Saturday, 19 May 2012

Nizar Pembohong Bersiri, Apakah Tragedi Tualang Sekah Akan Berulang di Matang Gerdu

Ketika ini sedang berlangsung ceramah Umum Pakatan Rakyat anjuran Pas Kawasan Bagan Serai

Tarikh : 19.05.2012
Jam : 9.15 malam
Tempat : Markaz Pas Matang Gerdu,Bersebelahan Masjid Matang Gerdu.
Penceramah : YB Dato' Sri Ir Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruh jaya 2 Pas Perak dan Saudara Ustaz Zawawi Abu Hassan, Ketua Pemuda Pas Perak.

Manakala bersebelahan masjid dilangsungkan pula siri ceramah UMNO Barisan Nasional dengan siri ceramah sempena ulang tahun ke 66 UMNO dan fokus utamanya ialah "Nizar Pembohong Bersiri". 

Ceramah di Tualang Sekah beberapa hari yang lalu telah menarik minat DS Nizar hadir dan duduk di barisan hadapan ceramah tersebut. 

Antara penceramah UMNO Barisan Nasional ialah: Dato' Hamdi, ADUN  Pengkalan baru dan seorang lagi penceramah Ustaz Wan Ji (Dr. UMNO Kedah) yang diundang dari negeri Kedah.

Apakah tragedi Tualang Sekah akan berulang?

Pasukan Keselamatan, Unit Amal dan anggota RELA ditugaskan untuk mengawal keadaan.

Rentetan Peristiwa;

10.14.26 pm
Tidak ramai yang hadir ke khemah UMNO sekitar 40 hingga 60 orang. Bangku-bangku kosong diisi oleh anggota rela dan pasukan keselamatan yang bertugas.

Dianggarkan lebih 1000 orang berada di kawasan ceramah Pas. Unit amal dan Pasukan Keselamatan berkawal di antara tempat ceramah Pas dan UMNO Barisan Nasional. Saudara Ustaz Zawawi Abu Hassan, Ketua Pemuda Pas Perak menyampaikan ceramah.

10.30 pm

DS Nizar tiba dan turun di hadapan tempat ceramah, di sambut oleh anak-anak muda membawa bendera dengan laungan takbir. UMNO Barisan Nasional hanya menayangkan slide siri "Pembohongan Nizar".

Penyokong Pakatan berada di sekitar khemah tempat ceramah UMNO Barisan Nasional untuk meninjau hujah-hujah yang dilontarkan oleh penceramah. Penyokong Pakatan akhirnya kembali ke kawasan ceramah Pas setelah DS Nizar menyampaikan ceramah.

11.30 pm.

Umno Barisan Nasional menamatkan ceramah mereka. Tiada isu semasa yang dapat memikat hadirin sebaliknya isu-isu lapuk dan sudah tidak releven di ketengahkan.Antaranya suasana kecoh semasa persidangan DUN Perak. Hadirin akhirnya berkunjung ke tapak ceramah Pas untuk meninjau dan membeli-belah di gerai-gerai jualan penganjur ceramah Pas.DS Nizar masih meneruskan ceramahnya.


Ceramah berlangsung dengan baik dan harmoni.Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.Sebanyak RM 1500.00 telah berjaya dipungut dalam ceramah Pas untuk dana PRU ke-13.

DS Nizar menamatkan ceramahnya tepat pada pukul 12.30 malam.

Sumber: Unit Amal Bagan Serai/Pusat Khidmat ADUN Selinsing.

No comments:

Post a Comment