Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday 29 August 2015

Perutusan Kemerdekaan ke 58 Presiden PAS

Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT atas  nikmat kemerdekaan negara kita yang kita kecapi sejak 58 tahun yang lalu. Marilah kita semua hayati dan penuhi kemerdekaan ini dengan pengertian kemerdekaan sebenar menurut kaca mata islam yang bukanlah hanya kemenangan membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah semata-mata.
Erti Sebenar Kemerdekaan Islam

Kemenangan perjuangan Islam yang dipimpin Baginda Nabi dikenali sebagai "Al-Fath" iaitu pembukaan. Pembukaan pembebasan Kota Mekah dari kegelapan jahiliyah menggambarkan satu contoh sebuah kemerdekaan sebenar Islam. Sesuai dengan satu ungkapan yang cukup terkenal oleh seorang Pahlawan Islam iaitu Rubaei Bin Amir apabila ditanya kepada oleh Rustum, Panglima Perang Parsi. Jawab Rubaei :

“Sesungguhnya kami adalah kaum yang diutuskan oleh Allah untuk membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada menyembah yang Maha Pencipta. Daripada kesempitan dunia kepada keluasan Islam, daripada kekeliruan agama agama kepada keadilan Islam”.

Nilai Kemerdekaan Kita Hari ini

Malaysia merdeka setelah dijajah sejak awal kurun ke-16 selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada 1511. Kemudian bersilih ganti dengan Belanda, British, Jepun dan  British semula sehingga hampir sahaja ummat kita kehilangan identiti sebenar. Bermula di zaman British dan Belanda, Tanah Melayu dan Nusantara disusun untuk memenuhi kepentingan politik, ekonomi dan agama empayar mereka. Dengan penduduk asal di kalangan Melayu, penjajah mula membawa pekerja pekerja luar dari India dan China. Penduduk dari India dibawa untuk bekerja di estet-estet getah manakala orang-orang dari Tanah Besar Cina dibawa untuk sektor perlombongan.

Peninggalan penjajahan  ini telah menjadikan demografi negara kita masyarakat majmuk yang kompleks. Di hujung era penjajahan, berlaku kebangkitan rakyat di seluruh dunia untuk keluar daripada cengkaman penjajah barat. Perjuangan kemerdekaan negara diisi oleh rantaian perjuangan yang panjang dipelopori oleh golongan ulamak seawal zaman penjajahan yang kemudiannya dikongsi bersama oleh semua kaum di Tanah Melayu. PAS sangat menghargai pengorbanan pejuang pejuang kemerdekaan negara, justeru kita sebagai golongan pewaris perlu mengisi kemerdekaan ini sebaik mungkin supaya pengorbanan mereka tidak disiakan.

PAS meyakini dengan sedalam dalamnya bahawa Islam sahajalah yang akan dapat menyatukan dan memerdekakan seluruh rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dalam erti kata sebenar kemerdekaan. Pembentukan kemerdekaan Islam seperti ini dibuktikan oleh Nabi Muhammad SAW yang memimpin Negara Islam Madinah. Sejak terdirinya Madinah, cahaya Islam telah menerangi seluruh alam sehingga tempiasnya bersinar menyuluh kegelapan Eropah yang tenggelam dalam kezaliman Feudalisme dan Gereja. Namun, malang sekali cahaya Islam itu semakin ditinggalkan ummat Islam, sehingga barat pula mengambil kesempatan menjajah tanah tanah ummat Islam.

Kemerdekaan Islam, Kemerdekaan Hakiki

PAS meyakini bahawa Islam sahajalah yang dapat memerdekakan seluruh ummat manusia khususnya di Malaysia kepada kemerdekaan hakiki. Islam yang merdeka ini bukan sahaja akan dinikmati oleh Islam, tetapi akan juga melimpahi rahmatnya kepada penganut penganut agama lain. Lihat sahaja ketika pembukaan Kota Mesir dan Palestin Di zaman Saidina Umar, Orang orang bukan Islam menerima keamanan dan kemerdekaan di bawah Islam dengan nilai kebebasan yang tak pernah mereka kecapi ketika berada di bawah Rom Timur atau Rom Barat. Kebaikan yang dapat daripada futuhat Islam akan membawa segala kebaikan dan keadilan kepada semua masyarakat dan kaum.

Akhirnya, di hari kita menyambut kemerdekaan kali ke-58 ini, marilah bersama-sama PAS untuk kita membina negara dengan kemerdekaan sebenar. Kemerdekaan yang menyeluruh yang mendapat bimbingan Pencipta seluruh alam yang menjadikan Islam sebagai penyelesaikan kepada seluruh kehidupan manusia.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
15 Zulkaedah 1436H / 30 Ogos 2015M

Friday 14 August 2015

Hutan Simpan Ternoda: Adakah Lagi Hutan Simpan Felda Gunung Besout?

 Kes Parah - Metro

Ipoh: Eksploitasi dan pemusnahan serius Hutan Simpan Gunung Besout di daerah Batang Padang akibat kegiatan pembalakan tidak terkawal semakin membimbangkan.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mendakwa terdapat kegiatan pemusnahan hutan untuk pertanian berskala ladang terutama di kawasan seluas lebih 3,000 hektar yang dimansuhkan status hutan simpan pada 2010 dan aktiviti itu memudaratkan ekosistem di kawasan berkenaan.

Presiden SAM S M Mohamed Idris berkata, tinjauan pihaknya di kawasan berkenaan, minggu lalu mendapati kebanyakan struktur alur air dan anak sungai terhakis selain rosak serta dicemari sisa pepejal terutama batang dan ranting pokok hingga berlaku pemendapan lumpur.

“Malah, hakisan lereng bukit turut berlaku kerana kegiatan pemusnahan hutan dilakukan di kawasan berbukit curam yang kecerunannya melebihi 40 darjah. - See more at: http://www.hmetro.com.my/

Pembangunan Gunung Besout tidak jejas ekosistem - BERNAMA.

14 Ogos 2015

IPOH - Jabatan Perhutanan Negeri Perak memberi jaminan bahawa pembangunan yang sedang dijalankan berhampiran Hutan Simpan Gunung Besout, tidak akan menjejaskan ekosistem di kawasan berkenaan terutamanya di kawasan Hutan Simpanan Dara (VJR).

Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Datuk Roslan Ariffin berkata, kawasan yang dibangunkan di hutan berkenaan bukan sebahagian daripada kawasan VJR, malah ia merupakan ladang saraan untuk Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (SUWA) dan SJK Tamil.

Beliau berkata, mengikut Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020, tanah berkenaan yang pada dasarnya merupakan hak milik hutan simpan telah ditukarkan kepada hak tanah milik pada tahun 2010 bagi membolehkan tiga sekolah berkenaan dibangunkan di kawasan itu tanpa menganggu kawasan VJR.

"Keluasan kesemua kawasan itu adalah 2,629 hektar yang dibangunkan untuk sekolah. Sehingga kini, cuma satu blok iaitu kira-kira 400 hektar daripada lima blok hutan pembangunan yang dibenarkan telah diusaha dan dibangunkan yang terletak lebih kurang dua kilometer dari blok VJR di kawasan berkenaan.

"Biarpun SJK Cina (SUWA) terletak 100 meter dari kawasan VJR dan berada di kedudukan Buffer Zone (Zon Penampan), ia tidak memberi kesan terhadap kawasan VJR kerana terdapat sempadan yang jelas dan tiada pencerobohan," katanya.   

Roslan berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Bangunan Pejabat Persekutuan (SUK) di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai isu hutan berkenaan yang dikatakan mengundang kebimbangan terhadap eksploitasi dan pemusnahan serius selepas beberapa pembangunan dijalankan berhampiran hutan itu.

Katanya, tiada ancaman berlaku terhadap spesis pokok terancam iaitu merawan palit (hopea dyeri) dan meranti batu (Shorea dasyphylla) yang terdapat di kawasan hutan VJR.  

Beliau berkata, Hutan Simpan Besout juga tidak mempunyai kawasan tadahan air dan juga loji rawatan air seperti yang dilaporkan akhbar tersebut.

Dalam perkembangan lain, Roslan berkata, kerajaan negeri melalui jabatan perhutanan telah melancarkan dasar bagi membolehkan aktiviti pembalakan dilakukan secara berfasa.

"Selepas ditebang, ia perlu ditanam baru sebelum diteruskan ke fasa kedua dan seterusnya, mengikut keluasan yang diluluskan kerajaan negeri kepada sesebuah syarikat.

Menurut Roslan, pihaknya sentiasa peka dalam mengambil tindakan berhubung aspek pembangunan hutan bagi memastikan blok hutan yang dibenar untuk dimajukan telah mengikut Rancangan Pengurusan Ladang Hutan yang disediakan, selain memenuhi keperluan penyediaan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

"Pihak kami sentiasa memberi perhatian mengenai sebarang pencerobohan terhadap kawasan VJR yang berada di Kompartmen 6 dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Besout.

"Kita tak pernah ceroboh atau tebang di VJR, ia mesti dipelihara selama-lamanya," katanya. - Bernama.

Dakwaan SAM Itu Tidak Benar – Roslan
Perak Hari Ini
Posted on Friday, August 14, 2015 12:52 pm
IPOH: Jabatan Perhutanan Negeri Perak hari ini menafikan dakwaan yang dibuat oleh Sahabat Alam Malaysia (SAM) yang menyatakan bahawa eksploitasi dan pemusnahan dilakukan dengan tidak terkawal di Hutan Simpan Gunung Besout.

Pengarahnya, Datuk Roslan Ariffin berkata, kawasan yang didakwa oleh SAM tersebut bukanlah sebahagian daripada Hutan Simpanan Dara (VJR).

“Ia adalah Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang yang mana untuk dijadikan sumber atau ladang sasaran kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaaan (SJK) Cina (SUWA) dan SJK Tamil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika mengulas berkenaan laporan yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian pada 13 Ogos bertajuk ‘Hutan Simpan Ternoda’.

PERAK TODAY 2
Tegasnya, Jabatan Perhutanan Negeri sentiasa mengambil kira tentang pembangunan ladang-ladang hutan di negeri itu berikutan ianya adalah sumber kepada bekalan kayu-kayan pada masa hadapan.

“Semua pembangunan yang dilaksanakan adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan dan kita sentiasa mengambil langkah berhati-hati serta berhemah.

“Kami juga sentiasa memastikan blok-blok hutan yang diberi kelulusan dibangunkan dan dimajukan secara terancang mengikut Rancangan Pengurusan Ladang Hutan (RPLH) yang telah disediakan,” jelasnya.

Keratan Akhbar Sinar 1
Ujarnya, setakat ini hanya 400 hektar hutan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri diusahakan dan dibangunkan.

“Ianya terletak lebih kurang dua kilometer daripada VJR di kawasan berkenaan. Jadi tidak ada dakwaaan bahawa VJR telah diceroboh.

“Mengenai dengan dua spesies yang terancam iaitu merawan palit dan meranti batu, ianya tetap akan terpelihara di dalam blok VJR yang dikekalkan,” tambah beliau lagi.

Semalam, akhbar Sinar Harian telah melaporkan bahawa SAM telah menyatakan kebimbangan mengenai eksploitasi dan pemusnahan serius di Hutan Simpan Gunung Besout sehingga mampu memusnahkan ekosistem.

ABU: Datang dan tinjaulah sendiri.

Wednesday 5 August 2015

Pemuda P. Pinang Cabar Dap Dedah Sumber Kewangan Bina Bangunan Jutaan Ringgit

Oleh: Azlina Rosdy

BUKIT BENDERA, 6 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini mencabar kepimpinan Dap negeri itu untuk mendedahkan sumber kewangan yang mereka perolehi untuk membina pejabat baru parti itu yang bernilai jutaan ringgit hanya dalam tempoh dua tahun Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri.

Ujar ketuanya, Rafizal Abdul Rahim, ini berikutan desakan kepimpinan Dap sendiri yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mendedahkan sumber pembiayaan politik bagi Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Dek kerana kelantangan Dap yang kononnya mahu BN dan UMNO bersikap telus maka tegas beliau Dap juga harus bersikap sedemikian dan bermula dengan mendedahkan bagaimana mereka mampu memperolehi wang membina bangunan Dap sedangkan parti Gerakan dahulu mengambil masa 12 tahun untuk membina ibu pejabat sendiri itupun sekadar sebuah premis biasa.

“Mereka mahukan ketelusan jadi mereka sendiri harus telus. Bagaimana hanya dalam tempoh dua tahun mereka mampu membina ibu pejabat yang gah. Daripada mana sumber dana mereka?

“Oleh itu, Pemuda Pulau Pinang hari ini mencabar mereka untuk menjawab persoalan ini. Sekiranya mereka enggan menjawab persoalan ini maka adalah lebih baik mereka sendiri tutup mulut dan jangan sibuk nak tahu sumber kewangan orang lain,” Ujar Rafizal kepada UMNO-Online.

Tambah Rafizal, Dap juga seharusnya mencermin diri sendiri sebelum mendesak untuk mengetahui sumber pembiayaan politik BN dan UMNO kerana ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu membuat transformasi dari segi pembiayaan politik, pemimpin Dap begitu lantang membantah.

Kerana bantahan tersebut jugalah maka inisiatif perubahan pembiayaan politik terpaksa dilupakan tanpa sempat dimulakan.

“Kini Perdana Menteri sekali lagi menyatakan hasrat ingin membentangkan semula perkara ini. Adakah Dap berani untuk bersetuju… jadi mari kita tunggu dan lihat apakah permainan politik Dap kali ini bagi mengelak perkara ini dilaksanakan.

“Namun buat permulaan, Dap harus menjawab cabaran Pemuda Pulau Pinang terlebih dahulu. Jangan pula menjawab dengan menyaman saya sebagai langkah tutup mulut,” sindirnya. – MediaUMNO.
 
ABU: Tidak hairan jika orang Cina dan parti Cina boleh buat bangunan jutaan ringgit dalam masa yang singkat. Aset mereka dalam poket ahli mereka, menderma dan menyumbang adalah amalan kaum mereka,lebih-lebih lagi ketika mereka berkuasa. Orang kita?

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR