Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday, 14 April 2014

MH370:Isyarat Kotak Hitam Terus Senyap Sesenyap Suara "Perempuan Monggolia"




Kali terakhir kotak hitam mengeluarkan isyarat pada Selasa lalu dan selepas itu isyarat terus tidak dapat dikesan sehingga kini. 

Ini menunjukkan bateri yang terdapat pada kotak hitam telah kehabisan kuasa kerana mencukupi tempoh sebulan berada dilautan selepas terhempas.

"Bagaimana uuntuk mencari di kawasan yang sangat luas dan dalam tanpa mengesan sebarang isyarat," kata pakar 

Selama ini pencarian hanya berpandukan isyarat daripada kotak hitam tetapi kini isyarat tersebut telah tiada dan ini menyukarkan pencarian menggunakan ROV, katanya lagi

Jangan Berlebih-lebihan : Peringatan Kepada Yang Lupa!


 إِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فَإِنَّمَا أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ الْغُلُوُّ
Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihi wasallam telah menutup segala pintu yang mengakibatkan kepada kemusyrikan serta memperingatkan dari padanya dengan peringatan yang sangat keras. Di antaranya adalah masalah kuburan. Nabi Sallallahu‘alaihi wasallam telah menetapkan beberapa ketentuan untuk menjaga agar kuburan tidak disembah dan agar orang-orang tidak berlebihan terhadap mereka yang dikuburkan, di antaranya adalah:

1. Bahwasanya Nabi Sallallahu‘alaihi wasallam telah memperingatkan agar kita tidak berlebihan terhadap para wali dan orang-orang solih, sebab hal itu menyebabkan penyembahan kepada mereka. Nabi Sallallahu‘alaihi wasallam bersabda,

إِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فَإِنَّمَا أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ الْغُلُوُّ.
"Jauhilah oleh kalian sikap berlebih-lebihan, karena sesungguhnya sikap berlebihan itulah yang telah menghancurkan umat-umat sebelum kamu." (HR. Imam Ahmad, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas radiyallaahu ‘anhumaa ).

لاَ تُطْرُوْنِيْ كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، إِنَّمَا أَنَا عَبْدٌ فَقُوْلُوْا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُوْلُهُ.
"Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani telah berlebih-lebihan dalam memuji (Isa) putra Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah, 'Abdullah wa Rasuluh (hamba Allah dan RasulNya)'." (HR. al-Bukhari).

2. Nabi Sallallahu‘alaihi wasallam melarang membangun bangunan di atas kuburan, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu al-Hayyaj al-Asadi, ia berkata, Ali bin Abi Thalib radiyallallaahu ‘anhu berkata kepadaku,

أَلاَ أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِيْ عَلَيْهِ رَسُوْلُ اللَّهِ أَنْ لاَ تَدَعَ تِمْثَالًا إِلَّا طَمَسْتَهُ، وَلاَ قَبْرًا مُشْرِفًا إِلاَّ سَوَّيْتَهُ.
"Ketahuilah sesungguhnya aku mengutusmu sebagaimana dulu Rasulullah Sallallahu‘alaihi wasallam mengutusku iaitu, jangan engkau tinggalkan patung-patung melainkan engkau hancurkan, tidak pula kuburan yang ditinggikan kecuali engkau ratakan (dengan tanah)." (HR. Muslim).

Beliau Sallallahu‘alaihi wasallam juga melarang mengapur dan mendirikan bangunan di atasnya. Dari Jabir radiallaahu ‘anhu, berkata,

نَهَى رَسُوْلُ اللَّهِ عَنْ تَجْصِيْصِ الْقَبْرِ، وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ، وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ بِنَاءٌ.
"Rasulullah Sallallahu‘alaihi wasallam melarang mengapur kuburan, duduk di atasnya dan membangun bangunan di atasnya." (HR. Muslim).

3. Rasulullah Sallallahu‘alaihi wasallam juga memperingatkan tentang solat di kuburan. Dari Aisyah radhiallahu ‘anhaa, berkata, "Tatkala Rasulullah Sallallahu‘alaihi wasallam hendak diambil nyawanya, baginda pun segera menutup kain di atas mukanya, kemudian baginda membuka kain di atas mukanya, kemudian baginda membuka lagi kain itu tatkala terasa menyesakkan nafas. Ketika dalam keadaan demikian itulah, baginda bersabda,

لَعْنَةُ اللَّهِ عَلىَ الْيَهُوْدِ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوْا قُبُوْرَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ.
"Semoga laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kuburan nabi-nabi mereka sebagai tempat ibadah." (Muttafaq 'alaih)

Baginda memperingatkan agar dijauhi perbuatan tersebut  kerana dikhawatirkan akan dijadikan sebagai tempat ibadah (pemujaan).

Nabi Sallallahu‘alaihi wasallam juga bersabda,

أَلاَ وَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانُوْا يَتَّخِذُوْنَ قُبُوْرَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ، أَلاَ فَلاَ تَتَّخِذُوْا الْقُبُوْرَ مَسَاجِدَ، فَإِنِّيْ أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ.
"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya umat-umat sebelum kamu telah menjadikan kuburan nabi-nabi mereka sebagai tempat ibadah, janganlah kamu sekalian menjadikan kuburan sebagai tempat Ibadah, karena aku benar-benar melarang kamu dari perbuatan itu." (HR. Muslim).
Menjadikan sebagai tempat ibadah maknanya adalah solat di kuburan, meskipun tidak dibangun tempat ibadah (masjid) di atasnya. Sebab setiap tempat yang dituju untuk solat di dalamnya, maka tempat itu dianggap tempat ibadah, sebagaimana sabda Nabi Sallallahu‘alaihi wasallam

جُعِلَتْ لِيَ اْلأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُوْرًا.
"Dan dijadikan untukku tanah sebagai tempat sujud dan alat bersuci." (HR. al-Bukhari).
Dan jika dibangun masjid di atasnya, maka tentu persoalan menjadi lebih besar.

Adapun mempersembahkan nadzar dan kubur untuk tempat-tempat yang diziarahi, maka perbuatan itu adalah syirik besar. Hal tersebut bertentangan dengan petunjuk Nabi Sallallahu‘alaihi wasallam dalam hal yang wajib dilakukan terhadap kuburan, yakni hendaknya tidak dibangun suatu bangunan di atasnya, juga tidak didirikan masjid di atasnya. Karana, ketika di atasnya dibangunkan kubah dan di sekelilingnya didirikan tempat ibadah serta tempat-tempat ziarah, maka orang-orang bodoh akan menyangka bahwa orang-orang yang dikubur di dalamnya boleh memberikan manfaat atau mudharat, dan bahkan mereka boleh menolong orang yang meminta pertolongan kepada mereka, serta boleh memenuhi hajat orang yang bersandar kepada mereka. Karana itu mereka mempersembahkan nadzar dan korban kepada mereka, sehingga pada akhirnya menjadi berhala-berhala yang disembah selain Allah Subhanahu wataala, padahal Nabi Sallallahu‘alaihi wasallam bersabda,

اَللّهُمَّ لاَ تَجْعَلْ قَبْرِيْ وَثَنًًا يُعْبَدُ.
"Ya Allah, janganlah engkau jadikan kuburanku sebagai berhala yang disembah." (HR. Malik dan Ahmad).

Baginda Sallallahu‘alaihi wasallam berdoa dengan doa ini kerana baginda menyedari akan adanya pada akhir zaman nanti umat Islam akan memuliakan perkuburan. Adapun kuburan baginda dijaga oleh Allah Subhanahu wa Taala berkat dengan doa Nabi Sallallahu‘alaihi wasallam.Kuburan baginda Sallallahu‘alaihi wasallam berada di dalam rumahnya, dan tidak berada di dalam masjid, serta  dikelilingi dengan tembok-tembok sebagaimana disebutkan oleh Ibnul Qayyim rahimahullaah dalam Qashidah Nuniyahnya,

فَاســتَجَابَ رَبُّ الْعَـالَمِيْنَ دُعَـاءَهُ وَأَحَاطَـهُ بِثَلاَثَــةِ الْجُدْرَانِ
"Maka Rabb semesta alam mengabulkan doanya (Nabi), dan kuburannya dikeliling oleh tiga tembok.

Adakah ini salah satu bentuk berlebih-lebihan? (sekadar pertanyaan)


Sunday, 13 April 2014

Tugas PAS Terus Mencabar: DAP lobi 46 ahli Parlimen bukan Islam BN tentang hudud di Kelantan

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
April 14, 2014
Hasrat Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa untuk melobi 87 ahli Parlimen beragama Islam bagi menyokong usul rang undang-undang persendirian hudud kerajaan negeri Kelantan bakal mendapat tentangan DAP.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar), berkata setakat ini 50 ahli Parlimen menyatakan tentangan terhadap hudud termasuk 38 ahli Parlimen DAP, MCA (7), Gerakan (1) dan MIC (4).

"Seramai 38 ahli Parlimen DAP secara terbuka menyatakan tidak akan mengundi usul persendirian yang dikemukakan PAS.

"Kami memerlukan sokongan 25 ahli Parlimen lagi melalui cara melobi ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bukan beragama Islam bagi menyokong kami membantah rang undang-undang ini," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Segambut, hari ini.

Usul persendirian hudud yang akan dikemukakan oleh ahli Parlimen PAS akan dapat ditentang DAP sekiranya mereka mendapat sokongan melebihi dua pertiga ahli Parlimen iaitu seramai 75 orang.

Annuar pada Sabtu menyatakan kesediaannya untuk melobi ahli Parlimen Umno selain sebelumnya pernah menyatakan sokongan terhadap rang undang-undang persendirian hudud.

"Jika PAS ingin membawa perkara ini melalui undang-undang persendirian, maka kita mengalu-alukan dan saya sedia melobi ahli Parlimen Umno supaya menyokong.

"Saya sudah bercakap dengan sebahagian besar ahli parlimen Umno dan mereka positif menyokong," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam sidang media yang turut dihadiri Ahli Parlimen Ipoh Timur Thomas Su dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, Lim berkata usaha melobi ahli parlimen bukan Islam BN bukan sahaja digerakkan DAP malah oleh parti komponen BN sendiri.

“Usaha ini tidak dilakukan sendirian. Kami akan menggesa ahli parlimen MCA dan MIC untuk sama-sama memujuk ahli parlimen BN yang lain,” katanya.

Thomas berkata usaha melobi itu akan dilaksanakan pada masa terdekat dan mereka kini dalam proses mengumpulkan maklumbalas dan membuat persediaan.

Ketika ditanya adakah MCA pernah menyatakan sokongan secara peribadi untuk menentang hudud, Lim berkata: “MCA menyatakan dalam media beberapa kali tujuh ahli parlimennya tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian hudud.

“Saya juga difahamkan Gerakan dan MIC turut tidak menyokong usul itu,” katanya.

Lim berkata berdasarkan kenyataan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali semalam, apa yang difahami kesemua ahli parlimen PKR turut akan memberi tentangan terhadap hudud.

“Menurut kenyataan Azmin apabila ditanya media, beliau berkata PKR akan mengikut apa yang dipersetujui dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu kerangka dasar bersama.

“Maknanya PKR tidak bersetuju PAS membawa usul persendirian untuk melaksanakan hudud di Kelantan untuk dibawa ke Parlimen,” katannya.

Azmin ketika ditemui media semalam berkata PR tetap tidak akan berganjak dengan pendiriannya mengenai isu hudud seperti yang dipersetujui melalui konsensus antara DAP-PAS-PKR sejak 2011.

Katanya, pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat sedia ada kekal dan sudah dipersetujui semua pihak.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata sehingga kini PR masih menunggu penjelasan PAS Kelantan berhubung pelaksanaan hukum hudud di negeri itu. – 14 April, 2014.- TMI.

ABU: Masa terbaik untuk MP Islam buktikan kesatuan.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR