Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday, 5 February 2014

Jika Tidak Mahu Membazir. Parti Yang Pernah Kalah Pada PRU 13 dan Calon-calon Picisan Tidak Perlulah Bertanding di Sini

Kajang: RM1.6 Juta Harga Dibayar Rakyat Untuk Wayang Politik PKR

MELAKA, 6 Feb (Bernama) -- RM1.6 juta anggaran wang rakyat yang perlu dibelanjakan bagi mengadakan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor pada 23 Mac ini.

Persoalannya patutkah wang rakyat ini dibelanjakan, yang dilihat ramai sebagai permainan politik PKR apabila wakil rakyatnya Lee Chin Cheh sengaja mengosongkan kerusi DUN Kajang pada 27 Jan lepas semata-mata mahu memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling, wang rakyat itu sepatutnya dibelanjakan untuk membantu rakyat tetapi malangnya RM1.6 juta itu terpaksa dibayar oleh rakyat untuk wayang politik Anwar di Selangor.

Secara perbandingan, jumlah itu mampu menampung Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM650 masing-masing kepada lebih 2,400 keluarga ataupun RM300 masing-masing kepada lebih 5,300 individu bujang di negara ini.

RM1.6 juta itu juga mampu menampung pemberian lebih 50 buah rumah percuma masing-masing berharga RM30,000 di bawah program perumahan rakyat kepada mereka yang kurang berkemampuan ataupun menampung pemberian percuma 16 buah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia berharga RM100,000 sebuah.

"PKR secara jelas mempermainkan proses demokrasi di Selangor dengan kosnya ditanggung oleh wang rakyat sendiri, malah bukan setakat demokrasi itu dipermainkan malah rakyat sendiri dipermainkan mereka," kata Zainal yang juga Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba Universiti Pendidikan Sultan Idris ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata sekiranya benar sekalipun PKR mempunyai masalah dalaman di Selangor, Anwar dan pemimpin PKR lain perlu menyelesaikannya di meja rundingan tanpa melibatkan penganjuran sebuah pilihan raya kecil membazirkan jutaan ringgit wang rakyat.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata PRK DUN Kajang bakal melibatkan 673 petugas serta 39,278 pemilih berdaftar dan penamaan calon ditetapkan 11 Mac manakala pengundian 23 Mac.

Abdul Aziz menjelaskan terdapat banyak faktor mempengaruhi kos PRK Kajang antaranya bilangan pengundi, keluasan kawasan pengundian, lokasinya di bandar atau di luar bandar dan jumlah petugas SPR, turut menegaskan suruhanjaya itu akan sedaya upaya meminimumkan kos PRK tersebut.

Bagaimanapun, di media sosial ada penyokong pembangkang mempersoal kos RM1.6 juta itu terlalu mahal untuk menganjurkan satu pilihan raya kecil, tetapi menurut Zainal mahal atau tidak, kos itu tidak sepatutnya dikeluarkan sekiranya tiada permainan politik daripada PKR sendiri.

Kerajaan Barisan Nasional, yang sering dikritik pembangkang kerana didakwa melakukan pembaziran dalam mentadbir negara, kini jelas nyata melaksanakan pelbagai usaha penjimatan pentadbiran serta langkah membantu rakyat dalam mengatasi kenaikan kos sara hidup.

"Tetapi ironinya sekarang dalam konteks ini, pembangkang yang dahulu mendakwa kerajaan membazir wang rakyat, sekarang melakukan pembaziran wang rakyat untuk permainan politik mereka pada PRK Kajang...ini wayang politik yang jelas tidak disenangi rakyat," kata Zainal.

Beliau berkata rakyat perlu bijak menilai apa yang sebenarnya berlaku di sebalik wayang politik Anwar dan menolak individu yang sering bermain wayang bagi mengaburi mata rakyat.

Menarik perhatian, Anwar dilaporkan mengakui kos untuk menganjurkan PRK Kajang adalah suatu pembaziran sehingga mengarahkan jenteranya mengguna kembali poster pada pilihan raya lepas untuk berkempen.

Pembaziran itu juga tidak disenangi bekas Ketua Pemuda PAS pusat Nasarudin Hassan yang menyifatkan tindakan Lee mengosongkan kerusi itu sebagai tidak sah dan pencalonan Anwar seolah-olah memperjudikan wang rakyat.

Apapun tujuan sebenar Anwar selaku Penasihat PKR, mengatasi pertelingkahan antara Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ataupun meletakkan dirinya sebagai bakal Menteri Besar Selangor, PRK DUN Kajang bukanlah kali pertama beliau membazirkan jutaan ringgit wang rakyat demi keperluan politiknya.

Pada 2008 sebanyak RM1.5 juta wang rakyat terpaksa dibelanjakan bagi mengadakan PRK Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang setelah isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bergelar anggota Parlimen kawasan tersebut.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR