Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday, 30 August 2014

Di Ambang Merdeka Penyokong Sarawak Merusuh Kerana Bola

 Sebuah kereta peronda polis dibakar penyokong Sarawak yang merusuh selepas tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan antara Sarawak dan Perak pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Negeri Sarawak, Kuching, malam tadi.

 Sebahagian penyokong Sarawak merusuh di Stadium Negeri Sarawak, Kuching, malam tadi. - UTUSAN

KUCHING 31 Ogos - Sebuah kereta peronda polis menjadi mangsa kemarahan penyokong Sarawak selepas pasukan mereka tersingkir daripada Piala Malaysia setelah hanya mampu seri 1-1 dengan Perak dalam perlawanan di Stadium Negeri di sini malam tadi, sekali gus mencemarkan kemeriahan negara menyambut sambutan Hari Kebangsaan Ke-57.

Beberapa penyokong kemudian pengsan apabila polis menembak gas pemedih mata untuk mengawal keadaan setelah penyokong enggan menurut nasihat agar bertenang.

Rusuhan mula tercetus sebaik perlawanan berakhir dengan sebahagian penyokong 'Ngap Sayot' bagai hilang kewarasan dan keadaan di dalam stadium mula menjadi huru-hara.

Mereka membaling botol minuman ke padang serta menjerit marah kepada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Pihak polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kemudian cuba mengawal keadaan dengan membawa kesemua penyokong keluar namun tindakan tersebut mengundang kemarahan mereka yang kemudiannya memecahkan pintu utama Stadium Negeri.

Pihak polis kemudiannya melepaskan gas pemedih mata terhadap perusuh selepas beberapa kali memberi amaran supaya bertenang dan meninggalkan stadium, menyebabkan beberapa penyokong yang terperangkap pengsan akibat terhidu gas. - UTUSAN.

ABU: Macam apa ntah....bola punya hal jer...

Thursday, 28 August 2014

MENSYUKURI KEMERDEKAAN NEGARA - Hindari Perhambaan Terselubung

"Maka lahirlah golongan rakyat yang hidup di Negara merdeka tetapi mempunyai jiwa hamba dan mempunyai minda yang masih tertawan. Tandanya ialah rakyat muslim yang tidak merasa Izzah (mulia) dengan Islam. Tidak merasa mulia jika Negara ini dikaitkan dengan Islam bahkan bersungguh-sungguh menyetujui gagasan sekular Negara ini. Mereka tidak sedar bahawa sekali kita menyetujui gagasan sekularnya Negara ini, selama-lamanya kita tiada punya lagi landasan untuk menuntut syariah dilaksanakan dalam kehidupan". 

Khutbah Jumaat
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،

كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِب 

أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ  وَاَصْحَابِهِ  وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،


أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ !   اِتَّقُواْ  اللَّهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ  وَلاَتَمُوْتُنَّ  إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْن

Sidang Jumaat yang dihormati,
Marilah sama-sama kita mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya sebagai pembuktian kepada dakwaan bahawa kita sebagai orang yang bertaqwa. Kedegilan kita dari mentaati perintah Allah akan memberi kesan bukan sahaja kepada diri kita sebagai individu, bahkan ia memberi kesan terhadap keamanan dan kesejahteraan Negara ini. Firman Allah SWT:

أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَبْلِهِم مِّن قَرْنٍ مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّن لَّكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِم مِّدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ وَأَنشَأْنَا مِن بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ ﴿٦﴾

Maksudnya: Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka , umat yang lain? ( Surah Al-An’aam ayat 6).

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Syukur Alhamdulillah, Insya Allah dua hari lagi iaitu pada tanggal 31Ogos , kita akan menyambut hari Kemerdekaan Negara kali ke 57. Satu nikmat yang wajib disyukuri, di isi dan dipertahankan. Khutbah hari ini akan mengajak sidang Jumaat sekelian untuk mengembalikan nilai kemerdekaan Negara ini dengan nilai Islam.

Tuan-tuan sekelian,

Islam pada hakikatnya adalah agama pembebasan dan kemerdekaan. Kemerdekaan sebenar ialah apabila kita sebagai individu mahupun secara bernegara mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna dan apabila syariat Islam dapat dilaksanakan. Islam satu agama yang memerdekakan manusia dari perhambaan kepada sistem-sistem manusia kepada hanya hidup dalam sistem Allah. Memerdekakan manusia daripada syirik kepada hanya mengesakan Allah. Memerdekakan manusia daripada menjadi tawanan hawa nafsu kepada pengabdian kepada Allah SWT.

Sidang hadirin sekelian,

Apabila Negara kita merdeka dan telah mengambil Islam sebagai teras dan diabadikan dalam perkara 3 (1) perlembagaan yang memaktubkan:

“Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”

Sepatutnya kita wajib memahami bahawa peruntukan undang-undang ini telah menyediakan tapak asas dan sebagai umat Islam yang menjadi majority penduduk Negara ini sepatutnya sepakat mengambil kesempatan berusaha dan menuntut supaya syariat Islam dan keindahan hidup dalam Islam dapat dilaksanakan di Negara ini demi untuk menikmati kemerdekaan sebenar.

Segala usaha untuk mempertikaikan kedudukan Islam di Negara ini mahupun segala usaha untuk menggalakkan penduduk Negara ini lepas bebas dari hukum hakam agama atas nama perjuangan hak asasi manusia ataupun segala usaha untuk memaksa Negara ini memakai piagam-piagam antarabangsa yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam seperti hak untuk murtad mestilah dilihat sebagai langkah yang terkebelakang dan usaha untuk menjerumuskan semula Negara ini dan rakyat nya ke dalam penjajahan baru yang hanya bertukar wajah.

Sidang Jumaat yang dihormati,

Kemerdekaan Negara yang kita nikmati ini adalah anugerah Allah yang wajib disyukuri dan wajib dipelihara dengan penuh rasa cemburu. Cemburu dengan usaha-usaha gigih pihak yang tidak suka Islam mewarnai kehidupan individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Perjuangan kemerdekaan sebenarnya tidak berakhir dengan mengenyahkan penjajah dari bumi pertiwi. Negara masih belum cukup aman dari bahaya penjajahan. Sementara usaha membangun semula, memulihkan dari kerosakan-kerosakan yang berlanjutan beratus tahun selama era penjajahan belum diselesaikan secara tuntas, kini kita dihadapkan pula dengan jebakan penjajahan bentuk baru : penjajahan budaya, penjajahan ekonomi, dominasi, globalisasi dan fahaman-fahaman yang sekilas seperti membawa kemajuan, namun telah meminggirkan fungsi Allah dalam mengatur kehidupan seperti liberalism, pluralism dan anti syariah.

Kita sebagai umat Islam sudah kehabisan masa untuk terus membazirkan kekuatan-kekuatan yang masih tersisa ini seperti peluang dari sudut peruntukan undang-undang , kekuatan politik yang masih di tangan umat Islam, kekuatan bilangan majority penduduk Negara ini tersedut habis ke dalam silang sengketa perebutan kuasa dan harta. Menang sorak kampong tergadai. Sebaliknya marilah kita seluruh umat Islam bersepakat meletakkan Islam mengatasi kepentingan lain sebagai pengisian utama kemerdekaan Negara agar kemerdekaan Negara benar-benar kemerdekaan yang hakiki iaitu apabila kita dapat menjalankan syariat dan hukum hakam Allah dalam kehidupan kita.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Kedua

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ 
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Fahmi Huwaidy mengungkapkan satu fenomena baru yang lebih buruk daripada penjajahan iaitu iaitu perhambaan terselubung. Jika penjajahan lebih berupa perompakan kekayaan sesuatu bangsa tetapi perhambaan pula lebih berupa penguasaan terhadap diri sesuatu golongan. Ia juga dikenali sebagai “berjiwa hamba” tetapi bukan hamba kepada Allah ataupun mempunyai minda tawanan.

Jika zaman dahulu bentuk perhambaan ialah pemerasan tenaga fizikal demi kepentingan tuannya maka perhambaan bentuk baru ini apabila yang diperas adalah otaknya dan pemikirannya.

Maka lahirlah golongan rakyat yang hidup di Negara merdeka tetapi mempunyai jiwa hamba dan mempunyai minda yang masih tertawan. Tandanya ialah rakyat muslim yang tidak merasa Izzah (mulia) dengan Islam. Tidak merasa mulia jika Negara ini dikaitkan dengan Islam bahkan bersungguh-sungguh menyetujui gagasan sekularnya Negara ini. Dia tidak sedar bahawa sekali kita menyetujui gagasan sekularnya Negara ini, selama-lamanya kita tiada punya lagi landasan untuk menuntut syariah dilaksanakan dalam kehidupan.

Bahkan lahir golongan terpelajar peribumi yang terkurung dalam system dan orientasi barat sehingga tidak mampu memerdekakan diri dari sudut pandang , minda dan jiwa falsafah kehidupan barat seperti fahaman sekularisme, liberalism dan pluralism barat. Ibarat mereka ini “sarjana-sarjana” burung kakak tua yang hanya tahu meniru , tidak memiliki keaslian intelektual bahkan merelakan diri untuk dijajah selamanya.

Mari kita merdekakan diri dan mengisi kemerdekaan Negara dengan kembali kepada syariat Islam dan kita mulakan kesepakatan itu mulai sekarang.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .

Teks asalkhutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

Pemimpin dan Penyokong UMNO,PAS,PKR dan DAP (bloggerpun sama jugalah) Adakah Ciri-ciri Ini Pada Diri?

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Muafik.
Banyak perkara yang boleh menjerumuskan seseorang ke dalam sifat kemunafikan. Antaranya, berikut disenaraikan 50 ciri dan tanda orang munafiq tersebut:

1. Lupa Kepada Allah SWT
Orang-oang munafiq sering mengingati sesuatu kecuali Allah SWT. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingat (zikir) Allah SWT, kecuali sebagai suatu helah penipuan sahaja.

2. Mempercepat Solat Agar Segera Selesai
Mereka (orang2 munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya.
Hadis Nabi SAW:  “Itulah solat orang munafik…lalu mempercepat empat rakaat (solatnya).” 

3. Malas Beribadah Kepada Allah SWT
Firman Allah SWT:  “…Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas…”  (An-Nisa’: 142)
Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apa lagi untuk menyemak dan menghayatinya.

4. Melalaikan Solat Fardu
Firman Allah SWT:  Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” (SurahAl-Ma’un : ayat 4-5)

5 Meninggalkan Solat Jumaat
Rasulullah SAW ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:
“Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” (Hadis Riwayat  Muslim r.a.)

6. Meninggalkan Solat Berjemaah
Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu terluang dan tidak memiliki uzur syari’i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.

7. Menghina Nabi dan Sahabat Rasullullah SAW
Termasuk dalam kategori Istihzaa’ (berolok-olok) adalah mempersendakan hal2 yang disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, Jatuh Kafir.
Firman Allah SWT:  “…Katakanlah: ‘Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?’ Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman…”  (At-Taubah: 65-66)

8. Mengubah Dan Menyalahguna Ayat-Ayat Allah
Menggunakan dalil dan ayat Al-Quran untuk kepentingan diri semata-mata. Menjadi perosak agama di atas nama agama.

9. Mempersenda Kesucian Agama
Perbuatan mempersenda kesucian Allah dan agama Islam adalah suatu yang amat dibenci dan dilarang dalam Islam kerana ianya seolah-olah menentang sesuatu yang diturunkan Allah.

10. Bersumpah Dengan Selain Nama Allah SWT
Dan dalam hadis Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma; “Sesiapa bersumpah dengan nama selain Allah, maka dia telah berbuat syirik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Dalam hadits lain, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa bersumpah demi amanat, maka dia tidak termasuk golonganku.” (Hadis riwayat Abu Daud)

11. Sombong Diantara Sesama Manusia
Orang2 munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila ungkapan menakjubkan yang meyakinkan agar nampak seperti orang mulia, hebat, berwawasan luas, mengerti, berakal, dan berpendidikan. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.

12. Riak
Berbuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu kerana selain daripada Allah SWT dikategorikan sebagai riak. Apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia nampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan Allah SWT.

13. Melampaui Batas Yang Telah Digariskan Oleh Allah
Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.

14. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
Sabda Rasulullah SAW:  “Dan apabila bertengkar (berbantah), dia melampau.” 

15. Fitnah
Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Membuat laporan tanpa fakta dan usul periksa serta mengada-adakan cerita. Ia juga tergolong dalam sifat-sifat munafik dan dosa-dosa besar.

16. Mencaci Maki
Tidak berhikmah di dalam berkata-kata dan dalam menyampaikan dakwah. Menggunakan kata-kata kesat terhadap orang lain terutama yang tidak bersependapat dengannya.
Firman Allah SWT:  “…mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan…”  (Al-Ahzab: 19)

17. Mengumpat
Berkata dan menyampaikan sesuatu keburukan orang lain yang tidak benar adalah berdosa kerana ia berupa fitnah. Akan tetapi berkata tentang keburukan orang lain yang benar tetap juga mendapat dosa iaitu dosa mengumpat.

18. Hasad Dengki
Tidak senang dengan kejayaan orang lain. Tidak senang juga jika sesuatu kejayaan itu terhasil di tangan orang lain dan bukan oleh tangannya sendiri.

19. Dusta
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid:“Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa.” 

Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: “Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta.” 

20. Mungkir Janji
Sabda Rasulullah SAW:  “Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (HR. Bukhari dan Muslim)

21. Bakhil
Orang2 munafik sangat bakhil dalam masalah2 kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.

22. Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang Dan Menyakiti Hatinya.
Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain. Perbuatan ini dicela didalam Islam bahkan menghilangkan pahala ikhlas.

23. Enggan Berjihad Di Jalan Allah SWT
“Kalau kamu melakukan perdagangan dengan riba, hanya menjadi penternak-penternak dan gembira hanya dengan bertani saja dan meninggalkan jihad (perjuangan) maka Allah akan menimpakan kehinaan atasmu. Kamu tidak dapat melucutkan kehinaan itu sehingga kamu kembali kepada Ad dienmu.” (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

24. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
Orang-orang yang memiliki ilmu dan apabila ditanya orang lain sedang dia mengetahui persoalan yang ditanyakan itu tetapi tidak menjelaskannya. Ini merupakan perbuatan yang menghalang kemajuan ummat Islam dan dapat menutup kebenaran.

25. Mengkhianati Sesuatu Amanah
Diberi amanah tetapi menyalahgunakan kuasa dan mengkhianati amanah.
Sabda Rasulullah SAW: “Dan apabila berjanji, dia berkhianat.” Sesiapa  memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar’i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

26. Ghasab
Ghasab ialah mengambil atau menguasai harta (tanah) orang lain dengan jalan aniaya, iaitu jalan yang tidak diredhai Islam. Perbuatan ini walaupun dengan mengambil cuma sedikit, adalah termasuk perbuatan dosa besar dan munafik.

27. Memakan Harta Anak Yatim
Orang yang mengambil dan menggunakan harta anak yatim serta orang yang tidak amanah di dalam mentadbir harta anak yatim. Berselindung di atas nama pemegang amanah akan tetapi menggunakan harta anak yatim untuk kepentingan diri sendiri ataupun orang lain hukumnya berdosa besar.

28. Menipu Dalam Jual Beli
Perbuatan menipu ini adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu barang tanpa kadar yang mencukupi atau menjual barangan yang rosak dimana, menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati pembeli pada akhirnya.

29. Menangguh Pembayaran Hutang
Hutang adalah wajib dibayar. Sabda Rasulullah SAW: “Demi yang jiwaku ada ditangan-Nya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan.” (HR. Ahmad)

30. Membuka Rahsia Orang Lain
Suka mencari-cari keaiban dan rahsia orang lain dan kemudian menyebarkan dan mewar-warkan keburukan dan kelemahan itu samada di dalam majlis rasmi dan kuliah ataupun dengan cara menyampaikan daripada individu kepada individu.

31. Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Quran
Firman Allah SWT:   “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu meminta maaf, kerana kamu telah kafir sesudah beriman.”  (Surah At-Taubah; ayat 65-66).

32. Berasa Aman Daripada Murka Allah Apabila Melakukan Dosa
Apabila seseorang melakukan dosa dan merasa selamat dari kemurkaan dan seksaan Allah, maka anggapan ini adalah berdosa besar dan amalan orang-orang munafik.

33. Bermuka-Muka
Sikap penuh kepura-puraan menjadi musuh kerana sifatnya menjadi gunting dalam lipatan, api dalam sekam, duri dalam daging, talam dua muka, gergaji dua mata dan lidah bercabang dua. Sesungguhnya suatu yang paling ditakuti terhadap apa yang aku takut menimpa ummatku ialah semua munafiqin yang petah lidahnya.

34. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
Panggilan yang buruk ialah gelaran-gelaran yang tidak disukai oleh orang yang digelari dengan gelaran itu, seperti panggilan hai fasiq, hai kafir, hai pelacur, hai penjudi, dan lain-lain. Lebih-lebih lagi sekiranya orang tersebut sememangnya beriman dan telah bertaubat.
“Orang-orang yang beriman seperti satu jasad, sekiranya satu anggotanya merasa sakit maka seluruh tubuhnya akan merasakan sakitnya dan demam.” (Ibnu Jarir)
Firman Allah SWT:   “Neraka Wail (kecelakaaan yang amat besar) bagi setiap Luzamah (orang yang mencela dengan ucapan) dan Huzamah (orang yang mencela dengan perbuatan).” (Surah Al Humazah: 1)

35. Menuduh Orang Beriman Bodoh
Orang Munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perjara yang bermanfaat dan memudharatkan. Justeru, mereka menuduh orang beriman bodoh atau kurangf ilmu pengetahaun dalam urusan kehidupan.

36. Memutuskan Silaturrahim
Memisah dan merosakkan hubungan silaturahim, merosakkan hubungan sesama keluarga, sahabat handai, sesama jemaah ataupun organisasi mahupun sesama masyarakat.

37. Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
Menjadi batu api serta membuat laporan dan menaburkan fitnah sehingga berlaku perpecahan dan hilang kasih sayang di kalangan sesama umat Islam.

38. Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
Sebagai orang yang beriman,umat Islam tidak seharusnya sedia menjadi saksi yang palsu atau dusta dalam member keterangan bagi menyelesaikan sesuatu perkara pada jalan yang benar.Justeru itu,berdusta ketika menjadi saksi adalah golongan orang-orang munafik dan dibenci oleh Allah SWT.
“Dan janganlah kamu menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah:283)

39. Menghalalkan Perkara Yang Haram
Menjadikan matlamat sebagai sasaran utama sehinggakan sanggup melanggar batas aqidah, syariat dan akhlak. Matlamat tidak menghalalkan cara.

40. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya

41. Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah
Membuat sesuatu perkara dan keputusan kemudian merubah semula dalam masa yang singkat, umpama membina rumah kemudian diruntuhkan semula.

42. Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
Berpura-pura melakukan kebaikan di tengah2 orang ramai dan gemar melakukan kemungkaran di belakang orang adalah dibenci Allah SWT.
Firman Allah SWT:  “Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai…”  (An-Nisa’: 108)

43. Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam

44. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang2 beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah2 porno dan narkotik.

45. Suka Kepada Kesesatan Dan Suka Menyesatkan Orang

46. Berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.
Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: “Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu… semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau.” Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu.

47. Membuat kerosakan di muka bumi
Membuat kerosakan di muka bumi seperti menggondolkan hutan dan bukit bukau tanpa mengadakan perbaikan. 
Firman Allah SWT:  “Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.’ Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.”  (Al-Baqarah: 11-12)

48. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup

49. Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah

50. Mengingkari Takdir Allah SWT
Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Sesungguhnya orang yang tidak dapat menerima kekalahan dan menolak, membenci atau mengingakari takdir Allah, tergolong dalam golongan kufur, rosak iman dan mendapat azab serta kemurkaan Allah SWT.
.
Ingatlah Allah SWT  berfirman dalamAl-Quran:

  الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُ‌ونَ بِالْمُنكَرِ‌ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُ‌وفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّـهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿٦٧

“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka juga menggenggam tangannya. Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.” (Surah At-Taubah, ayat 67)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa dan siapa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
Munafiq (Klik Di Sini)
.

وَالسَّلاَمْ

Wednesday, 27 August 2014

Kemenangan Yang Tidak Kemana-mana.MB Khalid,PAS dan DYMM Sultan... Akur dan turuti sahajalah "Keras Kepala Mereka"... Ketika ini mereka yang majoriti dan tiap-tiap yang majoriti itu sememangnya benar dan betul belaka...

Pakatan tetap kemuka 1 nama calon MB: Wan Azizah

(Oleh Lyn Nasir)

KUALA LUMPUR 26 OGOS: Pakatan Rakyat tetap akan mengemukakan satu sahaja nama yang akan dipersembah kepada Sultan Selangor sebagai calon Menteri Besar.

Demikian penegasan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya berhubung keputusan KEADILAN dan DAP malam tadi untuk menghantar hanya satu nama sahaja calon Menteri Besar Selangor walaupun Sultan Selangor menitahkan setiap parti mencalonkan lebih dua nama.

Anwar berkata, penetapan itu berdasarkan sokongan majoriti 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor secara Akuan Bersumpah yang diperolehi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ini.

Malah kata Anwar lagi, keputusan itu adalah hasil sebulat suara PAS dan DAP untuk mencalonkan nama Wan Azizah sebagai satu-satunya calon tunggal bagi jawatan tersebut.

“Dalam semangat Pakatan Rakyat, ini adalah kerusi KEADILAN dan keputusannya, kita perlu hormati kerjasama ini dan PAS menyertai proses membuat keputusan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos.

“Dalam pilihan raya umum lalu, pendekatan yang sama diambil apabila Sultan meminta empat nama, namun hanya satu nama yang dicalonkan iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Jadi, KEADILAN berhak untuk dihormati sebagaimana KEADILAN tidak pernah mempertikaikan isu calon MB PAS di Kedah, Perak dan Kelantan,” kata Anwar di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas perbicaraan saman fitnahnya terhadap Menteri Luar, Datuk  Seri Anifah Aman hari ini.

Mengulas tentang seorang lagi nama calon Menteri Besar yang dicadangkan PAS, Anwar berkata, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali sudahpun membuat kenyataan untuk turut bersetuju dengan keputusan parti yang meletakkan Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi jawatan itu.

“Kita sedar ada perbezaan pendapat antara dua nama dengan satu nama dan juga tentang mengesahkan satu nama dan mengambil kira satu nama lain.

“Kedudukan Azmin sudah dibawa tetapi kita perlu menghormati keputusannya, beliau mematuhi keputusan parti dan menandatangani kenyataan bersumpah untuk menyokong Wan Azizah,” ujar Anwar.

Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lalu mengumumkan Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk menggantikan Abdul Khalid yang dipecat daripada KEADILAN pada 9 Ogos kerana enggan meletakkan jawatan.
KEADILAN dan DAP hanya kemuka nama Wan Azizah

KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato’ Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato’ Mohamad Munir bin Bani hari ini.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar sebelum ini.
Wawi 
DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato’ Menteri Besar dalam tahun 2013.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.

Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).

KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung KEADILAN
TONY PUA
Pengerusi DAP Selangor

Pas akan kemukakan nama calon MB Selangor dari PKR

SHAH ALAM 28 Ogos - Pas tegaskan parti itu tidak menuntut jawatan Menteri Besar Selangor apabila memutuskan tidak akan menghantar nama calon dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas hanya akan menghantar nama calon Menteri Besar yang baharu daripada kalangan ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kita akan menghantar sekurang-kurangnya tiga nama untuk calon Menteri Besar, tetapi bukan daripada kalangan pemimpin Pas sebaliknya pemimpin PKR. Kita tetap dengan keputusan sebelum ini yang memutuskan untuk tidak menuntut jawatan tersebut," katanya. - UTUSAN.

ABU: Apabila merasa diri sudah "Besar" dengan sedikit ujian kemenangan dan kesenangan, akan hadirlah sifat ujub dan sentiasa berasa diri lebih bijak....

Mufarakah yang menyusah orang lain

Oleh:TUAN HJ. SUBKY LATIF |

TIDAKLAH saya hendak membangkit dan memburukkan dua ADUN PAS Selangor yang bercadang mufarakah daripada jemaah Islam kita itu, tetapi sekadar hendak menyatakan bahawa pendirian yang pernah mereka nyatakan dalam saat krisis Embi negeri itu telah menyusahkan orang lain yang berada dalam PAS, yang mereka itu ada latar belakang sejemaah dengan keduanya.
  
Ramai mana? Tidak pula didaftarkan kerana PAS tidak perlu mangasingkan orang-orangnya dalam kelompok yang berbeza-beza. Mereka itu ramai. Asal ahli, berbakat dalam perjuangan, solat dan puasa adalah memadai dan boleh diberi kepercayaan. Dipercayai ada dalam semua tingkat parti.
   
PAS kira-kira hampir 30 tahun dulu kurang berminat dengannya sekali pun antaranya adalah anak dan menantu orang-orang PAS. Sekalipun PAS itu sudah setengahnya sejak sebelum mereka lahir, tetapi belum masa untuk menjadi PAS kerana belajar, mereka lebih dulu menjadi anggota kumpulan itu.
   
Sebagai keturunan orang PAS, tidaklah mereka membawa bendera Umno ke dalam rumah ibu bapa mereka, tetapi mereka sudah ada pandangan dan sikap lain terhadap perjuangan ibu bapa mereka. Sekalipun mereka menyertai PAS dan diberi amanah, tetapi jika bertembung program PAS dengan kegiatan kumpulannya, tiadalah mereka bersama PAS. Dan yang diberi amanah, kurang merancang  kegiatan PAS dari mereka merancang kegiatan sendiri.
  
PAS setengah negeri tidak memberi mereka peranan penting, memadailah menjadi ahli. Tidak nafikan mereka ada membuat banyak kebaikan dalam jemaah mereka. Mereka buat sekolah Islam yang elok di banyak tempat. Saya tahu itu sekolah mereka, pelajarannya baik, saya hantar anak-anak saya ke tadika dan sekolah rendah mereka. Hingga ada Pemuda PAS di luar negeri bersungut sebagai pemimpin PAS anak saya ke sekolah mereka. Itulah teruknya hubungan sesama Islam apabila berada dalam jemaah yang berbilang-bilang.
   
Di Kuala Lumpur, saya memberi peluang dan ruang kepada semua. Antara orang yang membangunkan cerucuk Markaz PAS Pusat Taman Melewar itu adalah jurutera muda mereka. Ketika saya hendak memulakan Harakah, mereka sumbangkan kumputer. Sampai sekarang saya tidak menaruh kesangsian dan terus menghantar cucu ke tadika mereka sekalipun ada PASTI berdekatan.
  
Mengapa? Sebab saya mahu hubungan yang selesa dengan orang Islam selain dari Umno. Kalau saya boleh bergaul dengan Umno, mengapa saya tidak boleh menghormati mereka.
  
Saya tahu masa itu Ustaz Fadzil acap memberi ingatan kepada penyokong PAS, barang siapa menyertai PAS, hendaklah mereka meninggalkan jemaah mereka. Pandangan Ustaz Fadzil itu adalah membayangkan seriusnya pandangan PAS terhadap jemaah lain yang hendak menyertai PAS.
   
Satu pasangan aktivis PAS, anak menantunya orang PAS yang rapat dengan saya, sentiasa bersama dalam kegiatan di Kuala Lumpur pindah ke Kelantan apabila negeri diperintah PAS semula untuk berkhidmat dalam jemaah di situ. Saya dengar dia tidak dilayan oleh orang-orang di situ kerana latar belakang jemaah tadi. Baru-baru ini saya terserempak dengannya di Putrajaya. Dia sudah balik ke Lembah Kelang. Saya diberitahu anak menantu orang PAS itu sudah jadi Umno.
   
Masa beredar dan perkembangan pesat dan berubah. Peka atas pengalaman silam jemaah lain itu cair. Jemaah itu acap bertukar baju dan nama. Sekalipun ada sisa kecurigaan itu di tempat tertentu, PAS tidak mengira sangat titik bengik dulu. Mereka yang terjun ke dalam PAS tidak ditakwil lagi sekalipun jemaah lama terus dengan sikap non-partisan dalam politik.
   
Tetapi dengan kejadian dua ADUN tadi amat meranjatkan hingga ada yang berfikir kebimbangan lama terhadap kumpulan itu seperti ada asasnya. Ini boleh menyusahkan rakan sejemaah mereka yang istiqamah dalam PAS, susah jika ada yang mentakwil kesetiaan mereka. Itulah yang timbul ekoran daripada sikap keduanya. Saya tetap pilu tentangnya. – HARAKAHDAILY 26/8/2014

Datuk Md Hashim Yahaya, Bekas Mufti Wilayah kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR: - Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahaya telah kembali ke rahmatullah jam 1.50 petang tadi di Al-Islam Hospital Kampung Baru, di sini.

Jenazah dikeluarkan dari hospital dan dibawa pulang ke rumah Allahyarham di No 90 Jalan 9/6 Seksyen 9 Shah Alam untuk diuruskan dan dikebumikan kira-kira jam 5.30 petang.

Allahyarham dilahirkan pada 3 Julai 1939 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang berkelulusan B.A Syariah, Universiti Al-Azhar, Diploma Pendidikan, Universiti Ain Syam, Kaherah dan Sarjana Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau pernah menjadi Naib Pengetua Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, Kelantan pada 1970 hingga 1980, Ketua Akademi Islam, Universiti Malaya (1911-1995), Pensyarah Kuliah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1995-1997) dan selepas itu sebagai Mufti Wilayah Persekutuan hingga 2003. - Al Fatihah - HARAKAHDAILY 27/8/2014

Tuesday, 26 August 2014

Celaka Apakah Ini?

Wanita Malaysia Terlibat Lakukan Jihad Seksual  di Syria dan Iraq?

Wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual, kata pegawai kanan risikan kepada The Malaysian Insider.

Pihak berkuasa mengesahkan tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan Isis.

Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.

Konsep itu berasal daripada fahaman Wahhabi sekitar 2013, yang menyeru penyokong wanita Sunni untuk tampil melakukan jihad seks dan menyemarakkan moral pejuang terhadap regim Bashar al Assad di Syria.

“Wanita ini dipercayai menawarkan diri mereka untuk melakukan hubungan intim kepada pejuang Isis yang cuba memperkenalkan peraturan Islam di Timur Tengah.

“Konsep ini mungkin kelihatan kontroversi tetapi ia semakin berkembang apabila sesetengah wanita Islam di sini bersimpati dengan kepayahan Isis,” kata seorang pegawai risikan kepada The Malaysian Insider.

Enggan didedahkan identitinya, pegawai itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember tahun lalu.

“Wanita itu, berusia 30-an, pergi ke Turki sebelum bertemu dengan orang tengah yang membantunya melengkapkan perjalanan ke Syria melalui jalan darat.

“Seorang lagi wanita Malaysia berusia 40-an dipercayai bekerjasama dengan pasukan Isis pada April tahun ini,” kata sumber.

Pegawai risikan berkata, bukan wanita Malaysia saja yang melakukan jihad seksual kerana ada juga wanita Islam lain terbabit.

“Pertukaran risikan dengan beberapa negara mendedahkan wanita Islam Sunni dari Australia dan United Kingdom juga menyertai Isis,” katanya.

Pegawai risikan berkata, Isis mengeluarkan dekri atau edik pada Jun tahun ini menawarkan pengerahan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual.

“Sebaik saja selepas bandar Mosul di Iraq ditawan pasukan Isis, orang ramai diarahkan menghantar wanita tidak berkahwin berjihad untuk seks,” dedah pegawai risikan.

“Dalam pengisytiharannya, Isis mengancam untuk melaksanakan undang-undang syariah terhadap mereka yang gagal mematuhi edik atau dekri itu,” kata pegawai berkenaan.

Pegawai risikan berkata, rakan sejawatannya di Britain mendedahkan lebih 600 umat Islam British dipercayai berjuang untuk Isis.

“Jumlah itu termasuk wanita Islam British yang bukan berjuang di barisan hadapan, tetapi masih terbabit dengan melakukan jihad seksual.

“Pegawai risikan Australia mendedahkan lebih 100 wanita Islam Australia berada di Syria berjuang di smaping Isis,” kata pegawai risikan itu.

Walaupun Putrajaya pada awalnya mendedahkan kira-kira 30 rakyat Malaysia berlepas ke Timur Tengah berjuang untuk Isis, tetapi angka itu dipercayai sebenarnya lebih tinggi.

“Pemeriksaan yang dilakukan dengan rakan sejawatan kami di luar negara mendedahkan mungkin jumlah rakyat Malaysia di Timur Tengah mencecah 50 orang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Setakat ini, 3 rakyat Malaysia dilaporkan maut di Syria ketika berperang menentang pasukan Presiden Syria Bashar Al-Assad.

Mat Soh, 53, dilaporkan terbunuh selepas dilanggar lori tangki ketika pertarungan sengit antara Isis dengan pasukan Syria minggu lalu.

Pada Jun, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, mati selepas insiden bunuh diri yang menyebabkan lebih 20 askar Iraq maut di pangkalan mereka di Al-Anbar.

Identiti rakyat Malaysia ketiga yang maut dalam satu insiden masih belum disahkan oleh pihak berkuasa di sini.

Sejak konflik di Syria meletus pada Mac 2011, lebih 190,000 kematian dilaporkan setakat ini, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Kejadian pembunuhan paling mengerikan ialah pada 20 Ogos ketika Isis melancarkan satu rakaman menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan berjihad, bercakap dengan loghat selatan Inggeris, memenggal kepada seorang wartawan dan jurugambar warganegara Amerika, James Foley.

Foley ditangkap di Syria pada penghujung 2012. Rakaman video itu menunjukkan beliau dibunuh di kawasan padang pasir.

Video bertajuk ‘Pesanan kepada Amerika’ itu dimuat naik di YouTube sebagai amaran kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berhubung serangan terhadap militan di Iraq.

Sebelum dibunuh, wartawan berusia 40 tahun itu dipaksa membaca satu kenyataan yang menyalahkan Amerika atas kematiannya. ~tmi

  Mahu Singkirkan Presiden PAS?

 
Saya dimaklumankan oleh seorang kawan rapat dalam parti berkenaan satu perjumpaan telah diadakan di KL lebih kurang sebulan lalu dengan dengan mengumpul beberapa orang blogger pro Pakatan Rakyat.

Perjumpaan ini diketuai oleh seorang bekas wartawan dan seorang aktivis parti. Dalam perjumpaan berkenaan telah dihadiri oleh seorang kepimpinan utama parti.

Perjumpaan ini menyebut pri pentingnya menguasa media untuk menjatuhkan UMNO dan BN semasa PRU-14 nanti.

Strategi untuk mencapai penguasaan media terutama media sosial melalui 5 tahap. Antara yang disentuh iaitu tahap 3 untuk mematahkan halangan dalam dan luar parti dan juga Pakatan Rakyat.

4 halangan yang disebut dalam perjumpaan itu termasukkan golongan ulama dan pro ulama dalam PAS. Tunggak kepada ulama dinyatakan ialah Presiden PAS Hadi Awang.

Malah seorang daripada penceramah menyebut bahawa Hadi Awang bukan sahaja penghalang malahan boleh dikategorikan sebagai ancaman yang masuk kepada tahap 4.

Antara yang disarankan kepada blogger ialah menyiarkan artikel atau berita yang berbetuk negetif kepada Presiden PAS.
Malah dalam seleroh, penceramah menyebut kalau tak betul pun siarlah juga takkan Hadi nak saman dia sendiri sibut menjawab saman bukan satu malah 2.

Saya bertanya kepada kawan saya itu siapa blogger, jika boleh memberitahu saya. Kawan saya menjawab dengan selamba aje, lihat mana-mana blog yang siar artikel TMI (Malaysian Insider) tulisan Amin itu antara blog yang telah diupah dengan upah lumayan. Blog PR, dia arah untuk siar artikel itu walaupun dia tahu artikel itu salah. Malah ada mempertahankan artikel itu betul. Carilahlah... tahu siapa dia. Lihat dia ini kerja apa dan bagaimana dia boleh hidup tanpa kerja yang tetap??

Kawan saya betul ada sumbangan kewangan diberikan. Blog ini dikawan oleh cybertropper dan dia kata lagi blog ini tak boleh komen terus. Saya tanya apa maksud tak boleh komen terus? Dia kata komen pada blog ini ditapis untuk memastikan komen hanya sebelah pihak menampakkan sokongan kepada artikel yang disiar.

Saya tanya kalau begitu Sayuti pun di upah?

Ya Sayuti sekarang telah jadi satu daripada mereka. Tulisannya tidak lagi seperti dulu. Perangai Sayuti sangat buruk sebagaimana dia dulu berkawan dengan Husam apabila tak dapat 'benda' dia terus tiukam Husam dengan menulis memburuk Husam.

Saya tanya lagi berapa blogger terlibat. Katanya blogger lebih daripada 10 tapi banyakkan facebooker dan geng whatsapp.

Dia juga memberitahu saya bahawa yang menjadi jurulatih ialah orang yang pernah bekerja dengan Wan Ismail bapa Dr Wan Azizah pakar Perang Saraf UMNO.

Saya tanya adakah blogger ini sedar perbuatan salah. Dia sebenar dimomokkan saraf tak perlu kepada rasa bersalah demi untuk mencapai cita-cita.

Halangan mesti dihapuskan itu lebih utama.

Sumber FB
Wallahu a'lam!

Tuan Guru Nik Aziz Pasti Menangis Membaca Berita Ini

Aku seboleh-bolehnya tidak mahu mempercayai berita ini. Namun apabila pertimbangan dibuat berlandaskan corak perilaku PAS kebelakangan ini membuatkan aku terkedu.

Kepercayaan menyelinapi pemikiran. Tidak dapat lari. Sedikit sebanyak aku terfikir juga kemungkinannya. "Patutlah banyak perkara bertentangan dengan Islam berlaku pada hari ini" bisik hatiku. Kesal yang amat sangat. Jika aku kesal, PASTINYA Tuan Guru Nik Aziz akan menangis.

Bacalah pendedahan tulang besi pemilik blog malaysia wave

Pendedahan: Presiden PAS Sokong Kerajaang Perpaduang dgn UMNO Atas Dasar Melayu
AKHIRNYAAA!!!!!!

Rupa2nya Dr. Zuhdi Marzuki hanyalah tukang sampai sahaja.

Masej wassap beliau tempoh harisebenarnya adalah berasal dari Presiden PAS sendiri.

Mesyuarat AJK PAS Pusat hari ini menjadi bukti. Mereka yang hadzir menjadi saksi di hadapan Allah dan para Malaikatul Muqarrabin.

Ia bermula apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada Presiden adakah benar perkhabaran Presiden dan SU Agung telah mengadakan pertemuan dgn Azmin Ali.

Presiden mengatakan perkhabaran itu benar. Kalau PKR boleh curi wakil2 rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama.

AJK yang sama bertanya lagi apa isi kandungan perbincangan dgn Azmin. Dijawab Azmin diajak masuk PAS bersama-sama dua atau tiga orang lagi ADUN PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang ADUN PKR bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?

Belum sempat Presiden menjawab dicelah oleh seorang AJK lain, adakah Presiden bersetuju untuk bekerja sama dengan UMNO.

Lantas Presiden menyatakan persetujuan malahan Presiden memberikan alsan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan.

Ertinya Presiden PAS telah mengkonfirmasi kepada seluruh AJK PAS Pusat akan sokongan terbuka beliau kepada Kerajaan Perpaduang UMNO-PAS.

Juga, Presiden telah mendedahkan akidah Presiden yang terbaru yakni nasionalisma Melayu. Dengan kata lain Presiden PAS telah pun menukar aqidah beliau dari Islam yang syumul kepada Nasionalisma Melayu.

Apa2 pun penahahan surat sokongan kepada Wan Azizah adalah selari dgn kehendak UMNO dan BArisan Nasional serta Najib dan Rosmah.

Sila rujuk kepada mana2 AJK PAS Pusat yang hadzir dlm mesyuarat tersebut untuk konfirmasi.

Wala' kepada Presiden sekarang ini adalah wala' kepada ideologi kebangsaan Melayu.

Menurut penulis, Tuan Guru Nik Aziz telah dimaklumkan akan berita ini... wallahu a'lam.

Kepada pemberita TOLONG JANGAN KACAU TGNA-


Celakalah ORANG PENGFITNAH DAN PENYAMBUNGNYA LIDAH FITNAH

Written By FZT on 26 Ogos, 2014 | 8:13 PTG
 
GOLONGAN CELAKA TERUS MENERUS MEMAINKAN PERANAN mengfitnah pas dan seluruh jemaah Islamnya. yang mana mempercayai fitnah menambah baikkan lagi fitnah. dikeluarkan oleh TMI disambung oleh TULANGBESI yang memang sah dah celaka dan dipanjangkan oleh blogger yang mengaku ahli pas, mempercayai fitnah dari orang luar dari jemaah sendiri. 
 
Anjing anjing terus menyalak sakan menyaring suasana. nampaknya anjing fitnah terus melagukan lagu fitnahnya. apakah sebab benci kepada islam mereka beralih arah mengfitnah kepada pemimpin pas. mungkin salakan ini adalah salakan terakhir menjelang paku keranda terakhir pkr. balaci dan barua fitnah ini sudah sampai kepenghujung jalan tiada lagi jalan pulang, dan kalau pulang pun hanya kain putih menunggu mereka. tiada lagi jalan pulang kepada si celaka ini. 
 
Mungkin krisis ini banyak menampakkan muka muka celaka dalam pas dan menampakkan mana penyokong yang bermuka muka. mana ahli pas yang sudah tiada lagi citarasa islam hanya menunggu habuan dari dunia. berjuang bersama pas tiada apa yang diperolehi selain menghabiskan tenaga wang. akhirnya wajah wajah abdullah ubai semakin menampakkan diri. 
 
Munafik mula menlingkari diri. " patulah orang ganu kata ORANG KELATE NI JENIS DOK PAKA GAWA. KASIHAN tok guru nik aziz cuba membentuk jiwa rakyatnya dengan islam tapi blogger negeri dia banyak mencelakakan pas dengan fitnah yang disambung sebaiknya. Saya merujuk kepada berita yang dipaparkan oleh The Malaysian Insider (TMI) pada hari ini, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya “Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK Pas Pusat” adalah bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat. 
 
Saya yang juga turut hadir semasa YB Mohamed Azmin Ali mengunjungi YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini juga ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih YB Azmin Ali kepada YB Tuan Guru yang mencalonkan nama beliau sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama UMNO seperti yang didakwa. 
 
Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka. DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR Setiausaha Politik Presiden PAS - See more at: http://freezoneterengganu.blogspot.com/
ABU: Hanya sekadar memaparkan berita-berita yang berkemungkinan palsu dan datangnya dari "lidah-lidah syaitan".

بسم الله الرحمن الرحيم

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.
(Surah al-Hujurat [49]: 6)

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung


widgeo.net

Search This Blog

FB

There was an error in this gadget

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR