Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 18 October 2015

Alangkah Ruginya Mereka yang Terjun dari Bahtera

 
“Himpunan Hijau di Kedah sebelum PRU 13 pun ramai hadir. Bila pilihanraya kalah, Kedah jatuh! Orang PAS selalu merasa gah dengan jumlah kehadiran.”

Begitulah bunyinya komen seorang pengikut laman sosial apabila memberikan komentar kepada gambar-gambar Himpunan Fastaqim H60k yang saya siarkan di laman muka buku.

Saya pasti dia bukanlah salah seorang hadirin semalam. Mungkin dia juga bukanlah salah seorang yang hadir dalam Himpunan Hijau di Kedah yang dimaksudkan itu. Bukan juga sebagai kader atau petugas parti. Jawatan yang disandang hanyalah sebagai tukang komen dan tukang kritik tanpa tahu apa-apa. Malah tak mustahil dia adalah salah seorang yang bersama kelompok pembuat onar dalam Kerajaan PAS Kedah sehingga akhirnya memberi saham BN untuk kembali berkuasa.

Melihat ratusan ribu pencinta dan pendokong perjuangan Islam hadir dari seluruh pelusuk negara dengan mengabaikan segala kepayahan dan kesukaran, mengeluarkan belanja sendiri tanpa sebarang sponser, bermotosikal meredah Banjaran Titiwangsa, menjadikan masjid dan surau sebagai hotel disambut pula oleh sahabat-sahabat seperjuangan di bumi Kelantan dengan penuh rasa ukhuwwah Islamiyyah adalah suatu hakikat kemanisan hidup berjemaah dan bersaudara yang sukar digambarkan dengan kata-kata dan bait-bait tulisan.

Bertemu dengan seorang teman anggota Unit Amal yang datang dari sebuah negeri utara tanahair. “Allah… Syeikh! Enta sampai bila? Dah makan ke belum? Semalam enta tidur di mana? Sebab apa tak contact ana?” Soal saya bertalu-talu.Teman baik saya ini hanya senyum sambil memeluk erat tubuh saya. Terasa kehangatan ukhuwwah yang telah lama kami bina walau jarang bertemu. “Sampai semalam akhie. Ana tidur Masjid Kubang Kerian. Hehe… derma darah kepada nyamuk sikit.

”Walau menempuh kepayahan dan kesukaran untuk menjadi sebahagian dari lautan manusia semalam, adakah anda perhatikan mereka yang hadir berwajah masam mencuka? Saya tak nak tulis panjang. Biarlah mereka yang hadir jawab.

Yang tak hadir tak akan merasai roh berada dalam kehebatan dan semangat yang mengalir bersama keutuhan tautan ikatan berjamaah.Apa yang dapat saya ungkapkan, satu dahan pokok yang dicantas maka akan bertunas kembali 3 atau lebih tunas baru yang segar.

Alangkah silapnya mereka yang mengambil keputusan untuk terjun turun dari bahtera ini. Silap kerana terjun dari sebuah bahtera besar dengan memiliki daya tahan yang hebat untuk menempuh badai dan gelombang dalam pelayaran. Silap kerana mereka menyangka bahawa bahtera ini akan tenggelam dengan ketiadaan mereka. Silap kerana mereka menyangka bahawa selama ini bahtera mampu belayar hanya kerana mereka. Tanpa mereka maka pelayaran akan terhenti. Rupanya tidak sama sekali. Silap kerana mereka terjun bersama labu-labunya kerana menyangka bahawa labu itu adalah milik mutlak mereka. Sepatutnya kamu nak terjun, silakan terjun. Labu tu hak orang ramai. Jangan dibawa bersama.

Pastinya juga suara-suara yang bernada memperlekehkan kejayaan himpunan ini akan berkumandang paling kurang untuk tempoh berminggu-minggu. Orang yang hatinya penuh hasad dan kebencian, maka begitulah lagak dan perlakuan mereka.

Kalau kita tanya balik, apakah himpunan ini menjadi kudis gatal kepada kamu? Apakah ada keamanan dan ketenteraman kamu telah diganggu? Apakah ada hak kamu yang telah dicerobohi? Apakah peserta himpunan mintak sedekah duit dari kamu? Apakah? Apakah? Banyak lagi soalan kalau kita nak ajukan untuk mengetahui akan kewajaran mereka menzahirkan segala kebencian tersebut. Pokoknya, busuk di dalam akan berbau di luar dalam bentuk ungkapan dan kata-kata negatif. Bagi mereka kalau kehadiran sedikit mereka pertikai, hadir ramai pun pertikai juga. Kepanasan tak tahu punca.

Tulis seorang pengikut dalam ruang komen muka buku saya. “Saya ni orang jahil, ngaji setakat sekolah rendah saja, kerja musim pilihanraya pun setakat pandai gantung bendera saja. Cari makan ala kadar. Himpun duit sebulan nak mari kat himpunan ni. Alhamdulillah… sampai juga saya di Kota Bharu.”Seorang lagi menulis, “Kalaupun doa saya Allah tak pandang sebab saya bukannya orang baik, tapi tak kan dari puluhan ribu orang yang bermunajat di dalam stadium, tak ada seseorang hamba yang Allah sayang dan makbul doanya untuk saya tumpang.

”Apa yang pastinya semalam ramai orang tersenyum lebar.

Saya tanya pekerja sebuah hotel besar yang baru saja dinaik taraf terletak berhampiran dengan Stadium Sultan Muhammad ke IV. “Ada lagi tak bilik kosong?” Jawabnya, “habis!” Katanya lagi, tak pernah sebelum ni sepanjang yang dia ingat, semua bilik hotel penuh.

Lihat senyuman peniaga bila kedai serta warung mereka penuh sesak.

Tak cukup tangan melayan pelanggan. Pasaraya sekitar Kota Bharu juga dipenuhi pelanggan. Pasar Siti Khadijah dipenuhi pelanggan.

Bukankah ini namanya himpunan yang membawa rahmat?

Oleh: Dr Azman Ibrahim

5 comments:

  1. masalah ekonomi dan kewangan, sosial, bencana alam, ..perhimpunan tersebut adalah medan bagi eskapisme orang Kelantan...pemimpin membuai rakyat dengan janji syurga......

    ReplyDelete
  2. yang datang dari selutuh negara dgn konvoi bas dan kereta...Kota Bharu adalah syurga pelancongan dengan harga murah...anak negeri terpaksa merantau mencari sesuap nasi dinegeri orang...pemimpin saban hari menjanjikan syurga, seolah2nya tiket ke syurga duduk ditangan mereka....

    ReplyDelete
  3. sewaktu Tg Razali diketepikan oleh UMNO dan muncul semangat 46, Semangat 46 bersatu dengan PAS, gabungan ini menghadiahkan 2 kerusi untuk BN sebagai simbolik barangkali batu nesan...dan saat itu PAS terus gah, gah itu terus sinambung kerana peranan kumpulan ahli PAS yang bersikap progresif dan memikul idea Islam yang praktikal dan syumul...PAs mulaa dilihat parti yang relevan dengan realiti...ini menggamit sokongan bukan Islam utk mengenali PAS...jadi PRU14 nanti PAS akan kembali ke kampung dan nasibnya amat baik kalau menguasai Kelantan...pengundi Kelantan yang semakin matang mula menolak dan pengundi Kelantan dari luar akan memilih progresiveness over conservatism....

    ReplyDelete
  4. Ana dah register AMANAH, mengikuti jejak dan wadah baru daripada kelompok yang terjun bahtera. (kelompok monyet yg melompat ke pokok lain bila kehabisan buah- Nakhoda). Rasa sayang pada bahtera lama memang sukar nak dikikis, Hakikatnya, ana amat terkilan dengan nakhoda. Bagaikan tak ada pendirian. Nakhoda bagaikan angkuh dengan kuasanya. Majlis syura bagaikan tak ada fungsi. kala Bersih 4, Timbalan nakhoda kata akan ikut serta. Nakhoda putuskan.. tidak akan ikut serta! Terkini.. Setia Usaha Agung kata, akan sokong undi tak percaya pada PM jika dibawa ke parlimen, Sang nakhoda, "tunggu dan lihat, Apa kewajaran usul".

    ReplyDelete
  5. mereka yg terjun bahtera adalah mereka yg sudah nampak nakhoda kapal gagal mengemudi kearah yg sepatutnya...sekarang kita dh nmpk sdr yg nakhoda dah mengemudi ke pusaran pemusnah ciptaan umno...penumpang yg masih setia tidak nmpk kebocoran dan bnyk kerosakan kapal, cuma tau apa yg nakhoda dan kelasi katakan....jgn risau, kapal kita masih kukuh dan mampu melawan pusaran tsebut..porah!!!

    ReplyDelete

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR