Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday, 27 June 2016

Shafie Afdal Bikin Gempar di Sabah, Sudah Banyakkah Cawangan UMNO Johor yang Bubar?

Selepas Digantung, Shafie Afdal membuat Gempar. Umno Bahagian Semporna dibubarkan hari ini dengan peletakan jawatan beramai-ramai pemimpin kawasan tersebut sebagai bantahan terhadap keputusan Majlis Tertinggi yang menggantung sementara keahlian Datuk Seri Shafie Apdal pada Jumaat lepas.

Perkara tersebut dinyatakan dalam sidang media beramai-ramai di Sampoerna yang diketuai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Samporna, Datu Eranza Datu Saribu yang juga mengumumkan peletakan jawatannya.

Selepas Digantung, Shafie Afdal Bikin Gempar. “Maka dengan ini kami meletakan jawatan di dalam parti dan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti berkuatkuasa serta-merta,” kata Datu Eranza dalam satu kenyataan semasa sidang media di Semporna.

Beliau juga mengecam tindakan MT UMNO yang bersifat kuku besi dan tidak membenarkan perbezaan pendapat sehingga pengkritiknya dibuang parti hanya semata-mata kerana menyatakan kebenaran dan melawan kebatilan.

Mereka juga menzahirkan kekecewaan terhadap penindasan kepada seorang tokoh yang bertanggungjawab membesarkan UMNO di Sabah tetapi akhirnya dibuang tanpa sempat diberikan peluang membela diri.

Shafie digantung Jumaat lalu selepas MT UMNO bermesyuarat, sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula dipecat daripada parti.

100 cawangan UMNO Johor bubar jika Muhyiddin dipecat

August 27, 2015

Tindakan itu dibuat sebagai protes terhadap ketidakadilan yang dilakukan ke atas Muhyiddin yang semata-mata mahu menyelamatkan UMNO dan negara.
muhyiddin,pecat 

PETALING JAYA: Hampir 100 cawangan UMNO di Johor akan dibuburkan sekiranya Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada UMNO.

Menulis melalui entri terbaharu blognya, bekas Naib Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, perkara itu disahkan sendiri seorang pemimpin UMNO negeri itu.

“Terdengar ura-ura beliau (Muhyiddin) akan dipecat pada 9 September ini, kemungkinan yang berlaku di Johor barangkali di luar jangkaan jika pemecatan itu benar-benar berlaku.

“Ini bermakna, dengan UMNO Johor mempunyai 26 bahagian, pemecatan Muhyiddin bakal melumpuhkan kira-kira 100 cawangan di negeri itu.

“Seorang pemimpin UMNO Johor yang enggan namanya disebut memberitahu, banyak cawangan UMNO di negeri itu akan dibubarkan jika Muhyiddin dipecat pada mesyuarat MT UMNO 9 September nanti,” tulisnya di Shahbudindotcom.

Dia berkata, pemimpin tersebut menjelaskan tindakan itu dibuat sebagai tanda protes terhadap ketidakadilan dilakukan keatas Muhyiddin memandangkan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan sebaliknya mahu menegakkan kebenaran untuk menyelamatkan UMNO.

Shahbudin berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada 9 September ini merupakan penentu masa depan politik Muhyiddin dalam UMNO.

“Jika beliau dipecat, maka berakhirlah sejarah panjangnya bersama parti itu, tetapi kiranya tiada sebarang tindakan dalam mesyuarat itu nanti, bererti selamatlah masa depannya dan kekallah beliau dengan jawatan nombor dua itu sehingga pemilihan UMNO seterusnya,” katanya. Link

Selamat Tinggal UMNO

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam UMNO, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti. Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.

Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah UMNO dan negara yang melibatkan Perdana Menteri. Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerana kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan UMNO yang asal.

Saya berasa kecewa kerana UMNO yang ada pada hari ini bukan lagi UMNO yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya. Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.

Mereka yang menguasai UMNO boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara.

Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam UMNO. Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana UMNO telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati UMNO. Saya hanya menentang pemimpin UMNO yang korup dan menyeleweng.

Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.

Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.

Saya redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin UMNO dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini. Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba.

Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. InsyaAllah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk. Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.

Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah s.w.t terhadap saya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Taghabun ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) , dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu"

Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli UMNO sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.

Selamat tinggal UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
25 Jun 2016

Sunday, 26 June 2016

Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mukhriz akan Jadi Seperti Tun Mahathirkah atau DSAIkah?

Akhirnya Majlis Tertinggi UMNO pada mesyuarat dua hari lepas telah sebulat suara bersetuju untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mukhriz kerana melanggar disiplin parti. Perkara tersebut telah diumumkan Perdana Menteri dalam satu satu sidang akhbar.

Menurut Perdana Menteri DS Muhammad Najib, kesalahan Muhyiddin dan Mukhriz amat ‘berat’ sehingga memaksa Majlis Tertinggi Umno bertindak sedemikian.

Sementara itu, salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung keahlian sementara. Buat masa ini beliau masih menunggu laporan dari Jawatan Kuasa Disiplin mengenai kedudukan beliau.

Tan Sri Muhyiddin dan Dato Sri Mukhriz dengan secara terbuka mengistiharkan diri mereka sebagai sebahagian daripada pihak yang cuba memberontak dengan menggunakan platform Deklarasi Rakyat.

Deklarasi Rakyat adalah suatu petisyen yang diwujudkan oleh gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ yang bermatlamat untuk mengumpul satu juta tandatangan untuk dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja bagi memohon penyingkiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain Dr Mahathir dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Mukhriz, nama-nama lain yang menandatangani deklarasi itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr Ling Liong Sik, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Mustafa Ali, Lim Kit Siang dan Datuk Zaid Ibrahim.

Kesilapan utama mereka yang dipecat ialah mengkritik kepimpinan atau Perdana Menteri. Secara tradisinya perkara sebegitu memang lumrah dalam politik Malaysia. Mereka yang cuba memijak pucuk pimpinan secara lebih awal tanpa perlu melalui proses biasa pastinya akan ditendang keluar oleh orang yang berkuasa atau pemimpin utama.

Masih ingatkah kita pada Era Tunku Abdul Rahman yang memecat Dr. Mahathir. Begitu juga pada zaman pemerintahan Tun Mahathir sendiri yang memecat Dato Sri Anuar Ibrahim.

Segalanya masih terlalu awal untuk ditelah. Apakah mereka yang dipecat akan jadi seperti Tun Dr. Mahathir  yang dinobatkan sebagai Perdana Menteri akhirnya. Paling lama menerajui tampuk pemerintahan dan paling berkuasa. Atau seperti Dato Sri Anuar Ibrahim yang terlalu sinonim dengan retorik, kadang-kadang seperti tiada arah tuju dan yang pastinya terlalu ramai musuh. Akhirnya merengkok dalam kandang besi. Kita tunggu dan saksikan.

Thursday, 16 June 2016

BUTA AL-QURAN ATAU MUSUH ISLAM


Ramai yang membuat kenyataan sama ada berbentuk lisan atau tulisan apabila dikemukakan permohonan kebenaran daripada Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 49(1), mencadangkan Rang Undang-undang Persendirian, bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016.

Tujuan pindaan ialah untuk mengangkat taraf Mahkamah Syariah warisan penjajah yang menghinakan, kerana meletakkannya lebih rendah daripada mahkamah paling rendah ciptaan manusia, sehingga terdapat kesalahan maksiat hukumannya lebih rendah daripada kesalahan membuang sampah dan merokok.

Cadangan pindaan melibatkan hal-hal kesalahan yang disenaraikan dibawah Jadual Kesembilan Undang-Undang dibawah kuasa Kerajaan Negeri dan Raja Raja, supaya boleh menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh Undang-Undang Syariah yang sebenar. Cadangan pindaan adalah sekadar kemampuan yang memerlukan suara majoriti mudah lebih satu undi yang hadir di parlimen sahaja. Pindaan tidak melibatkan hukuman yang berat seperti hukuman mati yang mewajibkan pindaan 76(a) daripada Perlembagaan yang berhajat kepada majoriti 2/3 yang belum di bolehkan.

Sebenarnya Rang Undang-Undang tersebut bukannya Undang-Undang Hudud, namun ramai yang melabelkannya "Hukum Hudud" yang menjadi senjata lama untuk menyerang PAS sejak tahun 50 an lagi , sehingga gegak gempita dan riuh rendah. Mereka melabelkan semua undang-undang Jenayah Hukum Syariat Allah, daripada Qisas, Hudud sehinggalah Takzir dan terkini Mahkamah Syariah, semuanya dimasukkan ke dalam bakul Hudud yang sangat dibenci sehingga ke dalam lubuk hati dan masuk ke tulang hitam.

Walaupun Rang Undang-Undang ini bukan Undang-Undang Hudud, tetapi lebih bersifat “Pra Sarana Mahkamah Syariah” yang membuka konsep Islam yang sebenar yang wajib ditashihkan daripada penafsiran Surahanjaya Reid yang dibentuk oleh Penjajah dahulu menyebabkan salah faham terhadap Islam. Ia sepatutnya dipinda, kerana kita sudah merdeka mencecah setegah abad.

Tujuan penjajah ialah untuk menutup keadilan Islam secara umum, serta menidakkan konsep mendidik masyarakat yang wujud dalam Sistem Kehakiman Islam, bukannya seperti kehakiman ciptaan penjajah yang lebih bersifat menghukum dan mendera. Pindaan yang dicadangkan itu, temasuk dalam perkara umum yang wajib diperjuangkan oleh penganut Islam tanpa mengira fahaman politik dan kedudukannya dalam kerajaan atau pembangkang, termasuk semua lapisan masyarakat Islam yang berada di luar Parlimen. Sehingga DYMM Yang Dipertuan Agong meletakkan dalam titah perasmian Dewan Rakyat pada bulam Mac yang baru berlalu supaya menaikkan taraf Mahkamah Syariah.

Sepatutnya dibincangkan berkenaan Mahkamah Islam yang berkonsepkan iman dan akhlak dalam perkara kehakiman dan keterangan, seperti syarat-syarat hakim yang adil dari segi peribadinya, bukan sahaja ilmu perundangannya, bahkan termasuk jasad, roh dan akalnya, beriman dan tidak fasik. Syarat-syarat saksi juga beriman dan tidak fasik, bermaksud berakhlak mulia dan bermaruah tinggi. Betapa Islam meletakkan dosa besar terhadap hakim dan saksi yang zalim sehingga diseksa dalam kubur dan neraka, walaupun terlepas bebas dialam dunia ini. Elemen inilah yang tidak ada dalam undang-undang ciptaan manusia yang banyak kelemahannya.

Tiba-tiba semuanya menjadi Hukum Hudud pula yang menjadi sasaran, walaupun termasuk dalam urusan negeri dan raja-raja dan bagi penganut Islam sahaja. Sepatutnya diketahui perbezaan Hukum Islam secara umum, yang sangat beradab dan rahmat, perbezaan hukuman sebatan yang sama sebutan perkataannya dalam undang-undang Islam dan undang-undang yang lain, tetapi Islam berbeza dengannya kerana syarat -syarat yang sangat ketat, namun ilmu berkaitannya ditutup rapat dan disekat ilmu dan pemahamannya dengan akal yang waras. Ada pun undang-undang bunuh yang tidak ada kuasa bagi Mahkamah Syariah, seperti hukuman mati dijerut leher dengan tali gantung yang sangat kuno atau purbakala, begitu juga hukuman sebatan yang sangat keras dan kejam sehingga cacat dan boleh menyebabkan kematian, ditutup mulut, disumbat telinga dan dikunci akalnya, kerana diyakini bahawa kalangan bukan Islam akhirnya lebih memilih undang-undang Islam, inilah sebenarnya yang dirasa takut tanpa ketahuan dan cemburu buta.

Perlembagaan telah menetapkan urusan agama dibawah bidang kuasa DYMM Raja-Raja dan Kerajaan Negeri. Perlembagaan juga menegaskan bahawa bahawa Mahkamah Syarih mempunyai bidang kuasa terhadap penganut agama Islam sahaja, Mahkamah Syariah tidak ada kuasa terhadap penganut bukan Islam (Jadual kesembilan II). Mengapa kalangan bukan Islam menentang? Ada yang Islam juga gila-gila menentang. Walau pun perkara ini diluar tajuk asas Usul Persendirian, tetapi dijadikan hujah untuk merendahkan Mahkamah Syariah yang sepatutnya dimuliakan. Dimana letaknya Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan (1) Islam ialah agama bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan. Tiba-tiba Makamah Syariah bagi penganut Islam lebih rendah kuasanya daripada Mahkamah paling rendah. Cukuplah masa setengah abad umat Islam dibodohkan.

Hanya mereka yang buta Al-Quran melabelkannya Hukum Hudud ciptaan PAS, bahkan tidak boleh dicipta oleh Nabi Muhammad SAW. Biarkan hanya mereka bersama penjajah menentang Hukum Allah terus rela tenggelam bersama kejahilan dan kebebalan mereka.

Walaupun PAS telah memperkenalkannya melalui proses demokrasi suara majoriti umat Islam di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu sahaja, serta dipamerkan kepada umum khususnya kalangan bukan Islam, dalam dan luar negara, namun masih ramai kalangan penganut Islam yang buta Al-Quran mengulas dengan akal jahil agamanya.
 
Bagi meraikan mereka yang jahil, khususnya jahil murakkab (tidak sedar dirinya jahil), sehingga kini Undang-Undang Syariat Allah terpaksa ditangguhkan pelaksanaanya dengan sebab mereka, walaupun mereka juga mengaku menganut Islam. Walau pun sudah dilulus dan diwartakan di dua buah negeri Kelantan dan Terengganu, namun belum berkuasa melaksanakannya kerana terhalang.

Sungguh malang mereka yang menyerang dan menghalang Undang-Undang Hudud lebih bersimpati terhadap pejanayah, daripada mangsa individu dan mayarakat yang malang, dalam masa yang sama terus menjadi menjadi khadam kepada penjajah yang sudah keluar daripada tanahair tercinta ini.Tiba-tiba mereka pula mengambil kerja penjajah.

Sangat malang bagi penganut Islam yang tidak bersetuju menaikkan taraf Mahkamah Syariah kerana menghina agamanya sendiri, maka apa ertinya menjadi penganut Islam sekadar baka dan keturunan, yang tidak menjadikannya hujah setelah meninggal dunia dan bertemu Allah, kerana termasuk dalam firman Allah :

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًاۚ أُوْلَٰٓئِكَ يُعۡرَضُونَ عَلَىٰ رَبِّهِمۡ وَيَقُولُ ٱلۡأَشۡهَٰدُ هَٰٓؤُلَآءِ ٱلَّذِينَ كَذَبُواْ عَلَىٰ رَبِّهِمۡۚ أَلَا لَعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلظَّٰلِمِين *ٱلَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَيَبۡغُونَهَا عِوَجٗا وَهُم بِٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ كَٰفِرُونَ

"Dan tidak ada orang yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah! Orang-orang yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikat-malaikat, Nabi-Nabi dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri): Inilah orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka. Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim. Orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan agama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat." (Surah Hud, ayat 18-19)

Kepada kalangan bukan Islam, jagalah lidah dan tangan kamu daripada melampau sempadan kerana Allah telah memberi peringatan kepada umat Islam :

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقۡرَبَهُم مَّوَدَّةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّا نَصَٰرَىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنۡهُمۡ قِسِّيسِينَ وَرُهۡبَانٗا وَأَنَّهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ ٨٢ المائدة .

"Demi sesungguhnya Engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrikin dan demi sesungguhnya Engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong." (Surah Al-Maidah, ayat 82)

Kepada sesiapa yang bersilat kata-kata dan tulisan, kononnya hanya menentang Hudud, bukanya bermusuh terhadap Islam dan umatnya. Allah Tuhan kami yang Maha Esa menetapkan setiap perkara Islam adalah bersambung tanpa dapat dipisahkan, kerana Allah berfirman:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Surah Al-Baqarah, ayat 208)

Ketahuilah bahawa memisahkan mana-mana Hukum Islam daripada ikatan Islamnya adalah langkah-langkah syaitan.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 

09 Ramadhan 1437H / 14 Jun 2016M

Tuesday, 14 June 2016

Pecat Ahli Parlimen Bukti PAS Jaga Maruah


"Saya datang dia lari, dia datang saya lari" Seperti yang diceritakan oleh Allahyarham Datuk Min bin Hj. Ibrahim yang hidup sezaman Tunku Abdul Rahman dan sahabat kepada Allahyarham Dato' Hj Ramli bin Umar dan selebihnya dimuat turun daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


YB Hashim Gera 

Cikgu Hashim Gera adalah ahli politik PAS kawasan Parit , Perak (1969-1974) yang dipecat parti PAS. Beliau memenangi Parlimen Parit pada 1969. 

YB Hashim dipercayai berasal dari Rungkup, Bagan Datoh,Perak. Namanya tercatat sebagai penyumbang untuk Dana Perang 1940 bagi menghadapi Perang Dunia Kedua. 

Dipecat dari PAS 

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969, PAS menang 12 kerusi Parlimenn termasuk di Parit yang diwakili oleh Hashim Gera . 

Lembaga Disiplin PAS memecat beliau kerana bersama-sama pemimpin Barisan Nasional berjoget lambak dalam satu majlis di lobi parlimen pada 1971. 
 
Di hadapan Jawatankuasa Disiplin,Cikgu Hashim memberitahu ulama Pas, joget adalah tarian bersih. 

"Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari.Bila saya datang, dia (perempuan joget) itu lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari". 

Bagaimanapun Pas menolak penjelasan Hashim itu dan dia tetap dipecat pada 16 Mei 1972 kerana melangkaui agama dan memalukan PAS. 

Selepas dipecat kemudiannya, beliau menjadi ahli parlimen Bebas (1973) . Seterusnya menubuhkan / menyertai parti KITA

Parti KITA / Kesatuan Insaf Tanah Air yang ditubuhkan lemah dan hanya bertahan sehingga pilihan raya 1978.

PAS telah bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional (1972).

Selain itu, Pas juga pernah memecat tokoh berpengaruh di Terengganu seperti Ust Abdul Latif di Besut dan Ust Ghazali Losong.

Bijak berpantun 

YB Hashim Gera dikatakan mampu berpantun semasa ceramah . Jika sejam ceramah, sejam itulah dia boleh berpantun dan menarik hati pendengar termasuk ahli parlimen seperti Madahavan Nair. 

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969, YB Hashim Gera mengalahkan Dato Hussein Nordin (Tan Sri). Hussein Nordin adalah Setiausaha Agung UMNO dan Pengerusi surat khabar Utusan Melayu. 

Keluarga 

Anaknya Salehuddin Hashim juga melompat dari PKR ke UMNO. Salehuddin Hashim meletakkan jawatan Setiausaha Agung PKR dan diganti oleh Saifuddin Nasution Ismail. 

Perbahasan di Parlimen 

Semasa perbahasan di Parlimen pada 18 Ogos 1972, Hashim Gera minta Menteri Kesihatan , Tan Sri Lee Siok Yew penjelasan tentang tayangan filem lucah di Dewan Rumah Sakit Batuk Kering di Hospital Besar Ipoh sebagaimana tersiar dalam surat khabar. 

Beliau juga mahu kerajaan menyediakan peralatan yang lengkap di Hospital Besar Kuala Lumpur bagi mencegah wabak penyakit seperti taun. Pingat hendak diberikan secara berterusan kepada para penderma darah . 

Beliau juga mencadangkan kepada Menteri Pelajaran , Mohamed Yaacob agar buku teks sekolah menggunakan kertas stensilan kerana lebih murah dan cepat bagi mengatasi ketidakcukupan buku teks ketika itu (1971). Indonesia juga menggunakan kaedah itu bagi membantu pelajar miskin. 

Politik Parit, Perak 

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999, dua calon PAS, Ustaz Basir Rahmat, berjaya 'merampas' kerusi Parlimen Parit dan Dr. Faizul Hashim, menewaskan calon BN di Dun Belanja. 

Basir Rahmat berjaya menewaskan Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob yang menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Basir Rahmat memperolehi 12,003 undi, manakala calon BN, Dato' Megat Junid mendapat 10,170. Calon PAS menang dengan majoriti 1,293 undi. 

 Dr. Faizol Hashim, berjaya menewaskan Exco Kerajaan Negeri, Dato' Zaim Abu Hassan, manakala calon KeAdilan, Kapten (B) Usaili Alias, telah menewaskan penyandang Pilihan raya umum Malaysia 1995, yang juga Naib Ketua Umno bahagian Parit, Encik Ismail Hasbollah.

PAS pernah menang di Bota semasa PAS dalam BN. Imam Masjid Ipoh, Ustaz Haji Mohamed Nor Mansor al Hafiz pernah bertanding di DUN Belanja tetapi kalah kepada calon BN, Nasaruddin Alang Saidin. 

Monday, 13 June 2016

Biar "Makin Melayu" Asalkan Bukan Munafik

Terlalu banyak spin dalam penulisan blogger politik. Blogger tersohor atau blogger picisan sama sahaja. Tuduhan melulu tanpa ada rasa bersalah dan rasa berdosa. Berhati-hatilah menerima perkhabaran dan dapatkan terus hala tuju perjuangan dengan mendampingkan diri dengan kepimpinan melalui medium usrah.

بسم الله الرحمن الرحيم يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ 

Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah al-Hujurat [49]: 6)


Perjuangan perlu diteruskan dengan keyakinan dan istiqamah.

أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَالَتْ أَوْدِيَةٌ بِقَدَرِهَا فَاحْتَمَلَ السَّيْلُ زَبَدًا رَابِيًا وَمِمَّا يُوقِدُونَ عَلَيْهِ فِي النَّارِ ابْتِغَاءَ حِلْيَةٍ أَوْ مَتَاعٍ زَبَدٌ مِثْلُهُ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْحَقَّ وَالْبَاطِلَ فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الْأَرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ 

"Allah menurunkan daripada langit itu air hujan yang mencurah, lalu mengalir ke lembah-lembah dan mengisi air mengikut kadar keluasan masing-masing. Aliran air itu juga membawa buih yang tidak berfaedah, namun di dalam air itu ada bahan berharga (logam) yang boleh dibakar menjadi perhiasan dan barangan yang mahal harganya, di samping buih itu juga. Allah menjadikan perbandingan di antara hak dan batil. Adapun buih (yang batil) itu hanyut menghilang, dan adapun yang memberi manfaat kepada manusia tetap melekat teguh di bumi. (Begitulah Allah menyatakan perbandingannya)." (Surah Ar-Ra'du, ayat 17)

Sabda Rasulullah SAW :
وَاللهِ لَيُتِمَّنَّ الله هَذَا الأَمْر حَتَّى يَسيرَ الرَّاكبُ مِنْ
      صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَموتَ لاَ يَخَافُ إلاَّ اللهَ والذِّئْب عَلَى
غَنَمِهِ ، ولكنكم تَسْتَعجِلُونَ

"Demi Allah ! Sesunguhnya Allah mesti menyempurnakan urusan Islam (sehingga menang), sehingga orang musafir yang jauh, daripada Sana'a ke Hadramaut (di Yaman) tidak takut lagi (kerana keamanan daripada pelaksanaan undang-undang Islam menentang jenayah khususnya Hudud),(melainkan takut kepada Allah dan takutkan serigala menangkap ternakannya), tetapi kamu terlalu gopoh mahukan kemenangan (tanpa Istiqamah)." – Wallahuaqlam.

Saturday, 4 June 2016

Kenapa Pas Tak Boleh Jadi Penasihat Kerajaan BN

Salahkah jadi penasihat?

MANHAJ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TERHADAP PEMIMPIN YANG ZALIM

Artikel ringkas ini akan cuba menjelaskan manhaj yakni kaedah Ahli Sunnah wal Jamaah dalam bermuamalah atau berhubungan dan bergaul dengan pemimpin yang zalim.

Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) meletakkan permasalahan berkenaan pemimpin ini dalam bab akidah melambangkan betapa pentingnya isu kepimpinan ini sekaligus menafikan dakwaan bahawa Islam adalah agama sekular yang mengasingkan agama daripada politik. Fahaman sekular amat menyelweng daripada akidah Islam keran Islam melihat politik sebagai masalah akidah yang perlu dipelihara.

Pemahaman politik yang terkeluar daripada manhaj ASWJ akan melahirkan kesesatan dalam perkara akidah. Sebagai contoh ajaran Syiah Rafidah yang bukan sekadar sesat bahkan kafir adalah berpunca daripada pergolakan politik.

Selain itu, masalah bagaimana kita perlu bermuamalah dengan pemimpin muslim yang zalim juga termasuk dalam akidah al-Wala’ wa al-Bara’ (Cinta dan Benci kerana Allah)  yang merupakan ikatan iman yang paling teguh.

Pemimpin yang muslim yang melakukan kezaliman termasuklah dalam kategori kedua manusia dalam akidah al-Wala’ wa al-Bara’ iaitu mereka yang berhak mendapat al-wala’ (kesetiaan) dan al-Bara’ (berlepas diri) sekaligus.  Berikut kita jelaskan noktah-noktah penting dalam manhaj ini:

Pertama: Mentaati Pemerintah Adalah Wajib ‘Ain

Mentaati pemerintah kaum muslimin yang beragama Islam adalah fardu ‘ain berdalilkan firman Allah s.w.t dalam surah alp-Nisaa ayat ke-59:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Maksudnya: “Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur’an) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.

Kewajipan taat kepada pemimpin kaum muslimin adalah perkara ijmak dalam kalangan ASWJ bahkan para ulama juga telah ijmak wajibnya memerangi kaum bughah yakni mereka yang menentang pemimpin Islam secara bersenjata.

Kedua: Haram Mentaati Perintah Yang Maksiat

Demikian juga telah ijmak ulama haram terhadap muslim mengikut perintah pemimpin yang membawa kepada maksiat. Ini berdasarkan ayat di atas (surah al-Nisaa: 59) yang mengqaidkan (mengikat) ketaatan kepada pemimpin itu dengan ketaatan kepada Allah s.w.t. 

Demikian juga sabda Rasulullah s.a.w:
إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Ketaatan itu sesungguhnya hanya dalam perkara makruf” [Muttafaq ‘Alaih].

Dan sabda Nabi s.a.w:

السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ

Maksudnya: “Dengar dan Taat itu wajib atas setiap muslim dalam perkara yang dia suka dan benci selama tidak disuruh melakukan maksiat maka apabila dia (pemimpin) menyuruh melakukan maksiat maka tidak boleh dia dengar dan tidak boleh dia taat” [Muttafaq ‘alaih].

Antara contoh dalam tidak mentaati perkara maksiat adalah sebagaimana hadis dalam sahih al-Bukhari dan Muslim bahawa seorang panglima perang yang dilantik Rasulullah s.a.w dalam satu sariah memerintahkan para prajuritnya untuk masuk dalam api lalu mereka semua enggan. Sehingga akhirnya kemarahan panglima mereka reda dan api pun  padam, mereka pulang ke Madinah dan mengadukan hal itu kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda berkata: “Jika kamu masuk ke dalamnya tentulah kamu tidak akan keluar lagi, sesungguhnya taat itu hanya dalam perkara makruf”.

Ketiga: Wajib Menasihati Pemimpin Yang Zalim.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang sahih lagi masyhur:

الدين النصيحة قلنا لمن ؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم
Maksudnya: “Agama itu adalah Nasihat”. Kami (Sahabt) bertanya: ‘Untuk siapa?’ Jawab baginda: “Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan awam mereka”. [Muslim].

Dan sabda Nabi s.a.w:
أفضل الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائر
Maksudnya: “Jihad yang Afdal adalah perkataan yang benar di sisi pemimpin yang zalim” [Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasai, Ibn Majah, dan Ahmad dan hadisnya sahih].

Nasihat kepada pemimpin itu hendaklah dilakukan dengan bahasa yang paling baik dan paling lunak serta dalam keadaan yang terhormat serta haram mencela dan mengaibkan pemimpin depan khalayak ramai berdasarkan firman Allah s.w.t:

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (43) فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى (44)

Maksudnya:  “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”. [Taha: 43&44].

Istidlalnya adalah jika kepada Firaun yang kafir pun Allah s.w.t memerintahkan Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s bercakap secara lemah lembut maka lebih utama lagi dilakukan kepada pemimpin Islam.

Sabda Nabi s.a.w:

من أراد أن ينصح لذى سلطان بأمر فلا يبدله علانية ولكن ليأخذ بيده فيخلو به فان قبل منه فذاك وإلا كان قد أدى الذى عليه
Maksudnya: “sesiapa yang hendak menasihati pemimpin akan sesuatu urusan maka janganlah dia melakukannya terang-terangan tetapi pegnaglah tangannya dan bersendirianlah dengannya (lalu nasihatlah), jika dia (pemimpin) menerimanya maka demikianlah yang dikehendaki, jika tidak maka dia telah melaksanakan tanggungjawabnya”. [Ahmad, sahih].

Dalam hadis ini menjelaskan wajibnya menasihati pemimpin dan wajib pula melakukannya dengan cara yang baik. Dalam sebuah riwayat dinyatakan:

عن زياد بن كسيب العدوي قال كنت مع أبي بكرة تحت منبر ابن عامر وهو يخطب وعليه ثياب رقاق فقال أبو بلال : أنظروا إلى أميرنا يلبس ثياب الفساق فقال أبو بكرة اسكت سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول من أهان سلطان الله في الأرض أهانه الله

Maksudnya: Daripada Ziyad bin Kasib al-Adwi katanya: Aku bersama Abu Bakrah di bawah minbar Ibn Amir ketika dia sedang berkhutbah dengan memakai pakaian yang nipis maka berkata Abu Bilal: ‘Lihat pemimpin kita itu, dia memakai pakaian orang fasiq’. Maka berkata Abu Bakrah r.a: Diamlah, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang menghina Sultan Allah di bumi maka Allah akan menghinanya”. [al-Tarmizi, sahih].

Oleh itu, jelas sekali dalam manhaj Syarak yang benar, perbuiatan berdemonstrasi dan protes jalanan membantah pemimpin yang zalim adalah maksiat dan perbuatan itu hanyalah menambah dosa atas dosa semata-mata.

Abu Ishaq al-Sabi’i r.h, daripada pembesar ulama Tabiin berkata:
ما سب قوم أميرهم، إلا حرموا خيره
Maksudnya: “Tidak ada suatu kaum yang mencerca pemimpin mereka melainkan akan terhalang daripada mendapat kebaikannya”. [al-Tamhid, Ibn Abdil Barr, al-Fitan, Abu Amru al-Dani].
Keempat: Haram Memberontak dan Menggulingkan Pemerintah Yang Zalim

Walaupun disuruh kita tidak mengikuti perintah yang berunsur maksiat, namun pemimpin yang menyuruh melakukan maksiat atau melakukan maksiat hanya wajib dinasihati secara baik dan tidak boleh digulingkan dengan kekerasan atau menderhaka kepadanya. Sabda Rasulullah s.a.w:

Dalilnya hadis Muslim dan Ahmad berikut:

عن عوف بن مالك عن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال ( خيار أئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم ويصلون عليكم وتصلون عليهم وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم ويلعنونكم ) قيل يا رسول الله أفلا ننابذهم بالسيف ؟ فقال ( لا ما أقاموا فيكم الصلاة وإذا رأيتم من ولا تكم شيئا تكرهونه فاكرهوا عمله ولا تنزعوا يدا من طاعة )

Maksudnya: Daripada Auf bin Malik daripada Rasulullah s.a.w sabda baginda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu suka dan mereka menyukai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci dan mereka benci kepada kamu, kamu melaknapt mereka dan mereka melaknat kamu”. Kata para sahabat: ‘wahai Rasulullah, apakah tidak boleh kami memerangi mereka?’ Jawab baginda: “Tidak boleh selagi dia mendirikan solat dalam kalangan kamu dan jika kamu melihat pemimpin kamu melakukan sesuatu yang dia benci maka bencilah amalannya tetapi jangan cabut tangan dari mentaatinya (dalam makruf)”.

Hadis ini tidaklah menunjukkan bolehnya melaknat pemimpin kerana tidak boleh sama sekali melaknat seseorang muslim tetapi melaknat amalan pemimpin tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w:

(ستكون أمراء فتعرفون وتنكرون فمن عرف برئ ومن نكر سلم ولكن من رضي وتابع ) قالوا أفلا نقاتلهم ؟ قال ( لا ما صلوا )

Maksudnya: “Akan ada nanti pemimpin-pemimpin yang kamu suka amalan mereka dan ada yang kamu benci (kerana ianya maksiat), sesiapa yang mengenal pasti maksiat yang dilakukan maka dia terlepas, sesiapa yang ingkar dia selamat, tetapi (yang binasa) adalah yang reda dan mengikut”. Para Sahabat berkata: ‘Apakah tidak boleh kami memerangi mereka?’ Kata baginda: “Tidak boleh selagi mereka bersolat”. [Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, Ahmad].

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

( يكون بعدي أئمة لا يهتدون بهداي ولا يستنون بسنتي وسيقوم فيهم رجال قلوبهم قلوب الشياطين في جثمان إنس ) قال قلت كيف أصنع ؟ يا رسول الله إن أدركت ذلك ؟ قال ( تسمع وتطيع للأمير وإن ضرب ظهرك وأخذ مالك فاسمع وأطع )

Maksudnya: “Akan ada selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak mengikut sunnahku dan akan ada dalam mereka lelaki-lelaki yang berhati syaitan berbadan manusia”. Kata Huzaifah:’Aku bertanya: Maka bagaimana aku harus lakukan wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: “Kamu dengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah”. [al-Bukhari & Muslim, lafaz bagi Muslim].

Sabda Rasulullah s.a.w:

مَنْ كَرِهَ مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا فَلْيَصْبِرْ فَإِنَّهُ مَنْ خَرَجَ مِنْ السُّلْطَانِ شِبْرًا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

Maksudnya: “Sesiapa yang membenci akan perbuatan pemimpinnya (yang maksiat) maka bersabarlah kerana sesungguhnya sesiapa yang keluar menentang pemerintah sejengkal lalu mati, maka dia mati sebagai orang jahiliah”. [al-Bukhari & Muslim]

Syarat untuk keluar memberontak adalah apabila pemimpinnya menjadi kafir maka ketika itu wajib atas kaum muslimin melucutkan jawatannya dengan cara yang paling elok dan jika tidak ada jalan lain melainkan perang maka hendaklah berperang jika tidak hendaklah mereka berhijrah. [Syarah Tahawiyah min Kalam Ibn Taimiah, 86&87].

Ini sebagaimana sabit dalam hadis al-Bukhari dan Muslim daripada Ubadah bin al-Samit r.a katanya:

دَعَانَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَايَعْنَاهُ فَقَالَ فِيمَا أَخَذَ عَلَيْنَا أَنْ بَايَعَنَا عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي مَنْشَطِنَا وَمَكْرَهِنَا وَعُسْرِنَا وَيُسْرِنَا وَأَثَرَةً عَلَيْنَا وَأَنْ لَا نُنَازِعَ الْأَمْرَ أَهْلَهُ إِلَّا أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا عِنْدَكُمْ مِنْ اللَّهِ فِيهِ بُرْهَانٌ

Maksudnya: “Rasulullah s.a.w memanggil kami lalu baginda mengambil baiat daripada kami dan antara yang baginda syaratkan adalah dengar dan taat (pada pemimpin) dalam perkara yang kami suka dan benci (selagi bukan maksiat), dalam keadaan senang dan susah kami dan dalam perkara yang merugikan kami dan janganlah kami menandingi hak ahlinya melainkan kamu melihat kufur yang jelas yang padanya kamu mempunyai dalil di hadapan Allah nanti”.

Berkata al-Qadi ‘Iyadh r.h:
لو طرأ عليه الكفر انعزل
Maksudnya: “Jika dia (pemimpin) menjadi kafir (nauzubillah min zalik) maka dia terlucut jawatan..” [Syarah Sahih Muslim li al-Nawawi, 12/229].

Berkata Imam Abul Hasan al-Asy’ari r.h:

ونرى الدعاء لأئمة المسلمين بالصلاح والإقرار بإمامتهم وتضليل من رأى الخروج عليهم إذا ظهر منهم ترك الاستقامة
وندين بإنكار الخروج بالسيف وترك القتال في الفتنة

Maksudnya: “dan kami berkeyakinan wajibnya mendoakan kebaikan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan kestabilan pemerintahan mereka serta menyesatkan sesiapa sahaja yang berpendapat bolehnya menderhaka kepada pemimpin yang zalim dan kami beriman haramnya memberontak dengan senjata dan kami beriman perlu meninggalkan berperang dalam fitnah”. [al-Ibanah, 1/11].

Jelas daripada kenyataan Imam al-Asy’ari ini, ASWJ bersepakat haramnya memberontak kepada pemerintah selama dia muslim dan beriman walaupun dia melakukan maksiat dan berlaku zalim.

Analoginya mudah, apabila ibu bapa kita melakukan maksiat atau menyuruh kita melakukan maksiat maka kita wajib mengingkari maksiat tersebut tetapi kita tidak boleh memutuskan nasab kita dengan mereka.

Imam Abu Jaafar al-Tahawi r.h menyatakan dalam kitab Aqidah beliau:

-“ولا نرى الخروج على أئمتنا وولاة أمورنا وإن جاروا ولا ندعو عليهم ولا ننزع يدا من طاعتهم ونرى طاعتهم من طاعة الله عز وجل فريضة، ما لم يأمروا بمعصية، وندعو لهم بالصلاح والمعافاة.”

Maksudnya: “dan kami tidak percaya sama sekali bolehnya keluar menetang pemerintah walaupun mereka berlaku zalim dan kami tidak akan mendoakan keburukan atas mereka dan tidak akan menderhaka pada mereka bahkan kami berpendapat mentaati mereka termasuk taat kepada Allah Azza wa Jall dan ianya fardu (wajib) selama mereka tidak menyuruh melakukan maksiat dan kami mendoakan bagi mereka kebaikan dan kemapunan”. [Syarah Tahaiwah min Kalam Ibn Taimiah, 85].
Contoh Ulama al-Salaf dalam Berhadapan Kezaliman Pemimpin

Imam Abu Hanifah r.h: Beliau telah dipenjarakan oleh Khalifah al-Mansur al-Abbasi hanya kerana tidak mahu menerima jawatan Qadi (Hakim). Abu Hanifah r.h tidak pernah sama sekali membenarkan kaum muslimin menentang atau memberontak terhadap al-Mansur sehingga beliau wafat dalam penjara.

Imam Malik bin Anas r.h: Di zaman beliau terdapat pemberontakan terhadap al-Mansur (yakni Khalifah al-Mansur yang menghukum Abu Hanifah tadi) kemudian pemberontak ini berjaya menawan Madinah dan dipaksa untuk membaiat pemimpin mereka. Imam Malik enggan menderhaka pada Khalifah dan sanggup diseksa walaupun diketahui al-Masnur seorang yang zalim.

Imam al-Syafii r.h: Beliau telah ditangkap dan ditahan tanpa usul periksa dan dituduh sebagai pemberontak oleh Khalifah Harun al-Rasyid r.h, namun Imam Syafii setelah dibebaskan tidak pernah berdendam dengan khalifah bahkan sentiasa mendoakan kebaikan buat beliau.

Imam Ahmad bin Hanbal r.h: Khalifah al-Makmun dan al-Muktasim telah menyiksa beliau kerana keengganan menurut perintah maksiat mereka mengatakan al-Qur’an makhluk. Namun, Imam Ahmad melarang para pengikutnya yakni ASWJ memberontak.

Kesimpulan

Apa yang kami bentangkan ini semuanya berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, bukanlah berdasarkan hawa nafsu dan emosi. Kami menasihatkan kaum muslimin yang kami cintai sekalian untuk berpegang teguh dengan Manhaj ASWJ ini dalam semua aspek kehidupan mudah-mudahan kita berjaya dunia dan akhirat.

Ingatlah, Umat Muhammad yang diakhir zaman ini tidak akan berjaya melainkan mereka mengikut jejak langkah yang telah dilalui oleh pendahulu mereka yang soleh yang telah berjaya dunia dan akhirat. Wallahua’lam. - Menurut Pandangan Muhammad Asrie bin Sobri, Pertubuhan ILMUAN Malaysia.

Masih Dalam Mood "Eddah" Tak Sempat Turun, Selamat Berpuasa

Maaf, masih dalam mood "Eddah" jadi tak sempat turun ke Penamaan Calon sama ada bagi PRK Kuala Kangsar ataupun Sungai Besar.

Apapun, dipetik beberapa gambar daripada blog-blog politik tanah air untuk kenangan dan landskap politik malaysia yang semakin matang.

Selamat berjuang wira-wira politik negara demi kesinambungan corak pemerintahan cara kita.


















PRK Kuala Kangsar BN yang diwakili calonnya, Mastura Mohd Yazid akan menentang calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad, calon AMANAH yang diwakili Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary. 

Sementara itu PRK Sungai Besar pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru selepas SPR menerima tiga borang pencalonan. 

Dalam PRK berkenaan, Budiman Mohd Zohdi daripada BN akan berdepan lawannya, Azhar Abdul Shukur daripada AMANAH dan Abdul Rani Osman daripada PAS. Selamat berjuang kepada parti-parti yang bertanding.
 
KEPADA UMAT ISLAM, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA INSYAALLAH ESOK

PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar : Dalam Kenangan




JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung


widgeo.net

Search This Blog

FB

There was an error in this gadget

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR