Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 30 September 2012

Tuan Guru Nik Aziz Ketuai Konvoi "R" Ke Putrajaya

Harakahdaily, 30 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mengetuai konvoi menuntut royalti ke Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober ini.

Konvoi tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti (R), Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum.

Presiden R, Nazri Deraman berkata,Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu telah bersetuju untuk mengetuai konvoi pada hari tersebut.

"Kita telah terima makluman tenghari tadi bahawa YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadiri dan mengetuai program
Himpunan ROYALTI di Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober 2012 (Rabu) nanti.

"Beliau juga bersetuju untuk menghadiri Ceramah Mega R Tuntut Royalti pada 2 Oktober 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam," katanya.

Sehari sebelum berkonvoi ke Putrajaya, pasukan konvoi akan menyertai Ceramah Mega R Tuntut Royalti di Shah Alam.

Program itu akan dihadiri pemimpin-pemimpin utama politik Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Selain mereka, turut akan hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti & Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Dato Husam Musa, wakil pimpinan Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin, wakil pimpinan Sarawak YB Baru Bian termasuk wakil NGO-NGO dari Terengganu iaitu Presiden Majlis Pemaufakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Hj Fauzi Abu Samah, NGO dari Sabah iaitu Gerakan Nasionalis Sabah yang diwakili Presidennya Hj Zainal Ajamain.

Menurut Nazri, Konvoi Mega seluruh negara ke Putrajaya diadakan bagi memberikan isyarat yang jelas kepada Kerajaan Malaysia bahawa Rakyat Malaysia, terutamanya Negeri Kelantan sudah bangkit dalam menuntut hak hasil bumi mereka agar dikembalikan.

"Ia sebagai saluran baru bagi memberi tahu seluruh rakyat Malaysia selepas semua saluran media pro-kerajaan mahu menutup isu tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke negeri," katanya.

Pada hari himpunan di Putrajaya itu juga, mereka akan menyerahkan 150 ribu tandatangan atau referandum kepada Datuk Seri Najib Razak, di pejabat Perdana Menteri.

"Jumlah itu adalah 10 peratus nisbahnya daripada Rakyat Negeri Kelantan bagi menggambarkan kepada Perdana Menteri bahawa seluruh Rakyat Kelantan mahukan Wang Royalti dibayar kepada Kerajaan Negeri, Minyak dan Gas perlu didaratkan ke Negeri Kelantan dengan segera," ujarnya.

Selain itu, konvoi juga dijangka ke ke Menara Petronas di KLCC bagi menyatakan tuntutan mereka.

Saturday 29 September 2012

Ulasan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang Tentang Bajet 2013

Bajet 2013 bajet politik semata-mata

Salmiyah Harun , 30 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu sebagai bajet politik semata-mata.

Beliau berkata, pelbagai insentif diberikan dalam bentuk 'one off' kepada sasaran tertentu memperlihat tindakan kerajaan mahu menawan hati rakyat menjelang pilihan raya umum nanti.

Misalnya, kata beliau kerajaan hanya memberi penekanan soal teknikal sahaja tanpa menghiraukan bagaimana pelaksanaan dan pengagihan supaya sampai kepada sasaran.

"Duit yang diberi kepada petani dan nelayan akhirnya berlaku penyelewengan, sepatutnya bagi baja dengan harga murah. Bagi duit kemudian habis begitu sahaja. Bertani tidak selesai, pertanian entah kemana.

"Bagi subsidi minyak pula akhirnya dimonopoli oleh nelayan-nelayan laut dalam,"katanya yang ditemui Harakahdaily semalam.

Katanya, pengagihan yang tidak telus ini menyebabkan kekayaan hanya berlegar di kalangan kroni akhirnya sasaran yang sepatutnya tidak dapat insentif yang dijanjikan.

"Ini perubahan yang perlu dibuat rakyat dan mereka kena sedar berlaku ketirisn dan penyelewengan.

"Janji ditepati bina stadium akhirnya stadium runtuh, janji ditepati buat jalan tapi tak siap, kena tambah peruntukan sebab tidak ada kepentingan untuk kerajaan," katanya.

Selain itu, konsep belanjawan dalam Islam menurut beliau antara lain bukan sahaja memastikan sumber pendapatan negara itu dari sumber yang halal malah memastikan ianya diperolehi bukan dengan cara zalim.

"Sumber mesti halal ataupun tidak diambil secara zalim.

"Rompak duit royalti itu zalim," katanya.

Tambahnya, kekayaan yang ada di dalam negara boleh dipusing melalui sistem percukaian yang ada dalam Islam antaranya sistem zakat.

Jelas Abdul Hadi, zakat ialah petunjuk konsep percukaian iaitu diambil daripada mereka yang berada dan dipulangkan kepada mereka yang memerlukan, manakala cukai pula dikenakan kepada orang bukan Islam.

"Zakat pun boleh ganti cukai. Zakat adalah wajib dan tidak boleh dihapuskan berbeza dengan cukai.

"Walaupun negara mempunyai bertimbun kekayaan tetapi zakat wajib juga dikeluarkan, tetapi cukai boleh dihapuskan" katanya.- HD.

Ulasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Tentang Bajet 2013

Nik Aziz: Bajet 2013 banyak ‘gula’, kurang rohani

29 September 2012
Nik Aziz Nik Mat
Nik Aziz menyambut Sultan Kelantan yang perkenan berangkat menziarahi beliau di rumahnya dan berjemaah bersama-sama di Masjid Pulau Melaka dekat Kota Bharu, petang tadi.

SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam masih bernada sama, yang tidak akan membawa manusia pada ketaqwaan kepada ALLAH.

Nik Aziz berkata, kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa kepada ALLAH.

Mursyidul Am Pas berkata, Bajet 2013 langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata.

Katanya, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa taqwa pada ALLAH.

“Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat.

“Apa yang berlaku itu juga kerana mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat,” kata beliau dipetik Harakahdaily.

Nik Aziz berkata, semuanya sama sahaja selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan agama, negara tidak akan aman.

Beliau yang petang ini diziarahi Sultan Kelantan petang ini turut mengambil contoh sejarah Rasulullah SAW  bagaimana keamanan yang dicapai di Madinah sehingga tiada sebarang rompakan atau meminta sedekah berikutan kaum muhajirin Makkah berada di sana.

Tambah Nik Aziz, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, ia  tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia.

“Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam.

"Bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat,” ujarnya.- Sinar Harian.

1,100 Jemaah Haji Wanita Tanpa Diiringi Mahram Diarah Pulang


29 September 2012
RIYADH - Arab Saudi untuk pertama kali mengarahkan 1,100 jemaah haji wanita warga Nigeria pulang semula ke negara mereka kerana tidak mematuhi syarat ditetapkan oleh negara itu.

Menurut kementerian yang mengendalikan urusan jemaah haji di Arab Saudi, tindakan tersebut diambil kerana ribuan jemaah haji itu tidak diiringi saudara lelaki mahram mereka.

Kementerian itu menyatakan, ia adalah peraturan biasa yang dikenakan terhadap mana-mana wanita yang telah memohon visa untuk memasuki negara tersebut.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan semalam, Suruhanjaya Haji Nigeria memaklumkan jemaah haji wanita negara itu sebenarnya dikecualikan daripada peraturan ketat tersebut mengikut perjanjian dua hala yang dipersetujui oleh kedua-dua negara.

Difahamkan, Nigeria telah menghantar delegasi ke Arab Saudi untuk berbincang mengenai perkara tersebut dan pihak berkuasa bersetuju untuk membenarkan jemaah haji wanita itu masuk ke negara terbabit hanya jika mereka diiringi saudara lelaki mahram masing-masing.

Di bawah undang-undang negara itu, wanita yang berumur 45 tahun ke bawah yang berhasrat untuk menunaikan Rukun Islam Kelima tersebut mesti diiringi oleh suami atau ahli keluarga lelaki.

Golongan wanita berumur 45 ke atas pula diberi kelonggaran mematuhi peraturan itu, namun mereka masih perlu berada di dalam kumpulan yang dikendalikan oleh pengiring agensi atau pegawai haji.-Sinar Harian.

Thursday 27 September 2012

Populariti DS Najib dan BN Merosot Menjelang Bajet 2013 Esok?

ARASHY AZIM
27 September 2012
Kajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut
Jangkaan BN menang PRU ke-13 susut di peringkat nasional dan menguasai Putrajaya.
 
ANALISIS - Di sebalik siri teka-teki, spekulasi dan bayangan, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah pasti lewat, sekurang-kurangnya bukan sehingga akhir November. Di celah-celah perkembangan itu, populariti Barisan Nasional (BN) kemungkinan menurun lagi jika PRU13 terus 'tertangguh', demikian menurut penganalisis.

Penemuan Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan jangkaan BN akan menang pada PRU13 merosot. Ia hasil kajian perbandingan Mac-April dan September tahun ini.

Esok, Datuk Seri Najib Tun Razak akan  membentangkan bajet keempatnya sejak dilantik menjadi Perdana Menteri.

"Kajian pertama dilakukan pada bulan Mac dan April, dan kajian pada bulan September menunjukkan populariti menurun kerana apabila semakin lambat pilihan raya dilakukan, makin banyak isu berkaitan BN akan timbul diantara tempoh tersebut," kata Prof. Madya Dr. Shaharuddin Badaruddin, pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara.

Risiko tinggi akan dihadapi oleh BN jika mereka melambatkan pilihan raya kerana kemungkinan Pakatan Rakyat (PR) akan mengambil kesempatan sebelum adanya pilihan raya untuk menimbulkan beberapa isu.

“Jika dilihat, Pakatan Rakyat sudah lama bersedia. Jika makin lambat pilihan raya dibuat, kemungkinan banyak isu akan timbul dan ini akan memberikan risiko terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib," ujar Shaharuddin.

Beliau turut mengulas populariti BN meningkat dalam kajian dibuat pada Mac-April lalu berikutan daripada Program Bantuan Rakyat 1Malaysia, serta pengenalan Klinik Rakyat 1Malaysia yang dapat mengurangkan beban rakyat berbelanja ketika itu malah tumpuan kembali terarah terhadap beberapa isu.

“BN hanya popular sebaik sahaja beberapa bantuan diberikan seperti BR1M, dan sebagainya.

"Namun sekali lagi kajian yang dilakukan pada  September menunjukkan penurunan, jadi ia satu indikasi menyatakan bahawa rakyat sudah melupakan bantuan kerajaan selepas beberapa kejadian berlaku seperti Bersih, dan sebagainya," tambah beliau.

Beliau turut menyatakan bahawa BN perlu melakukan sesuatu dengan segera bagi meneruskan popularitinya di kalangan rakyat supaya kempen BN untuk kekal di Putrajaya akan mengubah segala senario yang berlaku.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani menyatakan bahawa kajian yang dilakukan tidak menggambarkan secara keseluruhan pendapat rakyat di negara ini.

Ini kerana ia dibuat sebelum pilihan raya yang tidak diketahui bila akan berlangsung.

"Secara amnya, untuk melihat peratusan sokongan tidak boleh bergantung kepada kajian juga. Kita perlu melihat peratusan sokongan di saat akhir pengundi... kesan perbezaan rakyat bukan pada sokongan masyarakat," ujar Azizuddin.

Apabila ditanya tentang kemungkinan peratusan populariti menurun akibat daripada beberapa isu yang terjadi antara Mac dan September, Azizuddin berkata:

"Memang benar, peratusan populariti menurun setelah beberapa kejadian berlaku dan nampaknya bantuan seperti BR1M dalah tindakan jangka pendek, bukannya jangka panjang."

Tambah beliau, jika benar ingin melihat sokongan rakyat sama ada akan meningkat ataupun menurun, Bajet 2013 bakal menentukan.

"Sokongan rakyat bergantung kepada Bajet 2013 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini... ia juga bergantung kepada 'tawaran' yang bakal diberikan oleh BN dan apa yang boleh diberikan Pakatan Rakyat," katanya.

"Namun kita melihat kepada BN kerana mereka mempunyai kelebihan iaitu mereka mempunyai modal untuk melaksanakannya berbanding dengan Pakatan Rakyat," ujarnya lagi.

Sementara itu, pensyarah politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Ahmad Atory Hussain menyifatkan kajian yang dilakukan tidak boleh diterima sepenuhnya kerana mengambil kira soal responden yang tidak mencukupi iaitu sebanyak 1,536.

"Kalau untuk mendapatkan kesahihan, responden yang sepatutnya adalah satu peratus daripada 10 juta penduduk rakyat Malaysia iaitu sebanyak 100,000 responden diperlukan," ujar Ahmad Atory.

Namun, jika hasil kajian itu diambil kira, tiada sebab untuk menentukan populariti BN kerana pelbagai faktor perlu diambil kira antaranya Bajet 2013 yang bakal dibentang esok.

Apabila ditanya tentang kelewatan mengadakan pilihan raya menjadi antara faktor populariti BN menurun, katanya: "Pada pandangan saya, kerajaan menganggap masa itu emas."

"Dan, mereka akan menggunakan masa yang ada untuk melakukan pembangunan dalam tempoh lima tahun... untuk apa kerajaan ingin mengadakan pilihan raya terlalu awal, pembangkang memang sentiasa nak adakan cepat sebab nak rampas Putrajaya," ujar beliau.

Ramai menganggap susulan ganjaran dan insentif diumumkan dalam Bajet 2012, BN berada di tahap sokongan tinggi Jun lalu iaitu sebelum bermulanya Ramadan. Kini, selain insentif baru diperlukan, BN dan Najib juga memerlukan masa untuk menyegarkan sokongan pengundi.- SINAR HARIAN.

100,000 Rumah Mampu Milik Di Dalam Bandar Jika Pakatan Rakyat Memerintah


SHAH ALAM, 27 SEPT : Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) akan membina 100,000 unit rumah mampu milik di bandar-bandar utama dalam penggal pertama pentadbirannya sebagai Kerajaan Persekutuan.

Menurut belanjawan alternatif Pakatan 2013 yang diterbitkan semalam, gagasan itu akan melaksanakan perancangan tersebut dengan suntikan dana RM5 bilion kepada Lembaga Perumahan Negara (LPN).
Suntikan tambahan RM 2 bilion akan diberi setiap tahun dari tahun kedua hingga kelima bagi menyediakan dana kewangan untuk pelaksanaan projek perumahan awam berkenaan.

Ia adalah salah satu penekanan yang akan diambil Pakatan menerusi belanjawan berjumlah RM 234 bilion yang diterbitkan semalam oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyediakan rumah mampu milik merupakan penekanan khusus yang diberikan demi membela nasib rakyat yang selama ini terbeban dengan harga rumah yang melambung di pasaran ketika ini.

Bagi menangani masalah harga perumahan ini Pakatan merancangan untuk melaksanakan pelbagai projek perumahan mampu milik di seluruh negara yang berharga antara RM 130,000 hingga
RM 300,000.

Inisiatif rumah mampu milik akan diuruskan dengan menubuhkan  LPN yang akan menggantikan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dilihat tidak memaikan peranan.

Pakatan juga akan mengamalkan konsep bina-dan-jual bagi mengatasi risiko perumahan terbengkalai yang telah merugikan kira-kira 79,000 pembeli.

Dasar ini akan dilaksanakan secara berperingkat untuk semua projek perumahan kos sederhana rendah berharga RM 300,000 dan ke bawah.

Pakatan juga akan memperkenalkan konsep “social renting” atau penyewaan untuk tujuan sosial bagi memenuhi keperluan perumahan untuk golongan isi rumah di bawah RM 1,500 sebulan.

Di samping itu, konsep perkongsian pemilikan juga akan diperkenalkan untuk mereka yang kurang kemampuan kewangan untuk membeli rumah.

Di bawah konsep ini, pembeli akan memiliki 25 peratus daripada harga rumah, manakala nilai yang selebihnya, iaitu 75 peratus, akan dimiliki oleh agensi kerajaan.- http://www.selangorku.com/



KHUTBAH JUMAAT - “JADILAH PENOLONG AGAMA ALLAH”

 28 SEPTEMBER 2012 / 12 ZULKAEDAH 1433H 

Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيْكٌ فِيْ الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِ وَ كَبِّرْهُ تَكْبِيْرًا .
أَشْهَدُ أَن لاإِلَهَ إلاالله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ ،
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ .
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ اِتَّقُوْا اللهَ ، اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتـُمْ مُسْلِمُوْن.
قَالَ الله تَعَالىَ فِي كِتَابِهِ الْعَظِيْم :
وَتَفَقَّدَ الطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِيَ لَا أَرَى الْهُدْهُدَ أَمْ كَانَ مِنَ الْغَائِبِينَ ﴿٢٠﴾ لَأُعَذِّبَنَّهُ عَذَابًا شَدِيدًا أَوْ لَأَذْبَحَنَّهُ أَوْ لَيَأْتِيَنِّي بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ ﴿٢١﴾ فَمَكَثَ غَيْرَ بَعِيدٍ فَقَالَ أَحَطتُ بِمَا لَمْ تُحِطْ بِهِ وَجِئْتُكَ مِن سَبَإٍ بِنَبَإٍ يَقِينٍ ﴿٢٢﴾
"Dan (Nabi Sulaiman) memeriksa kumpulan burung lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat burung Hud-hud, adakah dia dari mereka yang tidak hadir. Nescaya aku akan menyeksanya dengan seksa yang berat atau aku akan menyembelihnya kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata”. Burung hud-hud itu tidak lama ghaibnya, lalu berkata : “ aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba’ dengan membawa berita yang diyakini kebenarannya”. (Surah an-Naml ayat 20 hingga 22)

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,

Saya berpesan kepada tuan-tuan, dan diri saya, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT, dengan sebenar-benar takwa, dengan melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kita sebagai orang yang bertaqwa wajib melaksanakan syiar-syiar agama ini umpamanya solat berjamaah, menegakkan keadilan dan mencegah perbuatan zalim dan mungkar.

Ayat yang dibacakan di atas tadi, merupakan kisah yang berlaku kepada burung Hud-Hud dan Nabi Allah Sulaiman. Hud-Hud merupakan sejenis burung yang bersaiz sederhana. Nabi Sulaiman menggunakan Hud-Hud sebagai pencari sumber air dan menghantar surat utusan kepada raja sesebuah negeri. 

Muslimin Mukminin yang Dirahmati Allah, 

Walaupun Hud-Hud merupakan burung yang kecil berbanding burung-burung besar yang lain seperti helang, rajawali dan seumpamanya, ia mampu menjadi penolong kepada agama Allah yang dibawa oleh Nabi Allah Sulaiman A.S. walaupun mempunyai keupayaan yang terbatas. 

Ketahuilah tuan-tuan sekalian, bahawa nikmat Iman dan Islam yang kita kecapi hari ini, adalah datangnya daripada usaha para penolong agama Allah yang terdiri daripada para sahabat baginda Rasulullah SAW yang sanggup berjuang dan berjihad menyebarkan agama Islam ke seluruh pelosok alam. Mereka berjuang bersama-sama di bawah panjí kesatuan yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga generasi-generasi selepas mereka turut menyebar dan mempertahankan agama Islam daripada serangan musuh-musuh agama ini. 

Apakah yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita untuk menyebar dan mempertahankan agama ini dari musuh-musuh agama ini? Sanggupkah kita menggelarkan diri kita sebagai penolong agama Allah?

Muslimin Mukminin yang Dirahmati Allah, 

Ketahuilah tuan-tuan sekalian, ciri-ciri penolong agama Allah adalah seperti berikut :-

1. Memiliki ilmu dan pengalaman yang luas. Ilmu merupakan asas kepada kehidupan kita di atas dunia ini. Dengan ilmu, kita dapat mencipta kemajuan dan teknologi untuk memudahkan hidup kita. Dengan ilmu, kita dapat menguasai dunia dan dapat menguasai akhirat. Dengan ilmu kita dapat membezakan perkara yang haq dan batil. Allah memuliakan kita dengan ilmu, semakin tinggi ilmu yang kita miliki, semakin tinggi kita dipandang oleh makhluk-makhluk lain.

Begitu juga pengalaman, sentiasa mengajar kita untuk melakukan perkara yang lebih baik. Kita sebenarnya, banyak belajar dari pengalaman silam. Semakin banyak pengalaman yang kita dapat, semakin matang tindakan dan pemikiran kita. Kita akan lebih berhati-hati dalam merancang sesuatu supaya tidak melanggar batas-batas yang telah digariskan oleh agama ini.

2. Berani menyatakan kebenaran. Kebenaran yang mutlak adalah datangnya daripada Allah. Setiap kebenaran yang dinyatakan oleh Allah adalah untuk kesejahteraan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Kita telah diperintah untuk mentaati setiap kebenaran yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan.
Kita berkewajipan memelihara seluruh ahli keluarga dan anggota masyarakat daripada melakukan dosa dan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya. Kita boleh menegur anak-anak kepada jiran kita, dan jiran-jiran disekeliling kita juga boleh menegur anak-anak kita apabila mereka melakukan maksiat dan melanggar adab tatasusila masyarakat kita. Adakah kita masih berpeluk tubuh membiarkan umat ini terus-menerus melakukan dosa dan maksiat tanpa melakukan apa-apa usaha dan tindakan? 

3. Mempunyai sikap sensitif atau peka kepada masalah umat Islam. Sikap sensitif atau kepekaan sangat penting kepada penolong agama Allah. Apabila kita melihat sesuatu maksiat yang berlaku di hadapan kita, kita hendaklah menegur, memperbaiki dan menyelamatkan umat kita daripada terus hanyut dalam dosa dan maksiat. Sikap peka terhadap dosa dan maksiat boleh menyelamatkan umat kita daripada ditimpa azab Allah Taala. Perkara inilah sebenarnya, yang memelihara kita dari diturunkan musibah dan azab yang Maha Dahsyat kepada kita. Marilah kita muhasabah kembali firman Allah yang berbunyi :-

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً  ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢٥﴾

"Dan takutlah kamu semua pada fitnah (akibat maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya yang bukan sahaja menimpa kepada orang yang zalim di antara kamu secara khusus, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Berat azab seksa-Nya." (Surah al-Anfal ayat 25) 

Begitu juga, kita wajib mempertahankan agama ini daripada sebarang bentuk cercaan, hinaan daripada musuh-musuh agama ini kepada Junjungan Besar Nabi Kita Muhammad SAW, al-Quran, Sahabat-sahabat Baginda yang mulia dan seumpamanya. 

4. Amanah dan bersungguh-sungguh ketika melaksanakan perintah Allah. Setiap perintah Allah dan Rasul-Nya merupakan satu kewajipan kepada kita pada setiap masa. Apabila bertembung perintah Allah dan perintah manusia, perintah Allah hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu. Keredhaan Allah adalah lebih utama daripada keredhaan manusia, hawa nafsu dan syaitan. 

5. Menolong agama Allah dengan apa cara sekalipun walaupun kecil. Walaupun kita berada posisi dan kedudukan yang berbeza, hendaklah kita menyalurkan bantuan kepada Islam dengan apa cara sekalipun dengan penuh keikhlasan. Jika kita seorang guru, didiklah anak-anak pelajar kita untuk cintakan agama ini dan berkhidmat untuk agama ini. Jika kita seorang pentadbir dan pengurus, uruskanlah urusan pentadbiran kita dengan kaedah dan cara yang telah digariskan oleh Islam. Janganlah melibatkan diri dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Jika kita seorang kerani, laksanakan setiap arahan yang diberikan kepada kita dengan penuh kesungguhan dan bertanggungjawab. Jika kita seorang pelajar, belajarlah untuk mendalami ajaran-ajaran Islam. Jika kita seorang pemimpin kepada masyarakat kita, suburkan akhlak-akhlak yang terpuji yang boleh menyebabkan musuh-musuh kita menyantuni dan terpegun dengan kita. Jika kita seorang pendakwah, bentuklah umat ini menjadi sebaik-baik umat. 

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah Sekalian, 

Marilah kita bersama-sama menginfaqkan diri dan harta yang kita miliki untuk agama ini kerana Allah. Kelak kita akan menjadi umat yang terbaik, dapat membentuk negara yang baik dan Allah mengampuni semua penghuninya dengan memberi hidayah dan kebaikan kepada kita semua.

Janganlah kita menunggu masa untuk bertindak dan membantu dan menolong agama ini. Selagi hayat dan nyawa masih dikandung badan, ayuh marilah kita bergerak bersama-sama walaupun pada posisi dan kedudukan yang berbeza untuk mengzahirkan agama Allah di atas muka bumi negara kita yang tercinta ini. Kita diumpamakan oleh Rasulullah SAW sebagai satu jasad, apabila sakit satu anggota, seluruh jasad akan turut merasai sakit. Begitu juga, kita telah diumpamakan seperti sebuah bangunan, saling menguatkan antara satu sama lain. Sebagai akhirnya, marilah sama kita renungi Sabda Rasulullah SAW yang berbunyi :-  
اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ ، وَفَرَاغَك قَبْلَ شَغْلِكَ، وَغِنَاك قَبْلَ فَقْرِكَ، وَشَبَابَك قَبْلَ هَرَمِكَ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِك.
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa hidupmu sebelum datangnya masa matimu, masa lapangmu sebelum datangnya masa sibukmu, masa kayamu sebelum datangnya masa miskinmu, masa mudamu sebelum datangnya masa tuam dan, masa sihatmu sebelum datangnya masa sakitmu” (Hadis riwayat al-Hakim dan Ibn Abi Syaibah)

بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ ، والْمُؤْمِنِينَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ  وَالأَمْوَات ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَالغَفُورُ الرَّحِيم

Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ ﴿٧﴾
"Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, Dia akan menolong kamu dan  menetapkan kaki kamu." (Surah Muhammad ayat 7) 

والصَّلاةُ وَالسَّلامُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالــِهِ وَأصَحْابِهِ أَجْمَعِيْنَ .
أَشْهَدُ أَنْ لاَِإِلَــهَ إِلاَّ اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا وَرَسُوْلُ الله .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ ، فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.
Muslimin Yang Dikasihi Allah sekalian, 

Daripada khutbah pertama yang dinyatakan sebelum ini, ingin ditegaskan bahawa seekor burung yang lebih kecil dari kita, mengetahui bahawa dirinya mampu untuk menjadi penolong kepada agama Allah dengan melaporkan berita tentang pemerintah yang musyrik yang tidak menyembah Allah Taala. Walaupun berdepan dengan azab dan hukuman daripada Rasul, ia sanggup berkorban merantau ke tempat yang jauh untuk mengesahkan perkara tersebut untuk dimaklumkan kepada Nabi Sulaiman. 

Sikap yang dimiliki oleh Hud-Hud perlu dimiliki oleh kita semua. Ketahuilah bahawa segala tindak tanduk, perbuatan, pemikiran dan perancangan yang kita lakukan adalah untuk kegemilangan agama ini. Wujudkanlah dalam diri kita, ciri-ciri penolong agama Allah antaranya ialah memiliki ilmu dan pengalaman yang luas, berani menyatakan kebenaran, Mempunyai sikap sensitif atau peka kepada masalah umat Islam, amanah dan bersungguh-sungguh ketika melaksanakan perintah Allah dan menolong agama Allah dengan apa cara sekalipun walaupun kecil. 
اَللَّهُمَّ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِاْلإِيمَانِ ، وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلاًّ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَحِيمٌ.
اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ أَئِمَّتَنَا وَوُلاَةَ  أُمُوْرِنَا، اَللَّهُمَّ اجْعَلْ وِلاَيَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ.
اَللَّهُمَّأَعِزَّ الْإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الْإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِىْ بِلاَدِنَا هَذَا وَفِىْ كُلِّ مَكَانٍ وَفِىْ كُلِّ زَمَانٍ. 
اَللَّهُمَّ أَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِينَ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِينَ، وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِينَ.
وَانْصُرْنَا عَلَى هَؤُلآءِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَنَا وَيَصُدُّونَنَا عَنْ سَبِيلِك.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلْطَان أَزْلَنْ مُحِبُّ الدِّيْن شَاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سُلْطَان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ .دَعْوَاهُمْ وَدَعْوَانَا فِيْهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلاَمٌ ، وءَاخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُم
تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
 Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com.

Buat Apa Kecoh-kecoh? Tanya DCAlah

Isu jet: Tanya pihak berkuasa, kata Tian Chua
JAMILAH HAMZAH
27 September 2012
Tian Chua
Tian Chua
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Tian Chua mencabar kerajaan menyemak status jet peribadi dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semasa lawatan ke Sabah baru-baru ini untuk pengesahan kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk nyatakan perkara itu.

Menurutnya, kerajaan dan orang ramai yang ingin mengetahui status jet tersebut perlu menyemaknya dengan pihak yang sepatutnya.

Katanya,"kita cabar kerajaan untuk semak daripada pihak berkuasa, tanya Menteri Pengangkutan, pergi DCA kalau nak tahu, siapa yang sewa, dan siapa yang uruskan.”

Sehubungan itu Ahli Parlimen Batu ini berkata: “Saya  tak menyesal memuat naik gambar-gambar jet yang dinaiki Anwar kerana kita telus.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dalam laporan media tempatan hari ini, Tian Chua dibidas kerana mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Anwar berhubung isu beberapa pemimpin pembangkang menaiki sebuah jet eksekutif ke Sabah baru-baru ini.

Teguran itu dibuatoleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang memberitahu wakil rakyat itu sepatutnya memastikan maklumat yang tepat berhubung jet berkenaan sama ada disewa atau ditaja sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskannya dan membuat kenyataan mengenai perkara ini. Jadi kita ikut kenyataan itu,” katanya.

Apabila ditanya sama ada beliau mengetahui siapa pemilikjet tersebut, Tian Chua berkata: “Saya tahu tapi saya tak ada kuasa untuk  nyatakannya...pergi tanya pihak yang lebih berkuasalah.”

Wednesday 26 September 2012

Gadis Sedang Menjalani Latihan Amali Dicekup Berkhalwat Bersama Teman Lelaki

Wartawan Sinar Harian
27 September 2012
Dicekup berkhalwat bersama teman lelaki
Gadis ini yang sedang menjalani latihan amali di Pejabat Kesihatan Dungun ditangkap khalwat bersama teman lelakinya di sebuah rumah flat dekat Bijangga.

DUNGUN - Tindakan seorang penuntut kolej membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa setiap hujung minggu sehingga mendatangkan syak wasangka dalam kalangan jiran tetangga sehingga perbuatan tidak bermoral itu berjaya dihidu pihak berkuasa.

Susulan itu, satu serbuan dilakukan penguat kuasa syariah kira-kira jam 10.45 malam Ahad lalu, berjaya menahan sepasang kekasih yang berada berdua-duaan di sebuah rumah flat, dekat sini.

Ketika ditahan, gadis berusia 21 tahun yang sedang menuntut di salah sebuah kolej swasta itu difahamkan hanya berseluar pendek dan memakai baju singlet tanpa pakaian dalam.

Ketika serbuan, pasangan itu mengaku mempunyai hubungan sebagai sepupu, namun setelah disoal siasat kedua-duanya tidak mempunyai hubungan muhrim.

Gadis berasal dari Bukit Tunggal dikatakan sedang menjalani latihan amali di Pejabat Kesihatan Dungun, manakala teman lelakinya yang berasal dari Padang Nenas, Kuala Terengganu, kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan selepas diikat jamin oleh keluarga masing-masing.

Pasangan yang mengaku bakal mengikat tali pertunangan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun, 29 Oktober nanti atas dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

2 polis peronda cedera ditembak

27/09/2012 3:32am

KUALA LUMPUR 27 Sept — Dua anggota polis berpangkat koperal yang menaiki kereta peronda nyaris maut selepas ditembak ketika cuba melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki di kawasan Lebuh raya Kuala Lumpur-Putrajaya berdekatan Kuchai Lama di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, dua anggota polis berumur 41 dan 52 tahun dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields terkena tembakan yang dipercayai dilepaskan oleh dua lelaki dari dalam sebuah kereta jenis Proton Saga.

"Seorang daripada mereka cedera di leher manakala seorang lagi di bahagian perut. Mereka dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan dan kini dilaporkan stabil,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Bakri berkata anggota polis berkenaan terserempak dengan kereta yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum diminta berhenti untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, katanya, suspek enggan berhenti lalu cuba melarikan diri dengan anggota polis berkenaan mengejarnya sehingga kereta suspek terperangkap dalam kesesakan di satu simpang di kawasan itu.

Katanya anggota polis berkenaan berjaya menghalang kereta tersebut lalu keluar untuk melakukan pemeriksaan sebelum beberapa das tembakan dilepaskan dari dalam kereta tersebut.

Mohd Bakri berkata kesemua suspek terus meninggalkan tempat kejadian sebelum kereta mereka dijumpai kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Katanya polis kini sedang mengesan keempat-empat suspek yang dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah dan cuba melarikan diri ketika diminta berhenti oleh anggota polis untuk pemeriksaan.
— BERNAMA

Tuesday 25 September 2012

Wanita cedera parah ”disembelih” perompak

25/09/2012 9:19pm

YAN – Seorang wanita cedera parah akibat dikelar di leher oleh lelaki yang disyaki cuba merompak mangsa di rumahnya di kampung Teroi, di sini hari ini.

Selain kecederaan sepanjang lapan sentimeter di leher, Jamaliah Ali, 55, yang ketika itu berseorangan di rumah, turut mengalami kecederaan di kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Ismail Abu berkata, Jamaliah adalah ibu tunggal dan tinggal di rumah itu bersama adiknya.

"Ketika kejadian pada pukul 7.10 pagi itu, adiknya keluar menghantar anak-anak saudaranya ke sekolah.

Terdapat kesan geledah dalam rumah itu dan mangsa dipercayai dicederakan ketika berada di ruang tamu tingkat bawah.

"Mangsa yang berlumuran darah pergi ke rumah jiran untuk meminta bantuan dan dihantar ke Hospital Yan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (Sungai Petani) kerana kecederaan yang parah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada barang berharga yang hilang dan polis percaya suspek melarikan diri selepas mencederakan mangsa dengan senjata tajam. – BERNAMA

Monday 24 September 2012

Perak Aman Jaya:Samun, bunuh pengawal keselamatan: 6 ditahan

24/09/2012 5:18pm

IPOH — Polis Perak menahan enam suspek di Pulau Pinang dan Kedah bagi membantu siasatan kes samun wang tunai berjumlah RM1,235,715 dan bunuh seorang pengawal keselamatan di dalam van di depan sebuah pasaraya di Taiping pada Selasa lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan berkata, mereka yang berumur antara 40-an hingga 20-an itu ditahan di tiga kawasan pada Jumaat dan Sabtu lepas hasil risikan polis.

Empat daripada suspek berkenaan terdiri dua lelaki dan dua wanita ditahan di luar premis Kentucky Fried Chicken (KFC) di Petronas Bandar Sunway Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 2.30 petang, Jumaat lepas, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata, susulan daripada tangkapan itu, awal pagi keesokannya polis menyerbu sebuah rumah di kawasan George Town dan menahan seorang lelaki berumur 47 tahun.

"Pada hari yang sama (Sabtu) polis juga menahan seorang wanita berumur 28 tahun di sebuah rumah di daerah Kulim, Kedah," katanya dan menurutnya kejayaan menahan enam suspek itu merupakan kejayaan besar bagi polis Perak.— BERNAMA

Bolehpun Buat...Baru Betul Hormatkan Agama!

Pasar malam tutup 20 minit, hormati waktu Maghrib
JANATUL FIRDAUS YAACOB
24 September 2012
Barangan jualan ditinggalkan ketika peniaga ke masjid.
Barangan jualan ditinggalkan ketika peniaga ke masjid.
Pasar Malam Padang Jawa
7.21 malam: Kemeriahan urusan jual beli Pasar Malam Padang Jawa diteruskan seperti biasa.

BERMULA jam enam petang, kebanyakan penjaja dan pelanggan mula memenuhi kiri kanan jalan Pasar Malam Padang Jawa.

Suasana hingar bingar kemeriahan urus niaga tidak jauh beza dengan pasar-pasar malam di lokasi lain.

Namun uniknya di sini, tiupan wisel sejurus azan Maghrib, lampu gerai dan urusan jual beli dihentikan serta merta.

Tiada urus niaga dibenarkan selama 20 minit!  Dalam tempoh itu, peniaga dan pengunjung Islam, ramai-ramai menunaikan solat Maghrib di masjid sementara bagi bukan Islam mengikuti arahan penuh hormat dan bertanggungjawab. 

Pengalaman ini bukan baru, malah inisiatif Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Padang Jawa itu dipraktikkan sejak 1 Januari 2010 lalu.

Tinjauan Sinar Harian Jumaat lalu mendapati, peniaga dan pengunjung menyambut baik praktis ini menyokong penuh tindakan tersebut sebagai satu langkah pembaharuan bagi  menghormati waktu solat dan menghormati Islam.

Peniaga perlu tidak bimbang tentang barangan jualan mereka yang ditinggalkan kerana kawasan perniagaan dikawal oleh petugas sukarela terdiri daripada JKKK, Rela dan ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah, tinjauan yang dibuat terhadap peniaga bukan Islam, juga amat menggalakkan di mana mereka juga bersetuju dan  menyokong sepenuhnya peraturan ini, bahkan mereka juga gembira apabila perniagaannya bertambah laris selepas perniagaan dibuka semula.

Suasana yang  meriah dan terang benderang tiba-tiba bertukar suram apabila lampu dimatikan dan kelihatan petugas sukarela berlegar di sekitar tapak perniagaan bagi memastikan setiap peniaga mematuhi arahan.

Kelihatan peniaga dan pengunjung bergegas menuju ke masjid manakala bukan Islam mereka memilih untuk berehat di gerai masin-masing dalam keadaan bergelap.


Cetusan idea JKKK

Pengerusi JKKK Kampung Padang Jawa, Saian Asmawi, 61, berkata, idea ini timbul selepas Kerajaan Negeri mengambil alih daripada pentadbiran sebelumnya.

“Ini adalah pembaharuan.  Pasar malam ini telah wujud sejak tahun 1970-an lagi namun, tiada pendekatan yang dilakukan sebelum ini," katanya.

Bercerita mengenai cara pelaksanaannya, Saian berkata, peniaga perlu menutup lampu di ruang niaga, menghalang pelanggan daripada datang membeli barang jualan.

“Maknanya, kalau semua orang pergi sembahyang tidak ada masalah kerana kami ada pengawal, Rela, JKKK untuk menjaga barangan jualan mereka.

“Jadi, kalau ditinggalkan tiada sebarang masalah. Setakat ini, tidak pernah berlaku kecurian kerana kita kawal tempat tersebut.

Walau bagaimanapun, Saian mengakui, pada peringkat awal arahan diperkenalkan, timbul beberapa rungutan daripada peniaga mendakwa kerugian kesan daripada penutupan tersebut.

Katanya, ada juga peniaga bukan Islam yang menjalankan perniagaan di pasar malam ini meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan kewajaran mereka yang tidak bersolat juga terpaksa menutup perniagaan dalam tempoh tersebut.

Katanya, operasi pasar malam adalah di bawah seliaan JKKK dan sekiranya arahan yang dikeluarkan sukar dipatuhi, peniaga terbabit dicadangkan agar berpindah niaga ke lokasi lain.

"Peringkat awal pelaksanaan, bagi ingkar kali pertama kita bagi amaran pertama, amaran kedua sedikit keras manakala untuk amaran ketiga kita terpaksa keluarkan dia dengan menamatkan lesen.

“Kita hanya letakkan papan tanda notis, lampu dimatikan, sejurus azan saja tutup, kita tiup wisel, penjaga dia akan tutup kiri kanan jalan dan mana- mana gerai tidak tutup kita beri amaran. Niat utama kita ialah menghormati waktu Maghrib yang pendek, sebelum ini waktu
Maghrib kelihatan orang ramai riuh dan berpelesiran dan tidak menghormati waktu solat,” katanya.

Berdasarkan rekod, terdapat 200 tapak gerai jualan dengan keluasan 500 meter di kiri kanan jalan dengan bayaran RM3 untuk satu tapak.


Peniaga sambut baik

Bagi seorang peniaga ubatan herba, Kiran Amir, 58, berkata, praktis ini sangat bagus dalam usaha mentarbiahkan umat Islam dan mencadangkan agar semua pasar malam di Malaysia mengamalkan pendekatan sama.- SINAR HARIAN.

ABU: Tutup dan pergi sembahyang...bukan sekadar tutup sahaja.55 tahun merdeka patut dah lama buat.Tahniah kepada pengurusan.

Sunday 23 September 2012

Ketua Pemuda Umno Kepong cedera parah ditikam

Wartawan Sinar Harian
24 September 2012
Datuk Norizan Ali
Datuk Norizan Ali
 
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah di bahagian perut dan jari tangan dipercayai terputus akibat ditikam di depan rumahnya di Ampang, Selangor awal pagi ini.

Beliau sedang menjalani pembedahan di Hospital Ampang, kata isterinya Datin Roslinda Kamaruddin kepada Sinar Harian Online.

"Datuk kena tikam di kawasan depan rumah, sekitar 3.30 pagi. Keadaan serius, cedera teruk di perut, jari terputus.

"Sedang dibedah (di Hospital Ampang), doktor masih periksa keadaan, nak lihat kecederaan lain," kata beliau sebentar tadi.

Motif Norizan, awal 40-an dan seorang ahli perniagaan, diserang belum diketahui.

"Saya tidak tahu mengapa Datuk diserang. Tetapi barang-barang tak hilang, jadi hendak kata samun, saya tak tahu," kata beliau yang dalam perjalanan ke rumah mereka di Taman Dagang 3 dari hospital.

"Saya sedang balik ke rumah, polis hendak jalankan siasatan," katanya.
Menurut anak mangsa, ketilka kejadian ayahnya baru sahaja pulang dari menonton perlawanan bola sepak.

"Ayah sempat menggegar pintu rumah dan meminta pertolongan, bila kami keluar tengok ayah terbaring sambil mengerang kesakitan dengan jarinya juga hampir putus," katanya.

Mangsa yang kritikal dikejarkan ke Hospital Ampang dan terpaksa menjalani pembedahan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Abdul Hadi Sedia Berhijrah Demi Karier


23 September 2012
KUALA TERENGGANU - Setelah menabur bakti selama dua tahun di Terengganu, akhirnya penyerang berbisa Abdul Hadi Yahya bersedia untuk berhijrah untuk bersama pasukan lain, demi memajukan karier bola sepaknya.

Malah, pemain berusia 27 tahun ini menolak khabar angin bahawa beliau meninggalkan kem Terengganu atas desakan pihak tertentu sebaliknya mengakui keputusan dibuat atas kerelaannya sendiri.

Bagaimanapun, pemain kelahiran Klang, Selangor itu tetap menyimpan hasrat untuk kembali ke bumi Penyu ini, sekiranya ditawarkan menyarung kembali jersi negeri ini, suatu hari nanti.

"Saya akui masih sayangkan bumi Terengganu dan saya mengucapkan terima kasih terutama sekali kepada penyokong Terengganu yang sentiasa menyokong saya.

"Berat rasa hati hendak meninggalkan skuad Penyu, namun saya telah memutuskan untuk berhijrah bagi menabur bakti bersama pasukan lain selepas ini," katanya ketika ditemui Bernama, di sini hari ini.
 
Bapa kepada dua cahaya mata ini melahirkan rasa syukur kerana dapat menabur bakti bersama skuad Penyu sejak 2010, serta dilayan dengan baik pihak pengurusan dan rakan seperjuangan.

Abdul Hadi yang merupakan penjaring terbanyak Liga Super 2011 berjaya meledakkan 20 gol, sekali gus melayakkan beliau menggondol anugerah kasut emas dan seterusnya membantu skuad Terengganu muncul naib juara di belakang pendahulu liga, Kelantan.

Beliau merupakan antara, 10 senarai pemain tonggak Terengganu yang dilepaskan atas persetujuan bersama, manakala dua pemain import ditamatkan kontrak musim depan, dalam keputusan mesyuarat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Rabu lepas.

Tujuh lagi pemain yang dilepaskan atas persetujuan ialah penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Abdul Shukur Jusoh, Reeshafiq Alwi, Joseph Kalang Tie (pemain tengah), Hariri Mohd Safii, Mohd Muslim Ahmad (pertahanan) dan Md Ailim Fahmi Kamaruddin (penyerang).

Sementara dua pemain import yang ditamatkan kontrak musim depan ialah Francis Forkey Doe (Liberia) dan Erison Da Silva (Brazil). - Bernama

Saturday 22 September 2012

Daripada Data Ini, Berapa Jumlah Anak-anak Keluarga UMNO dan PAS?


Bayangkan jika jumlahnya sebegini.Berapa ramai remaja Islam yang tidak tahu sembahyang?Yang tidak mengikuti Program PLKN Bagaimana pula?Siapa pula yang buat bancian?

PLKN berjaya melatih kira-kira 600,000 belia

Posted on September 11, 2012, Tuesday

SELAMAT JALAN: Dr Tiki mengagihkan makanan kepada peserta PLKN buat bekalan menuju ke kem.

SIBU: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah diperkenalkan sejak hampir sepuluh tahun lalu telah berjaya melatih kira-kira 600,000 belia dan menjadikan golongan ini sebagai penyumbang kepada pembangunan.

Menurut Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Dr Tiki Lafe, melalui program tersebut juga kerajaan berjaya memupuk interaksi antara kaum yang dilihat sebagai nadi membentuk perpaduan yang menjadi asas kepada keharmonian yang dikecapi hari ini.

“Oleh yang demikian, ibu bapa tidak perlu khuatir akan anak masing-masing apabila anak mereka terpilih mengikuti PLKN kerana kerajaan percaya, menerusinya dapat menyatukan dan mengeratkan lagi hubungan antara kaum,” ujar beliau ketika berucap merasmikan majlis pendaftaran pelatih PLKN kumpulan 3 Siri 9/2012 yang berlansung di Dataran Bandar Sibu, semalam.

“Seharusnya golongan ibu bapa dan anak-anak yang terpilih seharusnya berasa bertuah kerana mereka merupakan individu di kalangan 25 peratus yang dipilih daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 500,000 orang,” jelasnya.

Pada majlis semalam, seramai 919 pelatih PLKN men-daftar untuk mengikuti latihan di empat kem di Sibu, Betong dan Bintulu.

Daripada angka itu, seramai 267 pelatih akan mengikuti latihan di Kem PLKN Bukit Saban Resort, Betong, 212 di Kem PLKN Bumimas Sibu, Kem Junaco Park Sibu (246), Kem PLKN Similajau, Bintulu (194).

Dr Tiki yang juga Ahli Parlimen Mas Gading memberitahu pelatih-pelatih yang terpilih agar menganggap pemilihan mereka sebagai pembakar semangat dalam membina jati diri dan menjadikan diri seorang yang berjaya.

“Sejak diperkenalkan PLKN telah melatih kira-kira 600,000 dan saya percaya kebanyakan daripada mereka ini ada yang sudah berjaya,” katanya.

“Pada masa yang sama, kita akan terus mencari jalan untuk menambah baik program latihan bagi memenuhi keperluan generasi masa kini.

“Kami juga mengalu-alukan sukarelawan atau mereka yag tidak terpilih untuk menyertai PLKN sekiranya mereka berminat,” katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Dr Tiki berkata sungguhpun wang yang dibelanjakan untuk PLKN tahun ini adalah RM700 juta, namun jumlah tersebut adalah berbaloi jika mengambil kira daripada penyatuan kaum dan pembentukan peribadi golongan belia yang bakal menggantikan pucuk pimpinan negara.

Bagi kumpulan 3 Siri 9/2012, beliau berkata tahun ini adalah yang terbaik memandangkan lebih 80 peratus daripada belia yang dipilih dapat mengikuti PLKN.

Beliau turut menegaskan, pihaknya sentiasa menerima maklum balas daripada ibu bapa, parti-parti politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha meningkatkan lagi mutu program latihan.

Pada majlis semalam, Dr Tiki meluangkan masa lebih satu jam bertemu dengan ibu bapa dan pelatih-pelatih dan kemudiannya melepaskan 12 bas yang membawa pelatih-pelatih ke empat yang terpilih.

Jangan Harap PAKATAN Akan Tawan Johor!

BN Johor tekad pertahan 26 kerusi Parlimen

22 September 2012
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman
 
JOHOR BAHRU -  Barisan Nasional (BN) Johor bertekad mempertahankan 26 kerusi parlimen di negeri ini yang sekaligus memberi sumber kekuatan kepada BN untuk mengekalkan perkhidmatan kepada rakyat.
  
Menegaskan demikian, pengerusinya Datuk Abdul Ghani Othman berkata usaha sudah dilakukan dengan menggerakkan tenaga di peringkat akar umbi.
  
Ini termasuk menggabungkan jentera parti komponen di 922 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan meletakkan lebih 160,000 anggota parti bersiap siaga di bawah pelbagai portfolio di pusat-pusat daerah mengundi.
  
"Denyut nadi keyakinan sudah pun dirasai di setiap peti undi. Hampir separuh daripada 1.5 juta pengundi di negeri ini adalah anggota parti BN. Inilah sumber asas kekuatan kita.
  
"BN Johor menaruh keyakinan yang tinggi untuk meraih sokongan yang kuat di semua kerusi parlimen melalui sokongan asas anggota BN dan diperkukuhkan pula oleh perpaduan Melayu yang utuh di segenap ceruk negeri," katanya.
  
Abdul Ghani yang juga Menteri Besar Johor berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan berkelompok Umno bahagian-bahagian Johor oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, hari ini.

Beliau berkata BN Johor yakin rakyat negeri ini mampu menilai masa depan agama, bangsa dan tanah air yang tidak boleh diserahkan kepada pakatan yang palsu serta tidak rela masa depan anak cucu mereka diperjudikan kepada suatu pakatan yang tidak sepakat perjuangannya.
  
Menurut Abdul Ghani sokongan rakyat Johor terhadap BN kukuh sejak dahulu lagi apabila memenangi 232 daripada 234 kerusi parlimen yang dipertandingkan sejak 1959.
  
Katanya, rekod itu mencerminkan Johor merupakan kubu kuat BN yang bukan datang dengan sendirinya tetapi menerusi perpaduan, kegiatan bersama rakyat sepanjang tahun, kerja keras dalam setiap pilihan raya serta perkhidmatan yang amat meyakinkan rakyat.
  
"Kita (BN Johor) sudah menempuh 12 pilihan raya umum sejak merdeka. Hanya dua kali kita kehilangan kerusi parlimen iaitu di Kluang pada 1978 dan Bakri pada 2008.
  
"Di Dewan Undangan Negeri, kita turut cemerlang dengan memenangi 459 kerusi daripada 576 yang dipertandingkan sepanjang tempoh itu," tegasnya. - Bernama.

Najib: Pantang serah negara kepada Pakatan
Wartawan Sinar Harian
22 September 2012
Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disambut ahli-ahli UMNO 
ketika hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Berkelompok 
UMNO di Johor hari ini. -Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri menegaskan bahawa masa depan negara ini adalah terlalu besar nilainya untuk diperjudikan dan adalah sesuatu yang disifatkan sebagai 'pantang' untuk menyerahkan negara ini kepada Pakatan Rakyat (PR).

Berucap kepada perwakilan Umno Johor, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mahu setiap anggota Umno menggembleng tenaga dan kekuatan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kita tidak boleh menggadai masa depan, masa depan kita terlalu besar nilainya... di sinilah (Johor) lahirnya Umno, banyaknya jasa kepada negara.

"Pantang kita serah negara ini kepada mereka (pembangkang).

"ALLAH S.W.T mencintai kita jikalau kita satu kesatuan dan Insya-Allah ALLAH akan memberikan kemenangan kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya di sini, hari ini.

Dipetik Bernama, Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan persidangan berkelompok empat bahagian Umno Negeri Johor di Persada Johor, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk
Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor.

Malah kata Najib, pembangkang yang sering melaungkan slogan 'Jalan Ke Putrajaya', sehingga kini tidak mempunyai Kabinet Bayangan yang selaras dengan model demokrasi berparlimen.

"Mereka (pembangkang) mesti bermula dengan 'shadow cabinet' (Kabinet bayangan) seperti dalam sistem demokrasi model Westminister seperti di Great Britain.

"Di Malaysia mana dia (shadow cabinet), ia adalah kerana mereka takut. Takut nak beri (Lim) Kit Siang apa (jawatan), menteri kewangan ke, Karpal Singh ke untuk undang-undang dan Mat Sabu nak bagi apa, menteri wanita," katanya.

Perdana Menteri berkata Barisan Nasional (BN) sebaliknya menjuarai perubahan dan transformasi yang
berlaku di negara ini.

Walaupun dalam sistem demokrasi berparlimen, kewujudan pembangkang dalam bilangan yang kecil adalah baik, mereka mestilah memainkan peranan dengan konstruktif dan bukan destruktif, katanya.

Beliau memberi contoh Felda dan projek minyak dan gas di Pengerang, yang cuba dinafikan pembangkang sebagai projek yang baik untuk rakyat semata-mata atas kepentingan politik.

Dalam isu Felda, Najib berkata, pembangkang melemparkan pelbagai dakwaan terhadap Felda termasuk mengatakan ia bankrap, walaupun secara realitinya Felda berjaya disenarai di Bursa Malaysia.

"Jika Felda bankrap, bagaimana ia mampu memberi RM15,000 kepada peneroka, isteri dan anak peneroka," katanya sambil memberitahu bahawa pembangkang juga cuba 'pusing' usaha kerajaan membangunkan industri minyak dan gas di Pengerang.

Najib berkata, BN memberikan masa depan yang penuh dengan keyakinan kepada rakyat, sarat dengan peluang dan kehidupan yang lebih baik berbanding semalam.

"Sebahagian besar rakyat Malaysia inginkan masa depan yang baik, masa depan yang bukan sarat dengan ketidakpastian, bukan masa depan yang terlalu banyak risiko, tetapi masa depan yang penuh dengan keyakinan dan di bawah pimpinan BN, hari esok adalah sarat dengan keyakinan lebih baik daripada hari ini," katanya.- Bernama.

Ibadah Islam Cara UMNO?

Tujuh perenang Malaysia takluk Selat Inggeris


JURULATIH renang, Arof Omar (kanan) mengetuai bacaan doa sebelum memulakan latihan bersama para perenang untuk RPSI1M 2012 di Dover, 
England pada 14 September lalu.


KUALA LUMPUR - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berasal dari Semporna, Sabah, Estino Taniyu, 24, mengharumkan nama negara apabila berjaya berenang merentasi Selat Inggeris secara solo semalam.

Estino memulakan renangan dari pantai Dover, England pada pukul 8.41 pagi waktu Malaysia (1.41 pagi waktu England) dan tiba di Pantai Sandy, Calais, Perancis pada pukul 10.22 malam waktu Malaysia (3.22 petang Perancis).

Dia menamatkan renangan sejauh 35 kilometer dalam tempoh 13 jam 41 minit dan 45 saat.

Kejayaan itu melengkapkan Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M) yang turut melibatkan kumpulan enam anggota daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan TLDM yang turut berjaya menyeberangi selat tersebut menerusi renangan berganti-ganti kelmarin.

Mereka ialah Mohd. Roslan Mohd. Zawawi yang mengetuai renangan, Mohd. Khairul Faizal Mazli, Mohd. Salleh Mahmor, Buranurdin Sali, Sharizal Omar dan Mohd. Zulfadhli Mahamad.

Pasukan perenang berkumpulan itu berjaya menamatkan renangan dalam tempoh 14 jam 30 minit.

Mereka memulakan renangan dari pukul 8.30 pagi waktu Malaysia (1.30 pagi waktu England) dan tamat pada 10.30 malam (3.30 petang waktu Perancis).

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri merangkap Penasihat Ekspedisi RPSI1M, Datuk Akmar Hisham Mokhles memberitahu, keadaan laut yang bergelora telah menghalang pasukan tersebut tiba lebih awal.

"Bagaimanapun, kita bersyukur mereka berjaya menempuhi cabaran yang getir dan kejayaan ini merupakan kejayaan rakyat Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ekspedisi RPSI1M adalah di bawah tajaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah penaung projek itu.-Bernama.

(Gambar Hiasan)

ABU: Hanya dalam UMNO boleh dedah aurat sambil berdoa dan sentuh-sentuh antara lelaki dengan perempuan bukan mahram.

Friday 21 September 2012

Pemuda Umno desak Pas keluar Pakatan - Publisiti Murahan UMNO

Kecewa tweet Ngeh, Pemuda Umno desak Pas keluar Pakatan
Wartawan Sinar Harian
21 September 2012
 Kecewa tweet Ngeh, Pemuda Umno desak Pas keluar Pakatan
Sebahagian daripada peserta yang menyertai himpunan aman di Masjid Kampung Baru. -
 Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor

KUALA LUMPUR - Pemuda Umno mendesak Pas keluar dari gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) berikutan tindakan salah satu parti dalam perikatan tersebut yang disifatkan menghina agama Islam.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Pas gagal mendapat sokongan daripada sekutunya walaupun hanya dalam perkara asas iaitu agama.

"Saya amat amat kesal. Di mana pada satu keadaan agama kita dikecam, Nabi Muhammad dihina tetapi mereka (Pas) tidak mendapat sokongan daripada parti yang katanya rakan seperjuangan.

"Apa lagi nak tunggu? Bagi saya, itu adalah isyarat yang cukup jelas bahawa mereka (Pas) perlu tinggalkan parti pembangkang," tegas Khairy yang ditemui pemberita selepas selesai mengetuai perhimpunan aman yang mengecam filem dan karikatur yang menghina Islam di Kampung Baru, petang ini.

Menurutnya, jika perkara asas seperti agama ini parti DAP tidak menunjukkan rasa saling menghormati,sudah tiba masa bagi Pas untuk keluar dari PR.

"Ini perkara asas, bukan soal hudud atau soal yang sukar. Jadi, kalau DAP tidak dapat memahami atau menghormati tujuan kita berhimpun, saya rasa inilah masanya Pas keluar dari PR," katanya.

Tambahnya, "kita nak berhimpun bukan untuk ganggu orang, juga bukan untuk bertindak ganas."

"Ia untuk nyatakan bantahan terhadap penghinaan agama kita. Tetapi nampaknya DAP tak faham," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menggemparkan negara dengan kenyataan yang dikeluarkan di laman Twitter miliknya yang dikatakan tidak menghormati agama Islam.

Paparan yang dibuat pada 17 September jam 1.43 tengah hari itu telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pemimpin parti Barisan Nasional (BN) dan pembangkang terutama Pas yang menyifatkan Koo Ham tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam.

Di Ipoh sendiri, sehingga jam 3 petang tadi, empat laporan polis dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak 18 september lalu.

Semalam, Koo Ham meminta maaf kepada umat Islam berhubung kenyataannya itu.

http://www.sinarharian.com.my/

ABU:Nak kata cerdik ka bodo tak tau?Nak bantah pada orang yang mencetuskan isu sebenar atau pada Koo Ham yang sudah memohon maaf dan DAP? ABU Lebih hangat hati dengan ucapan pemimpin Melayu Islam UMNO yang menghina Islam sejak dulu kini dan mungkin selamanya.

Baca juga di sini: http://amenoworld.blogspot.com/2012/09/gambar-gambar-demo-perhimpunan-bantah.html

Thursday 20 September 2012

Ribuan di Kedutaan AS, bantah filem hina nabi

Muhamad Faizal, Hazayani Zakaria, 21 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Ribuan umat Islam hari ini menyertai himpunan di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Himpunan yang diberi nama "Expresi Hijau Kasih Nabi" anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.


Dianggarkan hampir 5,000 menyertai himpunan ini termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam perihatin.

Antara yang berada di barisan hadapan perarakan ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

Mereka juga menggunakan lori sebagai pentas bergerak di samping beberapa pimpinan di atasnya menyampaikan ucapan.

Sepanjang perarakan mereka melaungkan slogan 'hancur Amerika, hidup Islam, kami sayang nabi' sambil membawa poster dan kain rentang mengecam tindakan biadap penerbit filem berbangsa Yahudi, Sam Bacile itu.

Perarakan ini turut dikawal pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS Pusat sementara lebih 200 anggota polis berkawal di hadapan bangunan kedutaan.

Salahuddin dalam ucapannya mendesak Presiden Amerika Barack Obama memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas penghinaan yang dibuat penerbit filem Amerika itu.

"Kita orang Islam hormat agama lain. Kita hormat Yahudi, Budha, Sikh dan sebagainya. Oleh itu kita minta Amerika memohon maaf kepada umat Islam.

"Jangan hina nabi kami, kelak akan mengundang padah. Kami sayangkan nabi dan agama kami. Kita rela pertahankan dalam apa juga keadaan," katanya disambut laungan hidup Islam oleh para hadirin.

Sementara itu, Tian Chua dalam ucapannya berkata, mewakili kaum Cina beliau kesal dengan tindakan penghinaan terhadap agama Islam.

Beliau juga mendakwa isu ini bukan isu agama Islam semata-mata malah juga berkait dengan isu kemanusiaan sejagat.

"Kita perlu tunjukkan semangat setiakawan. Penghinaan ini harus dihentikan dan Amerika perlu ambil tindakan segera.

"Kita tidak mahu berlaku pertembungan antara agama," ujarnya.

Sementara itu, Nasrudin Hassan bersama Tian Chua dilihat masuk bertemu dengan wakil kedutaan.

Sementara menunggu pertemuan dengan wakil kedutaan selesai, pidato di luar pagar bangunan kedutaan diteruskan.

Antara yang berucap termasuklah Timbalan Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Azizdan AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.

[Lanjut menyusul]- HD

Gambar Semangat Pemuda UMNO dan NGO Berjuang Untuk Islam






 Sumber: Blogger UMNO

Umno yang ajar bukan Islam hina Islam

Abdul Aziz Mustafa, 21 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Kalau pemimpin Umno tidak ajar orang lain menghina Islam, bangsa lain tidak berani melakukannya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Utusan Malaysia dan RTM tanya saya mengenai kenyataan (Pengerusi DAP Perak, Datuk) Ngeh (Koo Ham) yang saya akui langsung tidak peka kepada sensitiviti umat Islam.

"Saya beritahu mereka, tindakan Ngeh yang lansung tidak peka kepada sensitiviti umat Islam itu sama dengan pemimpin Umno yang menghina Islam. Antaranya, (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dahulu. Beliau juga pernah hina orang Islam dan Islam. Koo Ham pun sama dengan pemimpin Umno.

"Dr Mahathir berjaya didik Koo Ham," beliau memberitahu kenyataannya kepada Utusan.

Ngeh Koo Ham baru-baru ini menarik balik kenyataannya dan meminta maaf kepada umat Islam atas kenyataan silapnya itu.

Menurut Mahfuz, media-media pro-Umno Barisan Nasional (BN) itu tidak memberikan sebarang contoh penghinaan para pemimpin Umno terhadap Islam.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengecam orang-orang Umno yang hanya pandai memarahi satu pihak sahaja.

"Pemimpin-pemimpin Umno dan MCA hina Islam mengapa tidak marah?

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sangat terkenal dengan kenyataannya yang mendakwa negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan, mengapa Umno tidak bantah?" Mahfuz mempersoalkan.

Malah, katanya, Najib disiarkan oleh media sebagai mendakwa "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".

Mahfuz juga bertanya, adakah orang-orang Umno lupa ucapan Dr Mahathir yang disepakati majoriti rakyat sebagai penghinaan kepada Nabi Muhammad?

Dalam ucapannya yang masyhur dan atas sifat sebagai Presiden Umno itu, Dr Mahathir berkata: Dalam ucapannya pada Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan 1997, Dr Mahathir berkata: "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa).

"Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu".

Mahfuz juga mempersoalkan mengapa orang-orang Umno diam membisu terhadap pelbagai ucapan lain para pemimpin yang menghina Islam seperti dakwaan kononnya Saidina Hamzah tidak dimandikan semasa terbunuh di dalam peperangan Uhud kerana di padang pasir tidak ada air, orang perempuan Arab memakai tudung kerana di zaman Nabi orang Arab kuat nafsunya dan berbagai lagi ucapan yang mempersenda Islam yang diucapkan oleh mereka.

"Kita tidak larang mereka nak bantah ucapan Ngeh. Tetapi kenapa diam membisu terhadap ucapan para pemimpin Umno dan MCA yang lebih teruk dari ucapan Ngeh?" beliau mempertikaikan.

Beliau mengulangi penegasan bahawa ucapan-ucapan para pemimpin Umno yang menghina Islam itu serta sikap membisu orang-orang Umno terhadap penghinaan-penghinaan itu hakikatnya adalah galakan kepada penganut agama lain di negara ini untuk menghina Islam.
Sumber: HD

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR