Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday, 12 July 2016

Siapa disebalik Penubuhan SAKSAMA

SHAH ALAM: Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR), Lina Soo menegaskan Parti Altenatif Rakyat (PAP) ada menyertai perbincangan bersama enam lagi parti lain untuk menubuhkan Gabungan Rakyat Saksama (Saksama).

Malah, beliau nyata terkejut dengan kenyataan Presiden PAP Zulkifli Mohd Noor yang menafikan penggabungan itu, sedangkan parti itu ada menghantar wakil untuk menyertai siri perbincangan yang diadakan sebelum ini.

Menurut Lina, tiga siri perbincangan tersebut diadakan pada Jun lalu bagi memuktamadkan Perjanjian Persefahamam (MOU) untuk merealisasikan gabungan berkenaan sebelum membuat pendaftaran di Pendaftar Pertubuhan (RoS).

"Itu sesuatu yang mengejutkan bagi saya kerana kita telah adakan siri perbincangan.

"Kita adakan tiga siri perjumpaan, dan langkah seterusnya adalah untuk menandatangani perjanjian persefahaman. Tujuh parti yang disenaraikan adalah parti yang pernah mengadakan perbincangan dengan kami," katanya ketika dihubungi.

Semalam Zulkifli mengeluarkan kenyataan menafikan sekeras-kerasnya penglibatan parti Semenanjung itu dalam mewujudkan blok pembangkang lain selain Pakatan Harapan (PH), dan Blok Ketiga gabungan antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Ikatan.

Lina dalam satu laporan berkata, gabungan parti baru itu ditubuhkan kerana gabungan PH dilihat gagal memberi saingan sengit kepada BN malah perpecahan antara pembangkang dan sudah tidak sehaluan menyebabkan tindakan itu terpaksa diambil.

Saksama adalah gabungan parti-parti politik dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Ia terdiri daripada STAR, Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU), Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan), Parti Rakyat Bersatu Malaysia (MUPP), Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Parti Alternatif Rakyat (PAP) dari semenanjung.

Dalam siri perbincangan itu, PAP diwakili Naib Presidennya, Santokh Singh, Setiausaha Agung PAP David Dass, dan Setiausaha Antarabangsa PAP, Balachanthar.

Manakala Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) diwakili Timbalan Presidennya, Patrick Anek Uren, Jack iau (Presiden Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan), Abdul Banning Mohamad (Presiden Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU) dan Lina Soo selaku Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR).

Mengulas mengenai parti yang menyertai Saksama tidak boleh menubuhkan cawangan di negeri lain, Lina berkata ia adalah perjanjian asas untuk menyaingi BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

"Itu adalah persefahaman asas, parti di Semenanjung Malaysia boleh beroperasi di Semenanjung Malaysia sahaja, parti di Sabah beroperasi di Sabah, dan parti di Sarawak harus beroperasi di Sarawak.

"Tidak perlu parti lain ditubuhkan di negeri lain, di Semenanjung terdapat banyak orang Sarawak dan Sabah. Tidak perlu untuk kita buka cawangan di sana sebenarnya," jelasnya.

Tun Mahathir dijangka tubuh parti baharu 


Sementara itu Malaysiakini pula melaporkan,selepas lebih sedekad mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin kembali aktif dalam politik dalam usaha untuk mengalahkan seterunya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Spekulasi bertiup kencang bahawa doktor perubatan berusia 91 tahun itu bakal menerajui sebuah parti politik baru, yang terdiri daripada bekas ahli Umno.

Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, kemungkinan itu sedang dipertimbangkan.

“Kita akan adakan mesyuarat pada Khamis ini, jam 3 petang dengan semua pemimpin Pakatan Harapan untuk perbincangan menghadapi pilihan raya umum ke-14.

“Kita tengah pertimbangkan penubuhan parti baru yang bakal diterajui Tun Dr Mahathir,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, sambutan daripada pemimpin pembangkang adalah menggalakkan setakat ini.
“Kita dapat respon yang menggalakkan dari parti pembangkang Pakatan Harapan.

“Kita akan bersama dengan Pakatan Harapan, bergabung tenaga utk menentang salah laku rasuah dan perbetulkan kepimpinan,” katanya.

Cadangan penubuhan sebuah parti baru timbul beberapa minggu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz dipecat daripada Umno kerana bekerjasama dengan pembangkang.

Muhyiddin ketika itu berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan satu platform politik baru.

Walau bagaimanapun, Khairuddin berkata kedua-dua Muhyiddin dan Mukhriz tidak akan hadir pada mesyuarat Khamis ini di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, kerana mereka berada di luar negara.

Bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, juga telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat, katanya.

Shafie meninggalkan Umno dua minggu lalu selepas beliau digantung oleh Majlis Tertinggi.
Mahathir dan pembangkang telah menjalinkan kerjasama di bawah gerakan Selamatkan Malaysia dalam usaha untuk menggulingkan perdana menteri.

Walau bagaimanapun, kempen itu ternyata tidak berkesan apabila pilihan raya kecil berkembar di parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan BN memperolehi kemenangan besar.

Malaysiakini difahamkan bahawa pembangkang berbelah-bahagi sama ada Dr Mahathir harus mengetuai usaha berkenaan.

Ada yang beranggapan adalah tidak sesuai untuk bekas perdana menteri yang juga pernah dilemparkan dengan pelbagai salah laku dan penyalahgunaan kuasa, untuk mengetuai pembangkang yang lantang dengan desakan untuk pembaharuan.

Walau bagaimanapun, ada yang berhujah bahawa pembangkang yang lesu dan begitu rapuh hari ini memerlukan kepimpinan dan hala tuju, yang boleh dibekalkan oleh Dr Mahathir.

Baru-baru ini, mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengutus surat pedas, memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin PKR terhadap bahaya bekerja dengan Mahathir.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR