Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label Artikal Pilihan. Show all posts
Showing posts with label Artikal Pilihan. Show all posts

Friday, 13 December 2013

Kenaikan Harga Barang: Bukan Blogger Pro UMNO Sahaja Menentang Bahkan Dr. Asri Juga Terkeliru

Mutakhir ini dilihat pelbagai pihak tidak putus-putus mempertikaikan kenaikan harga barangan serta pelbagai Caj Perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak pemerintah. Beberapa orang blogger Pro UMNO juga dilihat mula mengiyakan dan membuat komentar serta sinis dalam ruang media sosial mereka. Polemik ini juga menarik perhatian Dr. MAZA untuk mencoretkan 'rasa hatinya'  ke dalam "Face book" beliau.

buat pemerintah yang amat daku kasihi,

aku tahu engkau sentiasa menjaga kepentinganku..betapa sayu hatiku melihat engkau berkorban bersusah payah keranaku..orang-orang di sekelilingmu kesemuanya hidup dalam keadaan yang amat sederhana kerana ingin memberi peluang peningkatan kehidupan rakyat..melihat melihat baju, kenderaan, rumah dan gaya hidup mereka yang amat zuhud dan tawaduk, daku makin terharu..aku simpati kepada mereka kerana tidak berpeluang mengaut semahunya projek-projek mewah dan tiada ruang meratah habuan dari pelbagai kontrak kerajaan..maka pakaian mereka sederhana, cuti mereka dalam pakej biasa sahaja, kereta mereka jenama nasional belaka, wang mereka sekadar yang ada, beg tangan dan berlian mereka seperti rakyat biasa..jasa mereka amat besar kepada negara..pengorbanan dan keikhlasan..daku terharu.


aku tahu engkau kurangkan subsidi gula supaya harga gula meningkat maka daku pun kurang menggunakan gula, lantas bertambah sihatlah daku dan rakyat bawahan yang sepertiku..minyak dan tol dinaikkan agar kami kurang berkenderaan lalu selamat dari kemalangan..tarif elektrik dinaikkan supaya kami tidur awal dan itu baik untuk kesihatan..tambang pengangkutan awam dinaikkan supaya kami berjalan kaki untuk kesihatan diri..ataupun agar kami bertambah zuhud dan menjadi semakin soleh..

cumanya, pemerintahku yang jujur lagi ikhlas yang ku sayangi selalu..kenapakah tidak diturunkan harga-harga makanan berkhasiat seperti susu, sayuran dan seumpamanya agar kami dapat makanan seimbang yang sihat..?

maafkan daku wahai kekasihku pemerintah..aku tahu kau jujur tapi daku masih keliru tentang hal itu.

Tuesday, 22 May 2012

Naib Ketua Pemuda Kampar,Kembali Kepada UMNO Barisan Nasional



“Saya memohon maaf kepada Menteri Besar dan semua ahli UMNO di Malaysia dan saya berasa amat kesal dengan kejadian itu”.

Demikian luahan Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar, Zamhuri Md Zin dalam satu temubual khas bersama PerakToday.com bagi merungkai kejadian tergempar yang menyebabkan beliau sanggup mengeluarkan kenyataan keluar UMNO.

Menurut Zamhuri, ketika kejadian beliau mengalami tekanan perasaan yang sangat teruk sehingga bertindak seperti manusia yang hilang kewarasan akal.

Ketika ditanya oleh wartawan tentang apa yang sebenarnya berlaku ketika itu, lantas Zamhuri menjawab dalam keadaan tenang di mana beliau merasakan telah dipermainkan oleh pegawai dan pentadbiran di Pejabat Tanah dan Galian Kinta di Batu Gajah.

“Saya ingin memohon maaf kepada seluruh ahli Umno di Malaysia kerana saya telah berjuang dengan UMNO selama 27 tahun, jadi tak mungkin dalam keadaan normal saya akan memburukkan kerajaan… sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada parti.

“Saya ingin tegaskan bahawa dalam jiwa dan perjuangan saya dalam UMNO tidak pernah terpadam malah saya sanggup berkorban serta berjuang demi bangsa dan tanah air.

“Saya tak sanggup nak tinggalkan parti yang mempertahan bangsa dan agama saya, apa yang berlaku cuma saya merasakan saya tidak mendapat pembelaan dalam usaha mencari rezeki,” katanya.

Tambah Zamhuri lagi, ketika kejadian, beliau seolah-olah diselubungi perasaan marah yang keterlaluan dan langsung tidak menyedari setiap pertuturan yang dilakukannya.

Malah katanya, akibat marah yang keterlaluan itulah yang menyebabkan beliau sanggup mengatakan akan menyertai DAP.

“Saya begitu marah sangat ketika itu hingga sanggup mengatakan bahawa saya nak masuk DAP sebab saya marah… namun ia sebenarnya bukanlah niat saya nak menyertai DAP.

“Saya berasa kesal atas kejadian ini kerana pihak pembangkang mengambil kesempatan manakala ahli UMNO lain membuat tohmahan terhadap saya.

“Malah, ada pihak yang mengatakan bahawa saya membuat panggilan telefon dan meminta mereka (Nizar dan Sivakumar) supaya datang ….di sini saya tegaskan bahawa saya tidak sesekali memanggil mereka datang ketika itu,” katanya.

Katanya, jika dilihat melalui paparan video juga membuktikan bahawa beliau langsung tidak membuat panggilan kepada mana-mana pihak apatah lagi Nizar Jamaluddin.

Jelas Zamhuri, diakui ketika kejadian beliau ada menerima panggilan yang pertama daripada Ketua Umno Bahagian Kampar, iaitu Datuk Mohd Radzi Manan manakala selepas itu panggilan daripada pihak lain.

“Pada masa itu, Datuk Radzi Manan memang ada membuat panggilan sebanyak tiga kali dan saya juga ada menunjukkan di video itu bahawa memang beliau menelefon saya.

“Selepas itu, tidak sampai beberapa saat memang ada panggilan kedua masuk dan ia bermula dengan huruf ‘M’ dan satu perkataan lagi huruf ‘B’, ia ada jarak dan disebabkan saya dalam keadaan tidak waras dan sangat marah maka saya nampak M di hadapan dan B dihujung… saya ingatkan MB.

“Jadi, hari ini saya tegaskan ini adalah satu kesilapan diri dan saya ingin memohon maaf kepada Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir di atas kejadian ini,” katanya.

Zamhuri yang telah mula mengenal erti perjuangan bersama UMNO sejak 27 tahun lalu turut mengatakan bahawa beliau tidak mungkin akan berkelakuan sedemikian rupa ketika dalam keadaan normal dan waras.

Beliau turut menegaskan bahawa perjuanggannya dalam UMNO sentiasa wujud di jiwa, malah Zamhuri juga sanggup berkorban demi sebuah parti yang membela bangsa dan tanah air.

“Saya memang tak sanggup nak tinggalkan parti apatah lagi memasuki parti DAP yang sememangnya sebuah parti yang paling teruk,” jelas beliau lagi. - Perak Today.

Lihat juga di sini : http://ajijoi.blogspot.com/2012/05/bukti-anak-pak-bedoi-menipu-fitnah.html

Siapa Yang Sebenarnya Berbohong?Nizar atau Zamhuri?


ABU: Moga-moga  menjadi peringatan kepada pendokong dan penyokong parti politik yang lain. Moga-moga juga ahli-ahli UMNO mendapat hidayah.

Wednesday, 9 May 2012

Pakatan Rakyat Masih Popular

Pakatan kekal di Selangor, Kedah dan Kelantan - UMCEDEL



17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
(Keputusan kajian yang dibuat UMCEDEL di Selangor)
KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati sokongan kepada Pakatan Rakyat lebih baik berbanding Barisan Nasional di Selangor, Kedah dan Kelantan.

Kajian ini menolak gembar gembur yang dibuat BN sekarang bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di ketiga-tiga negeri itu akan jatuh dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut kajian itu, masyarakat India paling kuat menyokong Pakatan di Selangor iaitu 60 peratus menyokong Pakatan, 20 peratus BN dan 20 peratus lagi tidak pasti.

Untuk masyarakat Melayu pula, kajian itu mendapati BN mendapat 34 peratus, Pakatan (33 peratus) dan tidak pasti (33 peratus).

Di kalangan orang Cina pula, 49 peratus dari mereka menyatakan sokongan kepada Pakatan, BN (hanya 16 peratus) dan tidak pasti (35 peratus).

Bilangan responden kajian ini adalah 2282 orang.

Kajian ini dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, etnik Cina, etnik India dan lain-lain.

(Keputusan kajian UMCEDEL di Kedah)
Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.

Kajian lapangan dilakukan pada 31 Mac 2012 – 15 April 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kajian ini melibatkan 43 orang enumerator dan 3 orang penyelia.
Kajian ini dijalankan sebelum isu PTPTN dan BERSIH 3.0.

Projek penyelidikan ini dibiayai oleh Fundamental Research Grant Scheme (FRGS).


Kedah dan Kelantan

(Keputusan kajian UMCEDEL di Kelantan)
Menurut kajian ini juga, Pakatan mendapat sokongan pengundi Melayu di Kedah iaitu 43 peratus berbanding BN hanya 33 peratus manakala 24 peratus lagi tidak pasti.

Pengundi Cina juga menyokong Pakatan Rakyat iaitu 50 peratus berbanding BN (38 peratus) dan tidak pasti (12 peratus).

Namun begitu, 65 peratus pengundi India menyokong BN berbanding Pakatan (10 peratus) dan tidak pasti 25 peratus.

Sokongan rakyat kepada Pakatan juga meninggalkan BN di Kelantan iaitu Pakatan 44 peratus, BN (27 peratus) dan tidak pasti (29 peratus).

Namun begitu, mengikut kajian ini, BN akan terus menang di Perak dan Negeri Sembilan serta peringkat nasional.
Kajian tidak dibuat untuk negeri Pulau Pinang dan lain-lain negeri.

Tuesday, 27 March 2012

Almarhum Ustaz Wan Daud Wan Jusoh Dalam Kenangan

Saya mulakan coretan belasungkawa buat al Marhum Ayahanda Ustaz Hj. Wan Daud bin Wan Jusoh dengan mengajak semua pembaca terlebih dahulu menghadiahkan surah Al Faatihah buat al marhum agar ruhnya ditempatkan dari kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Saya adalah menantu al marhum apabila dijodohkan oleh Allah SWT pada 9 April 1994 yang lalu dengan salah seorang anak perempuan al marhum  [ Wan Hamidah ] dari 23 orang keseluruhan anaknya. 

Pada waktu itu saya masih menuntut di University Al Azhar cawangan Tanta Mesir. Malah sebelum saya menyertai keluarga besar ini, sewaktu saya menuntut di Madrasah Ad Diniah al Bakriah Pasir Tumboh sekitar tahun 87', saya telah biasa mendengar pidato hebat dan bernas dari al marhum saat mudanya.

Al Marhum sememangnya seorang tokoh yang berjaya, sebaris dengan tokoh hebat yang lain sewaktu muda bersama dengan perjuangan Islam yang didokongnya. Memegang amanah sebagai Setiausaha  Penerangan PAS Kelantan selepas bangkit semula setelah jatuh pada tahun 1978 adalah antara tugasnya yang mencabar bersama parti yang menjadi platform perjuangannya sedari awal.

Masih segar dalam ingatan, bagaimana al marhum berulangkali memberitahu saya bahawa antara kebanggaan atau kepuasannya dalam menyumbang tenaga buat perjuangan ini ialah kejayaannya mengatur 1000 ceramah [ besar dan kecil ] dalam tempoh sebulan di seluruh negeri Kelantan selaku Setiausaha Penerangan PAS Negeri. Pencapaian ini pasti unik apabila melihat kepada tahap keupayaan alat bantu penganjuran ceramah yang tentunya jauh lebih rendah berbanding sekarang.

Al Fadhil Yb.  Ustaz Hj. Wan Ismail bin Wan Jusoh  ADUN Melor [ adik al marhum ] pernah berkongsi cerita dengan saya mengenai pencapaian al marhum bersama PAS seketika dulu. Betapa al marhum turut memainkan peranan penting memenangkan Al marhum Abdullah Su di Hulu Kelantan [sekarang Gua Musang] dalam pilihanraya sedang al marhum pada waktu itu menyandang amanah sebagai Setiausaha PAS Kawasan Hulu Kelantan.

Beliau juga pernah diberi amanah sebagai Setiausaha PAS Kawasan Nilam Puri dan pernah bertanding dalam pilihanraya mewakili PAS menentang Dato' Wan Hashim Berjasa pada tahun 1978 dan menjadi calon PAS di DUN Peringat pada tahun 1982 menentang Annuar Musa. Sementara tahun 1986 beliau bertanding menentang Mohd Haji Ali bekas  Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan di Parlimen Nilam Puri. Beliau telah mengorbankan jawatannya sebagai guru agama kementerian untuk bertanding dalam pilihanraya dan berkecimpung sepenuh masa bersama PAS.

Al Marhum sangat tegas dengan prinsip perjuangannya. Tidak bersetuju kerjasama PAS dengan Semangat 46 yang dianggap bahawa PAS telah menggadai prinsip perjuangannya, membawa beliau tidak lagi aktif bersama PAS sehingga akhir hayatnya. Apa yang beliau mahu ialah keaslian PAS sebagaimana ia ditubuhkan pada tahun 1951 dikekalkan. Beliau menubuhkan Gerakan Islah atau dikenali sebagai PAS 51.

Beberapa kali beliau dipujuk oleh pemimpin UMNO dan BN termasuk Perdana Menteri Dr. Mahathir pada waktu itu, supaya al marhum meninggalkan PAS dan menyertai UMNO. Beliau tetap dengan prinsip perjuangan biarpun beberapa rakan - rakan beliau pada waktu itu, seorang demi seorang menyertai UMNO.

Sebagaimana sahabat karibnya al marhum Ustaz Wahab Perol ,  Ustaz Hj. Wan Daud [ al marhum ] yang dilahirkan pada 2 Nov 1941, turut menolak tawaran menyertai UMNO dan BN sehingga ke akhir hayatnya. Al marhum kembali ke rahmatillah tepat jam 1.30 am tanggal 24 Mac 2012, detik usia menjengah 72 tahun diiringi alunan ayat - ayat suci al Quranul karim yang dibaca secara berterusan tanpa henti oleh semua anak , menantu dan cucunya sepanjang al marhum terlantar tenat di pembaringan.

Semoga ruh al marhum dicucuri rahmat Allah SWT  dan digolong dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Sementara 23 orang anaknya, yang telah berjaya dalam hidup sebagai engineer, lawyer, timbalan  pendakwa  raya , pensyarah, guru agama, guru akademik, usahawan, arkitek, doktor, pegawai farmasi, hafiz al quran dan termasuklah yang masih menuntut di universiti terus memberi komitmen untuk menyambung perjuangan al marhum ayahanda mereka.

Al Faatihah
Nasrudin bin Hassan
Menantu ke 3 kepada
al marhum Ustaz Hj. Wan Daud b. Wan Jusoh.

Tuesday, 7 February 2012

Jika Ada Peluang, Saya Akan Sertai DAP

Oleh Ahmad Tajuddin Abdullah

Kenyataan ini seolah-olah saya mahu menyertai politik selepas tamat pengajian. Tidak, bukan itu maksud saya. Tetapi sedikit komentar dari saya setelah memerhatikan beberapa siri kejadian yang tidak disangka-sangka oleh ramai rakyat Malaysia yang aktif memerhatikan gelombang politik tanah air muttakhir ini.

Siri kemasukan ramai nama-nama besar Melayu (terpulang kepada persepsi pembaca) ke dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP) akhir-akhir ini menimbulkan persoalan, apakah tuduhan dan serangan UMNO selama ini terhadap parti tersebut tidak berjaya mempengaruhi orang Melayu?

Saya membaca beberapa keluhan dan rasa resah dalam kalangan rakan-rakan saya dan komen-komen pembaca mengenai berita ini, dengan menganggap mereka yang menyertai DAP sudah lupa asal usul, terpengaruh dengan ideologi komunis, dasar tidak mengenang budi dan sebagainya.

Bagi saya, ini lumrah dunia politik. Orang akan mengecam segala 1001 perkara yang mereka tidak suka. 

Tambahan pula, apabila perkara itu berlawanan dengan kebiasaan mereka.

Datuk Saifuddin Abdullah ada menulis sebuah artikel yang disiarkan oleh Sinar Harian berkenaan politik fitnah dan hikmah di Malaysia. Artikel yang bagus, seolah-olah Saifuddin ingin menegur barisan partinya sendiri mungkin. Ini telahan saya.

Jika dalam artikel tersebut, Saifuddin mengutarakan idea berkenaan politik hikmah yang wajib didasari oleh setiap warga Malaysia bagi menentang politik fitnah yang cukup keji, maka kali ini saya mengutarakan pula idea politik matang bagi mengatasi sindrom politik takut dalam diri rakyat Malaysia terhadap beberapa perkara yang dipalsukan kebenarannya oleh pihak-pihak tertentu.

Melayu sudah lama ditipu

Saya merujuk kepada beberapa penulisan oleh Aspan Alias dan Sakmongkol 47 selepas mereka berdua secara rasmi mengisytiharkan kemasukan mereka ke dalam DAP yang membongkar beberapa titik penting untuk dibincangkan dalam artikel ini.

Antaranya, orang Melayu sudah sekian lama ditipu bulat-bulat oleh UMNO/BN melalui media mereka bahawa DAP itu parti Cina. Bukan sekadar Cina, malah mereka menambah lagi garam dengan mengatakan bahawa DAP itu anti-Melayu, anti-Raja, chauvinist, mahu menjadikan Perdana Menteri dari orang Cina dan pelbagai lagi.

Melayu ditakut-takutkan sejak sekian lama dengan kenyataan yang tidak berasas. Seolah-olah negara ini tiada perlembagaan, dan orang-orang DAP tidak tahu menghormati perlembagaan!

Orang-orang kampung apabila mendengar perkataan DAP, seolah-olah kita menyebut segerombolan komunis memasuki kampung. Sampai begitu sekali ketakutan yang UMNO/BN berjaya tanamkan dalam diri hampir keseluruhan masyarakat Melayu terutamanya mereka yang lahir pada era 80-an dan ke bawah.

Malah, tidak terkecuali sebahagian besar mereka dalam kalangan generasi saya pun!

Menakutkan Melayu demi survival politik

Rasanya mungkin ini hujah paling tepat kenapa sindrom takut ini ditanam dalam diri setiap warga Malaysia. Mudahnya, mereka yang sedang berkuasa ingin terus mengekalkan survival kuasa itu dalam genggaman tangan mereka.

Cara paling mudah ialah dengan memberi gambaran seburuk mungkin kepada rakyat terhadap pihak lawan mereka. Sentimen perkauman adalah bahan bakar yang paling mudah disambar api.

Pantang disentuh, pasti marak apinya tanpa mampu disekat.

Perkara biasa yang kini hampir basi ialah kedudukan Raja, Islam dan ketuanan Melayu. Inilah melodi yang dimainkan oleh parti pemerintah sekarang untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

Mereka berbuat demikian dalam keadaan mereka menyekat pelbagai sumber lain untuk rakyat menilai dan berfikir. Minda rakyat terutamanya Melayu dikongkong dengan sentimen basi ini. Pantang dikritik, pasti melenting dengan isu basi ketiga-tiga di atas.

Setiap kali pilihan raya, inilah antara melodi yang paling hangat. Rakyat bukan bodoh, tetapi mereka tidak mendapat maklumat yang meluas. Mereka dipaksa untuk menerima penipuan tersebut hidup-hidup.

Mereka yang tidak pernah di ajar untuk berfikir, akan cuma pandai bertempik dengan semangat keMelayuannya yang akhirnya pak menteri bina rumah banglo bertingkat-tingkat, rakyat yang diperbodohkan miskin merempat.

Setiap tahun mereka perbaharui penipuan  ini di PWTC dengan laungan penuh semangat, Hidup Melayu!

Seperti saya tulis di atas, hal ini semua dilakukan demi survival kuasa memerintah mereka.

Datuk Onn pencetus idea politik matang

Saya masih ingat tentang sebuah artikel yang pernah disiarkan dalam akhbar Harakah, mengulas panjang tentang fenomena di Malaysia semasa dan selepas PRU-12.

Kebanyakan orang tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti orang Melayu Islam mengundi calon Cina sebagai wakil rakyat mereka, dan juga masyarakat Cina yang sanggup menerima calon PAS sebagai wakil mereka.

Ini luar dari jangkaan ramai. Ketika Datuk Onn menyuarakan cadangan agar keahlian UMNO dibuka kepada bukan Melayu, beliau telah ditentang oleh ahli-ahli UMNO sendiri sehingga Datuk Onn membuat keputusan keluar dari parti tersebut dan menubuhkan Parti Malaya Merdeka (Independence of Malaya Party).

Menjadi persoalan di sini, kenapa Datuk Onn mampu melontarkan cadangan yang begitu luar dari kerangka masyarakat ketika itu berfikir sehinggakan ramai menganggap beliau sudah tidak relevan?

Hakikatnya, beliau sendiri telah nampak perubahan politik yang bakal berlaku pada tahun 2008 ketika itu.

Namun, pemimpin UMNO ketika itu membutakan mata mereka daripada memandang hal yang sama. 

Mereka lebih senang menggunakan helah dan penipuan seperti yang saya nyatakan di atas demi mengekalkan kuasa yang ada di tangan mereka.

Saya merasa amat yakin, jikalau cadangan Datuk Onn diterima ketika itu sudah tentu permasalahan sindrom politik takut yang melanda masyarakat Malaysia dapat ditamatkan.

Saya menghormati Datuk Onn kerana keberaniannya melawan arus masyarakat ketika itu, demi tujuan melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang matang dan benar-benar harmoni.

Beliau cuba mendidik masyarakat Melayu ketika itu, menyedarkan mereka dari tidur bahawa Malaysia ini bukan milik orang Melayu sahaja tetapi mereka berkongsi tanah yang sama dengan rakan cina dan india. 

Beliau telah mencetuskan satu arus pencerahan yang amat sukar diterima pada waktu tersebut.

Kini, idea cetusan beliau itu makin marak malah telah menyebabkan pihak pemerintah menggigil ketakutan. 

Bayangkan seorang apek cina tidak malu mengangkat sepanduk “Kami Sayang Tok Guru” dan PAS sudah siap dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dianggotai oleh mereka yang bukan Islam.

Kini, orang Melayu mula menyertai DAP secara berjemaah!

Kenapa sertai DAP?

Ya, saya mahu menyertai DAP. Saya mahu mendidik masyarakat di sekitar saya bahawa DAP bukan komunis. DAP bukan cina. DAP bukan anti-Melayu. DAP bukan chauvinist. DAP bukan anti-Islam. DAP bukan semua tanggapan kolot di atas.

DAP adalah parti politik yang sah di sisi Perlembagaan Malaysia. Tiada beza taraf DAP dan UMNO dari sudut perundangan. Cuma bezanya antara dua parti itu ialah DAP cuba mencerdikkan rakyat dan UMNO sudah sekian lama menipu rakyat.

Walaupun sudah ramai masyarakat Malaysia sedar tentang hakikat ini, namun hal ini hanya berlegar di kawasan yang mempunyai capaian maklumat yang tepat sahaja.

Bagaimana dengan nasib warga FELDA?

Bagaimana dengan nasib penduduk Sabah dan Sarawak?

Bagaimana dengan nasib masyarakat di kawasan pedalaman?

Hanya dengan kesediaan masyarakat yang sedar dan matang politik, untuk berani terjun melakukan sesuatu yang lain dari kelaziman maka cetusan pencerahan ke arah politik matang ini dapat dipercikkan.

Semakin ramai yang berani membuat keputusan begini, sudah tentu sindrom politik takut itu dapat dikurangkan hari demi hari. Pergiatkan program-program pencerahan kepada masyarakat.

Saya tidak tulis di sini bahawa hanya dengan menyertai DAP sahaja satu-satunya cara untuk membina sebuah masyarakat yang matang politiknya, tetapi ini salah satu usaha ke arah itu.

Masyarakat yang matang politiknya akan mampu berfikir secara rasional, tidak terpengaruh dengan sentimen perkauman, sedar akan hak mereka untuk berfikir dan memilih secara bebas tanpa dikongkong, tidak terperangkap dengan sindrom kerajaan pemerintah adalah kuasa segala-galanya tetapi insaf bahawa merekalah sebenarnya penentu siapakah yang akan menjadi pemimpin kepada mereka sendiri.

Saya terpegun dengan berita 2 graduan perundangan UiTM menyertai DAP. Timbul di benak saya, apakah ada “perancangan” yang gagal sehingga terjadinya kes sebegini terhadap graduan UiTM?

Mari kita baca ini, sambil berfikir secara orang dewasa yang matang.

Wallahualam.
 http://www.malaysiakini.com/letters/188115

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR