Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday, 3 February 2013

Cara UMNO Barisan Nasional Memartabatkan Bahasa Melayu Dan Islam

Jika diamati kepada ucapan dan dasar perjuangan, seolah-olah golongan Melayu British inilah pejuang tulen yang begitu gagah memperjuangkan bahasa Melayu sebagai identiti bangsa dan negara.Namun jika disorot kepada amalan dan perlakuan adalah sebaliknya.Seperti hampas, retorik dan hipokrit semata-mata.Mutakhir ini,  begitu ghairah pihak tersebut menggunakan istilah dan ungkapan dalam bahasa Inggeris sebagai slogan, moto dan tema bagi program-program yang mereka anjurkan. 

1 Juta belia Bakal memeriahkan pelancaran My Beautiful Malaysia Day



YAB Perdana Menteri Malaysia Dato ‘Sri Mohd Najib Tun Razak akan melancarkan program My Beautiful Malaysia Day pada hari Ahad 3 Februari 2013. Program Malaysia My Beautiful diadakan bersempena  tahun Kesukarelawanan 2013 yang telah di ikhtiraf oleh Perdana menteri sendiri semasa Himpunan Jutaan Belia 2012 lepas. YAB PM dengan Duta 1Malaysia seperti Altimet, Mizz Nina, Noh Hujan, jinny Boy dan Sazzy Falak   bersama-sama dengan 1 juta belia akan terlibat dalam aktiviti sukarelawan di seluruh negara.

Program ini diadakan bertujuaan untuk memupuk semangat sukarelawan di kalangan belia dengan melakukan aktiviti kempen mesra alam dan penjagaan alam sekitar. Kepada para belia seluruh Malaysia anda diseru untuk menyertai My Beautifull Malaysia Day ini bersama-sama para duta 1Malaysia untuk bersama-sama melakukan kempen alam sekitar. Sebarang maklumat lanjut mengenai program ini sila rujuk di laman rasmi 1M4U.

Program akan diadakan secara serentak di seluruh Malaysia seperti tempat-tempat berikut:

MYBM_BannerOption2_final-744x1024
  1Dream 2U Realisasikan Impian Pelajar Ke Universiti

TEMERLOH, 3 Feb – Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan program 1Dream 2U di sekolah menengah seluruh negara pada tahun ini bagi merealisasikan impian pelajar ke universiti tempatan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata program turun padang dengan kerjasama Unit Pusat Universiti (UPU) dan Jabatan Pendidikan Negeri itu bertujuan membantu pelajar memilih kursus pengajian pilihan mereka di universiti kelak.

Program 1Dream 2U menyasarkan pelajar Tingkatan Lima dan Enam Atas yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini.

Katanya program itu dilaksanakan berikutan ramai lepasan SPM dan STPM yang gagal meneruskan pengajian dan impian mereka ke universiti kerana kesilapan memilih kursus.

“Calon berkenaan mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk kursus tertentu, tetapi pilihan yang kurang tepat menyebabkan mereka gagal bersaing dan mendapat tempat di universiti,” katanya selepas melancarkan Program 1Dream 2U: Impian Ke Menara Ilmu bagi daerah Temerloh di sini, Ahad.

Saifuddin berkata pegawai UPU dengan kerjasama pegawai Pelajaran Daerah dan guru akan menjelajah ke semua sekolah menengah bagi memberi taklimat terperinci berkaitan pemilihan kursus yang sesuai dengan kelulusan dan minat calon.

Program 1Dream 2U bagi peringkat Parlimen Temerloh akan bermula Selasa ini di Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh dan berakhir di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh pada 26 Februari. (UMNO Online)

Contoh dua program terkini yang menggunakan bahasa Inggeris yang sempat dipaparkan. Belum dikira lagi dengan slogan-slogan yang digunakan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan berkanun, contonya "Dare To Change" yang digunakan oleh salah sebuah Pejabat Pendidikan Jabatan Pelajaran Perak.

Begitu juga dengan polemik penggunaan jenama Islam dan isu kalimah ALLAH. Walaupun telah dijelaskan dengan nyata oleh Preseden Pas dan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Syura PAS namun isu tersebut masih ditalunkan oleh pihak UMNO dan sekutunya.Perlu disedari, jika hanya setakat melalak mempertahankan istilah dan kalimah namun dari segi penghayatannya kosong tidak membawa sebarang erti. Islam dan keimanan tidak terbina hanya melalui kata-kata tetapi perlu dibuktikan dengan amalan dan perlakuan.Tanyalah diri, tidak kira sama ada anda penyokong UMNO atau PR, sudah adakah ROH Islam dalam diri anda? Jika jawapannya meragukan, carilah ulamak, tambahkan Ilmu atau dalam ertikata lain sentiasalah berada dalam majlis-majlis ilmu dan sentiasa bermuhasabah.

Dr Asri: 'Pelaksanaan hudud perlu ada roh'
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
3 Februari 2013
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

KUALA LUMPUR - Bekas mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin mengulangi pendirian beliau yang bersetuju sekiranya hukum hudud mahu dilaksanakan di negara ini.

Meskipun begitu beliau menegaskan,  ia hanya boleh direalisasikan saat negara berada dalam keadaan kondusif yang bila mana penggubalan undang-undang itu dilakukan, ia menampakkan sisi indahnya Islam itu.

"Saya setuju (laksana hudud) tetapi kita kena ada kesedaran bahawa pelaksanaan hukum hudud itu perlu ada roh, ada keadaan di mana apabila hukum hudud itu dilaksanakan orang akan melihat kecantikan Islam," katanya dalam forum  Implimentasi Syariah Dalam Negara Bersifat Sekular: Adakah Malaysia Menepati Syariah Islam?" di ibu negara malam tadi.

Forum dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, 1MDB, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Media Prima.

Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) menjelaskan, sekarang bukan masa yang sesuai untuk melaksanakan hukum Islam itu di negara ini.

"Ini soal hukum sebab itu kita perlu mendidik. Saya OK, boleh buat (hudud), saya kata hudud bagaikan pintu yang indah bagi sebuah istana tetapi jika dipasang di sebuah rumah yang buruk, terhempas rumah itu.

"Kalau wanita yang baik dan solehah, tetapi jika dipasangkan dengan lekaki yang jahat, rosak kehidupannya," ujar beliau lagi.

Menurut Asri, sehingga kini masyarakat di negara ini masih terkongkong dengan tafsiran apabila mahu dilaksanakan sahaja corak pemerintahan berasaskan Islam, maka ia pasti membabitkan hudud.

"Mereka terbayang undang-undang Islam yang  membabitkan potong tangan, sebat orang yang berzina, orang yang minum arak, yang murtad dan seumpamanya," ujarnya.

Walhal jelas Asri, dalam Islam, bukan mudah untuk menjatuhkan sesuatu hukuman melainkan cukup syaratnya.

"Kita boleh letakkan target (untuk laksana hudud) tetapi ia bukan soal (itu semata). Saya setuju tetapi kita kena ada kesedaran bahawa pelaksaan hukum hudud itu perlu ada roh, ada keadaan di mana apabila hukum hudud itu dilaksanakan orang akan melihat kecantikan Islam," tambah Asri.

Asri sebelum itu menyatakan bantahannya terhadap gambaran keterlaluan yang diberikan kepada corak pemerintahan sekular di mana masyarakat Islam rata-ratanya mempunyai tafsiran tersendiri tentang istilah itu.

"Gabungan kepada sekular adalah demokrasi dan dia (Mustafa Kemal Ataturk) tidak meraikan demokrasi. Suara rakyat, kehendak hati nurani rakyat, maka orang Islam apabila sebut sekular, mereka terbayangkan Mustafa Kemal Ataturk dan menganggap segala-galanya tentang sekular itu negatif.

"Hakikatnya tidak begitu. Saya tidak menyokong sekular tetapi gambaran itu keterlaluan," ujar beliau lagi.

Mengupas tentang negara Islam, Asri berkata, negara Islam bukan hanya terletak pada istilah semata-mata, namun ia perlu dizahirkan dalam konteks yang menyeluruh.

"Kalau saudara tanya sekarang, adakah negara-negara sekarang negara Islam, ya, mereka wilayah Islam. Saya baru bercakap tentang istilah belum lagi nilai budi.

"Kita mengatakan negara-negara yang ada Malaysia, Indonesia, negara-negara Arab, wilayah Islam, dalam erti kata lain, kalau negara-negara ini diserang, wajib bagi umat Islam bangun mempertahankannya. Tetapi dengan istilah itu tidak bererti saya boleh mendiamkan diri kalau berlaku apa-apa kesalahan atau penyelewengan hanya atas dasar ia negara Islam.

"Sepertimana saya tak boleh untuk mendiamkan diri apabila orang Islam buat sesuatu, hanya kerana dia orang Islam, kalau dia merasuah, merompak dan sebagainya, 'eh tak apalah dia orang Islam'," tegas Asri.

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menegaskan, bila bercakap tentang negara Islam, ia mestilah menyeluruh dan tidak ketinggalan dalam mana-mana aspek sepertimana di negara ini.

"Islam bukan hanya slogan, Islam itu melibatkan teks, konteks, bentuk, isu, mesti semuanya Islam.

"Negara ini Islam atau tidak. Sebab itu jika kita lihat balik, dari segi teks dan konteksnya, ia tidak ada kaitan dengan tulis atau tak tulis (Perlembagaan), soalnya pelaksanaan bagaimana?

"Dirikan solat, masjid kita macam mana? Apakah dirikan solat bermakna kita harus membina masjid besar-besar tetapi jemaah tidak ada. Ada orang hendak berceramah, kena tangkap. Tunaikan zakat, negara kita kutip berapa zakat? RM1 bilion. Apakah orang tidak bayar? Orang bayar, tetapi di mana duit itu pergi?" soal beliau.

ABU: Jika sudah namapun Inggeris, pemikiran dan cara hiduppun mesti beorentasikan Inggeris juga, sedikit demi sedikit akan hilanglah MELAYU melayu itu..... atau mungkin sebenarnya tidak ada sesuatupun yang menarik tentang Melayu itu...

Isu kalimah ALLAH kerja Umno

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
3 Februari 2013
ABDUL HADI AWANG
ABDUL HADI AWANG

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa isu kalimah ALLAH yang menjadi pertikaian mutakhir ini adalah mainan politik Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Ini kerja Umno. Mengaku Islam... bawa isu kalimah ALLAH musim pilihan raya. Nak pancing undi guna kalimah ALLAH," katanya ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Perdana Ummah bersama Pas di sebuah hotel dekat ibu negara, hari ini.

Jelas Hadi, keputusan dibuat Majlis Syura Pas berkaitan dengan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam sudah cukup jelas, namun ia dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu termasuk sesetengah media sehingga ia menimbulkan kebimbangan rakyat.

"ALLAH tak boleh diterjemahkan. Dalam masa sama ALLAH digunakan bukan Islam ditempat dia, itu hak kamu. Salah gunakan, itu tak boleh.

"Ia ada beza dan kita kena faham. Majlis Syura Ulama buat keputusan perkataan ALLAH tidak boleh diterjemah. Perkataan ALLAH tak boleh salah guna. Kalau kamu nak (kalimah) ALLAH dalam bangsa kamu, itu hak kamu. Dipotong-potong kenyataan ini dan dilaga-lagakan," tegas beliau.

Cadangan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan sempena sambutan Hari Natal lalu.

Pakatan Rakyat yang berbincang pada 8 Januari memutuskan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh bukan Islam asalkan ia tidak disalahgunakan.

Pendirian Hadi yang mewakili Pas dalam mesyuarat itu disambut baik oleh Majlis Pakatan Rakyat.

Namun Majlis Syura Pas yang bermesyuarat pula memutuskan bahawa kalimah ALLAH adalah hak eksklusif untuk orang Islam sahaja dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadi kemudiannya akur dengan pendirian Majlis Syura Pas itu.

Semalam, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat mengenai kalimah ALLAH dan bukan oleh Majlis Syura Ulamanya.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.

Hadi bagaimanapun ketika ditanya berhubung perkara itu meminta media merujuk kepada kenyataannya yang dikeluarkan dalam Harakah.

Menerusi semakan yang dibuat di laman web Harakahdaily.net, kenyataan media yang dikeluarkan pemimpin itu hanyalah yang bertarikh 14 Januari lalu dan dirasakan tidak relevan bagi menjawab ketidakpuasan hati Karpal bersabit isu tersebut.

Karpal semalam berkata, DAP kesal dengan kenyataan Pas yang mengesahkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.

"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.

"Kita masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam," katanya.
 
Karpal juga menafikan ada berbincang mengenai hal itu ketika Nik Aziz berkunjung ke kediamannya minggu lalu.- Sinar Harian.

Friday, 1 February 2013

70% Manifesto BN Untuk PRU13 Kedah Siap


1 Februari 2013
Datuk Mukhriz Tun Mahathir
Datuk Mukhriz Tun Mahathir

ALOR SETAR - Kira-Kira 70 peratus kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) khusus untuk Kedah bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) telah siap.
  
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata Jawatankuasa Manifesto BN Kedah mahu menunggu dan melihat dahulu manifesto BN di peringkat kebangsaan sebelum menyiapkan sepenuhnya manifesto itu menjelang PRU-13.
  
Mukhriz, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Manifesto BN Kedah, berkata dalam manifesto khusus untuk Kedah, BN Kedah mahu mendapatkan projek yang sama seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kelantan baru-baru ini.
  
Beliau berkata dalam manifesto khusus itu, BN Kedah akan menyediakan sebuah litar lumba kepada golongan belia seperti yang diumum semalam selepas kerajaan negeri ketika ini, yang dikuasai PAS, gagal mengotakan janji pada kempen PRU 2008 bahawa mereka akan membina litar tersebut jika menang di Kedah.
 
"Kebanyakan golongan muda tertarik dengan janji pakatan parti pembangkang sebelum ini, dan mereka memberi undi kemenangan kepada parti tersebut dan akhirnya, janji tersebut tidak dikotakan," katanya kepada pemberita ketika melawat BN Youth Job Fair 2013 sempena Himpunan Orang Muda Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim hari ini.

Semalam, ketika merasmikan Himpunan Orang Muda Kedah itu, Perdana Menteri berkata pembinaan sebuah litar lumba buat golongan muda di Kedah merupakan antara perkara yang akan dimasukkan dalam manifesto PRU-13 khusus untuk negeri ini.
  
Selain itu, Najib berkata turut akan dimasukkan dalam manifesto khusus itu ialah kerajaan akan menanggung sebanyak RM100 bagi setiap kursus praperkahwinan bagi golongan muda.
  
Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata golongan muda kecewa apabila litar lumba itu tidak dibina seperti yang dijanjikan, dan mesej tersebut telah disampaikan kepada Perdana Menteri, yang akhirnya mengumumkan akan membina litar lumba itu semalam.
  
"Perdana Menteri kata tak berapa susah nak buat litar itu, dan akan buat jika dapat tawan kembali negeri ini. Tujuannya untuk hindari anak muda dari gejala rempit dan tidak sihat," katanya.
  
Mengulas bantuan RM100 kepada golongan muda bagi setiap kursus praperkahwinan, Mukhriz berkata idea itu adalah bagi meringankan beban golongan muda yang ingin berkahwin.
 
Mukhriz juga berkata perkara lain yang akan dimasuk dalam manifesto untuk membantu golongan muda ialah menyediakan satu dana khusus untuk mereka menjadi usahawan.
  
"Ini yang kita fikirkan, dan saya yakin ia sesuatu yang boleh diusahakan oleh BN negeri dan pusat menjelang PRU ke-13 nanti," katanya.
  
BN Youth Job Fair, yang bermula semalam, melibatkan 82 syarikat menawarkan lebih 4,500 pekerjaan merupakan antara program sempena Himpunan Orang Muda.
  
Sementara itu, Pengerusi Pemuda BN Kedah Badrol Hisham Hashim berkata karnival kerjaya yang dianjurkan pihaknya mendapat sambutan menggalakkan dan lebih 20,000 golongan muda hadir untuk mencari peluang pekerjaan.
  
Beliau berkata ia sedikit sebanyak dapat membantu golongan itu mendapat pekerjaan di syarikat dan agensi yang mengambil bahagian serta benar-benar memenuhi aspirasi rakyat di negeri ini.  - Bernama

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR