Abdullah bin Saba (sekitar
600 M-
670 M)(
Arab: |عبد الله بن سبأ), juga dikenal dengan nama panggilan
Ibnu Saudah merupakan seorang
Rabbi Yahudi yang masuk Islam pada masa Khalifah
Utsman bin Affan
dan kemudian menyulut pemberontakan terhadap khalifah waktu itu, serta
kemudian diriwayatkan oleh sebagian sejarawan muslim sebagai pendiri
Syi'ah.
Syi'ah
Diperdebatkan bahwa syiah adalah ajaran daripada seorang beragama
Yahudi yang bernama Abdullah bin Saba' telah lama diketengahkan kepada masyarakat
Islam
dan semacam sudah menyatu dengan masyarakat bahawa syiah adalah ajaran
Yahudi Abdullah ibn Saba', yang berpura-pura memeluk Islam tetapi
bertujuan untuk menghancurkan pegangan
aqidah umat Islam.
Ia dikatakan mempunyai madzhab
Saba'iyyah mengemukakan teori
Ali
adalah wasi Muhammad SAW. Abdullah ibn Saba' juga dikenali dengan nama
Ibn al-Sawda' atau ibn 'Amat al-Sawda'- anak kepada wanita kulit hitam.
Allamah Murtadha Askari telah mengesan dan membuktikan bahawa cerita
Abdullah ibn Saba' yang terdapat dalam versi sunni adalah bersumberkan
dari Al-Tabari (w.310H/922M), Ibn Asakir (w571H/1175M), Ibn Abi Bakr
(w741H/1340M) dan al-Dhahabi (w747H/1346M). Mereka ini sebenarnya telah
mengambil cerita Abdullah ibn Saba' dari satu sumber iaitu Sayf ibn Umar
dalam bukunya al-Futuh al-kabir wa al-riddah dan al-Jamal wal-masir
Aishah wa Ali [Murtadha Askari, Abdullah ibn Saba' wa digar afsanehaye
tarikhi, Tehran, 1360 H].
Sayf adalah seorang penulis yang dipercayai oleh kebanyakan
penulis-penulis rijal seperti Yahya ibn Mu'in (w233/847H), Abu Dawud
(w275H/888M), al-Nasai (w303H/915M), Ibn Abi Hatim (w327H/938M), Ibn
al-Sukn (w353H/964M), Ibn Hibban (w354H/965M), al-Daraqutni
(w385H/995M), al-Hakim (w405H/1014M), al-Firuzabadi (w817H/1414M), Ibn
Hajar (w852H/1448M), al-Suyuti (w911H/1505M, dan al-Safi al-Din
(w923H/1517M).
Abdullah bin Saba', adalah seorang Yahudi yang memeluk Islam pada
zaman Utsman, dikatakan seorang pengikut Ali yang setia. Dia mengembara
dari satu tempat ke satu tempat untuk menghasut orang ramai supaya
bangun memberontak menentang khalifah Uthman. Sayf dikatakan sebagai
pengasas ajaran Sabaiyyah dan pengasas madzhab ghuluww (sesat). Menurut
Allamah Askari watak Abdullah ibn Saba' ini adalah hasil rekaan Sayf
yang juga telah mencipta beberapa watak, tempat, dan kota khayalan. Dari
cerita Sayf inilah beberapa orang penulis telah mengambil cerita
Abdullah ibn Saba' tersebut seperti Said ibn Abdullah ibn Abi Khalaf
al-Ashari al-Qummi (w301H/913M) dalam bukunya al-Maqalat al-Firaq,
al-Hasan ibn Musa al-Nawbakhti (w310H/922M) dalam bukunya Firaq
al-Shiah, dan Ali ibn Ismail al-Ashari (w324H/935M) dalam bukunya
Maqalat al-Islamiyyin. Allamah al-Askari mengesan cerita Abdullah ibn
Saba' dari riwayat syiah dari Rijal oleh al-Kashshi.
Al-Kashshi telah meriwayatkan dari sumber Sa'd ibn Abdullah al-Ashari
al-Qummi yang menyebut bahawa Abdullah ibn Saba' mempercayai kesucian
Ali sehingga menganggapnya sebagai nabi. Mengikut dua riwayat ini, Ali
AS memerintahkannya menyingkirkan fahaman tersebut, dan disebabkan
keengganannya itu Abdullah ibn Saba telah dihukum bakar hidup-hidup
(walau bagaimanapun menurut Sa'd ibn Abdullah Ali telah menghalau Ibn
Saba' ke Madain dan di sana dia menetap sehingga Ali AS menemui
kesyahidannya. Pada ketika ini Abdullah ibn Saba' mengatakan Ali AS
tidak wafat sebaliknya akan kembali semula ke dunia). Al-Kashshi,
selepas meriwayatkan lima riwayat yang berkaitan dengan Abdullah ibn
Saba' menyatakan bahawa tokoh ini didakwa oleh golongan Sunni sebagai
orang yang pertama yang mengisytiharkan Imamah Ali AS. Allamah Askari
menyatakan bahawa hukuman bakar hidup-hidup adalah satu perkara bida'ah
yang bertentangan dengan hukum Islam sama ada dari madzhab Syi'ah atau
Sunnah. Kisah tersebut pula tidak pernah disebut oleh tokoh-tokoh
sejarah yang masyhur seperti Ibn al-Khayyat, al-Yakubi, al-Tabari,
al-Masudi, Ibn Al-Athir, ibn Kathir atau Ibn Khaldun. Peranan yang
dimainkan oleh Abdullah ibn Sabak' sebelum berlakunya peristiwa
pembunuhan Uthman atau pada zaman pemerintahan Imam Ali AS telah tidak
disebut oleh penulis-penulis yang terawal seperti Ibn Sa'd (w230H/844M0,
al-Baladhuri (w279H/892M) atau al-Yaqubi. Hanya al-Baladhuri yang
sekali sehaja menyebut namanya dalam buku Ansab al-Ashraf ketika
meriwayatkan peristiwa pada zaman Imam Ali AS berkata: " Hujr ibn Adi
al-Kindi, Amr ibn al-Hamiq al-Khuzai, Hibah ibn Juwayn al-Bajli
al-Arani, dan Abdullah ibn Wahab al-Hamdani - ibn Saba' datang kepada
Imam Ali AS dan bertanya kepada Ali AS tentang Abu Bakr dan Umar..." Ibn
Qutaybah (w276H/889M) dalam bukunya al-Imamah wal-Siyasah dan
al-Thaqafi (w284H/897M) dalam al-Gharat telah menyatakan peristiwa
tersebut. Ibn Qutaybah memberikan identiti orang ini sebagai Abdullah
ibn Saba'. Sa'd ibn Abdullah al-Ashari dalam bukunya al-Maqalat
wal-Firaq menyebutkan namanya sebagai Abdullah ibn Saba' pengasas ajaran
Saba'iyyah - sebagai Abdullah ibn Wahb al-Rasibi. Ibn Malukah
(w474H/1082M) dalam bukunya Al-Ikmal dan al-Dhahabi (w748H/1347M) dalam
bukunya al-Mushtabah ketika menerangkan perkataan 'Sabaiyyah ', menyebut
Abdullah ibn Wahb al-Saba'i, sebagai pemimpin Khawarij. Ibn Hajar
(w852H/1448M) dalam Tansir al-Mutanabbih menerangkan bahawa Saba'iyyah
sebagai ' satu kumpulan Khawarij yang diketuai oleh Abdullah ibn Wahb
al-Saba'i'. Al-Maqrizi (w848H/1444M) dalam bukunya al-Khitat menamakan
tokoh khayalan Abdullah ibn Saba' ini sebagai 'Abdullah ibn Wahb ibn
Saba', juga dikenali sebagai Ibn al-Sawda' al-Saba'i.'
Allamah Askari mengemukakan rasa kehairannya bahawa tidak seorang pun
daripada para penulis tokoh Abdullah ibn Saba' ini menyertakan nasabnya
- satu perkara yang agak ganjil bagi seorang Arab yang pada zamannya
memainkan peranan yang penting. Penulis sejarah Arab tidak pernah gagal
menyebutkan nasab bagi kabilah-kabilah Arab yang terkemuka pada zaman
awal Islam tetapi dalam kisah Abdullah ibn Saba' , yang dikatakan
berasal dari San'a Yaman, tidak dinyatakan kabilahnya. Allamah Askari
yakin bahawa Ibn Saba' dan golongan Sabai'yyah adalah satu cerita
khayalan dari Sayf ibn Umar yang ternyata turut menulis cerita-cerita
khayalan lain dalam bukunya. Walau bagaimanapun, nama Abdullah ibn Wahb
ibn Rasib ibn Malik ibn Midan ibn Malik ibn Nasr al-Azd ibn Ghawth ibn
Nubatah in Malik ibn Zayd ibn Kahlan ibn Saba', seorang Rasibi, Azdi dan
Saba'i adalah pemimpin Khawarij yang terbunuh dalam Peperangan Nahrawan
ketika menentang Imam Ali AS.
Nampaknya kisah tokoh
Khawarij
ini telah diambil oleh penulis kisah khayalan itu untuk melukiskan
watak khayalan yang menjadi orang pertama mengiystiharkan Imamah Ali AS.
Watak ini tiba-tiba muncul untuk memimpin pemberontakan terhadap
khalifah Uthman, menjadi dalang mencetuskan Perang Jamal,
mengisytiharkan kesucian Ali AS, kemudian dibakar hidup-hidup oleh Ali
AS atau dihalau oleh Ali AS dan tinggal dalam buangan seterusnya selepas
kewafatan Imam Ali AS, mengisytiharkan kesucian Ali AS dan Ali akan
hidup kembali dan orang yang pertama bercakap dengan lantang tentang
musuh-musuh Ali AS.
Menurut Allamah Askari, perkataan Saba'iyyah adalah berasal-usul
sebagai satu istilah umum untuk kabilah dari bahagian selatan
Semenanjung Tanah Arab iaitu Bani Qahtan dari Yaman. Kemudian disebabkan
banyak daripada pengikut-pengikut Imam Ali bin Abi Talib AS berasal
dari Yaman seperti Ammar ibn Yasir, Malik al-Ashtar, Kumayl ibn Ziyad,
Hujr ibn Adi, Adi ibn Hatim, Qays ibn Sa'd ibn Ubadah, Khuzaymah ibn
Thabit, Sahl ibn Hunayf, Utsman ibn Hunayf, Amr ibn Hamiq, Sulayman ibn
Surad, Abdullah Badil, maka istilah tersebut ditujukan kepada para
penyokong Ali AS ini. justeru, Ziyad ibn Abihi pada suatu ketika
mendakwa Hujr dan teman-temannya sebagai 'Saba'iyyah.' Dengan
bertukarnya maksud istilah, maka istilah itu juga turut ditujukan kepada
Mukhtar dan penyokong-penyokongnya yang juga terdiri daripada puak-puak
yang berasal dari Yaman. Selepas kejatuhan Bani Umayyah. istilah
Saba'iyyah telah disebut dalam ucapan Abu al-Abbas Al-Saffah, khalifah
pertama Bani Abbasiyyah, ditujukan kepada golongan Syi'ah yang
mempersoalkan hak Bani Abbas sebagai khalifah.
Walau bagaimanapun Ziyad maupun Al-Saffah tidak mengaitkan Saba'iyyah
sebagai golongan yang sesat. Malahan Ziyad gagal mendakwa bahwa Hujr
bin Adi dan teman-temannya sebagai golongan sesat. Istilah Saba'iyyah
diberikan maksudnya yang baru oleh Sayf ibn Umar pada pertengahan kedua
tahun Hijrah yang menggunakannya untuk ditujukan kepada golongan sesat
yang kononnya diasaskan oleh tokoh khayalan Abdullah ibn Saba'.
Sunni
Para ‘ulama terdahulu, baik dari kalangan ahli hadits, ahli sejarah,
ataupun yang lainnya telah sepakat akan keberadaan tokoh besar syi’ah
sekaligus pendirinya yang bernama Abdullah bin Saba’, tidak ada yang
mengingkarinya kecuali sebagian syi’ah rafidhah.
Abdullah bin Saba’ yang juga dikenal dengan sebutan Ibnu Sauda’
adalah seorang Yahudi yang berasal dari negeri Yaman, tepatnya dari
daerah Shan’a (Ibu kota Yaman). Ia berpura-pura masuk islam pada masa
pemerintahan Utsman bin ‘Affan untuk menghancurkan islam dari dalam.
Berbagai macam fitnah ia timbulkan. Ia terlibat dalam pembunuhan
Khalifah Utsman bin ‘Affan, juga terlibat mengobarkan fitnah pada perang
Jamal antara Ali dan ‘Aisyah, dan perang Shiffin antara Ali dan
Mu’awiyyah radhiallahu ‘anhum. Kemudian pada pemerintahan ‘Ali ia
kembali membuat ulah dengan memunculkan satu fitnah besar yaitu mengajak
manusia untuk meyakini Khalifah Ali sebagai Tuhan. Dengan sebab ulahnya
itulah para Saba’iyyah ketika itu harus rela dibakar oleh seorang yang
mereka anggap sebagai Tuhan.[1]
Abdullah bin Saba’ atau yang juga disebut dengan Ibnu Sauda’ bukanlah
tokoh fiktif sebagaimana sangkaan sebagian orang-orang syi’ah sekarang.
Di antara alasan mereka yang tidak mengakui keberadaan Abdullah bin
Saba’ adalah, kata mereka, riwayat-riwayat yang menjelaskan tentang
hakekat Abdullah bin Saba’ adalah lemah karena melewati jalur seorang
perawi bernama Saif bin Umar At-Tamimi, ia telah dilemahkan oleh
beberapa pakar hadits Ahlus Sunnah terkemuka.
Alasan mereka yang sangat lemah ini dapat kita jawab dari beberapa sisi:
- Pertama: pernyataan mereka bahwa para ulama pakar hadits telah
melemahkan Saif bin ‘Umar At-Tamimi adalah benar. Akan tetapi yang perlu
diperhatikan bahwa yang mereka lemahkan adalah periwayatan haditsnya
(maksudnya jika ia meriwayatkan hadits maka haditsnya lemah) adapun
dalam masalah sejarah maka dia dapat dijadikan sandaran dan rujukan, hal
ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Hajar (dia termasuk ulama
yang mereka jadikan rujukan untuk melemahkan Saif bin Umar At-Tamimi)
dalam kitabnya Tahdzibut Tahdzib 1/408 dan Taqribut Tahdzib 1/408
- Saif bin Umar At-Tamimi pengarang kitab Ar-Riddah, ada yang
mengatakan dia Adh-Dhabi ada yang mengatakan selainnya, Al-Kufi Dha’if
haditsnya, (akan tetapi) Umdah (bisa dijadikan sandaran) dalam bidang
tarikh/sejarah.”
- Imam Adz-Dzahabi (juga ‘ulama yang mereka jadikan rujukan untuk
melemahkan Saif bin Umar At-Tamimi) berkata dalam kitabnya Mizanul
I’tidal 2/ 255, “Ia adalah pakar sejarah yang paham.”
- Demikian pula Al-Mubarakfuri dalam kitabnya Tuhfatul Ahwadzi 10/249
menyebutkan seperti ucapan Ibnu Hajar di atas. Umar Kahalah dalam
kitabnya Mu’jamul Muallifin 4/288 mengatakan, “Saif bin Umar At-Tamimi
Al Burjumi, Ahli sejarah berasal dari Kufah.”
Maka jelaslah bahwa yang dilemahkan oleh para muhaditsin adalah
riwayat haditsnya, adapun dalam permasalahan sejarah maka dia termasuk
ahlinya yang dapat dijadikan sandaran.
- Kedua: perlu diketahui bahwa riwayat-riwayat yang menjelaskan
keberadaan Abdullah bin Saba’ baik yang terdapat dalam kitab Tarikh Ibnu
Asakir, Tarikh Thabari, atau selain keduanya tidak hanya datang dari
jalur Saif bin Umar At-Tamimi, akan tetapi juga diriwayatkan dari
beberapa jalur yang sebagiannya shahih. Di antaranya adalah:
- Diriwayatkan dari jalur Abu Khaitsamah, ia berkata, telah
menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Abbad ia berkata, telah
menceritakan kepada kami Sufyan dari ‘Ammar ad-Duhani katanya, saya
mendengar Abu Thufail berkata …..” Diriwayatkan melalui jalur ‘Amr bin
Marzuk, ia berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Salamah
bin Kuhail dari Zain bin Wahb ia berkata, “Ali radhiallahu ‘anhu
berkata, ‘ada apa denganku dan dengan orang jahat yang hitam ini
(maksudnya Abdullah bin Saba’) ia telah mencela Abu Bakar dan Umar
radhiallahu ‘anhu.”
- Diriwayatkan pula melalui jalur Muhammad bin ‘Utsman bin Abi Syaibah
ia berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Ala ia
berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin ‘Ayyas dari
Mujalid dari Sya’bi ia berkata, “Pertama kali yang berdusta adalah
Abdullah bin Saba’.”
- Ibnu Ya’la Al-Mushili berkata dalam kitab Musnadnya, “Telah
menceritakan kepada kami Abu Kuraib ia berkata, telah menceritakan
kepada kami Muhammad bin Hasan Al-Asadi ia berkata, telah menceritakan
kepada kami Harun bin Shalih dari Harits bin Abdurrahman dari Abul
Jallas katanya, ‘aku mendengar Ali berkata kepada Abdullah bin Saba’,
‘….”
- Berkata Abu Ishaq al-Fazzari dari Syu’bah dari Salamah bin Kuhail
dari Abu Za’ra’ dari Zaid bin Wahb …………. (lihat semuanya di Lisanul
Mizan 2/40)
- Ketiga: juga terdapat dalam kitab rujukan Syi’ah baik itu kitab
tentang firqah, hadits, atau rijal riwayat yang cukup banyak yang sama
sekali tidak melewati jalur Saif bin Umar At-Tamimi. Sebagaimana yang
akan kita jelaskan insya Allah
Yahudi
Keberadaan Abdullah bin Saba' juga tercatat pada ensiklopedi sejarah Umat
Yahudi,
sebagaimana yang tercantum di dalam Jewish Encyclopedia bertahun 1906:
"Seorang Yahudi Yaman, Arab, dari abad ketujuh, yang menetap di Madinah
dan memeluk Islam. Setelah dia mengkritik pemerintahan Khalifah Utsman
yang berakibat buruk, dia dibuang dari kota. Dari situ ia pergi ke
Mesir, di mana ia mendirikan sebuah sekte anti-
Utsman, untuk mempromosikan ketertarikan terhadap
Ali.
Kemudian di sadarinya bahwa ia memperoleh pengaruh besar di sana, dan
merumuskan doktrin bahwa, setiap nabi memiliki asisten yang di kemudian
hari akan menggantikannya, pengganti Muhammad adalah Ali, yang karena
itu dijauhkan dari tampuk kekhalifahan dengan tipu daya. Utsman tidak
memiliki klaim yang sah sama sekali terhadap Kekhalifahan, dan
ketidakpuasan umum terhadap pemerintahnya banyak disumbang oleh
menyebarnya ajaran Abdullah (bin Saba'). Tradisi meriwayatkan bahwa
ketika Ali telah memegang kekuasaan, Abdullah menisbahkan sifat
keilahiahan kepada Ali dengan berkata kepadanya, "Engkaulah Engkau!"
Kemudian Ali mengusirnya ke Madain. Setelah peristiwa pembunuhan Ali,
diceritakan bahwa Abdullah (bin Saba') telah mengajarkan bahwa Ali tidak
mati tapi masih hidup, dan tidak pernah terbunuh, bahwa sebagian dari
ketuhanan itu bersemayam di dalam dirinya, dan bahwa setelah beberapa
waktu ia akan kembali untuk memenuhi bumi dengan keadilan. Sampai
kemudian karakter ilahiyah Ali tersebut masih bersemayam dan tersembunyi
pada para Imam, yang untuk sementara mengisi posisinya. Sangat mudah
untuk melihat bahwa seluruh gagasan tersebut bersandar pada ide Mesias
dalam kombinasi dengan riwayat nabi Eliyah. Pensifatan ilahiah untuk Ali
mungkin berawal dari pengembangan (kesalah pahaman) bahwa dalam Alquran
Allah sering disebut "Al-Aliy" (Yang Maha Tinggi)".
[1]
Abdullah bin Saba' dalam kitab-kitab
Kitab Ahlus Sunnah
Tentunya sangat banyak sekali penyebutan Abdullah bin Saba’ dalam
kitab-kitab Ahlus Sunnah yang kesemuanya tidak lain menunjukkan
keyakinan mereka akan keberadaannya. Berikut beberapa pendapatnya:
- Ibnu Taimiyyah berkata, “Sesungguhnya permulaan rafidhah berasal
dari seorang Zindiq, yaitu Abdullah bin Saba’.” (Majmu’ Fatawa 28/483)
- Imam Adz-Dzahabi berkata, “Abdullah (bin Saba’) termasuk zindiq yang ekstrem, ia sesat dan menyesatkan.” (Mizanul I’tidal 2/426)
- Ibnu Hajar berkata, “Abdullah bin Saba’ termasuk zindiq yang paling
ekstrem…. Ia memiliki pengikut yang disebut Sabaiyyah, mereka (kaum
Sabaiyyah) memiliki keyakinan sifat ketuhanan pada diri Ali bin Abi
Thalib. Dia telah membakar mereka dengan api pada masa kekhilafaannya.”
(Lisanul Mizan 3/360)
- Abul Muzhaffar Al Isfarayini dalam Al Milal wan Nihal ketika
menceritakan tentang As-Sabaiyyah berkata, “Dan bahwasanya yang membakar
mereka adalah Ali, yaitu kelompok dari rafidhah yang meyakini padanya
(pada Ali) ada sifat ketuhanan, merekalah yang disebut kelompok
Sabaiyyah pendirinya adalah Abdullah bin Saba’ seorang Yahudi yang
menampakkan keislaman…” (lihat Fathul Bari 12/270)
- Abdullah bin Muslim bin Qutaibah dalam kitabnya Ta’wilu Mukhtalafil
Hadits 1/21 berkata, “Kami tidak pernah mengetahui ada pada ahli bid’ah
dan pengikut hawa nafsu yang meyakini adanya sifat ketuhanan pada
manusia selain mereka (yaitu rafidhah ekstrem). Sesungguhnya Abdullah
bin Saba’ meyakini adanya sifat ketuhanan pada diri Ali.”
- Az Zarkali berkata, “Abdullah bin Saba’ pendiri kelompok Sabaiyyah.” (Al-A’lam 4/88)
Demikian pula, para ulama’ Ahlus Sunnah sering sekali menjuluki
seorang rawi yang beraqidah Rafidhah ekstrem sebagai Sabaiyyah (pengikut
Abdullah bin Saba’), kalau seandainya Abdullah bin Saba’ adalah tokoh
fiktif mana mungkin mereka memakai istilah tersebut.
- Ash-Shafadi berkata, “As-Sabaiyyah dinisbahkan kepada Abdullah bin Saba’.’ (Al-Wafil Wafayat 5/30)
- Dia juga berkata, “Pendiri As-Sabaiyyah adalah Abdullah bin Saba’,
dialah pendiri kelompok Sabaiyyah, dia pula yang berkata kepada Ali bin
Abi Thalib radhiallahu ‘anhu, ‘Kamu adalah Tuhan.” (5/393)
- Ibnu Hibban berkata, “Dan adalah al-Kalbi seorang Sabaiyyah termasuk
yang berkeyakinan Sesungguhnya Ali belum mati, dia akan kembali ke
dunia sebelum hari kiamat…” (Al-Majruhin 2/253)
- Ibnu Makula berkata dalam kitab Rijalnya, “Faraj bin Sa’id bin
‘Alqamah bin Abyadh bin Hamal As Sabay… dan Sabayyah termasuk rafidhah
yang paling ekstrem nisbah kepada Abdullah bin Saba’. (lihat Ikmalul
Kamal 4/536)
- As Sam’ani dalam kitabnya Al Ansab 3/209 berkata, “Dan Abdullah bin
Wahb as Saba’i, gembong khawarij, menurutku bahwa Abdullah bin Wahb ini
dinisbahkan kepada Abdullah bin Saba’, dia dari rafidhah, dan jama’ah
dari mereka yang dinisbahkan kepadanya disebut, as Sabaiyyah.”
- As Suyuthi dalam kitabnya Lubbul Lubab fi Tahriril Ansab 1/42
berkata, “…Dan (dinisbahkan juga) kepada Abdullah bin Saba’ pendiri
Sabaiyyah dari rafidhah.”
Kitab Syi’ah
- Al Kisysyi dalam kitabnya Ar-Rijal 1/324 meriwayatkan dari Muhammad
bin Qauluwiyah ia berkata, telah menceritakan kepadaku Sa’d bin Abdillah
ia berkata, telah menceritakan kepadaku Ya’qub bin Yazid dan Muhammad
bin ‘Isa dari Ali bin Mihziyar dari Fudhalah bin Ayyub al-Azdi dari Aban
bin Utsman ia berkata, “Aku mendengar Abu Abdillah berkata, ‘La’nat
Allah atas Abdullah bin Saba’, sesungguhnya ia meyakini adanya sifat
ketuhanan pada diri Amirul Mukminiin (Ali), padahal demi Allah! Amirul
Mukminin hanyalah seorang hamba yang taat.”
- Demikian pula Al Qummi dalam kitabnya Al Khishal meriwayatkan seperti di atas dengan sanad yang berbeda.
- Dan selain keduanya.
Maka dari uraian di atas kita mengetahui bahwa Abdullah bin Saba’
bukanlah tokoh fiktif/khayalan/rekaan/dongeng. Ini telah menjadi
kesepakatan para ‘ulama sejarah, hadits, dan pengarang kitab tentang
firqah, thabaqat, Rijal, adab, dan Ansab. Maka kaum syi’ah tidak
memiliki celah untuk mengingkari keberadaan Abdullah bin Saba’.
Jadi pembahasan tentang Abdullah bin Saba’ tidak sebatas ada dalam
kitab Tarikh Ath-Thabari saja dan tidak hanya melalui jalur periwayatan
Saif bin ‘Umar At-Tamimi, walaupun dia adalah seorang yang dapat
dijadikan sandaran dalam bidang sejarah sebagaimana yang kami jelaskan
di atas.
Referensi
- (Inggris)Who was Abdullah ibn Saba
- Abdullah bin Saba pendiri Syiah benarkah
- Biografi Abdullah bin Saba’ selengkapnya di Tarikh Dimasyq 3/29,
Tarikh Thabari, Al Kamil karya Ibnul Atsir, Al Ma’arif hal.622 karya
Ibnu Qutaibah, Mizanul I’tidal 2/426, Al Milal wan Nihal hal.365 karya
Asy-Syihristani, Al Wafi bil Wafayat 17/189.