Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday, 12 March 2013

PRU-13 akan diadakan serentak, termasuk di Sabah - SPR

KOTA KINABALU 12 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan secara serentak di semua Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk di Lahad Datu dan Semporna yang terbabit dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, isu pilihan raya umum di Lahad Datu dan Semporna perlu ditangguhkan tidak sepatutnya timbul kerana keadaan semasa di daerah itu khususnya di Kampung Tanduo bertambah baik.

"Tidak akan berlaku seperti itu (penangguhan). Keadaan bertambah damai. Sekolah dibuka dan perniagaan mula beroperasi. Kita yakin, sehingga bubar kelak, keadaan di kedua-dua tempat akan bertambah baik.

"Sehubungan itu, saya tegaskan tiada isu penangguhan Pilihan Raya Umum Ke-13 di Lahad Datu kerana anggota keselamatan kita berjaya mengawal situasi di sana," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan taklimat Susulan Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus dan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) Bagi Persiapan PRU-13 Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di sini hari ini.

Abd. Aziz berkata, sehingga Disember tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di Sabah adalah sebanyak 982,644 orang manakala sebanyak 24,497 orang di Labuan dengan masing-masing sebanyak 706 dan 17 buah pusat mengundi.

Katanya, sebanyak 86 buah pusat mengundi di Sabah akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan helikopter untuk proses penghantaran dan pengambilan kertas undi manakala 55 buah pusat mengundi menggunakan bot.

"Kos Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi negeri Sabah pula berjumlah RM50 juta," katanya. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR