Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday, 31 October 2013

Ahli PAS Sepatutnya Sudah Lama Sedar

Jangan guna media sosial untuk meruntuhkan Jamaah.

Oleh USTAZ IDRIS AHMAD (23oct2013)

Zaman langit terbuka, siapa pun tidak boleh menghalang maklumat sampai kepada kita, kecuali Allah SWT. PAS sebagai sebuah gerakan Islam tidak dapat lari daripada perkara tersebut. Kedudukan PAS diperhatikan semua pihak.

PAS tidak boleh lari daripada orang ramai. Segala gerak-geri diperhati. Media sosial adalah salah satu medium yang boleh digunakan untuk menaikkan imej PAS di alam maya supaya orang ramai mengetahui perjuangannya. Oleh itu media sosial harus berperanan membawa kebajikan dan memperjuangkan yang lebih baik, bukan sebaliknya. Ia mesti menjadi alat menyebarkan fikrah perjuangan, bukan alat menyebarkan fitnah sesama ahli dan pimpinan.

Media baru seperti Facebook, Twitter, wasap dan blog yang semakin menjadi pilihan bagi mendapat maklumat dan berjaya membentuk persepsi dalam masyarakat dan jemaah. Ahli PAS mesti bijak menilai sebarang maklumat yang disebarkan menerusi media sosial dengan dipastikan faktanya tidak tersasar. Jangan kita mengguna media sosial sebagai medan untuk fitnah sesama ahli. Ingat, jika fitnah diulang berkali-kali akhirnya menjadi kepercayaan dalam jemaah.

Paling kasihan ialah mangsanya yang tidak bersalah. Ahli PAS apabila menerima maklumat dan laporan daripada media sosial, hendaklah teliti dan selidik bagi mengelak terpengaruh dengan fitnah.

Allah mengajar kita dalam Surah al-Hujurat ayat 6, bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu berita yang dibawa oleh orang fasik maka hendaklah kamu selidik kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Ingat fitnah dan perkhabaran yang tidak betul tidak boleh menjadi budaya walaupun dengan musuh. Apatah lagi sesama ahli jemaah. Mereka yang bersikap demikian tidak layak bersama dengan PAS.

Apabila kita bertanya kenapa mereka memburukkan PAS melalui media sosial, jawapan mudahnya, pimpinan PAS tidak ambil perhatian teguran mereka. Jawapan saya mudah, apa tujuan kita masuk PAS? Kita tidak boleh kecewa teguran yang tidak diambil peduli pimpinan. Pemimpin seperti ini tidak kekal lama dalam PAS jika dia bersikap demikian. Orang yang seperti itu nafas tidak panjang dalam perjuangan. Mereka ini akan keluar sendiri atau dikeluarkan. Kita perlu sabar atas setiap teguran kita kepada parti dan pimpinan.

Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai orang yang beriman hendaklah kamu sabar dan bersabarlah dan bertakwalah kepada Allah." Tidak perlulah kita paksa jemaah ikut kehendak kita. Kadang-kadang pimpinan melihat lebih luas daripada apa yang kita nampak. Orang seperti ini kita bimbang dipengaruhi nafsu, atau menjadi alat musuh yang bertopengkan ahli PAS. Atau pun jenis hobi mereka ialah mengkritik kerana itu ialah profesion mereka. Orang seperti ini dia tidak ada cawangan. Celik mata terus buka komputer hentam PAS dan pimpinan PAS yang bekerja. Sepatutnya kita gunakan media sosial untuk mengukuhkan PAS dan berikan maklumat perjuangan untuk orang lain. Kita tidak kisah jika yang buat kerja ini bukan ahli PAS. Kita tidak boleh halang mereka berkelakuan demikian.

Nasihat ini saya tuju juga pada diri saya, supaya tidak menjadikan media sosial sebagai medium untuk memburukkan parti yang saya sayang. Sekarang zaman baru, kita mesti mencari pendekatan baru selain pendekatan konvensional seperti ceramah, kuliah iaitu teknik bersemuka. Mungkin dengan suasana kehidupan masyarakat hari ini yang sibuk dengan kehidupan dan kesuntukan masa untuk hadir program PAS, maka penggunaan media sosial menjadi jalan untuk menembusi tembok pemisah antara orang PAS dengan orang yang berminat dengan PAS. Terutama di kalangan golongan terpelajar dan elit pertengahan. Mereka merupakan penggunaan tegar media sosial.

PAS mesti mengambil peluang dengan ramainya rakyat Malaysia, iaitu 13,085,000 pengguna Facebook mengikut statistik Februari 2013. Jumlah itu lebih separuh daripada jumlah penduduk seramai 28,859,154 juta orang sehingga ke tarikh 18 Januari 2013 mengikut data World Bank. Jumlah pengguna Facebook di Malaysia sudah mendekati 50 penduduk penduduk. Golongan belia berumur 18-24 tahun dan 25-34 tahun merupakan dua kategori umur paling ramai menggunakan Facebook di Malaysia. Dari segi ukuran jantina golongan lelaki merupakan pengguna Facebook paling ramai, iaitu 54%, manakala selebihnya (46%) adalah perempuan.

Ahli PAS perlu sedar perkembangan teknologi maklumat terlalu pantas. Jika kita tidak mengambil peluang, PAS akan ketinggalan medium ini. Sebagai pimpinan pula perlu aktif dan agresif menjawab tohmohan di dalam media sosial jika ia merupakan fakta yang tidak betul.

Datuk Dr. Hasan Ali Menang Saman Terhadap Khalid Samad


SHAH ALAM 31 Okt. - Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali hari ini berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Hakim Datuk Yaacob Md. Sam memutuskan demikian selepas mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid dalam satu sidang akhbar pada 24 Februari tahun lalu bukanlah satu pembelaan terhadap isu "pemimpin parasit" yang ditimbulkan oleh Hasan.

Mahkamah turut berpendapat menyatakan, Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat tidak memberikan komen yang adil dan oleh itu tidak lagi terlindung di bawah elemen perlindungan bersyarat.

"Plaintif juga berjaya membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh defendan dibuat dengan niat jahat," tambah Hakim Yaacob.

Hasan memfailkan saman fitnah tersebut pada 12 April 2012 terhadap Khalid selepas defendan mengeluarkan dakwaan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd. sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.

Khalid dalam pembelaannya menyatakan kenyataan yang dikeluarkan dalam sidang media itu adalah bagi menjawab 'serangan' Hasan yang menggelarnya sebagai pengkhianat dan pemimpin parasit.

Mahkamah menetapkan 27 November ini untuk kedua-dua pihak berhujah berhubung jumlah ganti rugi serta kos yang perlu dibayar oleh defendan kepada plaintif. - UTUSAN.


Pemilik Bengkel ditahan Miliki Senapang dan Dadah


MUAR 31 Okt. - Seorang pemilik bengkel motosikal ditahan kerana memiliki senapang menyerupai M14, dua senapang buatan sendiri dan dadah jenis syabu dalam satu serbuan di bengkelnya di Jalan Haji Ahmad, Bakri, di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Sahadan Jaafar berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 7 pagi itu, suspek yang berusia 33 tahun itu sedang tidur.

"Kita menemukan dadah jenis syabu seberat 0.6 gram yang dipercayai milik suspek. Turut dijumpai sebuah komputer riba jenama Acer, lapan blok enjin motosikal serta beberapa komponen utama motosikal kenderaan lain yang sudah dileraikan.

"Senapang dan dadah berkenaan adalah untuk kegunaan suspek sendiri, namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini hari ini.
Menurut Sahadan, pihak polis percaya bengkel itu turut dijadikan tempat meleraikan komponen motosikal sebelum dijual kepada pembeli. - UTUSAN .

Tuesday, 29 October 2013

PRK Sungai Limau: Makan umpan, jangan joran

Harakahdaily, 30 Okt 2013 

JERAI: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu pengundi Dun Sungai Limau menjadi pengundi bijak berdepan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu 4 November ini.

Menurutnya, pengundi harus menjadi "ikan yang cerdik" berdepan pelbagai "umpan pancing" yang dihidangkan kepada mereka.

Kata Tuan Guru Abdul Hadi, ikan yang cerdik adalah ikan yang hanya makan umpan dan bukan memakan jorannya sekali.

"Jangan gadai prinsip kita hanya kerana wang RM50 atau RM100.”

"Kena jadi ikan yang cerdik, jangan jadi ikan bodoh seperti ikan Belukang, ada misai nampak gah, tapi semua dia telan termasuk najis pun dia makan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Sedaka di sini malam tadi.

Mengulas soal calon, beliau berkata PAS menawarkan calon terbaik, Ustaz Mohd Azam Abd Samat untuk mewakili mereka di Dun Sungai Limau ini.

Bukan sahaja mampu meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan, Ustaz Azam juga diyakini mampu meneruskan perjuangan Islam PAS dengan baik.

"Kita undi Ustaz Azam. Apa yang dia buat baik kita sokong, apa yang tak betul kita akan lawan.”

"Kalau Umno apa yang bos dia kata, betul ke tak betul ke semua kena sokong. Itu beza PAS dengan Umno," katanya.- HD.


Harakahdaily, 30 Okt 2013 


JERAI: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menamakan benih padi yang ditabur untuk musim depan dengan nama Azam.

Menurutnya, pemilihan nama itu sebagai mengambil nama calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau kali ini.

"Calon PAS yang bertanding Ustaz Mohd Azam, jadi benih ini saya namakan benih Azam sesuai dengan calon.

"Ia juga sebagai azam kita kepada Allah supaya benih ini subur dan memberi hasil yang banyak musim depan," katanya ketika berucap di majlis Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi di Kampung Kabu Sepuluh di sini hari ini.

Pemberian nama itu adalah permintaan daripada tuan tanah di mana Tuan Guru diminta menabur benih tersebut dalam petak sawah miliknya.

Sebagai gimik pelancaran, Tuan Guru mengenakan pakaian turun ke bendang, iaitu baju lengan panjang, seluar, kain sarung, topi dan kasut but panjang dan turun menabur biji benih padi di petak sawah kira-kira 700 meter dari tempat peigram.

Turut serta dalam acara itu termasuk Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah dan Salahudin Ayub, Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr Raja Iskandar Al-Hiss.

Terdahulu dalam ucapannya juga, Tuan Guru Abdul Hadi mengingatkan masyarakat agar sentiasa berdoa kepada Allah di samping usaha dan ikhtiar yang dibuat supaya padi yang ditanam menjadi dengan baik.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap kerajaan yang dilihat tidak bersungguh-sungguh membela nasib petani khususnya penanam padi.

Ia termasuk dalam isu pemberian subsidi bagi meringankan beban pesawah padi dan harga padi yang masih rendah sekitar RM248 satu tan.

"Subsidi bukan keseluruhannya beban kepada kerajaan. Kerajaan kena fikir panjang untuk bekalan makanan negara.

"Seperti negara barat, mereka galakkan pertanian untuk sumber makanan mereka. Apabila berlaku bencana mereka punyai bekalan makanan yang cukup," katanya lagi.

Di samping itu beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mahu kerajaan menggunakan kepakaran termasuk menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan penghasilan padi.

Beliau juga menggesa kerajaan memanfaatkan sebaiknya tanah-tanah yang masih banyak dalam negara untuk pertanian sebagai memperbanyakkan stok bekalan makanan negara.

"Kerajaan jangan duk fikir nak bagi RM50, RM100 waktu kempen pilihan raya ini sahaja.

"Pesawah di sini mahu pendapatan mereka, hasil padi mereka meningkat. Kerajaan kena bantu dari sudut itu," tegasnya.

Majlis hari ini dibuat mengikut tradisi orang dahulu, dengan mengadakan majlis bacaan doa selamat, dan kemudian menjamu pulut kelapa parut serta ikan masin, sebelum turun ke bendang. -HD.

Tuesday, 22 October 2013

Gempa di Aceh, Seorang Maut


JAKARTA 23 Okt. - Sekurang-kurangnya 435 bangunan termasuk rumah dan bangunan kemudahan awam rosak akibat gempa bumi berkekuatan 5.6 pada skala Richter menggegarkan Aceh, semalam.
Pihak berkuasa berkata seorang penduduk dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung semasa gempa yang berlaku pada tengah hari itu.

Gegaran kuat gempa bumi selama lapan hingga 10 saat itu yang dirasakan di beberapa daerah dan bandar di Aceh, menyebabkan penduduk cemas dan keluar bertempiaran dari rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Pusat gempa di daratan yang berkedalaman 10km itu, ialah di 16km ke Barat Daya daerah Aceh Besar atau 32km ke Tenggara Kota Banda Aceh.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, tiga daerah kecil iaitu Tangse, Mane dan Geumpang, dalam daerah Pidie terjejas teruk akibat kejadian gempa itu.

Data menunjukkan di Tangse, seorang penduduk bernama Pidie meninggal dunia akibat serangan jantung, tiga cedera, manakala bangunan rosak melibatkan 368 rumah, sembilan masjid, 13 sekolah, dua jambatan serta tiga pejabat kerajaan.

Pihak berkuasa menghantar pasukan bantuan ke kawasan terjejas untuk menangani bencana itu. - BERNAMA.

Saturday, 19 October 2013

Tidak rasmi: Zahid kekal jawatan, dapat 99 undi


KUALA LUMPUR 19 Okt. - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara tidak rasmi telah mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO apabila sehingga 6.30 petang ini telah memperoleh 99 undi daripada 191 bahagian dalam pemilihan hari ini.

Dalam masa sama, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendapat 91 undi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (56), Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (46) dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, masing-masing enam undi.

Seseorang calon perlu mendapat minimum 96 undi untuk memenangi jawatan Naib Presiden. - UTUSAN ONLINE

Laporan lengkap lihat di sini

Senarai AJK UMNO 2015/2016

Pengerusi Tetap: Tan Sri Badruddin Amiruldin (penyandang/menang tanpa bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap: Datuk Mohamad Aziz (penyandang)

Presiden: Datuk Seri Najib Tun Razak (penyandang/menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden: Tan Sri Muhyiddin Yassin (penyandang/menang tanpa bertanding)

Anggota Majlis Tertinggi:

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed (penyandang)
2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom (penyandang)
3. Datuk Seri Idris Haron (penyandang)
4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (penyandang)
5. Datuk Seri Idris Jusoh (penyandang)
6. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (penyandang)
7. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (penyandang)
8. Datuk Abdul Rahman Dahlan
9. Datuk Hasan Malek
10. Datuk Seri Shahidan Kassim (penyandang)
11. Datuk Seri Mohamad Hasan
12. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis (penyandang)
13. Datuk Razali Ibrahim (penyandang)
14. Datuk Seri Mahdzir Khalid (penyandang)
15. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin
16. Tan Sri Annuar Musa
17. Dr Mohd Puad Zarkashi (penyandang)
18. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (penyandang)
19. Datuk Seri Azalina Othman Said
20. Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (penyandang)
21. Datuk Shamsul Anuar Nasarah
22. Datuk Bung Moktar Radin (penyandang)
23. Datuk Ab Aziz Kaprawi
24. Datuk Reezal Merican Naina Merican
25. Datuk Sohaimi Shahadan.

Friday, 18 October 2013

Naib Presiden UMNO ditentukan Hari Ini


SHAH ALAM - Hari ini menjadi penentu kepada siapa yang bakal menerajui tampuk pimpinan Umno bagi penggal 2013/2016 dalam Pemilihan Umno.

Jawatan Naib Presiden dan Majlis Tertinggi menjadi tumpuan apabila ramai tokoh politik tanah air membarisi senarai pencalonan.

Pemilihan jawatan Naib Presiden kali ini menyaksikan pertembungan enam penjuru dengan tiga daripadanya adalah penyandang.

Tiga Naib Presiden pada penggal lalu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dua calon lain, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam sebelum ini pernah memegang jawatan itu sebelumnya.

Sementara, Datuk Mukhriz Mahathir satu-satunya muka baru yang bertanding bagi jawatan tersebut.

Sistem baru yang diperkenalkan buat pertama kali, sistem electoral college dilihat sebagai medan demokrasi sebenar Umno.

Melalui bancian yang Sinar Harian Online jalankan di portal kami, sehingga jam 11.30 malam, 41 peratus (%) pembaca memilih Ahmad Zahid, 37% memilih Mukhriz, Hishammuddin  7%, Shafie dan Mohd Ali masing-masing 5% dan Isa 4%.

Namun keputusan sebenar terletak di tangan perwakilan akar umbi di seluruh negara untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi naib presiden kali ini.

Ikuti keputusan pemilihan Umno esok secara langsung dari semasa ke semasa melalui portal Sinar Harian, Facebook dan Twitter.

Terkandas di Bukit Bendera


GEORGETOWN: Seorang pengunjung lelaki berusia 60 tahun dan wanita berusia 28 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas diserang sakit jantung dan sesak nafas apabila kereta api yang dinaiki terkandas hampir dua jam ketika menuruni Bukit Bendera di sini.
Kereta api yang rosak di pertengahan bukit itu menyebabkan 100 pengunjung yang berada didalamnya terkandas.

Berikutan itu, pengunjung dengan bantuan pasukan bomba terpaksa menuruni bukit terbabit menggunakan tangga sejauh hampir Satu kilometer.
Foto

Wanita yang mengalami sesak nafas terbabit, Ismayanti Ismail, 28, dilihat rebah sejurus dia keluar dari keretapi berkenaan.
Suaminya, Masrijohan Kamsudin, 31, turut berada di sisi isterinya sambil mengusap dada wanita itu.

Ismayanti dibawa turun menggunakan pengusung oleh anggota bomba tidak lama selepas itu dan dikejarkan ke HPP untuk rawatan lanjut.

Sunday, 13 October 2013

Perutusan Aiduladha 1434 Presiden PAS

Allah SWT telah mengurniakan kepada umat Islam perayaan ‘Idul Adha untuk diraikan dengan meriah. Disyariatkan agar kita mengorbankan binatang ternakan sebagai mengimbas kisah lagenda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. 


Allah SWT telah mengkhabarkan konsep pengorbanan di dalam Islam dalam Surah al-Taubah ayat 24. Makna pengorbanan yang sebenar adalah dengan mendahulukan kepentingan Allah, Rasulullah dan jihad. Inilah yang difahami oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, mendahulukan arahan wahyu lebih utama dari segalanya. 

Di dalam Surah al-Baqarah ayat 189 hingga ayat 202, Allah SWT telah membahaskan berkenaan topik haji. Pada ayat 195, Allah SWT telah menyelitkan satu ayat yang seolah-olah tiada kaitan secara jelas dengan haji. 

"Infaqlah ke jalan Allah, jangan (disebabkan sifat kedekut) kamu campakkan diri ke lembah kebinasaan" 


Melalui susunan ayat ini, kita dapat memahami kempen yang dijalankan oleh Allah SWT bersempena ‘Idul Adha adalah seruan agar umat Islam membudayakan amalan infaq dengan segala apa yang mereka miliki ke jalan Allah SWT. Seterusnya Allah SWT memberi peringatan bahawa sifat kedekut itu kesannya membinasakan. Dari sifat kedekut manusia akan tamak. Dari tamak manusia akan mementingkan diri. Dari pentingkan diri manusia sanggup merampas hak orang lain. Akhirnya berlakunya kezaliman dan penindasan. Oleh kerana itu Islam mensyariatkan zakat, korban serta sedekah sebagai solusi holistik ke arah pembangunan masyarakat bertamadun untuk mengikis perangai manusia yang mementingkan diri sendiri. 

Ketika Baginda Nabi SAW wuquf di Arafah dalam rangka melaksanakan Haji Selamat Tinggal, Allah SWT telah menurunkan ayat yang tidak pernah diturunkan kepada para Nabi dan Rasul sebelumnya. Ayat yang terakam di dalam Surah al-Maidah ayat 3: 



"Hari ini Aku telah sempurna cara hidup kalian, dan Aku telah cukupkan segala nikmatKu kepada kalian, dan Aku redha dengan Islam sebagai cara hidup anutan kalian" 


Melalui ayat yang turun bersempena hari ‘Arafah, Allah SWT menjalankan kempen agar mengembalikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Cabaran bagi umat Islam zaman ini, hidup dalam arus jahiliah sekular. Ramai yang sudah terhakis keimanan dengan seruan ayat ini. Sedangkan Allah SWT telah mengiktiraf apa yang diamanatkan oleh Rasulullah SAW telah lengkap sempurna. Idea memisahkan Islam dari praktik kehidupan seharian jelas mengingkari kesyumulan Islam. 


Tidak cukup setiap kali menyambut ‘Idul Adha kita hanya bercerita tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, tanpa disusuli dengan perlaksanaan sebagai bukti iman kita. 


Justeru sempena ‘Idul Adha yang bakal kita raikan, saya menyeru tiga seruan Islam yang amat penting untuk kita laksanakan. Pertama dahulukan Allah, Rasulullah dan Jihad lebih dari segalanya. Itulah makna pengorbanan sebenar. Kedua, budayakan amalan infaq yang akan mengikis sifat pentingkan diri. Hasil dari pembudayaan tersebut bakal melahirkan masyarakat yang luhur. Ketiga, giatkan kempen kembali kepada kesyumulan Islam sebagai solusi kepada segala kemelut manusia. Kita tiada pilihan lain melainkan Islam.



ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR,

ALLAHUAKHBAR.

Abu: Namun di Negara kita  Aidul Adha disambut sebagai hari raya kelas kedua. Kenyataan ini boleh diperhatikan melalui pengiktirafan kerajaan Dan majikan terhadap cuti yang diberikan kepada pekerja meskipun majikan Dan pekerjanya majoriti Islam. Lihat sahajalah sekolah... Ibubapa terpaksa  bergegas menghantar anak-anak pulang ke asrama pada Petang  Aidil Adha Kerana cuti yang dibenarkan adalah 1 hari...guru-guru (warden) pula terpaksa bertugas pada hari raya.

Wednesday, 9 October 2013

Pemilihan UMNO, 42 calon tidak layak bertanding di Terengganu



KUALA TERENGGANU 9 Okt. - Jawatankuasa Pemilihan UMNO Terengganu menyenaraikan 42 daripada keseluruhan 1,567 calon di lapan bahagian UMNO di negeri ini tidak layak bertanding peringkat bahagian dan sayap.

Pengerusinya, Datuk Muda Mamat berkata, bahagian Setiu mencatat angka tertinggi iaitu sembilan calon diikuti Kuala Nerus (lapan), Besut (tujuh), Hulu Terengganu (lima), Kuala Terengganu (lima), Kemaman (empat), Dungun (dua) dan Marang (dua).

Katanya sebahagian besar daripada 42 calon yang gagal melayakkan diri bertanding terlibat dengan masalah jaminan pinjaman dan muflis yang tidak disedari calon.

"Kalau sah tidak lepasi saringan Jabatan Insolvensi dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), terlibat berkaitan jenayah, khalwat dan sebagainya, mereka secara automatiknya akan digugurkan daripada bertanding," katanya pada sidang media selepas meninjau persiapan menjelang pemilihan UMNO.

Pemilihan bagi tiga sayap parti diadakan serentak di seluruh negara Sabtu ini, manakala pemilihan peringkat bahagian dan majlis tertinggi 19 Oktober ini. - BERNAMA

Thursday, 3 October 2013

Keracunan Makanan Menular Ke Ipoh, Calon PMR Duduki Peperiksaan di hospital


IPOH - Seramai 25 pelajar Sekolah Menengah Sains Tapah yang mengalami keracunan makanan terpaksa menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Hospital Tapah hari ini.
Anggota Dewan Undangan Negeri Chenderiang, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, mereka terpaksa menjawab kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Geografi di hospital sehingga dibenarkan keluar pada pukul 5 petang tadi.
Beliau berkata, kesemua mereka merupakan antara 66 pelajar yang dihantar ke hospital pada pukul 9 pagi tadi selepas mengalami simptom keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada ayam masak kurma yang tercemar.
"Sejak malam tadi selepas menikmati makan malam di dewan asrama pada pukul 6 petang, pelajar mengadu sakit perut, pening kepala dan muntah- muntah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Hang Soon berkata, daripada jumlah itu, dua pelajar masing-masing dari Tingkatan Lima dan Dua dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut dan kini mereka dilaporkan stabil.
"Pelajar perempuan yang dimasukkan ke wad mengalami cirit-birit dan muntah sejak pukul 10 malam tadi, manakala seorang lagi pelajar lelaki mengalami sakit perut dan cirit-birit,” -Bernama.

Wednesday, 2 October 2013

Selepas Keracunan Makanan Terhidu Gas Beracun Pula


ALOR SETAR - Sebanyak 27 murid dan seorang guru Sekolah Kebangsaan Batu 4, Jalan Jeniang, Gurun dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan Hospital Yan kerana terhidu gas beracun hari ini.
Kejadian kira-kira 6 petang itu dipercayai berpunca daripada racun perosak serangga yang disembur pekerja sebuah ladang berhampiran sekolah itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, berdasarkan makluman awal daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, kejadian berlaku ketika kebanyakan murid berada di sekolah bagi sesi petang.
Beliau berkata, kejadian disedari selepas beberapa murid mengadu pening kepala dan muntah-muntah.
"Mangsa dihantar ke klinik kesihatan berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Yan. Namun, disebabkan hospital itu masih mempunyai ramai pesakit yang dirawat akibat keracunan makanan tempoh hari, murid terlibat kemudian dihantar ke HSAH malam ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tajul Urus berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan manakala mereka yang dirujuk ke hospital kini berada dalam keadaan stabil.
Beliau meminta murid atau penduduk sekitar kawasan sekolah yang mengalami simptom seperti terhidu gas agar segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. - Bernama

Tuesday, 1 October 2013

Seorang Lagi Mangsa Keracunan Makanan Meninggal Dunia


SUNGAI PETANI - Seorang lagi mangsa keracunan disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani menjadikan mangsa keempat meninggal dunia akibat kejadian itu.

Mangsa, seorang nelayan, Wan Razali Wan Yaacob, 56, dari Kampung Banggol, Belau, Merbok dikatakan mula berasa sakit pada jam 4 pagi Ahad lalu selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah kawannya jam 6 petang hari sebelumnya.
Adik mangsa, Roslinda Ibrahim, 35, berkata, pada mulanya keluarga menjangkakan ia hanya sakit perut biasa dan tidak menyangka akan membawa mudarat.

“Abang dibawa ke hospital jam 4 petang Ahad setelah mendapati keadaannya yang agak serius, ketika itu kami belum tahu dia sakit akibat dari makanan itu kerana belum ramai yang dikesan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya,  keadaan mangsa semakin teruk apabila dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

“Ketika itu doktor mengesahkan organ dalaman termasuk buah pinggang, hati dan paru-paru sudah mengalami kesan akibat jangkitan bakteria yang merebak dengan cepat,” katanya.

Menurutnya, selepas itu, keluarga dimaklumkan doktor bahawa keadaan jantung mangsa semakin lemah dan tekanan darah pula tidak stabil sehinggalah Wan Razali disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi.

Roslinda berkata, abangnya turut mempunyai majlis kenduri di lokasi lain pada hari kejadian menyebabkan dia agak terlewat ke rumah kawannya itu di Kampung Huma pada lewat petang.

Ayam Masak Merah Dikatakan Punca Keracunan

Alor Setar: Hidangan ayam masak merah dipercayai menjadi punca tiga tetamu termasuk seorang budak lelaki meninggal dunia apabila mengalami keracunan makanan selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Sabtu lalu.
Mangsa dikenali Mohd Nor Rahmat Yusuf, 11, dari Kampung Singkir Laut, Sungai Petani, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Bahasa Arab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Gombak Nurshazana Mohd Rashid, 24 dan seorang warga emas dari Kampung Huma, tanjung Dawai, Sungai dikenali sebagai Ibrahim Mohamad, 62.

Setakat ini, dua lagi lelaki termasuk seorang kanak-kanak dipercayai turut mengalami keracunan makanan dan dilaporkan berada dalam kritikal di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
Sehingga jam 8 malam tadi, 35 orang masih menerima rawatan di HSAH; 30 orang lagi dirawat di Hospital Yan; seorang lelaki berusia 21 tahun dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, manakala empat orang dilaporkan menerima rawatan sebagai pesakit luar di HSB.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata, tiga mangsa berkenaan meninggal dunia apabila dipercayai mengalami keracunan makanan selepas menikmati makanan di majlis kenduri kahwin yang dilakukan secara bergotong-royong itu.

Menurutnya, semua mangsa yang meninggal dunia dikesan mengalami simptom muntah dan cirit birit hingga menyebabkan berlaku dehidrasi serius, bagaimanapun pihaknya sedang mengenal pasti punca sebenar yang berlaku untuk tindakan selanjutnya.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung


widgeo.net

Search This Blog

FB

There was an error in this gadget

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR