Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday 31 December 2011

Dato' Mahfuz Ziarah Mahasiswa Tercedra Di Hospital Slim River

Sebentar tadi kelihatan YB Dato' Hj. Mahfuz Omar,Naib Presiden Pas diiringi oleh pimpinan Pakatan Rakyat tempatan,penyokong,anggota Unit Amal dan Gabungan Mahasiswa melawat pemimpin mahasiswa UPSI yang tercedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.Beliau berada di situ kira-kira 40 minit,untuk bertanyakan perkembangan pelajar tersebut sambil memberikan sokongan moral.

Dalam perhimpunan semalam,Kira-kira 17 aktivis mahasiswa ditahan polis.Seorang mahasiswa cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.

Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik, Muhammad Safwan Anang cedera akibat dikasari oleh anggota polis yang cuba menyurai dan menahan pelajar yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.Beliau dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.Mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.

Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.

Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.

Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.

-Abu Shaukah


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan kesediaan untuk membantu mahasiswa yang ditahan sewaktu mengadakan protes Auku di UPSI malam tadi.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Pengarah Juham Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, sejak berita penahanan mahasiswa itu diketahui awal pagi tadi, lima orang peguam juham diketuainya  telah berkampung di Balai Polis Tanjung Malim.

"Juham bersedia untuk mewakili para mahasiswa tersebut di dalam prosiding reman yang dipercayai akan dilakukan pada lewat hari ini sekiranya Polis berhasrat untuk terus menahan mahasiswa-mahasiswa terbabit.

"Juham menyeru kepada mana-mana pihak termasuk para mahasiswa yang menyaksikan kejadian tersebut dan yang menjadi mangsa keganasan polis ketika perhimpunan tersebut untuk tampil ke hadapan dan menghubungi Juham di talian 013-3506495 dan 013-3006943 bagi membantu pihak Juham mengumpulkan bukti-bukti keganasan pihak Polis di dalam perhimpunan tersebut," katanya. Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.
Menurut Ahmad Zamri lagi, Juham yang terdiri daripada barisan peguam-peguam di seluruh Malaysia berikrar akan membela dan menyokong para Mahasiwa ini sekiranya mereka didakwa di Mahkamah.

Malah, Juham juga ujarnya bersedia untuk memberikan khidmat nasihat guaman percuma kepada para Mahasiswa ini sekiranya mereka dipanggil untuk menghadiri tindakan tatatertib sebagai bukti sokongan padu Juham kepada gerakan Mahasiswa yang mendokong kebenaran dan keadilan.

"Juham dengan tegas memberikan amaran kepada pihak Polis yang terbabit dalam memukul mahasiswa-mahasiswa tersebut untuk bersedia disaman di Mahkamah oleh para mahasiswa yang terlibat kerana tindakan pihak Polis tersebut jelas merupakan tindakan yang zalim, tidak munasabah dan bertentangan dengan norma-norma hak asasi manusia," tegasnya.
http://bm.harakahdaily.

Insiden UPSI:Pas Desak KPN,Menteri Letak Jawatan
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 1 Jan: PAS mengutuk keras kekejaman polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, polis yang didakawa sebagai profesional tidak wajar menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman untuk menyuarakan pendirian mereka mengenai kebebasan.

"PAS kecewa, marah dengan tindakan polis yang bertindak kasar, mencederakan pelajar hanya untuk menyuraikan mereka. Sepatutnya mereka yang mempunyai kepakaran menghadapai apa jua situasi tidak perlu menggunakan kekerasan pun.

"Tak perlu suraikan mahasiswa ini pun tak apa sebab mereka akan bersurai dengan sendiri tanpa kekecohan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.

Mahfuz berkata, tindakan polis itu tidak akan menjernihkan situasi sebaliknya hanya menambahkan kebencian anak muda terhadap institusi polis dan kerajaan yang bertanggungjawab.

"Tirai tahun 2011 dilabuhkan dengan kekejaman terhadap mahasiswa yang merupkan warisan negara.

"Apa yang dilakukan polis ini sudah tentu menimbulkan kebencian anak muda terhadap polis dan saya yakin tahun 2012 merupakan tahun kebangkitan anak muda di seluruh negara untuk memperjuangkan soal kebebasan akademik," katanya yang dalam perjalanan ke hospital Slim River.

Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri, datuk Seri Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bertanggungjawab dan melatakkan jawatan kerana gagal mengawal institusi mereka.

"Saya minta KDN dan KPN melatakkan jawatan segera kerana ternyata mereka tidak berupaya mengawal keadaan dan kesejahteraan negara," katanya.

Sementara itu, seorang mahasiswa memaklumkan, kira-kira 200 mahasiswa termasuk orang awam berkumpul di hadapan balai polis tanjung Malim menuntut mahasiswa dibebaskan segera.

Bendahari PAS Perak, Fakhrul Radzi yang turut berada di sana memberitahu, mereka sedang bergiir-gilir menyampaikan ucapan mengecam tindakan zalim polis.

"Kami bersama mahasiswa masih lagi di hadapan balai polis dan kita tuntut mahsiswa yang masih dalam lokap dibebaskan segera," katanya.
http://bm.harakahdaily.

Teruja Dengan Jawapan Saudara Aspan Alias

Saya amat teruja dengan jawapan saudara Aspan Alias seorang blogger  UMNO terhadap komen-komen  postingnya yang bertajuk "Tubuh Besar,duit banyak,pangkat tinggi tetapi tidak sihat".Saudara Aspan dikatakan  akan menyertai parti DAP.Secara peribadi saya amat bersetuju dengan pandangan beliau.Sekian lama kita dimomokkan bahawa hanya UMNO sahaja wadah untuk orang-orang Melayu.DAP dan Parti-parti lain dikaitkan dengan pelbagai andaian dan unsur nagatif seperti chauvinis,ekstrimis dan sebagainya.Pokoknya, kita (orang-orang Melayu) sebahagiannya sering tidak melihat politik itu dari sudut positif.Orang-orang Cina dan India lebih kehadapan.Mereka seboleh-bolehnya ingin menyertai apa sahaja parti yang ditubuhkan di Malaysia.Lihatlah sesetengah parti, contohnya Parti Progresif,DAP dan Parti Gerakan,teraju dan barisan kepimpinannya silih berganti tanpa memilih kaum.DAP juga sering digambarkan oleh parti lawan UMNO sebagai parti yang pro-Cina kerana dikatakan jawatan utama parti dikuasai oleh ahli politik Cina. Namun pada hakikatnya, jawatan utama parti ini adalah berwajah majmuk kerana pemimpin-pemimpinya terdiri bukan sahaja daripada ahli politik Cina (misalnya Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng dan Ketua Parlimen untuk parti Lim Kit Siang), tetapi juga India/Sikh (Pengerusi parti Karpal Singh dan timbalannya M. Kulasegaran) dan juga Melayu (Naib Pengerusi parti ialah Tunku Abdul Aziz, salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Tingginya ialah Ahmad Ton dan setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti ialah Zairil Khir Johari, anak kepada bekas Menteri Pendidikan Malaysia Dato' Mohamed Khir Johari). 

Berikut saya paparkan jawapan Saudara Aspan Alias.

Kepada semua pengomen-pengomen,

Ada sebahagian kecil bertanya kenapa saya tidak menyertai PAS atau PKR. Kenapa menyertai DAP.

Alasannya ialah kerana UMNO dan BN telah membasuh minda orang Melayu dan menganggap DAP sebagai chauvinis dan sebagainya.

Jawapanpendek saya senang sahaja:

Minda saya tidak mudah dibasuh dan dipusingkan dengan isu-isu terhadap DAP

Keduanya kalau kita sudah tahu yang DAP iti di momokan selama ini, apa perlunya kita takut asalkan sahaja kita tahu bahawa parti itu bukan sebagaimana yang di momokan oleh UMNO.

ketignya saya tidak payah menyertai PAS atau PKR kerana parti-parti itu adalah di dalam Pakatan Rakyat. Menyertai DAP serupalah menyertai PAS atau PKR.

Keempatnya saya tidak merelakan rakyat di perdaya dengan fitnah terhadap mana-mana pihak termasuk terhadap DAP, kerana DAP telah membuktikan ketelusan dan keikhlasan nya memerintah dengan adil dan saksama terhadap semua kaum.

Kelimanya DAP tidak mempraktikan 'cronyism' seperti yang kita lihat di P Pinang. Walaupun UMNO tidak suka dengan pandangan saya ini, saya tetap tidak berganjak kerana itu kepercayaan saya terhadap isu ini.

menyertai DAP tidak menghilangkan Melayu saya. Ibarat ikan di laut, ikan itu tidak masin jika dikeluarkan dari lautan yang dalam dan masin itu.

Tetapi sebaliknya jika kita tidak mempunyai jiwa yang hidup, kita akan hanya seperti ikan masin. Ikan yang tidak berjiwa dan sudah mati jika di keluarkan dari laut yang masin itu di jemur, ikan itu akan menjadi ikan masin.

Walaupun saya belum mengambil keputusan untuk menyertai DAP, tetapi saya sudah hampir mengambil keputusan itu.

Saya menghormati mana-mana individu atau parti yang mempraktikan transparency, beretika dan tidak rasuah.

adilakah kita menunggu ibarat pngguk rindukan bulan untuk melihat UMNO kembali kepada perjuangan yang telah laa ditinggalkan mereka?

Lagi pun negara ini negara demokrasi. Menyertai DAP bukan jenayah. Rasuah itu jenayah. Memeras wang rakyat dalam berbillion ringgit itu jenayah. Menggunakan wang zakat itu jenayah kepada tuhan.

Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang melakukan perkara jijik ini buat selama-lamanya.

Saya tidak mahu terlibat dengan parti seperti ini.

Jika saudara masih mahu bersama mereka yang rasuah ini silakanlah. Saya tidak akan menggunakan perkataan kotor seperti yang di lakukan oleh penyokong-penyokong UMNO itu.

Saya mesti membezakan diri saya dari mereka yang telah buta mata hati ini.

Terima kasih.
31 December 2011 17:12:00 GMT+08:00

Friday 30 December 2011

Selamatkah Madrasah Salihiah???

Program Munajat Perdana
"Selamatkan Madrasah Salihihiah Kanchut"
Tarikh :
31 Disember 2011.(Sabtu)
Masa: 
12.00 tengah hari - 5.00 Petang.
Aktiviti:
Solat Zohur dan Solat Hajat Berjamaah.
Tazkirah "Kemuliaan Berjihat" - Ustaz Fathul Bahri b Yahya.
Ceramah oleh YB Zulkifli b Nordin.
Ceramah Oleh YB Dato Dr. Hassan Ali.
Jamuan Rakyat.
 Kempen mengumpul tanda tangan selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut.

SAMBUTAN AMBANG SEJAHTERA 2012
Saban tahun Kerajaan Negeri Kedah mengadakan program Sambutan tahun baru masihi pada tanggal 31 Disember.Sejak mengambil tampuk pemerintahan daripada UMNO/BN 3 tahun yang lalu,Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tidak ketinggalan turut meraikannya dalam suasana yang agak berbeza dan tentunya kos yang lebih murah tetapi meriah.Bermula sambutan tahun baru 2009 di Alor Setar,2010 dan 2011 di Sungai Petani,kini penduduk sekitar Kulim dan Padang Serai pula berpeluang bersama-sama YAB Dato Seri DiRaja Ustaz Azizan Razak dan para Exco Kerajaan Negeri menyambutnya di Dataran Dewan Putra,Kulim.Program yang mendapat kerjasama penuh dari pentadbiran Daerah Kulim dilihat amat bermakna kerana ianya juga merupakan acara kemuncak sambutan ulangtahun ke-10 Majlis Perbandaran Kulim(MPKK).

Antara aturcara yang diatur di sebelah petangnya adalah konvoi bermotosikal oleh para belia menyambut kedatangan pasukan Bolasepak Skuad Pilihan Kedah yang akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Bolasepak pilihan Kulim di Stadium Keladi.Sebelum perlawanan berlangsung,majlis Hi-Tea bersama peminat akan diadakan di persekitaran stadium.

Bagi acara sebelah malam pula,program akan dimulai dengan majlis bacaan Surah Yaasin di Masjid berhampiran anjuran bersama Pejabat Agama Daerah Kulim.Sekitar jam 9.00 malam,persembahan muzik akan didendangkan oleh Pancaragam SM Sultan Badlishah diikuti dengan persembahan Kebudayaan dari Kaum Cina dan India.Acara persembahan pentas kemudiannya akan menampilkan Kumpulan Nasyid Dzil Afnan,nyanyian dan persembahan ilusi dari Amar dan artis utama iaitu Iwan Syahman yang popular dengan lagu-lagu dangdutnya satu ketika dahulu.Di sambut dengan paluan gendang oleh 3 Kaum utama iaitu Melayu,Cina dan India,YAB Dato'Seri DiRaja Menteri Besar yang dijangka tiba sekitar jam 11.00 malam seterusnya akan menyampaikan ucapan perutusan tahun baru 2012.Sebelum kiraan detik 12.00 malam dibuat,Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah akan menyajikan tayangan multimedia berkenaan "Pencapaian Kedah 2011"iaitu pencapian kejayaan dan prestasi Kerajaan Negeri sepanjang tahun 2011.

Dengan kejayaan sambutan edisi terdahulu,secara tidak langsung dapat menangkis tohmahan dan fitnah dari pihak UMNO/BN yang menyatakan Kerajaan Pakatan Rakyat akan menghalang dan membatalkan hiburan kepada rakyat sebaliknya turut menganjurkannya menurut ketetapan Syarak dan adat budaya.

Rozaidi Taib
Penerangan PAS Kedah

Pig heads found near Johor mosque

December 30, 2011

JOHOR BAHARU, Dec 30 — Johor police are investigating reports that severed pig heads have been found near a mosque today at dawn.

Taman Desa Jaya’s Al-Falah Mosque’s congregants apparently made the discovery when they attended dawn prayers, said Johor police chief Datuk Mokhtar Mohd Shariff to Bernama Online.

A special team, he said under Johor deputy police chief Datuk Ismail Yatim is looking to solve the case.
Mokhtar himself visited the incident site, and urged restraint. He said no one should speculate nor take matters into their own hands.

Mosque committee's chairman, Kassim Darim, 62, said residents also found a bag with pig parts near the mosque’s rear fence at 5pm yesterday.

He said incidents like these have never occurred in the area.

They lodged a report at the Desa Cemerlang Police Station.

http://www.themalaysianinsider.com/

MUHASABAH DI AKHIR TAHUN

اَلْحَمْدُ   لِلَّهِ الْقَائِلِ،
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌۭ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۢ ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ ﴿١٨﴾
أَشْهَدُ   أَنْ لَّآإِلهَ إِلَّا اللَّهُ     وَأَشْهَدُ   أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ,  وَرَسُوْلُهُ
 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  وَعَلَى آلِهِ   وَأَصْحَابِهِ  وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ !   اتَّقُواْ  اللَّهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ  وَلَاتَمُوْتُنَّ  إِلَّا  وَأَنْتُمْ   مُّسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah sekelian!

Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Orang beriman dalam beberapa kesempatan dan waktu, hendaklah berhenti sejenak untuk menghitung-hitung diri dan amal yang telah diperbuatnya pada hari-hari yang lalu, kemudian memperkuat keinginan untuk memperbaiki dan menambah amal kebaikannya. Allah berfirman:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌۭ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۢ ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ ﴿١٨﴾

“Hai orang-orang beriman, takut kepada Allah dan hendaklah setiap jiwa memperhatikan apa yang telah disiapkannya untuk hari esok dan takut kepada Allah, karena Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Al-Hasyr: 18)

Sesungguhnya hari-hari yang berlalu, bulan-bulan yang datang silih berganti, dan tahun-tahun berakhir kemudian datang tahun yang baru, semuanya berjalan dan berlalu dengan maksud dan mengandungi tujuan yang jelas dari Allah. Allah berfirman:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَـٰكُمْ عَبَثًۭا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ ﴿١١٥﴾

“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-mukminun: 115)

Sesungguhnya penciptaan alam ini, beserta isinya, beserta manusia yang ada di dalamnya, serta berlalunya hari yang datang silih berganti bukanlah untuk dilalui dengan permainan dan sia-sia belaka, sebagaimana hari-hari itu dilalui oleh mereka yang kafir kepada Allah. Bagi orang beriman tentu tidaklah sama, hari-hari yang mereka lalui ada ketaatan yang dilakukan dan dijalankan. Dalam ayat yang lain Allah menegaskan:

إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَـٰوَ‌ٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱخْتِلَـٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ لَءَايَـٰتٍۢ لِّأُو۟لِى ٱلْأَلْبَـٰبِ ﴿١٩٠﴾

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali-Imran: 190)

Sesungguhnya hidup manusia mempunyai tahap dan dilalui setapak demi setapak namun yang pasti semua penghuni dunia ini akan berangkat menuju ke alam akhirat, dan semuanya sedang bergerak mendekati kematian. Orang yang beruntung adalah mereka yang selalu menghitung dirinya, selalu memperbaiki diri dan istiqomah memohon keampunan kepada Allah dari segala dosa dan salah. Allah berfirman:

مَّنْ عَمِلَ صَـٰلِحًۭا فَلِنَفْسِهِۦ ۖ وَمَنْ أَسَآءَ فَعَلَيْهَا ۗ وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّـٰمٍۢ لِّلْعَبِيدِ 

“Barangsiapa yang mengerjakan amal yang saleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka (dosanya) untuk dirinya sendiri; dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya.” (Fushilat: 46)

Hadirin sidang jumaat yang dimuliakan Allah

Sebagai seorang yang bertaqwa kita hendaklah sentiasa menghisab diri kita atas apa yang telah kita perbuat, bertaubat terhadap segala maksiat dan dosa yang kita lakukan, dan berusaha memperbaiki kehidupan ke arah yang lebik baik dari hari-hari semalam. Sabda Rasulullah saw :

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ  - رواه أحمد

Dari Syaddad bin Aus ra. Rasulullah saw. bersabda: “Orang yang cerdas adalah orang yang selalu menghisabi diri dan beramal untuk kehidupan selepas kematiannya. Dan orang yang lemah adalah yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan saja kepada Allah.”

Rasulullah saw menegaskan bahwa seorang yang hanya berangan-angan saja untuk melakukan amal sholeh dan tetap mengikuti keinginan nafsunya adalah mereka yang lemah, lemah karena dikalahkan oleh syahwat. Memang pada dasarnya setiap orang akan dan pernah melakukan kesalahan, berbuat dosa dan maksiat, namun dengan demikian kesedaran dari kekhilafan itulah yang akan membuat seseorang menjadi seorang mukmin yang baik tatkala ia melakukan taubat dengan sebenar-benarnya. Rasulullah bersabda:

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ – رواه ابن ماجه

Daripada Anas katanya, sabda Rasulullah saw : “ Semua anak-anak Adam pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang salah adalah yang bertaubat.”

Hendaklah kita segera bertaubat dari kesalahannya, meminta ampun dan berusaha lari meninggalkan dosa dan siksa akhirat ketika masih ada kesempatan ketika hidup di dunia, karena jika kita tidak berusaha untuk lari dari siksaan dalam kesempatan yang ada di dunia ini, maka kita tidak akan dapat lagi lari dari siksaan Allah di akhirat kelak. Allah swt. berfirman:

حَتَّىٰٓ إِذَا مَا جَآءُوهَا شَهِدَ عَلَيْهِمْ سَمْعُهُمْ وَأَبْصَـٰرُهُمْ وَجُلُودُهُم بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ ﴿٢٠﴾ وَقَالُوا۟ لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدتُّمْ عَلَيْنَا ۖ قَالُوٓا۟ أَنطَقَنَا ٱللَّهُ ٱلَّذِىٓ أَنطَقَ كُلَّ شَىْءٍۢ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍۢ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ ﴿٢١﴾

"Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan. Dan mereka berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit mereka menjawab: "Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dia-lah yang menciptakan kamu pada kali pertama dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan." (Fushilat: 20-21)

Hadirin Sidang Jumaat yang berbahagia,

Setiap perbuatan kita di dunia ini pasti akan dinilai dan diberi balasan oleh Allah. Bumi sendiripun akan menceritakan setiap kejadian yang berlaku di dalamnya. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwa Rosulullah suatu ketika membaca firman Allah:

يَوْمَئِذٍۢ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا ﴿٤﴾

“Pada hari itu bumi menceritakan beritanya.” (Surah Al-Zilzalah: 4)

Para sahabat bertanya, wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan bumi menceritakan setiap kejadiannya? Rasulullah menjawab: “

أَنْ تَشْهَدَ علَى كُلِّ عَبْدٍ أَو أَمَةٍ بِماَ عَمِلَ علَى ظَهْرِها، تَقولُ: عَمِلْتَ كَذَا وَكَذا، فِي يَوْمِ كَذَا وَكَذَا

“Akan bersaksi setiap hamba atau setiap umat terhadap apa yang telah dilakukannya di atas punggungnya, lalu berkata: kamu melakukan ini dan itu pada hari ini dan hari itu.” (HR. Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Hibban)

Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a. pernah mengucapkan kalimat yang sangat popular untuk menjadi renungan bersama:

حَاسِبُوْا أَنفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحاَسَبُوْا، وَزِنُوْهَا قَبْلَ أَنْ تُوْزَنُوْا، وَتأَهَّبُوْْا لِلعَرْضِ الأَكْبَرِ علَى اللهِ

“Hitunglah dirimu sebelum dihitung, dan timbanglah amalmu sebelum ditimbang, dan bersiaplah untuk dihadapkan kepada Allah pada hari penghadapan yang besar.”

Allah swt berfirman :

يَوْمَئِذٍۢ تُعْرَضُونَ لَا تَخْفَىٰ مِنكُمْ خَافِيَةٌۭ ﴿١٨﴾

“Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah)”. (Surah Al-Haaqah: 18)

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Oleh yang demikian pada kesempatan Jumaat kali ini, di saat kita telah berada hampir di penghujung tahun 2011M ini, sekurangnya ada tiga perkara yang perlu menjadi renungan kita bersama. Kita harus merenung hari-hari yang telah berlalu dan hari-hari yang mendatang agar kita sedar bahawa sesungguhnya setiap jiwa tidak dibiarkan saja hidup semahunya dan akan ada pertanggungan jawaban di akhirat kelak.

Pertama: Apa yang telah kita lakukan untuk diri kita daripada amal-amal soleh sepanjang tahun ini?

Apakah kita telah mengisinya dengan ketaatan di setiap hari-harinya,atau kita wajar bersedih dan menangis kerana kelalaian kita yang berterusan bergelumang dengan kemaksiatan dan kedurhakaan tanpa rasa takut kepada-Nya. Allah berfirman:

وَٱلْأَرْضِ وَمَا طَحَىٰهَا ﴿٦﴾ وَنَفْسٍۢ وَمَا سَوَّىٰهَا ﴿٧﴾ فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَىٰهَا ﴿٨﴾ قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّىٰهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا ﴿١٠﴾

“dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.“ (Asy-Syams: 7-10)

Hadirin yang berbahagia

Kedua : Apakah yang telah kita berikan untuk keluarga kita?

Sudahkah cahaya iman kita bawa masuk ke dalam rumah kita. Apakah keluarga kita bergerak seiringan menuju keredhaan Allah? Apakah rumah kita disinari cahaya iman dan dipenuhi amalan kebaikan. Apakah bacaan al-Quran dan solat fardhu dan sunat menjadi hiburan aktiviti yang menyerikan rumah kita atau hanya kesunyian ibarat tanah perkuburan tanpa ada suasana yang mendekatkan kita kepada tuhan. Rasulullah bersabda:

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَلْبَيْتُ الَّذِيْ يُقْرَأُ فِيْهِ الْقُرْآنُ يُكْثَرُ خَيْرُهُ وَيُوَسَّعُ عَلَى أَهْلِهِ وَيَحْضُرُهُ الْمَلاَئِكَةُ وَيَهْجُرُهُ الشَّياَطِيْنُ وَإِنَّ الْبَيْتَ الَّذِيْ لاَ يُقْرَأُ فِيْهِ يُضَيَّقُ عَلَى أَهْلِهِ وَيُقِلَّ خَيْرُهُ وَيُهْجُرُهُ اْلمَلاَئِكَةُ وَيَحْضُرُهُ الشَّياَطِيْنُ – عبد الرزاق

Rasulullah bersabda: “Rumah yang dibacakan di dalamnya Al-Quran akan diperbanyakkan kebaikannya, diluaskan bagi penghuninya, dihadiri oleh malaikat dan syaitan akan menghindainya. Dan rumah yang tidak dibacakan di dalamnya Al-Quran, maka akan merasa sempitlah penghuninya, sedikit kebaikan di dalamnya, malaikat pergi darinya dan dihuni oleh syaitan. (HR. Abdul Razak dan Dailami)

Hadirin yang dimuliakan Allah

Ketiga : Apakah kita sudah memunaikan amanah terhadap jiran tetangga dan masyarakat sekeliling kita.

Sabda Rasulullah saw :
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتّ،ٌ  قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ : إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَشَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ.

Dari Abu Hurairah ra. Rasulullah saw bersabda: Hak muslim atas muslim yang lain ada enam. Sahabat bertanya, apakah itu Ya Rasulullah? Rasul menjawab: Apabila bertemu ucapkanlah salam, apabila ia mengundangmu maka penuhilah, apabila meminta nasihat kepadamu, nasihatilah, apabila ia bersin dan memuji Allah maka doakan ia, apabila sakit jenguklah dan apabila meninggal dunia hantarlah jenazahnya. ( HR. Muslim)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
 
Terbitan Dewan Ulama' Pas Perak

MEMPERKASA HUBUNGAN ULAMA’ DAN UMARA


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

MEMPERKASA HUBUNGAN ULAMA’ DAN UMARA   
( 16 DISEMBER 2011 / 20 MUHARAM 1433H )


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketakwaan, kita beroleh rahmat dan keredhaan hidup di dunia dan di akhirat. Sempena dengan perhimpunan ulama’ dan umara’ pada hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) maka mimbar akan membincangkan tajuk khutbah MEMPERKASA HUBUNGAN ULAMA’ DAN UMARA.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sistem perlantikan Yang diPertuan Agong di amalkan di negara kita merupakan satu sistem yang unik dan istemewa yang menjadi tonggak kestabilan negara dan telah mengukuhkan lagi institusi Raja Berpelembagaan. Apa yang jelas sistem perlantikan dan penggiliran yang telah di amalkan sejak merdeka sehingga kini membolehkan rakyat menghayati kesinambungan antara sejarah silam dan kehidupan masa kini yang secara tidak langsung menyerlahkan identiti sebagai sebuah negara yang berdaulat. Maka bersempena dengan perlantikan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah sebagai Yang di Pertuan Agong ke 14 dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Hajjah Haminah sebagai Raja Permaisuri Agong, marilah sama-sama kita menjunjung kasih, merafak sembah kesetiaan dibawah pemerintahan Baginda berdua. Semoga Baginda berdua dikurniakan taufik dan hidayah serta kekuatan untuk meneruskan pemerintahan negara. Menjadi tanggungjawab rakyat jelata memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Baginda berdua sebagai pemerintah negara sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 59:
 Maksudnya: Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan taatlah kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Dalam sejarah ketamadunan Islam, golongan umara’ dan ulama’ merupakan dua golongan yang amat dihormati oleh masyarakat. Golongan ini senantiasa menjadi perhatian masyarakat dan amat berpengaruh. Kerana itulah ketika Islam mula bertapak di Tanah Melayu, alim ulama’ di angkat kedudukannya dengan diberi pengiktirafan oleh pemerintah sebagai penasihat kepada Sultan atau Raja. Pengiktirafan yang begitu tinggi ini sebenarnya bertepatan dengan prinsip Islam yang menjunjung kedudukan ulama’ dan selaras dengan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin malik RA:
 
Maksudnya: “Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan.

Namun persoalan besar timbul disini siapakah ulama, dan umara’ yang sebenarnya?.Secara ringkasnya dalam konteks umat Islam di rantau ini,  ulama’ adalah merujuk kepada mereka yang mengetahui dan memahami agama secara mendalam. Tanpa ulama’ semua orang akan menjadi jahil dan akan bertindak mengikut hawa nafsu semata-mata. Kerana itu para ulama’ merupakan anugerah besar buat umat manusia bagi membimbing mereka ke jalan yang benar. Manakala umara’ pula merujuk kepada pemerintah yang memimpin sesebuah masyarakat. Tanpa pemerintah, masyarakat menjadi kacau bilau. Malah ajaran Islam dan syariah tidak akan dapat dilaksanakan. Imam al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “ Sesungguhnya penguasa atau pemerintah yang adil itu adalah bayangan Allah di bumi yang menjadi tempat berlindung bagi setiap orang yang dizalimi. 

Menjelaskan betapa besar peranan sebagai umara’ ini, Khalifah Umar ibnu al-Khattab pernah memberi nasihat dan peringatan kepada Abu Musa al-Asy’ari, Gabenor Mesir ketika itu bahawa:“ Penguasa yang paling berbahagia ialah mereka yang rakyatnya merasa bahagia hidup di bawah pemerintahannya. Sementara penguasa yang paling celaka pula ialah mereka yang rakyatnya merasa celaka hidup dibawah pemerintahannya. Ingat jangan hidup bermewahan kerana para pegawai kamu akan meniru kamu. Bandingkan diri kamu sama seperti binatang ternakan. Apabila binatang itu dibawa ke padang rumput yang menghijau ia akan makan banyak sehingga menjadi gemuk. Kegemukannya itu akan menjadi sebab kepada kebinasaannya kerana ia akan disembelih untuk dimakan.

Imam al-Ghazali ketika mengulas peranan ulama’ dan umara’ pada zamannya pula menyatakan bahawa:“ Adalah menjadi kebiasaan bagi ulama’ untuk melakukan kerja amar makruf dan nahi munkar tanpa mengira sangat tentang kekejaman pemerintah. Mereka percaya bahawa Allah akan menjaga mereka. Mereka rela menjadi syahid kalau ditakdirkan begitu oleh Allah. Oleh kerana mereka itu ikhlas, bersikap jujur dan menyumbangkan tenaga semata-mata untuk menegakkan ilmu, maka orang ramai mudah menerima nasihatnya. Tetapi sekarang lidah para ulama’ telah menjadi kelu kerana diikat oleh kepentingan. Kalaupun mereka bercakap, tidak akan berjaya kerana pembawaan hidup mereka sendiri berbeza dengan apa yang dicakapkan. Sesungguhnya rakyat rosak kerana pemerintah dan pemerintah rosak kerana ulama’. Sementara ulama’ pula rosak kerana tamak harta dan pangkat.

Berdasarkan hadith-hadith dan pandangan tokoh-tokoh ulama’ tersebut ternyata hubungan antara ulama’ dan umara’ merupakan tunjang kepada kekuatan ummah dan menentukan hala tuju umat Islam pada masa hadapan. Merekalah yang berada di barisan hadapan yang menentukan kejayaan atau kejatuhan sesebuah ummah itu. Lihatlah sebagai contoh kejayaan kerajaan Islam Samudera Pasai, Melaka dan Aceh yang bertonggakkan kekuataan ulama’ dan umara’ telah menjadi pusat perkembangan Islam yang paling penting dan berpengaruh pada abad 14 sehingga ke-17. Sebaliknya, apabila dua golongan ini menjadi jahat, bermusuhan, maka pemerintahan menjadi lemah, ummah tidak terbela, negara kucar kacir dan akan ditimpa kehancuran. Menurut hadith yang diriwayatkan daripada Abu Naim bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 Mafhumnya: Ada dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat akan jadi baik, dan jika kedua-duanya rosak, maka masyarakat akan rosak, mereka itu ialah ulama’ dan  umara.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Persoalan besar timbul disini ialah bagaimana kaedah untuk memperkasakan dan mempertingkatkan hubungan ulama’ dan umara’?. Mimbar ingin menegaskan bahawa memperkasakan kaedah nasihat dan saling hormat menghormati merupakan sebagai satu cara untuk mengeratkan lagi  hubungan antara ulama’ dan umara’. Setiap ulama’ mestilah berintergriti, bersifat ikhlas, jujur, jatidiri, berpandangan luas serta tidak fanatik di dalam setiap tindakannya dan hendaklah memberi nasihat dan teguran berlandaskan kepada kebenaran tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau fahaman tertentu. Begitu juga dengan umara’, mereka mestilah bersikap terbuka dalam menerima nasihat dan pandangan serta mampu membina kerjasama yang baik dengan mana-mana pihak.

Seorang ulama terkenal Muhammad bin Nasr ketika menjelaskan maksud nasihat untuk para pemerintah ialah supaya mereka menjadi baik, mendapat petunjuk dan berlaku adil, menyukai umat bersatu dibawah pemerintahannya dan tidak berpecah belah. Dengan memperkasakan kaedah ini ia akan meletakan peranan ulama’ di tempat yang sepatutnya, mereka akan dihormati  dan akan memartabatkan kedudukan ulama, dalam sistem pemerintahan negara. Iman al-Turtusyi di dalam kitabnya siraj al-Muluk berkata: Manusia yang paling utama taat kepada pemerintah dan menasihatinya ialah ahli agama dan mereka yang mendapat nikmat serta golongan yang bermaruah kerana agama tidak boleh tegak tanpa kuasa pemerintah. Dan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya asas hubungan dalam agama adalah nasihat, iaitu bagi mentaati Allah dan rasul-Nya bagi menolong para pemerintah umat Islam dan rakyat amnya.(Riwayat Muslim).

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Islam adalah agama yang mewujudkan sistem cara hidup menyeluruh kepada manusia dari segi akidah, syariah, akhlak, politik, ekonomi, dan sosial yang berkait rapat satu sama lain. Sistem cara hidup ini mempengaruhi pembangunan duniawi dan ukhrawi manusia. Dengan demikian kerjasama dan hubungan harmoni ulama’ dan umara’ akan menjadi tunjang kekuatan ummah dan menentukan negara berada di landasan yang selari dengan Siasah Shar’iyah. Mimbar menyedari bahawa bidang kuasa ulama’ di negara ini adalah terbatas berbanding bidang kuasa umara’ yang luas. Oleh itu, walaupun tinggi integriti ulama’, dan hebat kewarakkan ulama’ tetapi keputusan terakhir merancang dan melaksanakan pembangunan umat dan negara terletak di bawah bidang kuasa umara’.

Selari dengan tanggungjawab ulama’, maka menjadi tanggungjawab mimbar mengingatkan bahawa ulama’ tidak boleh berdiam diri dalam memperjuangkan hak-hak kepentingan Islam dan menyelesaikan masalah ummah. Suara ulama’ sentiasa ditunggu dan diperhatikan oleh masyarakat Islam yang cintakan agamanya. Mimbar amat yakin langkah umara’ atau pemerintah menjemput ulama’ dalam membincangkan isu-isu negara dari masa ke masa adalah selari dengan tuntutan Islam. Kepada para ulama’ mereka perlulah membina jambatan dengan pelbagai pihak dalam masyarakat tanpa mengambil kira tahap kedudukan dan kecenderungan pemikiran mereka. Para ulama’ juga tidak boleh sama sekali memisah dan memencil diri di dalam dunia yang berasingan dan haruslah berada dalam realiti masyarakat yang nyata. Ingatlah bahawa hubungan ulama’ dan umara’ ibarat aur dengan tebing dan perkongsian bijak mereka akan membawa rahmat kepada negara dan ummah. Firman Allah SWT dalam surah Faathir ayat 28:
 Maksudnya:Sebenarnya yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya hanyalah ulama’ (orang yang berilmu).”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru sidang jemaah dan umat Islam sekalian, marilah kita bersama-sama mengembeleng tenaga menyepadukan peranan ulama’ dan umara’ agar negara dan ummah terus dirahmati sebagaimana berikut:Pertama: ulama’ dan umara’ perlu bekerjasama dalam bidang yang boleh disepakati dan berbincang bagi mengelakkan perselisihan yang merugikan ummah.Kedua: ulama’ dan umara’ perlu mengikhlaskan hati dan melengkapkan diri dengan kemahiran, ilmu dan kepimpinan di samping berusaha memahami masalah terkini umat Islam.Ketiga: umat Islam perlu mendokong peranan dan sumbangan ulama’ dan umara’ dengan bersama-sama bersatu dan menguatkan rohani dan intelektual. Dan keempat: ulama’ dan umara’ perlu bersikap insyirah atau berlapang dada menerima teguran atau nasihat demi manfaat agama dan ummah.
Maksudnya: Sesiapa yang berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka Kami penuhi usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan daripadanya. Mereka tidak beroleh di akhirat kelak selain daripada neraka, dan gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan)”. (Sural Huud: 15-16)

Pas Pelawa Pemuda MCA Pulau Pinang Sertainya

 Eng Hiap Boon
Oleh : Mohd Sabri Said   

PULAU PINANG, 30 Dis: Pemuda PAS mempelawa bekas Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon dan 439 ahlinya menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di negeri ini untuk bersama-sama menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah berkata, beliau merasakan masa untuk bersama MCA dan BN memerintah telah berlalu kerana terlalu banyak penyelewengan berlaku melibatkan wang rakyat.

Eng Hiap Boon (gambar) dan anggotanya meletakkan semua jawatan dalam parti itu beramai-ramai  semalam ekoran hilang kepercayaan kepada kepimpinan MCA dan BN.Tindakan mereka mengakibatkan dua cawangan MCA di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Tindakan Eng Hiap Boon pasti memberikan tamparan hebat kepada pucuk pimpinan terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang seakan sudah bersedia dengan kekuatan baru untuk merampas kembali Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat.

Langkah drastik itu juga memberikan kekuatan baru kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk teruskan usaha menyakinkan rakyat dengan berbagai skim batuan hasil lebihan perbelanjaan kerajaan tanpa melihat lagi kebelakang.

"Sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat saya menyeru beliau dan ahlinya menyertai DHPP di Pulau Pinang bagi membantu memperkuatkan PAS sekaligus memperkemaskan jentera Pakatan Rakyat yang sedang diperlekehkan oleh Umno dan BN.

"Dewan Pemuda PAS yakin ia satu perkembangan yang positif terhadap Pakatan Rakyat di negeri ini, " jelas Husni dalam kenyataannya.

Dewan Pemuda PAS sendiri katanya, cuba mencari jalan mendekati mereka dengan sokongan DHPP Pulau Pinang bagi menerangkan betapa pentingnya perlawaan tersebut.

Ia amat wajar kerana Malaysia amnya Pulau Pinang kena di selamatkan daripada jatuh semula ke tangan Umno dan BN yang ketagih kuasa.

Thursday 29 December 2011

Selamatkan Surau Salihiah Kanchut - Akhirnya Mereka Insaf

BANYAK kali sudah saya menulis mengenai sikap hipokrasi dan munafik orang kita, iaitu orang Melayu beragama Islam di negara ini. Cakap tak serupa bikin. Matlamat menghalalkan cara. Akhirnya yang rugi ialah bangsa itu sendiri.

Apabila terkena di atas batang hidung sendiri semua senyap. Ya, semuanya yang salah menjadi betul. Sehinggakan Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setar berusia lebih 100 tahun, yang diumumkan oleh kerajaan Pas Kedah mahu dirobohkan, pun menjadi betul.

Semua orang senyap sunyi. Hanya 30 orang sahaja kariah yang berdemo. Tiada perbincangan dalam blog. Tiada kata-kata yang menuduh kerajaan Pas Kedah zalim, mahazalim, mahafiraun kerana mahu merobohkan sebuah madrasah – rumah suci umat Islam untuk dijadikan sebuah kompleks beli-belah.
Apa kata sekiranya kerajaan Kedah yang mahu merobohkan madrasah itu ialah Kerajaan Barisan Nasional (BN)? Saya rasa akan ada pak-pak lebai Pas yang sanggup tidur di atas jalan bagi mempertahankan madrasah itu.

Kini, tiada apa-apa berlaku. Malah kerajaan negeri pimpinan ustaz Azizan pula berkata siapa yang menentang ‘projek pembangunan’ itu dengan merobohkan madrasah itu sebagai orang bingai, atau tak reti bahasa atau dalam bahasa Inggeris yang bersopan ignorant atau jahil.

Wahai pembaca sekelian. Madrasah itu bukanlah madrasah biasa atau surau baru. Ia telah berusia lebih 100 tahun dan menjadi salah satu bangunan warisan Kedah di kota raya Alor Setar tua itu.
Perlu disebut, Alor Setar ialah salah sebuah bandar yang tertua di dunia, berusia sekitar lebih 200 tahun.

Bangunan-bangunan tua seperti Madrasah Salihiah Kanchut itu sepatutnya diperbaiki dan perindahkan seperti Masjid Zahir Alor Setar – bukannya dirobohkan.

Madrasah itu sepatutnya dijadikan bangunan warisan. Carilah tanah lain untuk didirikan kompleks beli-belah itu atau biarkanlah madrasah itu berdiri megah di keliling pusat beli-belah tersebut.

Yang mahu dirobohkan ini pula bukan bangunan tua yang bukan-bukan, ia adalah tempat ibadah yang maha suci umat Islam. Islam pula ialah parti yang kononnya didokong oleh parti Pas, parti yang memerintah Kedah sekarang?

Apa sudah jadi ini? Mana pergi hulubalang Pas yang sanggup tidur di atas jalan di Kuala Kangsar dulu dan sanggup menjadikan tubuh badan sebagai perisai di hadapan kereta FRU semasa demo Bersih dulu? Pergilah pertahankan madrasah berusia 100 tahun itu.

Azizan kata kita semua bingai. Menteri Besar itu kata dia pandai. Katanya kita roboh madrasah berusia 100 tahun itu, kita bina kompleks beli-belah dan kita buatlah surau di bawah bangunan itu. (Di atasnya ada apa?)

Tak apalah kita semua bingai. Apa yang Azizan itu cakap samalah seperti kita robohkan Masjid Zahir, kita bina kompleks beli-belah di atasnya dan kita buat surau yang indah-indah di dalamnya. Bolehkah kita perdengarkan azan di dalam kompleks beli-belah itu, sama seperti madrasah itu sekarang? Jika sebuah surau lain dibina di bawah bangunan atau di tapak lain, adakah sama dengan Madrasah Salihiah berusia 100 tahun itu?

Kita bukan nak beremosi di sini. Cuba kita bandingkan dengan senario ini: Pas pernah melancarkan kempen Kerajaan Selangor Zalim sekitar 2003 kerana kononnya Menteri Besar ketika itu, Dr. Khir Toyo mahu menamatkan tauliah solat Jumaat sebuah surau sementara dan merobohkannya di bawah sebuah pangsapuri lima tingkat di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Itu hanyalah surau berdindingkan plywood yang didirikan, sementara sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hasanah siap dibina.

Oleh kerana surau itu sudah menjadi markas pengikut Pas, maka mereka melancarkan tentangan hebat dan blog-blog memainkan peranan dengan melancarkan kempen zalim terhadap kerajaan negeri.

Jika sebuah surau sementara di bawah sebuah flat Jubli Perak itu pun ditentang habis-habisan oleh puak Pas, bandingkan pula Madrasah Salihiah Kanchut berusia 100 tahun? Kenapa senyap sunyi?

Oleh itu wahai sahabatku di Kedah, cubalah lihat hipokrasi yang anda semua tunjukkan. Sesungguhnya kami sedih kerana anak-anak kami dan kaum kerabat kami telah dikelirukan oleh anda semua selama ini.

Kelmarin ustaz Azizan dengan megah menaiki jentera backhoe membuat upacara pecah tanah – tanpa mempedulikan tunjuk perasaan kariah. Kompleks membeli-belah itu berharga RM500 juta. Turut hadir ialah Pengarah Urusan syarikat pemaju, Belleview Group, Datuk Sonny Ho, sebuah syarikat berpangkalan di negeri pakatan, Pulau Pinang.

Sesungguhnya Allah amat murka dengan orang yang munafik. Antara ciri-ciri munafik yang berat ialah: Apabila berbicara selalu berbohong (Orang ini tidak boleh dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkan); Apabila berjanji tidak ditepati, dan; Apabila diberi kepercayaan mereka mengkhianatinya.
Semua ciri itu adalah bertentangan sama sekali semasa mereka berjanji ketika pilihan raya lalu.

Akhir sekali, wahai umat Islamku semua marilah kita mempertahankan dan menyelamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak di Alor Setar daripada dirobohkan.
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita daripada sifat-sifat munafik dan kejahatan orang munafik.

FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT

Terletak di Jalan Tambang Badak, Alor Setar, Kedah.Dibina pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun.Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan.”Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010.

Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.

Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.

Kerajaan negeri berjanji akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di pusat beli-belah tersebut.

Oleh Zaini Hassan
Penolong Ketua Pengarang I Utusan
http://umno-online.com/?p=49605

Dulu masa BN perintah Masjid Alor Malai dirobohkan sama macam kes Madrasah Salihiah. Tapi tak ada sorang pun UMNO nak buat sembahyang hajat.

PAS pun pada masa tu serah dan hormati keputusan majlis fatwa Kedah .

Tapi bila mai zaman PAS perintah, UMNO naik minyak nak buat sembahyang hajat bantah roboh Madrasah Salihiah, konon nak pertahan surau.

Jelas, inilah perangai UMNO yang guna isu agama untuk kepentingan politik. Sembahyang hajat pun nak dipolitikkan.




Oleh: Saiburi Sudin


Di saat kejatuhannya, UMNO akan buat apa saja untuk cuba mengekalkan kuasa biar pun semua petunjuk meramalkan bahawa PARTI RASUAH NO 1 MALAYSIA itu akan berkubur dalam PRU13 nanti.

Ibarat orang lemas, apa saja yang terlintas akan dipautnya. Di Kedah pembangunan Kompleka Aman Central yang melibatkan menyusunan semula struktur susun atur bangunan, telah ditafsirkan sebagai cubaan kerajaan negeri meruntuhkan surau. Walhal apa ingin dilakukan ialah meroboh bangunan sebuah syarikat insuran yang dinamakan Madrasah Salihiah untuk digantikan dengan dua buah surau/madrasah lebih besar untuk beri manfaat yang lebih besar kepada umat Islam.

Bagi menampakkan tindakan mereka itu Islamik, mereka pun menganjurkan Solat Hajat politik kononnya untuk menyelamatkan surau itu dari diroboh. Astaghfirullahalaziiiiiim.. Solat Hajat pun dah jadi 'bahan dagangan politik' oleh UMNO demi kemarukkan kuasa. Dengan kuasa itu mereka boleh terus rompak khazanah kekayaan negara dan negeri, mereka boleh terus seleweng harta benda rakyat, boleh terus hidup mewah dengan cincin, beg tangan, pakaian mewah yang tiada batasnya.

Solat adalah ibadat mulia yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW.. Mulianya solat sampai Rasulullah SAW pergi ambil sendiri melalui peristiwa Isrok Mikraj.

Mai dekat UMNO Solat dibuat main seduit dua untuk kepentingan politik, untuk kuasa dan terus menipu rakyat. Sungguh jahat UMNO nih!!!
 
Kedah Lanie

* Akhirnya UMNO insaf.Selepas ini, diminta penulis artikal di atas ( Zaini Hassan, Penolong Ketua Pengarang I Utusan) dan orang-orangnya datang ke Bagan Serai bina balik sebuah masjid yang tidak kurang lamanya dan bersejarah (Masjid Tinggi) dan hasil wakaf orang ramai yang telah tidak digunakan lagi setelah didirikan masjid baru berhampiran dengannya.Begitu juga masjid lama di pekan Sungkai dan sebuah lagi masjid di kampung Balun, Slim River.Kesemua masjid baru yang disebutkan telah tidak dibina di tapak asalnya.Bukan sekadar surau atau madrasah tetapi masjid yang saya kira jauh lebih tinggi makamnya.

Apabila Orang Kecil Berani Menyanggah Orang Besar Secara Terang-terangan dan Selamat Tahun Baru 2012

Sedar tidak sedar tahun 2011 sudah hampir melabuhkan tirai.Sepanjang tahun, dunia politik tanah air diwarnai oleh suka dukanya tersendiri. Tidak pernah terhenti.Berpolitik sepanjang masa.Banyak kenangan manis yang terpahat, tidak kurang pula kenangan duka. Yang pasti, berdasarkan laporan media ,blog dan portal pro kerajaan dan pembangkang dilihat suasana politik negara kita amat tidak menyenangkan dan sedikit huru hara. Kata nista dan cercaan yang keterlaluan menjadi perkara biasa meghiasi ruang paparan blog oleh bloggers pro parti politik masing-masing. Pertelingkahan sesama pemimpin,ketidakpuasan hati terhadap pimpinan parti,keluar-masuk parti,saman-menyaman,kutuk-mengutuk adalah rutin dan perkara biasa. Tidak kurang juga tuduhan dan laporan palsu bertujuan menjatuhkan kepimpinan parti dan gerak saraf menjelang PRU 13 yang dijangka berlangsung apabila parlimen dibubarkan pada bila-bila masa. Dari pemimpin utama hinggalah ke pimpinan bawahan, nafas politik tidak pernah terhenti walau seketika. Tiba-tiba muncul sesosok tubuh kerdil bernama Adam Adli yang cukup popular dikalangan bloger pro kerajaan sebaris nama Dato Seri Anuar Ibrahim. Besar sangatkah nama Adam dan kesalahannya itu sehingga menarik minat sebahagaian besar penganut politik UMNO untuk berdemonstrasi melalak di depan UPSI persis orang hilang akal? Paling menyakitkan hati apabila melihat Sang ADUN yang menjadi jurucakap kumpulan pendemonstrasi itu, jika diukur dengan prestasinya di kawasan yang diwakilinya umpama cakap tidak serupa bikin.Seorang graduan kecil yang hanya menurunkan gambar Perdana Menteri diperlakukan sedemikian rupa,mahu diludah dan dikroyok beramai-ramai. Mungkin hanya kerana Adam itu orang Melayu.Jika bangsa lain yang melakukan sedemikian ,pastinya golongan pendemonstrasi itu diam seribu bahasa seperti penghinaan yang pernah dilakukan oleh Namawe sedikit masa dulu.Tahun demi tahun berlalu dan dapatlah disimpulkan bahawa bangsa Melayu sememangnya bangsa yang sering dan amat memerlukan pertolongan dan sandaran sampai bila-bila dan hanya berani mempertikaikan bangsanya sendiri sahaja, selagi berpegang teguh dengan budaya "melayu"nya.Cuba renungkan.Apakah melayu mempunyai tahun atau bulan (kalender) yang boleh dibanggakan?Hanya Melayu Jawa dan Banjar, yang mungkin mempunyai kalender mereka sendiri. Itupun entahlah...Selamat Menyambut Tahun Baru 2012.Kemana arah politik Melayu menjelang tahun 2012?Jika tiada arah, bersatulah dan daulatkan Islam.

Pemimpin politik parti pemerintah ditahan berkaitan kes bunuh

30/12/2011

COLOMBO 29 Dis. - Seorang pemimpin politik dari parti pemerintah ditahan berkaitan pembunuhan seorang pelancong Britain di sebuah resort pantai di selatan Sri Lanka pada minggu lalu.

Pemangku Menteri Pembangunan Ekonomi, Lakshman Yapa Abeywardena berkata, pemimpin politik itu menyerah diri dalam satu usaha memburu orang yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan Kuram Shaikah Zaman, seorang warganegara Britain yang berketurunan Israel.

Tambah beliau, lapan pasukan polis ditugaskan untuk menyiasat pembunuhan Zaman serta rakannya yang mengalami kecederaan dan sedang dirawat di sebuah hospital di Colombo. - AF

http://www.utusan.com.my/utusan/

Penganalisa Politik Ramal BN Menang Besar Dalam PRU 13, Ku Li Ramal BN Kalah Lagi

Seorang penganalisa politik tempatan meramalkan Datuk Seri Najib Tun Razak menang besar dalam ibu segala pilihan raya yang djangka tahun depan.

Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dari Universiti Utara Malaysia (UUM itu berkata, tsunami politik tidak akan berulang sebagaimana 2008.

Dalam tahun itu BN kalah teruk dengan kehilangan lima negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan – yang dimenangi PAS sejak 1990.

Ketua Jawatankuasa Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa itu berkata, “selalunya perdana menteri baru akan menang besar dalam pilihan raya pertama mereka.

“Jadi saya kira Najib akan menang besar dalam pilihan raya umum 13. Rakyat mula yakin dengan transformasi Najib.

“Saya kira satu atau dua kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat akan kembali kepada BN.”

Pakatan Rakyat meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari atau Mac untuk membuka laluan kepada pilihan raya umum ke 13.

Najib berulangkali mengingatkan partinya BN supaya bersiap sedia menghadapi pilihan raya tersebut.

`Tiada box office lagi’

Dr Mohamed Mustafa juga menolak faktor pemimpin popular pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor penentu keputusan pilihan raya umum 13.

Menurutnya, sama ada mantan timbalan perdana menteri itu dipenjarakan atau tidak, ia tidak boleh mempengaruhi rakyat lagi.

“Filem Anwar tidak boleh jadi box office lagi, tidak laku lagi kerana orang sudah tengok pada tahun 1999,” tambahnya.

Mahkamah tinggi akan membuat keputusan terhadap perbicaraan kes liwat Anwar pada 9 Januari ini.
Bagaimanapun, Dr Mohamed Mustafa menegaskan teori itu hanya ramalan belaka.

Menurutnya, jika berlaku kes besar dalam masa dua tiga bulan sebelum pilihan raya, ia akan mempengaruhi sokongan rakyat.

Tetapi, katanya, melihatkan keadaan sekarang dijangka tidak ada isu besar akan berlaku.-FMT

Ku Li Ramal BN Kalah Lagi Dalam PRU 13

[HD] KUALA LUMPUR, 28 Dis: Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo.

Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR