Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday, 25 October 2014

Idris Bohari Tinggalkan PKR

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak hari ini menerima tamparan hebat selepas salah seorang pengasasnya mengumumkan keluar parti.

Idris Bohari, 52, adalah Setiausaha Eksekutif pertama parti itu di negeri ini dan pernah bertanding sebagai calon PKR di kerusi Parlimen Saratok dan Santubong sebelum ini.

Idris yang sebelum ini Timbalan Ketua PKR Cabang Petra Jaya mengumumkan peletakan jawatan itu dalam surat yang beliau tandatangani sendiri dan akan diserahkan kepada Ketua PKR Cabang Petra Jaya, Baharuddin Mokhsein, esok.

Beliau berkata, tumpuannya kini adalah kepada keluarga dan akan melupakan politik pembangkang.

"Saya akan aktif untuk membantu mana-mana badan bukan kerajaan sebagai wadah perjuangan yang baru selain memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pimpinan negeri yang sedia ada.

"Saya mengenali dan kagum akan kepimpinan telus dan berterus-terang Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan," katanya ketika ditemui pagi ini.

Beliau juga kecewa dengan pergolakan dalaman dalam parti itu yang mengheret perpecahan yang ketara.

"Saya percaya lebih ramai akan mengikuti penghijrahan ini selepas ini kerana masalah dalaman serta krisis kepercayaan yang berlaku," katanya.

Idris mengakui terdapat pemimpin kanan PKR cuba memujuknya untuk menarik balik keputusan itu, namun beliau tetap dengan keputusan tersebut.

"Saya orang perjuangan. Tetapi kalau perjuangan kita tidak dinilai secara baik oleh platform yang sedia ada, wajar untuk kita mencari platform yang lain. Yang penting perjuangan perlu dilunaskan," katanya. 
 
Katanya lagi, kekecewaan lain adalah tumpuan yang tidak serius oleh pimpinan parti pembangkang itu terhadap keperluan parti di peringkat cabang dan kebajikan ahli-ahlinya.
 
ABU: Semoga ada bahagia buatmu.

Monday, 20 October 2014

Sedikit Demi Sedikit,Orang Islam Akan Menjadi Kafir!

 
 Gambar hiasan
Mafhum Hadith:
1. Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggalah mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?”. Nabi menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”. (H.R. Muslim)

2. Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah . akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah, Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."   ( H.R. Abu Daud dan Tirmizi).

3. Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah .) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah . masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-­orang yang shaleh?" Lalu Nabi . bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". (H.R. Bukhari Muslim).

4. Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah . bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-­orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya  "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi . menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (H.R. Abu Daud).

5. Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah . bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."  (H.R. Muslim).

6. Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah . bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi . melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah . samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt." (H.R. Abu Daud).

7. Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah . bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi . menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim". (H.R. Hakim).

8. Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah . pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah . memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-­Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah . menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah . menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.

"Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."

"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)". (H.R. Bukhari Muslim).

9. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah . bersabda, "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah ., apakah maksud perkataan engkau itu ?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi . menjawab,  "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya". (H.R. Baihaqi).

10. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah . bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang­ lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya". (H.R. Muslim).

11. Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah . bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik". (H.R. Thabrani).

12. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah , "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali dagang pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang dagang". (H.R. Muslim) - Wallahuaqlam.

Antara pemikir kafir yang berusaha menjadikan orang-orang Islam kembali kafir.

Snouck Hungronje (1857-1936)

Tiada yang paling hebat dan penuh dengan kajian saintifik melainkan seorang orientalis dan perisik bernama Snouck Hungronje. Snouck Hungronje dilahirkan pada 8 Februari 1857 di Belanda.

Hungronje adalah seorang yang terpelajar dan menjadi pensyarah di sebuah universiti di Belanda dalam bidang bahasa Oriental. Hungronje sangat fasih berbahasa Arab dan Melayu.

Pada tahun 1884, beliau mengerjakan haji ke Mekah dengan menyamar sebagai seorang muslim bernama Haji Abdul Ghaffar. Di Mekah, beliau gunakan kesempatan itu sepenuhnya untuk mengkaji dan mendalami perilaku masyarakat Islam dan hukum-hakam Islam. Ia berbeza dengan John Lewis Burckhardt yang lebih menumpukan perhatian kepada kajian topografi Mekah dan suasana kota suci tersebut.

Hasil kajian ilmiah Hungronje menghasilkan rumusan di mana tindakan kekerasan dan ketenteraan terhadap umat Islam adalah sia-sia. Adalah lebih baik melaksanakan tindakan lebih lembut untuk memusnahkan umat Islam secara halus.

Kajian daripada Snouck Hungronje berjaya diimplementasikan sekurang-kurangnya 10 tahun selepas daripada itu. Hungronje meninggal dunia pada tahun 1936 di Leiden, Belanda.

Snouck Hungronje
 ____________________________________
Beberapa individu lain turut menyumbang kepada maklumat berguna kepada masyarakat Barat adalah Giovanni Finati (Narrative of the Life and Adventures of Giovanni Finati, diterbitkan pada 1830), L. Roches (L. Roches – Trente-deux ans à travers l’Islam, diterbitkan pada 1884), G. A. Wallin (Journal of the Royal Geographical Society, diterbitkan pada 1854), Von Maltzan (Meine Wallfahrt nach Mekka, diterbitkan pada 1913), J. F. Keane (Six Months in the Hejaz , diterbitkan pada 1887) dan Gervais Courtellemont ( Mon Voyage à la Mecque, diterbitkan pada 1896).

ABU: Bersedialah dengan program sayangi babi dan perkahwinan campuran antara agama pula selepas ini.          

Tuesday, 14 October 2014

Dah Balik Mekah? Terus melawan kepimpinan!

Tidak perlu larang ahli Pas sertai PasMa

 Larangan tidak rasmi (berbentuk personal) telah dikeluarkan oleh pemimpin Pas agar ahli parti agama itu tidak terlibat dengan kegiatan Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia atau PasMa. Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSu), Nik Zawawi Nik Salleh dan Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, antara pemimpin yang mengeluarkan nasihat agar ahli Pas tidak terlibat. Agak garang juga nasihat mereka?

Tidak ada alasan kemas yang diberikan melainkan kerana rasa bimbang dengan hala tujuan PasMa yang dianggap berusaha untuk menjatuhkan presiden Abdul Hadi Awang. Sebenarnya ahli Pas tidak perlu dilarang daripada melibatkan diri dengan PasMa. Pas tidak perlu takut dengan kemunculan PasMa yang semua orang jelas akan tujuan dan maksudnya.

Kita harus percaya kepada matlamat PasMa adalah untuk menjadi benteng kepada Pas agar tidak keluar dari Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat suatu pakatan yang perlu diperkuatkan sekiranya mahu melihat perubahan politik dan pentabiran negara ini. Pakatan Rakyat bukan hak sendirian berhad sesiapa.

Mengenai hal tujuan dan maksud PasMa dinyatakan dengan terang dan jelas. Adapun pendapat mengatakan PasMa hendak menjatuhkan Abdul Hadi, itu tidak benar. PasMa tidak boleh menjatuhkan Abdul Hadi kerana ia bukan parti. Dan kalaulah itu matlamat tersembunyi PasMa ia tidak boleh dikecam begitu sahaja melainkan perlu berfikir kenapa kalau Abdul Hadi hendak dijatuhkan.

Jatuh atau tidak Abdul Hadi akan dibuat dalam muktamar Pas. Itulah forum yang munasabah dan berpelembagaan. Mereka yang merasakan PasMa bergerak untuk menjatuhkan presiden atau menjadi parti dalam parti adalah mereka yang takut kepada bayang-bayang sendiri. Orang yang tidak mempunyai kekuatan dan wisdom. Saya melihat kewujudan PasMa tidak menjadi jemaah dalam jemaah, sebaliknya yang beraku MSU menjadi badan eksekutif kedua selepas Jawatankusa Kerja Pas. Dalam Pas ada eksekutif dalam eksekutif.

Pas terutamanya pemimpin tertinggi harus menerima kehadiran PasMa seperti mana Umno menerima kehadiran Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa). Perkasa sebuah Ngo yang disertai seratus peratus oleh ahli Umno. Tetapi Umno tidak pun merasakan takut dengan peranan dan fungsi Ngo berkenaan. Bahkan dalam hal-hal tertentu Umno menerima Pekasa sebagai sahabat yang membantu parti berkenaan.

Nah, begitu juga Pas dengan PasMa. Pas perlu menerima PasMa sebagai sebuah Ngo yang memperkukuhkan kedudukan Pas itu sendiri. Sesuai dengan ahli PasMa terdiri daripada golongan profesional, tenaga dan buah fikiran mereka boleh digunakan untuk perkuatkan Pas. PasMa boleh membawa dirinya menjadi sebuah badan pemangking kepada Pas. Cubalah berfikir secara positif bukannya dengan rasa cuak dan cemuh.

Sesiapa yang berhajat untuk menjadikan PasMa sebagai organisasi untuk berdepan dengan Pas, atau menghancurkan parti agama itu, ia harus ditolak dan dikecam. Itu bukan caranya. Adalah berdosa besar PasMa kalau bermatlamat demikian. Mengenai hal ini ahli Pas bijak dan sedar segala-galanya mengenai PasMa. Generasi muda yang menerima PasMa ada perkiraan dan hujah tersendiri.

Apa yang berlaku kini saya nampak ada segelinir ahli Pas yang sengaja menimbulkan persepsi buruk kepada PasMa dengan niat tertentu. Mereka berbuat demikian tidak melihat kepada nawaitu Ngo berkenaan dalam rangka Pakatan Rakyat, tetapi kerana cemburu dengan penampilan atau pesornaliti mereka yang menggerakkan Ngo berkenaan disebabkan krisis perbadi. Itu sahaja.

Jelas kalau persepsi itu dibuat berdasarkan rasa cemburu dan irihati ia tidak akan membawa kebaikan sebaliknya akan menambah keburukan dalam parti agama itu sendiri. Yang harus dilayani oleh Pas mengenai Ngo ini ialah menerima dengan fikiran dan sikap terbuka dan bersangka baik. Kalau kumpulan atau halaqah lain yang dibentuk secara senyap menerusi kumpulan whatsaap boleh diterima kenapa gerun dan takut menerima Ngo yang jelas dan nyata seperti PasMa? [wm.kl.5:25 pm 14/10/14] - MSO

ABU: Tak sudah-sudah!

Sunday, 12 October 2014

Runtuh,Hempap dan Kecelakaan Jalan Raya Malapetaka Yang Tiada Berkesudahan


Dua anggota polis maut dalam kontena

KUALA LUMPUR - Dua orang anggota polis maut akibat tersepit apabila sebuah kontena yang dijadikan sebagai pondok polis itu ranap dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Maharajalela, Kampung Attap di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, kedua-dua mangsa berpangkat Koperal, Dzulkhairi Ahmad, 48, dan Konstable Mohd. Sharil Hisham Hashamdi, 25, mati ditempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan selepas pokok yang terletak berhampiran kontena tumbang berikutan ribut.

Menurut sumber bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.09 malam dan seramai 28 anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pudu serta Hang Tuah diarahkan ketempat kejadian sebelum tiba 7 minit kemudian.

“Sebaik tiba dilokasi kejadian, pihak kami mendapati kontena yang dijadikan pondok polis itu musnah keseluruhan akibat dihempap sebuah pokok ketinggian kira-kira empat meter.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa maut dijalankan dan mangsa yang pertama berjaya dikeluarkan pada pukul 7.45 malam sebelum diserahkan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk urusan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. - KOSMO!

Bumbung Jejantas Runtuh: Kerajaan negeri Johor mengarahkan JKR memeriksa seluruh jejantas di negeri ini

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor akan mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memeriksa seluruh jejantas di negeri ini khususnya di kawasan bandar bagi memastikan ia diselenggara dengan baik sekali gus mengelak perkara buruk daripada berlaku lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, pemeriksaan juga akan menumpukan beberapa aspek termasuk papan iklan yang dipasang di jejantas yang dikhuatiri menyumbang kepada kejadian yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

"Saya dapati begitu banyak jejantas di daerah Johor Bahru yang terdapat papan iklan yang ada menyumbang kepada bebanan berlebihan lebih-lebih lagi apabila berlaku ribut kuat.

"Saya akan minta JKR untuk mengaudit semua jejantas dalam pastikan kemudahan yang disediakan kepada pengguna jalan kaki dan pengguna jalan raya selamat digunakan," katanya kepada pemberita selepas melawat kejadian bumbung jejantas tercabut dan diterbangkan angin sebelum terjatuh di laluan Lebuh Raya Taman Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena di sini hari ini.

Berhubung kejadian itu, beliau berkata, pihak JKR akan mengetuai siasatan kejadian dengan dibantu agensi lain. - Bernama

Lelaki maut selepas melarikan diri dari sekatan jalan raya
MELAKA - Seorang lelaki dipercayai penjenayah maut selepas kereta yang dinaikinya merempuh sebuah jentolak ketika cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya polis di Jalan Syed Abdul Aziz, Limbongan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang itu, seorang anggota polis trafik berpangkat koperal turut cedera di bahagian kaki dan tangan selepas cuba menahan kenderaan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, sebelum kejadian, kereta jenis Proton Persona dinaiki dua lelaki tidak berhenti ketika sekatan jalan raya yang dijalankan di Jalan Laksamana di sini.

Beliau berkata, hebahan kemudian dibuat kepada semua petugas sebelum anggota trafik berkenaan mengesan kereta terbabit di Jalan Syed Abdul Aziz sebelum cuba menahannya.

“Anggota polis berkenaan yang menaiki motosikal peronda kemudian telah dihimpit lalu terjatuh menyebabkannya mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tangan,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian. - Bernama

Pekerja tapak binaan maut dihempap pengorek jengkaut
JITRA - Seorang pekerja tapak binaan maut selepas dihempap pengorek jengkaut ketika menanam tiang konkrit di Kampung Seberang Kuala Jerlun, Ayer Hitam dekat sini semalam.

Mangsa, Azemi Senawi, 55, maut di tempat kejadian kira-kira 3.30 petang kerana mengalami cedera parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd. Rahim Abdullah berkata, ketika kejadian mangsa bersama tiga pekerja lain sedang menanam tiang konkrit dengan menggunakan sebuah jengkaut apabila hos hidraulik jengkaut itu rosak menyebabkan pengoreknya jatuh menghempap mangsa.

"Ketika memacak tiang, ia memerlukan seseorang memegang tiang untuk dimasukan ke dalam lubang manakala jengkaut digunakan untuk menekan tiang masuk ke dalam tanah," katanya.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jerlun tengah malam tadi.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. - Bernama

Saari, Hasnul digantung setahun sahaja?

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: PAS menggantung keahlian Adun Hulu Kelang dan Morib, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin selama setahun berkuatkuasa hari ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu keputusan tersebut diambil mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS.

"Hari kita bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Presiden PAS telah membincangkan mengenai dua Adun PAS mengenai krisis di Selangor tempoh hari.

"‎Laporan telah kita bentangkan dan Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan mengenakan tindakan tatatertib dengan menggantung keahlian kedua-dua mereka selama setahun bermula hari ini," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, sebentar tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub‎, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.‎

Mustafa berkata, mengikut Fasal 83(4) dan (5) Perlembagan PAS, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 15 hari.

"Mereka masih lagi menjadi Adun kerana kita hanya menggantung keahlian sahaja.

"Kedua-dua mereka tidak dibenarkan menjalankan apa-apa program rasmi di bawah nama parti," jelas beliau lagi.‎

Mereka dikenakan tindakan berikutan mendahului keputusan parti memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail‎ dalam isu Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.‎ - HARAKAHDAILY.

ABU: Bukan poroksi Nasionalis,kristian,komunis dan sosialis .

Friday, 10 October 2014

"Temerloh Terbakar" Kebodohan (Jahiliah) Masyarakat Malaysia Semakin Menjadi-jadi

 
Tindakan segelintir penyokong Selangor membaling suar ke balapan selepas jaringan penyamaan Indra Putra m-87 di Stadium Temerloh, semalam.

THE FIGHTERS menempah slot separuh akhir Piala Malaysia 2014 selepas mencatatkan agregat 7-3 ke atas The Red Giants sekali gus muncul selaku pasukan berstatus kelab mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2014 setakat ini.

Dalam saingan suku akhir kedua di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Temerloh, Pahang, malam tadi, perlawanan berkesudahan seri 3-3.

Sebaik separuh babak pertama bermula, pelawat nyaris mengejutkan gawang tuan rumah pada m-7 menerusi gerakan penyerang importnya, Paulo Rangel yang menghantar bola ke Ahmad Hazwan Bakri, namun dibatalkan akibat offside.

Namun tuan rumah kembali mengatur gerakan menerusi cubaan Makeche Ndumba pada m-10 tetapi berjaya ditampan oleh pertahanan lawan dan sepakan sudut yang diberikan gagal dimanfaatkan selepas tandukan Shukor Adan di depan gawang ditangkap Mohd Hamsani.

Felda terus menggandakan serangan dan pada m-30, sepakan oleh pemain importnya, Zah Rahan Krangar tersasar di sudut kanan gawang.

Sebaliknya, kesilapan pertahanan Felda memakan diri dengan tandukan penyerang sensasinya, Rangel yang menanduk masuk hasil gerakan Muhammad Afiq Azmi pada m-38 menewaskan Mohd Farizal Harun sekali gus menggegarkan stadium yang dipenuhi lebih 10,000 penyokong.

Tambahan dua minit masih gagal merubah kedudukan dan keputusan kekal Selangor mendahului 1-0 hingga tamat separuh babak pertama perlawanan.

Tidak sampai dua minit separuh babak bermula, Felda menyamakan kedudukan selepas rembatan Makeche terkena Farizal tetapi bola muntah itu berjaya dimanfaatkan Edward Junior Wilson yang menyepak masuk menewaskan penjaga gol Selangor itu.

Kedudukan kembali memihak pelawat pada m-51 menerusi gerakan solo Andik Vermansah dari tengah dan merembat dari luar kotak penalti.

Skuad kendalian Mehmet Durokovic itu terus bernafsu menggasak gawang lawan namun hantaran dari Andik ke Ahmad Hazwan Bakri tersasar pada m-59 dan sepakan dari luar kotak penalti oleh pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tinggi melepasi palang gol tuan rumah.

Rangel sekali lagi menambahkan gol buat Selangor selepas rembatannya menembus gawang Felda pada m-60.

Tuan rumah tidak berputus asa sebaliknya menggandakan serangan dan Edward Junior menceriakan penyokong Felda dengan gol kedua pasukan pada m-69.

Cubaan Muhammad Afiq nyaris mencemaskan gawang Felda pada m-81 namun sepakannya tersasar di sudut kiri gawang.

Kemasukan pemain gantian, Indra Putra Mahyuddin menambahkan derita lawan dengan gol penyamaan pada m-85.

Namun situasi menjadi kecoh dengan tindakan segelintir penyokong Selangor yang membaling flare ke atas trek sebaik gol itu dihasilkan.

Kedudukan kekal 3-3 sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri.
ABU: Apabila "kebebasan" disalah erti, semua pendapat dianggap betul,....jahiliah menjadi-jadi,hilang waras!

Anda Kata, Saya Tak Kata

Anda Kata, Saya Tak Kata

Saya kata UMNO pembuli PAS sejak dulu. Maka DAP janganlah jadi macam UMNO selepas boleh kuasa. Buli.

Anda pula kata Nik Abduh tuduh PAS sentiasa kena buli dalam PR?!

Dulu, saya kata UG adalah pakatan semua parti perintah Malaysia. Itu maksud saranan presiden PAS.

Anda pula kata Nik Abduh sokong kerajaan campuran UMNO-PAS?!

Saya kata 2 ADUN itu pengkhianat, mengkhianati parti sendiri selepas keluar daripada pendirian parti yang jelas.

Anda pula kata, Nik Abduh ajak keluar PR?!

Saya kata wujud konspirasi antarabangsa jatuhkan TGHH atau presiden PAS dan para ulama dalam Majlis Syura Ulama PAS. Ahli PAS harus ada kesedaran yang tinggi.

Anda pula kata, Nik Abduh menghentam dan merugikan partinya sendiri!?

Anda kata, saya tak kata pun.

Anda salah. Saya pula anda salahkan.

Janganlah jadi 'anda' yang seperti di atas. Jadilah macam saya yang macam anda, yang benar, berani dan berterus terang.

#FitnahItuArak #JauhiKetagihArak

Thursday, 9 October 2014

Tak Ada 'Black Area' di Kuala Lumpur, Yang Banyak "Awang Hitam"

'Siasatan kes letupan bom dari segenap sudut'


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata siasatan lengkap mengenai letupan bom di Bukit Bintang akan dilakukan meliputi segenap sudut termasuk kemungkinan perbuatan pengganas.

Ini kerana, tegasnya, terdapat pelbagai kemungkinan kejadian letupan bom itu berlaku antaranya pergaduhan kongsi gelap, persaingan perniagaan atau perbuatan pelampau agama.

"Kita menyelidik semua sudut... Kita juga melihat dari sudut ekstremisme, kalau ada hubung kait dengan kumpulan seperti IS (Islamic State) yang memang tidak suka benda-benda begini," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.


Satu letupan bom mengegarkan kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kira-kira jam 4:20 pagi tadi yang dilapor menyebabkan 14 cedera.

Menurut pelbagai laporan berita, sumber letupan di luar sebuah pub di Kompleks Sun itu adalah bahan letupan yang diletakkan di bawah sebuah kereta yang diparkir dan disyaki perbuatan gangster.

Manakala, Astro Awani melaporkan Ketua Jabatan Siasatan jenayah Kuala Lumpur Khairi Ahrasa telah mengesahkan kejadian itu.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi yang juga MP Santubong bagaimanapun menafikan kawasan itu merupakan "kawasan hitam" yang penuh aktiviti kongsi gelap.

"Tak ada 'black area' dalam Kuala Lumpur ini. Bagi saya ia 'vibrant area', tempat beriadah, serta berpoya-poya seperti yang ada di bandar besar lain," katanya.

Bimbang wujud ketegangan

Dalam perkembangan berkatain, Pemuda PAS menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kemungkinan terdapat usaha mewujudkan ketegangan.

Ketuanya Suhaizan Kait berkata, ini kerana kes sebegitu sangat jarang kedengaran di negara kita.

“Di harap pihak polis dapat membuat siasatan terperinci motif kejadian yang telah berlaku agar rakyat Malaysia dapat hidup aman dan damai,” katanya dalam reaksi segera di Facebook.

ABU: Wah, meriahnya Malaysia.....Tak perlu ke Thailand lagi....sudah cukup di sini, macam-macam ada!

Wednesday, 8 October 2014

Polis tahan bakal pengantin disyaki terlibat militan

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Polis menahan seorang wanita warganegara Malaysia kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan antarabangsa, Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), di Lapangan Terbang klia2 pada Ahad lepas.

Bakal pengantin berusia 25 tahun berasal dari Negeri Sembilan itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.

Wanita berkenaan dijadual berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia di Syria, yang menjadi anggota ISIS.

Sumber polis memberitahu Bernama bahawa lelaki berkenaan memberi RM6,000 secara tunai kepada wanita terbabit sebagai perbelanjaan perjalanannya.

Kata beliau, pada mulanya wanita itu menempah tiket penerbangan ke Istanbul, Turki, tetapi menukar rancangan perjalanannya ke Brunei sebelum menuju ke Asia Barat bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Lelaki berkenaan pula dikatakan membunyai seorang saudara lelaki yang terbunuh pada 30 Sept dalam konflik di Syria.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dihubungi Bernama di sini hari ini mengesahkan penangkapan wanita tersebut dan berkata satu sidang akhbar mengenainya akan diadakan.

Ini merupakan tangkapan keempat oleh polis selepas tiga rakyat Malaysia ditangkap di KLIA pada 27 Sept kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai perjuangan ISIS.

Wisma Putra baru-baru ini berkata Kerajaan Malaysia menyifatkan ISIS sebagai pertubuhan pengganas dan tidak bersetuju dengan sebarang aktivitinya.

Sejak April hingga 21 Sept tahun ini, 19 rakyat Malaysia ditangkap kerana disyaki terlibat dengan ISIS. Mereka dipercayai direkrut oleh empat sel militan (Khaed Al Waled, Bridged Al Jemaah, Daulah Islamiyah dan Arakan Daulah Islamiyah Arakan) untuk dihantar ke Syria. - BERNAMA.

Tuesday, 7 October 2014

Bukti Yang Cukup Mengatakan UMNO BN, PKR,DAP dan Sebahagian PAS adalah 1 Fikrah (Bangang Tak Sudah-sudah)

ABU: Parti lain-lain, fikrah sama sahaja.Mabuk Carlsberg, bangang tak sudah.

 
Carlsberg, Bangang tak sudah.
Sangkakan selepas 57 tahun semakin cerdik, tapi sudah mabuk dan bangang. 
Siapa yang bangang?
Lu pikirlah sendiri.
Dulu nampak sepakat untuk menjatuhkan BN. Sekarang saling menjatuhkan sesama sendiri. Sebenarnya lu orang agen siapa? Ikut kepala hotak siapa?
Begitu ketara sejak akhir-akhir ini yg diserang ialah golongan agamawan. Yang menyerang itu fahamkah apa yg ditentang? Dan secara tidak langsung pihak-pihak yg tidak suka dengan teguran ini telah membantu mengiklankan pesta ini. Akhirnya siapa yg akan menang? 
Siapa yang bangang?
Gua pun tahu pesta Carlsberg tu sudah bertahun-tahun dianjurkan di negeri Selangor.
Tahun sebelumnya kenapa tiada pihak yang bising?
Tahun-tahun sebelum ini adakah sebarannya meluas seperti penganjuran kali ini?
Adakah ianya diiklankan secara  besar-besaran seperti sekarang.
Suka hati merekalah nak menonggeng, menerap atau telentang.
Apa yg dipersoalkan ialah apa tanggung jawab kita sebagai muslim. Ke mana hala tuju kita yg masih mengaku beragama Islam. Itu keutamaan sebenar kita.
Gua cukup pelik dgn pihak yg menentang dan menyerang golongan yg menegur penganjuran pesta mabuk mabukan ini. Adakah mereka muslim, apakah mereka beragama Islam?
Pernahkah terfikir kenapa teguran dibuat? Sebab iklannya disebarkan begitu terbuka.
Jika pesta tertutup dan tiada sebaran media secara meluas, lantaklah golongan itu nak buat apa pun. Sebagai muslim kita tidak wajib mempertahankannya.
Dalam penganjuran pesta ini siapa yang mengaut keuntungan? Cukainya mengalir ke poket siapa? BN atau PR? Siapa yang bakal hancur?
Gua tidak menolak bahawa minum dan tunggang langgang itu budaya kafirun. Itu hak mereka. Mereka boleh buat apa yg mereka suka selagi ianya masih mampu dikawal.
Salah ke sebagai muslim, menegur penganjuran pest arak yg diiklankan secara besar-besaran? 

Tempiasnya tetap akan dirasai oleh umat Islam. Lainlah pada pihak yg hanya keturunan Islam baka, mereka memang tidak akan merasakan apa-apa dengan pesta sebegini. rojakpasembor.blogspot.com/

Di negeri UMNO pun ada!


Date: 24 Sept 2014, Wednesday
Time: 7pm onwards
 RP Saujana Hotel, SubangJalan Lapangan Terbang Subang, 40150, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Date: 26 Sept 2014, Friday
Time: 7pm onwards
 Brussels Beer Cafe, Setia Walk, Puchong, I-1-G, Block I, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47160, Puchong, Selangor Darul Ehsan.
   
Date: 3 Oct 2014, Friday
Time: 7pm onwards
Movida, Sunway Giza, PJ, C-03 & C-04 Block C, Sunway Giza, 2 Jalan PJU 5/14, PJU 5 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
   
Date: 10 - 12 Oct 2014, Friday, Saturday & Sunday
Time: 6pm onwards One Utama, Old Wing Car Park, PJ 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama City Centre, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Date: 25 Sept 2014, Thursday
Time: 7pm onwards
Berjaya Time Square Hotel, KL No 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur.
       
Date: 1 Oct 2014, Wednesday
Time: 7pm onwards
Deutsches Gasthaus 5, Kepong, KL G03 K-Gallery, 10 Jalan Manjalara Idaman, 1/62A Bandar Manjalara 52200 Kuala Lumpur.
       
Date: 2 Oct 2014, Thursday
Time: 7pm onwards
Hakka Restaurant, KL 6, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur.
       
Date: 8 Oct 2014, Wednesday
Time: 5pm onwards
 Royal Selangor Golf Club, KL Jalan Kelab Golf, Off Jalan Tun Razak, 55000 Kuala Lumpur

Date: 27 Sept 2014, Saturday
Time: 8pm onwards
I Beam, Batu Pahat, Johor Jalan Seluang, Taman Banang, 83000 Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Date: 4 Oct 2014, Saturday
Time: 7pm onwards
Euro Deli Biergarten, Penang Unit 170 - G-37/37A, Ground Floorr, Plaza Gurney, Persiaran Gurney, 10250 Penang.
           
Date: 18 - 19 Oct 2014, Sat & Sunday
Time: 7pm onwards
Malaysian German Association, Penang 250 Jalan Air Hitam, 11460 Georgetown, Penang

Khalid Samad: Pesta Arak ‘Oktoberfest’ Tidak Boleh Dihalang

BANGI- Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

“Islam mengiktiraf bahawa arak tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka.

“Tambahan pula pesta kemuncak yang akan diadakakan di Petaling Jaya itu adalah di kawasan majoriti bukan Islam.

“Apatah lagi jika mahu dibandingkan dosa arak dengan syirik, sebenarnya dosa syirik lebih besar berbanding arak, namun gereja dan kuil tetap dibenarkan,” ujarnya ketika dihubungi wartawan ISMAweb.

Beliau berkata demikian sebagai respon berkenaan penganjuran pesta arak oleh Carlsberg yang didedahkan ISMAweb beberapa hari lalu. Pesta arak ini telah pun bermula sejak 24 September lalu di RP, Saujana Hotel Subang dan diikuti di Berjaya Time Square Hotel, Brussels Setia Walk, Puchong, I Beam, Batu Pahat, Johor, Deutsches Gasthaus, Kepong, KL, Hakka Restaurant Kuala Lumpur, Movida, Sunway Giza, PJ dan Euro Deli, Penang.

Kemuncak pesta ini akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya.

Tambah beliau, lebih 60% di Petaling Jaya ini adalah bukan Islam, jadi tidak ada sebab untuk mengahalang mereka mengadakan acara sebegitu.“Cumanya, perlu dipertegaskan bahawa orang Islam tidak boleh hadir ke pesta arak seperti itu.

“Pada masa yang sama kawalan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu diadakan untuk menentukan tiada keterlanjuran oleh man-mana pihak akan berlaku dan ianya dilakukan dalam suasana terkawal,” katanya.

Jadi bagi mengatasi budaya minum arak ini, ujar Khalid, mungkin pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran kepada orang bukan Islam berkenaan bahaya dan keburukan arak.Walaupun kita tidak boleh menghalang program sebegini dianjurkan oleh pihak bukan Islam, namun kesesuaian tempat dan kaedah anjuran perlu sentiasa dikaji PBT.

Pada masa yang sama tambahnya, kempen ‘anti-alcoholism’ dari sudut permasalahan sosial, akhlak, rumah tangga dan sebagainya perlu diadakan di kalangan bukan Islam dan masyarakat umum.

Bermula minggu lalu, ISMAweb telah menerbitkan beberapa artikel yang mempersoal penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ yang berasal dari Munich, Jerman. Budaya negatif ini mula dibawa masuk ke Malaysia dan dipromosi secara terang-terangan - ismaweb.net.

Festival Arak Oktoberfest : Ahli Parlimen PAS Khalid Samad Pertahan Kenyataan


Khalid pertahan kenyataan, PBT perlu main peranan kawal ketat pesta arak
Ahli Parlimen PAS Khalid Samad hari ini mempertahankan kenyataannya yang sambutan festival arak Oktoberfest boleh dibenarkan di negara ini, tetapi dengan syarat sensitiviti dan hak masyarakat Islam perlu dilindungi.

Wakil rakyat Shah Alam itu berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memainkan peranan utama dengan mengenakan syarat dan kawalan ketat terhadap penganjur yang juga syarikat pengeluar produk minuman keras, Carlsberg Malaysia.

Antaranya, dengan melarang penganjurannya di kawasan penduduk majoriti beragama Islam, melarang pengiklanan secara terbuka di papan iklan dan Facebook serta menghadkan penyertaannya kepada bukan Islam sahaja, "PBT perlu menguruskannya dengan baik.

Nak perkenalkan arak atau pesta perlu dibuat di kawasan yang majoritinya bukan Islam, jangan buat di Shah Alam contohnya, jangan iklan merata-rata dan jangan panggil orang Islam hadir.

"Jika semua ini dipatuhi untuk masyarakat Islam, saya rasa tidak ada masalah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kenyataan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu sebelum ini yang membenarkan Oktoberfest atas alasan negara majmuk menimbulkan reaksi negatif apabila dikatakan tidak memahami konsep Islam sebagai agama Persekutuan.

Namun Khalid menegaskan, Islam sebagai agama global juga mengajar umatnya cara untuk berurusan dengan bukan Islam memandangkan penggunaan minuman dan makanan beralkohol dibenarkan dalam ajaran agama lain.

Jelasnya, tidak ada halangan bagi bukan Islam makan dan minum sesuatu yang dihalalkan mengikut kepercayaan agama masing-masing, cuma pelaksanaannya perlu mengambil kira suasana dan realiti masyarakat.

"Kalau ambil pendekatan 'ini negara Islam agama rasmi' maka akhirnya bukan Islam tidak nampak keadilan dalam Islam.

"Sebaliknya mereka nampak seolah-olah terpaksa tunduk dan akur kehendak Islam."

Katanya, sehingga kini masih wujud perbahasan antara ulama mengenai isu pengambilan hasil cukai arak oleh kerajaan.

Ada mazhab yang membenarkan hasil cukai melalui keuntungan jualan arak digunakan untuk rakyat dengan membina kemudahan awam, tetapi ada juga yang mengasingkannya untuk kegunaan rakyat beragama Islam dengan bukan Islam.

"Di Malaysia, kita tidak ada sistem pengasingan itu. Tetapi di Kelantan, cukai arak tidak dicampur dalam cukai yang bersih.

"Menjadi amalan pentadbiran Kelantan mengasingkan cukai lesen jualan arak dan memasukkannya dalam tabung yang berasingan," katanya.

Mengulas dakwaan Pengerusi Umno Datuk Seri Noh Omar terhadap iklan Oktoberfest yang dipasang disekitar kawasan Shah Alam, Khalid menafikannya dan menganggap dakwaan itu sebagai palsu.

Oktoberfest bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Times Square.

Kemuncak pesta akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.- The Malaysian Insider

Ahli Parlimen PAS bercanggah pendapat isu Oktoberfest

Dua pemimpin PAS berbeza pendapat dalam isu pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia dengan seorang mengatakan ia tidak boleh dihalang sementara seorang lagi mengatakan ia mesti segera dicegah.

Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan mengatakan pihak berkuasa, bermula daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Tempatan, mesti mengambil tindakan segera menghentikan pesta arak yang dipromosikan secara meluas itu.

Katanya negara tidak boleh dibiarkan membangun dengan budaya mungkar dan maksiat kerana ia akan membinasakan tamadun dan maruah, dan negara ini tidak mendapat keberkatan dan akan dimurkai Allah.

"Pesta arak yang dipromosi besar-besaran ini menjadi mungkar terbuka meskipun ia dilakukan dalam ruang bangunan tertutup.

Sekaligus ia mencabar sensitiviti umat Islam, "Samalah seperti aktiviti hubungan seks luar nikah (pelacuran) yang dipromosi kepada umum, ia menjadi maksiat terbuka yang wajib ke atas pihak berkuasa dan seluruh Islam bangkit mencegahnya," katanya di dalam posting Facebooknya hari ini.

Khamis lepas, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dilaporkan laman web Isma berkata penganjuran Oktoberfest tidak boleh dihalang kerana Malaysia sebuah negara majmuk dan ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

"Islam mengiktiraf yang arak bukan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka. Tambahan pula pesta kemuncak yang akan diadakan di Petaling Jaya itu di kawasan majoriti bukan Islam.

“Apatah lagi jika mahu dibandingkan dosa arak dengan syirik, sebenarnya dosa syirik lebih besar berbanding arak, namun gereja dan kuil tetap dibenarkan,” katanya kepada wartawan ISMAweb.

Nasruddin berkata beliau tidak menafikan hak arak yang boleh diminum mereka yang agamanya membenarkan begitu, tetapi tidak setuju ia dipromosikan secara besar-besaran.

"Dalam sebuah negara yang Islam menjadi agama Persekutuan seperti negara Malaysia, hak itu mestilah ditunai secara tertutup dan tidak dipromosi apa lagi dipestakan secara besar-besaran begini," katanya.

Dia juga menyeru pihak berkuasa agama seperti jabatan dan majlis agama Islam semua peringkat tidak memandang sepi fenomena ini.

"Ambillah tindakan wajar, Jangan hanya memberi alasan kononnya perkara ini berada di luar bidang kuasa sedang akibatnya kelak akan melanda umat tanpa mengenal di mana kuasa dan kedudukan mereka, Bangkitlah sebelum terlewat," katanya.

Nasruddin memetik hadis Rasulullah yang bersabda Allah akan menurunkan bala kepada mereka yang membuat 15 perkara, salah satunya ialah membiarkan arak diminum secara berleluasa.

Oktoberfest bermula 24 September lalu di sebuah hotel di Subang, diikuti di beberapa tempat di Kuala Lumpur, Puchong, Kepong, Batu Pahat, Petaling Jaya dan Pulau Pinang.

Kemuncak pesta itu dijadualkan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober di tempat letak kereta One Utama Petaling Jaya.

Kenyataan Khalid sebelum ini menerima kecaman ramai pihak, termasuk Presiden Isma Abdullah Zaik Abdul Rahman yang mengatakan Khalid sudah 'hilang kompas' dan sedang menghadapi krisis identiti yang serius.

“Dia seorang Islam dan tertakluk kepada undang-undang dan sempadan agama, Dia tidak boleh lupa hakikat ini," katanya sambil memberi amaran kepada Khalid agar berhati-hati dengan 'plotism'.

Plotism, menurut laporan itu, ialah apabila seorang pemimpin Islam mempunyai kefahaman yang terapung-apung dan tidak stabil tentang agama, membuatkan dia dimanipulasi pihak lain untuk membawa kemusnahan terhadap agamanya sendiri.

"Khalid mesti berhati-hati dengan plotism dan seharusnya merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, bukan ideologi Barat," katanya sambil menambah, kegagalan melakukan demikian menyebabkan Khalid melihat DAP sebagai pilihan yang lebih baik daripada Isma.

Exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata kenyataan Khalid perlu dinilai semula, sambil menegaskan penganjuran pesta arak tidak boleh dilakukan secara terbuka.

“Kalau hendak buat sangat kena buat di kawasan tertutup, jangan buat di kawasan terbuka,” katanya menurut laporan ISMAweb.

Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim berkata, kenyataan Khalid Samad menggambarkan beliau seorang individu yang tidak ghirah (cemburu) dengan Islam.

“Khalid tidak melihat dengan penuh rasa cemburu perkembangan yang mencabar ketuanan Islam di tanah air ini.

Walaupun ini negara majmuk, tetapi secara perlembagaan dan sejarahnya, ia masih negara Islam,” tegasnya.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia, Ismail Mina Ahmad dilaporkan menempelak Khalid, menyifatkannya sebagai rosak akhlak apabila mengatakan penganjuran Oktoberfest tidak boleh dihalang. - The Malaysian Insider 

PAS Selangor kesal, desak batal Oktoberfest

SHAH ALAM: PAS Selangor melahirkan rasa kesalnya dengan penganjuran Oktoberfest oleh Carlsberg Malaysia yang jelas bertentangan dengan sosiobudaya dan sensitiviti agama Islam di negara ini, terutamanya di Selangor.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib, mempersoalkan permit penganjurannya memandangkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dikhabarkan tidak pernah memberikan kelulusan mengenai festival tersebut.

"Jika ia diadakan secara besar besaran seperti festival, apatah lagi dengan menguar-uarkan secara terbuka seperti iklan di pasar raya dan papan iklan dan sebagainya, ianya jelas melanggar tata susila kehidupan masyarakat bahkan seluruh agama di dunia ini.
"
Kerajaan Selangor dan PBT juga tidak pernah meluluskan apa-apa berkaitan dengan program ini. Ia boleh digambarkan sebagai mencetus dan mencabar keharmonian yang sentiasa diterap dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.


"PAS Selangor akan berusaha untuk mendesak melalui peruntukan kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri Selangor dan PBT yang terbabit supaya festival di kawasan terbuka seperti 'parking kereta' dan sebagainya yang jelas bercanggah dengan 'Akta 176' dapat dialihkan atau dibatalkan dan melarang penglibatan umat Islam serta mereka yang di bawah umur," demikian memetik kenyataan media parti Islam itu hari ini.

Malah PAS Selangor mendesak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang menguar-uarkan penganjuran festival itu melalui iklan.

Begitu juga kepada mereka yang melakukan provokasi yang jelas tidak menghormati kedudukan Islam di negara ini.

"PAS Selangor juga meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas trehadap pihak yang bertanggung jawab mencetuskan kontroversi dengan menaikkan iklan (di papan iklan) Octoberfest tanpa kebenaran di sekitar Saujana Hotel Subang, walau ianya diturunkan semula selepas tiga hari dinaikkan.

"Apa jua bentuk perlanggaran undang-undang berlaku, PAS Selangor tidak akan teragak-agak untuk membuat tindakan tegas selaras dengan mempertingkatkan nilai-nilai kehidupan harmoni yang diperjuangkan oleh seluruh lapisan masyarakat berbilang agama dan bangsa," tambahnya.

Oktoberfest mula berlangsung sejak 24 September lalu di Hotel Subang dan beberapa tempat di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sambutan akhir dijadual diadakan di pusat beli-belah One Utama di Petaling Jaya daripada 10 hingga 12 Oktober dan dijangka menarik perhatian 12,000 orang penggemar bir.

Arak hak warga bukan Islam adalah mengelirukan - ABIM
Amidi Abdul Manan
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyatakan bantahan terhadap satu promosi berkaitan penggunaan arak oleh segolongan rakyat Malaysia yang dinamakan ‘Octoberfest’.

"Untuk perhatian masyarakat, asal usul ‘Octoberfest’ ini adalah dari negara Jerman. Ia merupakan satu pesta meraikan perkahwinan diraja," ujar Presidennya, Amidi Abdul Manan.

Katanya, pandangan bahawa ia perlu dibenarkan kerana ia merupakan hak warga yang bukan Islam adalah kurang tepat dan mengelirukan.

"Wujudkah agama yang membenarkan penganutnya hidup di bawah pengaruh alkohol atau pun membenarkan penganutnya mabuk?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Katanya, sama ada Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain agama mahukan penganutnya hidup dengan penuh kesejahteraan.

Oleh itu, ujarnya ‘kemabukan’ yang bermakna hilangnya fungsi akal adalah amat-amat dilarang dalam mana-mana agama.

Justeru, kata beliau justifikasi yang mengatakan bahawa ia perlu dibenarkan bagi mereka yang bukan beragama Islam adalah tidak berasas sama sekali.

Begitu juga, katanya apabila mudarat arak ditinjau dari sudut sains, kesihatan, keselamatan mahu pun sosial.

Tegasnya, ia jelas mengundang lebih banyak mudarat dari manfaat yang boleh diperolehi masyarakat.


ABU: Parti lain-lain, fikrah sama sahaja.

Monday, 6 October 2014

Semua Kru Bot Tempur CB90 Selamat - Panglima TLDM

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Kesemua tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berada di dalam bot tempur yang hilang sejak pagi Ahad di perairan Pulau Mengalum, Sabah, diyakini selamat.

Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, bot CB90 itu masih boleh beroperasi walaupun dalam keadaan cuaca buruk kerana ia dilengkapi sistem apungan yang tinggi.

Beliau berkata jika bot itu terbalik akibat daripada pukulan ombak besar mahupun ribut kencang, ia secara automatik akan terapung semula.

``Saya percaya dan yakin bahawa bot tempur bersama tujuh anggota saya masih selamat kerana ia memiliki ciri apungan yang tinggi.

``Apa yang saya harapkan, ketika kejadian itu, tidak berlaku sebarang kebocoran pada bot berkenaan,'' katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata operasi SAR akan diperluaskan walaupun keadaan cuaca buruk di perairan Sabah.

Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Lt Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Abdul Aziz berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi. - BERNAMA

Senarai anggota TLDM yang hilang

KOTA KINABALU 6 Okt. - Berikut adalah senarai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang hilang ketika melakukan operasi tinjauan menggunakan bot tempur CB90 di perairan Pulau Mengalum, semalam.

1. Leftenan Azri Bakar

2. BK PAP Christopher ak Mani

3. BM TMK Ince ak Evin

4. BM TMK Steven Hudson ak Miso

5. BM JTP Nor Azuan Ariffin

6. LK KOM Sulhajji Daah

7. LK PAP Mohd. Azhry Maani

- UTUSAN ONLINE. 

Perairan Barat Sabah selamat daripada kegiatan lanun

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Kawasan perairan barat Sabah, yang turut menempatkan Pulau Mengalum, selamat daripada kegiatan lanun dan pengganas, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Abdul Aziz Jaafar hari ini.

Beliau berkata, bagi memastikan keselamatan negara, sebanyak 12 bot tempur jenis CB90 ditugaskan di perairan Sabah.

Katanya, lima bot berkenaan ditugaskan di perairan barat Sabah manakala tujuh lagi beroperasi di perairan timur negeri itu.

``Lanun dan pengganas tidak berani dengan kapal atau bot TLDM kerana kita dilengkapi dengan senjata,'' katanya kepada Bernama ketika ditanya keadaan semasa di kawasan itu.

Semalam, sebuah bot tempur CB90 yang dinaiki tujuh pegawai dan anggota TLDM hilang di perairan Pulau Mengalum.

Bot tempur itu, yang diketuai Leftenan Azri Bakar, terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Ditanya mengenai kejadian itu, Abdul Aziz berkata TLDM percaya bot itu terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus akibat cuaca buruk di Pulau Mengalum.

Dalam kenyataannya malam tadi, Abdul Aziz berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi. - BERNAMA

KD Lekiu Siasat Objek dilihat Menyerupai Bot

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Kapal Diraja (KD) Lekiu telah dihantar melakukan siasatan di kedudukan 17 kilometer dari Timur Laut Pulau Mengalum selepas sebuah objek terapung yang menyerupai bot dilihat di perairan itu pagi ini.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar melalui laman Twitternya pada pukul 1 tengah hari ini berkata, objek tersebut dikesan hasil tinjauan dari atas pelantar minyak Erb West yang terletak di lokasi berhampiran. - UTUSAN ONLINE.

CB204 selamat, dua kapal sedang menuju ke lokasi
 
Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar
Abdul Aziz
SHAH ALAM - Tujuh kru CB204 ditemui selamat, bot hadapi masalah enjin dan steering gear pada kedudukan 30 batu nautika dari Stesen Uniform.

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, KD Ganas dan KD Lekiu sedang menuju ke posisi bot untuk menyiasat.

"Bot berada 7 batu nautika daripada KD Ganas. Tolong doakan bot selamat," katanya dalam laman Twitter

Saturday, 4 October 2014

Jadilah Anak Muda Yang Berfakta Bukan Bersatu Membuat Auta Dan Dicucuk Hidung.Kebulur Sangatkah Dengan Kemenangan dan Kuasa?

Ekoran LENSA Hantar Memorandum Desak PAS Henti Cetus Ketegangan Dalam PAKATAN RAKYAT.

"Krisis dalam PR bukan hanya berlaku melalui "Langkah Kajang" . Permainan bermula sejak kejatuhan kerajaan 11 bulan PR di Perak. Apakah dan siapakah yang sebenarnya  menyebabkan YB Jamaluddin Behrang dan Rakannya meninggalkan PKR. Siapa dalang dalam PR yang cuba gulingkan MB pada ketika itu?. Kambing hitamnya UMNO dan Barisan Nasional dan noda terpalit pada sekelompok penyokong PAS yang membuat aksi di hadapan Istana.Kemelut juga pernah berlaku kepada Kerajaan PR Pulau Pinang. Masih ingatkah lagi betapa Timbalan Ketua Menteri di nasihatkan meletak jawatan untuk diadakan PRK bagi meletakkan sesorang yang lain sebagai ganti. Apa motifnya?Siapa dalangnya?Seterusnya masih ingatkah kita dengan kemelut yang melanda kerajaan PR pimpinan PAS di Kedah? Siapa pencaturnya sehingga kerajaan yang dianggap stabil menjadi goyah dan hilang.Begitu juga dengan mehnah yang menimpa Tuan Guru Presiden hingga cuba diheret ke mahkamah kononnya membuat tuduhan tanpa asas. Di mana penasihat undang-undang parti ketika itu. Mengapa dibiarkan Presiden dimalukan.Awas, pencatur politik! Jangan fikir ahli,Presiden PAS dan Kepimpinan Utama "buta" tentang percaturan politik kalian". 



Saya sempat membaca dan meneliti surat yang dihantar oleh Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) bertarikh 30 September kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tersebar di media massa.

LENSA menyatakan bahawa surat tersebut adalah sebagai teguran kepada PAS yang dianggap sebagai punca tercetusnya ketegangan dalam Pakatan Rakyat.

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam amalan demokrasi, semak dan imbang sangat penting dalam memastikan sesebuah parti mampu melaksanakan dengan sebaiknya hak dan mandat yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Namun begitu, saya tidak pasti sama ada LENSA telah meneliti secara adil segala hujahan yang mereka halakan secara mutlak kepada PAS atau tidak.

Sewajarnya LENSA perlu lebih adil dalam memberi teguran bukan hanya kepada PAS, akan tetapi secara bersama kepada PKR dan juga DAP yang juga turut berada dalam Pakatan.

Bukankah tujuan surat tersebut adalah untuk memastikan sistem politik dwiparti (Pakatan) di negara kita dikukuhkan bagi mewujudkan pentadbiran negara yang seimbang?

Namun sebaliknya, tindakan tersebut dilihat seperti 'kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak'.

Mengapa pula wujud double standard dalam isu ini yang seolah-olah PKR dan DAP langsung tidak terlibat dalam pergeseran yang sengaja diwujudkan ini?

Sepatutnya LENSA menegur pencetus utama (the cause of the problem) kepada kemelut yang berlaku sehingga menyebabkan Umno mampu untuk goyang kaki melihat wayang ini.

Titah sultan Selangor menegur tindakan PKR melalui 'Langkah Kajang' yang dilihat sebagai punca kepada krisis di Selangor wajar dijadikan muhasabah oleh PKR.

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli yang menggerakkan projek 'Langkah Kajang' tanpa berbincang terlebih dahulu dengan rakan Pakatan dilihat punca utama kepada kemelut ini.

Tanpa ada sebarang sebab yang munasabah, pada 27 Januari lalu, ADUN Kajang telah meletakkan jawatan sebagai ADUN sehingga memaksa rakyat terheret sama dalam pilihan raya kecil yang terpaksa diadakan.

Bukan lembu dicucuk hidung

Selain itu juga, saya melihat ada beberapa argumentasi ringkas yang didatangkan oleh LENSA dalam surat tersebut perlu diperbetulkan dan diberi penjelasan seadil-adilnya.

Sangat tidak wajar jika hanya memetik satu isu lantas mencipta 'bad premise' kepada PAS sehingga menghalalkan hujahan LENSA bahawa PAS adalah punca mutlak kepada berlakunya ketegangan dalam Pakatan.

Sebagai contoh, isu yang dibangkitkan oleh LENSA tentang tindakan PAS yang dilihat membelakangi setiakawan Pakatan apabila tidak menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Perlu diperjelaskan bahawa sebelum isu ini dibangkitkan oleh LENSA, sewajarnya persoalan mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim perlu diturunkan daripada jawatan menteri besar Selangor (sehingga membawa kepada pemecatan beliau sebagai ahli PKR) perlu dijawab terlebih dahulu kerana ia adalah penyebab berangkai kepada persengketaan ini.

Begitu juga dengan persoalan mengapa Anwar, ketika awal ‘Langkah Kajang’ dilancarkan, mengeluarkan kenyataan bahawa projek ini tidak ada kaitan dengan pertukaran menteri besar sebagaimana dilaporkan media pada 27 Januari lalu, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya?

Apakah tindakan ini tidak membelakangi setiakawan Pakatan?
Atau apakah LENSA menganggap bahawa PAS sebenarnya hanya perlu menjadi ‘lembu yang dicucuk hidung’ menuruti segala apa yang dilakukan walaupun terpaksa menghakis kepercayaan rakyat kepada Pakatan?

Mesyuarat 17 Ogos

Isu lain yang dibangkitkan oleh LENSA adalah dengan mengatakan pendirian PAS tidak konsisten dalam isu itu.

Saya tidak pasti sama ada LENSA sudah ambil maklum atau tidak berkenaan keputusan rasmi PAS Pusat yang telah bermesyuarat pada 17 Ogos sebulat suara sepakat, yang antara lain:

“PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor, PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.

“Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (presiden PKR), dan Mohammad Azmin Ali (timbalan presiden PKR).”

Hilangnya suara anti-GST

Maka sepatutnya rakan Pakatan lain menghormati keputusan PAS ini sebagaimana PAS menghormati keputusan PKR untuk menukar menteri besar setelah Khalid bukan lagi mewakili Pakatan.

Akan tetapi, mengapa PKR tetap berdegil memaksa PAS bersetuju dengan hanya nama tunggal iaitu Wan Azizah sehingga menafikan hak bersuara PAS sebagai rakan dalam satu pakatan.

Keputusan mesyuarat pada 25 Ogos pula sebagai mengukuhkan keputusan sebelumnya dan menyerahkan kepada kebijaksanaan sultan dalam memilih menteri besar Selangor.

Manakala tindakan drastik yang diambil oleh PAS pada 4 September 2014 pula adalah sebagai menghormati arahan sultan agar setiap ketua parti mengemukakan lebih daripada dua nama.

PAS tetap akur dengan arahan sultan kerana berpegang kepada konsensus Pakatan walaupun PKR tetap bertegas untuk memilih ‘berlawan’ dengan institusi istana.

Rakyat juga sebenarnya sehingga kini tertanya-tanya apakah kesalahan ‘pecah amanah’ yang dilakukan oleh Khalid sehingga beliau dipecat daripada PKR dan juga jawatan menteri besar.

Tambahan pula, pertuduhan yang dilemparkan kepada Khalid berkenaan isu penyelesaian luar mahkamah antara beliau dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah dijawab dalam kenyataan rasmi yang disiarkan akhbar pada 17 September lalu.

Maka sewajarnya, ia perlu dijawab kembali oleh PKR jika sekiranya pertuduhan kepada Khalid tersebut adalah benar kerana ini antara sebab utama PKR mahu menggantikan jawatan menteri besar Selangor.

Jika tidak, mandat rakyat seolah-olah telah dipermainkan oleh sesetengah pihak tanpa rasa tanggungjawab.

Apa yang pasti, rakyat terutamanya anak muda sudah semakin muak dengan politik ‘main-main’ seperti ini. Rakyat memerlukan politik berwajah baru dan politik budiman yang menghormati rakan termasuk juga lawan.

Jika sebelum ini rakyat sedikit lega apabila tindakan zalim yang dilakukan oleh pihak kerajaan mendapat pembelaan daripada Pakatan seperti isu GST, harga getah yang meningkat, harga barang yang melambung tinggi dan sebagainya, tetapi pasca Langkah Kajang, kepercayaan tersebut sedikit meleset.

Ia dibimbangi rakyat sedang melakukan 'silent protest' yang akan diluahkan di atas kertas undi menjelang pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Kita semua bersetuju bahawa bermula terciptanya Langkah Kajang, isu-isu rakyat khususnya tentang cukai barang dan perkhidmatan (GST) kurang disebut dan mendapat perhatian.

Dalam tempoh lebih lima bulan Umno berjaya mengambil jalan selesa menghasut rakyat untuk menghalalkan cukai GST yang sebelum ini Pakatan bermati-matian membela rakyat daripada dizalimi. Dek kerana Langkah Kajang, isu ini diam seribu bahasa.

Kempen Tolak GST 1.0 juga sudah tidak kedengaran akibat tenggelam dengan pertelingkahan sesama sendiri bahana Langkah Kajang yang dicipta. Naifnya, rakyat yang menjadi mangsa.

Maka oleh itu, LENSA sebenarnya perlu lebih adil dalam menegur. Melihat kepada rentetan penjelasan di atas, sewajarnya kita sedia maklum pihak mana yang sepatutnya diutamakan untuk ditegur tanda kasih sayang anak muda kepada pakatan harapan rakyat ini.

Suara anak muda tidak sepatutnya dipengaruhi mahupun diracuni oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Jangan disebabkan terpengaruh dengan mana-mana pihak, anak muda yang sebelum ini sinonim dengan nilai keintelektualan diragut oleh politikus yang rakus.

Sehingga menyebabkan kita mengenepikan aspek adil, tepat, berfakta dan benar dalam mengkritik.


Salam 20 sen.

AHMAD ULWAN HASSIM, 24, mahasiswa ijazah sarjana muda usuluddin Universiti Al-Azhar, Kaherah.


ABU: Krisis dalam PR bukan hanya berlaku melalui "Langkah Kajang" . Permainan bermula sejak kejatuhan kerajaan 11 bulan PR di Perak. Apakah dan siapakah yang sebenarnya  menyebabkan YB Jamaluddin Behrang dan Rakannya meninggalkan PKR. Siapa dalang dalam PR yang cuba gulingkan MB pada ketika itu?. Kambing hitamnya UMNO dan Barisan Nasional sedangkan UMNO dan BN hanya mengambil kesempatan daripada peluang yang dicipta oleh pencatur-pencatur dalam kalangan PR sendiri.Noda juga terpalit pada sekelompok penyokong PAS yang membuat aksi di hadapan Istana negeri Perak.Kemelut juga tercetus kepada Kerajaan PR Pulau Pinang. Masih ingatkah lagi betapa Timbalan Ketua Menteri di nasihatkan meletak jawatan untuk diadakan PRK bagi meletakkan sesorang yang lain sebagai ganti. Apa motifnya?Siapa dalangnya?Seterusnya masih ingatkah kita dengan kemelut yang melanda kerajaan PR pimpinan PAS di Kedah? Siapa pencaturnya sehingga kerajaan yang dianggap stabil menjadi goyah dan hilang.Begitu juga dengan mehnah yang menimpa Tuan Guru Presiden hingga cuba diheret ke mahkamah kononnya membuat tuduhan tanpa asas. Di mana penasihat undang-undang parti ketika itu. Mengapa dibiarkan Presiden dimalukan.Awas, pencatur politik! Jangan fikir ahli,Presiden PAS dan Kepimpinan Utama "buta" tentang percaturan politik kalian.Kebulur sangatkah dengan kemengan dan kuasa tanpa kenal kawan dan lawan?PAS adalah satu-satunya parti yang tidak "beriman" kepada demokrasi.Ada kalanya kita "terpaksa memperlahankan" kemaraan.

Friday, 3 October 2014

Berkorban Untuk Islam - Khutbah Aidul Adha 1435 H


Khutbah Pertama

اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ 
اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ 
 اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ 
اَللهُ اَكْبَرُ  كَبِيرًا وَالْحَمْدُلِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى جَعَلَ يوْمًَ عِيْدِ الْأَضْحَى أَسْعَدَ الْأَيَّامِ لَنَا وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلَا نَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَلَنَا
أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.  اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَرِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ
اَمَّا بَعْدُ،  فَيَا إِخْوَانِي! اِتَّقُوْ اللَّهَ وَأُوصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ ، قَالَ اللَّهُ تَعَالَى فِي كِتَابِهِ الْعَزِيزِ :
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ ، فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ، إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ  
 اَللهُ اَكْبَرُ  اَللهُ اَكْبَرُ  اَللهُ اَكْبَرُ  وَلِلَّهِ الْحَمْدُ ،
Muslimin Muslimat Rahimakumullah,

Saya berpesan kepada diri saya dan sekalian ahli jamaah, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, pencipta dan pengurus alam semesta. Tuhan yang melimpahkan rahmat dan nikmat kepada seluruh hamba-hamba-Nya, terutama umat manusia serta kehidupan lain di seluruh alam ini. Di saat yang sangat berbahagia seperti ini, kita ditakdirkan dapat bersama menunaikan solat berjamaah, bersimpuh di hadapan untuk membuktikan kerendahan diri dan rasa kesyukuran di hadapan zat yang maha mulia dan perkasa. Eidul Adha adalah hari kebesaran demi memperingati dan menghayati peristiwa besar dalam sejarah kemanusiaan yang tiada tandingannya. Pengorbanan besar yang dilakukan oleh manusia-manusia pilihan, Khalilullah Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS diikuti isterinya Siti Hajar. Tidak dilupakan pengorbanan dan kesyukuran habibuna baginda Nabi Muhammad SAW. Kegigihan perjuangan dan baginda, telah berhasil menguatkan sendi iman dan tauhid di dada umatnya, seterusnya kepada keluarga dan sahabatnya serta pengikut-pengikutnya sehingga hari kiamat yang sentiasa bersedia berkorban demi memastikan Islam tersebar lagi terpelihara.

Eidul Adha adalah hari raya korban, tetapi korban yang dimaksudkan khatib bukan sekadar menyembelih haiwan korban kemudian dagingnya dibahagikan kepada orang-orang yang berhak menerima. Korban yang dimaksudkan adalah melaksanakan pengorbanan hakiki, yakni mengorbankan sebahagian yang kita cintai, baik harta benda mahupun menguatkan kasih-sayang sesama Islam. Hal itu dilakukan semata-mata melaksanakan “Ubudiatillah”.

Sidang jamaah yang dirahmati Allah,
Islam adalah agama kebenaran. Islam agama yang diredhai Allah. Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran Ayat 19:
إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah adalah Islam. Dan orang-orang (yahudi dan nasrani) yang diberikan kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tenteang kebenarannya, (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabnya.”

Kebenaran Islam adalah kerana akidah yang sahih, ibadat yang tetap serta akhlak yang terpuji. Menahami dan mengamalkan Islam secara syumul akan membina ketamadunan. Sejarah lampau telah begitu jelas membuktikan kebenaran ini sehingga Islam menjadi agama yang dihormati, mudah diterima, kuat tanpa dapat dikalahkan. Umat Islam bersatu dalam kepelbagaian aliran pemikiran, bersama dalam berjihad menentang musuh yang jelas mahupun tersembunyi. Sejak zaman Nabi SAW umat Islam sudah terbiasa dengan kepelbagaian pendapat. Namun kepelbagaian ini diraikan sebaiknya bagi menjamin keutuhan persaudaraan sekaligus mengelak dari perpecahan. Saidina Umar RA pernah memberi pandangan berbeza tentang tawanan perang Badar, para sahabat pernah berbeza memahami arahan Rasulullah SAW dalam peperangan Khaibar. Namun perbezaan ini tidak sedikit pun melemahkan umat Islam. Para ulamak terdahulu juga sering berbeza pandangan dan berbahas dengan penuh keilmuan, beradab dan sopan. Natijahnya ilmu Islam semakin berkembang, umat Islam berterusan menakluk dunia.

اَللهُ اَكْبَرُ  اَللهُ اَكْبَرُ  اَللهُ اَكْبَرُ  وَلِلَّهِ الْحَمْدُ ،
Sidang jamaah yang dirahmati,

Setelah melalui zaman kegelapan dijajah kuasa barat, kini umat Islam berada dalam perpecahan yang ketara. Setiap bangsa dan kumpulan mempertahankan pemikiran dan pendapat tanpa mengira masa. Masing-masing berdiri atas keyakinan sendiri tanpa memberi perhatian apatah lagi peduli dengan adab perbezaan pendapat yang digariskan oleh Nabi SAW. Hari-hari yang berlalu dipenuhi dengan pertelingkahan dan perbalahan yang tiada kesudahan. Natijahnya umat Islam terus dijajah dalam kebebasan.

Mutakhir ini perpecahan umat Islam khasnya di negara kita semakin membesar dan membarah. Jarum perpecahan ciptaan kuffar semakin mendapat tempat. Tanpa sedar umat Islam yang sedang memusuhi yahudi dan nasrani tetapi dalam masa yang sama kita mengikut rentak mereka. Umat Islam perlu berhati-hati dengan agenda yang propaganda mereka, tidak kurang fitnah yang ditaburkan. Jangan kita turut sama memanjangkan lidah mereka dengan memberi gelaran buruk kepada umat Islam. Para pejuang mujahidin digelar pengganas. Pakaian wanita muslim digelar kolot dan hodoh. Perjuangan menegakkan hukum Islam digelar jumud dan ketinggalan zaman. Akibatnya umat Islam seperti sudah melupai persaudaraan sesama Islam. Kebanyakan pendapat didasari sikap taksub sesama kumpulan, bangsa mahupun negara. Jarang kedengaran umat Islam dapat bersatu walaupun hanya pada perkara kecil. Setiap perkara baharu yang muncul pasti akan melibatkan pertelingkahan. Sehingga seolah-olah kelihatan permusuhan dalaman umat Islam jauh lebih hebat berbanding menentang musuh sebenar sama ada golongan munafik mahupun kuffar. Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran Ayat 103 yang berbunyi:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَ‌ٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ ﴿١٠٣﴾
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Allah), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”

Justeru itu perpaduan adalah merupakan suatu yang perlu diusahakan. Kita juga mengakui kewujudan perbezaan yang merupakan suatu sunnatullah dalam alam ini. Sekiranya umat Islam memahami perkara ini dengan sejelas-jelasnya maka pintu perpaduan akan menjadi mudah dimasuki. Sebegitu juga menjadi tanggung jawab yang wajib bagi orang yang berkemampuan untuk menjadi orang tengah dua puak yang bertelagah. Allah SWT berfirman pada Ayat ke-9 Surah Al-Hujurat yang berbunyi :-

وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا ۖ فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّهِ ۚ فَإِن فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا ۖ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
“Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya. Jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain maka lawanlah puak yang zalijm itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah, jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara), sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

Sidang jamaah yang dirahmati Allah sekalian,

Secara fitrah Islam sebenarnya menuntut keamanan dan perpaduan bukan persengketaan. Fitrah semula jadi manusia inginkan kehidupan yang aman damai kerana di situ letaknya kebahagiaan dan keharmonian yang diidamkan oleh oleh perpaduan. Imam As-Syafi’e pernah dikatakan menyebut satu kata-kata hikmah :-

“Pandangan kami benar, berkemungkinan silap dan pandangan orang lain salah namun berkemungkinan betul.”

Sidang muslimin muslimat yang dihormati sekalian,

Sempena hari raya Eidul Adha yang mulia, sempena penyatuan umat Islam berkumpul mengerjakan ibadah haji serta sempena ibadah korban yang kita lakukan, marilah kita sama-sama bermuhasabah. Apakah cukup pengorbanan kita selama ini demi kegemilangan Islam yang ditunggu-tunggu? Mimbar ingin mengajak kita semua berkorban. Berkorban demi kemenangan Islam. Berkorban untuk mengelak pertelingkahan dalam kepelbagaian pemikiran. Umat Islam mesti bersatu. Umat Islam menjadi agen kegemilangan Islam.

Sebagai permulaan, marilah umat Islam beramai-ramai mengimarahkan masjid dengan solat berjamaah. Solat berjamaah akan menyatukan kita. Apatah lagi solat berjamaah merupakan sunnah Nabi SAW yang disyari’atkan. Penuhkan masjid untuk solat fadhu seperti kita memenuhkan ketika solat Jumaat mahupun hari raya. Sabda Nabi SAW daripada Abdullah bin Mas’ud RA :

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَلْقَى اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ غَدًا مُسْلِمًا فَلْيُحَافِظْ عَلَى هَؤُلَاءِ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ فَإِنَّهُنَّ مِنْ سُنَنِ الْهُدَى وَإِنَّ اللَّهَ شَرَعَ لِنَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُنَنَ الْهُدَى وَلَعَمْرِي لَوْ أَنَّ كُلَّكُمْ صَلَّى فِي بَيْتِهِ لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ لَضَلَلْتُمْ
“Barangsiapa yang suka untuk berjumpa Allah Azza Wa Jalla nanti sebagaimana seorang muslim, hendaklah dia menjaga solat-solat fardhu lima waktu di mana ianya dilaungkan azan (di masjid). Sesungguhnya terdapat sunnah-sunnah yang membawa petunjuk, dan sesungguhnya Allah telah mensyari’atkan kepada Nabi kamu SAW sunnah-sunnah petunjuk itu. Demi umurku sekiranya setiap dari kamu semua menunaikan solat dirumah-rumah kamu, maka kamu semua telah meninggalkan sunnah Nabi kamu maka kamu semua pasti akan sesat.”

Sebagai tambahan, semua pihak hendaklah menjalankan peranan masing-masing dengan baik. Para pemimpin hendaklah memimpin dengan adil, para ustaz dan ustazah hendaklah membawa pengajaran yang menyatukan bukan yang memecah belah. Ahli politik hendaklah berpolitik dengan matang. Ahli pemikir hendaklah mengarah akal menyatukan umat, para muslimat hendaklah mencontohi akhlak ummahatul mukminin, para pelajar hendaklah mencari ilmu demi perpaduan bukan perpecahan. Pendek kata semua umat Islam berusaha mencapai kekuatan melalui perpaduan kerana kekuatan saf umat Islam pasti menggerunkan musuh. Beramal dengan ajaran Islam akan pasti mengalahkan mereka. Kekuatan musuh bukan terletak kepada kehebatan mereka tetapi atas kelemahan kita.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Kedua


اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ 
 اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ 
اَللهُ اَكْبَرُ  كَبِيرًا وَالْحَمْدُلِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
الْحَمْدُ لِلَّهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ
أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. 
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
اَمَّا بَعْدُ،  فَيَا أَيُّهَا الْمُسْلِمُونَ! اِتَّقُوْ اللَّهَ وَأَطِيعُوهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُتَّقُونَ

Firman Allah Ta’ala dalam ayat 103 – 107 Surah As-Shaaffat :

أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ ﴿١٠٣﴾ وَنَادَيْنَاهُ أَن يَا إِبْرَاهِيمُ ﴿١٠٤﴾ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَ‌ٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ ﴿١٠٥﴾ إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ ﴿١٠٦﴾ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧﴾
“Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tumpuk tanah (untuk disembelih) serta kami menyeru, “Wahai Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu.” Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.”

Muslimin muslimat sekalian,

Salam Eidul Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Marilah kita bersama melakukan ibadah korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi SAW. Sabda Nabi SAW :

مَا عَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلًا أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ هِرَاقَةِ دَمٍ وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَشْعَارِهَا وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
“Tiada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nantu dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu ikhlaskanlah hati kamu ketika melakukan korban.”

Perasaan kasih sayang sesama Islam perlu diperkukuh. Kekuatan kerjasama, kurangkan perdebatan dan pertelingkahan. Moga Allah memenangkan Islam.

اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيعٌ قَرِيبُ مُجِيبٌ الدَّعَوَاتِ وَيَا قَاضِيَ الْحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ ، وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، اللَّهُمَّ لَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لَا يَخَافُكَ وَلَا يَرْحَمُنَا ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الْمُجَاهِدِينَ الَّذِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سًبِيلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ ، اللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُسْلِمِينَ فِي فَلَسْطِينَ وَفِي لُبْنَان وَفِي سُورِيَا وَفِي مِصْرَ وَفِي كَشْمِير وَفِي الْهِنْد وَفِي أَفْغَانِسْتَان وَفِي شِشَان وَفِي جُنُوبِ بِلِيبِين وَفِي إيندونيسيا وَفِي تَايْلَنْد وَفِي بَلَدِنَا مَالِيزِيَا ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم

اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَالأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، اَللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِالْيَهُوْدِ وَمَنْ وَالَاهُمْ ، اَللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَرَى وَمَنْ وَالَاهُمْ ، اَللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِالْهُنَوْدِ وَمَنْ وَالَاهُمْ ، اَللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِالْأَمِيرِكَان وَمَنْ وَالَاهُمْ ، اَللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِالْبِرِيطَان وَمَنْ وَالَاهُمْ ، اَللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ الْمُشْرِكِينَ الطَّغِينَ الظَّالِمِينَ وَمَنْ وَالَاهُمْ ، اَللَّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيرًا وَتَبِّرْهُمْ تَتْبِيرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُورًا ، اَللَّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِينَكَ وَاخْذُلْ دِينَكَ

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَاَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِينَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّين وانْصُرْ عِبَادَكَ الْمُؤْمِنِينَ 

اَللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلَاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الْكَرِيم . رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَامٌ وَآخِيرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ 

اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com. Versi Rumi di sini

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR