Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday 30 January 2013

12 warga asing disyaki pelacur diberkas

KUALA LUMPUR ,31/01/2013 - Polis menahan 12 wanita warga asing dalam serbuan di sebuah salon mencuci rambut yang turut menawarkan khidmat urutan serta seks di Puchong dekat sini malam tadi.

Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintenden Rohan Shah Ahmad berkata, wanita berusia lingkungan 23 dan 42 tahun itu ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan melakukan aktiviti tidak bermoral.

"Kita tahan tujuh wanita Vietnam, empat China, dan seorang Thailand kerana tidak memiliki pasport,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.

Premis yang tidak memiliki lesen tersebut menawarkan perkhidmatan mencuci rambut dan urutan dengan harga RM80 serta khidmat seks akan ditawarkan kepada pelanggan yang inginkannya dengan harga yang ditentukan sendiri oleh wanita tersebut, katanya.

Katanya, bangunan kedai tiga tingkat tersebut mempunyai beberapa bilik dan turut dipasang kamera litar tertutup (CCTV) di pintu pagar bahagian tangga serta pelanggan yang dikenali sahaja dibenarkan masuk.

Beliau berkata, turut ditahan seorang penjaga premis yang baru sebulan bekerja bersama empat pelanggan berusia 21 hingga 30 tahun.

Operasi sejam yang berakhir 9.30 malam itu disertai tiga pegawai dan 12 anggota dari IPK Selangor.

"Kita sudah perhatikan tempat ini dua hari dan tadi kita hantar anggota untuk penyamaran sebelum serbuan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa bungkusan kondom, wang tunai berjumlah RM1,000, minyak urut dan semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk siasatan lanjut. - BERNAMA.

Bakar Bible : Polis ambil keterangan dua pemimpin Perkasa

31/01/2013 2:18pm

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang telah merekodkan keterangan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Ketua Penerangannya, Roslan Kassim bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ada pihak menganjurkan perhimpunan membakar Bible versi bahasa Melayu di negeri ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ada pihak mendakwa perhimpunan membakar Bible itu diadakan di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth, dekat sini Ahad lepas.

Bagaimanapun polis mengesahkan tiada sebarang perhimpunan sedemikian diadakan di Padang Bandaran Bagan Luar.

Katanya, polis mengambil keterangan kedua-dua pemimpin Perkasa itu semalam dan kertas siasatan mengenai kes itu telah siap.

"Kedua-duanya memberikan kerjasama yang baik dan kami akan serahkan kertas siasatan kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Bacaan Ikrar Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontijen Pulau Pinang di sini hari ini. - BERNAMA

200 ahli baru berhimpun dalam Ummah Bersama PAS

Harakahdaily, 30 Jan 2013
 
KUALA LUMPUR: Lebih 200 ahli baru PAS dari pelbagai latar belakang akan menyertai Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS 3 Februari ini di Hotel De Palma, Ampang.

Mereka akan berhimpun sebagai tanda sokongan kepada perjuangan PAS bersama pimpinan parti menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Selain mereka yang telah lama menyertai PAS, himpunan yang akan diadakan di Hotel De Palma, Ampang ini akan memperkenalkan beberapa tokoh yang baru menyertai PAS.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Himpunan ini, Salahudin Ayub, setiap negeri telah diminta menghantar lima ahli baru mereka yang berupa tokoh-tokoh masyarakat untuk menyertai himpunan ini.

Di peringkat pusat pula, kira-kira 100 tokoh dari pelbagai segmen masyarakat akan menyertai himpunan ini.

Ia termasuklah tokoh politik, agamawan, budayawan, artis, korporat, pegawai kerajaan, polis, tentera, penulis, blogger, sastrawan dan lain-lain lagi.

"Kita mahu memberitahu semua rakyat khasnya orang Melayu, PAS kini menjadi pilihan semua pihak dan tidak ada sebab mereka tidak bersama dengan kita dalam memperjuangkan hak kita bersama.

"Kita yakin, dengan masalah intergriti yang ada pada Barisan Nasional khasnya di kalangan pemimpin Umno ini, rakyat bijak membuat penilaian, BN tidak ada tempat lagi di hati rakyat," katanya.

Para pemimpin PAS serta rakan-rakan Pakatan yang lain, katanya, akan menunjukkan "kita bersatu dalam perbezaan yang ada untuk kepentingan rakyat."

Majlis yang bermula jam 9 pagi hingga tengahari di hotel De Palma, Ampang ini akan disertai oleh semua pimpinan kanan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.-HD.

Sunday 27 January 2013

Ismail Haniyeh doa Ustaz Hadi solat bersama di Masjidil Aqsa

Khairul Azlam Mohamad, 27 Jan 2013
Ismail Haniyeh bergambar bersama delegasi Yayasan Amal Malaysia dan disertai Prof Dr Syeikh Shuhada Swerki pada pertemuan ringkas di Masjid  Al-Ghalbi, Gaza City.

GAZA: Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh merakamkan ucapan salam serta mendoakan agar pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang segera menjadi kenyataan pada suatu masa kelak.

Beliau turut menjemput dan mendoakan agar Ustaz Abdul Hadi segera sampai ke Gaza serta dapat menunaikan solat di Masjidil Aqsa bersamanya.

“Sampaikan salam saya dan seluruh rakyat di Gaza ini kepada Ustaz Abdul Hadi Awang dan kami menjemput, kami tunggu dan mendoakan beliau (Ustaz Hadi) dapat segera sampai ke Gaza ini.

“Insya Allah, dapat kita sembahyang bersama di Masjidil Aqsa,” ujarnya pada pertemuan singkat dengan rombongan Yayasan Amal Malaysia selepas solat Jumaat di Masjid  Al-Ghalbi, Gaza City, kelmarin.

Rombongan Amal Malaysia diketuai oleh Presidennya, Hussin Ismail dan wakil kerajaan negeri Selangor, Dr Abd. Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru bersama 13 peserta termasuk wakil Harakahdaily ke Gaza.

Ismail Haniyeh turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rombongan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia terutama Yayasan Amal Malaysia yang banyak membantu umat Islam di Gaza, Palestin.

Sehubungan itu, Hussin menyifatkan delegasi Amal Malaysia ke Gaza berjaya menjalinkan hubungan dua hala untuk jangka masa panjang antara Malaysia dengan Palestin.

Katanya, peranan Amal Malaysia di Gaza bukan baru tetapi terjalin sejak sekian lama melalui hubungan politik PAS-Hamas sebelum terbentuk kerajaan di Palestin.

“Kita (Amal Malaysia) telah jalinkan hubungan baik ini bukan baru tetapi telah lama sebelum Hamas jadi kerajaan lagi. Hubungan PAS-Hamas sudah lama dalam politik dan perjuangan umat Islam.

“Kita telah laksanakan misi kemanusiaan dan membangunkan semula Gaza ketika perang dan selepas perang, Insya Allah,” ujarnya.

Menurutnya, sejak tahun 2009 Yayasan Amal Malaysia telah berjaya membangunkan sebanyak empat buah telaga tiub di Gaza.

Tambahnya, sebuah lagi telaga tiub tersebut sedang dibangunkan tetapi masih memerlukan tambahan kos yang belum mencukupi.

Hadir sama pada pertemuan tersebut seorang tokoh ulama' Gaza, Profesor Dr Syeikh Shuhada Swerki yang juga pensyarah Feqh Muqaran di Universiti Islamiyyah Gaza.- HD

Saturday 26 January 2013

10 Anggota Polis Maut Dalam Serangan Nekad

KABUL 27 Jan. - Sekurang-kurangnya 10 anggota polis terbunuh dan 18 lagi cedera, kebanyakannya orang awam, dalam satu serangan berani mati yang berlaku di kawasan tumpuan ramai di timur laut Afghanistan, semalam.

Jurucakap polis Kunduz, Sayed Sarwar Hussani berkata, ketua polis bahagian antipengganas dan ketua polis trafik merupakan antara mangsa yang terbunuh dalam serangan terbabit.

"Seramai 18 orang turut cedera, 13 daripadanya orang awam dan lima lagi anggota polis," katanya. - AFP.

Thursday 24 January 2013

Guru dera 19 kanak-kanak secara seksual

Wartawan Sinar Harian
24 Januari 2013
LOS ANGELES - Seorang guru ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kes penderaan seks melibatkan 19 kanak-kanak disebuah sekolah di Wilmington. Los Angelas, Amerika Syarikat.

Jurucakap polis  berkata, guru itu berhadapan lapan tuduhan melakukan penderaan seks dan tujuh kes cubaan melakukan perbuatan berbaur lucah terhadap kesemua kanak-kanak itu di Sekolah Rendah George De La Torre.

“Dia diikat jamin AS$12 juta (RM36 juta) bagi kesemua tuduhan terbabit sementara menanti hari pendakwaan.

Laporan AP menyebut tertuduh, Pimental, 57, kini digantung perkhidmatan sehingga kes terbabit selesai.- SINAR HARIAN.

Polis sah Bible B Inggeris tiada kalimah ALLAH

Wartawan Sinar Harian
24 Januari 2013
GEORGETOWN - Polis mengesahkan semua Bible yang dirampas dicetak dalam Bahasa Inggeris dan tidak mengandungi kalimah ALLAH seperti yang didakwa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, setakat ini, lima naskah Bible diserahkan kepada polis dan langsung tidak mengandungi kalimah ALLAH atau sebarang terjemahan Bahasa Melayu atau Jawi.

Beliau berkata, tujuh laporan polis diterima dalam kes ini iaitu empat laporan daripada pelajar sekolah yang berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun dan selebihnya daripada orang awam.

“Sebanyak 17 rakaman percakapan dibuat bagi membantu siasatan. Siasatan awal mendapati, Bible itu ditulis dalam Bahasa Inggeris dan tiada kalimah ALLAH,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurutnya, lima naskah Bible itu bersaiz poket, berwarna biru dan mengandungi 633 muka surat.

“Di muka depan tertulis ‘New Testament Psalms Proverb’. Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Hari ini (semalam), beberapa arahan lanjut diterima untuk melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Abdul Rahim berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang boleh menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati, prejudis berdasarkan agama.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang remaja terkejut apabila melihat dua lelaki berkelakuan mencurigakan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong sambil mengedarkan buku kecil kepada pelajar sekolah berkenaan.

Sehubungan itu, remaja terbabit membuat laporan di Balai Polis Jelutong.

Abdul Rahim berkata, berdasarkan maklumat daripada pengadu, kegiatan itu dilakukan tiga lelaki dan seorang wanita Cina.

http://www.sinarharian.com.my/

KHUTBAH JUMAAT “MENJADI PENGIKUT RASULULLAH SAW”

  25 JANUARI 2013 / 13 RABI’UL AWWAL 1434H

Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِىَ لَهُ.

أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ، مَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ، وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَقَدْ غَوَى.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ !! اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Bertakwalah kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya kita dituntut dan diperintahkan untuk bertaqwa, dan mati dalam keadaan bertaqwa kepada Allah dan Rasul-Nya.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Insan yang bernama Muhammad bin Abdullah merupakan utusan Allah untuk manusia akhir zaman. Baginda merupakan nabi dan Rasul yang terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk memberi khabar gembira dan ancaman seksa kepada manusia sehingga datangnya hari kiamat. Baginda juga merupakan penutup segala nabi dan rasul dan merupakan makhluk yang paling mulia di atas muka bumi ini. Allah Taala telah memerintahkan dan mencabar kita, jika kita mencintai Allah, hendaklah kita mengikut Rasulullah SAW sebagaimana Firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 31 yang berbunyi:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٣١﴾

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu, dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Menurut Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullahu Taala ‘anhu di dalam kitabnya Fathul Bari (فتح البارى)yang bermaksud : kecintaan kepada nabi SAW merupakan salah satu pegangan dalam keimanan, dan ia selari dengan kecintaan kepada Allah SWT. Allah telah menjelaskan keselarian ini, dan memberi janji buruk kepada mereka yang mendahulukan kecintaan terhadap perkara lain berbanding kedua-kedua kecintaan ini, sama ada kecintaan terhadap ahli keluarga, harta, tanahair dan sebagainya.

Begitu juga, Al-‘Allamah Sheikh Prof Dr Ali Jum’ah di dalam bukunya al-Bayan lima yashghulu al-azhan (البيان لما يشغل الأذهان ) (Penerangan yang tepat untuk memperbetulkan beberapa fahaman yang keliru dalam bab kenabian Rasulullah SAW) ketika diminta untuk mengulas mengenai perayaan atau sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW atau Maulidur Rasul, beliau menjelaskan bahawa sambutan perayaan sempena mengingati kelahiran baginda SAW merupakan satu amalan yang baik, dan semulia-mulia cara menghampirkan diri. Ini kerana ia merupakan aplikasi kepada kegembiraan dan kecintaan kepadanya. Bahkan, kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW merupakan salah satu pegangan dalam keimanan.

Daripada penjelasan di atas, merayakan sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW, bukanlah merupakan perkara bid’ah dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan ianya diiktiraf sebagai salah satu bentuk kecintaan ke atas baginda SAW.

Saban tahun kita menyambut dan merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, yang merupakan salah satu daripada tanda kecintaan kita kepada baginda. Adakah ini sahaja yang sanggup kita lakukan sepanjang hidup selain daripada berselawat ke atas baginda??? Adakah perkara ini sahaja yang dituntut kepada kita sebagai tanda cinta dan kasih kita kepada sebaik-baik makhluk di atas muka bumi ini??? Sesungguhnya, ketahuilah kita semua, bahawa kita sebenar dituntut untuk melakukan lebih daripada itu, sebagai tanda keimanan kita kepada Rasulullah.

Muslimin yang dirahmati sekalian,

Allah SWT ketika menyatakan ciri-ciri pengikut Rasulullah SAW sebagaimana ayat 29 surah al-Fath iaitu :-

مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَ‌ٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴿٢٩﴾

Maksudnya : Muhammad adalah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

Daripada ayat di atas, saya ingin menyenaraikan ciri-ciri pengikut Rasulullah sebagaimana berikut :-

1. Bersikap tegas dan keras kepada orang kafir. Dalam perkara-perkara berkaitan perkara usul atau aspek keimanan iaitu berkaitan rukun-rukun iman seperti iman kepada Allah dengan tidak mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu selain-Nya, kita tidak boleh bertolak ansur dengan orang kafir yang sentiasa mencuba untuk memesongkan akidah dan keimanan kita. Sebagai contoh, kita sebagai umat Islam di Malaysia telah mencapai kata sepakat untuk tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kepada tuhan mereka.

2. Bersikap kasih sayang dan belas kasihan kepada sesama muslim. Kita mestilah memiliki perasaan kasih sayang dan belas kasihan kepada saudara sesama muslim walaupun berlainan warna kulit, bahasa, adat resam, budaya dan seumpamanya. Elakkan melakukan permusuhan yang berpanjangan yang boleh merugikan diri kita sendiri dan umat ini. Ketahuilah, kita semua diibaratkan seperti sebuah bangunan saling menguatkan antara satu sama lain. Setiap daripada kita mempunyai keistimewaan dan fungsi tertentu di dalam masyarakat dan negara.

3. Beribadat ruku’ dan sujud kerana mengharap limpah kurnia dan keredhaan Allah. Sentiasa melakukkan ibadah dengan mengikut petunjuk-petunjuk daripada Rasulullah dan orang-orang saleh seperti solat tahajjud, puasa sunat, menjaga kebajikan anak yatim, memuliakan tetamu, menghormati alim ulama dan sebagainya.

4. Di muka mereka terdapat kesan-kesan sujud. Mereka banyak melakukan amal ibadah, hati dan jiwa mereka sentiasa tenang, zahir di wajah mereka ketenangan walaupun alam sekeliling mereka kacau bilau dan seumpamanya. Jiwa mereka sentiasa tenang kerana sentiasa mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk atau tidur.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita menjadi pengikut Rasulullah dengan memiliki dan mengamalkan keempat-empat perkara seperti di atas, untuk melayakkan kita mendapat syafaat Nabi Muhammad di akhirat kelak.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ
 الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.   

Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ للهِ القَائِل :
أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَـَٔاوَىٰ ﴿٦﴾ وَوَجَدَكَ ضَآلًّا فَهَدَىٰ ﴿٧﴾ وَوَجَدَكَ عَآئِلًا فَأَغْنَىٰ ﴿٨﴾ فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ ﴿٩﴾ وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ ﴿١٠﴾ وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ ﴿١١﴾

Maksudnya : Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? Dan didapati-Nya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? Oleh itu, adapun terhadap anak yatim, maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya. (Surah ad-Dhuha : ayat 6-11)
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kesimpulan dari khutbah pertama tadi ialah :

1. Mengikut Rasulullah merupakan tanda keimanan kepada Allah Taala.

2. Merayakan sambutan kelahiran Rasulullah merupakan tanda kegembiraan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

3. Mengamalkan ciri-ciri pengikut Rasulullah iaitu Bersikap tegas dan keras kepada orang kafir, Bersikap kasih sayang dan belas kasihan kepada sesama muslim, Beribadat ruku’ dan sujud kerana mengharap limpah kurnia dan keredhaan Allah dan di muka mereka terdapat kesan-kesan sujud.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.

اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ.

اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com
http://dewanulamakpasperak.blogspot.com/

Monday 21 January 2013

TPM Meninggal Dunia,Nalla Gagal Rayuan


21 Januari 2013
BANGKOK - Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Menteri Pelancongan dan Sukan negara itu, Chumpol Silpaarcha meninggal dunia pada usia 72 tahun selepas dipercayai menghadapi masalah jantung.

Mendiang merupakan pemimpin Parti Chart Thai Pattana yang juga ahli kabinet pakatan pemerintah Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dimasukkan ke hospital 17 Disember lalu selepas menghadapi masalah pernafasan.

Jurucakap Parti Chart Thai Pattana, Vachara Kannikar berkata, berita kematian itu diterima pagi tadi, lapor AFP.

“Pihak kami masih belum tahu punca kematian tetapi menjangkakan ia mempunyai kaitan dengan masalah jantung yang dihadapi Chumpol,” katanya.

Saman fitnah Anwar: Nalla gagal rayuan
PUTRAJAYA - 21 Januari 2013, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Senator Datuk S. Nallakaruppan gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan  Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.

Tiga anggota panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Zaharah Ibrahim, Datuk Anantham Kasinater dan Datuk Mah Weng Kwai sebulat suara menolak rayuan Nallakaruppan.

Zaharah berpendirian bahawa tindakan Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Nallakaruppan adalah betul selepas dia gagal membekalkan butiran berhubung dakwaannya terhadap Anwar.

Panel hakim itu juga memerintahkan Nallakaruppan membayar RM15,00 sebagai kos guaman kepada Anwar.

Nallakaruppan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Jun tahun lepas yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap pemimpin pembangkang itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Anwar untuk menolak pernyataan pembelaan Nallakaruppan.

Anwar membuat permohonan itu atas alasan Nallakaruppan gagal membekalkan butiran mengenai dakwaan yang dibuatnya.

Hakim itu juga memerintahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar yang akan dinilai oleh timbalan pendaftar mahkamah.

Pada 25 Ogos, 2008, Anwar memfailkan saman berhubung dakwaan Nallakaruppan dalam satu artikel, "Anwar terima RM60 juta".

Dalam pernyataan pembelaannya, Nallakaruppan mendakwa dia tidak berniat jahat dan kenyataan itu dibuat atas perlindungan bersyarat.

Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Nallakaruppan memberitahu mahkamah bahawa beliau diarah untuk mengemukakan perkara itu kepada Mahkamah Persekutuan.

Anwar diwakili R.Sivarasa. - Bernama

Sunday 20 January 2013

PRU: 'Ambo nak umum dah', kata Najib

Kah,kah,kah... dah banyak kali cakap....
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
20 Januari 2013
Najib Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

KOTA BHARU - Teka-teki Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) terus mendapat perhatian di mana hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.

Berucap pada Majlis Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini, Presiden Umno menegaskan, pihaknya sudah bersedia, sambil mahu rakyat  memberi undi kepada Barisan Nasional (BN).

"Ambo (saya) nak umum pilihan raya dah, hari ini dalam majlis nak tanya adakah rakyat bersedia menyokong BN ?" kata beliau yang juga Pengerusi BN sambil menerima sorokan lebih 30,000 penyokong.

Dalam ucapan itu, Najib turut mengumumkan tujuh janji kepada rakyat Kelantan sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri.

Antaranya, pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, stadium baru, menyediakan kemudahan air, perumahan rakyat, kampus Universiti Teknologi Mara kampus  Kota Bharu dan masjid terbesar di Kelantan. Sinar Harian.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR