Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday 31 January 2014

Kapak Dan Rantai Kepala Isteri Kerana Enggan Beri Wang RM 100. Ahli PAS kah Ini?

KOTA BHARU - Seorang wanita didera oleh suaminya kerana enggan memberi wang RM100 kepada suaminya yang juga seorang penagih dadah di rumah mereka di Kampung Temusu, Limbat, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asistan Komisioner Azham Othman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, lelaki berusia 26 tahun tersebut dilaporkan memukul kepala isterinya yang berumur 21 tahun dengan belakang kapak dan mengikat leher isterinya dengan rantai dan dikunci dengan mangga.
Katanya, anggota keluarga mangsa yang menyedari kejadian itu telah bertindak menghubungi pihak polis, namun lelaki tersebut sempat melarikan diri apabila polis tiba.
Wanita berkenaan kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Mangsa yang baru melahirkan anak kedua, ketika ditemui di hospital berkata dia masih trauma dengan kejadian itu.
"Saya takut untuk kembali ke rumah itu lagi dan menganggap hubungan antara kami (dengan suami) telah berakhir. Sekarang tumpuan saya ialah untuk membesarkan dua anak saya dan berharap perkara ini tidak berlaku lagi kepada saya," katanya yang telah tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya. - Bernama.  http://www.kosmo.com.my/

Tuesday 28 January 2014

Bukan Polis Tapi PM Yang Perlu Tegas : Cari Sampai Lubang Cacing!


KUALA LUMPUR 27 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan membanteras sebarang perbuatan provokasi agar tidak berulang isu penghinaan kalimah Allah sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, beliau meminta orang ramai terutamanya umat Islam bertenang dan jangan mudah melatah kerana jika mereka membenarkan diri dikuasai perasaan amarah, keamanan serta keharmonian negara ini yang dikecapi sejak sekian lama akan musnah.

Katanya, kerajaan memandang serius kejadian provokasi agama di Pulau Pinang dan berikrar akan melakukan apa sahaja yang termampu berdasarkan undang-undang sedia ada untuk memastikan keamanan serta keharmonian di negara ini tidak terjejas.

"Saya berharap tiada pihak bertindak balas atau mengeruhkan lagi suasana. Biar pihak berkuasa ambil tindakan selanjutnya. Ini masa untuk kita berada dalam keadaan tenang dan jangan melatah kerana ia boleh membawa kemudaratan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam beberapa kain rentang tertera ungkapan 'Allah is great' (Allah itu hebat) dan 'Jesus is the son of Allah' (Jesus adalah anak lelaki Allah) dikesan sengaja dipasang pihak tertentu di Gereja St. John Britto, Gereja Assumption dan Gereja The Immaculate Conception di Pulau Pinang.

Perdana Menteri sebelum itu melancarkan buku 'Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress' iaitu hasil koleksi lebih 160 peta-peta yang dimiliki Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Datuk Richard Curtis.

Mengulas lanjut Najib berkata, pendirian kerajaan dalam isu kalimah Allah jelas iaitu ia hak milik umat Islam keistimewaan itu akan terus dipertahankan manakala Penyelesaian 10 Perkara yang dipersetujui kerajaan Pusat pula tertakluk kepada enakmen dan undang-undang di setiap negeri.

Ditanya mengenai pendangan banyak pihak kejadian provokasi di Pulau Pinang itu berpunca daripada sikap kurang bertegas kerajaan, beliau berkata, biar pihak berkuasa menyiasat terlebih dahulu dan jangan mudah membuat andaian kerana mungkin andaian tersebut tersasar.

Menyentuh mengenai tawaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan permuafakatan nasional, Najib mempersoal mengapa perkara itu ditimbulkan sekarang kerana cadangan tersebut sudah dikemukakan selepas pilihan raya umum lalu.

"Apa pun biarlah saya runding dengan jemaah menteri. Kita sudah sebut dulu (permuafakatan nasional). Prasyaratnya mesti terima keputusan rakyat. 

Namun pembangkang tetap tuduh kita menipu termasuk kononnya 40,000 pengundi Bangladesh yang ternyata fitnah," katanya.

Monday 27 January 2014

Selepas Kerajaan PAS Terengganu, Kerajaan 11 Bulan Perak, Kerajaan PAS Kedah dan Kini Kerajaan Selangor. BN Tidak Perlu Kerja Kuat , Tokok Tambah Apa Yang Patut Dan Peristiwa Melaka Ditawan Portugis Berulang.

MB: Anwar sah tanding kerusi DUN Kajang
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Chen dari PKR meletakkan jawatan semalam, umum Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding (di) Kajang," kata Khalid dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.


Gerakan Anwar kejutkan PKR, Pakatan

Edmund Bon: Kajang voters should punish #PKR by voting any candidate but PKR's.

Wan Saiful Wan Jan: Stupid excuse "@KEADILAN: Kenyataan media CC Lee, mantan ADUN Kajang yang telah letak jawatan petang tadi (semalam).

Pengumuman pengunduran wakil rakyat Kajang semalam menggemparkan banyak pihak, termasuk pemimpin kanan dalam PKR, dan menjadikan mereka semua sangat serba salah.

Gerakan yang mendadak ini dipercayai datang daripada beberapa pihak yang dekat dengan Ketua Umum Anwar Ibrahim sendiri, bukan kumpulan Timbalan Presiden Azmin Ali.

Kumpulan Azmin sendiri, yang digambarkan sangat ghairah ingin mengambil tampuk kekuasaan di Selangor, dikhabarkan terperanjat dengan gerakan mengejut semalam.

Tindakan ini bertujuan "menyelesaikan" persaingan antara PKR Selangor, yang diketuai Azmin, dengan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.

Walaupun PKR negeri masih utuh di belakang Azmin, mereka tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengelak pengumuman pengunduran CC Lee, bekas pemimpin Gerakan yang dikaitkan dengan Azmin.

Difahamkan, keputusan itu belum mendapat persetujuan PKR Selangor yang masih berusaha untuk menentukan perjalanan parti dalam krisis terbaru ini.

PKR negeri dikatakan mengambil strategi berbeza untuk menangani kemelut ini -- strategi akibat tidak menduga langkah mendadak pasukan Anwar.

DAP, PAS tunggu & lihat

Gerakan mengejut pasukan Anwar, disertai beberapa pemimpin kanan dan muda PKR termasuk Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, dapat dijayakan susulan pertemuan ketua pembangkang itu dengan Khalid pada hujung minggu dan Lee semalam.

Pasukan Anwar juga cuba memberikan gambaran kepada beberapa pemimpin PKR bahawa proses biasa parti tidak sesuai untuk gerakan ini.

Malah, lebih elok jika diuruskan oleh pasukan kecil mereka. Sama ada pasukan ini berjaya dalam misinya akan dapat dinilai mulai hari ini.

Jika pasukan Azmin terkejut dengan gerakan pantas kumpulan Anwar, rakan-rakan Pakatan Rakyat juga belum tentu bersetuju dengan percubaan PKR itu.

Yakni, percubaan untuk mengundurkan Khalid dengan menggantikan calon baru (bukan Azmin) melalui satu pilihan raya kecil DUN Kajang.

Akibat tiada sokongan awal DAP dan PAS sebelum peletakan jawatan Lee, dua parti ini tidak menyatakan sokongan segera semalam selepas pengunduran Lee.

Kedua-dua parti masih mengambil sikap "tunggu dan lihat" tindakan lanjut PKR.

Sikap ini diambil dipercayai akibat pemimpin-pemimpin kanan mereka tidak dirujuk lebih awal oleh PKR.

Mereka dikatakan tidak selesa dengan gerakan pasukan Anwar yang tidak merundingi mereka sebelum keputusan besar itu.

Persetujuan malam tadi

Sekiranya dua rakan Pakatan menyatakan sokongan pada gerakan menggemparkan Anwar ini, persetujuan ini baru dicapai malam tadi atau pagi ini.

Pasukan Anwar dikatakan giat menyusun strategi malam tadi untuk mendapatkan sokongan bulat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

(Setakat artikel ini ditulis, sikap kedua-dua parti itu terhadap projek Anwar ini masih belum jelas)

Sementara itu, pagi ini, pasukan Anwar dijadual mengadakan beberapa siri pertemuan saat akhir, termasuk dengan Khalid dan Azmin, sebelum pengumuman rasmi yang dijadualkan jam 11 pagi.

Pengumuman ini dijangka menyentuh rancangan pengunduran Khalid dalam tempoh sebulan dua ini.

Ia juga akan menjawab teka-teki siapakah calon DUN Kajang -- yang disebut-sebut mahu diangkat sebagai menteri besar baru -- sama ada Anwar sendiri atau seorang tokoh lain.

Namun, semua ini tergantung sejauh mana Khalid bersetuju dengan pelan permainan pasukan Anwar dan bagaimana pula sikap Azmin dalam rencana Anwar yang menggemparkan ini.

Setakat malam tadi, sikap tokoh nombor dua dalam PKR masih belum jelas -- sama ada bersama pasukan Anwar atau mengambil jalan lain.

Gerakan Azmin selanjutnya bergantung pada siri pertemuan pagi ini dan pengumuman penting selepasnya.

Jika Khalid degil...

Khalid sendiri belum menunjukkan sikap yang jelas, sama ada mahu mengikut sahaja arahan ketua umum atau membantah.

Sikap ini dapat dilihat jika beliau sendiri hadir di mesyuarat pagi ini dan menyuarakan isi hatinya.

Jadi, sidang media Anwar berhubung isu-isu Selangor pagi ini akan mendedahkan sedikit bagaimana pintar (atau, tidak) pasukan Anwar.

Pasukan Anwar ini, nanti, akan menentukan kepintaran mereka sama ada berjaya mengatasi kemelut di Selangor atau menambahkan lagi kerumitan sedia ada.

Langkah bijak atau langkah dungu akan terlihat mulai hari ini, menjelang pilihan raya kecil DUN Kajang dan juga dukungan istana.

Proses panjang ini, seperti diingatkan Khalid semalam, tidak mudah tanpa konsensus Pakatan dan restu istana.

Tugas ini tentunya lebih rumit daripada meyakinkan peguam Edmund Bon dan Wan Saiful Wan Jan, ketua kumpulan pemikir IDEAS.

Malah, apabila diketahui Anwar akan mengadakan sidang media berhubung isu-isu Selangor, Wan Saiful dengan sinis mengtuit: I thought Azmin heads PKR Selangor?

Jika Pakatan dan istana di belakang pasukan Anwar, apa akan jadi jika Khalid berdegil?


FATHI ARIS OMAR bertugas sebagai seorang editor kanan diMalaysiakini.

28 Februari keputusan kes saman Anwar terhadap penulis blog

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada 28 Februari ini keputusan kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris selepas penulis blog itu terpaksa menutup kes pembelaan setelah tidak dapat mengemukakan saksi.

Pesuruh Jaya Kehakiman, Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di kamar beliau pagi ini. Anwar menyaman Wan Muhammad Azri kerana mengaitkan beliau dengan paparan gambaran lucah dalam internet. - UTUSAN.

Tan Sri Khalid Ibrahim: Perlantikan Menteri Besar perlu mendapat konsensus daripada tiga komponen

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pelantikan menteri besar di negeri itu perlu mendapat konsensus daripada tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat seterusnya mendapat perkenan sultan.
"Tak ada. Proses pelantikan MB perlu mendapat konsensus ketiga-tiga parti (dalam Pakatan Rakyat). Calon menteri besar dipilih dan dipersetujui ketiga-tiga parti.

"Mereka juga akan memberitahu kepada Tuanku Sultan dan perkenan Sultan. Jadi banyak tatacaranya," katanya bagi menjawab soalan pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau ditanya sama ada peletakan jawatan ADUN Kajang Lee Chin Cheh sebagai usaha menyingkirkan beliau sebagai menteri besar.

Ditanya sama ada ura-ura Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar bertanding di DUN Kajang dalam pilihan raya kecil dan menggantikan beliau, Khalid berkata:

"Kita belum ada perbincangan lagi (mengenainya). Perkara itu akan ditentukan oleh biro politik (PKR)," katanya sambil menjelaskan bahawa beliau "tidak terkejut" dengan usaha menggantikannya kerana sebelum ini ada "ura-ura" mengenainya.

Ditanya sama ada beliau bersetuju untuk melepaskan jawatan sekiranya PAS dan DAP bersetuju beliau berbuat demikian, Khalid berkata:

"Ia boleh dilakukan dengan ketiga-tiga parti duduk bersama. Kena ada perbincangan. Tapi sekarang tidak ada lagi".

ADUN Kajang Letak Jawatan, Apakah Anuar Akan Jadi MB Selangor?

 
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini

Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee (kanan) sendiri.

Menurut undang-undang, katanya, SPR harus mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Friday 24 January 2014

TG Dato Hj. Harun Taib telah kembali ke Rahmatullah, Al-Fatihah…

TG_Harun_Taib_meninggalMaklumat rasmi dari page PAS Selangor. Tuan Guru Harun Taib telah ke Rahmatullah sekitar tengah malam tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya.


KUALA LUMPUR:Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam ini.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh anak Allahyarham.

Doakan Kesihatan Dua Orang Tok Guru - YB Ustaz Nasrudin Hassan

 
 Nasrudin Hassan

Petang ini terasa serba tak kena. Badan macam demam pula keletihan mengejar kepadatan program.

Harapnya hari ini boleh istirehat sejenak tapi terganggu dengan berita yang pastinya saya tak senang duduk.

Dua Tok Guru saya kini sedang terlantar sakit. Saya sendiri tak dapat nak gambarkan bagaimana tahap kesihatan mereka yang kini masing-masing berada di hospital.

Doakanlah keafiatan buat mereka justeru dunia masih memerlukan ilmu dan bimbingan mereka.

Kedua-dua Tuan Guru ini mempunyai banyak persamaan.

a) Kedua-dua mereka diberi nama Harun.

b) Kedua-dua mereka ahli Majlis Syura Ulama Pas
 
c) Kedua-dua mereka mempunyai anak bernama Hamdi

d) Kedua-dua mereka kini sedang dirawat di hospital
 
e) Kedua-dua mereka diserang dan difitnah oleh pelbagai pihak tanpa henti kerana prinsip tegas mereka bersama keabsahan perjuangan Islam.

f) Kedua-dua mereka mempunyai penguasaan ilmu Islam yang sangat mendalam.

g) Kedua-dua mereka mempunyai ramai anak murid di seluruh negara.

h) Kedua-dua mereka saya sangat-sangat sayang. Semoga kembali sembuh seperti sediakala. Amin Ya Rabb.

Sumber Astro Awani Melaporkan

Dr. Harun Din stabil, Dr. Harun Taib belum sedarkan diri

 

 

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib dilaporkan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Beliau dilaporkan masih tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital petang semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rombongannya melawat Harun Taib hari ini.

Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din yang sebelum ini dilaporkan kritikal kini berada dalam keadaan stabil. 
 
Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.
 


Berita mula diterbitkan pada: Januari 24, 2014 17:07 (MYT)

Thursday 23 January 2014

Hukuman Rotan Bukan Cara Terbaik, Bagaimana Dengan Hudud!

Hukuman anak biar berpadan

  KAEDAH merotan sebenarnya bukanlah satu cara terbaik dalam menghukum kesalahan anak-anak.- Gambar hiasan

TIDAK semua perkara yang kita lakukan sesuai dalam apa jua keadaan. Ia bergantung kepada budaya dan norma masyarakat di sesebuah negara.

Itu yang mungkin dapat kita gambarkan dengan apa yang dihadapi oleh pasangan Malaysia, Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalludin yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa Sweden kerana telah memukul anak mereka yang tidak bersolat.

Walaupun amalan untuk menghukum anak tidak bersolat mungkin suatu yang lazim dalam konteks masyarakat Islam secara am, bagaimanapun ia tidak semestinya direstui dalam semua masyarakat. Ini kerana setiap masyarakat mempunyai nilai yang tersendiri dalam melihat atau menangani sesuatu perkara.

Kita juga tidak sewajarnya menyalahkan ibu bapa tadi yang menggunakan pendekatan tersebut dalam mendidik anak-anak mereka kerana ia adalah kaedah yang diajar oleh Islam kepada penganutnya.
Solat adalah perkara wajib yang menjadi tiang agama. Merotan atau menghukum anak-anak yang tidak menjalani ibadah sembahyang perlu dilihat dalam konteks positif.

Walaupun kelihatannya seperti menyakitkan, tetapi sangat jarang ibu bapa mengambil pendekatan agresif terhadap anak-anak mereka. Ia hanya sekadar memukul kerana sayang dan bukannya kerana benci.

Bagaimanapun, masyarakat Barat melihat bentuk hukuman anak-anak dalam perspektif yang berbeza. Kebanyakan negara-negara itu telah mengharamkan hukuman yang dilihatnya menyakitkan.
Namun, ia tidak bermakna bahawa hukuman merotan anak-anak ini dianggap sebagai sesuatu yang paling teruk.

Satu tinjauan yang dilakukan terhadap 1,600 pembaca sebuah akhbar di Perth, Australia pada tahun 2012 mendapati, 80 peratus daripada responden menyokong agar hukuman rotan dikembalikan di sekolah.

Begitu juga yang ditunjukkan dalam satu kaji selidik pada tahun 2011 oleh Times Education Supplement, akhbar sisipan mingguan yang popular di United Kingdom. Daripada sejumlah 2,000 keluarga yang dikaji, 49 peratus daripadanya berpandangan bahawa hukuman yang berat seperti merotan atau memukul patut diperkenalkan semula di sekolah.

Malah, majoriti daripada pembaca mencadangkan agar kanak-kanak sekolah yang melakukan kesalahan ini dihukum dengan cara yang agak tradisional seperti menghalau mereka keluar kelas (89 peratus), dihukum selepas waktu persekolahan (86 peratus) dan menggantung persekolahan (84 peratus).
 
MENDIDIK anak-anak menunaikan solat perlu dilakukan sejak mereka kecil bagi membentuk keperibadian yang baik.


Mengatasi masalah displin

Merotan juga bukan sesuatu yang teruk dalam mendidik anak-anak. Dalam satu siri eksperimen kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Idaho State University di Amerika Syarikat sekitar tahun 1980-an, ia cuba membandingkan di antara kanak-kanak bermasalah disiplin yang dihukum dengan cara dirotan dan satu lagi kumpulan yang tidak dikenakan tindakan sama. 

Kajian juga cuba melihat sama ada anak-anak ini akan patuh dengan 30 siri arahan ibu mereka.
Hasil eksperimen menunjukkan kanak-kanak yang dirotan lebih patuh dengan arahan berbanding dengan mereka yang tidak.

Bagaimanapun, ibu bapa perlu berhati-hati dengan kaedah merotan anak-anak. Ia mungkin tidak relevan dalam semua bentuk tingkah laku mereka. Anak-anak yang mempunyai perangai yang agak agresif misalnya, tidak boleh mudah diubah sekiranya dirotan.

Daripada 27 kajian yang telah dilakukan, ia menunjukkan bahawa anak-anak yang dirotan ini akan cenderung untuk menjadi lebih agresif berbanding sebelumnya. Ini kerana apabila dihukum dengan cara yang kasar, mereka akan berasa malu, marah dan sedih sekali gus menyebabkan mereka cenderung menjadi lebih agresif.

Memahami psikologi

Persoalan yang timbul, apakah bentuk hukuman yang terbaik bagi mendidik anak-anak? Walaupun semua ibu bapa mempunyai niat yang murni bagi mendisiplinkan anak-anak mereka, pada masa yang sama keperluan memahami psikologi anak-anak ini perlu juga diperhatikan.

Sekiranya setiap kali anak melakukan kesalahan, hukuman yang menyakitkan tidak mengubah perilaku mereka, ada baiknya hukuman yang sama tidak diulangi.

Lantaran itu, dalam psikologi, selain hukuman yang dianggap sebagai bentuk 'peneguhan negatif', ibu bapa juga sewajarnya lebih memfokuskan kepada 'peneguhan positif'.

Contohnya, jika anak-anak ini menyempurnakan solat sebanyak lima kali sehari atau menyiapkan kerja sekolah seperti yang ditetapkan, mereka wajar diberikan penghargaan berupa ganjaran atau pujian.

Ia boleh diberikan dengan cara memberikan mereka 'markah terkumpul' yang boleh ditukarkan dengan hadiah tertentu.

Daripada hanya memberikan mereka hukuman yang menyakitkan bagi setiap kesalahan, adalah lebih baik memberikan mereka ganjaran sekiranya melakukan sesuatu yang kita harapkan.

Semua ini pada akhirnya bertujuan untuk membentuk nilai mulia dalam diri mereka. Kita, sebagai ibu bapa atau guru sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada anak-anak kita.


http://www.kosmo.com.my/

Cepatlah YAB Dato Mukhriz, Kami Dah Tak Sabar Ni.....

Penduduk enam kampung rayu hentikan segera pembalakan

BALING - Kerajaan negeri Kedah dirayu agar menghentikan segera kerja-kerja pembalakan di kawasan berdekatan Kampung KEDA Kemangi, Kupang dekat sini yang dikhuatiri akan menyebabkan hakisan dan masalah bekalan air.

Desakan itu dibuat sekumpulan lebih 200 penduduk daripada enam buah kampung berdepan masalah pencemaran air terutama pada musim hujan, selain kekeringan air ketika musim kemarau jika projek pembalakan itu diteruskan.

Seorang wakil penduduk, Nasir Awang, 50, berkata, penduduk meminta kerajaan negeri agar tidak bertolak-ansur dengan pihak pemegang konsesi yang mendapat kelulusan membalak sewaktu kerajaan PAS mentadbir negeri Kedah sebelum pilihan raya umum yang lalu.

"Kami mahu Menteri Besar tegas dan tidak membenarkan kerja-kerja pembalakan diteruskan di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas yang hanya satu kilometer dari perkampungan KEDA Kemangi," katanya ketika ditemui di Kampung Keda Kemangi di sini, petang semalam.

Kampung terlibat adalah kampung KEDA Kemangi, Kemangi, Bendang Baru, Padang Lengkuas, Kuala Kuang dan Padang Dan yang menempatkan sebanyak 350 keluarga dengan lebih 2,000 penduduk. - Bernama.

Wednesday 22 January 2014

Guru Dan Anak Maut Kereta Terlanggar Bangkai Lembu di Sungkai


SUNGKAI: Seorang guru dan anaknya maut selepas kereta dinaiki terlanggar bangkai lembu di tengah jalan sebelum kenderaan itu terbabas ke laluan bertentangan dan dirempuh kereta lain di Kilometer 86 jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, Kamarudzaman Bukhori, 51,seorang guru di SMK (F) Trolak dan anaknya, Ariff Zaqwan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Jurucakap polis berkata, kemalangan itu turut membabitkan dua kenderaan lain yang tidak sempat mengelak dan merempuh kereta mangsa serta sebuah kereta lain di tempat kejadian.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 6 orang anak.

Menurut sumber kemalangan ini adalah yang ketiga dilaporkan melibatkan warga pendidik sekitar Sungkai dalam masa tiga minggu berturut-turut.

Seminggu sebelumnya, seorang guru Abdul Hamid b Mohd Nor yang mengajar di SMK (F) Besout dan anaknya terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan seorang pekerja warga Banggladesh terbunuh.

Dalam kemalangan lain yang berlaku pada awal minggu persekolahan, Hashim bin Osman yang juga seorang warga pendidik di SMK (F) Besout turut terlibat dalam pelanggaran dengan motorsikal yang ditunggangi seorang warga emas.

Warga emas tersebut patah tulang rusuk dan dirawat di Hospital Besar, Ipoh.

Hasil tinjauan rambang, bebanan tugas guru memaksa mereka bergegas ke sekolah dan tiba seawal jam 7.15 pagi dikatakan antara sebab mengapa kemalangan berlaku.

Guru-guru yang tinggal jauh dari tempat bertugas memerlukan mereka keluar awal dan memandu dalam keadaan tergesa-gesa.

Keadaan permukaan jalan yang tidak sempurna, binatang ternakan dan liar yang sering berkeliaran dan kenderaan pengangkut buah sawit yang tidak mematuhi ciri-ciri keselamatan juga turut menyumbang kepada berlakunya beberapa kemalangan maut sebelum ini di Felda Besout dan Trolak.





Tuesday 21 January 2014

Hukum Agama Dipermainkan Oleh Ahli UMNO?


"SAYA DAH ADA SUAMI, SAYA BUKAN ISTERI DATO" - KATA AZMA KEPADA DATO WAN AMIZAN.
 
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam dikejutkan apabila seorang wanita menafikan dirinya isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan, Da tuk Wan Amizan Wan Abd Razak sedangkan lelaki itu memfailkan permohonan cerai terhadapnya.

Azma Azifazilla Azan, 28, nafi pernah bernikah dengan ahli politik itu ketika prosiding kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin, semalam.

Wan Amizan yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Jerantut memfailkan permohonan cerai itu pada Disember lalu mengikut Seksyen 47 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Semalam, beliau memfailkan pula permohonan memfarakkan (membubarkan) pernikahan Azma Azifazilla dengan seorang lelaki bernama Rizal Md. Radzi, 40, kira-kira empat bulan lalu mengikut Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran.

Bagi kes ini, Wan Amizan selaku plaintif menamakan Azma sebagai defendan pertama dan Rizal sebagai defendan kedua. 
 
Peguam Mohd Isa Abd Ralip yang mewakili ahli politik itu berkata, anak guamnya membuat permohonan untuk membubarkan pernikahan terhadap Azma dan Rizal kerana mendakwa dirinya masih suami yang sah kepada wanita itu.

Bagaimanapun Azma Azifazilla membuat bantahan dengan menafikan dia pernah berkahwin dengan plaintif, maka tidak perlu untuk plaintif memfailkan permohonan cerai.

Berdasarkan pertikaian berkenaan, mahkamah mencadangkan supaya defendan memfailkan pembelaan atau mengemukakan bantahan awal sekiranya berpandangan tuntutan plaintif tidak relevan sekaligus memasukkan pembelaan terhadap tuntutan atau mengemukakan bantahan awal secara bertulis kepada mahkamah sebelum kes itu diteruskan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 20 Februari depan, pada masa sama, memerintahkan wanita itu melantik peguam. 

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Azma Azifazilla dan Rizal memberitahu media, mereka berkahwin pada 28 September 2013 di Hulu Langat.

Wan Amizan dikatakan menikahi Azma sebagai isteri kedua beberapa tahun lalu di Thailand dan mendaftarkan perkahwinan mereka di Kelantan.

10 Biji Kepala Babi Dalam Sungai Angkara Siapa?


REMBAU – Bukan satu tapi 10 kepala babi dijumpai dibuang di dalam sungai di Kampung Legong Jaya, dekat sini, semalam.

Kepala babi tersebut ditemui semasa dua agensi kerajaan iaitu Jabatan Perkhidmatan Vaterinar dan Jabatan Pengaliran dan Saliran melakukan tinjauan di kampung tersebut.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi sungai yang terletak di kawasan tanah kebun persendirian itu mendapati kepala babi berkenaan ada yang masih di dalam guni dan ada yang sudah terkeluar serta dihurungi lalat.

Difahamkan, ini bukan kali pertama selonggok kepala babi ditemui di sungai itu. Ia mula dikesan berlaku pada penghujung tahun 2012.
 

Malangnya sehingga kini individu tidak bertanggungjawab berkenaan masih lagi gagal dicekup pihak bertanggungjawab.- SINARHARIAN.

Bayi Meninggal di rumah Pengasuh

KUALA LIPIS - Seorang pengasuh tergamam apabila melihat bayi asuhannya yang berusia lapan bulan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di beret tentera Kem Batalion ke 8 Askar Melayu di Raja (RAMD) Kem Kuala Lipis.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang kelmarin, pengasuh berusia 33 tahun terbabit melihat bayi asuhannya, Harith Haiqal Iqbal Muhamad Yusof, tidak bergerak di atas katil selain mulutnya mengeluarkan buih.

Menurutnya, sejurus melihat keadaan bayi berkenaan, pengasuh terbabit bertindak membawa bayi itu ke Hospital Kuala Lipis untuk pemeriksaan.

“Sejurus sampai di hospital bayi berkenaan disahkan meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan pihak forensik dari Kuantan mengesahkan bayi terbabit meninggal dunia akibat jantung bengkak dan tiada unsur-unsur penderaan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, ibu mangsa, Noor Suzilawati Nordin, 26, menghantar bayinya kepada pengasuh berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi hari berkenaan sebelum pergi ke tempat kerja.

“Hasil maklumat dari ibu bayi terbabit menyatakan bahawa Harith Haiqal tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan tidak pernah dirujuk ke hospital atas penyakit terbabit.
 
“Jenazah Harith Haiqal dituntut oleh ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tempoyang,” katanya.- SINARHARIAN.

Peristiwa 13 Mei Boleh Tercetus Jika Pemimpin dan Rakyat Ramai Yang Makan "Nasi Kangkang"

Abu: Ikut jerlah tanpa berfikir dengan waras!Kena sedikit "gula-gula" pakat jadi Pak Turut.

ISU KANGKUNG BOLEH SEBABKAN 13 MEI KATA PERKASA

    Ketua Penerangan Perkasa Zahid Md Arip
Kumpulan pendesak Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) hari ini tidak menolak isu kangkung yang dimainkan oleh pembangkang dan penyokong Umno boleh menjadi punca berulangnya tragedi berdarah 13 Mei.

Ketua Penerangan Perkasa Zahid Md Arip (gambar) berkata, isu kangkung yang dimainkan kali ini dianggap sebagai keterlaluan malah menyelar pihak pembangkang sebagai “jumud” kerana memperbesarkan hal tersebut.

"Ini terjadi apabila ada satu pihak yang tidak tahu menghormati pemimpin negara dan satu lagi yang cuba mempertahankan institusi apabila dipermainkan begitu.

"Maka sekiranya dibiarkan berterusan yang dimainkan secara melampau maka kemungkinan berlakunya 13 Mei sekali lagi," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun menurut Zahid, Perkasa tetap dengan pendirian mereka yang akan menentang sebarang usaha untuk mengulangi tragedi 13 Mei.

"Kita tetap dengan pendirian tidak mahu 13 Mei kerana menganggap isu itu telah selesai oleh ibu bapa generasi terdahulu," katanya.

Beliau berkata isu kangkung merupakan satu contoh apabila adanya pihak yang menggunakan kebebasan diberikan melebihi had yang ditetapkan.

Katanya, bagaimanapun marah rakyat kepada kerajaan kerana peningkatan kos sara hidup, namun kedudukan Najib sebagai perdana menteri haruslah dihormati semua rakyat di negara ini termasuklah pembangkang.

"Tengok cara isu itu dimainkan apabila keterlaluan melepasi keterbatasan yang ditetapkan maka jahanamlah negara," katanya.

Zahid juga mengambil contoh sebagai isu penarikan balik saman Umno ke atas pemimpin PKR Tian Chua memberikan isyarat jelas untuk pembangkang terus mempermainkan parti Melayu itu.

"Ini merupakan kesalahan daripada ibu pejabat Umno apabila kononya cuba memperlihatkan pendekatan terbuka namun akhirnya dikotak-katikkan pembangkang termasuk dalam isu kangkung ini," katanya.

Malah paling dikesalinya apabila adanya pihak terlalu taksub dengan isu kangkung sehingga telah menenggelamkan perkara lain yang perlu diberi perhatian.

"Ketika dalam satu majlis penyerahan bantuan mangsa banjir baru-baru ini, orang tidak peduli mengenai usaha tersebut sebaliknya bertanyakan pasal isu kangkung.

"Kita tidak faham apa yang begitu besar dengan isu tersebut hina sangatkan perdana menteri menyebut mengenai sayur kangkung," katanya.

Ditanya mengenai provakasi 13 Mei yang dilakukan oleh peserta Umno pada perhimpunan balas “flash mob kangkung” yang dianjurkan pembangkang, beliau mempertahankan tindakan itu sebagai luahan emosi.
"Itu perkara normal apabila orang tengah marah maka mereka tidak boleh kawal perasaan itu macam-macam boleh keluar.

"Kalau nak tuduh ia dicetuskan Perkasa, yang kononnya turut serta perhimpunan itu, mana kita nak tahu, ahli kita banyak," katanya.

Pada Ahad lalu, sebagai serangan balas tarian “flash mob kangkung” yang dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk dari PKR Lee Khai Loon minggu lau, mendakwa pengikut parti itu bertukar ganas hingga menyebabkan dua orang awam tercedera.

Malah pengikut Umno juga dikatakan turut memainkan isu perkauman dan agama sebagai serangan balas kepada Pakatan Rakyat.

Komposer Kassim Masdor Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Komposer veteran yang berkecimpung dalam industri muzik Singapura dan filem Melayu era Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Kassim Masdor meninggal dunia di Hospital Singapura akibat sakit asma malam ini.

Allahyarham yang berusia 76 tahun meninggal dunia kira-kira pukul 9.25 malam ini dan berita pemergian artis veteran itu disahkan rakan baiknya, Datuk Ahmad Nawab.
Menurut Ahmad, 81, Allahyarham Kassim dimasukkan ke hospital kira-kira empat hari lalu akibat menghidap asma.

“Sepatutnya Allahyarham datang ke Malaysia pada 10 Januari lalu untuk menonton konsert Salamiah Hassan, namun dia tiba-tiba sakit sehingga perlu dimasukkan ke hospital.

“Hari ini, hati saya terdetik untuk menghubunginya untuk mengetahui keadaan kesihatannya tetapi tidak berjawab.

“Mujurlah saya ada seorang rakan di Singapura dan kira-kira pukul 10.15 malam ini dia menghubungi saya sambil menangis memberitahu Kassim sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Blok 512 Choa Chu Kang St. 15 #04-258, Yew Tee North 5 dan akan dikebumikan sebelum solat Zuhur, esok. - UTUSAN ONLINE.

Friday 17 January 2014

Harga Barang Naik Disebabkan Cuaca, Kangkung Jugaklah Ni!

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam tentang kenaikan kos barang naik seperti sayuran, ikan dan buah-buahan kerana cuaca buruk adalah sangat mengecewakan.

 “Sekali lagi Khairy, yang awal menunjukkan kerunsingan tentang kenaikan barang, berpatah balik untuk menyokong tindakan bossnya,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, Khairy Jamaluddin mengikut ingatan umum, sememang pantas dan licik melakukan sedemikian ’membodek bossnya’ mengikut rekodnya.

Menurutnya, beberapa pakar ekonomi seperti Dr Yeah Kim Leng dari RAM telah mengingatkan Putrajaya supaya tidak melakukan tarikan subsidi serentak (restrained) ditambah dengan pengenalan GST tahun depan pasti inflasi.

Ini, ujarnya kerana mengikut beberapa Investment Bank (IB) termasuk RHB dan Maybank meramalkan inflasi paling buruk setinggi 3.0% hingga 3.5% tahun 2014 dan 4.0% tahun depan bahkan lebih lagi selepas GST.

“Betul, Khairy wajar diingatkan Ekonomi 101 bahawa Inflasi jenis ini yakni ‘kenaikan kerana kos’ atau cost-push inflation berbeza dengan ‘kenaikan kerana permintaan’ atau demand pull-inflation, boleh disebabkan kerana cuaca buruk,” jelasnya yang juga AJK PAS Pusat.

Tetapi, tambah beliau sifat inflasi disebabkan cuaca ialah ‘sementara’ atau temporaryprice hike or disruption.

“Tetapi yang kita hadapi ini bukan satu yang bersifat sementara. Khairy wajar tahu,” ujarnya.

Beliau menjelaskan sifat inflasi ini ialah sustained inflationary pressure dan trend ini akan berkekalan selagi faktor-faktor punca pencetusnya tidak ditangani.

Katanya lagi, faktor-faktor itu ialah “tarikan subsidi” secara “serentak” pelbagai barang ‘kritikal’ seperti bahan bakar – petrol dan diesel, gula, tarifelektrik dan kos pengangkutan awam termasuk tol di samping amalan monopoli yang megherot pasaran, penswastaan dan perjanjian konsesi yang tempang yang menaikkan kos seperti tol lebuh raya dan tarif elektrik dan subsidi yang regresif atau tidak kena sasaran seperti berbilion ringgit kepada IPP.

“Maka Inflasi ini ialah hasil cetusan Putrajaya – Putrajaya-induced inflation dan kalau akhirnya memuncak sebagai kemelut maka ia adalah ‘Krisis-Ciptaan Putrajaya atau  Putrajaya-induced crisis,” ujarnya

Isu Tudung: Pengurusan Sekolah SJKC Nan Ya mohon maaf . Orang Islam Ini Bila Pula Nak Minta Maaf dan Insaf?

KOTA TINGGI - Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya hari semalam memohon maaf secara terbuka kepada seorang guru mualaf sekolah itu yang sebelum ini dilaporkan diugut dan dipaksa membuka tudungnya jika ingin terus mengajar di sekolah itu.

ABU: Tahniah kepada jentera Melayu Islam UMNO yang berjaya mentarbiah nenek-nenek di bawah ini pakai tudung dan menutup aurat hasil perjuangan lebih 50 tahun. 



Pakai tapi serupa tak pakai.
Bukankah elok jika begini.


Lebih molek begini.

Lebih besarkah kedudukan mereka daripada hamba Allah di bawah ini.

Pengerusi sekolah itu Phang Ah Ngang, 72, bersama guru besarnya, Chiew Swee Tuan memohon maaf kepada guru berusia 25 tahun itu di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi dekat sini.
Permohonan maaf itu dilakukan di hadapan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supritenden Rahmat Othman serta Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd Nazri Kasmin dengan turut dihadiri Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak.
Dalam satu kenyataan, Ah Ngang berkata, beliau dengan ikhlas hati memohon maaf secara peribadi kepada guru berkenaan serta masyarakat Islam Kampung Teluk Sengat dan masyarakat Islam di negara ini amnya.
"Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia," katanya yang kemudian berjabat tangan dengan guru tersebut sebagai tanda permohonan maafnya. - Kosmo!

"Berfikir sejenak lebih baik daripada beribadah setahun".

Bekas Ahli parlimen Sik, Dato' Dr Wan Azmi Ariffin Meninggal Dunia

Bekas Ahli parlimen Sik, Dato' Dr Wan Azmi Ariffin telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 7.50 malam tadi.

Allahyarham meninggal dunia di Pusat Rawatan Kedah, KMC.

Jenazah allahyarham akan disembahyangkan di rumahnya di Kampung Sadu, Sik pada jam 11.00 pagi hari ini.

Beberapa rakan karib dan pemimpin setempat menyifatkan pemergian allahyarham sebagai satu kehilangan yang besar kepada UMNO dan masyarakat yang pernah merasa jasa dan khidmat Allahyarham. 

Al-fatihah.

Selepas Kerajaan PAS Terengganu,Kerajaan 11 Bulan Perak, Kerajaan PR Kedah dan Kini Kerajaan PR Selangor....Pemimpin PR Tidak Pernah Belajar Dari Kesilapan!


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hampir hilang pekerjaannya dua malam lalu apabila timbalan presiden parti Azmin Ali dan penyokong mencadangkan beliau disingkirkan daripada kerusi itu.


Ia berlaku rentetan kemarahan penyingkiran Azmin berkenaan penyingkirannya daripada lembaga pengarah PKNS, namun ia diselamatkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak cadangan itu.

The Malaysian Insider difahamkan cadangan itu hangat dibahaskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada malam Rabu lepas yang dipengerusikan oleh Anwar di ibu pejabat parti.

"Saya tidak menghadiri mesyuarat malam tadi kerana perkara-perkara lain tetapi saya diberitahu perkara itu," kata Exco Selangor Elizabeth Wong yang juga ahli MPP kepada The Malaysian Insider.

Sorang lagi ahli MPP mengesahkan bahawa Azmin membuat cadangan agar Khalid diminta berhenti daripada menjadi menteri besar tetapi Anwar menolaknya.

"Cadangan itu hangat dibincangkan dalam mesyuarat tetapi Anwar akhirnya menolak idea memecat Abdul Khalid,"satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha akhbar Khalid,  Arfa'eza Aziz memberitahu The Malaysian Insider, mereka juga ada mendengar cadangan yang dibuat pada mesyuarat itu.

Khalid sedang berkhidmat untuk penggal kedua sebagai Menteri Besar walaupun PKR hanya mempunyai 14 kerusi manakala DAP rakan kongsinya dan PAS masing-masing memegang 15 kerusi dalam Dewan Negeri yang mempunyai 56 kerusi itu selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Walaupun popular, Khalid tidak memegang sebarang jawatan utama parti sedangkan Azmin juga adalah Pengerusi PKR Selangor. Kedua-duanya dilihat sebagai penyokong Anwar tetapi menjadi pesaing dalam parti yang akan mengadakan pemilihannya pertengahan tahun ini.

Azmin menjadi sorotan baru-baru ini apabila beliau dikatakan telah dipecat daripada lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sumber berkata, rasa tidak puas hati kerana dipecat itu menjadi sebab utama mengapa beliau mencadangkan agar Abdul Khalid dipecat sebagai MB Selangor.

Anwar dalam sidang medianya semalam menolak cadangan kerajaan negeri untuk memecat Azmin kerana sepatutnya beliau berkhidmat sehingga 2015.

Bagaimanapun, Khalid telah menjelaskan bahawa beliau ataupun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN atau Exco) tidak pernah membuat keputusan untuk membuang Azmin.

"Ia dibuat oleh Pengurus Besar (GM) PKNS," kata Khalid dalam sidang medianya selepas mesyuarat Exco Selangor semalam.

Anwar dalam sidang medianya hari ini berkata pemecatan Azmin tidak sah kerana hanya MB dan Exco sahaja berkuasa membuat tindakan itu.

Pengurus Besar PKNS Othman Omar bertindak menghantar surat kepada Azmin bagi memaklumkan beliau (Azmin) telah dipecat daripada lembaga pengarah PKNS.

Surat ini berdasarkan kertas Exco yang dihantar balik kepada PKNS yang tidak memasukkan nama Azmin dalam senarai lembaga pengarah dengan hanya dibiarkan kosong.

Exco hanya memutuskan dua nama iaitu Iskandar Samad daripada PAS dan Datuk Teng Chan Khim daripada DAP manakala satu lagi nama tidak diisi.

Berdasarkan kertas ini PKNS mentafsirkan Azmin telah dipecat. Namun pejabat MB  mempertikaikan apa hak PKNS membuat tafsiran sendiri dan bertindak tanpa merujuk kepada pengerusi lembaganya yang juga MB Selangor.

Pejabat MB berkata, besar kemungkinan Khalid mahu membuat perbincangan dengan partinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perlantikan.

Khalid berkata, nasib Azmin akan dibincangkan oleh Exco namun tidak menetapkan tarikhnya. – TMI 

Anuar Sarankan Tiada Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Faya


DSAI_SPR  
PETALING JAYA 17 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak boleh diadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya ketiika masih diterajui pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia ada.
LaporanKatanya, SPR sehingga hari ini masih gagal menyelesaikan pendedahan ratusan penyelewengan dan salah laku sepanjang pilihan raya umum ke-13 pada Mei 2013.
"Mengapa SPR dalam format yang ada sekarang ini diberi kuasa untuk meneruskan persempadanan semula?
"Dia (SPR) tidak ada wibawa. Dia (SPR) terlibat dalam kes penipuan. Masih tidak selesaikan pembersihan senarai daftar pemilih.
"(Dengan pimpinan lama) adakah masih mahu teruskan dengan tanggungjawab baru? kata Anwar pada seidang media di ibu pejabat KEADILAN, semalam.
Pakatan Rakyat melalui KEADILAN, Pas, DAP termasuk pasukan Pemantau Bersih sebelum ini mendedahkan ratusan penyelewengan, malah 60 petisyen keputusan turut dibawa ke mahkamah pilihan raya.
Justeru tegas Anwar, persempadanan semula yang dibenarkan dalam tempoh 10 tahun tidak boleh dijalankan oleh SPR dan pengerusinya harus meletakkan jawatan serta-merta.
Cadangan ini pernah disuarakan sebelum ini oleh bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah yang mendesak ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof diberhentikan serta merta.
KEADILAN sebelum ini melalui pasukan khas bagi mengkaji maklumat dan sistem persempadanan semula menegaskan, tiga kriteria utama perlu diselesaikan SPR seblum cadangan itu dipertimbangkan.
Antaranya, jurang perbezaan pengundi antara parlimen dikurangkan sebanyak 15 peratus, jumlah kerusi di Sabah dan Sarawak kekal sekurang-kurangnya 26 peratus daripada keseluruhan jumlah kerusi parlimen dan satu-satu kawasan parlimen tidak sepatutnya melebihi tiga Majlis Perbandaran.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini menggunakan alasan bahawa proses itu pernah dijalankan pada 1958, 1974, 1984 dan 1994.
Justeru kata Anwar, cadangan SPR menggesa Pakatan Rakyat menerima persempadanan semula kononnya ia menguntungkan semua pihak tidak masuk akal.
"Pendirian KEADILAN dan Pakatan Rakyat dari awal sama seperti pendirian Bersih. Kita membantah cadangan SPR," tegas Anwar.

Tuesday 14 January 2014

Pegawai eksekutif mengaku tidak bersalah rakam suri rumah mandi

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Seorang pegawai eksekutif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan merakam video seorang suri rumah yang sedang mandi tanpa berpakaian di sebuah kondominium, empat hari lalu.

Suspek terakhir kes samun M-16 diberkas

KOTA BHARU 15 Jan. - Setelah dua minggu diburu, suspek terakhir kes samun bersenjatakan raifal M-16 di sebuah kedai runcit di Tanah Merah dekat sini, akhirnya berjaya diberkas polis kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Murni, Wakaf Bharu, dekat sini kira-kira pukul 8.30 malam.

Dalam serbuan tersebut, kata beliau, polis merampas dua laras senapang patah jenis ‘Harrington’ dan ‘Beretta’ serta sepucuk pistol tiruan jenis ‘Glock’.

Tambah Jalaluddin, pihak polis turut menjumpai 1,178 butir peluru jenis pelbagai jenis dan satu plastik cerah mengandungi peluru bebola plastik milik suspek dalam serbuan tersebut. - UTUSAN ONLINE.

Kes saman Umno-Mustafa Ali selesai

 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan dua lagi hari ini terlepas daripada tuntutan saman daripada Umno apabila kes tersebut telah diselesaikan melalui proses mediasi.

Menurut peguam Umno Raihanah Ashriqin Ariffin, persetujuan dicapai dalam mediasi di hadapan hakim Zainal L Salleh pada 13 Januari lalu di Mahkamah Kuala Lumpur.

"Pada ketika itu, persetujuan telah kita capai untuk gugurkan kes, Datuk Mustafa pada ketika itu mendakwa tidak merujuk kepada Umno berhubung penyebaran video lucah tersebut," katanya selesai keputusan mediasi dibacakan di hadapan hakim Datuk John Louis O'hara.

Umno menyaman Mustafa ekoran kenyataan yang diterbitkan dalam laman berita portal The Malaysia Insider dan Harakahdaily pada 12 dan 13 April tahun lalu.

Monday 13 January 2014

Selamat Menyambut Maulidurrasul


KUALA LUMPUR: Dalam menyambut dan meraikan hari kebesaran junjungan Nabi Muhammad SAW, umat Islam juga perlu melihat keperibadian dan perjuangan Rasulullah SAW yang perlu dijadikan amalan seharian.

Dengan mengingati semangat perjuangan dan mencontohi keperibadian Rasulullah SAW, ia juga sebagai satu platform untuk kita bersama-sama mengingatkan kepada masyarakat untuk menjalani kehidupan ini mengikut cara yang diamalkan Nabi Muhammad SAW.



Selebriti, Leman Raja Lawak, berkata Maulidur Rasul yang saban tahun disambut di negara ini memang baik bagi mengingatkan umat tentang perjuangan dan keperibadian Nabi Muhammad SAW.

Namun, beliau berpendapat sambutan itu juga bukanlah sekadar sambutan semata-mata tanpa memahami dan mengambil segala aspek keperibadian dan perjuangan Rasulullah SAW untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Katanya, umat Islam di negara ini perlu menjadi muslim haraki, yang mengikuti sistem yang diperkenalkan dan dilaksanakan Rasulullah SAW.

"Jika umat Islam tidak menjadi muslim haraki, dia tidak tahu apa yang Rasulullah SAW ajarkan, sama ada dari aspek politik, ekonomi, sosial dan sebagainya," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Leman, yang kini giat bersama PAS cuba mencontohi sedikit sebanyak keperibadian Rasulullah SAW dalam kehidupan sehariannya.

"Saya pun masih belajar lagi. Saya cuba perlahan-perlahan. Kalau dahulu, saya ni seorang pemarah. Mudah memberontak. Tapi sekarang ini saya cuba mengawal kemarahan saya. Jadi lebih 'cool' sikit," cerita beliau.

Katanya, beliau cuba mengambil contoh sifat Rasulullah SAW yang bertenang dan bersabar ketika ditentang sewaktu menyampaikan dakwah.

"Rasullulah SAW tetap bersabar dan bertenang, malah berhemah pula dengan golongan yang menentang apa yang diperjuangkannya. Jadi saya cuba untuk mencontohi sifat-sifat tersebut," kata beliau yang mengakui pada peringkat awal menyertai PAS turut mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

Sunday 12 January 2014

Musim Cikgu Mengamuk Dan Ada Yang Kena Tumbuk. Awas Pegawai-pegawai, Timbalan Menteripun Kena Tumbuk!


Kamalanathan kena tumbuk

HULU SELANGOR: Kerana tidak puas hati dengan layanan diberikan terhadap bapanya, seorang lelaki bertindak menumbuk Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan hingga mengalami kecederaan di bahagian leher, di pejabatnya di sini, petang tadi.

Sebelum kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Kamalanathan dikatakan bertemu dengan bapa suspek yang meminta bantuannya untuk urusan memindahkan menantunya yang bertugas sebagai guru di selatan tanah air.

Bagaimanapun, setelah diterangkan yang beliau hanya mampu memberikan sokongan, bapa suspek bertindak merayu hingga menyatakan sanggup mencium kaki Timbalan Menteri terbabit.

Terkejut dengan tindakan lelaki itu, Kamalanathan memintanya untuk beredar dari situ.
Beliau terus menghadiri perjumpaan lain di pejabatnya.

Sebaik tiba, beliau berjabat tangan dengan setiap ahli yang menghadiri perjumpaan berkenaan sebelum ditumbuk suspek yang kemudian menuduhnya menghalau bapanya siang tadi.

Sehubungan itu, Kamalanathan terus membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Beruntung dekat Bukit Sentosa sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan kejadian dan memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 324 kerana mendatangkan cedera.

Isu Penggunaan Kalimah Allah: Mengapa Jadi Keliru?

ABU: Pada asasnya seluruh umat manusia bertuhankan Allah namun mereka menjadi sesat kerana kelalaian sebahagian ulamak dan pemimpin pada zaman mereka.Atas kelalaian ulamak dan pemimpin pada zaman itu maka kesesatan tersebut berkesinambungan hingga ke hari ini. Justeru Ulamak dan penganut Islam haruslah berperanan mendekati dan membetulkan kesilapan itu secara hikmah dan ilmiah bukan secara semberono,bertindak biadab dan bodoh.

Penganut Sikh tidak terjejas dengan larangan penggunaan kalimah ‘Allah’- Karpal.




KUALA LUMPUR, 10 JANUARI: Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menegaskan penganut agama Sikh tidak terjejas dengan perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap penggunaan perkataan ‘Allah’ kerana sudah diguna sekian lama dan tidak ada larangan ke atas mereka.
“Tidak ada larangan untuk penganut Sikh kerana ia memang tertera sebanyak 37 kali dalam kitab sucinya,” katanya merujuk titah Sultan Selangor yang melarang bukan Islam menggunakan perkataan ‘Allah’ di Selangor, memetik laporan The Malaysian Insider.
Pada November tahun lalu, Sultan menitahkan semua rakyat di negeri itu perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988.
Namun, ia menjadi perdebatan hangat apabila Editor Mingguan Katolik, Herald, Paderi Lawrence Andrew turut menyatakan akan tetap menggunakan perkataan ‘Allah’.
Kenyataan Lawrence itu berdasarkan Penyelesaian 10 Perkara pada 2011 yang diperakui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membenarkan perkataan ‘Allah’ digunakan dalam Bahasa Melayu atau Indonesia, bahasa asli Sabah dan Sarawak di seluruh negara.
Majlis Gurdwara Malaysia, Oktober tahun lalu juga bertegas bahawa seramai 350,000 penganut Sikh akan tetap menggunakannya di dalam amalan agama mereka kerana sudah lama terkandung dalam kitab Grand Sahib dan sudah digunakan di seluruh dunia selama enam abad.
Karpal yang juga Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor turut mengulangi saranan supaya Mahkamah Persekutuan mendengar dan menerima rayuan Herald berhubung penggunaan kata nama itu.
“Keputusan mahkamah itu tentunya akan memberi kesan terhadap hak perlembagaan kepada orang bukan Islam,” ujarnya. -Roketkini.com.

Siapa Yang Keliru?
KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari mempersoalkan siapa sebenarnya keliru dalam isu kalimah Allah yang telah ditimbulkan sejak kebelakangan ini.

Beliau pada program wacana "Polemik Kalimah Allah dan Rampasan Bible, antara undang-undang dan sensitiviti agama" anjuran PAS Lembah Pantai semalam di KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) menjelaskan golongan yang keliru adalah mereka yang tidak mengetahui apa itu Islam secara mendalam.

"Saya tidak nampak siapa yang keliru dalam isu ini, penjelasan daripada penganut Kristian dan mereka yang hadir mendengar wacana tidak ada seorang pun yang keliru.


"Malah di luar sana kebanyakkan mereka boleh menerima kerana tidak ada satu pun ancaman yang timbul.


"Kalau tidak ada yang keliru, jadi mereka yang memperbesarkan isu ini sebenarnya keliru. Kalau golongan yang faham sebenarnya erti Islam tidak timbul perasaan keliru tetapi jika sebaliknya inilah yang terjadi," jelas beliau di hadapan kira-kira 200 yang hadir.

Beliau yang turut mempertikaikan pandangan sesetengah pihak mengatakan wujud ancaman kepada umat Islam di negara ini apabila kalimah Allah diguna oleh masyarakat Kristian. Katanya, masyarakat Islam merupakan golongan majoriti di negara ini dan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, adalah suatu yang mustahil jika golongan Kristian yang minoriti mampu mengancam keamanan negara ini.

"Wujud ancaman, saya tidak nampak langsung ancaman kepada umat Islam di negara ini. Kita berada dalam kelompok majoriti dan bagaimana golongan minoriti dapat mengancam kita.


"Semua kenyataan tersebut tidak boleh diterima akal, negara mempunyai undang-undang dan kita berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam adalah agama rasmi, jadi bagaimana Kristian boleh timbulkan ancaman.


"Saya tegaskan Perlembagaan yang ada tidak pernah gagal dalam pelaksanaannya, tetapi yang gagal adalah kita yang tidak dapat memahami roh dalam Perlembagaan tersebut termasuk juga gagalnya kita memahami apa Islam sebenarnya," sambung beliau.

Menurut beliau, isu yang telah ditimbulkan ini telah memberikan publisiti negatif kepada negara di peringkat antarabangsa kerana gagal mewujudkan suasana hormat menghormati antara pelbagai kaum dan anutan agama. Malah jelasnya lagi, isu tersebut sengaja disebarkan bagi tujuan keuntungan kepada pihak tertentu sahaja.

"Negara ini telah mendapat publisiti negatif secara percuma kerana kita gagal mewujudkan suasana harmoni dan saling menghormati antara pelbagai kaum dan agama.

"Agenda ini hanya untuk keuntungan kepada pihak tertentu sahaja, yang bertujuan untuk kepentingan politik serta mengalihkan isu yang lebih penting seperti bebanan hidup yang dihadapi oleh rakyat.


"Sebelum ini isu 13 Mei dihangatkan bagi menakutkan orang Melayu terhadap kaum Cina, kemudiaan Syiah pula diperluaskan dengan menuju kepada pimpinan PAS sebagai menarik undi Melayu dan sekarang cuba menakutkan Melayu dengan Kristian, jadi agenda-agenda sedemikian kita perlu berhati-hati agar tidak termasuk dalam perangkap," jelasnya.

Beliau yang meminta agar semua pihak membuat tindakan susulan untuk merungkaikan kekeliruan dan salah faham yang sengaja disebarkan oleh pihak tertentu untuk mendapat keuntungan politik semata-mata.

"Isu seperti ini memang diberi perhatian oleh masyarakat Melayu dan saya berharap usaha yang bersungguh-sungguh perlu dibuatkan bagi memberi penjelasan kepada orang Melayu agar mereka lebih faham dan tidak termakan dengan komen atau pandangan sempit serta negatif yang tidak selaras dengan masyarakat majmuk negara ini.


"Sebagai umat Islam yang sepatutnya menegakkan yang makruf dan menegahkan yang mungkar, sepatutnya mereka perlu hayati konsep Islam itu yang dibawa oleh Rasulullah SAW sebelum ini untuk kesejahteraan seluruh masyarakat dunia dan bukan untuk golongan tertentu sahaja," sambung beliau.

Beliau yang pada masa yang sama turut memberitahu apa yang diperkatakan bukan bermaksud menentang keputusan istana tetapi bagi meredakan kekeliruan yang wujud dalam masyarakat negara ini terutamanya golongan Melayu.

Turut menjadi panel pada wacana semalam adalah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat serta Setiausaha Agung National Evangelical Christian Fellowship Malaysia (MECF), Eugene Yapp. (HD).

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR