Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday 27 July 2015

ZAHID HAMIDI DILANTIK TIMBALAN PERDANA MENTERI

Dikatakan PM DS Najib Tun Razak telah membuat tindakan paling drastik dengan menggantikan TS Muhyiddin Yassin dengan Dato Sri Zahid Hamidi. Dalam kalangan mereka yang memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet juga dirombak hampir 100%.Sejauh manakah kebenarannya?

Kabinet Dirombak
Desas-desus mengenai rombakan Kabinet oleh YAB Perdana Menteri akhirnya terjawab. Berikut adalah senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Mohd Najib Razak

Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Leow Tiong Lai

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam

Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
 Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Dauglas Uggah Embas

Rombakan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Menurut Najib, keputusan rombakan kabinet adalah untuk memperkukuhkan barisan Jemaah Menteri dalam menghadapi cabaran menguruskan negara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Keputusan saya menggantikan Muhyiddin dengan Ahmad Zahid serta empat orang menteri dan seorabg Timbalan Menteri serta dan perubahan portfolio dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran,” katanya.

Beliau berkata perubahan itu bagi memastikan pentadbiran di bawahnya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat pada PRU13.

“Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan negara, serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan,” katanya.

Menurut Najib, beliau boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan namun sebagai anggota Kabinet perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.

“Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama ataupun ‘collective responsibility.

“Keputusan untuk menggantikan Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu,” kata Najib - Awani.

ABU: Landskap politik makin menarik.Bang Mat and the Gang... pergi la pujuk bekas TPM cepat...

Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah Letak Jawatan

Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah hari ini mengesahkan bahawa beliau telah menyerahkan tugasnya kepada timbalannya, Dr Rosli Allani Abdul Kadir kerana mahu menggerakkan Gerakan Harapan Baru (GHB) Kelantan.

“Saya kini bersama Harapan Baru. Jadi untuk berlaku adil kepada PAS dan GHB, saya buat keputusan memberi mandat kepada timbalan saya untuk menjalankan tugas-tugas parti.

“Jadi selepas ini saya tidak akan memanggil atau menghadiri mesyuarat PAS Kawasan Kota Bharu lagi. Semua tugas akan dipikul oleh Dr Rosli Allani,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Menjelaskan mengenai status terkininya dalam PAS, Wan Abdul Rahim menegaskan bahawa beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu.

“Saya tak lepaskan jawatan…saya hanya mandatkan tugas saya kepada timbalan. Saya juga masih ahli PAS.

“Kedudukan sebagai YDP masih sah sehingga 2017. Keputusan saya ini juga diterima dan dihormati oleh AJK PAS Kawasan Kota Bharu,” katanya.

Diminta mengulas kemungkinan tindakannya itu merupakan isyarat kepada kebangkitan GHB di Kelantan, Wan Abdul Rahim bagaimanapun tidak mahu dilihat sebagai punca perpecahan dalam PAS.

“Ini keputusan peribadi saya. Malah ketika mesyuarat pada 15 Julai lalu juga saya tidak beri keizinan kepada AJK PAS Kawasan Kota Bharu untuk ikut saya menyertai GHB.

“Biarlah saya mencari pengaruh di kalangan akar umbi, bukan di kalangan orang yang berjawatan dalam PAS,” katanya lagi.

Baru-baru ini, GHB menyenaraikan pengerusi peringkat negeri iaitu Wan Rahim (Kelantan), Aminul Huda Hassan (Johor), Asmuni Awi (Perak), Dr Mohd Hatta Ramli (Wilayah Persekutuan), Dr Ismail Salleh (Kedah), Dr Hamzah Jaafar (Pahang), Hamzah Abdullah (Sabah), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (Sarawak), Ir Izham Hashim (Selangor), Adly Zahari (Melaka) dan Zulkifli Mohamad Omar (Negeri Sembilan).

Difahamkan, selain Wan Rahim, Hamzah Abdullah juga masih memegang jawatan Yang Dipertua PAS Batu Sapi; Abang Ahmad Kerdee, Yang DiPertua PAS Kawasan Batang Lupar dan Ir Izham, Yang Dipertua PAS Kelana Jaya.

Sementara yang lain adalah bekas-bekas pemegang jawatan dalam PAS; Aminul Huda, bekas Persuruhjaya PAS Johor; Asmuni Awi, bekas Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perak; Dr Mohd Hatta, bekas Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat; Dr Ismail, bekas Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah; Dr Hamzah, bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang; Adly Zahari, bekas Pesuruhjaya PAS Melaka dan Zulkifli, bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan lain, Wan Rahim juga turut mengesahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan digugurkan sebagai ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kota Bharu.

“Ini semua tak ada kaitan dengan Harapan Baru…ini bukan mainan GHB. Saya hormati Datuk Takiyuddin seperti adik saya, beliau juga adalah anak didik saya dalam PAS Kota Bharu.

“Kami sedar tugasnya yang sibuk sebagai Setiausaha Agung. Saya tak mahu rekod kehadirannya buruk hingga menjejaskan reputasi sekiranya beliau banyak kali tidak hadir mesyuarat,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Bagaimanapun, katanya, Takiyuddin tetap akan dijemput menghadiri mesyuarat Dewan Harian PAS Kawasan Kota Bharu atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu.

“Beliau boleh hadir pada bila-bila masa dalam mesyuarat Dewan Harian, tak ada halangan untuknya lebih-lebih lagi atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung PAS,” katanya.

Wan Rahim berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan PAS Kota Bharu menguggurkan Takiyuddin sebagai AJK Kawasan berkenaan yang dibuat dalam mesyuarat pada 15 Julai lalu.

Menurutnya, keputusan menguggurkan Takiyuddin sebagai AJK dipersetujui oleh sebahagian besar ahli yang hadir pada mesyuarat berkenaan. - mStar Online

Takiyuddin merupakan AJK yang dilantik selepas beliau menarik diri daripada mempertahankan jawatannya selaku timbalan YDP kawasan itu dalam pemilihan parti itu awal tahun ini.

Friday 3 July 2015

RAMADHAN DAN AL-QURAN: PERISYTIHARAN PERANG KEPADA HAWA NAFSU YANG JAHAT

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ،
فيا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ اِتَّقُوْا اللهَ اُوْصِيْكُمْ وَاِيّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Wahai hamba-hamba Allah! Bertakwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Semoga segala ibadah yang kita sedang lakukan ini menambah lagi ketakwaan kita kepada Allah. Mari kita teruskan segala bentuk ibadah ini agar takwa tetap melekat di sanubari kita sehingga kita menemui Allah.

Antara hikmah terbesar kita berpuasa ialah bagaimana kita dilatih untuk mengawal hawa nafsu. Hawa nafsu yang tidak terkawal akan mnjerumuskan kita kepada berbagai bentuk keburukan. Allah berfirman di dalam Surah Yusuf Ayat 53:

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي ۚ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٥٣﴾

Bermaksud: "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Kita perlu faham bahawa hikmah puasa ini bukan hanya penting untuk kita yang berpuasa secara individu tetapi ia juga sangat penting kepada umat Islam sebagai hamba-hamba Allah yang berada dalam kem memenangkan peraturan Allah berhadapan jahiliyyah versi moden yang cuba memenangkan hawa nafsu.

Kumpulan oengamal seks songsang, homoseksual baru-baru ini meraikan kemenangan mereka apabila Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat memutuskan bahawa undang-undang negara itu telah mengiktiraf perkahwinan sejenis menyertai 50 negara yang lain di dunia ini. Dalam perbicaraan pada hari Jumaat lepas, keputusan 4-5 oleh para hakim telah dicapai sekaligus membatalkan undang-undang di peringkat negara yang melarang perkahwinan sama jantina itu di seluruh negara. Sementara itu di White House Rose Garden selepas keputusan mahkamah dibuat, Presiden barrack Obama yang berucap di hadapan media berkata, "Negara kita diasaskan dengan prinsip bahawa kita semua dicipta sama rata. Setiap generasi mahukan sesuatu perkara itu disesuaikan dengan realiti yang berubah mengikut masa," katanya. "Hari ini adalah langkah besar dalam usaha kita menuju kesama rataan. Pasangan gay dan lesbian sekarang memiliki hak untuk berkahwin sama seperti orang lain," katanya sambil menulis hashtag #lovewins.

Ini adalah satu contoh hawa nafsu buas manusia dimenangkan dan diberi kekuatan undang-undang atas nama hak kesama rataan yang menjadi slogan keramat seluruh dunia pada hari ini. Pusingan kali ini dimenangi oleh pemuja-pemuja hawa nafsu.

Di Malaysia sudah muncul generasi pewaris-pewaris pemuja hawa nafsu juga berselimut dalam perjuangan hak kesama rataan. Bermula secara kecil-kecilan tetapi akhirnya nanti akan lebih parah jika pejuang kem yang memenangkan hak Allah tidak bingkas menentang. Memenangkan cara berpakaian ahli gimnastik, memutar belitkan pemahaman tegas Al-Quran terhadap kewajipan menutup rambut ke atas wanita muslimah secara konsisten dari dahulu lagi oleh Sisters In Islam, mempertikaikan etika berpakaian sopan bagi pelanggan di sesetengah agensi berkewajipan. Ini sangat bertentangan dengan firman Allah:
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٣١﴾

Bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (dari memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nur: 31)

Sangat celuparnya pejuang-pejuang hawa nafsu manusia memenangkan kem mereka sedangkan kem kem yang mahu memenangkan agama Allah masih bersuara lembut atas alasan strategi dakwah. maka hukum hakam Al-Quran hanya ditadarus bukan diguna untuk mengurus.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Khutbah Kedua
الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ 
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ،
فيا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ اِتَّقُوْا اللهَ اُوْصِيْكُمْ وَاِيّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Mulianya Ramadhan ini kerana diturunkan di dalamnya Al-Quran mulianya umat ini apabila ia memuliakan Al-Quran.

عَنْ عُمَرَ الْخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنهُ قَالَ : قَالَ رَسُول اللهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ

Daripada Umar bin Al-Khattab bahawasanya Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah mengangkat dengan kitab ini beberapa kaum dan merendahkan dengan kitab ini kaum yang lain. (Hadis Riwayat Muslim)

Memuliakan Al-Quran ialah dengan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran serta terus-terusan berjuang menegakkan kehidupan ini dengan panduan Al-Quran sepenuhnya samada bernegara, berekonomi dan sebagainya.

Pemuja hawa nafsu ini berusaha sedaya upaya menjarakkan umat Islam dari mendekati Al-Quran. Digambarkan payahnya hendak membaca Al-Quran, kalau dibaca pun memadai hanya dengan bacaan yang merdu, kalau dihafaz pun, cukup sekadar hafazan. Projek menjarakkan umat Islam dari memahami Al-Quran adalah projek mega kerana hasilnya sangat berbaloi. Ini adalah formula jaminan kemenangan kem jahiliyyah ke atas kem syariat Allah. Allah berfirman dalam Surah Fushshilat Ayat 26:

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَـٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ ﴿٢٦﴾ 


Bermaksud: Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah ia (dengan nyanyian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacaannya)!"

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Kita masih melayari bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini dengan penuh keinsafan dan kesabaran betapa pentingnya kita sentiasa mematuhi setiap anjuran Islam dalam kehidupan harian. Khatib juga ingin mengingatkan bersempena bulan yang mulia ini marilah kita memelihara batas-batas agama termasuklah memilih makanan yang menjadi juadah berbuka puasa mahupun bersahur dengan makanan halalan toiyiba. Marilah kita memastikan bahawa setiap makanan atau minuman yang melintasi tekak lalu memasuki perut kita dan seluruh ahli keluarga kita adalah halal. Firman Allah dalam Surah An-Nahl Ayat 114:
فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ ﴿١١٤﴾

Maksudnya: Maka makanlah daripada apa yang Allah kurniakan kepada kamu dalam keadaan halal dan baik serta bersyukurlah akan nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah.

Pilihlah makanan dan minuman yang halal dan tinggalkanlah yang haram mahupun yang syubhah. Begitu juga halnya dengan pembelian barang kegunaan harian termasuk persiapan menyambut 'Eidul Fitri, maka pilihlah barangan yang diyakini berstatus halalan toiyiba sahaja khasnya memiliki sijil pengesahan halal Malaysia. Semoga Allah akan sentiasa memelihara kita dari sumber makanan dan minuman yang haram.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ.
 اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلْطَان نَزْرِين معزالدين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن محب الدين شاه المغفورله بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ وَكَذَلِكَ توانكو زَارَ سَالِم
 رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.



Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR