PECAH BERITA! 68 Penduduk Kiulu Keluar BN Sertai KEADILAN!
Kubu kuat Barisan Nasional (BN) berjaya dipecahkan lagi di Sabah!
Bekas Sarjan
Mejar, Eddie Maringking mendahului senarai bekas pemimpin BN menyerahkan
68 borang keahlian menyertai KEADILAN dari penduduk Kampung Togop, di
DUN Kuilu, dalam parlimen Tuaran dalam satu majlis ceramah di kampung
itu malam tadi.
Borang tersebut
diserahkan kepada ahli majlis pimpinan KEADILAN negeri, Ansari Abdullah
yang juga merupakan Ketua Cabang Tuaran dan disambut dengan laungan "Ini
Kalilah Tukar" oleh ratusan hadirin yang membanjiri tapak ceramah di
kampung itu.
Eddie dalam
ucapannya mewakili kesemua bekas ahli BN menyifatkan gelombang
kebangkitan rakyat di negeri ini sudah tidak dapat disekat lagi hingga
satu majlis yang serupa bakal diadakan di beberapa kampung sekitar
Tuaran dalam masa terdekat.
Malah, satu lagi
majlis penyertaan beramai-ramai keluar BN dan menyertai KEADILAN akan
diadakan hari ini kira-kira jam 4 petang bertempat di Kampung Guakon
dalam DUN Tamparuli, juga dalam parlimen Tuaran.
Menurut Ansari, kebangkitan rakyat luar biasa negeri ini membuktikan
Umno dan BN tidak lagi boleh dipercayai membela nasib rakyat setelah 49
tahun diberi peluang memerintah Sabah yang merdeka dari penjajah British
pada 1963.
Kesan
daripada keputusan ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang keluar
dari BN awal Julai lalu nampaknya kini memberi kesan teruk kepada BN
hinggakan majlis ceramah yang diadakan parti reput itu sejak akhir-akhir
ini langsung tidak mendapat sambutan walaupun menyalahgunakan harta
kerajaan seperti menggunakan van Jabatan Penerangan untuk mengadakan
hebahan kepada penduduk kampung.
Bekas timbalan presiden UPKO itu yang kini memimpin Angkatan
Perubahan Sabah (APS) mesra Pakatan Rakyat dijangka akan dicalonkan
bertanding sekali lagi di parlimen Tuaran tetapi akan turun sebagai
calon KEADILAN dalam pilihanraya umum akan datang.
Dalam masa yang sama, Umno dan BN masih tercari-cari pemimpin yang
sesuai yang boleh menandingi kredibiliti Bumburing yang semakin mendapat
sokongan rakyat setelah keluar dari BN, petanda khidmatnya masih
diperlukan rakyat di parlimen itu.
Tuaran merupakan salah satu daripada 10 kerusi parlimen yang disasarkan
Pakatan Rakyat untuk menang kali ini selain Kota Kinabalu, Tenom,
Pensiangan, Kota Belud, Beaufort, Kota Marudu, Kinabatangan, dan
lain-lain.
Dengan perkembangan terbaru ini, ketua menteri, Musa Aman kini semakin
tertekan dalam misi mempertahankan Sabah dari dirampas Pakatan Rakyat
menjelang pilihanraya umum yang mesti diadakan sebelum 28 April tahun
depan.
Ini kalilah TUKAR!
Sumber: http://jalanpulang1978.blogspot.com/