Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday, 20 October 2015

Ahli PAS Sedia Hadapi Saman Mohd Hatta Ramli


Ali (tengah) menunjukkan surat saman yang diterimanya, pada sidang media di Taman Krai, semalam.

KUALA KRAI - “Jumpa di mahkamah,” itu respons ahli Pas yang disaman bekas Ahli Parlimen Pas Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli Md Ramli berhubung kenyataan dikeluarkannya di laman sosial, Facebook, 11 September lalu.

Ali Omar, 28, berkata, dia tidak akan menarik balik kenyataannya itu yang didakwa pemimpin terbabit sebagai fitnah dan tidak akan membuat kenyataan maaf secara terbuka.

Ali menerima saman kelmarin daripada Mohd Hatta (kini menyertai Parti Amanah Negara) menuntut permohonan maaf, penarikan balik tuduhan dan bayaran ganti rugi berjumlah RM3 juta.

Ali berkata, sebagai penyokong dan pengundi dia berhak meluahkan rasa tidak puas hati terhadap bekas pemimpin Pas itu.

Tindakan diambilnya sebagai mewakili seluruh pengundi dan penyokong Pas Kuala Krai yang telah berjuang menyokong Mohd Hatta sepanjang dua penggal menjadi wakil rakyat.
“Saya bukan saja berjuang berkempen dengan tenaga semata-mata, tapi turut mengeluarkan wang ringgit untuk membantu beliau ketika pilihan raya.

“Saya kecewa dan mahu beliau meletak jawatan untuk lihat sejauh mana sokongan pengundi pada beliau sekarang,” katanya pada sidang media di kediaman bapanya di Taman Krai, semalam.

Hadir sama, Ketua Penerangan Pas Kawasan Pasir Puteh, Drs Zainuddin Awang; bapanya, bekas Ketua Penerangan Pas Kawasan Kuala Krai, Omar Mohamood dan penyokong Pas.

Katanya, dia menulis di Facebook berdasarkan ucapan dan kenyataan daripada Ketua Hakim Syarie dan menulis ketika dalam keadaan sedar.

“Saya menegaskan saya sentiasa bersedia berdepan dengan saman daripada Dr Mohd Hatta Ramli demi perjuangan suci di negeri Kelantan.

“Saya sanggup membayarnya (saman RM3 juta),” katanya.

Kata Ali, dia kini sedang mendapatkan salinan lafaz baiah dan cerai taklik yang ditandatangani oleh pemimpin terbabit.

Sementara itu, Zainuddin berkata, beliau kagum dengan tindakan Ali yang disifatkannya sebagai berani.

Beliau pada masa sama menyifatkan tindakan Mohd Hatta menyaman Ali tidak munasabah kerana pemimpin itu sepatutnya memikirkan soal global berbanding menyaman ahli Pas yang juga penyokongnya ketika memenangi dua PRU.

Monday, 19 October 2015

Ketika Bersama-sama Biarpun Tewas Mat Sabu Memenangkan PAS, Setelah Berpisah Biarpun Hebat Mat Sabu dan GHB adalah Penyumbang Kepada Kemenangan UMNO, BN


Parti Amanah yang diterajui oleh kepimpinan Mohamad Sabu atau lebih glamor lagi dengan panggilan Mat Sabu sebagai ketuanya, yakin dan terlebih pasti bahawa parti Amanah dapat menewaskan parti PAS dan secara tidak langsung take over kawasan Pantai Barat.

Mat Sabu terlebih yakin yang bala tenteranya akan berjaya menewaskan PAS dengan meraih undi orang-orang Melayu di kawasan-kawasan Pantai Barat Semenanjung. Dengan sombong dan bangga dirinya dia berkata, PAS tidak akan mampu untuk bergerak dengan sendiri memandangkan PAS tidak punya hubungan bekerjasama dengan mana-mana parti.

“Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang adalah jelas di mana Dr. Halimah Ali ketinggalan dalam semua peti Melayu tetapi menang atas sokongan pengundi Cina.

“Jika Pas bertanding bersendirian, mereka akan kembali ke era 1980-an,” katanya.

Mat sabu mendakwa walaupun PAS mendapat keputusan yang baik dalam dalam pilihan raya yang lepas tetapi itu semua atas jasa-jasa parti pembangkang yang lain. Meskipun sekarang ni DAP dan PKR masih lagi tak yakin dengan kebolehan Amanah di dalam Pakatan Harapan, namun Amanah yakin bahawa mereka mampu untuk meraih undi kaum Melayu.

Mat Sabu juga tidak bersetuju dengan pendapat parti pembangkang yang lain kononnya Pakatan Harapan tidak boleh menang di kawasan Pantai Barat hanya gara-gara PAS tidak mahu bekerjasama dengan mereka. Huhhhh!! Nampak sangat yang geng Pakatan Harapan ni tahu nak harapkan undi dari penyokong PAS je.

Tak mampu nak raih undi sendiri ke huhuhuuuuuu…..! Tapi parti Amanah ni bukan main lagi egonya, kononnya dorang bukan sahaja mampu untuk rampas undi penyokong PAS tapi nak caras undi penyokong Umno sekali pun takde hal. Hahaaa kita layan jela drama dorang ni..kita tengok je nanti siapa cantas siapa.- TiraGomez/UtaraNews.com

Sunday, 18 October 2015

Alangkah Ruginya Mereka yang Terjun dari Bahtera

 
“Himpunan Hijau di Kedah sebelum PRU 13 pun ramai hadir. Bila pilihanraya kalah, Kedah jatuh! Orang PAS selalu merasa gah dengan jumlah kehadiran.”

Begitulah bunyinya komen seorang pengikut laman sosial apabila memberikan komentar kepada gambar-gambar Himpunan Fastaqim H60k yang saya siarkan di laman muka buku.

Saya pasti dia bukanlah salah seorang hadirin semalam. Mungkin dia juga bukanlah salah seorang yang hadir dalam Himpunan Hijau di Kedah yang dimaksudkan itu. Bukan juga sebagai kader atau petugas parti. Jawatan yang disandang hanyalah sebagai tukang komen dan tukang kritik tanpa tahu apa-apa. Malah tak mustahil dia adalah salah seorang yang bersama kelompok pembuat onar dalam Kerajaan PAS Kedah sehingga akhirnya memberi saham BN untuk kembali berkuasa.

Melihat ratusan ribu pencinta dan pendokong perjuangan Islam hadir dari seluruh pelusuk negara dengan mengabaikan segala kepayahan dan kesukaran, mengeluarkan belanja sendiri tanpa sebarang sponser, bermotosikal meredah Banjaran Titiwangsa, menjadikan masjid dan surau sebagai hotel disambut pula oleh sahabat-sahabat seperjuangan di bumi Kelantan dengan penuh rasa ukhuwwah Islamiyyah adalah suatu hakikat kemanisan hidup berjemaah dan bersaudara yang sukar digambarkan dengan kata-kata dan bait-bait tulisan.

Bertemu dengan seorang teman anggota Unit Amal yang datang dari sebuah negeri utara tanahair. “Allah… Syeikh! Enta sampai bila? Dah makan ke belum? Semalam enta tidur di mana? Sebab apa tak contact ana?” Soal saya bertalu-talu.Teman baik saya ini hanya senyum sambil memeluk erat tubuh saya. Terasa kehangatan ukhuwwah yang telah lama kami bina walau jarang bertemu. “Sampai semalam akhie. Ana tidur Masjid Kubang Kerian. Hehe… derma darah kepada nyamuk sikit.

”Walau menempuh kepayahan dan kesukaran untuk menjadi sebahagian dari lautan manusia semalam, adakah anda perhatikan mereka yang hadir berwajah masam mencuka? Saya tak nak tulis panjang. Biarlah mereka yang hadir jawab.

Yang tak hadir tak akan merasai roh berada dalam kehebatan dan semangat yang mengalir bersama keutuhan tautan ikatan berjamaah.Apa yang dapat saya ungkapkan, satu dahan pokok yang dicantas maka akan bertunas kembali 3 atau lebih tunas baru yang segar.

Alangkah silapnya mereka yang mengambil keputusan untuk terjun turun dari bahtera ini. Silap kerana terjun dari sebuah bahtera besar dengan memiliki daya tahan yang hebat untuk menempuh badai dan gelombang dalam pelayaran. Silap kerana mereka menyangka bahawa bahtera ini akan tenggelam dengan ketiadaan mereka. Silap kerana mereka menyangka bahawa selama ini bahtera mampu belayar hanya kerana mereka. Tanpa mereka maka pelayaran akan terhenti. Rupanya tidak sama sekali. Silap kerana mereka terjun bersama labu-labunya kerana menyangka bahawa labu itu adalah milik mutlak mereka. Sepatutnya kamu nak terjun, silakan terjun. Labu tu hak orang ramai. Jangan dibawa bersama.

Pastinya juga suara-suara yang bernada memperlekehkan kejayaan himpunan ini akan berkumandang paling kurang untuk tempoh berminggu-minggu. Orang yang hatinya penuh hasad dan kebencian, maka begitulah lagak dan perlakuan mereka.

Kalau kita tanya balik, apakah himpunan ini menjadi kudis gatal kepada kamu? Apakah ada keamanan dan ketenteraman kamu telah diganggu? Apakah ada hak kamu yang telah dicerobohi? Apakah peserta himpunan mintak sedekah duit dari kamu? Apakah? Apakah? Banyak lagi soalan kalau kita nak ajukan untuk mengetahui akan kewajaran mereka menzahirkan segala kebencian tersebut. Pokoknya, busuk di dalam akan berbau di luar dalam bentuk ungkapan dan kata-kata negatif. Bagi mereka kalau kehadiran sedikit mereka pertikai, hadir ramai pun pertikai juga. Kepanasan tak tahu punca.

Tulis seorang pengikut dalam ruang komen muka buku saya. “Saya ni orang jahil, ngaji setakat sekolah rendah saja, kerja musim pilihanraya pun setakat pandai gantung bendera saja. Cari makan ala kadar. Himpun duit sebulan nak mari kat himpunan ni. Alhamdulillah… sampai juga saya di Kota Bharu.”Seorang lagi menulis, “Kalaupun doa saya Allah tak pandang sebab saya bukannya orang baik, tapi tak kan dari puluhan ribu orang yang bermunajat di dalam stadium, tak ada seseorang hamba yang Allah sayang dan makbul doanya untuk saya tumpang.

”Apa yang pastinya semalam ramai orang tersenyum lebar.

Saya tanya pekerja sebuah hotel besar yang baru saja dinaik taraf terletak berhampiran dengan Stadium Sultan Muhammad ke IV. “Ada lagi tak bilik kosong?” Jawabnya, “habis!” Katanya lagi, tak pernah sebelum ni sepanjang yang dia ingat, semua bilik hotel penuh.

Lihat senyuman peniaga bila kedai serta warung mereka penuh sesak.

Tak cukup tangan melayan pelanggan. Pasaraya sekitar Kota Bharu juga dipenuhi pelanggan. Pasar Siti Khadijah dipenuhi pelanggan.

Bukankah ini namanya himpunan yang membawa rahmat?

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Sunday, 11 October 2015

Tun Mahathir, Ku Li, Muhyiddin dan Bekas Pemimpin Kanan BN Adakan Sidang Media di Putrajaya

 
Tun Dr Mahathir Mohamad dan musuh politiknya Tengku Razaleigh Hamzah mengambil langkah mengejutkan dengan membuat sidang media bersama bagi menyatakan rasa tidak senang dengan penangkapan bekas ketua Umno Batu Kawan.

Khairuddin Abu Hassan ditahan selepas membuat laporan kepada pihak penguatkuasaan di negara luar, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) berhubung isu 1MDB. Peguamnya Mathias Chang turut ditangkap baru-baru ini.

Sidang media itu berlangsung di Putrajaya hari ini.

Lebih mengejutkan, bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir.

Kedua-dua mereka digugurkan daripada kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

SelaiTun Dr Mahathir Mohamad dan musuh politiknya Tengku Razaleigh Hamzah mengambil langkah mengejutkan dengan membuat sidang media bersama bagi menyatakan rasa tidak senang dengan penangkapan bekas ketua Umno Batu Kawan.

Khairuddin Abu Hassan ditahan selepas membuat laporan kepada pihak penguatkuasaan di negara luar, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) berhubung isu 1MDB. Peguamnya Mathias Chang turut ditangkap baru-baru ini.

Sidang media itu berlangsung di Putrajaya hari ini.

Lebih mengejutkan, bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir.

Kedua-dua mereka digugurkan daripada kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain mereka, bekas menteri besar Kedah dan bekas menteri Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat juga hadirn mereka, bekas menteri besar Kedah dan bekas menteri Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat juga hadir-MKINI

Dr Mahathir, pemimpin BN kecam Putrajaya guna Sosma terhadap pengkritik

Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) hari ini berganding bahu mengkritik Putrajaya kerana menggunakan undang-undang keselamatan baharu ke atas 2 individu kerana dikatakan cuba mensabotaj ekonomi, mengatakan ia sebenarnya digunakan terhadap pengkritik kerajaan.

Mereka menggesa Putrajaya membebaskan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang daripada pendakwaan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.

“Mereka (Putrajaya) mendefinisikan sabotaj ekonomi bergantung kepada keperluan mereka,” kata Dr Mahathir pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini yang turut dihadiri bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kumpulan bekas pemimpin negara itu berkata, kerajaan tidak seharusnya menyalah gunakan akta berkenaan kerana kedua-dua mereka tidak melakukan kesalahan keganasan.

“Kedua-dua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah Sosma hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat, kritikan, serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara,” menurut kenyataan mereka.

Selain Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno, turut hadir ialah naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Sanusi Junid serta bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat. – 12 Oktober, 2015.

HIJRAH : MENGUKUH SOLIDARITI UMMAH

Khutbah Jumaat

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ الْهِجْرَةَ سُنَّةً مِنْ سُنَنِ أَنْبِيَآئِهِ، وَوَسِلَةً مِنْ وَ سَآئِلِ نَشْرِ رِسَالَتِهِ وَإِقَامَةِ شَرِيعَتِهِ.
 أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
بَلَّغَ الرِّسَالَةَ وَأَدَّى الْأَمَنَةَ وَنَصَحَ لِلْأُمَّةَ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ خَاتَمِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَالِينَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُون. قَالَ اللهُ تَعَالَى فِى كِتَابِهِ الْعَزِيزِ:
الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللَّهِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ ﴿٢٠﴾ (سورة التوبة : ٢٠)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Di kesempatan pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk: "Hijrah: Mengukuh Solidariti Ummah".
Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian,
Kita sudah berada di penghujung tahun1436 hijrah dan tahun baru 1437 hijrah pula bakal tiba pada 1 Muharam nanti. Cepat sungguh masa berlalu dan meninggalkan pelbagai peristiwa yang berlaku, sama ada yang menggembirakan atau yang menyedihkan. Saat ini pun, kita masih lagi dilanda masalah jerebu yang menyebabkan beberapa institusi tertentu ditangguhkan operasinya bagi memastikan kesihatan warganya tidak terganggu dan selamat. Mimbar mengingatkan sidang jamaah sekalian, agar mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dari masa ke semasa dan tidak menyampaikan maklumat yang tidak tepat mengenainya. Di samping itu, bersama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT, semoga masalah jerebu di negara kita pulih seperti sediakala dan kita dapat meneruskan rutin seharian dengan selesa.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Setiap kali menjelang Ma'al Hijrah, kita sering memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana kedatangannya telah membawa begitu banyak perubahan kepada diri kita. Namun, persoalan besar yang timbul ialah apakah sebenarnya yang ingin kita hijrahkan dalam hidup ini? Mimbar berpendapat bahawa sesiapa yang ingin melakukan hijrah, dia perlu menjadikan tuntutan iman dan takwa sebagai faktor pendorong di samping kesempurnaan ilmu agar ia menjadi orang yang berjaya dalam hidup ini. Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah Ayat 20:

الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللَّهِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ ﴿٢٠﴾

Maksudnya: "Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar darjatnya di sisi Allah dan mereka itulah orang yang berjaya."

Muslimin yang dirahmati Allah,

Ma'al Hijrah adalah antara bukti ingatan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang menjadi salah satu langkah yang amat strategik dalam memperluaskan syiar Islam. Ternyata, hijrah yang bersandarkan keimanan dan ketakwaan yang padu telah berjaya mengubah landskap pegangan akidah, amalan ibadah, akhlak, sosial dan ketamadunan serta masa depan ummah. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa' Ayat 100:

وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿١٠٠﴾

Maksudnya: "Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati di bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Hari ini kita hidup dalam sebuah dunia yang sering menimbulkan pelbagai konflik baharu yang mengancam kedaulatan agama Islam dan keselamatan negara. Ancaman ini jika tidak ditangani dengan baik akan menimbulkan kemusnahan atas apa yang kita nikmati hari ini. Apa yang membimbangkan, terdapat kumpulan tertentu yang berusaha melebarkan ideologi sesatnya untuk membangkitkan perasaan benci dan permusuhan.

Menyedari hakikat ini, langkah penting seperti pengukuhan sifat sebenar Islam perlu disampaikan kepada masyarakat melalui penjelasan yang berterusan terhadap fahaman-fahaman yang bertentangan dengan prinsip maqasid syariah. Secara tidak langsung, kita mendidik diri dengan penggayaan ilmu pengetahuan dalam memastikan kesucian Islam terpelihara serta mengekalkan perpaduan sesama kita.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Aspek pendidikan adalah sangat penting di dalam membina masa depam umat. Namun peredaran zaman telah memberi kesan kepada perubahan gaya hidup manusia termasuklah cara bertindak dan berfikir. Bagi memastikan Ma'al Hijrah tahun ini lebih bermakna, maka marilah kita sehati sejiwa menjana kualiti diri dengan ilmu agar menjadi benteng keutuhan iman.

Syeikh Doktor Yusuf Al-Qardawi menyatakan, "Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku, ia bertujuan untuk membentuk manusia menghadapi masyarakat yang sering berhadapan dengan kebaikan, kejahatan, kemanisan dan kepahitan."

Kita yakin umat Islam yang berilmu serta terbangun rohaninya tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat. Mimbar bimbang, umat Islam yang lemah ilmu dan rohaninya akan menyebabkan kepincangan dalam pelbagai perkara seperti krisis akidah, akhlak, institusi keluarga dan masyarakat. Marilah kita mengatur semula urusan kehidupan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh syarak demi kebaikan bersama. Hijrah memerlukan pengorbanan yang besar dari segi harta, masa dan tenaga. Apalah ertinya hijrah tanpa pengorbanan kerana pengorbanan itu bukan untuk kepentingan diri dan orang lain, tetapi semata-mata untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Salah satu aspek pendidikan yang perlu diberi penekanan juga ialah penjagaan kesihatan yang merangkumi fizikal, mental dan psikologi. Langkah-langkah seperti bersukan, sebaik-sebaiknya dipupuk semenjak dari awal lagi supaya menjadi budaya. Bahkan bersukan dapat mengurangkan tekanan yang ada semasa bekerja dan belajar. Mimbar juga ingin menegaskan bahawa membudayakan gaya hidup sihat saling berkait rapat antara kesihatan jasmani dan rohani. Gabungan sihat jasmani dan rohani akan menentukan prestasi dan tempoh hayat seseorang. Sebab itu kesihatan menjadi harta yang amat bernilai kepada kita dan Islam menuntut untuk menjaganya. Antara yang ditekankan oleh Islam adalah bersederhana dalam pengambilan makanan dan minuman kerana amalan ini mampu mengelakkan kita daripada pelbagai penyakit kronik. Justeru itu terdapat beberapa aktiviti bersukan atau beriadhah yang menjadi sunnah Rasulullah SAW seperti diberitahu oleh Saiyidina Umar RA bahawa:

عَلِّمُوْا أَوْلَادَكُمُ السِّبَاحَةِ وَالرِّمَايَةِ وَمُرُوهُمْ فَلْيَبُثُّوْا عَلَى ظُهُورِ الْخَيْلِ وَثْبًا

Maksudnya: "Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda."

Sidang Jumaat yang dimulikan Allah,

Hidup sihat dan kedatangan tahun baru hijrah, memberi banyak pengajaran dan ujian kepada kita supaya kita sentiasa kuat, bersabar dan bersaing dalam menjadi yang terbaik. Kunci kepada kekuatan tersebut adalah disebabkan sikap kesederhanaan yang kita amalkan. Kesederhanaan yang dimaksudkan adalah kebenaran dan menunjukkan kekuatan untuk menegakkan keamanan dan meletakkan kepentingan umat sebagai keutamaan. Justeru, tuntutan hijrah pada hari ini bukan lagi sekadar perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, tetapi ianya adalah suatu transformasi atau perubahan minda dan budaya hidup yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Firman Allah SWT dalam Surah Al-'Ankabut Ayat 26:

فَآمَنَ لَهُ لُوطٌ ۘ وَقَالَ إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَىٰ رَبِّي ۖ إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿٢٦﴾

Maksudnya: "Maka Lut membenarkannya dan Ibrahim berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru marilah kita sama-sama bertindak secara pro-aktif bagi memastikan masa depan umat lebih cemerlang dengan mengambil usaha-usaha seperti berikut:

Pertama: Melakukan penghijrahan dengan memperkasa ilmu yang menjadi teras membina masa depan keluarga, generasi dan negara.

Kedua: Membuat kajian dari semasa ke semasa tentang kekuatan, kelemahan, cabaran dan ancaman yang dihadapi dalam membina umat yang cermerlang dan

Ketiga: Merancang dan menyediakan plan tindakan supaya matlamat membina masa depan umat yang cemerlang memenuhi keperluan dunia dan akhirat.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ﴿٧﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ ﴿٨﴾

Maksudnya: "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" (Surah al-Zalzalah:7 - 8)
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.



Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِي نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنُؤْمِنُ بِهِ وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْهِ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ،
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ سَيِّدُ 
 الْخَلَائِقِ وَالْبَشَرِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ عَبْدِكَ وَرَسُلِكَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى أَمَرَكُمْ بِأَمْرٍ بَدَأً فِيهِ بِنَفْسِهِ وَثَنَّى بِمَلآئِكَتِهِ الْمُسَبِّحَةِ بِقُدْسِهِ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى مُخْبِرًا وَآمِرًا:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan Malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada (Muhammad SAW), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."

وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الْأَرْبَعَةِ الْحُلَفَاءِ الرَّشِدِينَ، سَادَاتِنَا أَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ بْنِ أَبِى طَالِبٍ، وَعَنْ أَزْوَاجِ نَبِيِّنَا الْمُطَهَّرَاتِ مِنَ الْأَدْنَاسِ، وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ وَقَرَابَتِهِ وَسَائِرِ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ، وَارْضَ عَنَّا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan-Mu, negara kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan, tanamkanlah rasa kasih sayang di antara kami, kekalkanlah perpaduan di kalangan kami, semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, makmur dan selamat sepanjang zaman.
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ وَخَيْرِ مَا فِيهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ وَنَعُذُبِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya san kenaikan apa yang diperintahkan dengannya dan kami memohon dengan-Mu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya.
Ya Allah, bukakanlah hati kami untukmelaksanakan ibadat zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan. Berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan pewakaf-pewakaf yang telah menginfaqkan harta mereka ke jalan-Mu. Sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.
Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ،
فَيَاعِبَادَ الله، اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang Google Drive. Klik sini.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR