Felda Gunung Besout 2,Sungkai. Lewat petang tadi suasana pilu
menyelubungi keluarga Rusiah Suar salah seorang jemaah haji Malaysia
yang dilaporkan hilang dalam tragedi kren tumbang di Makah, Jumaat lalu.
Pegawai Tabung Haji kemudian memaklumkan bahawa Allahyarham telah dikenalpasti terkorban dalam kejadian tersebut.
Sebelum ini, lapan jemaah haji Malaysia dilaporkan masih gagal dikesan pihak pengurusan TH susulan insiden kren tumbang yang mengorbankan 107 nyawa dan mencederakan 237 yang lain.
Tujuh lagi jemaah Malaysia yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik,
Kedah; Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah; Zainun Taha, 69, dari
Ampang, Selangor; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan; Munah
Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan; Siti Nuroshlizan Zolkifli, 37,
dari Tanah Merah, Kelantan; dan Abdul Muluk Ishak, 71, dari Pantai
Remis, Perak.
Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama arwah para solihin. - SOBRI.
No comments:
Post a Comment