Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label Tragedi Masjidil Haram. Show all posts
Showing posts with label Tragedi Masjidil Haram. Show all posts

Sunday, 13 September 2015

Tragedi di Makah : Tabung Haji Umumkan Tiga Lagi Jemaah Haji Malaysia Terkorban

KELANA JAYA, 13 September 2015: Terlebih dahulu setinggi-tinggi rakaman terima kasih diucapkan kepada semua wakil media yang berada di sini untuk kita bersama-sama berkongsi perkembangan terbaharu jemaah haji yang hilang.

TH mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi terutamanya Kementerian Haji, Kesihatan, Muassasah Asia Tenggara dan Pejabat Kedutaan Malaysia di Arab Saudi yang memberikan kerjasama dan bantuan kepada TH bagi mempercepatkan usaha-usaha pengecaman.

Secara umumnya proses pengecaman yang dilakukan adalah melalui:

i. Pengecaman jenazah berdasarkan paparan gambar serta barangan pengenalan jenazah di rumah mayat. Jemaah Haji Malaysia telah dibekalkan dengan beberapa tanda pengenalan diri seperti buku rekod kesihatan, pas dan gelang. Tanda pengenalan ini memudah dan mempercepatkan segala usaha pencarian dan pengecaman dilakukan.

ii. Setelah identiti disahkan, jenazah tersebut dilaporkan kepada pihak Muassasah untuk proses pengebumian.

Pada jam 6.00 petang (waktu Saudi), TH telah mengenalpasti tiga lagi jenazah iaitu:

SITI NUROSHLIZAN ZOLKIFLI
37 THN, KT49
MAKTAB 90 AL WAFIDEEN
TANAH MERAH, KELANTAN

ROHANA ISMAIL
54 THN, KT49
MAKTAB 90 AL WAFIDEEN
KUALA KRAI, KELANTAN

MUNAH JUSOH
73 THN, KT49
MAKTAB 90 AL WAFIDEEN
CHERANG RUKU, KELANTAN

Ketiga-tiga jenazah telah dikenalpasti oleh waris-waris mereka di Tanah Suci.

Kami semua amat berdukacita, bersimpati dan mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarhamah. Kami juga mengambil kesempatan ini menasihati mereka untuk bersabar dan tabah dengan dugaan ini.  
 
Semoga roh mereka yang terkorban ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Untuk makluman, Kerajaan Arab Saudi menempatkan kesemua jenazah di rumah mayat Muaissem, yang terletak berdekatan dengan Mina, Makkah.

Pada masa yang sama kami berharap waris-waris yang lain akan terus bersabar dan berdoa. TH akan terus berusaha sedaya upaya untuk terus mencari mangsa-mangsa di hospital-hospital berdekatan serta memastikan segala proses-proses pengecaman diselesaikan secepat mungkin.

Manakala seorang jemaah haji ABDUL MULUK ISHAK,71 tahun dari Pantai Remis, Perak telah berjaya ditemui dan berada dalam keadaan sihat dan selamat.

TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.


LEMBAGA TABUNG HAJI.

Pegawai Tabung Haji Ziarah Keluarga Rusiah Suar Jamaah Malaysia Yang Terkorban Dalam Tragedi Kren Tumbang di Makah



Felda Gunung Besout 2,Sungkai. Lewat petang tadi suasana pilu menyelubungi keluarga Rusiah Suar salah seorang jemaah haji Malaysia yang dilaporkan hilang dalam tragedi kren tumbang di Makah, Jumaat lalu.

Pegawai Tabung Haji kemudian memaklumkan bahawa Allahyarham telah dikenalpasti terkorban dalam kejadian tersebut.

Sebelum ini, lapan jemaah haji Malaysia dilaporkan masih gagal dikesan pihak pengurusan TH susulan insiden kren tumbang yang mengorbankan 107 nyawa dan mencederakan 237 yang lain.

Tujuh lagi jemaah Malaysia yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah; Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan; Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan; Siti Nuroshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan; dan Abdul Muluk Ishak, 71, dari Pantai Remis, Perak. 

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama arwah para solihin. - SOBRI.

Seorang Jemaah Malaysia Yang dilaporkan Hilang dalam Tragedi Kren Tumbang di Makah Meninggal dunia


 Jemaah haji, Rusiah Suar, 56, dari Felda Gunung Besout 2,Sungkai, Perak dikenal pasti sebagai seorang daripada 107 mangsa yang terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam, pada Jumaat.

KELANA JAYA: Satu sidang media tergempar diadakan oleh Lembaga Tabung Haji bagi memaklumkan Perkembangan Terkini Jemaah Haji yang terlibat dengan insiden kren tumbang di Masjidil Haram dua hari lalu. 

Media dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan memberi perkembangan terkini yang dijadualkan pada jam 8 malam ini di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya.

Dalam sidang tersebut  Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan jemaah haji Malaysia, Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak dikenal pasti sebagai seorang daripada 107 mangsa yang terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam, pada Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam sidang media tergempar di TH Hotel di sini berkata waris lain diharap dapat terus bersabar dan berdoa kerana Tabung Haji (TH) akan terus berusaha sedaya upaya untuk mencari mangsa di hospital berdekatan.

"Kita akan memastikan segala proses pengecaman diselesaikan secepat mungkin.

"Kita akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa," kata Jamil Khir.

Sebelum ini, lapan jemaah haji Malaysia dilaporkan masih gagal dikesan pihak pengurusan TH susulan insiden kren tumbang yang mengorbankan 107 nyawa dan mencederakan 237 yang lain.

Tujuh lagi jemaah Malaysia yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah; Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan; Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan; Siti Nuroshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan; dan Abdul Muluk Ishak, 71, dari Pantai Remis, Perak.

Sumber

Saturday, 12 September 2015

Detik Pilu Tragedi di Masjidil Haram dan Senarai Jamaah Malaysia Terlibat

LAPORAN  BERNAMA


 
Kejadian kren tumbang di Masjidil Haram,Makkah yang menyebabkan lebih 100 orang terkorban dan beratus lagi cedera pada Jumaat petang (11 Sept), sungguh memilukan ketika hanya tinggal 11 hari lagi untuk jemaah haji berwukuf di Arafah yang dijadualkan 22 Sept ini.

Setakat ini, Tabung Haji mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia terkorban, hanya enam jemaah Malaysia dilaporkan cedera.

Beberapa jemaah haji Malaysia yang berada di Masjidil Haram ketika kejadian itu berkata mereka amat terkejut dan panik dalam kejadian yang sungguh memilukan seluruh umat Islam itu.

Menceritakan kejadian itu, Mahzan Misni, 49, berkata ketika kejadian, beliau sedang menunaikan solat sunat di Masjidil Haram.

"Tiba-tiba terdengar dentuman yang sangat kuat, saya ingatkan petir, selepas dentuman itu, suasana jadi kelam kabut, bahagian saie di tingkat satu menjadi gelap (dengan debu selepas kren tumbang), sejurus selepas itu saya lihat mayat bergelimpangan, terdapat jemaah haji yang berlumuran darah, darah mangsa yang maut terpercik mengenai pakaian mereka, " katanya.

Beliau bersyukur selamat dalam kejadian itu yang hanya beberapa meter saja dari tempat kren tumbang itu.

"Selepas pulang dari masjid, semua rakan sebilik ada di penginapan hotel, Alhamdulillah, sepanjang jalan pulang, saya berdoa agar semua rakan sebilik saya selamat," katanya yang menginap bersama enam jemaah lain di Maktab 88, bangunan Abaj Al-Jandriah yang terletak 750 meter dari Masjidil Haram.

Pihak Tabung Haji (TH) turut membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik di semua maktab penginapan jemaah Malaysia di Tanah Suci.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam sidang akhbar jam 8.45 malam (waktu Arab Saudi semalam; 1.45am pagi tadi waktu Malaysia) berkata pihaknya membuat pemeriksaan bilik ke bilik bagi menyemak senarai jemaah Malaysia di Tanah Suci bermula selepas waktu isyak.

Kebanyakan jemaah haji Malaysia menunaikan solat Isyak di Masjidil Haram sebelum pulang ke penginapan masing-masing selepas berada di masjid berkenaan sejak waktu Asar atau Zuhur.

Mohd Razak Jaid, 59, jemaah haji Malaysia berasal dari Kepong berkata ketika kejadian beliau berada di tingkat dua, di kawasan saie berkenaan turut bertindak membantu jemaah haji lain yang nyata terpinga-pinga dengan kejadian itu.

"Saya sempat menarik seorang jemaah haji dari Thailand ketika berlaku runtuhan batu-bata selepas kren berkenaan menghempap kawasan saie itu, keadaan menjadi kelam kabut, jemaah dari dalam kawasan saie, mahu berlari ke arah luar, manakala jemaah haji di kawasan luar, mahu masuk ke dalam," katanya.

Bekas pesara polis itu berkata dia turut melihat mayat-mayat yang bergelimpangan itu: "Saya tengok jemaah yang mati, melihat tanda atau tag yang mereka pakai, dalam keadaan kelam kabut itu, saya tak nampak mayat yang memakai tag atau pengenalan sebagai jemaah Malaysia.

"Keadaan semakin tidak terkawal apabila jemaah mula berasak-asak mahu keluar dari kawasan kejadian, sungguh memilukan melihat mayat bergelimpangan," katanya.

Seorang lagi jemaah haji, Zaiton Isa, 57, berkata ketika kejadian, dia dan rakan sebiliknya Zurina Zakaria, 49, yang menetap di Abraj Al-Janadriah, sedang berada di tingkat dua di kawasan saie berkenaan.

"Tiba-tiba bunyi dentuman kuat, saya ingatkan bangunan runtuh, jemaah haji mula bersesak-sesak mahu keluar dari kawasan itu," katanya yang masih terkejut dengan kejadian yang tak mampu digambarkannya itu.

Zaiton berkata dia bersesak-sesak untuk keluar dari kawasan berkenaan, dan bersyukur apabila tiba di luar masjid, rakan sebiliknya Zurina, berada di belakangnya.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, setakat ini sekurang-kurangnya 107 orang meninggal dunia manakala 238 lagi cedera.

Sementara itu, Syed Saleh yang juga Pengurus Besar Kanan Tabung Haji (TH) berkata selain membuat pemeriksaan bilik ke bilik, pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan di hospital-hospital Arab Saudi, sekiranya terdapat jemaah haji yang telah dibawa ke sana selepas kejadian itu.

Kejadian kren tumbang itu dilaporkan berlaku semasa hujan dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran.- 12/9/2015- Oleh Mohd Shukri Ishak,Bernama


Menurut Lembaga Tabung Haji senarai nama jemaah haji Malaysia yang cedera dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram seperti berikut:
.
1. ZAINUL ARIFIN BIN ZULKIFLI (36 thn)
BATU CAVES, SELANGOR
2. MAT DERIS BIN MOHD NOOR (62 thn)
BACHOK, KELANTAN
3. FARIDAH BINTI MAT YACOB (46 thn)
BACHOK, KELANTAN
4. RUSIAH BINTI BABA (50 thn)
CHERAS, KUALA LUMPUR
5. NOORDIN BIN WAHAB (59thn)
KUALA TERENGGANU
6. AHMAD MUZAFAR BIN MAMAT@ ADAM (39 thn)
BANGI, SELANGOR
7. MOHD NOR AZMAN BIN HASSAN (44 thn)
CHERAS, SELANGOR
8. FARIDAH BINTI MANSOR (63 thn)
DUNGUN, TERENGGANU
9. MOHD SHARIF BIN MEON (64 thn)
KLANG, SELANGOR
10. ABDUL RAZAK MAHMOOD (61 thn)
TANAH MERAH, KELANTAN






 












Marilah kita bersama-sama berdoa dan mohon ke hadrat Illahi akan keselamatan semua Jemaah, khususnya Jemaah Malaysia di Tanah Suci.

Laporan seterusnya  boleh diikuti di sini : https://ms-my.facebook.com/live.makkah.madinah

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR