Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label laporan media. Show all posts
Showing posts with label laporan media. Show all posts

Sunday, 12 October 2014

Saari, Hasnul digantung setahun sahaja?

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: PAS menggantung keahlian Adun Hulu Kelang dan Morib, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin selama setahun berkuatkuasa hari ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu keputusan tersebut diambil mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS.

"Hari kita bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Presiden PAS telah membincangkan mengenai dua Adun PAS mengenai krisis di Selangor tempoh hari.

"‎Laporan telah kita bentangkan dan Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan mengenakan tindakan tatatertib dengan menggantung keahlian kedua-dua mereka selama setahun bermula hari ini," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, sebentar tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub‎, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.‎

Mustafa berkata, mengikut Fasal 83(4) dan (5) Perlembagan PAS, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 15 hari.

"Mereka masih lagi menjadi Adun kerana kita hanya menggantung keahlian sahaja.

"Kedua-dua mereka tidak dibenarkan menjalankan apa-apa program rasmi di bawah nama parti," jelas beliau lagi.‎

Mereka dikenakan tindakan berikutan mendahului keputusan parti memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail‎ dalam isu Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.‎ - HARAKAHDAILY.

ABU: Bukan poroksi Nasionalis,kristian,komunis dan sosialis .

Wednesday, 8 October 2014

Polis tahan bakal pengantin disyaki terlibat militan

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Polis menahan seorang wanita warganegara Malaysia kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan antarabangsa, Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), di Lapangan Terbang klia2 pada Ahad lepas.

Bakal pengantin berusia 25 tahun berasal dari Negeri Sembilan itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.

Wanita berkenaan dijadual berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia di Syria, yang menjadi anggota ISIS.

Sumber polis memberitahu Bernama bahawa lelaki berkenaan memberi RM6,000 secara tunai kepada wanita terbabit sebagai perbelanjaan perjalanannya.

Kata beliau, pada mulanya wanita itu menempah tiket penerbangan ke Istanbul, Turki, tetapi menukar rancangan perjalanannya ke Brunei sebelum menuju ke Asia Barat bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Lelaki berkenaan pula dikatakan membunyai seorang saudara lelaki yang terbunuh pada 30 Sept dalam konflik di Syria.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dihubungi Bernama di sini hari ini mengesahkan penangkapan wanita tersebut dan berkata satu sidang akhbar mengenainya akan diadakan.

Ini merupakan tangkapan keempat oleh polis selepas tiga rakyat Malaysia ditangkap di KLIA pada 27 Sept kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai perjuangan ISIS.

Wisma Putra baru-baru ini berkata Kerajaan Malaysia menyifatkan ISIS sebagai pertubuhan pengganas dan tidak bersetuju dengan sebarang aktivitinya.

Sejak April hingga 21 Sept tahun ini, 19 rakyat Malaysia ditangkap kerana disyaki terlibat dengan ISIS. Mereka dipercayai direkrut oleh empat sel militan (Khaed Al Waled, Bridged Al Jemaah, Daulah Islamiyah dan Arakan Daulah Islamiyah Arakan) untuk dihantar ke Syria. - BERNAMA.

Wednesday, 17 September 2014

Berapa Kali sudah Cuepacs Cadang Begini, Ada Pernah Dapat?

Cuepacs mahu kerajaan timbang dua bulan bonus
 
Azih Muda

BATU PAHAT – Cuepacs berharap pada pembentangan Belanjawan Negara 2015, kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian bonus sebanyak dua bulan kepada penjawat awam.

Presidennya, Azih Muda berkata, permintaan berkenaan memandangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dicatat negara kini antara yang tertinggi.

Menurutnya, pemberian bonus itu diminta berdasarkan indeks penunjuk prestasi (KPI) sektor awam yang menunjukkan peningkatan sejak akhir-akhir ini.

“Diharapkan dengan kedua-dua sebab berkenaan, kerajaan akan dapat mempertimbang memberikan dua bulan bonus kepada penjawat awam,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae).

Azih berkata, Ceupacs juga memohon peruntukan pembinaan rumah mampu milik kepada rakyat dan kakitangan awam ditambah dalam belanjawan berkenaan.

Katanya, jika kerajaan tidak dapat mengumumkan penambahan itu dalam belanjawan kelak, pihaknya berharap perkara itu akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK-11).

“Dalam menuju status negara maju menjelang 2020, kerajaan perlu menyediakan perkara ini terlebih dahulu.

“Kerajaan juga perlu meneruskan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan tanpa menggantikannya dengan badan berkanun seperti dirancang.

“Perkara itu perlu diteruskan kerana pertukaran bahagian itu ke badan berkanun lain akan mengganggu kelancaran proses pinjaman perumahan kakitangan awam,” katanya.

Monday, 15 September 2014

Elok percaya orang politik yang tak tahu berbohong




 

Elok percaya orang politik yang tak tahu berbohong
Hadi Awang

PENDEDAHAN Ketua AMK, Nik Nazmi mengenai pandangan Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang diluahkan di dalam satu pertemuan tertutup boleh dibaca dengan pelbagai sudut tersirat.

Nik Nazmi berkata, Abdul Hadi menyarankan agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor sebagai langkah keluar krisis Menteri Besar Selangor.

Pandangan Abdul Hadi itu barangkali mengejutkan Nik Nazmi sehingga beliau terlupa bahawa ia adalah satu pertemuan tertutup, lalu mengeluarkan berhubung isu tersebut untuk pengetahuan orang ramai. Tujuan beliau berbuat demikian agak jelas – para pembaca sudah tentu boleh ‘membaca’nya sendiri tanpa perlu dihuraikan.

Berbalik kepada pandangan Abdul Hadi – yang tidak disangka ialah Abdul Hadi masih konsisten dengan pandangannya sejak awal krisis MB Selangor ini berlaku - iaitu mengekalkan Abdul Khalid sebagai MB.

Di dalam dunia politik Malaysia, tindakan Abdul Hadi untuk menyatakan pandangan sedemikian di depan Ketua Pemuda Dapsy dan juga AMK secara tersiratnya menyerlahkan keberanian dan sikap tidak tahu berbohong beliau.

Cubalah ditanya soalan perangkap yang sama kepada ahli politik yang lain, sudah tentu jawapan mereka berbelit-belit sehingga seolah-olah macam tak jawab soalan.

Kepada yang bertanyakan soalan kepada Abdul Hadi mengenai pandangannya tentang penyelesaian kepada krisis MB Selangor, bersedialah untuk mendengar jawapan Abdul Hadi yang jujur.

Kalau tak dapat terima jawapan yang jujur dan berbeza pandangan dengan anda, usahlah bertanya. Kalau bertanya untuk hanya mendengar jawapan yang dikehendaki anda, batalkanlah hasrat anda untuk bertanya.

Kalau dah bertanya, bersedialah anda untuk menerima jawapan dengan hati terbuka. Jangan pula sangka buruk, burukkan peribadi si pemberi jawapan atau remehkan jawapan yang diberi semata-mata kerana pandangan yang diberikan itu di luar sangkaan anda.

Ingatkah lagi, bagaimana Abdul Hadi dan Pas didesak menjawab apakah mereka tidak menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor kerana beliau seorang wanita?

Pada mulanya, Abdul Hadi dan Pas menafikan dakwaan tersebut tanpa menghurai lanjut. Oleh kerana tidak mahu menjawab, maka timbullah kata-kata bahawa benarlah bahawa Pas tidak dapat menerima Wan Azizah kerana beliau seorang wanita.

Setelah didesak bertubi-tubi, Abdul Hadi akhirnya memberikan jawapan yang jujur bahawa Wan Azizah ditolak atas sebab lain bukan kerana beliau seorang wanita.

Jawapan Abdul Hadi pula menyebabkan beliau dikritik dan dimarah oleh mereka yang mendesaknya untuk menjawab kerana jawapan yang diberikan di luar sangkaan mereka. Itulah nasib malang yang dihadapi Abdul Hadi – tak menjawab difitnah, sudah menjawab dimarah.

Kini, Abdul Hadi ditanya mengenai jalan keluar isu MB Selangor. Jika diteliti jawapan beliau agar Khalid dikekalkan (jika benar apa yang didakwa Nik Nazmi) – ia mempunyai dua maksud tersirat iaitu ‘Alangkah baiknya kalau PKR tak buat Langkah Kajang’ dan ‘Pas sememangnya tidak berminat dengan kerusi MB Selangor tersebut. ‘

Oleh itu, bagi mereka yang menuduh Abdul Hadi gila kuasa – fikirlah mengapa Abdul Hadi tidak mengambil kesempatan ketika pertemuan tertutup tersebut untuk mencadangkan agar PKR dan DAP menerima seorang Adun Pas menjadi menteri besar sebagai langkah keluar krisis MB Selangor? Pelik bukan? Ataupun tuduhan mereka kepada Abdul Hadi yang perlu difikirkan semula?

Perlu diingat Abdul Hadi ini seorang agamawan yang diiktiraf di peringkat dunia yang terlibat dengan politik. Beliau tidak mahir memusing jawapannya seperti ahli-ahli politik yang lain. Jika beliau tidak mahu menjawab, beliau lebih rela mengelak daripada memberikan jawapan yang palsu. Politik beliau lurus dan mudah dibaca.

Susah untuk berjumpa seorang ahli politik lurus yang tidak tahu berbohong yang rakyat boleh percayai dan yakini pada hari ini. Abdul Hadi adalah seorang daripadanya.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Axia, kereta EEV pertama Malaysia dilancarkan

 
Perodua Axia dijual pada harga atas jalan bermula antara RM24,900 hingga RM45,300
 


KUALA LUMPUR 16 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah menyempurnakan pelancaran Axia, model kereta ke-10 keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), dalam satu majlis yang telah diadakan di sini malam tadi.

Muhyiddin dalam ucapan perasmian berkata, Axia menjadi kebanggaan negara kerana merupakan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Malaysia.

Jelas beliau, Axia melambangkan kejayaan Perodua dalam menghasilkan kenderaan mampu milik sejak ditubuhkan pada tahun 1993.

“Axia menjadi penanda aras baharu bagi kualiti, pengurusan kos dan produktiviti terutamanya dalam pasaran EEV.

“Model ini juga lambang kepada keupayaan serta kemampuan Perodua membangun dan bersaing dalam pasaran kereta di negara ini," katanya.

Axia didatangkan dengan empat model iaitu Standard E, Standard G, Edisi Khas dan Advance dipacu oleh enjin 1.0 liter mampu memberikan penjimatan petrol sehingga 21.6 kilometer (km) bagi setiap liter.

Sejak tempahan mula dibuka pada 15 Ogos lepas, Perodua Axia yang dijual pada harga atas jalan bermula antara RM24,900 hingga RM45,300 telah mendapat sejumlah 13,5000 tempahan.

Kenderaan ini merupakan model pertama dikeluarkan di kilang cekap tenaga baharu pengeluar kereta kedua negara ini iaitu Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. di Rawang dekat sini dengan sokongan syarikat pengeluar kereta Jepun, Daihatsu Motor Company. - UTUSAN

Saturday, 6 September 2014

Nak Jadi Ahli Ada Syarat Baharu.Jom, Sertai UMNO!

Permohonan menjadi ahli UMNO perlu berdaftar sebagai pengundi

TEMERLOH 6 Sept. - Permohonan menjadi ahli UMNO bagi mereka yang berumur lebih 21 tahun kini disyaratkan mesti terlebih dahulu berdaftar sebagai pengundi.

Perkara itu diumumkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Temerloh di sini hari ini.

Pembangkang umum calon PRK DUN Pengkalan Kubor 11 Sept


TUMPAT 6 Sept. - Pakatan pembangkang akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 11 September ini.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, setakat ini belum ada kata putus sama ada Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

"Sama ada Pas atau PKR belum ada keputusan, kita akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk tentukan calon.

"Macam yang kita kata sebelum ini, Pas berhasrat untuk bertanding berdasarkan hujah-hujah tertentu," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Markas Besar Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor di sini malam tadi. - UTUSAN

Thursday, 4 September 2014

Ditembak Polis di MRR2 Suri Rumah Dapat Pampasan RM318,326

KUALA LUMPUR,04/09/2014 - Seorang suri rumah yang ditembak polis di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2) pada 2009 mendapat pampasan berjumlah RM318,326 selepas Mahkamah Tinggi membenarkan samannya terhadap pihak polis dan kerajaan hari ini.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng turut memerintahkan kesemua defendan membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Norizan Salleh, 34.

Norizan, yang merupakan ibu kepada dua anak diberi pampasan sebanyak RM50,000 bagi kesakitan dan penderitaan; RM50,000 bagi serangan dan kecederaan; RM18,326 sebagai ganti rugi khas dan RM200,000 sebagai ganti rugi teladan.

Siew Kheng berkata, jumlah ganti rugi teladan itu diberi bagi memastikan badan awam berkenaan tidak lagi mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.

Pada 15 Oktober 2012, Norizan menamakan seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Sentul, Koperal Mohd. Firdaus Rosli, Ketua Polis Sentul, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam saman itu. - Bernama.


FELDA KALAH  KES SAMAN ARTIKAL DALAM SUARA KEADILAN

Mahkamah Persekutuan, hari ini, menolak rayuan saman The Federal Land Development Authority (Felda) bernilai RM 200 juta ke atas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Wee Kwong. Lima hakim Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menolak saman Felda.

Mahkamah Persekutuan menerima keputusan hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof yang memutuskan bahawa sungguhpun artikel tersebut merupakan satu fitnah, namun FELDA dan syarikat pelaburannya gagal membuktikan bahawa Dr Tan mengeluarkan kata-kata itu dan bertanggungjawab terhadap penerbitan perkataan memfitnah dalam laporan akhbar.

Pada 25 Januari 2011, FELDA dan syarikat pelaburannya, FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd memfailkan saman itu mengenai perkataan memfitnah yang disiarkan terhadapnya dalam artikel di muka hadapan ‘Suara Keadilan’ bertajuk ‘Kontroversi’. 
 
Artikel itu bersambung di muka tiga di bawah tajuk ‘Bina bangunan RM662 juta hanya libatkan tiga individu’ (Only three people involved in putting up RM662 million building).

Plaintif mendakwa, artikel itu telah memfitnah mereka kerana perkataan tersebut membayangkan bahawa pemilikan dan pembinaan Menara FELDA di kawasan Tiga Segi Emas Kuala Lumpur akan memanfaatkan gabungannya.

Dr Tan dalam kenyataan pembelaan berkata, perkataan itu mengandungi komen yang adil mengenai perkara melibatkan kepentingan awam.

Ketika menolak saman itu, Zabariah mendapati bahawa perkataan memfitnah yang menuduh FELDA dan syarikat pelaburannya salah guna pengurusan dan kedudukan kewangannya, telah menyerang FELDA dalam perkara ia melaksanakan hal-ehwalnya.

Dalam alasan panjang lebarnya, bagaimanapun beliau memutuskan bahawa FELDA dan FELDA Global Ventures tidak dapat membuktikan bahawa Dr Tan telah mengeluarkan kata-kata memfitnah itu kapada pemberita Suara Keadilan, Faizal Zakaria.

Beliau berkata, Faizal tidak dipanggil untuk memberi keterangan semasa perbicaraan saman itu.

“Tidak pernah pada hakikatnya dipersetujui bahawa defendan (Dr Tan) mengeluarkan kata-kata itu kepada pemberita. Apa yang dipersetujui ialah defendan ditemu bual oleh Faizal,” kata beliau.

Zabariah berkata, tidak dipertikaikan bahawa ada penerbitan artikel itu kemudiannya mengenai temu bual tersebut tetapi ia tidak membuktikan bahawa apa yang diterbitkan dalam artikel berkenaan adalah kata-kata Dr Tan.

Sunday, 17 August 2014

Rumah Ahli Parlimen Disimbah Cat

 
 Antara tompokan cat yang yang dilemparkan dipercayai perbuatan khianat oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 
 

KUALA LANGAT – Rumah Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid (gambar), di Bandar Sungai Mas, di sini, disimbah cat.

Menurutnya, kejadian jam 10.28 malam kelmarin itu disedari anak kelimanya.

“Ketika itu saya menghadiri majlis rumah terbuka di Permatang Pasir. Saya bergegas pulang selepas dihubungi anak,” katanya, semalam.

Beliau berkata, sebaik sampai di rumah, beliau mendapati terdapat dua tompokan cat berwarna merah.

“Laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat,” katanya.

Setakat ini beliau tidak menerima apa-apa ugutan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak, ketika dihubungi berkata, polis sedang menyiasat untuk mengetahui punca kejadian itu dan sedang menjejak mereka yang melakukannya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat,” katanya.

Wednesday, 13 August 2014

Bunuh staf Ambank: La Ode dihukum mati

  
La Ode Ardi Rasila
SHAH ALAM - Pengawal keselamatan warga Indonesia dihukum  mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh kakitangan Ambank, Norazita Abu Talib, 37, di Subang Jaya, dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim, Datuk Akhtar Tahir terhadap La Ode Ardi Rasila, 37, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes.

La Ode juga turut dijatuhi hukuman mati terhadap tuduhan kedua iaitu melakukan rompakan dengan menggunakan senjata api.

Dalam ringkasan penghakimannya, Hakim Akhtar berkata, tertuduh telah sengaja melepaskan tembakan ke arah mangsa untuk melakukan rompakan.

"Keterangan tertuduh yang menyatakan bahawa dia tidak tahu dengan hanya pam senjata api itu, tembakan telah dilepaskan," katanya.

Berdasarkan keterangan pakar senjata api, tiga perkara yang perlu dilakukan sebelum melepaskan tembakan iaitu pump senjata, letak pin ke arah "fire"dan tekan picu.

"Dengan keterangan tersebut, saya tidak dapat menerima keterangan tertuduh dan tanpa sebarang keraguan menunjukkan bahawa tertuduh telah melepaskan tembakan secara sengaja dan penuh pengetahuan," katanya.

Menurutnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jelas menunjukkan tertuduh melepaskan tembakan.

"Pada pengamatan saya, tertuduh telah mengarahkan senjata ke arah mangsa sebelum menembak. Kalau dia hendak pump senjata tersebut untuk menarik perhatian, tertuduh boleh mengarahkan senjata ke arah lain," katanya.

Berdasarkan pertuduhan, La Ode Ardi Rasila, 37, dituduh membunuh Norazita antara jam 6.00 petang hingga  jam 6.30 petang di Bangunan Ambank, Jalan USJ Sentral, Subang Jaya pada 23 Oktober 2013.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Dia juga turut didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili oleh Ketua Pendakwa Negeri, Mohd Azari Haron bersama Timbalan Pendakwa Raya, Asyraf Md Kamal manakala peguam, S Selvi dilantik oleh Kedutaan Indonesia untuk mewakili La Ode.

Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan La Ode yang diwakili oleh peguamnya memohon maaf kepada keluarga mangsa, kakitangan Ambank yang trauma dengan kejadian itu serta syarikat keselamatan yang telah dibatalkan lesenya serta merta disebabkan kejadian tersebut.

"Anak guam saya benar-benar sudah insaf," katanya.

Seramai 24 saksi pendakwaan dan satu saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang prosiding itu berlangsung sejak 24 Jun lalu.

Friday, 8 August 2014

Ini Bukan Syarat Yang Pelik Tetapi Ibubapa Yang Pelik Sebab Nak Buat Sekolah Macam Sekolah Bapak Dia!

Syarat didakwa tidak masuk akal

 
Surat yang dihantar oleh pihak sekolah berkaitan larangan menduduki Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) kepada seorang penjaga.

KLUANG - Sebahagian ibu bapa murid tahun enam di sebuah sekolah agama di sini kecewa dengan tindakan guru besarnya yang mengenakan syarat pelik bagi murid menduduki peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA), Disember ini.

Dua syarat itu ialah setiap murid perlu melepasi 80 peratus jumlah kehadiran sehingga bulan ini dan mencapai keputusan sekurang-kurangnya lulus dalam ujian pertengahan tahun, baru-baru ini.

Seorang bapa yang mahu dikenali sebagai Zakaria Ahmad, 45,  mempersoal syarat tersebut dan meminta pihak pentadbir Sekolah Agama Daerah Kluang memberi penjelasan samada ketetapan itu melibatkan semua sekolah agama di negeri ini atau hanya dikuatkuasa di sekolah tertentu.

"Sekiranya  murid gagal salah satu syarat tersebut, secara automatik tidak layak mengambil peperiksaan.

"Walaupun tidak layak ambil peperiksa, namun murid masih dibenarkan belajar sehingga akhir tahun," katanya.

Zakaria berkata,  dia menerima surat daripada pihak sekolah yang memberitahu bahawa anaknya tidak layak menduduki  peperiksaan SDEA tahun 2014 tanpa dinyatakan sebab, kelmarin.

Dia yang rasa pelik telah menghubungi pihak sekolah  untuk penjelasan lanjut.

"Alasan yang diberi anak saya gagal dalam ujian pertengahan tahun baru-baru ini dan dikenal pasti tidak mampu untuk lulus dalam SDEA nanti.

"Surat berkenaan turut menyatakan agar saya mendaftarkan semula persekolahan anak saya pada tahun hadapan untuk mengambil peperiksaan tersebut , itu pun jika  dapat memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Ini bermakna, jika anak saya turut tidak mampu untuk mencapai prestasi ditetapkan pihak sekolah, anak saya tetap tidak dapat menduduki ujian SDEA walaupun ianya diulang semula pendaftarannya dalam tahun enam beberapa kali," katanya kepada Sinar Harian.

Dia tidak menolak kemungkinan syarat  tersebut  diletakkan  guru besar terbabit bagi menjaga prestasi dan peratusan  kelulusan di sekolah berkenaan.

Katanya,sewajarnya pihak sekolah memberi peluang kepada murid untuk duduki peperiksaan berkenaan.

Sementara itu, Penyelia Peperiksaan Pendidikan Sekolah Agama Daerah Kluang, Shamsudin Awang ketika dihubungi menafikan syarat perlu lulus dalam ujian pertengahan tahun sebagai kelayakan untuk menempatkan diri dalam peperiksaan SDEA.

“Syarat kehadiran melebih 80 peratus dan mengambil ujian al-Quran memang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Sekolah Agama Negeri Johor untuk melayakkan mereka menduduki ujian ini.

“Kami memohon ibu bapa terbabit melaporkan secara rasmi kepada pihak kami sekolah mana yang dimaksudkan mereka agar tindakan segera dapat dilaksanakan oleh pihak kami.

“Murid berkenaan layak menduduki peperiksaan SDEA walaupun gagal pada ujian pertengahan tahun,” katanya.
ABU: Johor memang salah satu daripada negeri di Malaysia yang diakui mempunyai sistem sekolah agama yang  baik justeru mereka perlu mengekal prestasi baik tersebut samaada dari sudut sahsiah ataupun pencapaian akedemik. Jika sudah kehadiran bawah 80% tanpa sebab yang munasabah itu tidaklah dianggap pelik. Keputusan samada layak menduduki peperiksaan bukan hak mutlak, masih ada saluran lain seperti rayuan dan sebagainya.Pada Abu, ibu bapa tersebut yang pelik sebab mendedahkan "pekong" kepada media.Abu juga masih teringat-ingat pada zaman dahulu jika tidak lulus tak dapat naik kelas dan ada baiknya juga peraturan tersebut diperkenalkan semula untuk sekolah Agama.

Thursday, 7 August 2014

PM, isteri mohon batal saman

Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan untuk membatalkan saman yang difailkan keluarga penyiasat persendirian, mendiang P Balasubramaniam, yang menuntut ganti rugi mendakwa mereka terpaksa hidup dalam buangan di India.

Permohonan itu dikemukakan melalui peguamnya di mahkamah tinggi di sini, semalam di hadapan pendaftar Morfauzani Mohd Nordin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 21 Ogos ini untuk pengurusan kes.

Dalam permohonan itu, perdana menteri dan isteri memohon tuntutan terpinda yang dikemukakan plaintif-plaintif bertarikh 23 Jun dibatalkan.

Najib dan Rosmah menyatakan kesemua plaintif tidak ada kuasa tindakan terhadap mereka, selain tuntutan itu mengaibkan, remeh atau menyusahkan, dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Najib turut memohon kebenaran agar mahkamah memberikan kebenaran kepada Rosmah untuk memfailkan pembelaan, sementara menunggu pendengaran permohonan diputuskan.

Turut dituntut, kos permohonan dan kos berbangkit serta lain-lain relif yang ditetapkan mahkamah.

Najib dan Rosmah mengemukakan permohonan itu atas alasan plaintif tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk memulakan atau meneruskan tuntutan.

Pada 23 Jun lalu, Santamil Selvi dan tiga anaknya memfailkan saman dan pernyataan tuntutan terpinda terhadap Najib, Rosmah dan lapan yang lain dengan mendakwa mereka berkonspirasi menyebabkan keluarga itu berpindah ke negara lain.

Mereka memfailkan saman sebanyak RM1 juta sebagai ganti rugi kehilangan pendapatan dengan mendakwa mereka terpaksa hidup dalam buangan di India akibat penarikan balik akuan berkanun.

Tuesday, 15 July 2014

Apabila Tuanku Murka, Bonuslah Untuk UMNO

Sultan Selangor murka Khalid

 
 Sultan Sharafuddin mengaminkan bacaan doa perasmian Masjid Pekan Sepang, Selangor hari ini.

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa kerana terdapat pihak yang bertindak mempersoalkan institusi agama sehingga sanggup mencemarkan kedaulatan Islam dan istana.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian berikutan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan mencadangkan kerajaan negeri menghapuskan kuasa eksekutif itu.

Baginda turut membidas Ahli Parlimen tersebut yang bukan anak jati Selangor supaya mengambil langkah melengkapkan diri memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang terpakai dalam negeri ini terutama sekali Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

“Beta berasa dukacita kerana ada di kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai yang beragama Islam sendiri tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan pihak tertentu, sebaliknya lebih mengutamakan agenda politik sendiri dan mengelirukan masyarakat,” titahnya semasa hadir Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Perasmian Masjid serta Sambutan Nuzul Al Quran Peringkat Negeri Selangor di Sepang hari ini.

Pada 18 Jun lalu, Khalid mendesak kuasa eksekutif Mais dalam menguatkuasakan hal ehwal agama Islam di negeri ini dihapuskan kerana kecewa dengan tindakan Mais yang tidak mahu memulangkan kitab Bible yang dirampas walaupun sudah diarahkan berbuat demikian.

Menurut Khalid, beliau mengharapkan agar kerajaan negeri mengkaji semula persoalan peranan dan kuasa yang ada pada Mais dan kembali kepada dasar kerajaan atau Raja Berperlembagaan.

Khalid turut berpendapat selain daripada mengganggu pentadbiran kerajaan negeri, kuasa eksekutif yang diberikan kepada Mais boleh menyebabkan Institusi Diraja itu sendiri tercemar.

Sultan Sharafuddin dalam perkara sama turut membidas kenyataan Khalid mengenai peranan Mais yang diwujudkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu Sultan Selangor menjalankan tugas sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini.

Titah baginda, tindakan Khalid mempersoalkan kuasa Mais menunjukkan sikap biadab dan penentangan kepada kuasa baginda sebagai Ketua Agama Islam.

Dalam titah itu lagi, Sultan Sharafuddin turut menegaskan Mais sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain bagi mengamalkan agama mereka.

Titahnya, Mais sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan segala tindakan yang dilakukan oleh Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa mengganggu penganut agama lain. - 15 Julai 2014.

ABU: PR tidak pernah menangani sesuatu isu secara bijak. Belumpun selesai isu jawatan MB sudah masuk fasa baharu pula. Terlalu bijak dan cerdik sehingga melampaui perbincangan secara kolektif pimpinan dan akar umbi meletak penyokong dalam delema.Tidak pernah belajar dengan kejatuhan kerajaan negeri Terengganu,Perak dan Kedah.Sebenarnya tidak cerdik malah tamak.Kita mungkin beranggapan pemimpin yang jarang-jarang bercakap itu akalnya sempit namun kebodohan makin terserlah apabila ramai pemimpin PR yang banyak dan rajin bercakap. Pemimpin no 1 itu "TUNGGUL".

Monday, 14 July 2014

Perangai Orang Islam Semakin Buruk Mungkin Sebab Selalu Makan Benda Kotor

Kilang roti berkenaan tidak lagi beroperasi selepas diarah tutup. Gambar kanan: Keadaan bahagian dalam kilang yang dikatakan milik sebuah syarikat roti di Ipoh. 
 Kilang roti berkenaan tidak lagi beroperasi selepas diarah tutup. Gambar kanan: Keadaan bahagian dalam kilang yang dikatakan milik sebuah syarikat roti di Ipoh.

IPOH - Sejak kelmarin, di media sosial termasuk sebuah laman blog, heboh memperkatakan keadaan jijik sebuah kilang membuat roti di sini.

Berdasarkan entri sebuah blog kelmarin, mendedahkan beberapa gambar dikatakan dimuat naik seorang pengguna Facebook keadaan kilang berkenaan yang kotor.

Bagaimanapun, hasil siasatan Sinar Harian mendapati isu berkenaan bukan baharu sebaliknya gambar yang tersiar merupakan gambar sebulan yang lalu.

Malah, tinjauan ke kilang berkenaan mendapati ia tidak lagi beroperasi seperti biasa dan hanya menempatkan beberapa lori syarikat terbabit.

Jaipk lawat kilang

Maklum balas yang diterima daripada Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) mengesahkan kilang yang dimaksudkan sudah diambil tindakan.

Operasi ke atas kilang terbabit dijalankan pada 12 Jun yang lalu melibatkan Jaipk, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Hasil pemeriksaan, kita mendapati kilang ini menggunakan logo Halal tanpa perakuan Jaipk malah sijil halal yang dimiliki tidak diperbaharui selama dua tahun.

“Sebanyak tiga lori roti disita dalam operasi itu. Syarikat terbabit didapati melakukan kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dikenakan denda sehingga RM 250,000,” kata sumber Jaipk, semalam.


Kilang diarah tutup

Sementara itu, Exco Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, tindakan lanjut telah diambil kilang roti yang beroperasi di Jalan Kuala Kangsar sebelum bulan Ramadan lagi selepas didapati kilang tersebut beroperasi dalam keadaan kebersihan yang tidak mengikut piawaian.

Beliau berkata, tindakan berkenaan telah diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan dan MBI.

Menurutnya, lesen perniagaan premis tersebut dibatalkan dan tidak lagi beroperasi sehingga kini.

“Jika sesebuah premis itu terlibat dengan aktiviti pengeluaran makanan, jika mereka tidak berjaya menjaga aspek kebersihan dan piawaian yang telah ditetapkan, tindakan undang-undang sememangnya akan diambil,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Kilang Penapisan Minyak Kelapa Sawit Intergrated  Formation Sdn Bhd, di Kamunting, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Samsudin berkata, sebelum ini lawatan ke kilang bihun di Kampar juga telah dilakukan pihaknya.

“Kita dapati semuanya dalam keadaan bersih dan terkawal, namun dari sudut pandangan pihak Jabatan Kesihatan operasi premis tersebut terpaksa ditutup selama tiga minggu,” katanya.

Samsudin berkata, perkara utama yang perlu diberikan perhatian oleh mana-mana premis yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan, mereka seharusnya memenuhi standard dan juga piawaian kebersihan yang telah ditetapkan.

Ketika Sinar Harian mendapatkan maklum balas syarikat roti berkenaan, wakil syarikat itu ketika dihubungi mengakui kilang berkenaan sudah pun ditutup dan kini berpindah di tempat baharu.



Surah AlBaqarah. Ayat 172.
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.
  
ABU: Perangai pihak berkuasapun sama, suka menyembunyikan....maklumkanlah kepada umum agar masyarakat boleh buat penilaian dan ambil tindakan berhati-hati terhadap syarikat yang pengotor tersebut.

Friday, 11 July 2014

Lelaki Ingin Bermadu? Dua lagi kekosongan. Hubungi Wanita Ini...

Wanita mahu kahwin empat
Woman with two husbands looking for two more
Harare,12 Julai: Seorang wanita yang sudah mempunyai suami, berhasrat berkahwin dengan dua lagi lelaki.

Dukun wanita yang berusia 57 tahun itu, Emma Chaleka berkata, memang menjadi impiannya untuk mempunyai empat suami.

Menurutnya, dia akan menambah bilangan suaminya itu jika mereka sanggup hidup dengan aman di bawah satu bumbung dan menghormati apa yang dianggapnya sebagai ‘tugas’ masing-masing.

Emma mendakwa suami pertamanya, Never Mudenda yang memperkenalkan dia kepada suami keduanya, Sikabenga Pendasi, 55.

Disebabkan amalan luar biasa yang diamalkannya, perkahwinannya menjadi ‘buah mulut’ masyarakat di bandar di Gadzema.

Pendasi berkahwin dengan Emma di hadapan saksi yang juga jiran mereka dengan membawa seekor ayam sebagai hantaran.

Bagaimanapun, keadaan bertukar menjadi huru-hara apabila suami pertamanya mula cemburu terhadap suami baru isterinya itu.

Mudenda dan anaknya kemudian menyerang Pendasi. Kerana tidak mahu anak-anaknya dipenjara, Emma memujuk suami keduanya supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada polis. Emma sebelum itu mempunyai 11 anak hasil perkahwinan dengan seorang lelaki yang sudah meninggal dunia, selain dua lagi dengan Mudenda. - Agensi

Apahal Blogger UMNO "Padi Jantan" Mengamuk? Betulkah?

ALOR SETAR 11 Julai - Polis digesa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun laman sosial Facebook Padi Jantn yang telah membuat ugutan untuk menembak Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.

Exco Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid berkata, laporan kepada pihak polis mengenai perkara tersebut telah dibuat di Balai Polis Padang Lalang, Langkawi hari ini atas faktor keselamatan Menteri Besar dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah.

"Kami menggesa agar siasatan segera diambil oleh pihak polis bagi menahan individu yang menggunakan nama Padi Jantn ini bagi memberi pengajaran kepada orang ramai supaya lebih menjaga adab ketika menggunakan laman sosial," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.

Link: http://padijantan.blogspot.com/2014/06/apa-lagi-lu-mahu.html

Thursday, 10 July 2014

Akhlak dan Cara Berfikir Orang Bukan Islam Memungkinkan Mereka Lebih Mudah Menerima Hidayah Berbanding "Islam Keturunan" (Melayu)

 

 Gambar-gambar sekadar hiasan
 
Niat asal murtadkan teman wanita, 
Azley bersama isteri dan Islam  hingga kini.

 GEORGETOWN - Bercinta dengan wanita Islam membuatkan lelaki yang pernah bergelar seorang pendakwah agama cuba memurtadkan teman wanitanya itu pada awalnya.

Azley Stanley berkata, ketika itu usianya baru saja mencecah 23 tahun dan sudah berniat untuk mengahwini wanita berkenaan.

“Saya tinggal di perkampungan orang Melayu dan amat sukakan cara hidup mereka, sehinggakan saya sendiri bercadang untuk memilih isteri dari kalangan orang Melayu,” katanya.

Aktif menyebarkan agamanya sendiri menyebabkan Azley membenci Islam dan salah satu puncanya apabila melihat ramai umat Islam yang tidak melaksanakan tuntutan agama mereka sendiri.

“Sampai saya terfikir, kenapa mereka tidak ke masjid dan ada antara kawan yang tidak bersembahyang dan sebagainya, sehingga saya melihat diri saya sebenarnya lebih baik kerana setiap minggu akan mengunjungi rumah ibadat, maksudnya saya lebih baik dan dari situ
saya membenci Islam.

"Disebabkan itu jugalah setelah berkenalan dengan teman wanita menyebabkan saya berniat untuk memurtadkannya,” katanya.

Terlalu cinta teman wanita

Namun wanita yang dikenali dengan nama Nor Azizah itu lebih bijak dan berfikir panjang.

Dia yang kini sudah pun bergelar isteri kepada Azley mengakui mengetahui niat Azley untuk menariknya ke dalam agama lain ketika awal perkenalan.

“Disebabkan cinta kami bertahan, Azley pada awalnya sudah memberitahu kepada saya niatnya untuk mengahwini saya di rumah ibadatnya, tetapi saya kemudiannya dengan perlahan memberitahunya.

“Jika ingin berkahwin dengan cara itu, apa kata kahwin dulu dengan cara Islam, tapi sebelum berkahwin cara Islam kena belajar mengenai Islam, kalau tidak malu nanti kena tanya dengan tok kadi dan tak tahu jawab,” katanya.

Disebabkan terlalu mencintai Nor Azizah, Azley mengakui terpaksa juga ke Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) bertemu Ustaz Yusuf untuk belajar selok-belok Islam.

Dia mengakui datang bertemu dengan ustaz berkenaan dengan ego yang begitu tinggi kerana beranggapan dirinya lebih baik.

Islam tidak hina Isa

Azley berkata, dia sendiri bersoal jawab dengan ustaz berkenaan dan menganggap soalannya antara yang terbaik bagi melawan kata-kata ustaz berkenaan.

Namun sangkaannya meleset, segala jawapan yang diberikan menyentuh jiwanya perlahan-lahan.

“Antara yang diberitahu Ustaz Yusuf ialah Islam percaya dengan Nabi Isa, dan itu membuatkan saya terkedu, sedangkan ketika mendengar ceramah agama saya satu ketika dahulu, mereka menghina Nabi Muhammad.

“Tetapi Islam tidak pernah menghina Isa, malah menceritakan kehebatan Nabi Isa, saya begitu kagum, dan pada masa itulah saya terfikir, apa beza saya sekarang, sama sahaja.

“Pada saat itu juga saya terfikir jika saya putus dengan agama saya sekalipun dan masuk Islam, hubungan saya dengan Isa tidak akan putus, kemudiannya dengan kuasa ALLAH selepas tiga hari menghadiri kelas agama, saya mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid
USM,” katanya.


Tidak tanggal rantai

Ceritanya bukan berakhir di situ saja, Azley berkata, terdapat kenangan yang begitu menjadikannya emosional.

“Saat saya pergi mengucapkan dua kalimah syahadah di dalam masjid, pada masa itu saya masih tidak menanggalkan rantai lambang agama yang saya pakai, tetapi Ustaz Yusuf langsung tidak melarang dan hanya memerhatikan saya.

“Sehinggalah saya pulang ke rumah dan berfikir dan membuat keputusan sendiri tanpa dipaksa, akhirnya sehingga kini Islamlah pegangan saya,” katanya.

Walaupun ibu dan ayahnya menjauhi dirinya buat seketika, namun lama kelamaan mereka memahami kepercayaan baru yang dianutinya.

Azley bertuah apabila ayahnya sendiri membelikannya sejadah dan menyediakan ruang solat di rumahnya untuk memudahkan Azley bersolat.

Tetapi tiada yang lebih bertuah apabila kedua ibu-bapanya itu turut memeluk Islam pada 2011, namun ALLAH lebih menyayangi mereka dan kedua-duanya meninggal pada 2012 namun pada bulan yang berbeza.

Di akhir katanya, Azley mengakui dia memilih jalan yang paling benar dan bersyukur apabila melihat anaknya kini dilahirkan sebagai Islam.

“Cuma apa yang saya bimbangkan adalah adakah Islam mereka sekadar nama dan benar-benar kukuh, jadi itulah tanggungjawab saya dan isteri untuk mendidik anak memahami agama yang mereka anuti,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Tuesday, 8 July 2014

Pakatan sedia kerjasama dengan BN elak ‘13 Mei’


KUALA LUMPUR, 8 JULAI: Pakatan Rakyat sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Umno-BN bagi memastikan insiden 13 Mei 1969 tidak berulang lagi di Malaysia, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Namun, Pakatan tidak akan sama sekali membiarkan sebarang ugutan pengulangan insiden itu dibuat bagi menakut-nakutkan rakyat, tambahnya lagi.

“Saya akan menjadi orang pertama yang memuji Tan Sri Muhyiddin Yassin jika dia bercakap sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) bagi seluruh rakyat Malaysia, tentang pentingnya menjaga perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Sebaliknya beliau memberi amaran untuk satu lagi ‘13 Mei’ jika hubungan antara kaum terus memburuk kerana Melayu dan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Utusan Malaysia 5 Julai lalu menyiarkan kenyataan Muhyiddin yang memberi amaran insiden itu akan berulang kembali jika perpecahan antara kaum terus berlaku.

Dalam laporan itu juga, Muhyiddin cuba menggambarkan kedudukan Melayu dan Islam kini terancam, apabila berkata beliau “setiap malam sebelum tidur memikirkan macam mana hendak uruskan negara” kerana ada menghantar sms, “apa hendak jadi dengan Melayu, kenapa Islam dihina dan hal-hal sama.”

Menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas dan berat sebelah, Kit Siang mempersoalkan motif Muhyiddin mengeluarkan kenyataan itu.

“Adakah Melayu dan Islam di Malaysia diserang masyarakat bukan-Melayu dan bukan-Islam sehingga memungkinan pengulangan 13 Mei?

“Jika tidak benar, mengapa TPM bagi sebuah negara berbilang kaum dan agama mengeluarkan amaran itu, kononnya kerana hal-hal itu (serangan) sememangnya berlaku dan membimbangkan?” soalnya.

Namun, katanya lagi, sekurang-kurangnya kerajaan mengakui bahawa perpaduan negara semakin terjejas, dan menggesa kerajaan segera mencari jalan memastikan ia tidak berlarutan.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu merujuk kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang dilaporkan berkata, ketegangan semakin meningkat ekoran isu yang dibahagikan antaranya mengikut kaum, agama dan ekonomi.

“Namun, adakah kabinet (dalam mesyuarat) esok menamatkan dasar ‘tidak buat apa-apa’ sehingga membenarkan perkara itu terjadi, dan mula mengutamakan bagaimana memastikan insiden 13 Mei tidak lagi berlaku?” katanya lagi.

Muhyiddin TPM kepada seluruh rakyat Malaysia

Dalam pada itu, Naib Presiden DAP Teresa Kok Suh Sim mengingatkan Muhyiddin, bahawa beliau seharusnya menjadi pemimpin kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Kenyataan sebegitu boleh menyebabkan salah faham antara kaum dan kemarahan orang ramai. Sebagai pemimpin, beliau perlu lebih bertanggungjawab dan berhati-hati. Beliau perlu sedar yang beliau perlu menjadi TPM kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Politik baru, politik bazar Ramadan Kluang

lct politik baru
Di saat Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Johor yang kini Timbalan Perdana Menteri, secara tidak semena-mena mengusik kenangan 13 Mei, Umno di Johor tiba-tiba bikin kejutan yang membuatkan kita sedikit terpana dan hilang imbang seketika.

Ketua Pemuda Umno Kluang Dato’ Khairul Anwar Rahmat melanggar adat dengan mengundang Ahli Parlimen DAP Kluang untuk turun menyampaikan sumbangan di bazar Ramadan.

Menariknya, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong baru sahaja beberapa hari sebelumnya dihalau daripada memasuki kawasan bazar. Video pertembungan kumpulan Umno penjaga bazar dengan tim MP Kluang tersebar merata. ‘Abang Long Kawasan’ yang berkeras meminta surat izin menjadi bahan gelak ketawa ramai pihak.

Lebih memalukan si ‘Abang Long Kawasan’, Dato’ Khairul malah mengecam tindakan menghalau Chin Tong dan rakan-rakan, serta menyifatkan tindakan para ‘samseng’ tersebut sebagai tidak menggambarkan akhlak Islam.

Usaha mencari saudara peminta surat izin masih giat dilakukan, namun khabarnya langsung tidak dijumpai batang hidungnya. Barangkali ghaib menanggung malu.

Namun lebih baik kiranya kita melihat gambaran yang tidak pernah kita jangkakan ini: DAP dan Umno seiring dan sejalan masuk ke bazar Ramadan untuk sama-sama menyampaikan sumbangan kepada orang ramai. Ini luar biasa.

Pertembungan antara DAP-Umno selalunya tidak begitu enak dipandang mata. Barangkali kita masih ingat bagaimana ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur dirusuh para pemuda Umno Wilayah Persekutuan hatta diugut mahu dibakar.

Tiga hari berturut-turut konfrontasi antara Umno dan DAP berlarutan bermula di bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, membawa ke rusuhan di ibu pejabat di Kuala Lumpur dan berlarutan esoknya di pejabat DAP Kuantan yang direjam dengan telur busuk. Kebencian Umno terhadap DAP ini begitu mendalam sekali, walaupun ada kalanya sebab-sebab membenci DAP ini langsung tidak berasas.

Lalu secara tiba-tiba di Kluang sana kita temukan dua pemimpin yang nampaknya betul-betul serius dengan politik baru yang matang dan tidak berkenan dengan politik perkauman dan adu domba. Masing-masing berlumba-lumba berbuat kebaikan di bulan yang mulia ini, di saat ada menteri Umno secara wewenang mempidanakan amal jariah serta berniat mahu membantut usaha orang ramai memberi makan para warga miskin kota.

Kejadian di Kluang ini luar biasa dan Dato’ Khairul Anwar Rahmat wajar mendapat pujian, meskipun dia Umno.

Dan lagi meskipun Khairul Anwar Rahmat telah menunjukkan tauladan yang baik, janganlah kebaikan itu mengaburi dosa-dosa Umno kepada umat ini. Meski kebaikan meleburkan kejahatan, masih banyak kebaikan yang perlu dilakukan Umno untuk meleburkan kejahatan-kejahatan yang telah ia kerjakan.

Seandainya para soldadu Umno di peringkat akar umbi sudah ada yang mula berganjak dari modus operandi politik tradisional yang melazimi kebencian kaum, agama dan perbezaan pendapat politik; kenapa para kepala utamanya tidak mampu ikut serta?

Kenapa mesti ada lagi ugutan dan peringatan tentang 13 Mei contohnya, dengan ditulis besar-besar pada sepanduk dihiasi lukisan seorang lelaki menghunus parang dalam demonstrasi di Pulau Pinang awal tahun ini. Kenapa juga mesti ada lagi ugutan dengan meletakkan kepala lembu di pagar rumah wakil rakyat beragama Hindu? Kenapa lagi mesti dimaki ‘Cina makan babi’ setiap kali ada yang tidak puas hati dengan DAP?

Cina makan babi, Melayu makan ayam, makanlah makanan masing-masing dalam keadaan harmoni dan tanpa perlu bertelagah. Bukannya susah. – Roketkini.com

Friday, 4 July 2014

Jangan Jadi Bodoh,Kuat kuasa Undang-undang Sedia Ada Sudah Cukup Untuk Atasi Gelandangan

Bukan semua gelandangan tu menipu.Orang Islam tidak reti guna peluang. Jika pihak gereja sudah ambil alih nanti barulah nak kecoh!

Penguatkuasaan tak setara mana asyik nak salahkan orang dan nak denda rakyat......senang sangatlah jadi menteri dan penggubal undang-undang kalo rope tu...

KUALA LUMPUR 5 Julai - Kerajaan tidak perlu melaksanakan peraturan mendenda pemberi sedekah dalam usaha membersihkan ibu negara daripada pengemis dan gelandangan memandangkan peruntukan undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menangani masalah itu, demikian menurut beberapa peguam.

Seorang peguam kanan di sebuah firma guaman, Datuk Dr Radzuan Ibrahim berkata, kerajaan hanya perlu fokus pada undang-undang sedia ada kerana ia sudah mencukupi untuk mengatasi masalah peminta sedekah dan gelandangan di ibu kota.

Bagi pengemis kanak-kanak serta orang tua yang bergerak melalui kegiatan sindiket, tindakan boleh diambil atas pertuduhan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan serta denda, katanya.

"Mereka boleh ditangkap dengan mudah dan ada antaranya dengan berani membawa surat daripada jabatan agama, sekolah tahfiz dan kementerian. Jika ditangkap dan disiasat tentang siapa penganjurnya (aktiviti mengemis) didapati dokumen adalah palsu," katanya.

Beliau berkata apa yang perlu dilakukan ialah penguatkuasaan secara serius kerana mereka mengemis secara terang-terangan di pusat beli belah, restoran dan stesen minyak. - BERNAMA

Wednesday, 2 July 2014

Kerajaan beri amaran tindakan tegas pihak naikkan harga selepas GST: Kah Kah Kah.....!

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada 1 April 2015 nanti.

Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, mereka yang menjual barang dan menyediakan perkhidmatan tidak sepatutnya menggunakan CBP sebagai alasan untuk menaikkan harga kerana harga barangan tertentu tidak akan naik berikutan pengecualian cukai.

"Kami meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) agar lebih tegas dan mengambil tindakan terhadap mereka yang mengaut keuntungan dengan membawa mereka ke mahkamah dan mendakwa mereka.

"Tindakan tegas ini akan menghalang mereka yang mahu mengambil kesempatan daripada CBP," katanya.

Beliau berkata, lebih dua juta produk akan dipantau di seluruh negara apabila CBP dilaksanakan.

Kementerian beliau telah meluluskan permohonan KPDNKK untuk mendapatkan 472 kakitangan baharu bagi aktiviti penguatkuasaan di 222 kawasan parlimen, katanya. - Bernama.


ABU: Ibarat mencari kotak hitam MH370.Kotak Hitam belum ditemui tapi sudah kecoh mahu hak pemilikannya kepada Malaysia. 

GST pun x kurang juga.Contohnya beli rokok kat langkawilah, harga rokok memang tak naik, harga sekitar RM6. Itu ditempat tak kena cukai. Beli rokok di tempat kena cukai rokok yang sama, RM 12. 

Gitu juga barang lain, harga barangan mungkin tak naik, yang jadi masalahnya harga cukai...kalau dah banyak kali kena cukai...harga barangan tersebut tentulah meningkat juga...meningkat disebabkan cukai.....anak aku darjah 6 la kata...aku tak tau apa2...bagi aku, kerajaan BN TERBAEKKKKKKK......Duit bantuan raya RM 500 dengan Duit Raya RM 1000 mana lebih baik?????

Monday, 30 June 2014

Bukti Baharu Atuk Kao...Orang Nak Tahu Mana Perginya Pesawat MH370 Tu... Carilah cepat,Baru Boleh Siasat.....

PENYIASAT nahas udara, kehilangan pesawat MH370 telah menemui bukti baharu mengenai kokpit pesawat yang berkemungkinan telah diganggu.
Satu laporan yang dikeluarkan oleh penyiasat nahas udara Australia mendedahkan bahawa pesawat Boeing 777 yang hilang mengalami gangguan kuasa misteri pada peringkat awal penerbangan, yang membuatkan pakar-pakar percaya ia boleh menjadi sebahagian daripada usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.
Menurut laporan itu, unit data satelit pesawat telah melakukan permintaan 'log masuk' yang tidak dijangka kepada satelit, dalam tempoh kurang dari 90 minit semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Laporan menyebut mengenai permintaan 'log masuk' yang dikenali sebagai 'handshake' yang dilihat mungkin muncul disebabkan gangguan kuasa elektrik di atas kapal pesawat.
"Permintaan log masuk ketika penerbangan bukan perkara biasa.
"Analisis telah dilakukan yang menentukan bahawa ciri-ciri dan masa permintaan 'logon' adalah padanan terbaik sebagai akibat daripada gangguan kuasa," Menurut laporan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.
David Gleave, seorang pakar keselamatan penerbangan dari Loughborough University, berkata gangguan bekalan kuasa muncul sebagai hasil apabila seseorang di kokpit cuba untuk mengurangkan penggunaan sistem pesawat.
Tindakan itu, katanya, adalah selaras dengan usaha untuk menjadikan komunikasi pesawat dan sistem terpadam dalam usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.
"Seseorang mungkin berlegar-legar di dalam kokpit yang akan membawa kepada gangguan kuasa," katanya.
"Ia boleh menjadi satu tindakan yang sengaja bagi mematikan kedua-dua enjin untuk beberapa ketika. Dengan kerunsingan di dalam kokpit anda mungkin boleh mematikan kuasa buat sementara dan menghidupkannya semula apabila anda memerlukan sistem lain untuk menerbangkan pesawat."
Inmarsat, syarikat yang secara rasmi menganalisis data penerbangan dari MH370, telah mengesahkan penilaian ini tetapi berkata tidak mengetahui mengapa pesawat itu mengalami kegagalan kuasa.
"Ia kelihatan seperti terdapat kegagalan kuasa pada kedua-duanya.
"Ia merupakan satu lagi misteri kecil. Kita tidak boleh menerangkannya. Kita tidak tahu mengapa. Kami hanya tahu ia berlaku," kata Chris McLaughlin, dari Inmarsat, kepada The Telegraph.
Laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Australia mendedahkan bahawa Boeing 777 cuba untuk membuat 'log masuk' ke satelit Inmarsat pada pukul 2.25 pagi, tiga minit selepas ia dikesan oleh radar tentera Malaysia.
Ketika itu pesawat sedang terbang di utara pulau Sumatera Indonesia.
Pesawat itu telah menyimpang dari laluan sebenar untuk ke destinasinya iaitu Beijing, tetapi tidak lagi menukar arah ke selatan Lautan Hindi.
Pesawat itu mengalami satu lagi permintaan log masuk hampir sama kira-kira enam jam kemudian, walaupun ini adalah 'handshake' satelitnya ketujuh dan terakhir di mana dipercayai pesawat kehabisan bahan api dan kuasa elektrik sebelum terhempas, di suatu tempat di selatan Lautan Hindi.
Lima 'handshake' lain mula dikenalpasti oleh stesen satelit bumi dan tidak dianggap luar biasa. - MK.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR