Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label Cerita Teladan. Show all posts
Showing posts with label Cerita Teladan. Show all posts

Sunday, 25 November 2012

Pengajaran Kisah Burung Kepada Pejuang Islam - Siri Teladan

Kisah Nabi Ibrahim AS dibakar oleh kaumnya pasti diketahui oleh kita semua. Pada masa itu, Nabi Ibrahim dijatuhkan hukuman dibakar hidup-hidup kerana memecahkan ‘Tuhan’ kaumnya. Namun, dengan izin Allah, Nabi Ibrahim terselamat daripada terbakar. Maha suci kuasa Allah.

Apa yang menarik dalam kisah ini ialah bagaimana seekor burung yang ingin menyelamatkan Baginda. Dengan keupayaan yang ada, dia cuba hendak menyelamatkan nabi Allah itu. Dia mengambil air dari laut berdekatan menggunakan paruhnya. Lantas ia menyiram air yang dibawa ke kawasan pembakaran nabi Ibrahim.

Jika kita fikir secara logik, mana mungkin kawasan api yang besar mampu dipadamkan dengan air yang amat sedikit. Tambahan pula ianya dibawa oleh seekor burung yang kecil. Apabila burung itu ditanya kenapakah dia melakukan kerja sia-sia tersebut, dia menjawab, apabila di akhirat kelak, air-air inilah yang akan menjadi saksi perjuangan aku membantu Ibrahim AS.

Sungguh hebat!! Sangat menginsafkan kita semua. Burung yang mempunyai kekuatan yang sangat terhad sanggup bersusah payah menyelamatkan nabi Ibrahim. Meskipun perbuatan itu tidak membantu sebenarnya, namun dia sanggup melakukan perkara itu juga.

Dia merasa bertanggung jawab mahu membantu nabi Ibrahim ketika itu. Dia mahu berjuang walaupun usahanya sangat kecil dan tidak memberi kesan yang besar. Yalah, api sebesar gunung mahu dipadamkan dengan air sebanyak paruh burung. Sangat tidak relevan dan sungguh gila!!

Namun perkara itu bukanlah persoalan pokok bagi burung tersebut. Apa yang penting dia berusaha menggunakan keupayaan yang dia ada membantu nabi Ibrahim. Dia sudah mempunyai hujah untuk berhadapan dengan penciptanya kelak.

Jika kita renung kembali diri kita, apakah yang telah kita lakukan dalam menegakkan kalimah
Allah di muka bumi ini? Kebanyakkan manusia kini hanya mahu menyelamatkan diri mereka sendiri. Tidak mahu memikirkan masalah umat yang lain. Hanya tahu diri mereka selamat sudah memadai.

Tidak kurang ada juga yang berterusan menyalahkan kelompok Islam yang lain. Mengatakan perjuangan yang dibawa oleh kelompok itu salah dan tidak berlandaskan tuntutan syariat sebenar. Perjuangan yang dibawa mereka adalah sesat dan berdosa.

Kelompok ini dikatakan sangat ekstrem dan tidak membawa ajaran Islam sebenar. Terlalu taksub mengejar kuasa sehingga mengabaikan tuntutan Islam sebenar. Islam sebenar mengajak orang kearah kebaikan dan
mencegah kemungkaran.
 
Disini ada beberapa persoalan timbul. Apakah perbezaan dakwah ketika nabi di Mekah dan dakwah ketika nabi di Madinah dahulu? Rasanya jawapan itu sudah kita ketahui. Yakni melalui kuasa. Dengan kuasa yang Nabi ada sebagai pemerintah Madinah masa itu, lahirlah perlembagaan pertama di dunia.

Madinah menjadi lebih aman dan damai di bawah pemerintahan Islam. Agama Islam semakin berkembang. Islam diamalkan tanpa ada ganguan dari mana-mana pihak. Amat berbeza dengan kehidupan mereka di Mekah dahulu.
 
Jika kita lihat di Mekah, umat Islam ditindas dan dipulaukan. Mereka berada dalam keadaan amat sengsara. Jiwa dan raga mereka diseksa hampir pada setiap masa. Hal ini kerana pemimpin Mekah pada masa Itu amat memusuhi Islam. Mereka takut Islam tersebar sekaligus menggugat kedudukan mereka pada masa itu.

Begitulah keadaannya pada masa kini. Kuasa amat diperlukan bagi melaksanakan Islam di muka bumi Allah. Tanpa kuasa, dakwah yang hendak dilaksanakan akan lebih terbatas kerana dikekang oleh kuasa-kuasa lain. Ianya bukanlah bermaksud kita gilakan kuasa. Ianya lebih kepada matlamat asal kita mahu menegakkan Islam.

Apakah kita merasa dakwah Islam hanya cukup apabila disampaikan melalui majlis-majlis ilmu? Tidakkah kita semua sedar bahawa dunia kini sudah banyak berubah. Teknologi semakin berkembang. Agama pula semakin dipisahkan daripada kehidupan dek didoktrin oleh Barat.

Masyarakat Islam kini tidak sama dengan masyarkat Islam dahulu. Masyarakat Islam dahulu sangat tinggi ilmunya mengenai Islam. Sangat berbeza dengan masyarakat Islam kini yang sudah semakin jauh dengan Islam. Bahkan lebih teruk, Islam hanya tinggal nama. Bukan lagi satu cara hidup yang sebenar.

Di sinilah peranan kita sebagai umat Islam mahu menegakkan Islam sekaligus mencegah kemungkaran. Kita perlu autoriti ataupun bahasa mudahnya kuasa bagi menegakkan Islam. Tidak cukup hujah kita mengatakan cukuplah orang yang memerintah itu Islam, maka kita pilih dia. Adakah kita yakin orang itu mampu membawa Islam sebenar?

Lupakah kita Turki suatu masa dahulu pernah diperintah oleh seorang lelaki bernama Kamal Atartuk? Dia seorang Islam. Dia memperjuangkan negaranya melawan barat. Dia menyelamatkan negaranya dari dijajah oleh kuasa asing. Dia digelar Bapa Pemodenan Turki lagi.

Namun, apakah yang telah dia lakukan? Dia menyebabkan khalifah Uthmaniah terkubur. Turki menjadi huru-hara. Ajaran Islam diabaikan. Turki berkiblatkan Barat. Perubahan dilakukan sewenangnya tanpa ada satu kuasa pun yang dapat menghalangnya.

Persoalannya, bukankah dia juga seorang Islam? Jangan kita lupa, Abdullah Ubai juga mengaku Islam di hadapan Rasulullah. Bahkan bersembanhyang di belakang Rasulullah. Namun, di belakang Rasulullah juga, dia mengeji Islam. Dia menuduh Saidatina Aisyah, dia membocorkan maklumat Madinah dan banyak lagi. Dia digelar Munafik

Bertopengkan Islam, golongan munafik ini berusaha menghancurkan Islam. Mereka mencuba pelbagai cara bagi mencapai matlamat mereka. Sebab mereka mudah. Mahu memuaskan hawa nafsu mereka semata-mata.

Akhirnya, kita sebagai umat Islam perlu sedar apa tanggungjawab kita yang sebenar. Kita perlu sedar siapa lawan dan siapa kawan kita. Janganlah kita mudah percaya tanpa usul periksa. Jalan sudah Nampak di hadapan mata, tinggal kita sahaja untuk membuat pilihan.

Jadilah seperti Sang burung tadi. Meskipun tahu usahanya sangat kecil, namun dia tetap melakukan perkara tersebut demi menyelamatkan nabi Ibrahim. Apa yang penting usaha bukan hasil. Kerana segala ketentuan milik Allah SWT.

Sumber asal: http://ruhulislam.blogspot.com/

Saturday, 24 November 2012

Doa Orang-orang Teraniaya Makbul - Siri Teladan

NELAYAN INI BERNASIB BAIK KERANA TIADA LAPORAN POLIS DIBUAT OLEH UMNO!

Sebuah cerita menggambarkan doa orang yang dizalimi. Bukanlah satu jenayah untuk mendoakam agar si penzalim diberi balasan. Si penzalim tidak akan dibela sekalipun dia muslim dan yang dizalimi itu kafir. Oleh itu, janganlah para penzalim merasa selamat.

Seorang nelayan miskin yang hidupnya menanggung keluarga dengan hasil tangkapan ikan. Malangnya tangkapan ikannya selalu tiada. Hanya menggunakan jala, dia menebarkannya di tepian pantai dengan harapan akan ada ikan yang tersangkut.Beberapa kali dicuba, nampaknya tiada razeki buatnya. Begitulah beberapa hari dan dia tidak berputus asa. Dia mempunyai kesabaran dan tekad berusaha yang tinggi.

Pada suatu hari, dia ke pantai lagi, menebar jala dengan harapan ada ikan yang tersangkut. Beberapa kali dicuba, namun tiada. Namun, dia mencuba juga dengan longlai dan penuh harapan. Lalu, Allah mentakdirkan seekor ikan besar terperangkap dalam jalanya. Alangkah gembiranya melihat ikan besar itu. Sambil menarik ikan tersebut, dia pun membayangkan apa yang akan dilakukan dengan ikan itu.

Akan aku beri makan kepada keluargaku sehingga kenyang. Kepada jiranku juga harus diberikan. Selebihnya barulah aku jualkan. Demikian nelayan itu merencanakan apa yang akan dibuatnya terhadap ikan itu. Razeki yang begitu sukar diperolehi.

Malangnya, ketika itu lalu seorang raja dengan askarnya. Raja itu sangat tertarik melihat ikan besar yang baru diperolehi nelayan itu. Lantas, disuruhnya pengawalnya mendapatkan ikan tersebut dari nelayan. Sudah tentu nelayan itu sangat keberatan. Setelah merasakan bahawa dia tidak dapat mempertahankan ikannya itu dari diambil oleh raja, dia pun meminta harga sebagai bayaran. Dengan angkuh pengawal itu merampas ikan itu dan mengatakan raja tidak membayar harga daripada apa yang dikehendakinya.

Maka, ikan itupun dibawa pergi. Bergenang air mata sang nelayan miskin yang daif dan tak mampu berbuat apa-apa. Haknya dirampas. Kepada siapa hendak dia mengadu? Hanya kepada Allah Tuhan yang satu. Dia pun menadahkan tangan dan berdoa.

Sementara raja itu, dengan senang hati kerana dapat ikan, disuruhnya tukang masak istana segera masakan ikan itu. Ikan besar itu dia seorang yang makan.

Malangnya, beberpa hari setelah makan ikan itu, raja telah dijangkiti satu penyakit aneh. Penyakit itu pada mulanya hanya berupa bengkak pada ibu jarinya. Bengkak itu disertai dengan sakit yang sangat mengganggu keselesaannya. Lama-lama mula bernanah. Tabib istana dipanggil dan setelah dicermati, dia menasihatkan supaya ibu jari kaki raja itu dipotong. Raja enggan menerima nasihat tabib istana dan disuruh carikan ubat untuk sakitnya. Namun ubat tidak ditemui juga walau bermacam ikhtiar diusahakan. Beberapa hari kemudian, tabib istana yang merawatnya memberitahu bahawa penyakit itu telah merebak hingga ke buku lali. Kakinya hendaklah dipotong supaya penyakit tidak merebak ke atas. Raja masih enggan menenerima nasihat tersebut kerana dia sayangkan kakinya. Dia memerintahkan agar dicari tabib lain yang lebih handal.

Seorang tabib dari luar di bawa. Setelah melihat penyakit di kaki raja, dia pun memberitahu bahawa penyakit di kaki raja itu telah merebak hingga ke betis. Kalau tidak dipotong betis, ia akan merebak ke atas lagi. Ketika itu, akurlah sang raja. Lantas betisnya itu pun dipotonglah.

Raja sangat sedih atas kehilangan betisnya. Namun, kesedihannya tidak tamat di situ. Dalam keadaan sugul kerana kehilangan kakinya, tiba-tiba negerinya dilanda gempa. Harta benda dan jiwa banyak yang musnah. Keadaan ini membuatkan raja sangat hairan.Lalu, raja memanggil seorang ulama dan bertanyakan maksud di sebalik semua musibah yang menimpanya itu.

" Tuanku telah menzalimi seseorang", ulama itu membuat rumusan.
" Seingat beta, tidak pernah beta zalimi sesiapa", ujar raja.
" Cuba Tuanku ingat betul-betul, pernahkah tuanku zalimi seseorang?", ulama itu tetap dengan rumusannya.

Maka, ketika mengimbau kembali apa yang telah dilakukannya, raja pun teringat perihal ikan yang dirampasnya dari nelayan. Ketika dia merampas ikan itu, dia tidak merasakan itu satu kezaliman. Apalah harganya seekor ikan.

" Perkara kecil di mata tuanku adalah besar di mata nelayan itu", ulama itu mengingatkan.

Raja itu memerintahkan agar nelayan itu dicari dan dibawa mengadapnya.

" Apa yang telah kamu lakukan setelah ikanmu beta rampas?", raja bertanya kepada nelayan itu.
" Saya tidak lakukan apa-apa", jawab nelayan ketakutan.
" Ceritakan terus terang, kamu tidak akan beta apa-apakan", raja memujuk dan menenangkan nelayan yang ketakutan itu.

Akhirnya nelayan itu pun berkata...

"Setelah ikan itu tuanku rampas, saya hanya mampu berdoa..."

"Apa doamu?", soal raja

Nelayan pun berkata: "Aku hadapkan wajahku kepada Allah dan berkata...

اللهم قد اراني قوته عليّ .. فأرني قوتك عليه


“Ya Allah, sesungguhnya dia telah memperlihatkan kekuatannya atasku...Maka tunjukkanlah kekuatanmu ke atasnya”.

لا تظلمن إذا ما كنت مقتدرا * * * فالظلم ترجع عقباه إلى الندم
تنام عينك والمظلوم منتبه * * * يدعو عليك وعين الله لم تنم

Janganlah kamu berbuat zalim saat kamu berkuasa***Maka kezaliman itu membawa akibat penyesalan
Kamu boleh lenakan mata tetapi yang dizalimi sentiasa berjaga***Dia berdoa ke atasmu dan mata Allah tidak pernah lena.
http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR