SHAH ALAM, 13 SEPTEMBER : 13 peserta demontrasi yang dipenjara ekoran
membantah rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) digesa dibebaskan
segera, tegas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Pengarah Propagandanya, Eddy Noor Reduan berkata, ianya bagi memberi laluan kepada proses rayuan dijalankan di mahkamah rayuan.
“Ketika pembunuh dibebaskan dan perasuah serta pencuri wang rakyat
berprofail tinggi diberi hukuman ringan, 13 rakyat biasa menyatakan
bantahan terhadap rampasan kuasa di Perak dijatuhkan hukuman berat tidak
setimpal.
“Kerajaan pemerintah sebelum ini menjatuhkan kerajaan sah negeri
Perak melalui rampasan kuasa, hari ini menunjukkan belang taringnya
menggempur rakyat menyuarakan bantahan dan selepas menang PRU13,” kata
Eddy.
Eddy Noor menyeru agar rakyat negara bangkit dan memberikan sokongan
kepada 13 tahanan itu yang disifatkan hukuman yang tidak adil.
“Semua rakyat khususnya anak muda diseru supaya bangkit dan lawan.
Ayuh bersama SAMM Perak, turun ke penjara Tapah memberi solidariti
kepada 13 saudara kita yang dianiaya oleh rejim legasi penjajah,” kata
beliau.
Sementara itu, Dewan Muslimat PAS melancarkan tabung bagi membantu
keluarga 13 peserta demonstrasi yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun
dan denda 5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala kangsar.
“Sebagai tanda solidariti dan zahirkan keprihatinan Dewan Muslimat
melancarkan tabung segera ini bagi meringankan beban keluarga mereka
yang pasti belum bersedia menerima keputusan ini.
“Rata-rata mereka isteri tidak bekerja dan anak-anak masih
bersekolah. Sokongan dan kasih sayang semua sangat diharapkan,” kata
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Al-Jundi dipetik
Harakah Daily.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank DMPP 564025400711.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Whatsapp: 0192135353 atau email psu1.dmpp@pas.org.my
Identiti sebenar 'Papa Gomo' diketahui
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Wan
Muhammad Azri Wan Deris memang penulis blog pro-Umno, Papagomo, dan dia
juga berdepan dengan prosiding menghina mahkamah berhubung tulisannya.
Selain diperintah membayar RM500,000 dalam satu kes fitnah, Wan
Muhammad turut berdepan dengan prosiding menghina mahkamah berhubung
tulisannya yang mengaitkan hakim yang mendengar kes dan dianggap
memudaratkan badan kehakiman.
Wan Muhammad Azri sebelum ini menafikan bahawa beliau adalah penulis blog kontroversi itu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera berkata, Wan Mohammad
Azri berbohong kerana walaupun membuat penafian tersebut ketika memberi
keterangan, tetapi penulis blog berusia 30 tahun itu, dalam pernyataan
pembelaannya, mengaku dia adalah Papagomo dan membela diri atas alasan
membuat komen yang adil.
Beliau memutuskan bahawa penulis blog itu tidak menyesal dengan
tindakannya seperti yang dipaparkannya dalam perbicaraan kes fitnah itu.
Di samping itu, semasa perbicaraan, seorang penulis blog, yang memberi
keterangan sebagai saksi, mengaku mengenali Wan Muhammad Azri sebagai
Papagomo apabila mereka bertemu dalam satu sidang penulis blog pada
tahun 2009.
Bernama turut melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan
Muhammad Azri membayar ganti rugi RM500,000 kepada ahli perniagaan
Abdul Razak Mohd Noor berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam
blognya.
Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam membuat keputusan itu selepas
mendapati Abdul Razak berjaya membuktikan perkataan-perkataan fitnah
dalam artikel yang ditulis oleh Wan Muhammad Azri itu merujuk kepadanya,
dan sebenarnya memfitnah beliau.
Vazeer Alam memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar gantirugi am
sebanyak RM200,000 dan gantirugi teladan RM300,000 kepada Abdul Razak,
serta menetapkan kos guaman sebanyak RM50,000, selain membenarkan
permohonan injunksi supaya Wan Muhammad Azri dihalang daripada terus
menyiarkan kata-kata fitnah itu.
Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata Abdul Razak selaku plaintif
berjaya membuktikan Wan Muhammad Azri yang menerbitkan artikel itu,
meskipun defendan dalam keterangannya menafikan beliau adalah pemilik
blog yang dikenali sebagai 'Papa Gomo'.
Beliau berkata dalam kes ini, plaintif telah memanggil saksi pertamanya
iaitu Mohd Fauzi Mohd Azmi yang mempunyai blog dikenali sebagai
'Perisik Rakyat' dan dalam keterangan saksi itu menyatakan beliau dapat
mengecam defendan setelah defendan sendiri memperkenalkan dirinya
sebagai 'Papa Gomo' ketika menghadiri satu persidangan bloggers di Lake
View Garden, Subang Jaya pada 16 Mei 2009.
"Saksi itu, yang turut diperkenalkan kepada seorang blogger lain yang
dikenali sebagai 'Parpukari' semasa persidangan itu berkata beliau telah
mengambil gambar defendan dan 'Parpukari' dan gambar itu dikemukakan
sebagai bahan bukti dalam kes ini," katanya.
Vazeer Alam berkata mahkamah percaya gambar yang diambil adalah gambar
mereka walaupun muka mereka tidak dapat dilihat dengan jelas kerana
mereka cuba melindung separuh daripada wajah mereka dengan tangan.
"Apabila mahkamah membandingkan ciri-ciri wajah muka dalam gambar itu
dengan ciri-ciri defendan semasa hadir di mahkamah, saya dapati ianya
sama dan jelas menunjukkan bahawa defendan yang dipaparkan dalam gambar
itu," katanya.
Beliau berkata walaupun defendan menafikan beliau merupakan orang di
dalam gambar itu, mahkamah mendapati penafian defendan adalah satu
pembohongan kerana keterangan Mohd Fauzi bahawa beliau telah berjumpa
dengan defendan dan 'Parpukari' di persidangan itu tidak dicabar oleh
peguam yang mewakili defendan.
Vazeer Alam berkata keterangan Mohd Fauzi bahawa terdapat nama, gambar
serta nombor telefon defendan yang dimuatkan dalam blog isterinya adalah
sama dengan nombor telefon yang digunakan saksi itu untuk menghubungi
blogger yang dikenalinya sebagai 'Papa Gomo' dan keterangan itu juga
tidak dicabar oleh peguam.
Katanya, mahkamah juga mendapati kata-kata yang diterbitkan defendan
dalam artikelnya bukan komen sebaliknya merupakan kata-kata fakta yang
tidak berasas.
"Dalam kes ini plaintif adalah seorang ahli perniagaan yang dikenali
ramai dan kata-kata defendan bahawa plaintif seorang penipu yang telah
keuntungan berjuta-juta ringgit semasa Sukan Komanwel berkecenderungan
merendahkan plaintif dalam pandangan mata umum," katanya.
Vazeer Alam berkata mahkamah mendapati perkara memuatkan artikel yang
berunsur fitnah dalam sesawang internet telah berleluasa dan ada
beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab seperti defendan y
bersembunyi di belakang tirai nama samaran atau 'anonymity' untuk
menulis apa sahaja yang mereka mahu tanpa mempedulikan kesan akibat
penulisan mereka.
Katanya, mahkamah mengambil serius terhadap gejala negatif ini yang
telah menular tanpa batasan sejak akhir-akhir ini dan sekiranya tidak
dibendung dan dibanteras akan merosakkan 'social fabric' masyarakat yang
berpotensi menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
"Dengan ini, saya mahu penghakiman yang diberikan diambil sebagai satu
teladan kepada defendan dan juga semua pengguna internet supaya mereka
tidak menyalahgunakan kemudahan ini.
"Sekiranya disalahgunakan, mahkamah akan mengambil pandangan yang amat
serius, seperti pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh
ke tanah juga" dan sepandai-pandainya defendan menyembunyikan diri
dengan nama samaran, akhirnya telah didedahkan melalui 'footprint' yang
beliau tinggalkan di alam siber," tegasnya.
Sementara itu, Abdul Razak ketika ditemui pemberita berkata berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah.
"Ini bukan untuk kebaikan diri saya sahaja. Saya telah difitnah oleh blogger," katanya.
Pada 26 Jan, 2012, Abdul Razak, 59, memfailkan saman terhadap Wan
Muhammad Azri, 30, berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam
blog 'Papa Gomo' pada 11 Disember 2011.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Abdul Razak mendakwa Wan Muhammad Azri
telah mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa beliau merupakan seorang
penipu yang telah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setelah
mendapat kontrak semasa Sukan Komanwel yang berlangsung di negara ini
yang menyebabkan reputasinya terjejas.
Abdul Razak diwakili peguam Reuben Netto dan Malik Imtiaz Sarwar.
Prosiding hina mahkamah 21 Oktober
Sementara itu, Reuben ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan
penghakiman mahkamah hari ini dan berkata hakim itu telah menolak
pembelaan Wan Muhammad Azri atas alasan membuat komen yang adil .
Identiti sebenar 'Papa Gomo' diketahui
"Perkara yang paling besar adalah mahkamah mengakui bahawa Wan Muhammad Azri adalah Papagomo," katanya.
Selain itu, Ruben berkata, mahkamah membenarkan permohonan mereka untuk
prosiding menghina terhadap Wan Muhammad Azri berhubung tulisannya yang
lain dalam blognya.
Katanya, prosiding menghina prosiding terhadap Wan Muhammad Azri akan berlangsung pada 21 Oktober.
Selain Abdul Razak, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli turut memfailkan saman fitnah
terhadap penulis blog tersebut.
Turut memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri termasuk Naib
Presiden PAS Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Penulis blog tersebut adalah seorang bekas anggota polis yang telah
menjalani hukuman lapan bulan penjara selepas disabitkan dengan
kesalahan rasuah.
Menjelang pilihan raya umum ke-13, juga dilaporkan Wan Muhammad Azri
sebagai pengundi hantu yang didaftarkan secara berasingan dengan IC
polis dan IC awam. - MalaysiaKini
Papa Gomo' diarah bayar
ganti rugi RM500,000
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan pengendali blog
'Papa Gomo' atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, membayar
ganti rugi RM500,000 kepada ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor
berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blognya.
Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu
selepas mendapati Abdul Razak berjaya membuktikan perkataan-perkataan
fitnah dalam artikel yang ditulis oleh Wan Muhammad Azri itu merujuk
kepadanya, dan sebenarnya memfitnah beliau.
Vazeer Alam memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi am
sebanyak RM200,000 dan ganti rugi teladan RM300,000 kepada Abdul Razak,
serta menetapkan kos guaman sebanyak RM50,000, selain membenarkan
permohonan injunksi supaya Wan Muhammad Azri dihalang daripada terus
menyiarkan kata-kata fitnah itu.
Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata Abdul Razak selaku plaintif
berjaya membuktikan Wan Muhammad Azri yang menerbitkan artikel itu,
meskipun defendan dalam keterangannya menafikan beliau adalah pemilik
blog yang dikenali sebagai 'Papa Gomo'.
Beliau berkata dalam kes ini, plaintif telah memanggil saksi pertamanya
iaitu Mohd Fauzi Mohd Azmi yang mempunyai blog dikenali sebagai
'Perisik Rakyat' dan dalam keterangan saksi itu menyatakan beliau dapat
mengecam defendan setelah defendan sendiri memperkenalkan dirinya
sebagai 'Papa Gomo' ketika menghadiri satu persidangan bloggers di Lake
View Garden, Subang Jaya pada 16 Mei 2009.
"Saksi itu, yang turut diperkenalkan kepada seorang blogger lain yang
dikenali sebagai 'Parpukari' semasa persidangan itu berkata beliau telah
mengambil gambar defendan dan 'Parpukari' dan gambar itu dikemukakan
sebagai bahan bukti dalam kes ini," katanya.
Vazeer Alam berkata mahkamah percaya gambar yang diambil adalah gambar
mereka walaupun muka mereka tidak dapat dilihat dengan jelas kerana
mereka cuba melindung separuh daripada wajah mereka dengan tangan.
"Apabila mahkamah membandingkan ciri-ciri wajah muka dalam gambar itu
dengan ciri-ciri defendan semasa hadir di mahkamah,saya dapati ianya
sama dan jelas menunjukkan bahawa defendan yang dipaparkan dalam gambar
itu," katanya.
Beliau berkata walaupun defendan menafikan beliau merupakan orang di
dalam gambar itu, mahkamah mendapati penafian defendan adalah satu
pembohongan kerana keterangan Mohd Fauzi bahawa beliau telah berjumpa
dengan defendan dan 'Parpukari' di persidangan itu tidak dicabar oleh
peguam yang mewakili defendan.
Vazeer Alam berkata keterangan Mohd Fauzi bahawa terdapat nama, gambar
serta nombor telefon defendan yang dimuatkan dalam blog isterinya adalah
sama dengan nombor telefon yang digunakan saksi itu untuk menghubungi
blogger yang dikenalinya sebagai 'Papa Gomo' dan keterangan itu juga
tidak dicabar oleh peguam.
Katanya, mahkamah juga mendapati kata-kata yang diterbitkan defendan
dalama rtikelnya bukan komen sebaliknya merupakan kata-kata fakta yang
tidak berasas.
"
Dalam kes ini plaintif adalah seorang ahli perniagaan yang dikenali
ramai dan kata-kata defendan bahawa plaintif seorang penipu yang telah
mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit semasa Sukan Komanwel
berkecenderungan merendahkan plaintif dalam pandangan mata umum,"
katanya.
Vazeer Alam berkata mahkamah mendapati perkara memuatkan artikel yang
berunsur fitnah dalam sesawang internet telah berleluasa dan ada
beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab seperti defendan yang
bermaharajalela di alam siber, bersembunyi di belakang tirai nama
samaran atau 'anonymity' untuk menulis apa sahaja yang mereka mahu tanpa
mempedulikan kesan akibat penulisan mereka.
Katanya, mahkamah mengambil serius terhadap gejala negatif ini yang
telah menular tanpa batasan sejak akhir-akhir ini dan sekiranya tidak
dibendung dan dibanteras akan merosakkan 'social fabric' masyarakat yang
berpotensi menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
"Dengan ini, saya mahu penghakiman yang diberikan diambil sebagai satu
teladan kepada defendan dan juga semua pengguna internet supaya mereka
tidak menyalahgunakan kemudahan ini.
"Sekiranya disalahgunakan, mahkamah akan mengambil pandangan yang amat
serius, seperti pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh
ke tanah juga" dan sepandai-pandainya defendan menyembunyikan diri
dengan nama samaran, akhirnya telah didedahkan melalui 'footprint' yang
beliau tinggalkan di alam siber," tegasnya.
Sementara itu, Abdul Razak ketika ditemui pemberita berkata berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah.
"Ini bukan untuk kebaikan diri saya sahaja. Saya telah difitnah oleh blogger," katanya.
Pada 26 Jan, 2012, Abdul Razak, 59, memfailkan saman terhadap Wan
Muhammad Azri, 30, berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam
blog 'Papa Gomo' pada 11 Dis 2011.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Abdul Razak mendakwa Wan Muhammad Azri
telah mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa beliau merupakan seorang
penipu yang telah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setelah
mendapat kontrak semasa Sukan Komanwel yang berlangsung di negara ini
yang menyebabkan reputasinya terjejas.
Abdul Razak diwakili peguam Reuben Netto dan Malik Imtiaz Sarwar
manakala Wan Muhammad Azri diwakili peguam Jasbeer Singh. - Bernama