Sunday, 3 November 2013

PRK Sungai Limau, Lebih 50 Peratus Sudah Keluar Mengundi



JERAI 4 Nov. - Sebanyak 55 peratus atau 15,046 orang daripada 27,222 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau telah mengundi bagi pilihan raya kecil DUN itu setakat 12 tengah hari ini, kata jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyifatkan peratusan keluar mengundi di DUN Sg Limau merupakan antara rekod terbaik dalam sejarah pilihan raya negara, dengan 15 peratus keluar mengundi setiap jam setakat ini.

Beliau berkata, jika trend itu dikekalkan, peratusan keluar mengundi mampu mencapai 60 peratus tengah hari ini, katanya kepada pemberita ketika meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Dulang di sini, hari ini.

"Keadaan ini mungkin berlaku kerana cuaca baik. Pengundi-pengundi terutama warga emas keluar awal sejak pagi. Kita boleh nampak dan setiap saluran pun beratur panjang," katanya.

Abdul Aziz dalam pada itu menyarankan para pemimpin parti menasihati penyokong mereka agar tidak agresif atau menggunakan kata-kata provokasi yang boleh menyakiti hati pihak lawan, SPR dan para petugas lain.

"SPR adalah badan bebas yang datang untuk melihat perancangan berjalan baik atau tidak. Kalau kita lihat ada perkara perlu ubah, kita akan lakukan perubahan," tegasnya. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment