Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday 31 December 2012

Nik Aziz: Hadi wajar diberi peluang muncul di TV


31 Disember 2012
Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

KOTA BAHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyambut baik kesediaan RTM memenuhi permintaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Awang untuk menjawab mengenai amanatnya 31 tahun dahulu yang dikaitkan dengan gejala perpecahan umat Islam di negara.

"Haji Hadi wajar diberi peluang menjelaskan apa yang menimbulkan persoalan berhubung isu itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa RTM bersedia memenuhi permintaan Hadi untuk muncul di RTM berhubung isu Amanat Hadi pada 1981 yang dikaitkan dengan perbuatan seperti sembahayang dua imam dan menolak sembelihan orang Umno.

Rais berkata bagaimanapun Hadi harus muncul di televisyen dalam bentuk forum yang disertai beberapa orang tokoh agama seperti Mufti dan bukan seorang diri.

Hadi kelmarin meminta membuat penjelasan di televisyen setelah membisu terhadap desakan semakin hebat beberapa pertubuhan bukan kerajaan, bekas anggota Pas dan tokoh agama supaya beliau menarik balik amanatnya kerana menurut mereka ianya mencetuskan gejala seperti mengkafirkan sesama Islam dan perceraian pasangan berlainan fahaman politik di negara ini.

Nik Aziz juga menawarkan diri untuk memberi penjelasan menerusi televisyen berhubung kenyataannya mengapa Pas menentang UMNO.- Bernama.
  
Amanat: Presiden PAS sedia dailog dengan Jakim
Khairul Azlam Mohamad, 31 Dis 2012
KEMAMAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sedia mengadakan dialog dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan syarat dirakamkan pertemuan itu.

Katanya, ia sama seperti yang pernah diundang ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) rakaman perlu dibuat dengan Jakim.

“Saya minta rakaman. Saya berdailog dengan Jakim kena buat rakaman. Macam dengan Ikim, saya pernah pergi. Saya boleh pergi Jakim tetapi dengan buat rakaman, rakaman sepenuhnya. Saya minta orang saya rakam. Saya setuju tapi dengan rakaman,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian kepada media sempena lawatan serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Kemaman, di Surau Kampung Jaya Batu 2, Chukai, hari ini. (Gambar atas)

Manakala, katanya, syarat satu jam diberi peluang secara ‘live’ di saluran RTM1 dan TV3 tidak berubah bagi menjelaskan isu ‘amanat’ tersebut.

Menurutnya, rakaman berkait dengan penjelasan isu ‘amanat’ ditolak kerana dibimbangi akan berlaku putar-belit yang mengelirukan rakyat.

Malah, kata Ustaz Abdul Hadi, pihaknya tidak perlu membuat surat permohonan kepada kerajaan kerana telah diumumkan melalui media.

“Saya sudah beritahu saluran RTM iaitu TV1 dan TV3. Rasmilah tu, dan terpulang kepada dia untuk tentu, tapi secara ‘live’ (langsung) bukan rakaman. Sebab rakaman tak boleh, dia mesti jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran,” jelasnya.

Bahkan, beliau bersetuju jika digandingkan dengan mana-mana pihak dalam majlis tersebut dengan syarat satu jam secara langsung di saluran tv berkenaan.

Sebelum ini, Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata jabatan itu akan terlebih dahulu memanggil Ustaz Abdul Hadi berhubung amanat terbabit yang didakwa membawa kepada perpecahan umat Islam di negara ini.-HD.

Jakim jangan melatah lah!

Dr Dzulkefly Ahmad, 31 Dis 2012
 
1. Amat mengejutkan mengapa tiba-tiba Jakim saja bangkitkan hal 'Amanat Haji Hadi'. Mengigau ke Jakim ni?

2. Tak perlu orang macam saya pulak kena peringat orang dalam Jakim termasuk menteri agamanya..bahawa "Al-Ijtihad La Yanqudhu bi al-Ijtihad"..Sesuatu Ijtihad tidak boleh terbatal atau dipadam dengan ijtihad yang lain. Sifat ijtihad ialah 'Maudhu'iy' dan 'Waqi'iy'.. dihasilkan di dalam sesuatu realiti sosio-politik dan kehendak-tuntutan zaman (masa) dan makan (tempat).

3. Lantas menyuruh sesuatu itu ditarik balik adalah menafikan wujud sesuatu realiti dan kehendak yang menuntut 'amanat' itu diterbitkan sedemikian sifat tiga dekad yang lalu!

4. Samalah seperti tidak menyelami perhitungan mengapa wujudnya perbezaan Qaul Qadim (Ijtihad Lama) dan Qaul Jadid (Baru) Imam As Syafi'e di zaman Baghdad dan Mesir atas qadhiah atau maudhu (subjek-kes) yang sama.

5. Wajar bagi Jakim menumpu tugas-salahiyat utamanya mengurus penayaan Islam sekaligus nendepani kebejatan agama-moral ummat akibat pegangan agama secara longgar dan sesetengahnya emosi-jahil-ekstreme-melulu tanpa memahami Maqasid serta Tujuan di sebalik Syariat Islam.

6. Jakim mesti mengekalkan sifatnya yang tidak berpihak dan tidak jugak gelojoh menjatuhkan hukuman terhadap sesuatu atas desakan penguasa politik kalau tidak mahu terus kehilangan wibawa dan integriti.

7. Sebaiknya Jakim mewujudkan wacana ilmiah dan menghimpunkan seluruh tenaga ilmuan agama pelbagai bidang bagi memahami dan mendamaikan qadhiyyah atau isu secara tuntas dan bertanggungjawab. Jakim tidak wajar menjadi alat penguasa politik dalam memudaratkan kemurnian fahaman Islam dan hubungan baik antara agama.

8. Tuan Guru Haji Hadi tentunya mesti diundang sama membentang mengapa beliau terpanggil untuk menerbitkan 'Amanat' setegas dan sekeras itu bagi nenangani waqi' dan realiti ummat yang dilingkungi pemikiran penguasa politik dengan kebejatan fahaman sekularisme 'politik suku agama suku' dan pengkesampingan Islam dalam tadbir-urus serta pemerintahan negara.

9. Meskipun merujuk kepada sebuah parti Melayu yang dibincangkan ketika itu, namun Tuan Guru Haji Hadi tidak sebut pun nama parti itu dalam apa yang dikatakan amanatnya itu. - HD.

Sunday 30 December 2012

Amanat - Hj. Hadi Makin Mengarut

'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3'
Khairul Azlam Mohamad,  
MARANG: PAS sedia menjawab segala polemik yang ditimbulkan dalam isu ‘Amanat Haji Hadi’ dengan syarat diberi peluang satu jam secara langsung melalui RTM oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan diberi peluang kepada beliau satu jam secara ‘live’ dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut.

Malah, beliau turut menyatakan kesediaan merungkai permasalah isu ‘Amanat’ yang diucapkannya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Manir pada tahun 1981.

“Saya minta beri peluang satu jam di saluran RTM, TV1 atau TV3 untuk saya jelaskan secara ‘live’, bukan rakaman.
“Jika saya bercakap di sini nanti akan diputarbelitkan dan satu kenyataan bertulis akan saya berikan. Sama ada saya tarik balik atau tidak ‘amanat’ itu, beri peluang saya bercakap satu jam secara langsung dahulu,” tegasnya selepas Majlis Pelancaran Petugas Muslimat PAS Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, hari ini. (Gambar atas)

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media yang mahukan penjelasan beliau bahawa ‘Amanat’ pada tahun 1981 itu yang didakwa menjadi punca pecah belah dalam masyarakat umat Islam di negara ini.

Menurutnya, ruang masa siaran secara langsung selama satu jam itu sudah memadai bagi menjelaskan kekeliruan kepada rakyat berhubung isu tersebut.

“Saya minta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim beri saya satu jam masa secara ‘live’ pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Satu jam sudah memadai, saya bersedia tapi jangan pukul 3.00 pagi sudah, biar waktu siaran (biasa) di TV1, TV2 atau TV3,” ujarnya kepada wartawan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu ‘amanat’ tersebut sering kali dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) setiap kali menjelang pilihan raya.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, sebuah kitab ‘Mustika Hadis’ keluaran Jabatan Perdana Menteri lebih 'teruk' dari ucapannya yang dinamakan ‘amanat’ tersebut.

Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali.

Video http://www.youtube.com/

 
TV1, TV3 Wajar Sahut Hasrat Presiden PAS
Harakahdaily,   
 

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  yang berbentuk permintaan dan harapan agar diberikan ruang untuk muncul sejam di TV1 dan TV3.

Ini bagi menjelaskan segala isu yang berbangkit daripada apa yang disebut-sebut oleh ramai pihak khususnya dimainkan oleh media proksi BN sebagai “Amanat Haji Hadi”.

Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, DMPP melihat bahawa pendirian Presiden PAS ini adalah sangat berani, wajar dan bertanggungjawab.

“Pendirian dan sikap ini juga secara tidak langsung membuktikan kepada kita semua bahawa Presiden PAS adalah di pihak yang benar, selari dengan pepatah Melayu ‘berani kerana benar’,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, laporan Utusan Malaysia baru-baru ini bahawa Presiden PAS terus membisu daripada memberi respons terhadap isu itu juga barang kali sudah sampai ‘buku bertemu ruas’ dan sepatutnya pihak media proksi BN dan Umno seperti TV1, TV3 dan Utusan menerima perkembangan ini ibarat ‘orang mengantuk disorongkan bantal’.

“Kami yakin dan percaya bahawa ini adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pihak khususnya rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan parti politik untuk mendengar sendiri penjelasan daripada YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,” ujarnya.

Justeru itu, katanya DMPP mendesak Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Penerangan yang bertanggungjawab ke atas TV1 dan seterusnya pihak Media Prima yang bertanggungjawab ke atas TV3 segera menyahut ‘permintaan’ Presiden PAS yang dikira cukup gentleman itu.

Katanya, keupayaan dan kesungguhan kedua-dua pihak terbabit iaitu TV1 dan TV3 bagi memenuhi permintaan Presiden PAS ini juga akan menjadi tanda aras  bahawa kedua-dua pihak berkenaan siap untuk memberi laluan kepada pimpinan utama daripada parti politik selain daripada pihak BN.

“Kita semua tahu TV1 dan TV3 sangat ghairah memainkan isu ini, maka ini adalah peluangnya mereka menunjukkan keberanian mereka pula. Jangan hanya berani ‘lontar batu sembunyi tangan’.

“Bertanggungjawablah dengan apa yang telah kalian laporkan secara fitnah, adu domba dan sangat berniat jahat,” katanya.
ABU: Sangat setuju dan setuju sangat-sangat!Biar semua orang dapat dengar dan menilai dengan teliti.
بسم الله الرحمن الرحيم


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.
(Surah al-Hujurat [49]: 6)


HANYA RAKAMAN - Rais

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu Amanat Haji Hadi.

Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.

"Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman.

"RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV," kata beliau kepada pemberita ketika menyaksikan persiapan dan raptai Majlis Rumah Terbuka Krismas 2012 dan sambutan Tahun Baharu 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Pagi tadi di Marang, Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Pemimpin tertinggi Pas itu berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan Umno supaya masyarakat dapat menilainya.

Pada masa sama, Hadi berkata, beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.

Mengulas lanjut hasrat Hadi itu, Rais berpandangan kenyataan yang dibuat pemimpin Pas itu pada 1981 perlu mendapat penilaian daripada pihak lain memandangkan isu akidah itu telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Pandangan mufti lain pun harus dipertimbangkan di samping penilaian pihak Jakim dan pihak berkuasa lain dalam soal akidah," jelasnya.

Meskipun Rais dilihat secara terbuka menerima hasrat Hadi itu, namun penyiarannya mungkin dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan.

"Saya kira itu tidak jadi masalah tetapi hanya panjang pendeknya terpaksa dilihat dari sudut praktikaliti penyiaran di RTM," katanya. - SH.

 Sebahagian Ahli Perkasa Yang Berdemo Di Terengganu Minta Tuan Guru Haji Hadi ‘bertaubat’

ABU: Macam **********!!!!!!

Harapan Cerah Untuk BN Kekalkan Kuasa di Sabah

Abang ipar TKM Sabah ketuai 136 ahli Umno sertai PKR

Harakahdaily, 30 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai PKR. 
 
KeadilanDaily melaporkan, Ahmad Yunin menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Ketua Umum PKR itu berucap di pusat membeli-belah Tanjung Aru Plaza, Kota Kinabalu, malam tadi.

Ahmad adalah abang kepada Datin Seri Jouyah Yunin, isteri Yahya.

Beliau yang juga Pengerusi Sukarelawan Petagas turut menyerahkan cek RM10,000 untuk misi bantuan di Gaza pada majlis itu.

Program anjuran Wanita PKR Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah.

KeadilanDaily difahamkan, pidato Anwar itu adalah adalah pertama kali dijalankan dalam sesebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan.

Sabah yang dianggap fixed deposit Umno BN, hampir pasti  ditawan Pakatan Rakyat pada PRU13.

Saturday 29 December 2012

Kanak-kanak maut ditetak ibu saudara - KOSMO

INILAH rumah di mana Muhammad Muaz mati ditetak ibu saudaranya di Kampung Kejai, Tawar, Baling semalam.

BALING - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mati dibunuh oleh seorang ibu saudaranya dalam kejadian di rumah datuknya di Kampung Kejai, Tawar dekat sini semalam.

Ibu saudara mangsa yang menghadapi masalah mental sejak 20 tahun lalu dipercayai sudah menerima rawatan sebanyak lapan kali.

Mangsa, Muhammad Muaz Mohd. Izwani mati ketika dikejarkan ke Hospital Kulim.

Anak sulung daripada dua beradik yang tinggal di Arau, Perlis dan berkunjung ke rumah datuknya sejak petang kelmarin ditetak dengan sebilah parang di kepala, tangan dan leher oleh wanita berusia 36 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 12.10 tengah hari.

Katanya, suspek yang juga ibu saudara mangsa kemudian ditahan polis dan dikenakan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

"Suspek sebelum ini memang mempunyai rekod dan pernah beberapa kali dirawat termasuk di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan," katanya.

Jelasnya, ibu mangsa, Faizah Idris, 30, yang cuba membantu untuk menyelamatkan anaknya turut cedera di belakang kepala serta tangan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Friday 28 December 2012

41 ekor ular masuk rumah semasa banjir ditangkap

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu membantu menangkap 41 ekor ular yang masuk rumah semasa banjir di negeri ini.

Pegawai JPAM Terengganu, Leftenan (PA) Nor Asmawi Abdul Mutalib berkata, jenis ular yang ditangkap itu ialah seperti tedung dan senduk, dan haiwan-haiwan itu diserahkan kepada pihak berkuasa relevan.

Dalam tempoh dua hari sahaja sejak banjir mula melanda negeri ini Ahad lepas, pihak JPAM menerima aduan 13 hingga 16 kes ular masuk rumah setiap hari, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, biasanya pada musim banjir, ular akan mencari tempat perlindungan apabila sarangnya ditenggelami air. – BERNAMA.

Hah UMNO, Tunggu Apa Lagi? Sahutlah Cabaran!

Amanat: Ulama PAS tunggu ulama Umno debat
Aslani M, 28 Dis 2012
 
KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS Kelantan sedia berdebat dan berhujah dengan mana-mana ulama Umno berkaitan Amanat Haji Hadi yang cuba ditimbulkan semula sekarang.

Timbalan Ketuanya, Ustaz Hassan Mahmood berkata, perdebatan itu perlu disiarkan secara langsung bagi membolehkan rakyat mendapat penjelasan secara mendalam.

“PAS tidak pernah menuduh Umo kafir, tetapi PAS menjelaskan batas-batas iman dan kufur sebagaimana yang tertera dalam apa yang dinamakan Amanat Tuan Guru Haji Hadi.

“Sesiapa sahaja yang menolak dan mempermainkan Islam boleh terkeluar daripada Islam. Ini yang perlu difahami rakyat dan bukannya membuat tomahan melulu tanpa nas dan adatnya,” katanya di sini.

Amanat tersebut diulang semula pemimpin-pemimpin Umno dan beberapa mufti setiap kali menjelang pilihan raya dengan harapan bagi mengelirukan rakyat.

Amanat terbabit dirujuk berdasar kepada ucapan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu ceramah di Panggol Peradong, Manir pada 1981.

Hassan berkata, Amanat Haji Hadi tidak merosakkan akidah tetapi sebaliknya amanat pemimpin Umno yang mempermainkan hukum Islam boleh menjejaskan akidah.

Menurutnya amanat Haji Hadi sebenarnya menjelaskan hukumnya apabila seseorang yang mengaku beraama Islam tetapi mempermudah serta mempermainkan isu-isu berkaitan agama.

Kata beliau pemimpin Umno perlu berdepan dengan realiti sebenar sekiranya mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam.

“Dewan Ulamak PAS Kelantan bersedia untuk tampil pada debat tersebut biar pun sebelum ini debat seumpama itu pernah dipersetujui namun Umno menarik diri di saat-saat akhir.

“Rakyat perlu diterangkan siapa yang menolak pelaksanaan hukum Islam, sedangkan Islam sebagai al-Din bagi mengaturcara kehidupan manusia termasuk pemerintahan negara.

“Umno sampai hari ini sanggup menerima selain perundangan Islam sebagai perlembagaan. Ini bererti Umno dan BN menolak tuntutan Islam,” katanya.

Hassan berkata, PAS sebagai sebuah gerakan Islam tetap memperjuangkan Islam sebagai akidah dan politik sebagaimana tertera dalam perlembagaannya.

Menurutnya juga jika diteliti kepada sejarah, pemimpin Umnolah yang menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini.

“Apabila Umno tidak mahu menerima pelaksanaan undang-undang Islam sejak 50 tahun lalu mereka sebenarnya telah mengkhianati umat Islam yang sebelum ini berpegang dengan undang-undang Islam.

“Umnolah yang menukarnya dengan mengambil undang-undang penjajah sehingga kekal pada hari ini,” tambahnya yang juga Adun Tawang.

ABU: Blogger UMNO dan pro UMNO yang kata "terer" sangat tu elok juga sahut cabaran. Ada bran?

Thursday 27 December 2012

“BERZAKAT MEMBANGUN UMMAH”

Khutbah Jumaat 28 Disember 2012 / 14 Safar 1434H

Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Bertakwalah kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar ketakwaan dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Ingatlah!, bahawa segala amal perbuatan kita akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Zakat adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang berbunyi:

بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَصَوْمِ رَمَضَانَ وَالْحَجِّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

"Islam didirikan di atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah Al-Haram bagi sesiapa yang berkemampuan." (Muttafaqun ’Alaih).

Allah SWT amat mencintai orang-orang yang ikhlas membelanjakan hartanya di jalan Allah. Allah SWT memuji perbuatan mereka sebagaimana Firman-Nya:

فَأَمَّا مَنْ أَعْطَىٰ وَاتَّقَىٰ ﴿٥﴾ وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَىٰ ﴿٦﴾ فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَىٰ ﴿٧﴾
Maksudnya ; “Ada pun orang yang (suka) memberi (sedekah atau zakat) dan bertakwa serta percaya kepada perkara yang baik (dan pahala di syurga) maka Kami akan mudahkan baginya jalan yang mudah (yang akan membawa kejayaan dunia dan akhirat)” (surah al-Lail ayat 5-7).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Zakat bukan hanya sekadar ibadah semata-mata. Ia adalah amalan yang dapat mengikat hubungan antara seorang hamba dengan pencipta-Nya dan membentuk hubungan antara seorang individu dengan anggota masyarakat yang lain serta dapat membangun sesuatu ummah. Zakat adalah rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Rahmat ini bukan hanya dapat dirasai oleh penerima zakat, bahkan turut dikongsi bersama oleh pembayar zakat dan umat Islam seluruhnya. Zakat juga merupakan menifestasi kemajuan islam.

Sejarah telah membuktikan bahawa, negara Islam pernah merasai nikmat kamakmuran dan kesejahteraan hasil daripada sistem zakat seperti yang telah berlaku di zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan zaman kegemilangan Islam. Sesungguhnya, zakat mempunyai beberapa matlamat yang ditentukan oIeh Allah SWT:

1. Matlamat Agama

Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah: 103:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا

Maksudnya: "Ambillah daripada harta mereka zakat, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)."

Al-Quran menerangkan bahawa zakat mempunyai dua tujuan utama iaitu: (At-Tathhir) pembersihan dan (At- Tazkiah) penyucian. Sesungguhnya, hati manusia sangat mencintai harta dan kekayaan. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Fajr ayat 20:

وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا ﴿٢٠﴾

Maksudnya: "Dan kamu pula amat mencintai harta benda dengan kecintaan yang bersangatan".

Justeru, amalan zakat dapat menyucikan hati dan jiwa manusia daripada menghambakan diri kepada harta. Inilah bukti keimanan dan kecintaan seorang hamba kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada harta. Selain itu, zakat juga bertujuan untuk menyucikan akhlak manusia. Sesungguhnya, sifat bakhil dan kedekut adalah penyakit paling buruk yang melanda orang-orang yang berharta.

Sebuah hadith dari Jabir bin Abdullah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang berbunyi:

اتَّقُوا الظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاتَّقُوا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ

"Jauhilah kezaliman kerana kezaliman akan membawa kepada kegelapan di hari kiamat. Jauhilah sifat bakhil kerana sesungguhnya sifat bakhil memusnahkan orang-orang sebelum kamu. Sifat bakhil menyebabkan mereka menumpahkan darah dan melanggar batasan." (Riwayat Muslim)

OIeh itu, ubat paling mujarab untuk merawat penyakit bakhil dan kedekut ini adalah dengan menginfaqkan harta di jalan Allah SWT. Dengan berzakat, kita dapat menghapuskan sifat bakhil dan kedekut apabila dengan ikhlas dan rela hati memberikan harta yang kita miliki kepada orang fakir dan miskin untuk meraih redha Allah SWT. 

Selain itu juga, zakat dapat membersihkan dan memelihara harta. Sesungguhnya, kita tidak mampu memelihara harta kita dari kejahatan orang lain melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Justeru, Islam mengajar kita agar memelihara harta dengan berzakat.

2 . Matlamat Sosial

Prof. Dr . Yusuf Al-Qardhawi menjelaskan, setiap manusia sangat berhajat kepada keperluan asasi hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sebagainya. Ianya diperlukan agar manusia mampu hidup menjadi khalifah dan hamba Allah dengan sempurna .

OIeh kerana tidak semua manusia mampu memenuhi keperluan ini, maka Allah SWT mensyariatkan zakat agar umat Islam dapat saling bantu-membantu dalam memenuhi keperluan hidup mereka. Dengan berzakat, orang kaya dapat memberikan sebahagian daripada hartanya kepada fakir miskin. Dengan zakat juga, orang miskin dapat merasai nikmat kebahagiaan hidup serta merasai wujudnya tangan-tangan si kaya yang pemurah, yang dapat membantunya untuk merasai kesejahteraan hidup. Rasulullah s.a.w. Bersabda yang berbunyi:

لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَقَاطَعُوا وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا


"Janganlah kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain. Janganlah kamu saling menipu, janganlah kamu saling membenci atau bermusuhan, janganlah kamu jauh menjauhi (memutuskan silaturrahim), dan janganlah kamu menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain, jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. . ." (Riwayat Muslim)

3. Matlamat Ekonomi

Pakar-pakar Ekonomi mengatakan, ekonomi negara akan berkembang apabila kuasa beli penduduknya meningkat. Apabila kuasa beli meningkat, maka permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan akan bertambah di dalam pasaran. Maka semakin meningkat keperluan ekonomi dan cabaran yang akan dihadapi oleh kita semua.

Oleh itu, Majlis Agama Islam Perak telah berjaya mengagihkan hasil daripada zakat yang telah ditunaikan oIeh pembayar zakat pada tahun 2011 yang lalu, sebanyak 86.11 juta ringgit kutipan zakat kepada golongan asnaf yang sangat memerlukan. Di antara bantuan zakat yang telah disalurkan oIeh pihak Majlis Agama Islam sepanjang tahun 2011 ialah seperti bantuan bina dan baik pulih rumah fakir miskin sebanyak 6.9 juta ringgit, pembayaran untuk bantuan modal sebanyak 0.6 juta ringgit, pembayaran bantuan perubatan sebanyak 1.1 juta ringgit, dan bantuan bulanan kepada asnaf fakir miskin yang berjumlah 13.9 juta ringgit bagi tempoh sepanjang 2011.

Keadaan ini sudah pasti dapat meningkatkan kuasa beli umat Islam. Nikmat ini sudah tentu akan kembali semula kepada pembayar zakat dari kalangan peniaga, usahawan, pembekal barangan, perkhidmatan, kontraktor dan sebagainya kerana wang zakat digunakan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah SWT dengan menunaikan zakat harta kita yang wajib dizakatkan seperti zakat pendapatan, zakat emas dan perak, zakat wang simpanan, saham, KWSP, zakat tanaman dan binatang ternakan. Majlis Agama Islam Perak telah menyediakan pelbagai perkhidmatan pembayaran zakat untuk kemudahan umat Islam seperti pembayaran zakat kaunter di seluruh daerah Di Negeri Perak, pembayaran zakat melalui potongan gaji, perbankan internet, ejen bank dan pos, amil yang dilantik dan sebagainya.

Ingatlah, ke suatu ketika dahulu kita lahir ke dunia ini sebatang-kara tanpa harta, pakaian, pangkat dan kedudukan. Lalu, dengan rahmat dan kasih sayang- Nya, Allah SWT kurniakan kepada kita segala nikmat dan kebahagiaan. Rumah banglo, kereta mewah, saham, wang simpanan, pangkat dan pekerjaan yang menjadi kebanggaan kita pada hari ini.

Apakah dengan segala nikmat tersebut, kita merasa berat untuk membalas kurniaan Alllah itu dengan hanya mengeluarkan zakat sebanyak 2 .5% sahaja?

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

Khutbah Kedua
 
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Sidang jumaat yang dirahmati oleh Allah,

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Muddaththir ayat 42 – 44:

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ ﴿٤٢﴾ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ ﴿٤٣﴾ وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ ﴿٤٤﴾

Maksudnya: "(Ahli-ahli syurga bertanya kepada ahli neraka): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) saqar?” Ahli neraka menjawab: "(Dahulu) kami tidak termasuk dari kalangan orang yang sembahyang, dan kami juga tidak pernah memberi makan (bersedekah) kepada orang miskin."

Kesimpulan dari khutbah pertama tadi ialah :

1. Membayar zakat adalah salah satu bukti seseorang hamba patuh dan tunduk kepada perintah Allah dengan mengeluarkan harta yang disayanginya.

2. Zakat adalah tali penghubung di antara orang yang berada dengan orang yang kurang berkemampuan.

3. Orang yang berzakat dikurniakan pahala yang berlipat ganda, dan Rahmatnya melimpah kepada seluruh masyarakat.

4. Menyayangi harta sehingga tidak berzakat, adalah sayang yang tidak kena pada tempatnya. Bukankah menyayangi dan mengasihi golongan yang miskin lebih mulia dari menyayangi harta?

5. Membayar zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak sebelum berakhir tahun 2012, berhak mendapat rebat (pengecualian) cukai mengikut jumlah zakat yang dibayarnya.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ،
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ،
إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

Wednesday 26 December 2012

Keadaan Banjir Di Pantai Timur Masih Buruk

 (Speaker DUN Kelantan membantu mangsa banjir)

KUALA LUMPUR - 26 Disember, Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertambah buruk dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan di kedua-dua negeri pantai timur itu meningkat malam ini.

Jumlah keseluruhan mangsa di Terengganu, Kelantan dan Pahang ialah 19,958 orang malam ini berbanding 17,443 petang tadi.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), banjir di Terengganu adalah yang paling buruk apabila mangsanya meningkat kepada 11,489 orang malam ini berbanding 10,412 petang tadi.

Sebanyak 147 pusat pemindahan dibuka di tujuh daerah di negeri itu iaitu di Besut, Setiu, Kemaman, Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.

Laman portal MKN juga melaporkan empat jalan ditutup di tiga daerah iaitu dua di Hulu Terengganu, dari Kampung Dendang ke Jerangau/Jabor dan Jalan Sungai Ular ke Atfa Cottage (Bulatan Jabor) serta masing-masing satu di daerah Kemaman dari Jalan Sungai Ular ke Cherating dan daerah Dungun dari Jalan Bukit Besi ke Dungun.

Setakat ini, banjir di Terengganu meragut dua nyawa iaitu seorang wanita Samhanim Ramli, 36, yang lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Lanjut di Jambatan Permaisuri, Setiu semalam dan terbaru, seorang remaja Mohd Hamidi Abdul Hamid, 15, yang lemas ketika bermain air di kawasan perumahan Bukit Mentok pada 2 petang.

Di PAHANG, mangsa banjir mencatatkan penurunan kepada 1,712 malam ini berbanding 2,473 petang tadi.

(PM tinjau banjir)

Sebanyak sembilan pusat pemindahan dibuka di negeri itu di mana lapan daripadanya di daerah Kuantan dan satu di Pekan.

Dua jalan ditutup di Daerah Kuantan di KM 16 Sungai Riau, Sungai Lembing dan KM 18 Jalan Kuantan selepas Balai Bomba Gebeng.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di tujuh jajahan di Kelantan terus bertambah malam ini dengan merekodkan jumlah seramai 6,757 orang berbanding 4,513 petang tadi.

(MB Kelantan tinjau banjir)

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, Pasir Mas masih mencatatkan jumlah teramai yang dipindahkan berikutan limpahan Sungai Golok yang masih mencecah paras bahaya.

Mangsa yang dipindahkan di Pasir Mas sehingga 9 malam ini adalah seramai 4,226 orang, Tumpat (1,540), Kuala Krai (269), Tanah Merah (243), Pasir Puteh (239), Kota Bharu (231) dan Machang (9).

Kesemua mereka membabitkan seramai 2,152 buah keluarga yang ditempatkan di 34 buah pusat pemindahan sementara.
 (DR. Zailah bersama-sama petugas membantu mangsa banjir)

Selain Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih mencecah paras bahaya itu, Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah juga masih di paras bahaya.

Namun keadaan cuaca yang baik hari ini menyebabkan paras air sungai tersebut termasuk sungai utama yang lain susut sedikit demi sedikit.

(melawat dan bersimpati dengan mangsa banjir)

Setakat ini, tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan kecuali zon bebas cukai Rantau Panjang yang hanya boleh dilalui pacuan empat roda atau kenderaan berat sahaja.

Hujan renyai-renyai kembali turun sejak awal malam ini.

Esok, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual meninjau keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu. - Bernama.
 (gambar hiasan - Kewajipan tetap ditunaikan biarpun dalam situasi begini)

Terengganu: Korban kedua, seorang masih hilang
KEMAMAN -26 Disember, Kejadian banjir di Terengganu meragut satu lagi nyawa hari ini apabila seorang remaja lemas ketika bermain air banjir di kawasan perumahan Bukit Mentok, di sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu mangsa Mohd Hamidi Abdul Hamid, 15, dan seorang rakannya, dipercayai bermain dan mendayung sampan berhampiran rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kemaman Che Suza Che Hitam berkata seorang lagi rakan mangsa yang belum diketahui identitinya pula turut dilaporkan hilang dan belum dapat dipastikan lagi nasibnya.

"Kejadian itu disedari keluarga mangsa setelah hampir dua jam mangsa tidak pulang ke rumah.

"Keluarganya melihat sampan yang dinaiki mangsa kosong dan lantas mencari mangsa di kawasan sekitar.

Menurutnya ahli keluarga mangsa bagaimanapun berjaya menemui mangsa kira-kira 4.30 petang tadi berhampiran sampan berkenaan.

Panik dengan kejadian itu bapa mangsa memanggil Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) lalu menghantar mangsa ke hospital dan pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal.

Difahamkan kediaman mangsa di taman perumahan itu ditenggelami air sedalam 1.5 meter berikutan hujan lebat sejak dua hari lalu.

Dalam pada itu Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang turut melawat mangsa banjir di daerah ini hari ini berkata banjir yang melanda daerah Kemaman tahun ini adalah antara banjir terburuk sejak lebih 30 tahun lalu. - Bernama.

(Gambar-gambar - pelbagai sumber)

Tuesday 25 December 2012

Najib: Saya Mahu Jadi PM Setiap Rakyat Malaysia

26 Disember 2012
Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak
 
PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata, beliau faham jika komuniti Kristian merasakan bahawa kerajaan tidak melakukan secukupnya untuk melibatkan mereka.

"Bagaimanapun, saya perlu menyatakan, secara ikhlas, bahawa kita sebenarnya berjaya mencapai banyak perkara bersama tanpa diketahui umum," katanya sambil menambah antaranya, menghapuskan sekatan terhadap penganut Kristian yang ingin ke Baitulmuqadis bagi upacara keagamaan.  

"Ini adalah keterangkuman yang saya cari kerana saya percaya ada tempat untuk kita semua di bumi Malaysia," kata beliau pada majlis minum petang sempena sambutan Hari Krismas anjuran pihak pengurusan Gereja Luther di sini, semalam.

"Di sini, saya sekali lagi ingin menghulurkan salam persahabatan kerajaan, mendakap komuniti Kristian dan berkongsi perasaan muhibbah dengan anda.

"Saya tidak mahu menjadi Perdana Menteri untuk satu seksyen masyarakat sahaja tetapi untuk semua rakyat Malaysia," katanya disambut dengan tepukan hadirin.

Menegaskan komitmen beliau kepada masyarakat Kristian, Najib berkata, mereka tidak perlu berasa yang mereka sudah dilupakan.

"Dengan begitu banyak interaksi peribadi bersama pemimpin gereja menunjukkan bahawa saya tidak pernah melupakan komuniti Kristian seperti yang didakwa sesetengah pihak. Malah, setiap komuniti sama ada etnik atau agama, adalah penting kepada saya dan kerajaan saya kerana kami tidak boleh meminggirkan sesiapa," katanya.

Najib menyeru pemimpin Kristian agar terus melibatkan diri dalam dialog konstruktif bagi mempertingkat hubungan antara agama di Malaysia.
 
Perdana Menteri berkata tiada siapa harus takut dengan dialog konstruktif kerana "kita hanya boleh lebih menghormati dan menghargai satu sama lain jika kita saling lebih mengenali."

"Walaupun saya menerima hakikat bahawa memupuk dan menjalin hubungan mengambil masa, namun kita mesti terus berbuat demikian demi kepentingan Malaysia yang sentiasa menjadi objektif utama semua komuniti di negara ini," katanya.

Najib berkata, untuk berjaya dalam usaha ini, kerajaan memerlukan perasaan muhibbah dan persefahaman yang tidak terhingga.   

"Kita hanya boleh merealisasikan aspirasi ini dengan menyemai serta memupuk persefahaman dan rasa hormat bersama. Sehubungan itu, kita menggalakkan dialog dan wacana namun kita amat berhati-hati untuk berbuat demikian dalam konteks kepelbagaian kita serta cabarannya," katanya.

Najib berkata Malaysia, menerusi hubungan rapat serta sejarahnya dengan negara Islam, China dan India, ditambah pula dengan penduduk berbilang etnik, perlu memanfaatkan kelebihan strategik dialog konstruktif ketika negara menangani cabaran globalisasi dan perubahan ekonomi.

Tambahan pula, beliau berkata kerajaan telah menggubal polisi bagi mencerminkan kelebihan ini dan akan terus berbuat demikian dalam semangat 'Malaysia Truly Asia'.

Beliau berkata, pentadbirannya sudah merumuskan konsep '1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan visi bagi melihat Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

Najib menyifatkan Malaysia sebagai bernasib baik dapat menikmati pertumbuhan ekonomi stabil yang berjaya mengeluarkan berjuta penduduk daripada cengkaman kemiskinan dan berkata peluang untuk berjaya boleh digapai setiap rakyat yang berusaha bersungguh-sungguh.

Beliau turut menyentuh keperluan untuk terus membantu mereka yang kurang bernasib baik dan berkata satu daripada teras utama konsep 1Malaysia ialah keadilan sosial yang disifatkannya sebagai komponen penting dalam memastikan setiap orang diberi peluang dan bantuan untuk berjaya.

Sehubungan itu, Najib menggesa komuniti Kristian di negara ini agar menyertai perjalanan untuk melakukan perubahan dan pembaharuan ke arah Malaysia yang lebih baik.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim serta isteri Datin Seri Masnah Rais; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Chor Ha.

Hadir sama Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia Biskop, Datuk Ng Moon Hing; Biskop Philip Lok dari Gereja Lutheran Malaysia dan Ketua Biskop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam yang mewakili biskop Katolik.

ABU: Baguslah, semoga Kelantan tidak dinafikan hak royalti minyak mereka.....

Karpal, jangan bangkit gelaran Datuk!

Koo Ham: Karpal, jangan bangkit gelaran Datuk
Wartawan Sinar Harian
25 Disember 2012
Ngeh Koo Ham
Ngeh Koo Ham

IPOH – Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, meminta supaya isu gelaran Datuk tidak diperbesarkan hingga menjejaskan kepimpinan dalam parti itu.

Beliau berkata, situasi itu tidak sepatutnya dibangkitkan oleh Pengerusi parti, Karpal Singh kerana soal penerimaan darjah kebesaran telah mendapat sokongan majoriti Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Menurutnya, sementara Karpal menentang, majoriti ahli menyuarakan pendapat agar beliau menerima anugerah berkenaan.

“Saya harap beliau menerima keputusan yang sudah dibuat, Jangan biarkan isu begini mengganggu tugas parti,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Karpal, dalam kenyataannya kelmarin memaklumkan, mengikut prinsip yang dipersetujui oleh ahli parti sejak pertengahan 1990-an, setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen DAP tidak dibenarkan menerima anugerah Datuk dalam tempoh mereka memegang jawatan dalam parti.

Mengulas lanjut, Koo Ham berkata, sekiranya Karpal masih berpegang teguh dengan pendirian berkenaan, ia harus dibincangkan bersama CEC untuk dikaji semula.

Katanya, sebagai wakil rakyat, beliau percaya, anugerah yang diterima ketika masih menjawat sebagai Exco Kanan Kerajaan Negeri itu adalah atas persetujuan sultan sendiri.

“Saya tidak pernah berusaha untuk dianugerahkan dengan kehormatan atau apa-apa gelaran kerana saya percaya apa sahaja yang kita perolehi ini berdasarkan faktor apa yang telah kita jalani,” katanya.

Koo Ham yang menerima anugerah Datuk pada 2008 daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, merupakan ahli DAP pertama yang menerima kebesaran berkenaan di Malaysia.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, beliau menang dua kerusi iaitu Dun Sitiawan dan Parlimen Beruas.

Bayi dibakar: Seorang wanita tampil

Wartawan Sinar Harian
25 Disember 2012
JOHOR BAHRU - Seorang wanita berusia 30-an tampil membuat pengecaman di Rumah Mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini bagi membantu siasatan kes seorang bayi perempuan berusia setahun yang mayatnya ditemui terbakar di kaki bukit di Jalan Salleh, Bukit Chagar Jumaat lalu.

Wanita itu terlebih dahulu hadir ke Balai Polis Johor Bahru Selatan (JBS) kira-kira jam 12 tengah hari sebelum dibawa oleh sepasukan anggota polis ke Rumah Mayat HSA lebih kurang jam 1.30 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr Hashim Haron berkata, wanita itu bagaimanapun gagal mengecam mangsa ekoran wajah termasuk 80 peratus anggota badannya sudah rentung.

“Namun, ingin saya tegaskan di sini, dia (wanita tersebut) bukanlah waris dan tidak mempunyai sebarang pertalian persaudaraan dengan mangsa.

“Dia hanyalah orang awam yang prihatin dan dia tampil kerana kalau-kalau kanak-kanak malang tersebut merupakan individu yang pernah dikenalinya,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Hashim berkata, pihaknya masih belum mendapat petunjuk baru.

Pihaknya menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat memaklumkan kepada pihak polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Idris Sith di talian  07-223 2222 atau hotline polis  07-221 2999 / 07-225 4422

Monday 24 December 2012

Dua ke Penjara Rogol Gadis Orang Asli Cemerlang UPSR

Padah 'baham' dua beradik
Nik Amirulmu’Min Nik Min
25 Disember 2012
Padah 'baham' dua beradik
 Sandi dan Heri diiringi anggota polis (kanan) keluar dari kamar mahkamah sebelum dihantar ke penjara menjalani hukuman selepas mengaku bersalah atas tuduhan rogol.

KUANTAN - Dua beradik itu baru berusia 12 dan 14 tahun. Seorang daripadanya sebelum ini menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran.

Namun masa depan dua kanak-kanak Orang Asli itu dibimbangi terjejas berpunca daripada satu insiden awal pagi 13 Disember lalu apabila mereka jadi pemuas nafsu dua warga Indonesia yang bekerja di Ladang Rompin Seong Thye Plantations, Muadzam Shah, Rompin.

Mengikut fakta kes, kejadian yang pasti meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dua kanak-kanak itu dan juga keluarga mereka berlaku antara jam 1.30 hingga 5 pagi.

Pada mulanya, kehilangan dua beradik itu disedari keluarga mereka kira-kira jam 6 pagi, 15 Disember setelah mendapati mereka tiada di bilik tidur.

Susulan itu, bapa mangsa keluar mencari dan mendapati dua anaknya berada di dalam bilik hadapan rumah dua warga Indonesia itu, Sandi, 23, dan Heri Huswandi, 22.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun sudah melarikan diri. Selepas keluarga malang itu membuat laporan polis, Sandi dan Heri dikesan dan ditahan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Masjid, Muadzam Shah kira-kira jam 1 petang hari yang sama.

Kedua-dua lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.

Dua pekerja kilang itu masing-masing dihukum penjara enam tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah oleh Hakim Jamaludin Mat yang juga memutuskan hukuman terhadap mereka dikira bermula tarikh mereka ditangkap 15 Disember 2012.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuan mereka merayu agar hukuman diringankan memandangkan mereka masuk ke negara ini secara sah demi mencari rezeki untuk membantu keluarga.

Mereka juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu dan sedia mengaku salah atas kesalahan yang dilakukan sebagai tanda keinsafan walaupun terpaksa berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohd Yusoff bagaimanapun memohon supaya hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh memandangkan mangsa masih di bawah umur dan sepatutnya dilindungi.

“Dalam kes ini, salah seorang mangsa (adik) merupakan murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah  (UPSR) baru-baru ini  apabila memperoleh keputusan 2A 3B dan disebabkan kejadian itu, masa depannya mungkin agak gelap,” katanya.

Pertubuhan Silat nafi sebar berita palsu rusuhan kaum

Wartawan Sinar Harian
25 Disember 2012
Datuk Adiwijaya Abdullah
Datuk Adiwijaya Abdullah

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) tidak terbabit  dalam penyebaran berita palsu rusuhan kaum di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, pihaknya tidak pernah campur tangan dalam isu itu dan meletakkan kepercayaan kepada kewibawaan pihak berkuasa menangani kes itu.

Menurutnya, beliau tidak mahu ada pihak cuba mengaitkan PSSGM dengan insiden tersebut dan percaya tiada ahli pertubuhan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pergaduhan itu.

“Bagaimanapun, saya tidak teragak-agak bertindak tegas jika ada ahli terbabit rusuhan di Sungai Petani itu,” katanya.

Adiwijaya menasihati ahlinya agar tidak terlibat dalam sebarang penulisan yang tidak bertanggungjawab, termasuk dalam laman sosial kerana boleh menimbulkan keresahan.

Beliau memuji polis dan pihak berkuasa kerana berjaya mengawal ketenteraman awam di Sungai Petani dalam perkara itu.

“Biarlah kes tersebut disiasat polis dan diharap tiada campur tangan pihak luar yang boleh merumitkan lagi keadaan,” katanya.

Sementara itu, Adiwijaya memberitahu PSSGM akan mengadakan upacara Penyampaian Sandang kepada Ketua Umno Bahagian Merbok merangkap Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Merbok, Datuk Mohd Tajul Urus Mat Zain, pada 29 Disember ini di Sungai Petani.- SINARHARIAN.

Sunday 23 December 2012

Sambil Menunggang Motosikalpun Sempat Mencabul

Penjara sebulan cabul jiran
RUBIAH OMAR
24 Disember 2012
Penjara sebulan cabul jiran
Mohd Riduan dibawa ke Mahkamah Majistret, semalam.

KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja pelantar minyak dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah mencabul jiran sekampungnya.

Mohd Riduan Abdul Aziz, 28, dari Rumah Murah Teluk Pasu, Manir, di sini, mengaku bersalah sengaja mencabul kehormatan mangsa berusia 21 tahun, dengan meramas buah dadanya di Jalan Buluh Gading, Manir, di sini, kira-kira jam 9.30 malam pada 25 September lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, manakala Mohd Riduan tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, mangsa bersama adiknya sedang menunggang motosikal sebelum dihampiri Mohd Riduan yang secara tiba-tiba muncul dengan sebuah motosikal.

Mohd Riduan cuba menghimpit motosikal mangsa dan mencabulnya sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, mangsa sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal Mohd Riduan dan turut mengecam wajahnya kerana ketika kejadian, dia tidak memakai topi keledar.- SINAR HARIAN.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR