Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday, 17 October 2017

Masih Relevenkah PAS??

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama sudah tidak menjengah ke ruangan ini. Tiada apa yang istimewa tentang politik Malaysia. Isunya masih seperti dahulu. Ramai yang keliru dan semakin keliru. Tidak pasti apa yang mereka perjuangkan.

Kepada penyokong dan pendokong PAS masih istiqamahkah anda? Masih setia? Mengapa anda masih setia dengan PAS? Kerana dasarnyakah atau kerana pemimpinyakah?

Bagi saya, saya hanya yakin dan percaya dengan sepenuhnya bahawa dalam dunia ini hanya ada dua sistem politik iaitu Islam dan bukan Islam.

Sejak sekian lama PAS diasaskan dan ditubuhkan berlandaskan Islam.Justeru mengapa kita mahu kepada pertubuhan politik Islam lain yang muncul selepas PAS? JIka pertubuhan bukan politik ((NGO) saya mungkin bersetuju dengan kehadiran mereka namun jika pertubuhan politik islam lain yang muncul selepas parti Islam PAS  ditubuhkan saya kira yang menyokongnya amat terkeliru.

Untuk apa pula kita mahu kepada parti-parti politik berlandaskan sekularisme yang lain selepas UMNO? Untuk keadilan? Untuk ketelusan?Siapa boleh bagi jaminan pemimpin-pemimpin yang menang melalui parti-parti terpilih itu tidak reti menyeleweng dan khianat selepas berkuasa.

Secara logiknya, kebangkalian  pemimpin atau wakil yang berpegang atas prinsip agama untuk khianat dan menyeleweng adalah lebih kecil. Atas perinsip tersebut saya kira saya lebih sukakan PAS.

Pemimpin datang dan pergi. Tiada apa yang perlu digusarkan. Jika hari ini kita rasa tidak selesa dengan corak pimpinan sekarang itu tandanya pemimpin itu bekerja. Biar apa corak sekalipun selagi tidak bercanggah dengan dasar dan aspirasi parti kita perlu setia sehingga ada asas yang jelas bahawa dasar parti yang berlandaskan syariat itu sudah berubah seperti perinsip parti-parti lain.

Adat pertandingan dalam jamaah sejajar dengan demokrasi yang kita persetujui sememangnya akan ada yang menang dan kalah. Buangkanlah ego. Kalah ertinya kita tidak terbeban dengan tugas-tugas yang berat untuk dipikul sebaliknya jadikanlah kekalahan itu sebagai satu peluang untuk kita berdamping dengan akar umbi. Selami hati budi mereka dan sampaikan mesej yang benar mengapa politik Islam perlu ditegakkan.

Kepada penyokong dan pendokong PAS termasuk pejuang maya, jadikan diri anda Daie yang tujuan berpolitik adalah untuk mencari keredhaan. Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat. Teruskan perjuangan biarpun hanya kelompok kecil yang berpihak kepada anda. Jaga lidah, hindari kata-kata kesat caci maki. Bezakan diri anda dari mereka. Jaga akhlak Islam.Kalah menang bukan alasannya.Jangan sesekali mengambill tugas Allah, kerana yang memberi hidayah hanyalah Allah SWT.

Wednesday, 14 June 2017

TAZKIRAH RAMADHAN



Tarbiah Ramadhan Sucikan hati

Alhamdulillah 1438 mempertemukan lagi kita dengan Ramadhan dan 2/3 Ramadhan telah beransur meninggalkan kita. Bilah bilah akhir 10 Ramadhan masa yang amat berharga dan bernilai buat pencinta anugerah ubudiah daripada Tuhannya.Menilai masa yang tersisa sebagai peluang keemasan yang tidak boleh dibairkan berlalu sia sia. Lantas ingatkah kita pada lantuhan FirmanNya yang bermaksud:

"Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;Melainkan mereka yang beriman dan beramal Soleh, Yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran” 
  Al Asr:  1-3.

Ramai di kalangan kita telah melalui Ramadhan bukan sahaja tahun ini bahkan tahun tahun sebelumnya,apabila di tanya dengan apa kita isi Ramadhan yang bertandang setahun sekali ini. Lantas  kedengaran jawapan bersahaja dan setengahnya tidak berasa lansung istimewa Ramadhan yang bertamu. Bulan  ini bulan tarbiah untuk mendidik jiwa menjadi hamba yang taqarrub lantas kurikulumAllah swt perlu diterima pakai agar bereti permukiman kita di madrasah Ramadhan kurniaan Allah swt ini.

Rasululluh saw mengingatkan kita dalam sebuah hadith tentang himpunan amal kebajikan yang perlu ditekuni oleh si hamba. Sabda Baginda yang bermaksud:

Dari Abu Malik Ash'ary katanya :"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Kebersihan itu sebahagian daripada iman,membaca Alhamdulillah memenuhi timbangan membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumiSolat itu cahaya. Sedekah itu bukti.Kesabaran itu adalah pencahayaanQuran itu akan menjadi kawan (hujjah) atau lawanmuManusia itu bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya"

Hadis sahih riwayat Muslim

Kebersihan itu sebahagian daripada iman

Kita sejak di bangku sekolah lagi telah diasuh dengan budaya bersih dan suci .Ilmu feqh yang pertama diajari kepada kita ialah perihal taharah atau beruci. Bersuci terlalu signifiken dengan kehidupan seorang muslim kerana menjadi prasyarat untuk ibadah khusus seperti solah menjadi sah.

Cara bersuci seperti basuh,samak,mandi,wuduk dan tayamum adalah kaedah untuk mempastikan anggota tertentu bersih dan suci. Ganjaran bersuci juga terlalu besar di sisi Allah swt yang tidak setanding dengan pembelian makhluk di muka bumi ini.Bayangkanlah jika hari hari Ramadhan ini dapat kita lalui dengan keadaan sentia berwuduk bukankah besar ganjarannya?

Sabda rasullullah saw:

Dari Umar bin Khaththab radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Tidaklah salah seorang di antara kalian berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian mengucapkan, ‘Asyhadu an laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluhu’ [Aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan Allah.] kecuali Allah akan bukakan untuknya delapan pintu langit yang bisa dia masuki dari pintu mana saja.”

HR. Muslim

Kalaulah kebersihan dan kesucian anggota yang tidak menjadi tempat jatuh pandangan Allah begitu bersar ganjaran, bagaimana pula ganjaran dan keutamaannya berbanding hati yang menjadi pandangan Allah. Justeru kebersihan dan kesucian hati lebih utama dibersihkan dan disucikan.

Sabda rasullullah saw yang bermaksud:

“Diriwayatkan dari Abu Hurairah Abdirrahman bin Syahrin radhiyallahu ‘anhu, ‘Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, ‘Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada rupa kalian, tetapi Dia melihat kepada hati kalian.”  

(Diriwalatkan Muslim)

Kehadiran Ramadhan sebagai lapangan dan madrasah tarbiah adalah medan terbaik untuk membersihkan dan mensucikan hati. Allah merencanakan puasa dan Ramadhan sebagai kurikulum dari langit untuk mentarbiah manusia khususnya muslim membersihkan dan mensucikan hati.

Marilah menghayati saat kita sedang berpuasa apakah  kita telah memenuhi tuntutan “tahan” yang terdapat dalam tuntutan puasa itu? Apakah menahan diri dari makan dan minum sahaja?Tentulah jauh dari itu, ada mata perlu menahan panahannya dari memandangn perkara terlarang, ada lidah tahanlah menutur kalimah keji dan dusta, ada telinga hindarlah mendengan kalam dan bicara serta irama yang mengundang dosa, ada tangan usahlah perguna untuk kemaksiatan dan tahanlah kaki dari melangkah ke medah dosa. Semua usaha tahan itu akan menatijahkan hati yang bersih dan suci.

Semoga Ramadhan Berjaya mertarbiah hati kita

Sejahtera Bersama Islam

ABD WAHID ZAINOL ABIDIN
LTPKHL

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR