aku tahu engkau sentiasa menjaga kepentinganku..betapa sayu hatiku melihat engkau berkorban bersusah payah keranaku..orang-orang di sekelilingmu kesemuanya hidup dalam keadaan yang amat sederhana kerana ingin memberi peluang peningkatan kehidupan rakyat..melihat melihat baju, kenderaan, rumah dan gaya hidup mereka yang amat zuhud dan tawaduk, daku makin terharu..aku simpati kepada mereka kerana tidak berpeluang mengaut semahunya projek-projek mewah dan tiada ruang meratah habuan dari pelbagai kontrak kerajaan..maka pakaian mereka sederhana, cuti mereka dalam pakej biasa sahaja, kereta mereka jenama nasional belaka, wang mereka sekadar yang ada, beg tangan dan berlian mereka seperti rakyat biasa..jasa mereka amat besar kepada negara..pengorbanan dan keikhlasan..daku terharu.
aku tahu engkau kurangkan subsidi gula supaya harga gula meningkat maka daku pun kurang menggunakan gula, lantas bertambah sihatlah daku dan rakyat bawahan yang sepertiku..minyak dan tol dinaikkan agar kami kurang berkenderaan lalu selamat dari kemalangan..tarif elektrik dinaikkan supaya kami tidur awal dan itu baik untuk kesihatan..tambang pengangkutan awam dinaikkan supaya kami berjalan kaki untuk kesihatan diri..ataupun agar kami bertambah zuhud dan menjadi semakin soleh..
cumanya, pemerintahku yang jujur lagi ikhlas yang ku sayangi selalu..kenapakah tidak diturunkan harga-harga makanan berkhasiat seperti susu, sayuran dan seumpamanya agar kami dapat makanan seimbang yang sihat..?
maafkan daku wahai kekasihku pemerintah..aku tahu kau jujur tapi daku masih keliru tentang hal itu.
No comments:
Post a Comment