Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday, 16 April 2016

Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 82 dan Jublee Intan Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol


Tanggal 15 hingga 17 April berlangsunglah sambutan Ulang Tahun ke 82 Penubuhan  Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol dan Jublee Intan maahad tersebut. Perayaan yang julung-julung kali itu disambut oleh warga Maahad dan klompok yang gigih mempertahankan kesinambungan perjuangan pengasasnya sejak turun temurun. Kita sorot sejarah perjuangan Ehya Assyarif dulu dan kini.


Sejarah Maahad Al_Ehya Assyariff

Sejarah pendidikan Islam bermula dengan sekolah agama yang beroperasi secara mandiri tanpa bantuan kewangan daripada kerajaan. Ia bergantung semata-mata kepada yuran pengajian dan sumbangan ihklas daripada dermawan. Dalam konteks Perak, sekolah agama yang pertama ditubuhkan ialah Ma’ahad Al-Ehya Asshariff di Gunung Semanggol pada 1918. Sejak itu, sekolah agama terus berkembang pesat dan kini ia didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). SABK sama seperti sekolah kerajaan yang lain turut menerima peruntukkan kewangan dalam aspek pengurusan guru akademik, bantuan kepada pelajar dan pembangunan sekolah. Kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) terlibat dengan pengurusan pelajaran Azhariah dan guru Azhariah. Manakala Lembaga pengurusan sekolah pula terlibat dengan pegangan tanah sekolah (wakaf) dan bangunan sekolah. - JURIJ JALALUDIN Pengarang Utusan Melayu.

Maahad Al_Ehya Assyariff Dan Rentetan Perkembangan Aliran Sekolah Agama di Perak


Institusi pendidikan agama di Perak bermula melalui penubuhan Ma'ahad Al-Ehya Asshariff di Gunung Semanggol pada 1918. Daripada sebuah pondok ia bertukar kepada sebuah sekolah agama pada 15 April 1934 yang diberi nama Madrasah Al-Ehya Asshariff.

Sekolah ini diwujudkan kerana terdapat keperluan tempat belajar untuk murid lepasan sekolah rendah di samping sebagai usaha menyebarkan ilmu secara lebih teratur dalam menyebarkan risalah Islam.

Pada 1936 dengan permuafakatan masyarakat setempat dan para pelajar sendiri, mereka telah bergotong royong membina sebuah bangunan bagi kelas-kelas tambahan.

Sebuah lagi bangunan sekolah kayu dibina dalam tahun 1940 hasil daripada sumbangan derma orang ramai dan namanya ditukar kepada Ma'ahad Al-Ehya Asshariff.

Pada tahun 1941, ma'ahad ini mempunyai lebih 400 orang pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan. Sebanyak 270 buah pondok asrama disediakan oleh jawatankuasa pentadbiran sekolah ini dan pada tahun yang sama juga institusi pendidikan agama ini mempunyai harta kira-kira 50 ekar kebun dan sawah.

Selepas merdeka, Ma'ahad Al-Ehya Asshariff semakin berkembang maju dan pihak pemerintah turut memberi bantuan dua buah asrama baru yang telah dirasmikan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 1959.

Selain itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak (JAIP) juga menghulurkan bantuan RM500 sebulan pada Ma'ahad, sementara Kementerian Pelajaran memperuntukkan sebanyak RM5,300 setahun membantu sekolah agama ini.

Pada tahun 1960 pelajar-pelajar ma'ahad meningkat ke angka 722 orang, dan dalam tahun 1964 apabila peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) mula-mula diperkenalkan di sekolah, kejayaan yang capai oleh sekolah ini amat cemerlang sekali.

Selepas Ma'ahad Al-Ehya Asshariff, dua sekolah agama lain mula beroperasi iaitu Madrasah Idrisiah pada 1922 dan diikuti Sekolah Menengah Agama (SMA) Ad-Diniah Al-Islamiah pada 1924.

Murid pertama Madrasah Idrisiah ialah Haji Muhammad Haji Salleh, dari Kelantan. Pada tahun 1928 murid kedua ialah Syeikh Abdullah al-Maghribi dari Mekah dan murid ketiga pada 1932 ialah Syeikh Abdullah Fa'him dari Kepala Batas iaitu datuk kepada bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penubuhan Madrasah Al-Diniah di Kampung Lalang, Padang Rengas pada 1924 bukan sahaja menitikberatkan pelajaran agama dan akademik malah pelajaran amali seperti ilmu berniaga (small business), membuat kicap, membuat sabun, membuat minyak angin, kacang masin, bersawah, berkebun dan menjahit (untuk penuntut perempuan) turut dijadikan pelajaran wajib diketahui oleh penuntutnya.

Hasilnya, menjelang penghujung 1930-an di Padang Rengas sendiri terhadap hampir 30 buah kedai kepunyaan orang Melayu yang terdiri daripada kedai getah, kedai kopi, kedai gunting rambut, kedai runcit dan sebagainya.

Seterusnya, pada 1942, Sekolah Menengah Agama Al Falah telah dibina di kawasan seluas 2.5 ekar tanah wakaf. Sekolah ini telah beroperasi selama lebih 50 tahun sebagai sekolah agama rakyat dan mengharungi pahit manis sejarahnya, sebelum diperakui sebagai sebuah Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan pada 17 Mei 2005. Hal ini bermakna hampir keseluruhan pembiayaan pengurusan dan pembangunan sekolah dibiayai oleh kerajaan.

Sebuah sekolah lagi yang ditubuhkan sebelum era kemerdekaan ialah Sekolah Menengah Agama Rakyat Al Hidayah atau ringkasnya SMARAH. Pada peringkat awal pengajian agama dan bahasa Arab yang dijalankan adalah berkisar di peringkat rendah sahaja.

Kemudian, pada 1983, SMARAH telah dinaik taraf kepada peringkat menengah dan namanya ditukar daripada Madrasah Al-Hidayah Adiniah kepada Sekoalh Menengah Agama Rakyat Al-Hidayah.

Pasca kemerdekaan pula menyaksikan lebih banyak sekolah agama ditubuhkan di Perak seperti Maahad Al TarbiahAl Islamiah (MTI) pada 1958, Sekolah Izzuddin Shah (1959), Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah (1960), Maahad Al-Khair Lil Banat (1962), Sekolah Menengah Addiniah (1970) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Islahiah Addiniah (1980).

Bilangan SABK semakin bertambah khususnya pada tahun 1990-an seperti SABK Maahad Al-Ummah, SABK Maahad Al-Imam Asy Syafiee, SABK Syubbaniah, Maahad Nurul Fadzliah, SABK Batang Padang dan SABK Maahad Al-Mizan.

Salah satu sekolah menengah agama di bawah kelolaan kerajaan negeri Perak ialah Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah yang ditubuhkan pada 2006.

Proses kemasukkan ke sekolah ini bukan berdasarkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tetapi melalui Ujian Kelayakan Khas yang melibatkan bidang agama dan akademik.

Secara keseluruhannya, pembangunan sekolah agama dan perkembangan pendidikan di Perak merupakan dua aspek yang seiringan antara satu sama lain.

Sekolah agama dibangunkan mengikut acuan agama Islam yang menekankan tentang pembangunan yang menyeluruh, seimbang dan sepadu meliputi keperluan-keperluan rohani dan jasmani serta duniawi dan ukhrawi. - Sumber Utusan.

SAMBUTAN JUBLEE INTAN

Sambutan ini diadakan selepas kira-kira 28 tahun setelah sambutan Jublee Emas dilangsungkan. Pada ketika itu Ehya Assyarif masih dibawah seliaan masyarakat setempat (Sekolah Agama Rakyat) dan diterjui oleh Persatuan Ehya Assyarif.

Sambutan Jublee Emas juga diadakan secara besar-besaran. Tokoh-tokoh Agama dan Politik tanah air dijemput mengambil bahagian dalam perbahasan dan membentangkan kertas kerja.

Kemuncak sambutan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Perak ketika itu, Sultan Azlan Muhibbudin Shah dan permaisuri hadir mencemar duli merasmikan sambutan tersebut.

Pada ketika itu Ehya Assyariff masih mengekalkan tradisi "hijau"nya. Biarpun kewangan yang terbatas tapi mereka mampu melaksanakan misi dengan jayanya.

Setelah lebih 28 tahun, perayaan seumpamanya muncul lagi. Mungkin dengan perubahan pentadbiran dan landskap politik negara dan juga sejajar dengan kedewasaan Maahad ini maka dilihat Ehya Assyarif sedang mengorak langkah dan berkembang maju sebaris dengan sekolah-sekolah arus perdana yang lain.

Tahniah Ehya Assyarif ,Kerajaan Negeri Kementerian Pendidikan, Pentadbir dan kakitangan Maahad, Alumni dan masyarakat setempat yang menyokong Aspirasi Maahad.

Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 82 dan Jublee Intan  Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol







Sejarah Yang Mungkin Dipinggirkan








"Apabila warna daun berubah tahulah kita bahawa iklim telah bertukar"

Sumber : 

1. Sebuah Perjalanan Link 

2.Portal Rasmi Arkib Negara Link

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung


widgeo.net

Search This Blog

Loading...

FB

There was an error in this gadget

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR