam tadi.

Jenazahnya akan disembahyangkan pada pukul 11.00 pagi ini di Masjid Felda Gunung Besout 2.

Ustaz Hj. Zainal juga merupakan salah seorang qari al Quran daerah Batang Padang dan pernah mewakili negeri Perak dalam pertandingan tilawah al Quran.

Beliau adalah ayah kepada saudara Faiz Hj Zainal,ketua Pemuda PAS Felda Besout 2.

Al Fatihah.

Anak kenamaan dihukum penjara

JOHOR BAHRU - Anak seorang kenamaan dan dua rakannya dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah mencederakan petinju negara, Muhammad Farkhan Mohd Haron pada tahun lepas.
  
Hakim Zamri Bakar memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa mulai hari ini selepas menolak permohonan pihak pembelaan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan.
  
Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 28; Alex Foo Hee Wee, 42, dan Mohd Arif Husin, 36, dituduh menyebabkan kecederaan parah ke atas Muhamad Farkhan, 25, menggunakan senjata tumpul di antara pukul 4.30 pagi dan 7 pagi pada 6 Mei tahun lalu di Jalan Molek 3/2, Taman Molek di sini.
  
Mereka didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
  
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Dzul Iswari Mohd Jaafar manakala tertuduh masing-masing diwakili peguam Norman Fernandez, Mohd Abdul Kadir, Zamri Idros dan Mazri Muhamad.
  
Terdahulu, Muhammad Farkhan dipanggil untuk memberi 'Pernyataan Kesan Terhadap Mangsa' di mahkamah, mengenai kesan kejadian itu ke atas dirinya. - Bernama

Wednesday, 26 June 2013

Anwar Ucap Takziah Kepada Keluarga ADUN Kuala Besut

Pilihan raya kecil peluang baik untuk Pakatan – Anwar

KUALA LUMPUR 26 JUN: Ketua Parlimen Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin, ‘kekosongan’ kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan memberi peluang baik kepada Pakatan Rakyat ekoran penyandangnya meninggal dunia, hari ini.
Dr Abdul Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), akibat kanser paru-paru.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, pilihan raya kecil (PRK) memberi peluang selesa kepada Pakatan kerana BN hanya memperoleh kelebihan dua kerusi membentuk kerajaan Terengganu.
“Saya anggap PRK kali ini kritikal kerana majoriti yang diperolehi Umno pada kerusi tersebut agak memberangsangkan.
“Bagaimanapun situasi ini tetap memberi peluang yang baik untuk PAS menempah kemenangan pada kekosongan itu.
“Pakatan akan sokong calon yang akan diletakkan PAS,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Pada PRU 13 lalu, Abdul Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS, Napisah Ismail.
Abdul Rahman mendapat 8,809 undi berbanding Napisah, 6,375 undi.
Anwar turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergiannya dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat.
http://www.keadilandaily.com/

Rogol Dan Zina Jenayah Yang Tiada Kesudahan


Bapa didakwa rogol anak di kebun getah

KOTA BHARU 26/06/2013- Seorang bapa dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 14 tahun di sebuah kebun getah dua minggu lalu.
Bagaimanapun penganggur yang berusia 33 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Yusuff Yunus dan mohon dibicarakan.
Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram tersebut dengan merogol anak sulung dari tiga beradik itu.
Dia didakwa melakukan perbuatan terkutuk tersebut di kawasan kebun getah di Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh antara pukul 11 malam sehingga 11.10 malam, 13 Jun lalu.- KOSMO!

KEMATIAN ADUN Kuala Besut, PRK Pertama Selepas PRU 13

Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat paru-paru berair hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan Berita Harian online menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini di hospital berkenaan di Kuala Terengganu. 

Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala Besut itu, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum 5 Mei. 

Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. 

Kawasan berkenaan terdiri dari lebih 16,600 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu. -mk

Tuesday, 25 June 2013

Helikopter Penyelamat Terhempas, 8 Terkorban


New Delhi, 26 Jun - Sebuah helikopter penyelamat yang membantu memindahkan mangsa banjir di utara India terhempas semalam mengakibatkan lapan orang terbunuh.

"Lapan individu berada di dalam pesawat itu termasuk lima krew terbunuh akibat cedera parah dalam nahas di Gaurikund di negeri Uttarakhand,’’ kata jurucakap tentera udara India.

Helikopter Mi-17 buatan Rusia itu sedang melakukan penerbangan dalam misi menyelamat di negeri Uttarakhand, iatau tempat paling suci negara ini yang menyaksikan lebih 1,000 orang terkorban dalam banjir kilat dan tanah runtuh. - AFP

Tolonglah diri sendiri, jangan bersekongkol dengan kuasa besar Timur dan Barat. Kembalilah kepada Islam.

KENYATAAN MEDIA RINGKAS PRESIDEN PAS 25 Jun 2013


“PAS AKAN BERSAMA DENGAN GERAKAN ISLAM ANTARABANGSA UNTUK MEMBANTU BAGI MERUNGKAI KONFLIK DI SYRIA”

1. Konflik berdarah dan kezaliman terhadap rakyat Syria yang telah bermula awal 2011 telah meragut puluhan ribu nyawa yang tidak berdosa. Sepanjang tempoh ini, berbagai inisiatif telah digerakkan oleh komuniti antarabangsa berbagai negara dan badan bukan kerajaan, malah oleh semua rakyat yang cintakan keamanan.

2. Parti Islam SeMalaysia (PAS) juga telah menyatakan sebelum ini bahawa semua kuasa asing yang mempunyai kepentingan strategik masing-masing itu untuk keluar dari negara yang sedang bergolak itu dan menyerahkan penyelesaiannya kepada rakyat Syria sendiri untuk menentukannya.

3. Sepanjang tempoh ini juga kepimpinan PAS selain dari mengadakan protes, telah juga mengambil tindakan tertentu bertemu dengan berbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi mencadangkan penyelesaian terhadap konflik yang semakin hari semakin buruk itu, selain dari membantu rakyat Syria yang berdepan dengan kesukaran dalam menguruskan kehidupan seharian mereka.

4. Saya juga telah menulis satu artikel bertajuk “Rakyat Syria Mangsa Kezaliman dan Kesilapan Negara Umat Islam” pada 25 Jun 2013 untuk menjelaskan kedudukan percaturan konflik ini secara menyeluruh supaya kita semua menyedari siapakah musuh sebenar kita.

5. Langkah terbaru pada bulan Julai ini yang akan diambil oleh PAS ialah memikul tanggungjawab untuk bersama-sama dengan pimpinan Gerakan Islam Antarabangsa terutamanya dari Sudan dan Turki bagi mengusahakan penyelelesaian ke peringkat yang lebih hampir.

6. PAS mengharapkan iringan sokongan doa dan harapan dari semua rakyat Malaysia khususnya dan masyarakat antarabangsa secara umumnya dalam mengambil langkah ini. Semoga usaha ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

PRESIDEN PAS





Syria mangsa kesilapan umat Islam sendiri


ULASAN Ketika ini seluruh dunia bersepakat wajib mempertahan dan membela hak asasi manusia yang juga menyentuh hak majoriti dan hak minoriti seperti mana dalam Universal Declaration of Human Rights (United Nations) di Paris pada tahun 1948 dan Cairo Declaration on Human Rights in Islam (OIC) pada tahun 1990.



Walaupun kedua-dua deklarasi ini ada perbezaan teras tertentu, tetapi semua negara-negara yang menandatanganinya telah bersetuju bahawa tiada lagi mana-mana pihak yang boleh dizalimi, tidak boleh dinafikan haknya sebagai manusia, bahkan ada yang berfikir lebih melampau sehingga mempertahankan hak binatang lebih daripada hak manusia.

Tetapi semuanya ini tidak diambil peduli apabila menangani isu besar dan mendesak yang menyentuh hak rakyat Syria, kerana pihak yang menjuarai hak asasi ini sibuk menjaga kepentingan negara masing-masing dan mempertahankan hak keselamatan negara haram Israel, sama ada secara sedar atau tidak sedar. Begitulah rupanya apabila pengaruh Zionis dan agendanya masuk ke dalam kepala para pemimpin dunia, negara kuasa besar dan lebih malang lagi termasuklah pemimpin negara Arab dan pemimpin negara umat Islam.

Perlulah kita ingat bahawa para pemimpin kanan Israel, sama ada pimpinan politik atau tentera, telah pun membuat kenyataan terbuka bahawa Israel akan campur tangan menyerang secara langsung ke dalam Syria sekiranya senjata jatuh ke tangan kumpulan Islam, sama ada Ikhwan Muslimin, al-Qaeda atau Hizbullah. Nampaknya Israel tetap menjaga kepentingannya tanpa mengira apakah mazhab yang dianut oleh kumpulan yang bernama Islam. Inilah sikap sebenar negara haram Zionis ini yang menunjukkan sikapnya yang paling bermusuh terhadap Islam.

Aspek yang lain pula, jangan dilupai bahawa semua negara kuasa besar terlibat mewujudkan negara haram Israel sejak tahun 1948 menerusi British Mandate for Palestine. Sejak saat inilah semuanya terpengaruh dengan agenda Zionis yang menjadi guru mencipta ideologi kepada semua negara kuasa besar dan sekutunya yang berbeza ideologi itu. Seterusnya rangkaian Zionis mempengaruhi politik dalaman dan antarabangsa, ekonomi dunia dan medianya.

Sejarah membuktikan, bahawa Zionis ini tidak akan mengizinkan mana-mana kumpulan Islam, sama ada kumpulan itu dari mazhab Sunni, Salafi atau tidak. Mereka juga tidak mengira sama ada kumpulan itu adalah Syiah muktabar atau tidak, dan tanpa mengira pendekatan sederhana atau melampau, Ikhwan atau al-Qaeda atau Hizbullah, semuanya diletakkan dalam satu bakul.

Semuanya tidak diizinkan sekiranya yang mengambil alih kuasa di Syria bagi mengganti Basyar Asad dan Parti Ba'athnya. Israel dan semua kuasa besar itu boleh menerima siapa sahaja yang tidak berjenama Islam tanpa mengira ideologinya. Pendirian mereka ialah bahawa Basyar Asad tetap lebih baik daripada semua kumpulan Islam tanpa mengira mazhab, kerana sebarang perubahan kepada Islam dikira paling membahayakan keselamatan Israel dan menjejaskan kepentingan negara barat dan sekutunya dan juga Rusia, China dan sekutunya.

Bacalah kenyataan Ketua Turus Pasukan Pertahanan Israel (IDF Chief of Staff) Benny Gantz pada Januari 2012 lalu bahawa Israel boleh menerima puak Alawi dari kumpulan Basyar Asad sebagai pelarian akibat dari Revolusi yang berlaku di Syria, kerana kumpulan ini tidak membahayakan Zionis Israel. Maka akhirnya Kerajaan kumpulan minoriti Alawi yang sesat dan Parti Ba'ath berideologi kiri pimpinan Basyar Asad adalah paling diterima oleh semua kuasa besar itu demi kedudukan masing-masing.

Berlindung dengan kuasa besar

Maka akhirnya rakyat Syria yang menjadi mangsa pertembungan bersenjata yang melibatkan kuasa besar timur dan barat yang melibatkan Amerika, Kesatuan Eropah dan sekutunya, dan juga Rusia, China dan sekutunya.

Terheret sama dalam konflik berdarah ini ialah negara serantau, Turki, negara Arab dan Iran di atas nama strategi masing-masing. Akhirnya Basyar Asad juga yang dilihat lebih berpeluang mengikat semua pihak kerana tidak ada pengganti yang lebih baik daripadanya demi menjaga kepentingan masing-masing. Kezaliman dan kekejaman keluarga Asad menerusi Hafeez al-Asad terhadap rakyatnya sendiri telah berlaku sejak dari tahun 1970-an lagi. Walaupun kumpulan Alawinya yang terlalu kecil (10 peratus) tidak muktabar dalam mazhab Sunni dan Syiah yang muktabar, parti Ba'athnya dapat terus memerintah secara diktator sejak sekalian lama.

Adapun negara serantau pula bertegas dengan strategi masing-masing. Iran dan Hizbullah menjadikan alasan bahawa Basyar Asad adalah rakan strategi jalinan pembekal senjata menentang Israel dan membantu garisan hadapan Palestin dan Selatan Lubnan; dan dalam masa yang sama Syria di bawah kerajaan Alawi dan parti Ba'ath tidak menjadi ancaman besar terhadap Israel. Akhirnya Basyar Asad juga dipertahankan di atas alasan strategi, dengan berlarutan, walau pun membunuh rakyatnya sendiri.

Adapun setengah negara Arab Teluk dan bukan Teluk menganggap Iran dan Hizbullah bersama mazhab syiahnya adalah ancaman kepada mereka setaraf dengan Israel, maka Iran dan Hizbullah perlu dihapuskan. Akhirnya mereka meletakkan Israel dan Basyar Asad sebagai bukan ancaman sebenar, maka Basyar Asad dan parti Ba'athnya tidak penting, maka selamatlah dia.

Dalam masa yang sama Amerika dan sekutunya mengira Iran dan Hizbullah adalah ancaman terbesar, menyebabkan negara-negara barat itu meletakkan semua kumpulan yang berjenama Islam dalam satu bakul bahaya, tanpa mengira mazhab Sunni atau Syiah, Salafi atau Khalafi, Syiah Muqtada al-Sadr atau Sistani, konservatif atau reformasi, tanpa perbezaan di antara kumpulan sederhana yang memilih demokrasi atau pelampau yang mengharamkan demokrasi. Semua yang berjenama Islam adalah pelampau dan mengancam keamanan dunia, khususnya kedudukan keselamatan Israel lebih penting bagi mereka. Rusia dan China juga masing-masing ada saham mewujudkan negara haram Israel, dalam masa yang sama ikut berlumba dalam persaingan mendapat pengaruh dan pasaran di Asia Barat yang berisikan sumber tenaga yang menjadi rebutan.

Ada pun sebahagian lagi negara Arab pula sangat bergantung dengan kuasa besar, sehingga menjadikannya pelindung lebih daripada Allah SWT. Manakala kumpulan Islam Sunni juga dianggap sebagai ancaman kepada sebahagian negara Arab ini, bukan hanya Syiah, sehingga mengizinkan buminya menjadi pangkalan tentera asing yang diambil kesempatan bukannya menjaga kawan, tetapi lebih utama menjaga Israel dan telaga minyak di rantau itu. Hakikatnya ada negara Arab dan negara umat Islam sekitarnya yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Lebih baik Basyar tak berpegang dengan agama...Akhirnya tindakan mengekalkan Basyar Asad di Syria adalah boleh mengekalkan pasaran dan menambah nilai semua pihak, kerana daripada pihak lain khususnya kumpulan Islam, adalah lebih baik dibiarkan sahaja Basyar Asad dan parti Ba'athnya yang tidak berpegang dengan agama dan mana-mana mazhab yang muktabar.

Sepatutnya umat Islam tidak celaru dalam menentukan sikap. Umat Islam sepatutnya jelas bahawa negara haram Israel diwujudkan secara haram dan dipaksakan ke atas umat Islam, dan dalam masa yang sama negara kuasa besar tidak boleh diberi kepercayaan dalam menyelesaikan konflik yang berlaku. Kuasa besar Barat ini hanyalah melihat dua perkara yang paling penting iaitu (1) survival negara haram Israel dan (2) kekuasaan mereka kepada sumber petroleum sebagai asas tenaga negara Barat; bukannya kepentingan rakyat negara-negara Arab yang berdepan dengan konflik berdarah ini, ataupun keselamatan negara-negara Arab rantau teluk itu sendiri.

Bagi penyelesaiannya, semua negara serantau, Arab, Turki dan Iran bersama seluruh negara umat Islam sepatutnya bebas daripada pengaruh negara pengacau yang datang dari timur dan barat dan bersatu strategi kembali kepada Islam.

Selesaikan masalah umat dengan Islam, khusus Palestin dan ancaman Zionis negara haram Israel, sebagai perkara paling mudah untuk difahami dan sepatutnya menyentuh hati sanubari setiap umat Islam.

Ada pun perbezaan mazhab yang masih berpegang dengan rukun-rukun Islam yang asasi, boleh dibincang secara ilmu oleh kalangan ilmuwan yang bebas daripada pengaruh kerajaan yang menolak Islam, jangan serah kepada yang jahil, sama ada individu atau media. Perbezaan kebangsaan dan sempadan negeri di kalangan umat Islam boleh disatukan oleh ajaran Islam sekiranya kita benar-benar berpegang kepadanya.

Tolonglah diri sendiri, jangan bersekongkol dengan kuasa besar Timur dan Barat. Kembalilah kepada Islam.


DATUK SERI ABDUL HADI AWANG presiden PAS.

Jerebu: Sekolah-sekolah Di Perak Pula Tutup

Jerebu: 239 sekolah di Hilir Perak dan Manjung ditutup 

IPOH 25 Jun - Sebanyak 239 buah sekolah menengah dan rendah di Manjung dan Hilir Perak ditutup dua hari bermula tengah hari ini ekoran keadaan berjerebu di daerah berkenaan yang berada pada tahap berbahaya dengan bacaan 330.

Menurut jurucakap Jabatan Pelajaran Perak, penutupan itu melibatkan 102 sekolah di Manjung manakala 137 pula di Hilir Perak.

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar, sehingga pukul 10 pagi ini, empat kawasan lain yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat ialah Tanjung Malim (176), Jalan Tasek, Ipoh (146), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (190) dan Kampung Air Putih, Taiping (153). - UTUSAN

Siapakah Pejuang? Ikhlaskah Kita?



Ramai dalam sejarah insan-insan yang ditabalkan sebagai pejuang. Rekod kehidupan mereka membuktikan bahawa mereka memang pejuang. Mereka berani menanggung risiko perjuangan. Mereka bukan sahaja sanggup berkorban tetapi benar-benar telah berkorban kerana perjuangan mereka. Mengharungi rintangan yang pahit dan cabaran yang getir sehingga mahu tidak mahu mereka diiktiraf oleh sejarah.

Jika tidak pun pada hari mereka hidup, mereka akan diiktiraf selepas mereka mati. Jika tidak diiktiraf oleh golongan yang berkepentingan, mereka kelak tetap akan diiktiraf oleh golongan yang sedar dan insaf akan kepahlawanan mereka. Pun begitu ada juga pejuang yang dilupakan. Ada juga wira yang tidak didendang dan dikenang.

Ciri Pejuang

Pejuang itu muncul dalam pelbagai medan dan cara. Namun bersatu dalam beberapa perkara asas. Mereka ada matlamat yang dapat difahami, ada keberanian untuk mencapai matlamat tersebut dan ada kesanggupan untuk menanggung bebanan perjuangan. Orang yang tidak tahu matlamat perjuangannya tidak boleh dianggap pejuang.

Orang yang bacul juga bukan pejuang. Orang yang tidak sanggup berkorban dan mengharungi susah payah dalam membayar harga perjuangan juga tidak layak digelar pejuang. Orang yang menyuruh orang lain memanggilnya wira ataupun pejuang, sedangkan dia tidak berkorban bahkan meratah keuntungan atas hasil usaha orang lain lagilah tidak layak digelar pejuang.

NONEApabila pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka menjemput saya pada 2-3 Julai ini untuk mengulas novel sasterawan Negara Dato' Anwar Ridhwan berjudul ‘Penyeberang Sempadan', maka saya pun membaca novel tersebut sehingga habis. Novel yang memenangi Hadiah Sako itu memang menarik untuk dibaca.

Kisah tentang seorang pejuang yang dimunculkan oleh keadaan kemudian hidup dalam kebingungan mencari arah dalam dunia yang penuh tidak pasti. Watak utama yang diberi nama ‘Kuay' dalam novel itu merupakan pejuang bersenjata bersama komunis yang menentang British sebelum kemerdekaan.

Beliau menjadi ‘orang buruan' dan terus dianggap sebagai ancaman kepada negara walaupun selepas 20 tahun negara merdeka. Dari novel itu saya terfikir, siapakah pejuang? Orang seperti Kuay, seperti Mat Indera dan seumpama mereka, apakah dianggap pejuang?

Kehebatan

Dalam sejarah, kita melihat orang seperti Che Guevara yang berjuang dengan senjata dan gerila. Saya terpesona dengan kesanggupan dan pengorbanannya. Ada yang seperti William Wilberforce yang berjuang menerusi politik dan parlimen. Saya amat kagum dengan kesungguhannya, bahkan dengan isi perjuangannya yang mulia. Berjuang untuk satu hasrat yang murni iaitu pembebasan hamba. Sanggup mempertaruhkan kepentingan politik dan menerima tekanan demi hasrat tersebut.

NONEFilem mengenainya The Amazing Graze benar-benar menjadikan perasaan sebak dan semangat membakar. Nelson Mandela juga hebat sebagai pejuang. ‘Long Walk to Freedom' menjadikan kita terpukau dengan kesanggupan menanggung derita yang begitu berat untuk sebuah perjuangan yang diyakini benar. Sanggup dipenjara, tidak rela dibebaskan jika perjuangan tergadai. Hebat!

Gandhi juga pejuang yang hebat yang menggunakan sentiment rakyat untuk mencapai kepentingan perjuangan yang baik. Florence Nightingale merupakan wanita gigih lagi mulia yang berjuang untuk memberi khidmat kepada orang lain.

Menonton filem Sang Pencerah menjadikan saya bersemangat untuk mengikuti watak utamanya iaitu Kiyai Ahmad Dahlan yang merupakan tokoh besar sejarah tajdid agama di Indonesia. Terasa menusuk jiwa. Perjuangan dan cabaran. Bak kata sang sufi ‘sesiapa yang tidak rasa, tidak dapat memahaminya'.

Terlalu ramai lagi jika hendak disebutkan dalam sejarah pembinaan tamadun manusia. Mengiktiraf keperwiraan seseorang pejuang, bukan semestinya kita menyokong ataupun bersetuju dengan semua pegangannya. Kita mungkin tidak bersetuju dengan 'socialism' Che Guevera, namun kita perlu akur dia pejuang yang handal dan ada nilai-nilai positif yang patut dipuji pada dirinya.

Iktiraf

NONEGolongan agama di samping membaca dan mengkaji tentang sejarah para pejuang ‘agama', perlu juga melihat sejarah para pejuang lain dari pelbagai latar supaya kita memiliki horizon penilaian yang lebih luas. Jika pun kita tidak bersetuju, kita wajar juga mengiktiraf kesungguhan dan mempelajari strategi yang telah mereka lalui.

Bahkan tidaklah salah untuk kita mengiktiraf kebaikan perjuangan mereka dan menyertainya jika ternyata itu satu kebaikan. Seperti yang selalu disebutkan bahawa Nabi s.a.w mengiktiraf dan menyokong perjanjian yang dibuat oleh Quraish semasa jahiliah kerana isinya membela golongan yang ditindas.

Al-Tahawi dalam Mushkil al-Athar, juga al-Baihaqi dalam kitabnya as-Sunan al-Kubra meriwayatkan Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah menyaksikan satu sumpah setia di rumah Abdullah bin Jad'an. Aku sukakan perjanjian itu melebihi unta merah. Jika aku diajak kepadanya semasa Islam pun, aku akan sertai."

Di samping kita juga perlu tahu, mungkin ramai dalam kalangan mereka yang tersenarai sebagai pejuang itu tidak sampai kepada mereka ajaran Islam yang sebenar. Maka, kita tidak boleh menuntut untuk mereka mendasari perjuangan mereka kepada ajaran Islam seperti yang kita fahami.
Firman Allah: (maksudnya) "Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul" (Surah al-Israk: 15).

Dikenang

Ramai pejuang yang tidak dikenang semasa hayat mereka. Bahkan kebanyakan pejuang itu menderita semasa hidup mereka. Diburu, dihina, dicerca, dipenjara, diseksa bahkan ada yang dibunuh.

Nilai perjuangan pula, diukur berdasarkan kepada aliran masing-masing. Seseorang mungkin dianggap pejuang oleh satu pihak, tetapi mungkin pulak dianggap pengkhianat oleh pihak yang lain. Bukan semua pejuang mendapat pengiktirafan menyeluruh oleh bangsa dan negaranya.

NONEBetapa ramai pejuang yang difitnah semasa hayat mereka dan fitnah itu terus dibawa sehingga mereka telah lama pergi meninggalkan dunia ini. Kemudian apabila pejuang itu dikenang, apa penghargaan yang hendak diberikan selepas mereka tiada?!

Saya pernah berkata kepada seorang ketua negara yang berbicara dengan saya secara peribadi bahawa ramai pemimpin yang dikenang jasanya dengan diberikan nama bangunan, atau jalan raya atau sekolah atau bandar sempena namanya.

Dapatkah dia merasai nikmat itu? Dapatkah dia merasa kenikmatan hanya kerana namanya disebut selepas mati? Sedangkan dia berhadapan dengan Tuhan yang akan mempersoalkan segala tindakan dan amalannya.

Ramai pula yang mengaku jujur dan ikhlas, sedangkan maksud sebenarnya Allah mungkin tidak demikian. Maka dalam Islam, seseorang yang hendak berjuang, terlebih dahulu hendaklah dia membetulkan niatnya dengan tuhannya. Keimanan yang luhur kepada pembalasan baik dan buruk terhadap amalan di dunia ini boleh menjadikan seseorang itu pejuang yang sejati.

Balasan nikmat dari Allah itu yang paling diharapkan. Pengiktirafan Allah itu maha penting. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: "Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?" Dia menjawab: "Aku telah berperang kerana-MU sehingga syahid". Allah berkata: "Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu".

Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka. Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: "Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?" Dia menjawab: "Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran kerana-MU". Allah berkata: "Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu".

Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka. Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: "Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: "Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya kerana-MU". Allah berkata: "Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu". Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).

Tiada syurga untuknya, sebaliknya baginya neraka. Maka, dalam Islam sesiapa yang ingin berjuang hendaklah mengikhlaskan diri kepada Allah, kemudian memastikan dia berada pada landasan perjuangan yang betul yang Allah redha padanya.

Nabi s.a.w pernah ditanya: "Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah? Rasulullah s.a.w menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, pejuang Islam ialah seorang ikhlas niat dan benar jalan perjuangan yang dipilihnya.

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas mufti Perlis.

Sunday, 23 June 2013

Semua sekolah di KL, Selangor,Melaka, Segamat (Johor) dan Kuantan (Pahang) diarah Tutup - PM Umum Darurat

Jerebu: Semua sekolah di KL, Selangor diarah Tutup 

KUALA LUMPUR 23 Jun - Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup esok seperti yang dinasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

Palanivel berkata, beliau akan meminta Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh mengambil tindakan sewajarnya.

"Situasi jerebu semakin teruk pada 5 petang dan sekolah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga kerana kualiti udara yang buruk akan memberi kesan terhadap kesihatan pelajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar memastikan anak-anak mereka berada dalam rumah dan memakai topeng jika mereka perlu keluar.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang diisytihar sebagai kawasan darurat, mencatat sedikit penurunan dengan bacaan 690 pada 11 pagi tadi berbanding 746 empat jam sebelumnya.

IPU bagi Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai di Melaka, yang sebelum ini masing-masing mencatat bacaan di tahap bahaya 357 dan 334, meningkat ke 415 dan 428.

Negeri lain yang mempunyai IPU tidak sihat termasuk ibu negara, Putrajaya, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor manakala dua kawasan yang dikategori sebagai mempunyai kualiti udara sihat ialah Sandakan dan Tawau di Sabah. - BERNAMA

Jerebu: Semua sekolah di Melaka diarah tutup

MELAKA 23 Jun - Semua sekolah di negeri ini diarah tutup buat sementara bermula esok sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Penutupan itu melibatkan 313 buah sekolah rendah dan menengah sekitar negeri ini membabitkan seramai 159,570 orang murid.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, kerajaan negeri merasakan tahap udara akibat jerebu kini telah sampai ke tahap yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan.

"Ini adalah kerana landaan jerebu yang kini cecah tahap bacaan IPU 456 di sesetengah kawasan termasuk Bukit Rambai, Klebang dan Tanjung Minyak pada pukul 2 petang tadi.

"Bandar Melaka pula pada masa sama mencecah IPU 397 dan setakat ini kita tidak nampak ada kaedah untuk kurangkan serangan jerebu ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar khas di Hotel Permaisuri, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Jumaat lalu sebanyak 480 buah tadika di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIM), Kemas dan Perpaduan telah diarah tutup dan penutupan itu diteruskan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan. - UTUSAN.

Jerebu: PM isytihar darurat di Muar, Ledang

KEADAAN jerebu di Muar yang mencatat bacaan IPU 746 pada jam 7 pagi ini sehingga diisytiharkan darurat. - UTUSAN/ISHAK RAHAMAD
KUALA LUMPUR 23 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel menerusi posting terbaharu dalam facebook beliau. - BERNAMA.

110 sekolah di Segamat diarah cuti

Sebanyak 110 buah sekolah rendah dan menengah di Segamat diarahkan bercuti esok selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencapai tahap berbahaya 400.

Pengarah Pelajaran negeri Mohd Nor A Ghani berkata arahan itu membabitkan 39,681 pelajar dan 3,418 guru.

Arahan bercuti sejak Jumaat lalu bagi 117 sekolah di Kluang dan 175 sekolah di Batu Pahat yang membabitkan 134,872 pelajar masih belum ditarik balik, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Arahan itu turut dipanjangkan kepada 171 sekolah kebangsaan dan 40 sekolah menengah di daerah Muar dan Ledang, membabitkan 76,400 pelajar serta 6,846 guru berikutan pengisytiharan darurat akibat jerebu di kawasan berkenaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata 300 sekolah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang yang diarahkan bercuti Jumaat lepas akan dibuka semula esok selepas IPU mencatatkan bacaan yang bertambah baik.

Pejabat pelajaran daerah dan sekolah sudah diarah memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa atau penjaga agar semua 187,590 pelajar berkenaan kembali ke sekolah esok.

Bagaimanapun katanya aktiviti di luar kelas masih tidak dibenarkan sementara pelajar, terutama yang mempunyai penyakit asma dan jantung dinasihatkan memakai topeng hidung dan mulut. - Bernama.

Jerebu: MB Pahang arah sekolah di Kuantan ditutup

BANDAR Kuantan diselubungi jerebu. Gambar ini dirakamkan pada pukul 12.21 tengah hari tadi. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN
KUANTAN 23 Jun - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup sehari mulai esok sehingga dimaklumkan kemudian. - UTUSAN

Mangsa Runtuhan Penebat Kilat Disemadikan


GEORGETOWN: Ahli keluarga penjual nasi, Lim Chin Aik, 44, menyempurnakan upacara pengebumian ringkas untuk mendiang hari ini.

Kira-kira 50 anggota keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan berkumpul di jeti Lim di Weld Quay di mana upacara itu diadakan selama tiga hari sebelum mereka menuju ke Kuil Kek Lok Si di Air Itam.

Isteri mendiang, Lee Chai Song, 48, meletakkan bekas simpan abu mayat yang mengandungi timbunan lumpur daripada bangkai yang dipercayai adalah kereta Lim untuk penghormatan sementara sami membacakan doa.

Dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang pada 14 Jun lepas, Lim dipercayai sedang memandu di Jalan Macalister apabila penebat kilat jatuh dari bangunan Menara Umno setinggi 21 tingkat dan menghempap keretanya.

Saturday, 22 June 2013

Awasi Jangkitan Baktiria Leptospirosis

Mangsa kencing tikus tenat

Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md Hassan berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Batu Karang, di Pasir Mas itu dipercayai dijangkiti bakteria berkenaan di kediaman sendiri.

Ghazali berkata, mangsa berkenaan di masukkan ke wad di HRPZ II sejak tiga hari lalu sedang dirawat selain terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Kita ada dua pesakit yang dijangkiti bakteria leptospirosis setakat ini, namun seorang daripadanya sudah bebas daripada jangkitan berkenaan dan ditempatkan ke wad biasa.

“Pesakit yang tenat ini sedang dirawat di wad rawatan rapi (ICU) dan terpaksa menggunakan bantuan alat pernafasan. Malah kita percaya pesakit ini mendapat jangkitan di kediamannya,” katanya ketika ditemui ketika sidang media selepas merasmikan Program Senamrobik Combi-CHS HRPZ II di perkarangan kuarters HRPZ II di sini hari semalam.

Beliau berkata, sepanjang tahun ini sebanyak lima kematian dicatatkan akibat jangkitan bakteria berkenaan dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mementingkan kebersihan dari pelbagai aspek.

“Pesakit yang terkena jangkitan leptospirosis biasanya boleh sembuh tetapi ia boleh membawa maut jika melibatkan komplikasi lain seperti masalah paru-paru.

“Leptospirosis ini menyebabkan banyak organ dalaman rosak dalam sekelip mata dan biasanya mereka perlu dirawat di ICU.

 “Penularan wabak ini tidak semestinya berlaku di sungai malah boleh juga terjadi di sekitar kediaman. Pinggan mangkuk yang kita basuh dan tinggalkan di rak mesti dilindungi atau ditutup bagi mengelak terkena kencing tikus yang biasanya melalui kawasan dapur,” katanya

Monday, 17 June 2013

ISU SYRIA:BACA DAN FAHAM USAH EMOSI

APA YANG TERSIRAT DISEBALIK KONFLIK SYRIA SEHINGGA MENGHERET KITA BERADA DI PERSIMPANGAN 

Syria menghadapi arus perubahan musim bunga politik yang sedang berlaku di dunia Arab secara khusus. Tidak boleh dinafikan sedikitpun, kebangkitan yang menggolakkan arus perubahan itu disebabkan oleh tempoh pemerintahan yang lama tanpa kebebasan rakyat, kerana pemerintahan bersifat diktator bertopeng demokrasi, yang menekan rakyat dengan lesen yang diberi oleh kuasa-kuasa besar dunia diatas nama rakan strategik bagi keselamatan Israel yang dilindungi dengan cara paling istemewa, akhirnya tidak mampu membatalkan musim yang bertiup.

Syria mempunyai kedudukkan yang agak berbeza dengan negara arab yang lain, kerana tidak mengiktiraf Israel dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengannya. Syria juga menjadi pintu keluar bagi negara Iran yang dikepung, dalam masa yang sama mengizinkan buminya menjadi pangkalan bagi gerakan Islam Hamas dan Jihad Islami, serta pangkalan bantuan bagi Hizbullah yang berada di Selatan Lubnan. Hamas dan Jihad Islami bermazhab Sunni, tidak sama dengan Bashar Assad yang menganut mazhab Alawi. Begitu juga Republik Islam Iran dan Hizbullah yang bermazhab Syiah Imamiyyah yang bertentangan juga dengan mazhab yang dianut oleh Bashar dan keluarganya. Diambil kira juga parti Baath yang menganut ideologi sosialis yang keras sehingga hampir sama dengan negara komunis dan juga berfahaman nasionalis fanatik yang keras terhadap Israel. Menunjukkan bahawa masing-masing lebih menjadikan rakan strategik bagi menghadapi musuh yang sama iaitu Israel.

Dalam masa yang sama, negara kuasa besar khususnya Amerika yang menjadi rakan strategik Israel akan melindungi negara haram tersebut daripada sebarang gerakan yang dianggap ancaman kepada keselamatan Israel khususnya dalam berdepan dengan Islam. Kumpulan Hamas, Jihad dan Hizbullah adalah ancaman paling bahaya terhadap Israel dengan bantuan Iran secara terbuka juga diumumkan oleh pemimpin utamanya Imam Ali Khamanaei dalam khutbah jumaatnya yang terakhir, diikuti oleh lawatan rasmi ke Iran oleh Ismail Haniyyah, Perdana Menteri Palestin yang tidak diiktiraf oleh Barat dan sekutunya walaupun dipilih secara pilihanraya yang dipantau oleh pertubuhan antarabangsa. Maka kesemuanya adalah ancaman besar terhadap negara Zionis itu. Sebelum daripada perkembangan ini, tercetus perang di Selatan Lubnan dan selepasnya serangan terhadap Ghazzah.

Kedua peristiwa percubaan Israel ini yang menyerang bagi menghapuskan ancaman terhadap negara haram itu menemui kegagalan yang memalukan. Percubaannya gagal walaupun dengan bantuan negara-negara rakan Israel dan sokongan terbuka dan tersembunyi oleh negara-negara Arab yang bersahabat dengan Israel. Kesemua negara Arab dan negara Islam itu menerima konsep Road Map tajaan kuasa besar yang bertanggungjawab menubuhkan Israel.Ia juga ekoran dicetuskan isu ancaman teknologi nuklear Iran, walaupun di atas tujuan perbekalan tenaga, bukannya persenjataan kerana diharamkan oleh agama Islam seperti dinyatakan oleh para pemimpinnya. Sebaliknya Israel pula telah memiliki senjata nuklear sejak tahun enam puluhan lagi, dengan tidak menandatangani apa-apa perjanjian antarabangsa yang mencegahnya daripada melakukan sesuatu yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia.

Sebarang tindakannya yang dikira menceroboh dan mengganas dengan nyata diselamatkan dengan kuasa veto oleh kuasa besar pelindungnya jika ada sebarang keputusan yang tidak berpihak kepadanya. Inilah dia undang-undang rimba yang diamalkan di peringkat antarabangsa iaitu siapa yang kuat dia selamat.

PAS bersama dengan parti Islam di seluruh dunia mengutuk segala kekejaman yang berlaku di Syria terhadap rakyatnya. PAS dan gerakan Islam bersetuju supaya kerajaan Syria menghentikan kekejaman terhadap rakyat. Kami juga bersetuju supaya Syria didesak dan dipaksa membuat perubahan kepada demokrasi yang sebenar. Namun kami tidak bersetuju jika perubahan yang berlaku kerana hendak menyelamatkan negara haram Israel dan masuk ke dalam agenda Israel dan sekutunya. Tujuannya bukan menyelamatkan Syria tetapi lebih daripada itu untuk menekan, melemah dan menghapuskan Hamas, Jihad Islami (daripada Sunni) dan Hizbullah serta Iran (daripada Syiah).

Pihak yang melawan kerajaan Syria pula melibatkan kumpulan Islam dan bukan Islam. Mereka dibekal dengan bermacam bantuan termasuk senjata dan ada yang diberi di atas nama Islam dengan agenda menegakkan kerajaan baru yang menyelamatkan Israel melalui gabungan kerjasama kumpulan Islam yang tidak kuat dengan kumpulan sekular yang berpangkalan di negara Barat yang lebih diperkuatkan supaya menguasai gerakan perubahan.Media Israel melaporkan kenyataan pemimpin kerajaan dan tentera Israel bahawa mereka mahukan perubahan yang bukan berteraskan Islam yang lebih menyelamatkan Israel. Jika tidak maka Bashar Assad perlu diteruskan berkuasa pada tempatnya. Ini kerana perubahan yang memberi kemenangan kepada kumpulan Islam seperti di Mesir, Tunisia dan Libya lebih menjadi ancaman kepada keselamatan Israel.Usaha mereka bukan sahaja menyekat ancaman terhadap Israel daripada utara dan selatannya, tetapi juga dilakukan bagi menghapuskan kekuatan Iran dan kemajuan teknologinya.

Beberapa bulan yang lalu media Barat mendedahkan perselisihan pendapat di kalangan Zionis Yahudi berhubung keperluan melancarkan serangan ke atas Iran seperti yang pernah dilakukan ke atas janakuasa tenaga nuklear Iraq di tahun 70-an di masa Saddam Husain. Usaha juga dilakukan dengan menggunakan Iraq di zaman Saddam bagi menyerang Iran yang baru berjaya dalam Revolusi Islam menjatuhkan regim Shah yang pro Barat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju supaya Iran diserang habis-habisan. Mereka ialah kalangan pelampau Zionis yang berada dalam negara haram Israel. Ada juga yang tidak bersetuju Iran diserang. Mereka ialah kumpulan Zionis yang berada di Amerika dan Eropah. Mereka bimbang tindakan itu akan menyuburkan gerakan anti Zeonis dikalangan masyarakat barat apabila berlakunya krisis sampingan selepas serangan itu.

Bagi melaksanakan agenda yang nyata dan tersembunyi ini, maka sudah tentu Amerika dan sekutunya menjadi penyumbang besar bagi menjayakan cita-cita keselamatan negara haram Israel. Kepada mereka yang dapat membaca medan politik secara sepak terajangnya, bukan secara akademik sahaja, perlu difahami bahawa politik perlu dibaca dengan dua aspek iaitu akademik yang bersurat dan sepak terajang yang tersirat. Betapa agenda melagakan umat Islam yang pernah menjatuhkan kerajaan Othmaniyah di awal abad yang lalu sedang diulangi senarionya.

Pertama, umat Islam dilagakan dengan semangat kebangsaan masing-masing sehingga membantu musuh bagi menjatuhkan kerajaan Othmaniyyah di abad yang lalu tanpa menafikan adanya kezaliman dan kesilapan kerajaan Othmaniyyah terhadap wilayahnya. Semangat nasionalisme digunakan bagi menimbulkan kebencian Arab terhadap bangsa Turki yang menguasai kerajaan Islam dimasa itu. Di atas semangat kebangsaan dengan bantuan yang melibatkan manusia seperti Lorans dan rakan-rakannya Arab dibantu untuk menentang Turki Otmaniyyah. Akhirnya Kerajaan Othmaniyyah dijatuhkan dan diberi tempat kepada Kamal Ataturk mendirikan kerajaan sekular menggantikan kerajaan Islam di atas nama memajukan Turki tetapi berakhir dengan bangsat.

Di kalangan bangsa Arab pula diupah dengan bahagian masing-masing mengikut road map Sykes Picot dengan membahagikan di kalangan negara Barat untuk menjaganya dengan upah mengangkut hasil bumi yang kaya. Manakala Arab pula dibayar dengan wang yang banyak supaya kaya-raya tanpa teknologi yang dapat menguatkannya sehingga dapat berdikari dan meninggalkan sifat Islamnya supaya tidak berakhlak, tetapi terus berlindung dengan negara-negara Barat tersebut. Negara-negara Arab yang mendapat bahagian ini masih lagi menjadikan hari mendapat bahagian tersebut sebagai hari kebangsaan masing-masing yang disambut dengan meriahnya secara tahunan.

Yang kedua, melagakan umat dengan mazhab yang ramai pengikut. Pengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan majoriti umat Islam dan menjadi mazhab kerajaan Othmaniyyah yang bermazhab Hanafi, dilagakan dengan mazhab Syiah Imamiyyah yang ramai penganutnya di Iran, Iraq dan Selatan Lubnan dan menjadi mazhab Shah Iran di masa itu. Mazhab Zaidiyyah yang sebahagian besar pengikutnya di Yaman dan juga menjadi mazhab raja yang bergelar Imam yang memerintah Yaman. Ada pun Oman pula bermazhab Khawarij Ibadiyyah. Syah Iran dan Imam Yaman berperang dengan kerajaan Othmaniyyah. Oman pula menjadi pengkalan kuasa barat.

Malangnya dalam pergolakan yang berlaku di Syria dan perang yang masih dingin di antara Iran dan negara Barat dan sekutunya, isu nasionalisme dan mazhab dihidupkan semula. Dihidupkan semula galakan semangat nasionalisme di kalangan umat Islam sehingga meletakkan ajaran Islam yang boleh menyatukan umat dan akhlaknya yang mulia dilupakan. Masalah khilafiyyah di kalangan mazhab Islam yang satu dihidupkan semula. Sepatutnya menjadi perbincangan di kalangan para ulama yang mendalami ilmunya sahaja, tetapi dihidupkan bukan sahaja diantara Sunni dan Syiah bahkan di antara Sunni dan Sunni. Ia disebarkan saperti salafi (wahabi) dan Asya’irah dan Maturidiyyah di kalangan Ahli Sunnah. Masalah cabang ajaran agama yang berbeza dikalangan empat mazhab dan lain-lain dikalangan ahli sunnah dihidupkan kalangan masyarakat awam yang cetek pengatahuan agamanya.

Syiah Imam Khomeini dan Khaminaei yang membuat perubahan politik daripada syiah tradisi di kalangan Syiah, diantara syiah Arab dan syiah Parsi di Iraq. Di samping menyebarkan mazhab-mazhab ini di kalangan umat Islam yang masih jahil agama, bukannya menyebarkan dan menambahkan penyebaran Islam di kalangan bukan Islam. Semua ini adalah agenda laga dan perintah atau penjajahan semula yang sepatutnya difahami oleh umat Islam.Dalam kemelut yang begitu celaru, umat Islam perlu kembali ke pangkal jalan, mengenali kawan dan lawan serta mengambil iktibar daripada kesalahan yang lalu. Para ulama dan pemimpin di zaman keemasan umat Islam bersatu dalam perkara rukun dan berbeza pendapat dalam masalah cabang sehingga tidak memisahkan hubungan persaudaraan agama dan kemanusiaan berbagai agama dan kaum dalam negara Islam yang luas dan besar.

Pandangan semua ulama dicatit menjadi kajian, termasuk pendapat paling lemah kerana keadaan situasi dan realiti yang boleh berubah. Kesilapan dalam perkara rukun diperbetulkan dengan kebijaksanaan. Maka paling menariknya berlaku perkembangan Islam secara damai lebih pesat daripada ketika berperang.Allah mengajar penganut Islam di zaman Rasulullah S.A.W. supaya umat Islam bersatu di atas dasar dan konsep Islam serta menggunakan pendekatan damai dan strategik dengan masyarakat bukan Islam.

Walaupun Rasulullah S.A.W. sudah wafat dan para sahabat generasi awal Islam berbeza pendapat siapakah pengganti Rasulullah S.A.W. selepas wafatnya sehingga melahirkan mazhab Sunni, Syiah dan Khawarij. Namun mereka bersatu bersama para Khulafa Rasyidin R.A. dalam menghadapi cabaran dan menyebarkan Islam sehingga berjaya selama beberapa abad.

Mereka yang jahil dan melampau disingkirkan daripada masyarakat umat yang besar. Imam Abu Hanifah dan Imam Malik berguru dan bersatu dengan Imam Jaafar al-Sodiq pelopor Syiah Imamiyyah yang beribukan salah seorang daripada zuriyat Abu Bakar Al Siddiq R.A. Semua para ulama yang berwibawa itu menentang kezaliman di zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah dan mendokong sesiapa yang adil, seterusnya dakwah dan jihad diteruskan.

Adapun pertelingkahan yang tajam selepasnya, berlaku di kalangan para jahil daripada semua pihak.Langkah penubuhan Majma’ Fiqh di bawah OIC yang melibatkan para ulama daripada semua mazhab itu adalah sangat positif bagi umat Islam. Begitu juga kenyataan dan fatwa pemimpin utama Iran Imam Ali Khaminaei supaya para pengikutnya berhenti daripada mencaci dan menghina para Ummahatul Mukminin (para isteri Rasulullah S.A.W.) yang bertaraf ibu kepada seluruh orang-orang yang beriman dengan perintah Al Quran secara nas dan berhenti menghina para sahabat R.A. malah para ulama besarnya memaklumkan bahawa lebih daripada sembilan ribu hadith yang ada dalam kitab al-Kulaini yang menimbulkan masalah hendaklah ditolak.

Adapun langkah membiarkan kuasa asing yang dijemput menyelesaikan masalah hanya mengulangi sejarah lama yang wajib dilipat dan dikebumikan. Kalau mahu menghidupkan semula dalam pergolakan di Syria terkini akan terlaksana sejarah lama yang mengundang singa dan buaya. Natijahnya kalau selamat daripada mulut harimau akan masuk ke dalam mulut buaya.


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Sunday, 16 June 2013

UMNO Kedah sokong jawatan tertinggi tidak dipertanding

ALOR SETAR 16 Jun - Sokongan terhadap cadangan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti tahun ini semakin kuat disuarakan dengan terbaharu dipersetujui UMNO Kedah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh mesyuarat pertama parti yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut beliau, penggantian pucuk kepemimpinan UMNO pada masa ini tidak sesuai berikutan keadaan semasa politik selain mahu terus mengukuhkan perpaduan dalam parti.

''Berikutan keputusan ini, kami berharap tiada individu lain yang mendaftarkan diri untuk bertanding bagi dua jawatan berkenaan.

''Banyak lagi jawatan lain dalam parti yang boleh ditandingi,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini hari ini. - UTUSAN

Thursday, 13 June 2013

Video Lucah: Setelah PKR dan PAS Kini DAP Pula

Video seks: Wakil rakyat DAP nafi terlibat

Video yang dimuat naik di Youtube memaparkan lelaki yang didakwa mempunyai fizikal hampir sama dengan Gunasekaran.
SEREMBAN – Adun Senawang dari DAP, P Gunasekaran menafikan dirinya adalah individu dalam video seks yang tersebar dalam Youtube.

Dua video seks berdurasi 1 minit 18 saat dan 3 minit 15 saat yang bertajuk 'Wakil Rakyat DAP Guna Scandal' dan ‘Wakil Rakyat DAP Guna Scandal 03’ itu dimuat naik di Youtube pada 1 dan 2 Mei lalu.

Video pertama memaparkan seorang lelaki yang didakwa menyerupai Gunasekaran sedang duduk memakai tuala sambil memegang telefon bimbit di sebuah bilik.

Manakala video kedua menunjukkan lelaki itu mula membuka tualanya dan melakukan 'aksi panas' dengan seorang wanita.

Bagaimanapun, wajah lelaki itu kelihatan kurang jelas berikutan suasana yang bilik gelap.

Gunasekaran berkata, beliau dimaklumkan tentang penyebaran video seks itu oleh rakan-rakannya sebelum kempen PRU13 lalu.

"Saya sudah melihatnya dan lelaki dalam video itu, bukan saya. Saya juga tidak kenal wanita dalam video itu.

"Saya percaya kewujudan video ini adalah bermotif politik kerana disebarkan ketika musim kempen PRU lalu,” katanya.

Gunasekaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, video itu disebar  untuk memfitnah dirinya di samping menjatuhkan karier politik beliau.

“Saya tidak tahu siapa yang buat dan sebarkan video ini. Boleh jadi orang politik yang mahu menjatuhkan karier saya.

“Mungkin ia dilakukan parti lawan dan boleh jadi juga dilakukan orang dalaman parti saya sendiri,” katanya.

Menurutnya, satu laporan polis akan dibuat dan dia bercadang melantik peguam untuk bawa perkara itu ke muka pengadilan.

“Saya sedih dengan penyebaran video ini, begitu juga isteri dan dua anak saya.

"Penyebaran video ini telah menjejaskan maruah keluarga saya," katanya.

Katanya, beliau tetap akan teruskan khidmat sebagai wakil rakyat meskipun penyebaran video tersebut telah menjejaskan imej bersihnya sebelum ini.

“Rakyat menjadi keutamaan saya. Mereka kenal siapa saya kerana sudah lama saya terlibat dalam dunia politik," katanya.

Gunasekaran berkhidmat sebagai wakil rakyat di Dun Senawang sejak PRU12 dan berjaya mengekalkan kerusi yang disandangnya pada PRU13 lalu apabila menang dengan memperoleh 9,010 undi mengalahkan calon BN, Choong Vee Hing (4,205 undi) dan calon Bebas, S Karthigesan (120 undi).

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke Siew Fook mendakwa, video itu sengaja disebarkan sebelum kempen PRU13 yang lalu bagi menjatuhkan imej dan reputasi Adun Senawang itu.

“Video tersebut telah disebarkan sejak sebulan yang lalu dan digembar-gemburkan untuk menjatuhkan imej bersih Gunasekaran.

“Saya percaya lelaki dalam video tersebut bukanlah Gunasekaran dan ia sengaja direka untuk memfitnah beliau," dakwanya.

Siew Fook berkata, beliau telah menasihatkan Gunasekaran supaya membuat laporan polis segera berhubung penyebaran video tersebut.

“Setakat ini kita tidak tahu siapa yang membuat dan menyebarkan video itu.

"Kita serah kepada polis untuk buat siasatan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai bijak menilai apa yang berlaku.

"Saya fikir rakyat tahu perkara sebenar dan tidak akan layan tuduhan dan fitnah sebegini," katanya lagi

Tiada Kesan Rogol Hanya Calar Pada Kemaluan

Syak anak 8 tahun dirogol bapa

BESUT – Seorang wanita membuat laporan polis setelah mengesyaki bekas suaminya merogol anak perempuannya berusia 8 tahun di Kampung Beris Baru, di sini minggu lalu.

Difahamkan wanita tersebut mengetahui perkara itu selepas kanak-kanak terbabit memberitahu apa yang dilakukan bapanya ketika mereka berbual di rumah wanita berkenaan di sebuah kampung dekat Jabi Khamis lalu.

Kanak-kanak itu memberitahu, bapanya telah ‘buatnya’ semasa berada di bawah jagaan suspek.

Wanita berkenaan yang mengesyaki anaknya dirogol tampil membuat laporan polis dua hari selepas mendapat berita tersebut.

Difahamkan, mangsa kemudian dihantar menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan hasil pemeriksaan didapati tidak ada tanda mangsa dirogol, sebaliknya hanya terdapat kesan calar pada kemaluan mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP NoorZainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut. Suspek berumur 32 tahun ditahan reman untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Proton Tawar Harga Mampu Milik Sabtu Ini. Apakah Janji BN Sudah Ditepati?

Proton
Proton
JAKARTA - Proton akan menawarkan kepada rakyat Malaysia pada Sabtu ini, satu varian kereta keluarannya yang akan dijual dengan harga lebih rendah dan mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata pembeli dapat menjimatkan lebih daripada 10 peratus harga untuk kereta varian itu, yang akan dilancarkan jualannya di bilik pameran Proton di Mutiara, Damansara.

"Proton menawarkan harga yang lebih rendah, bukan harga yang lebih murah, kepada para pembeli, tanpa sebarang kompromi terhadap aspek kualiti, malah aspek keselamatannya dipertingkatkan lagi," katanya kepada wartawan Malaysia pada acara pelancaran kereta Proton Preve di Hotel Indonesia Kempinski di sini.

Pelancaran itu dilakukan oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan.

Mohd Khamil bagaimanapun enggan memberitahu jenis kereta yang akan ditawarkan itu dan meminta rakyat Malaysia menunggu pelancaran jualannyanya pada Sabtu ini.

Pengerusi Eksekutif Proton itu berkata langkah menawarkan harga rendah untuk kereta Proton adalah selaras dengan langkah kerajaan Malaysia untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Mengenai penjualan Proton Preve di Indonesia, Mohd Khamil berkata syarikat itu yakin dapat menjual kereta itu dengan sasaran 200 ke 220 unit setahun, untuk eksekutif muda yang berhasrat menukar kereta baharu untuk gaya hidup baru. 

Keyakinan itu disandarkan kepada strategi pemasaran tempatan termasuk jaminan pembelian balik selama tiga tahun kepada para pembeli dari Indonesia.

"Preve diciptakan dengan aspek keselamatan, prestasi, keselesaan, rangka berkualiti, teknologi, reka bentuk keseluruhan dan kemudahan. Ia menetapkan standard untuk generasi baru kereta Proton," katanya.

Proton menyasar menjual 2,500 unit kereta untuk semua model keluarannya untuk pasaran Indonesia pada tahun ini.

Proton Preve sebelum ini telah dipasarkan di Australia, Thailand and Brunei dan langkah proton untuk memasarkan model-model kereta keluarannya di luar negara merupakan sebahagian daripada langkah membina jenamanya yang kukuh kepada para pembeli kereta.

Mohd Khamil berkata, di Indonesia Proton Preve akan dijual dengan harga Rp285 juta seunit (kira-kira RM89,000).

Harga yang ditawarkan itu adalah 16 peratus lebih rendah daripada kereta kelas yang sama dari jenama lain, namun kualiti dan teknologi Preve adalah lebih baik atau sekurang-kurangnya setanding dengan mereka, katanya. - Bernama

Wednesday, 12 June 2013

Kerajaan Arab Saudi Musnah Patung Kuda

RIYADH 13 Jun - Kerajaan Arab Saudi kelmarin mengeluarkan arahan untuk memusnahkan beberapa patung kuda yang dibina di sebuah bulatan di barat daya negara ini selepas ulama tertinggi menyifatkan pembinaan patung sebagai perbuatan berdosa.

Laman web berita, jazantoday.org melaporkan, pihak majlis perbandaran Abu Arish di Jazan yang terletak bersempadan dengan Yemen, telah diarahkan untuk memusnahkan patung berkenaan.
 
Arahan itu dikeluarkan selepas Mufti Besar Abdulaziz al-Shaikh menghantar sepucuk surat kepada Datuk Bandar Jazan bagi meminta supaya patung itu dimusnahkan kerana ia merupakan dosa besar dan dilarang di bawah undang-undang Islam. - AFP.

Tuesday, 11 June 2013

DVD Lucah Dan Cetak Rompak, Rampasan Terbesar Tahun Ini


KUALA LUMPUR 11 Jun - Polis merampas sejumlah 10,000 keping cakera padat digital (DVD) cetak rompak dan lucah bernilai RM100,000 dan terbesar tahun ini selepas menyerbu sebuah rumah dua tingkat di Taman Damai Perdana, Cheras di sini hari ini.

Serbuan oleh sepasukan anggota dari unit risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu dilakukan pukul 2.25 petang selepas mendapat maklumat awam tentang kegiatan mencurigakan di premis berkenaan.

Hasil seminggu risikan, Timbalan Pengarah II jabatan itu, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, rumah tersebut dijadikan pusat memproses, membungkus dan menyimpan DVD haram dan tidak ditapis sejak dua tahun lalu.

“Dianggarkan sejumlah 10,000 keping DVD haram pelbagai tajuk filem dari dalam dan luar negara ditemukan dalam rumah berkenaan dipercayai untuk pasaran Lembah Klang, Johor, Melaka, Perak serta Sabah dan Sarawak.

“Semua DVD haram ini tidak diedar terus ke pasar-pasar malam sebaliknya dijual kepada pembeli yang menempah menerusi atas talian sebelum diedarkan kepada sindiket-sindiket kecil," katanya selepas mengetuai serbuan itu.

Menurut beliau, polis turut merampas 15 unit pemprosesan komputer (CPU), 11 unit mesin penyalin atau ‘burner’, lima bungkusan DVD salinan asal dan masing-masing seunit televisyen dan alat pemain DVD.

“Seorang pekerja berusia 38 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan. Difahamkan, dia sudah setahun bekerja di situ bersama dua individu lagi dan kita akan mengesan mereka yang terlibat dan jaringan sindiket itu dalam tempoh terdekat. - UTUSAN

Monday, 10 June 2013

Kawasan Aman Yang Tidak Aman

Blogger BeautifulNara Kerugian RM350,000

Dimuat turun daripada http://darisungaiderhaka.blogspot.com/

Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, Sungai Buloh petang semalam.

Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan.

Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.

“Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040.

“Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran,” katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga selamat dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelong, Kuang.

Katanya, sesiapa yang terlihat atau mempunyai maklumat berhubung keretanya, boleh menghubungi beliau di talian 017-2678341 ~ Wowberita

Aku siarkan berita ini bukan disebabkan aku minat membaca Blog BeautifulNara milik mamat yang bernama Nazuwan itu..

Tetapi kerana mamat yang bernama Nazuwan itu adalah antara beberapa orang komentator yang sering menimbulkan provokasi dengan komen-komen yang "tah apa-apa" dalam blog Anak Sungai Derhaka ini.

Walaupun kebanyakkan komennya keluar dari tajuk dan ada sesetengahnya aku sendiripun tak faham apa maksudnya aku biarkan saja, asalkan ianya tidak melanggar undang-undang sebab aku menentang UMNO bukannya menentang undang-undang Malaysia..

Nama samaran yang beliau gunakan dalam ruang komen Blog Anak Sungai Derhaka ini ialah Sos Tiram IV.

Berikut adalah beberapa komen yang beliau telah tinggalkan dalam Blog ini sebelum dan ketika kempen Pilihanraya Umum ke 13 berlangsung.









Nampak jelaskan dia sokong UMNO dan Barisan Nasional...

BMW yang dilarikan tu tak apa.. insuran ada, nanti insuran ganti semula.. nasib baik dia tak kena rodok dengan parang tu.. kalau tak kuranglah sorang lagi komentator Pro UMNO dalam blog ni..

Mungkin sedikit modal untuk membeli rumah baru dan buat ubahsuai itu datangnya dari upah yang diterimanya untuk melakukan provokasi dalam blog aku ni.. mungkinlah..

Mewahnya Blogger Pro BN ni... - Anak Sungai Derhaka.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung


widgeo.net

Search This Blog

FB

There was an error in this gadget

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR