Wednesday, 30 May 2012

Munajat Perdana PRU ke-13 Peringkat Negeri Perak

 
 Sebahagian tetamu yang hadir ke Program Munajat Perdana Peringkat Negeri Perak

Masjid Tinggi, Bagan Serai - 30 Mei 2012 , PAS negeri Perak telah berjaya menganjurkan program Munajat Perdana Pilihan Raya Umum ke 13 bertempat di Masjid Tinggi pada 29 Mei, semalam.

Program  dimulakan dengan majlis berbuka puasa (sunat), solat maghrib, zikir munajat dan bacaan doa pimpinan Tuan Guru Hj. Salleh Musa yang diundang khas dari Sik, Kedah.

Majlis diserikan lagi dengan kuliah maghrib yang berkisar tentang perjuangan untuk mendaulatkan Islam.

Solat sunat hajat dan munajat perdana menyusul selepas solat Isyak.

Antara pimpinan yang hadir ialah Pesuruh Jaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar , Saf kepimpinan PAS negeri Perak,Adun-adun PAS Perak, Tn. Guru Hj Salleh Musa dan rombongan serta pimpinan-pimpinan kawasan.

Jabatan Amal dan pasukan keselamatan bekerjasama mengawal kesesakan lalu lintas.Kelihatan juga pasukan dari Unit Risikan dan Jenayah berganding bahu mengawal ketenteraman dan turut bermunajat bersama-sama jemaah lain.

Dianggarkan lebih 1000 orang menghadiri program yang julung-julung diadakan di sini.

Majlis berjalan lancar tanpa ada sebarang kejadian tidak diingini walaupun terdapat beberapa bantahan yang dikemukakan oleh UMNO Bahagian Bagan Serai.

ABU: "Hijaukan" bumi Tuhan.

Laporan : Abu Solleh.

1 comment: