Friday, 11 July 2014

Palestin sudah bersiap sedia , Kita? Bukankah ini masa terbaik?

12 Julai 2014
Askar Israel menunggu 'lampu hijau' untuk meratah rakyat Palestin

GAZA- Palestin kini bersiap sedia menghadapi ancaman 40,000 tentera Zionis yang akan dilancarkan pada bila-bila masa melalui Operasi Perlindungan Sempadan.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan perkara itu dan meminta semua penduduk bersedia, lapor Press TV.

"Segala usaha saya untuk menamatkan keganasan gagal. Namun kami tidak akan putus asa mempertahankan tanah ini sungguh pun Israel terus mendesak supaya meninggalkan tanah ini.

"Kami tidak mempunyai senjata, tetapi kami akan tetap teguh mempertahankan negara ini. Jika Israel mempunyai peluru berpandu dan senjata, ini tidak bermakna kita akan menyerah diri,“ katanya.

Menurutnya, Palestin bersedia untuk melakukan gencatan senjata jika dipersetujui Israel tetapi hingga kini negara itu masih berdiam dan enggan berbincang sungguh pun mendapat nasihat dan teguran negara lain.

Semalam beliau meminta rakyat Palestin yang tinggal berhampiran sempadan dengan Israel supaya meninggalkan kediaman mereka dan bergerak menuju ke Genting Gaza.

Erdogan beri amaran kepada Israel supaya hentikan serangan di Gaza


2014/07/11
 
ANKARA: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata hubungan Turki-Israel tidak akan pulih seperti sedia kala selagi negara Yahudi itu meneruskan serangannya di Gaza.

Turki dan Israel sudah lama berusaha untuk menambah baik hubungan mereka selepas komando Israel menyerang kapal pro-Palestin pada 2010, yang mengorbankan lapan warga Turki dan seorang keturunan Turki-Amerika.

Israel memohon maaf kepada Turki bagi kematian itu dan bersetuju membayar pampasan di bawah usaha membabitkan Amerika Syarikat pada 2013.

Pada Mac lalu, pegawai Turki berkata kedua-dua pihak sudah hampir mencapai persetujuan untuk memulihkan perhubungan.

Erdogan bagaimanapun dengan tegasnya semalam memberi amaran kepada Israel, “Hentikan serangan ini. Selagi ia tidak dihentikan, perhubungan sedia kala antara Turki dan Israel tidak mungkin berlaku.”

Erdogan bercakap dalam kempennya dalam pertandingan presiden Ogos hadapan.- AP

4000 Bilah Parang Terbang Ke Gaza Selapas Solat Subuh

Bismillah,dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang.kami selaku pengamal ilmu kerohanian berjanji kepada ummah dan Melayu, selepas solat subuh nanti , kami akan mula menghantar 4000 bilah parang terbang ke gaza . Demikian kami mahu bermohon pada kalian , berdoalah , supaya semuanya berterbangan dengan lancar, dan parang tersebut tidak tersangkut dimana-mana leher anak gaza . amin

Aku tak tau nak percaya atau tak..tidak menolak Kuasa Allah.. TAPI.. Nabi muhammad yang pangkatnya Rasul pon pergi berjihad dgn tubuh badan sendiri di medan.. Ni kita yang tak da apa nih just hantar parang terbang saja?

Hurm...manusia zaman sekarang pelik-pelik banyak.- http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/
 
ABU: ??????? bodo!

No comments:

Post a Comment