Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday 30 December 2013

"Himpunan Guling Kerajaan" Bebal dan Bodoh


 
 KUALA LUMPUR:Menuding suara rakyat membantah kenaikan kos sara hidup dengan tuduhan mahu menggulingkan kerajaan adalah dangkal dan tidak menghormati sentimen rakyat yang terpaksa menanggung bebanan keperluan harian yang semakin berat, bidas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim),  Mohd Azmi Abdul Hamid.
Menurut beliau, tuntutan rakyat supaya kerajaan mengawal dan menurunkan kos hidup yang semakin meningkat menerusi perhimpunan 31 Disember ini adalah wajar.
 “Perhimpunan yang bertujuan supaya suara rakyat untuk menuntut  pihak kerajaan mengambil langkah mengatasi isu kenaikan kos hidup yang meningkat   tidak harus dipandang serong.

“Kami mengingatkan bahawa jika kerajaan terus menerus dengan sindrom menafi berlakunya kenaikan kos , dan kerajaan mendakwa  bahawa kini kos sara hidup adalah manasabah dan meningkatnya kos tidak dapat dielakkan , maka rakyat pasti akan melihat kerajaan ini tidak bertanggungjawab,” tegas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Mohd Azmi berkata,  jurang kaya miskin di negara ini masih ketara dan wujud kelompok berpendapatan tinggi di negara ini yang hidup mewah termasuk di kalangan pemimpin dan ahli keluarga pemimpin.

Beliau mempersoalkan kewajaran rakyat untuk berdiam diri apabila wujud kepincangan dalam pengurusan kewangan negara sedangkan para pemimpin dan keluarga mereka terus menonjolkan kemewahan dan tidak prihatin terhadap kenaikan sara hidup yang  ditanggung rakyat bawahan.

“Tidak dapat dinafikan dengan kadar kenaikan sara hidup yang mendadak , keresahan rakyat akan beransur-ansur memuncak dan akhirnya keadaan tidak boleh terkawal lagi.

“Keresahan ini bukan suatu yang dibuat-buat , apatah lagi tidak boleh dengan mudah dituduh perhimpunan yang digembleng bertujuan untuk menggulingkan kerajaan,” jelas beliau.

Beliau menyifatkan dakwaan kononnya perhimpunan Turun pada 31 Disember ini bertujuan menggulingkan kerajaan adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab , malah menjadi petanda wujudnya sindrom nafi (denial syndrome)  di kalangan pemimpin negara.
“Kesempitan hidup kini dirasai oleh semua peringkat rakyat terutama di kalangan golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang merupakan lebih 80 % dari keseluruhan penduduk di negara ini.

“Kesan berganda dan berangkai terhadap kos sara hidup pasti tidak dapat dielakkan bila kos pengangkutan naik serentak dengan kenaikan harga minyak mahupun tol lebuhraya,” tegas beliau.

Jika benar pemimpin kerajaan mengutamakan rakyat seperti yang sering didakwa , beliau menggesa supaya isu kos hidup ini ditangani segera.
“Langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan ialah menangani isu-isu utama ini dan menghormati suara rakyat yang mahu menyatakan kerasahan mereka melalui perhimpunan aman,” katanya.

Saturday 28 December 2013

Pemuda PAS kerah anak muda sertai himpunan Turun

KUALA LUMPUR:Dec 29, 2013- Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan mobilisasi anak muda supaya menyertai himpunan Turun pada malam 31 Disember ini bagi membantah kenaikan harga barangan.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat menegaskan Pemuda PAS tidak berhasrat menggulingkan sesiapa melalui himpunan ini kerana masih percaya dengan sistem pilihanraya untuk menurunkan pemerintah.

Sebaliknya, penyertaan rakyat dalam himpunan itu nanti sebagai menyatakan hasrat dan perasaan resah dengan kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup.

Perhimpunan itu juga katanya merupakan hak demokrasi rakyat untuk berkumpul sebagai tanda solidariti terhadap lebih kurang 27juta rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya bakal menerima kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yang amat mendadak ini.

"Saya akan turut sama di Dataran dan seluruh pemuda PAS peringkat negeri akan berperanan untuk membangkitkan kesedaran dan menggembeling  tenaga rakyat agar turut serta malam 31 Disember 2013 nanti.

"Ini bukan himpunan menggulingkan kerajaan tetapi himpunan ini adalah hak demokrasi mengikut lunas-lunas perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan.

Himpunan turun sempenan malam menyambut tahun baru otu dianjurkan NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) bagi membantah kenaikan harga beberapa barangan yang diumumkan kerajaan BN yang sekaligus akan menyebabkan peningkatan kos hidup.- HARAKAHDAILY.

Kerana Pengorbanan Mendiang Letchumee

Kerana pengorbanan Letchumee, kata PAS
 
Anggota keluarga kepada seorang penyokong PAS beragama Hindu memilih membalut keranda seorang saudara mereka dengan bendera parti Islam itu kerana perjuangan dan pengorbanannya mendiang.

Malah, Letchumee Mutusamy meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk membuka akaun bank untuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kawasannya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua DHPP Kota Raja Rashmanan Subramaniam kepada Malaysiakini semalam.

Menurutnya, Letchumee, meninggal dunia apabila motosikal yang digunakannya berlanggar dengan sebuah lori treler ketika dalam perjalanan ke sebuah bank di bandar Klang.

Rashmanan berkata, Letchumee yang meninggal dalam usia 56 tahun itu bergiat aktif bersama PAS, terutamanya dalam isu membela nasib wanita dan keluarga, walaupun berlainan agama.

"Sebagai ketua DHPP Kota Raja, pemergiannya buat saya rasa kehilangan orang kanan, beliau seorang yang mempunyai personaliti kepimpinan, termasuk dalam pilihan raya umum ke-13.

"Sebab itu kita sepakat balut keranda dengan bendera PAS," kata Rashmanan.

Menurutnya lagi, mendiang selalu mengadakan program bersama Anggota Parlimen Kota Raja Mariah Mahmud dan terlibat sambutan kaum India dengan masyarakat setempat seperti pesta Ponggal.

Dr Mariah: Kami macam adik beradik
Sementara itu, Dr Mariah (bawah) berkata, pemergian mendiang dirasakan suatu kehilangan memandangkan keakraban hubungan mereka.

dr mariah mahmud pas kota raja call for prayer azan khir toyo comments police report 110908 02Justeru, beliau yang hadir pada hari pengebumian memaklumkan kepada Malaysiakini, permintaan keluarga mendiang untuk menggunakan bendera PAS untuk membalut keranda dipersetujui sebagai tanda penghormatan terakhir.

"Pada hari pengebumian itu, keluarga mendiang memohon untuk menggunakan bendera PAS, takkan kita nak kata tak boleh, kita semua sepakat membenarkan.

"Bagi saya ini satu penghormatan buat beliau dan penghormatan bagi PAS. Lagipun dia penyokong kuat PAS, dia rasa dekat dengan parti. Kita dan macam adik beradik kemesraan itu dah lama wujud.

"Ia sama seperti penghormatan terakhir diterima tentera pada hari pengebumian," kata Dr Mariah.

Jawab sindiran di Internet


Bagaimanapun, terdapat persepsi negatif yang dilontarkan pembaca di alam maya berhubung perkara itu dan mengaitkannya dengan isu agama dan politik.

Ada sebahagiannya yang menyindir langkah itu, antaranya komen seorang pemilik Facebook:
"Kalau balut (guna) bendera PAS dapat syurga ke?

Dr Mariah bagaimanapun menjelaskan, langkah itu tidak menyentuh isu akidah sebaliknya sebagai tanda penghormatan terakhir untuk mendiang.

"Ia juga tiada kena mengena dengan akidah," kata pemimpin Muslimat PAS itu.

"Saya hargai perjuangan beliau dan keluarga selama ini walaupun dia tahu kita parti PAS perjuangkan Islam tapi atas kemahuan mereka nak menunjukkan rasa bangga menjadi sebahagian daripada PAS maka mereka letak (kedudukan) atas sekali bendera PAS."

Turunkan Harga Barang Satu Kesalahan Besar!

Amaran polis: Mudarat demokrasi berparlimen, penjara 20 tahun


Pihak polis hari ini memberi amaran supaya orang ramai tidak menyertai perhimpunan 'haram' pada 31 Disember ini atau bersedia menghadapi tindakan undang-undang.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mereka tidak akan teragak-agak bertindak bawah Seksyen 124(B) dan Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan.

Seksyen itu berkaitan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun.

NONEAmar (kiri) bagaimanapun berkata, polis tidak bercadang melakukan tangkapan awal tetapi pihaknya akan sentiasa memantau pergerakan pihak terbabit pada hari itu.

Mengulas kenyataan pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) Azan Safar yang menegaskan kumpulannya tidak bercadang menggulingkan kerajaan, Amar menegaskan bahawa himpunan itu tetap salah di sisi undang-undang.

"Sebarang penganjur yang hendak anjur sebarang aktiviti hendaklah bagi notis sepuluh hari sebelum perhimpunan," katanya.

TURUN merupakan penganjur utama perhimpunan membantah kenaikan harga barangan dan kos sara hidup, yang dianggap polis bertujuan menggulingkan kerajaan.

Bagaimanapun kata Amar, polis memberi jaminan yang orang ramai tidak perlu risau dengan kumpulan berkenaan dan sambutan ambang tahun baru akan berjalan tanpa masalah.

"Pada malam 31 (Disember) memang selamat untuk orang awam buat apa mereka mahu (untuk sambut tahun baru)," katanya.

 ABU: Rasa Nak Terajang Sekor-sekor Puak Bengong  Tu....

Friday 27 December 2013

Tuntutan COMANGO Sentuh Sensitiviti Umat Islam


Friday, October 25, 2013   


Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.


The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) yang terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu-isu hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia dan telah menyerahkannya kepada PBB bagi tujuan penelitian. Sesi kajian dan penelitian ini akan berlangsung hari ini (24 Oktober 2013) di Human Rights Council, Geneva, Switzerland.


Terdapat beberapa tuntutan dan desakan daripada COMANGO yang menimbulkan kontroversi sepertimana yang dilaporkan dalam laporan tersebut. Berikut ialah tuntutan-tuntutan tersebut;

Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.

Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.

Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

Kritikan kami:
  1. COMANGO tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara.
  2. COMANGO telah meletakkan Malaysia termasuk institusi agama Islam di bawah pantauan PBB.
  3. COMANGO mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan ummat Islam apabila mereka mendesak supaya membenarkan amalan hidup songsang seperti LGBT.
Justeru itu kami DPPM tegaskan supaya Kerajaan jangan tunduk kepada desakan sedemikian. Pada sessi sidang yang lepas, YB Ust. Nik Mohamad Abduh telah memberi penegasan serupa dalam ucapan beliau di Parlimen Malaysia agar Kerajaan Malaysia tidak tunduk kepada desakan pihak COMANGO ini.

Nasrudin bin Hassan

Kenyataan di Bangunan Parlimen Malaysia

Agaknya Yang Mengkafirkan Golongan Syiah di Malaysia Adalah Syiah Juga....


Jangan mengkafirkan orang

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
27 Disember 2013

ANTARA ciri wasatiyyah (tidak melampau dan tidak cuai) Ahlus Sunnah wal Jamaah ialah sikap berhati-hati dalam menghukum pihak lain dengan tuduhan kufur, laknat ataupun neraka.

Mereka sedaya upaya mencari keuzuran bagi pihak yang hendak dikenakan tuduhan sedemikian. Ini kerana perkara yang nampak pada zahir, mungkin tidak sama pada hakikatnya.

Menilai Hakikat

Nabi SAW mengajar kita berhati-hati dalam menuduh orang lain sebagai kafir ataupun musuh ALLAH sewenang-wenangnya. Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh ALLAH’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bahkan dalam hadis, Nabi SAW melarang melaknat seorang sahabat yang meminum arak kerana walaupun pada zahirnya dia berdosa dan minum arak adalah perbuatan yang dilaknat.

Namun setiap orang mempunyai keadaan yang berbeza. Kejahatan dosa peribadi seseorang tidak semestinya dia sama sekali tidak mempunyai nilai baik yang lain. Mungkin dia lemah pada satu nilai, tapi ada kebaikan lain yang tidak melayakkan dia dilaknat.

Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah SAW mengajar kita hakikat ini: “Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (keldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah SAW ketawa.

Juga pernah Nabi SAW menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka Baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya ALLAH! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi SAW pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi ALLAH apa yang aku tahu dia mencintai ALLAH dan RasulNya”.

Kekufuran

Kemudian, bagi mereka yang membuat kesalahan yang bawa kepada kekufuran atau dosa besar mungkin tidak sampai kepada mereka ajaran yang sebenar dengan penghujahan yang cukup. Jangan kita sibuk menerakakan orang sedang ALLAH menyebut: (maksudnya) “Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” (Surah al-Israk: 15)

Hujjatul Islam Al-Imam al-Ghazali (w. 505H) dalam Faisal al-Tafriqah bain al-Islam wa al-Zandaqah menyebut tentang mereka yang diselamatkan dengan rahmat ALLAH dari hukuman azab neraka, antaranya beliau menyebut: “Aku katakan bahawa kebanyakan Kristian Rom dan Turki pada zaman ini termasuk dalam rahmat ini –dengan izin ALLAH- iaitu mereka yang berada di penghujung Rom dan Turki yang tidak sampai dakwah. Mereka itu tiga golongan; (golongan pertama) mereka yang tidak sampai kepada mereka nama Muhammad sama sekali. Mereka itu dimaafkan. (golongan kedua) mereka yang sampai kepada mereka nama Muhammad, sifatnya dan segala mukjizat (bukti) yang nyata. Mereka ini berjiran dengan negara Islam dan bergaul dengan kaum Muslimin. Mereka ini kuffar yang nyata. (golongan ketiga) mereka ini antara dua keadaan. Sampai kepada mereka nama Muhammad SAW tetapi tidak sampai ciri dan sifatnya.

Mereka sejak awal mendengar bahawa seorang pendusta yang mengelirukan bernama Muhammad mendakwa menjadi nabi…mereka ini pada pendapatku sama seperti golongan pertama.
Mereka ini sekalipun mendengar nama Muhammad tetapi mereka juga mendengar apa yang bercanggahan dengan sifatnya. Ini tidak menggerakkan mereka untuk mencari kebenaran..” Kenyataan al-Imam Ghazali ini sekalipun beliau bercakap pada zamannya tetapi memberi gambaran sesiapa sahaja yang tidak sampai hujah yang nyata tentang Islam sekali mengetahui nama Islam, tidak termasuk dalam golongan kafir yang layak dihukum neraka. Apatah lagi di zaman kita ini, di mana wajah Islam yang sebenar sering dikelirukan dan orang Muslim juga sering bertindak mengelirukan orang lain tentang Islam yang sebenar. Tuhan Maha rahmat kepada sekelian hambaNya.

Hujah

Mungkin penjelasan mengenai Islam dengan satu pendekatan yang pada zaman dahulu memadai, pada zaman ini sudah tidak memadai lagi. Mungkin memadai untuk segolongan manusia tetapi tidak bagi golongan yang lain. Maka, ALLAH Maha Mengetahui keadaan hamba-hambaNya.

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karyanya Tariq al-Hijratain menyebut: “Sesungguhnya azab itu layak diterima kerana dua sebab; pertama, tidak mahu mendengar hujah serta enggan menerima dan beramal dengan tuntutannya. Kedua, berkeras setelah ditegakkan hujah dan meninggalkan tanggungjawab berkaitan. Maka jenis yang pertama; kufur berpaling (enggan mendengar) dan yang kedua; kufur keras kepala. Adapun kufur kerana jahil tanpa ditegakkan hujah dan tanpa kemampuan untuk mengenali hujah, jenis inilah yang ALLAH tidak akan azab sehingga tertegaknya hujah rasul”. Seterus Ibn Qayyim menyebut lagi: “Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza  dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain”  (m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanabi)

Ilmuwan

Sementara bagi golongan ilmuwan pula kadang-kala berlaku perbezaan pendapat antara mereka sehingga dalam masalah akidah sekalipun. Kita tidak boleh sewenang-wenang menghukum murtad dan kufur atas ijtihad mereka yang berasaskan hujah mereka yang bertujuan mencari kebenaran yang demikian Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) dalam karyanya Daru Ta’arud al-‘Aql wa al-Naql ketika menjawab golongan ulama yang berbeza pendapat dan aliran fikir dengannya, namun beliau tetap memberikan keuzuran untuk mereka dengan penuh kesantunan, katanya: “Kemudian, bahawa tiada seorang pun dalam kalangan mereka kecuali mempunyai sumbangan yang berharga, kebaikan yang dipuji juga usaha menjawab ramai golongan mulhid dan bidaah serta membela ramai Ahlus Sunnah. Ini adalah jelas untuk sesiapa yang tahu hal keadaan mereka, berbicara mengenai mereka dengan ilmu, benar, adil dan insaf. Ini (penilaian sebegitu) bukan khusus untuk mereka sahaja bahkan hal seperti ini berlaku kepada beberapa golongan dalam kalangan ahli ilmuwan dan agamawan. ALLAH itu menerima kebaikan dari semua hambaNya yang beriman, Dia memaafkan kesalahan-kesalahan. Ini seperti doa dalam firmanNya: “Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam jantung hati kami perasaan hasad dendam terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha melimpah belas kasihan dan Maha Penyayang”. (Surah al-Hasyr, 10).

Sambung beliau lagi: “Tiada syak lagi sesiapa yang mencari kebenaran dan agama dari jalan Rasul SAW. kemudian tersilap dalam beberapa perkara maka ALLAH mengampuni kesalahannya sebagai penunaian kepada doa yang ALLAH sahut untuk NabiNya dan mereka yang beriman tatkala mereka menyebut: (maksudnya) “Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersilap (khata`) ”. (Surah al-Baqarah: 286)

Ahbash

Demikian kesantunan ilmu yang berlapang dalam perbezaan pendapat. Hal ini perlu ditegaskan di Malaysia terutama sejak kemunculan golongan Ahbash dan pengikut Hasan Saqqaf yang sering mengkafirkan sesiapa yang berbeza pendapat dengan mereka. Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut: “Semenjak beberapa tahun yang lalu aku  ada mendengar tentang satu jemaah yang zahir di Lebanon, ia menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pandapat yang pelik, menyeleweng dan pandangan-pandangan yang berbahaya dalam persoalan aqidah, fikah dan akhlak…dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dalam kalangan umat Islam hari ini atau yang terdahulu.

Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Demikian juga mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-’Allamah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya… Golongan Ahbash yang pelampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abu al-Hasan al-’Asy’ariy segi aqidah, mazhab al-Imam al-Syafi’i segi fikah, dan mengikut Tarikat al-Rifa’iyyah dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari manhaj kesemua para imam itu sama ada dalam pemikiran, adab dan akhlak.. Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lebanon, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah (Ethopia) berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belahkan kesatuan umat Islam, mengucar-ngacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Dr Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Muasarah 3/685-686, Dar al-Qalam).

Umat Islam di Malaysia hendaklah kekal dengan mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah yang mengamalkan pendekatan yang sederhana dan penuh kesantunan serta insaf dalam menilai pihak yang lain.

Anak Bekas Pemimpin PAS dituduh palsu dokumen berjumlah RM228,700


Anak lelaki kepada seorang ahli politik veteran bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Ahad atas lapan tuduhan memalsukan dokumen membabitkan RM228,700, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Hamdy Mohd Nakhaie, 34, yang juga Pengurus Jualan Syarikat Government Integrated Network, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik tuduhan dibacakan.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain kemudian menetapkan 27 Januari depan untuk sebutan kes.-bnbbc.my.
Hamdy Mohd Nakhaie hadapi lapan tuduhan palsukan dokumen bernilai RM228,700.-foto BH


Pengurus dituduh menipu RM228,700


Seorang anak kepada ahli politik Umno, yang juga seorang pengurus jualan anak syarikat Telekom Malaysia (TM) Berhad didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan memalsukan dokumen untuk menipu seorang pembekal dengan jumlah RM228,700.

Hamdy Mohd Nakhaie, 34, melalui syarikatnya Government Integrated Telecommunications Network (GITN) Sdn Bhd, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan memalsukan lapan invois menggunakan satu lagi nama syarikat untuk menipu seorang pengarah syarikat peralatan rangkaian, Abdul Razak Mohd Noor.

Hamdy adalah anak kepada Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, yang pernah menjadi Naib Presiden PAS sebelum menyertai Umno pada tahun 1989.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan menyalahgunakan nama syarikat daripada HMN Global Enterprise dalam invois bertarikh antara Disember 2010 dan Februari 2012.

Kesalahan bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan diikat jamin dengan jumlah RM25,000 dengan seorang penjamin.

Kes tertuduh akan disebut semula pada 27 Januari tahun depan.

Dalam satu lagi kes, seorang lagi pengurus GITN dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam petang ini atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM260,000.

Difahamkan bahawa dalam kes tersebut, tertuduh didakwa membantu syarikat Numix untuk mendapatkan kontrak pemasangan kemudahan rangkaian dari TM.

Mohd Nakhaie yang turut hadir di mahkamah bagi menyediakan penjamin bagi Hamdy.

Sebelum itu, Hamdy melalui peguamnya Shamsul Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa beliau enggan merekodkan pengakuan selepas mendengar pertuduhan dibacakan kerana ingin melihat salinan invois dari pihak pendakwaan.

Shamsul mendakwa tuduhan tersebut tidak adil kepada anak guamnya kerana daripada invois dan tarikh kesalahan tersebut tidak mengandungi sebarang maklumat palsu sebagaimana yang didakwa.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Firdaus Abu Hanipah pula menjelaskan bahawa Seksyen 152 Kanun Prosedur Jenayah menetapkan bahawa sebarang bukti pemalsuan hanya akan dibuktikan semasa perbicaraan bukan di peringkat pertuduhan pertama.

Mohd Firdaus berdasarkan fakta berkata semua maklumat invois adalah palsu.

Maka dengan itu, Hamdy akan dijelaskan ketika perbicaraan nanti. 

Penyampai Radio Popular, Linda Onn Selamat diijabkabulkan


KUALA LUMPUR 27 Dis. - Penyampai radio popular, Linda Onn atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36, hari ini selamat diijab kabulkan dengan Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 40-an.

Majlis pernikahan tersebut diadakan selepas solat Asar di kediaman Linda di Setiahills, Bukit Indah, Ampang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.

Monday 23 December 2013

TV3 diarah bayar RM320,000

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Mahkamah Tinggi, di sini memerintahkan Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) membayar ganti rugi RM320,000 kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Nurul dan suaminya, berhubung tuntutan menyiarkan gambaran visual bersifat fitnah dalam rancangan Melodi, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu hari ini dengan kehadiran peguam David Dev Peter yang mewakili pasangan Nurul atau nama sebenarnya, Nurullah Zawawi, 31, dan Mohd. Munzil Muhamad, 30, manakala TV3 diwakili dua peguam, R. Divya Nair dan Wee Jason.

Turut hadir di galeri awam untuk mendengar keputusan itu adalah Mohd. Munzil dan keluarganya namun Nurul tidak kelihatan.

Dalam penghakiman Hakim Nor Bee menetapkan RM250,000 sebagai ganti rugi manakala selebihnya sebagai kos perundangan.

Pasangan itu selaku pihak plaintif memfailkan pernyataan tuntutan pada 5 September 2011 dengan mendakwa saluran televisyen itu antara pukul 12.30 tengah hari dan 1.30 petang, 26 Jun tahun sama menyiarkan fitnah mengenai status perkahwinan serta hal ehwal peribadi mereka melalui rancangan Melodi.

Selain TV3, mereka menamakan penerbit Melodi Azman Abd. Ghafar, wartawan hiburan, Michelle Wee Lili, syarikat ALT Media Sdn. Bhd. dan abang kandung Nurul, Bustamam Zawawi sebagai defendan pertama hingga ketujuh.

Nurul dan Mohd. Munzil menyatakan, gambaran visual yang disiarkan membawa maksud antaranya, perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang dan agama selain menipu ibu bapa serta keluarga dan jahil dalam soal agama.

Hakim Noor Bee membuat keputusan setelah mengupas semua insiden yang berlaku dalam kes saman itu selain mendapati pembelaan pihak defendan tidak dapat dibuktikan.

Tambahan pula menurut beliau, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat telah mengesahkan pernikahan mereka mengikut hukum syarak.

Selain itu, ujar Hakim Noor Bee, Nurul telah cuba mendekati bapa kandungnya tetapi usaha itu tidak berjaya.

Dalam saman tersebut, pasangan itu menyatakan akibat penyiaran visual oleh pihak defendan, reputasi mereka telah dianggap sebagai rendah.

Sehubungan itu pasangan terbabit menuntut ganti rugi teruk, ganti teladan selain injunksi agar tidak mengulangi fitnah tersebut.

Mohd. Munzil sebelum ini seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti luar negara.

Beliau juga sebelum itu pernah bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara.-Utusan.

Petisyen Pilihan Raya 13 - Parlimen Kuala Selangor, Sungai Besar kekal milik BN

PUTRAJAYA 23 Dis. - Dua kawasan Parlimen di Selangor iaitu Sungai Besar dan Kuala Selangor kekal milik Barisan Nasional (BN) selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan petisyen pilihan raya yang dikemukakan oleh dua pengundi di kawasan tersebut.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak rayuan Mat Ismail Nasir (Sungai Besar) dan Mohammad Rashid Muhammad Kasim (Kuala Selangor).

Mahkamah dengan itu mengekalkan kemenangan kedua-dua calon BN iaitu Datuk Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan Datuk Irmohizam Ibrahim (Kuala Selangor).

Kuorum berkenaan berpendapat, tiada alasan bagi mahkamah mengganggu keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan petisyen pilihan raya yang dikemukakan oleh kedua-dua pengundi tersebut.

Keputusan itu turut dicapai oleh Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Seri Abu Samah Nordin.

Thursday 19 December 2013

Cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikurangkan


KUALA LUMPUR - Cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikurangkan antara satu hingga empat peratus mengikut jenis premis berkuat kuasa 1 Januari ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata, kadar peratusan cukai hartanah perdagangan dikurangkan daripada 12 peratus kepada 10 peratus, pangsapuri servis daripada 10 peratus kepada tujuh peratus, kediaman daripada enam peratus kepada empat peratus dan rumah pangsa kos rendah daripada enam peratus kepada dua peratus.
"Cukai taksiran bagi tanah kosong perdagangan dikurangkan daripada 10 peratus kepada tujuh peratus dan tanah kosong kediaman daripada tujuh peratus kepada lima peratus.
"Bagi Kampung Baru, Kampung Sungai Pencala dan Kampung Melayu Segambut Dalam, kadar peratusan cukai diturunkan daripada dua peratus kepada satu peratus manakala bagi lain-lain kampung, bangunan dan tanah kosong adalah antara satu peratus dan dua peratus,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat DBKL di sini, hari ini.
Justeru, katanya jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar oleh pemilik rumah kos rendah dan kos sederhana adalah pada paras paling minimum. - Bernama

Monday 16 December 2013

Tol Naik: 50 sen hingga RM 2 Jer....


Tol naik antara 50sen hingga RM2 bulan depan
1:05PM Dis 17 2013
Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.

Bagaimanapun, New Straits Times memetik Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof sebagai berkata, jumlah sebenar kenaikan tol masih belum diputuskan.

Lebuh raya terbabit: Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sprint, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Maju (Mex), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Smart dan Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (Silk).

Fadilah berkata, menurut perjanjian konsesi lebuh raya, syarikat konsesi boleh menyelaras semula kadar tol setiap tiga tahun.

Bagaimanapun, katanya, syarikat konsesi tidak melakukannya dalam tempoh enam tahun terakhir. Justeru, tambahnya, peningkatannya akan dibuat dua kali ganda,

"Kerajaan membelanjakan RM400 juta pampasan jika tidak membenarkan penyelarasan," beliau dipetik sebagai berkata kepadaSin Chew Daily.- MK.

Sunday 15 December 2013

Terbukti Yang Menuduh, Yang Kena Tuduh dan Yang "di antaranya" Adalah Syiah


Polemik Syiah nampaknya tidak berkesudahan, bermula dan memuncak sejak awal 80-an kemudiannya pasang surut dan kini memuncak semula. Impak yang timbul memberi kelebihan dan memberi kredit percuma pula kepada gerakan Syiah dan supaya masyarakat membuka mata sesungguhnya pihak berkuasa tidak berupaya membendung gerakan tersebut.Kemeriahan dan kerancakan isu sedikit sebanyak menggusarkankan dan menghakis keharmonian pakatan pembangkang terutama penyokong PAS begitu juga berupaya memadamkan kehangatan isu dan perbahasan kenaikan harga barangan dan beberapa caj perkhidmatan di negara kita.

Syiah (1)

PUTRAJAYA : Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Duta Iran ke Malaysia, Jalal Firouznia pada Julai lalu.

Turut hadir mengiringi Jalal ialah Utusan Khas Kementerian Luar Iran, Syed Rasoul Muhajar.

Zahid dalam sidang media selepas pertemuan itu berkata mereka membincangkan beberapa perkara termasuk kebajikan warga Iran yang ditahan di penjara di Malaysia dan jemputan rasmi kepada Najib Razak menghadiri upacara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Hassan Rouhani di Parlimen Iran.

“Delegasi Iran ini juga membincangkan mengenai kebajikan para pelajarnya di Malaysia yang berjumlah 17,000 termasuk anggota keluarga mereka yang turut menetap di Malaysia untuk menemani mereka yang berjumlah sekitar 38,000 orang,” katanya.

Syiah (2)

Zamihan pembohong!

KEPADA YANG BERTANYA SAYA TENTANG BUKU DI ATAS...

DENGAN NAMA ALLAH SWT SAYA BERSUMPAH

WALLAHI WABILLAHI WATALLAHI, KENYATAAN ZAMIHAN BIN MAT ZIN DALAM BUKU DI ATAS TENTANG SAYA 'MENYUSUP MASUK' KE DALAM MESYUARAT MAJLIS KESELAMATAN NEGARA PADA JULAI 2011 DAN BAHAWA SAYA TELAH MENDEDAHKAN MAKLUMAT MESYUARAT ITU KEPADA PIHAK MEDIA (HALAMAN 145), ADALAH SATU FITNAH DAN PEMBOHONGAN. MESYUARAT TERSEBUT SAYA HADIRI ATAS ARAHAN KETUA JABATAN SEBAGAI PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB BERKENAAN ISU-ISU SEMASA AQIDAH (DOKUMEN ARAHAN TERDAPAT DALAM FAIL SAYA DAN JABATAN). 

SAYA MENCABAR PEMBOHONG SEPERTI ZAMIHAN UNTUK MENGEMUKAKAN BUKTI DAN MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP TUDUHAN TERSEBUT KERANA IA MEMBABITKAN RAHSIA KERAJAAN YANG TIDAK BOLEH DIBUAT TUDUHAN SECARA MEMBABI BUTA. INGAT! DUIT YANG DIMAKAN MELALUI PENJUALAN BUKU TERSEBUT ADALAH SYUBHAH! 

SAYA HAIRAN KERANA ZAMIHAN BERSIKAP PENGECUT KERANA TIDAK PERNAH BERSEMUKA DENGAN SAYA UNTUK BERBINCANG APA-APA ISU BERKENAAN TUDUHANNYA DALAM BUKU TERSEBUT.
SETAKAT INI SAYA TIDAK BEGITU TERINGIN UNTUK MELAYAN TUDUHAN-TUDUHAN 'SAKIT HATI' ZAMIHAN DAN SEGALA-GALANYA DISERAHKAN KEPADA KETUA JABATAN KERANA IA MEMBABITKAN JABATAN DAN KEDUDUKAN SAYA SEBAGAI PEGAWAI AWAM.


Berkenaan tuduhan Zamihan dalam blognya bahawa saya telah menuduhnya sebagai Syiah juga tidak berasas. Saya pegawai yang bertanggungjawab terhadap isu-isu aqidah termasuk isu Syiah, saya telah bersemuka dan menegur Zamihan supaya mengeluarkan artikel berbau Syiah tulisan wartawan Utusan bertajuk asal 'Cinta Asyura dan Karbala' yg ditukar tajuk oleh Zamihan kpd 'Cinta Agama dan Ahli Bayt'. Zamihan pada mulanya mengatakan bahawa blognya ada masalah teknikal sehingga artikel tersebut tak dapat dibuang. Tetapi keesokan harinya Zamihan menulis dalam ruangan komen mengatakan bahawa hanya Wahabi yang menolak artikel tersebut.

Soalnya, adakah Zamihan tidak mengenali ciri-ciri dan kecenderungan Syiah yang jelas terdapat dalam kandungan artikel tersebut? Isu ini tiada kena mengena dengan Wahabi atau tidak. Para ulama Ahli Sunnah (Asya'irah-Maturidiyah) sememangnya menolak sebarang bentuk propaganda Syiah tanpa mengira apa jua sentimen atau medium yang digunakan. Adakah Zamihan tidak menyedari hakikat ini. Atas rasa bertanggungjawab menegur sesama rakan, saya memohon supaya dia mengeluarkan artikel tersebut dari blognya tetapi tuduhan Wahabi pula dikenakan kepada saya. Adakah begini sikap seorang pejuang Ahli Sunnah?


Sikap Zamihan yang hanya meletakkan artikel tersebut dalam blog beliau tanpa sebarang komen yang kritis dibimbangi boleh membawa impak negatif terhadap kredibiliti beliau sebagai seorang sunni. Ini kerana dalam artikel tersebut menyebut tentang sokongan terhadap amalan puak Syiah (bukan Ahlul Bayt) dalam meratapi peristiwa Karbala sehingga melukakan badan sambil mengambil sumber-sumber daripada Syiah seperti tulisan Jalaluddin Rahmat. 

Malah paling jelas apabila penulis artikel tersebut memberi kredit besar kepada Syiah Imam 12 tajaan Khomeini apabila mengatakan bahawa semua semangat sambutan Asyura golongan Syiah adalah berinspirasi daripada pengiktirafan mereka terhadap Wilayah al-Faqih. 

Jadi, sehingga kini saya masih keliru apa motif sebenar Zamihan meletakkan artikel tersebut dalam blognya dengan tajuk baru tetapi isinya kekal? Apakah aliran Ahli Sunnah Wal-Jamaah (Asya'irah-Maturidiyah) telah gagal untuk membangkitkan semangat jihad untuk mempertahankan bumi Palestin sehingga artikel berbau Syiah seperti ini perlu digunakan oleh Zamihan? Apapun saya telah menjawab artikel ini secara ilmiyah dalam laman web Jakim (lihat di sini), dan dipersilakan kepada yang tidak bersetuju untuk menjawabnya kembali secara ilmiyah, bukan dengan kaedah menuduh membuta tuli tanpa memberikan hujah yang konkrit dalam membantah.

Akhirnya, semoga Allah SWT memberi hidayah kepada saya, Zamihan dan seluruh kaum muslimin untuk benar-benar ikhlas dalam menjalankan dakwah Islam ini. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui siapakah antara hamba-Nya yang bercakap benar dan siapakah yang berbohong. Wallahu a'lam.

Syiah 3 
 
Abdullah (tengah) bersama pengikut Syiah Kedah menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Pendang.
Syiah 4
 
Gambar Ibrahim Ali bersama Imam Khomeini tersebar luas di media sosial selepas KDN mengeluarkan bukti Mat Sabu menganut fahaman Syiah.
 

Syiah 5

Pengaruh Syiah sedikit sebanyak sudah meresap kedalam kehidupan masyarakat Melayu sejak sekian lama.

Hantu Jerangkung

LANGKAH SERIBU-AZIZ SATTAR
(dipetik dari filem Hantu Jerangkung 1957)

AKU TIDAK TAKUT DENGAN HANTU ATAU JEMBALANG
AKU TIDAK KECUT WALAU APA PUN YANG DATANG
JIN ATAU MAMBANG BAIK-BAIK JAGA JAGA
AKU TIDAK BIMBANG WALAU MATANYA BESAR RODA

SETAN DAN PUAKA TARING BERCABANG-CABANG
JANGANLAH MENYANGKA HATI AKU BOLEH GOYANG
AKU BAWAK BEKAL KEMENYAN SATU GUNI
AKU BUAT TANGKAL SERAPAH DENGAN JAMPI
FUH KANAN FUH KIRI
BERKAT DOA BAGINDA ALI
FUH DEPAN FUH BELAKANG
AKU MESTI TETAPKAN IMAN

DATANGLAH SATU ATAUPUN SERIBU
BARU ENGKAU TAHU AKU TINDAS MACAM KUTU
TAK MENANG DENGAN JAMPI AKU LAWAN DENGAN SILAT
AKU MEMANG AHLI BELAJAR SUDAH BANYAK TEMPAT

AKU BOLEH MENGELAK AHH
AKU BOLEH MENUMBUK
KALAU DAPATKU CEKAK
MATANYA KU BUAT JERUK

KALAU DATANG DI DEPAN
AKU BUKAK LANGKAH SATU
KALAU DATANG DI BELAKANG
AKU BUKAK LANGKAH SERIBU

FUH KANAN FUH KIRI
BERKAT DOA BAGINDA ALI
FUH DEPAN FUH BELAKANG
AKU MESTI TETAPKAN IMAN

Syiah 6

Mat Sabu (Orang No 2 PAS dan orang dicetuskan dalam polemik terbaru) juga dikenal pasti anggota Syiah. Bukti terkini sedang beraksi menunjukkan "Batu Karbala". (kah kah kah)

Ironinya, tidak kira apa mazhab atau pegangan, aqidah boleh goyang dan shahadah boleh terbatal jika melakukan perkara-perkara berikut.

Di dalam buku bertajuk " Iman dan 20 perkara yang membatalkan syahadatain oleh As-Syahid Sayed Qutub, As-Syaikh Said Hawa dan Abu 'Ala Al-Maududi" telah dijelaskan bahawa terdapat 20 perkara yang boleh membatalkan syahadah seorang muslim. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Tawakkkal atau bergantung harap kepada sesuatu selain daripada Allah.

2. Mengengkari nikmat Allah samada yang terang atau tersembunyi, sesuatu yang mudah difikir atau yang memerlukan kajian. Bukanlah menjadi bidang kuasa manusia dalam urusan memberi dan menahan rezeki seseorang tetapi ia merupakan hak Allah.

3. Beribadat khusus, berkerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana segala yang kita lakukan mestilah selari dengan apa yang dikehendaki oleh Allah.

4. Menggubal undang-undang atau peraturan mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah sedangkan hanya Allah sahaja yang berhak menentukan peraturan manusia.

5. Menumpukan segala ketaatan kepada selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukaiNya.
6. Menjalankan hukuman yang lain daripada hukum Allah atau tidak merujukkan kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.

7. Membenci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau pun membenci agama Islam secara keseluruhannya.

8. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan kepada akhirat di mana dia menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam kehidupannya.

9. Menghina sesuatu daripada al-Quran atau hadis atau pun kitab orang alim yang menegakkannya atau pun mempersendakan hukum daripada hukum Allah.

10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharam apa yang dihalalkan oleh Allah

11. Tidak beriman kepada semua sumber hukum daripada al-Quran dan hadis.

12. Melantik orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang yang berakidah Islam dan beriman.

13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah S.A.W. di mana bagi mereka yang datang selepas kewafatannya mesti beradab dalam percakapan, penulisan dan syarahan.

14. Rasa takut dan gentar dalam menegakkan Islam dan rasa lapang, riang dalam menegakkan perkara syirik.

15.Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan antara ayat yang zahir dan isi yang terkandung dalam ayat itu dan juga menyatakan bahawa isi yang terkandung dalam ayat al-Quran hanya boleh difahami oleh setengah orang melalui ilham. Begitu juga bagi mereka yang menuduh perkara demikian terhadap sunnah nabi.

16. Tidak mengetahui tentang makrifat Allah dengan pengenalan yang jelas serta mengengkari sifat ketuhananNya atau nama-nama Allah.

17. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan bahawa adanya sifat yang terpuji yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat kepujian atau tidak beriktikad bahawa baginda adalah sebagai contoh ikutan utama bagi umat manusia.

18. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah engkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka.
Suatu kaedah : "Sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin maka ia menjadi kafir, sebaliknya sesiapa yang tidak mengkafirkan orang kafir maka dia menjadi kafir. Sesiapa yang syak tentang kekafiran orang kafir maka dia juga menjadi kafir."

19. Membuat sesuatu pekerjaan (ibadat) bukan kerana Allah seperti sembelih binatang bukan kerana Allah, sujud dan tawaf pada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.

20. Melakukan syirik khafi atau kecil di mana ia tidak membatalkan syahadah dan ia juga boleh boleh diubati dengan doa seperti solat kerana pujian manusia dan sebagainya.

Disusuli pula dengan kandungan risalah kecil Petunjuk Untuk Jamaah Haji dan Umrah serta Penziarah Masjid Rasul Saw. Oleh: Direktor Jendral Urusan Penyelidikan Ilmu,Fatwa,Dakwah dan Kepimpinan Islam,Riyadh, Saudi Arabia.Cetakan:1984.

Kandungannya,

Saudaraku seagama!Ketahuilah, bahawa ada beberapa hal yang dapat membatalkan keislaman seseorang,dan yang paling banyak terjadi ada sepuluh perkara.Perkara-perkara tersebut adalah:

1. Mempersekutukan Allah (Syirik) dalam ibadah.Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah niscaya Allah akan mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya kelak adalah neraka,dan tiada seorangpun yanag akan dapat menolong orang-orang yang zalim.(Al-Maidah:72)

*Antara perbuatan syirik tersebut ialah meminta doa dan pertolongan kepada orang-orang yang telah mati,begitu juga bernazar dan menyembelih kurban demi mereka.

2. Menjadikan sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan Allah dengan meminta doa syafaat serta berserah diri (tawakkal)kepada perantara itu.Yang melakukan hal tersebut,menurut kesepakatan ulamak(ijmak) adalah dihukumkan kafir.

3. Tidak mengkafirkan orang musyrik, atau ragu-ragu akan kekafiran mereka,ataupun membenarkan fahaman (mazhab)mereka,dengan demikain itu mereka juga dihukumkan kafir.

4. Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad Saw itu lebih sempurna,atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum baginda itu lebih baik,sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpang dari hukum Allah dan meminggirkan hukum Rasulullah.Maka yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.Sebagai contoh:

a. Berkeyakinan bahawa aturan-aturan(perundangan) yang dicipta oleh manusia lebih utama daripada syariat Islam, atau berkeyakinan bahawa aturan Islam(perundangan) tidak tepat untuk diterapka pada abad kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja, tidak mengatur urusan kehidupan lain.

b. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah (hudud)dalam memotong tangan pencuri, atau merejam pelaku zina yang telah kahwin (muhsan) tidak lagi sesuai pada masa ini.

c. Berkeyakinan dan membolehkan mnggunakan hukum selai hukum Allah dalam urusan muamalat syariat(perdagangan,pinjam-meminjam dan sebagainya) atau dalam menentukan Hukum Pidana, atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum itu lebih utama daripada Syariat Islam.Perkara yang demikian itu sebenarnya telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah menurut kesepakatan ulamak (ijmak).Setiap orang yang menghalalkan apa yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah dalam agama seperti zina,arak,riba dan penggunaan perundangan selain syariat Allah, maka menjadi kafirlah ia menurut kesepakatan ulamak(ijmak).

5. Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sebagai syariat baginda walaupun seseorang itu mengamalkannya (amalan tanpa redho hatinya), maka menjadi kafirlah ia seperti firman Allah yang bermaksud.

Demikian itu adalah dikeranakan mereka benci terhadap apa yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka. (Muhammad:9)

6. Memperolok-olok atau mempersendakan sesuatu dari ajaran Islam ataupun terhadap pahala mahupun siksaan yang telah menjadi ketetapan agama maka dihukumkan kafir seseorang itu.Firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada Allahkah dan ayat-ayatnya serta rasulnya kamu sekalian memperolok-olok?Tiada erti mereka  meminta maaf kerana mereka kafir setelah beriman. (At-taubah:65,66)

7. Sihir, antara ilmu guna-guna (sarf) iaitu merubah kecintaan seseorang suami terhadap isterinya menjadi kebencian, begitu juga ilmu pengasih iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara "Syaitani". Maka sesiapa yang mengerjakan sihir atau menyukai dan rela dengannya maka dia juga dihukumkan kafir. Firman Allah yang bermaksud:

Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan (sihir) kepada seseorangpun sebelum mengatakan, sesungguhnya kami hanya cobaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir. (Al-baqarah:102)

8. Membantu dan menolong orang-orang musyrik untuk memusuhi Islam, firman Allah:

Dan sesiapa antara kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Al-maidah:51)

9. Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia dibolehkan tidak mengikuti Syariat Muhammad Saw, maka yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.Firman Allah yang bermaksud:

Sesiapa yang memilih selain Islam sebagai agama(pegangan), maka tidak akan diterima dan pada hari akhirat mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi.

10. Berpaling secara keseluruhan dari agama Allah, atau dari hal-hal yang menjadi syarat mutlak sebagai muslim, tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya.Firman Allah yang bermaksud:


Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya.Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa. (As-sajadah :22)

 Firman Allah lagi yang bermaksud:

Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan kepada mereka. (Al-ahqaf :3)

Dalam hal-hal yang membatalkan keislaman ini, tidak ada bezanya dalam hukum, antara yang main-main (mempersendakan) atau bersungguh-sungguh dengan sengaja melanggar ataupun kerana takut kecuali dipaksa oleh seseorang yang zalim.Semoga Allah melindungi kita dari perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaannya dan kepedihan siksanya.

Dipetik  daripada:
Petunjuk Untuk Jamaah Haji dan Umrah serta Penziarah Masjid Rasul Saw.
Oleh: Direktor Jendral Urusan Penyelidikan Ilmu,Fatwa,Dakwah dan Kepimpinan Islam,
Riyadh, Saudi Arabia.
Cetakan:1984.
 

ABU:Kepada sesiapa atau pihak yang namanya disebut,dikaitkan dan dibicarakan pada ruangan ini atau ruangan terdahulu, saya dengan rasa rendah hati memohon kemaafan sekiranya bicara yang diketengahkan merupakan salah satu elemen yang menyebabkan fitnah bangkit dan semakin berkembang biak.

Masih ada harapan sembuh jika pedang melukai tubuh, kemana penawar harus dicari jika kata-kata melukai hati. Maafkan saya!

Wallahuaqlam.

* Catatan ditulis berdasarkan "10 Bukti Orang No 2 Pas Terlibat Dengan Ajaran Syiah - KDN"

Antara ADUN dan MP UMNO Yang Cerdik dan Tidak Mustahil Membuka Pintu Kepada Kompromi UMNO,PAS,PKR dan DAP

1.
 

"Apa saja dan siapa saja komen mengkritik kerajaan tentang kenaikan tol, saya sokong! PM, tolong dengar apa kata rakyat. Alasan rasionalisasi subsidi sudah tak dapat diterima. Kalau tujuan mengelak kenaikan dan beban pada masa depan, bagaimana pula kadar gaji dan upah yang masih rendah dan beban rakyat pada masa sekarang? Masa depan itu belum tentu kita ini hidup, tapi hidup hari ini macam nak mati dengan beban-beban kenaikan".

Yang tukang hentam ini ialah ADUN UMNO/BN DUN Jabi Terengganu, YB Mohd Iskandar Jaafar.

Bolehnya sampai bertaraf ADUN sudah bangkit menghentam Najib Razak secara terbuka memberi maksud betapa rakyat dibawah sudah tidak boleh tahan lagi cara Najib Razak Presiden UMNO mengurus tadbir negara.-dipetik dari Naimnikmat blog.

2.

Ada juga dalam kalangan orang umno sendiri yang mempertikaikan bukti yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri kononnya bukti seolah-olah sengaja diada-adakan.

Saifuddin Abdullah bekas Timbalan Menteri Pelajaran yang tewas dalam pemilihan Umno yang lalu dalam jawatan Timbalan Ketua Bahagian berkata bukti yang didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan bahawa timbalan presiden PAS Mohamad Sabu atau nama penanya Mat Sabu 121 seorang pengikut Syiah tidak meyakinkan.

Saifuddin membangkitkan bahawa Mohamad pernah menyatakan kekaguman ke atas kepemimpinan dan perjuangan revolusi Iran 1979 Imam Rhollah Khomeini.


Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti tokoh anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi.

"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu?

"Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulisnya.

ABU: Antara ADUN dan MP UMNO Yang Cerdik dan Tidak Mustahil Membuka Pintu Kepada Penyatuan atau kompromo UMNO,PAS,PKR dan DAP walaupun bukan dalam semua perkara.

"Komfirm" 38 000 Penganut "Bukan Islam" (Syiah) di Malaysia

  
 
PUTRAJAYA : Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Duta Iran ke Malaysia, Jalal Firouznia pada Julai lalu.

Turut hadir mengiringi Jalal ialah Utusan Khas Kementerian Luar Iran, Syed Rasoul Muhajar.

Zahid dalam sidang media selepas pertemuan itu berkata mereka membincangkan beberapa perkara termasuk kebajikan warga Iran yang ditahan di penjara di Malaysia dan jemputan rasmi kepada Najib Razak menghadiri upacara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Hassan Rouhani di Parlimen Iran.
“Delegasi Iran ini juga membincangkan mengenai kebajikan para pelajarnya di Malaysia yang berjumlah 17,000 termasuk anggota keluarga mereka yang turut menetap di Malaysia untuk menemani mereka yang berjumlah sekitar 38,000 orang,” katanya.

Kalau Mat sabu dituduh syiah kerana rapat dengan Hassan Nasrullah, menyanjung Khomeini dan dahulunya sering mengunjungi Iran kini sepatutnya Zahid juga boleh dikaitkan dengan syiah kerana membenarkan 38,000 penganut syiah Iran bermastautin di negara ini.

Anifah Aman juga boleh dianggap syiah kerana pergi ke Iran mengunjungi majlis angkat sumpah presiden Iran yang baru. Tak kan ahli politik BN terlepas tetapi kunjungan politik Mat Sabu dianggap satu dosa?

Friday 13 December 2013

Mat Sabu Syiah: Lagi Pak Lawak KDN Buat Kenyataan Bodoh



Syiah: KDN minta Mohamad Sabu tampil kemuka bukti
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini diminta tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah.

Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman syiah.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di Wisma Bernama di sini, Jumaat malam.

Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mat Sabu bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

"Nak cari kebenaran mesti berdasarkan Sunnah Wal Jamaah, kalau Syiah tidak akan ada titik 
pertemuan. Untuk menganalisis bukti pun boleh kerana kami ada saksi dan rekod.

"Pihak kami dengan jelas mempunyai bukti Mat Sabu hadir kelas Syiah, bersama ustaz Syiah, jumpa dengan tokoh Syiah, melawat negara Syiah, memuji tokoh Syiah dan negara Syiah," katanya.

Selain itu, Zamihan berkata 10 bukti mengenai pembabitan Mat Sabu dengan Syiah yang dikemukakan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam, dikategorikan sebagai Gred B.

"KDN ada lagi bukti eksklusif Gred A yang akan dikeluarkan kepada umum sekiranya keadaan memerlukan," katanya.

Terdahulu semasa ditemu bual dalam program itu, Zamihan berkata KDN tidak pernah menyasarkan individu atau parti tertentu, sebaliknya bertindak untuk kepentingan umat Islam di negara ini.

"Ini soal akidah, kita tidak lihat individu, kedudukan atau pengaruh sebaliknya kita kena lihat kebenaran. Apabila dah kata doktrin atau kefahaman ini (syiah) sebagai sesat, maka tak kira siapa atau parti apa, kena patuh," katanya.

Ditanya tindakan susulan yang boleh diambil terhadap Mat Sabu, Zamihan berkata isu berkaitan agama adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau jabatan agama negeri untuk bertindak.

"Pendedahan telah dibuat. Pihak berkuasa agama boleh ambil tindakan melakukan siasatan dan bawa ke muka pengadilan. Kita boleh lihat bukti kedua-dua pihak dan jika bersalah, parti kena merelakan pemimpin politik dikenakan tindakan," katanya.

Zamihan seterusnya menasihatkan parti politik untuk memastikan akidah seseorang individu sebelum dilantik menjadi pemimpin supaya 'akidah pemimpin itu tidak dilihat cantik di luar, tetapi seperti 
biskut kering yang lembik apabila dicicah air panas'.

Beliau juga menasihatkan mana-mana individu yang terbabit dengan doktrin Syiah supaya membuat 'pusingan u' dan kembali semula kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan pegangan majoriti umat Islam negara ini.

Beliau juga tidak menafikan adanya pensyarah universiti tempatan yang terlibat dengan penyebaran ajaran Syiah kepada pelajar, dan menyifatkan ia perkara serius yang perlu dibanteras segera kerana ia mengancam perpaduan ummah. - Bernama.

Ketua Syiah Kedah Nafi Mat Sabu Syiah

Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan berkata Mohamad Sabu bukan salah seorang penganut fahaman Syiah, ketika Timbalan Presiden PAS tersebut diserang hebat oleh kerajaan menerusi agensi penguatkuasa agama dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Abdullah berkata sepanjang pemerhatian sejak empat ke lima tahun sebelum ini, beliau tidak melihat Mohamad sebagai seorang yang mengamalkan ajaran Syiah.

"Saya tidak tahu tentang beliau (Mat Sabu) sama ada berfahaman Syiah atau tidak. "Jika diperhatikan sejak empat ke lima tahun sebelum ini, saya tidak nampak dia seorang pengikut Syiah," kata Abdullah yang dipetik berkata dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Sinar Harian juga melaporkan Abdullah tidak pernah berjumpa dengan Mohamad ataupun mempunyai pengetahuan mengenai pembabitan pemimpin nombor dua PAS tersebut dengan fahaman Syiah seperti didakwa KDN.

Abdullah bagaimanapun menegaskan walaupun Mohamad mengkagumi pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini ia bukan bermakna Mohamad adalah penganut Syiah.

"Persamaan saya dengan Mohamad adalah sama-sama kagum dengan Imam Khomeini tetapi dari perspektif berbeza.

"Syiah bersetuju dengan Khomeini daripada segi mazhab, manakala Mat Sabu mungkin lihat daripada sudut ketokohan pemimpin itu yang membawa revolusi Iran. Tapi itu hak peribadi beliau untuk mengkagumi seseorang tokoh hebat," katanya lagi.

Mohamad dituduh oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang penganut Syiah semasa berucap dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berakhir baru-baru ini.

Kenyataan beliau menyebabkan Mohamad mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas tuduhan tidak berasas tersebut.

Khamis lalu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Khomeini.

Abdul Rahim berkata selain pemikiran Mohamad dikaitkan dengan Khomeini, orang nombor dua PAS itu turut dikatakan beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 dikendalikan dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.

Mohamad mengakui sememangnya mengagumi perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Imam Khoneini tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah. ~the malaysian insider.

ABU: Yang terang-terang mengaku Syiah dibiarkan. Mengapa perlu Mat Sabu diminta membuktikan bahawa dia bukan penganut Syiah.Jika benar bukti sudah cukup mengapa tidak ditahan dan didakwa?Jangan mempolitikkan isu untuk menutup masalah beban kenaikan barang dan pelbagai cukai. Pertelagahan pendapat dan isu Syiah sedikitpun tidak menguntungkan politik Melayu dan Islam. Nampak bodoh dan sangat bodoh cara pihak berkuasa memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR