Suasana yang kembali tenang seperti sediakala. Pada malam tadi lokasi ini dibanjiri oleh pengunjung yang bertali arus dan bersesak-sesak untuk ke Program Penutup dan ceramah sempena Ulang Tahun ke 60 PAS Peringkat Negeri Perak .Jumlah mereka dianggarkan mencecah puluhan ribu orang.Antara penceramah yang diundang dan hadir pada malam tersebut ialah YB Ir Dato' Seri Nizar Jamaluddin, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.Keadaan yang agak becak tidak mematahkan semangat hadirin untuk mendengar penjelasan tentang Negara Berkebajikan, isu hudud dan isu-isu terkini yang sering dimanipulasikan oleh akhbar arus perdana dan blogger pro kerajaan Barisan Nasional.Hadirin kekal tidak berganjak hingga ke akhirnya walaupun sesekali hujan gerimis.Mereka datang dari segenap pelusuk negeri Perak, sebahagian besarnya adalah penduduk dan pengundi di sekitar Kawasan Bagan Serai dan Perak Utara. Mereka tidak dibayar,tidak diangkut menggunakan bas percuma,tidak diarah.Mereka datang dengan perbelanjaan sendiri.Mereka redha, mereka sentiasa memberi, tidak meminta-minta.Semangat yang dijelmakan menjadi pemangkin kepada kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa - "Hubaya...Hubaya...Bahaya Dari Gunung".
Masjid yang sinonim dengan lokasi ini. Masjid Tinggi, Bagan Serai (Bangunan baharu).
Jabatan Amal Malaysia.Di sebalik tabir, pasukan inilah yang memastikan perjalanan program dapat berlangsung dengan lancar dan tenang.Dari keselamatan hinggalah kerja-kerja sokongan asas,di atas bahu merekalah, amanah diberikan dan mereka melaksanakannya dengan tabah dan amat profesional.