Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday, 4 March 2012

Kembalilah ke Pangkal Jalan -(Dato' Dr. Hassan Ali, Tan Sri Harussani Zakaria dan Ulamak UMNO, Berikan Perhatian Serius Kepada Kandungan Bingkisan Ini)

Bingkisan Nasrudin Hassan Tantawi Buat Tun Dr. Mahathir,

Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf atas kehadhiran warkah terbuka ini jika ia menganggu keselesaan Ybhg Tun Dr Mahathir. Saya utuskan warkah ini, bukan sahaja bermaksud untuk tatapan Ybhg Tun tetapi juga untuk pengetahuan umum bagi menjernih kekeliruan dan kecelaruan fikir masyarakat awam mengenai hukum hudud.

1. Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme di Universiti Malaysia Sarawak [UNIMAS] pada 26 Feb 2012  baru - baru ini adalah suatu kenyataan yang cukup mengelirukan dan berpotensi memesong pemikiran orang ramai khasnya ummat Islam terhadap kesucian dan ketulenan agama Islam.

2. Cara Tun Dr. Mahathir memahami Hukum hudud khasnya dan Islam amnya adalah suatu yang sangat asing [gharib] dari disiplin ilmu Islam malah apa yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir dalam konvensyen tersebut bahawa Hukum Hudud adalah ciptaan ahli Feqah dan ianya tidak terdapat di dalam Al Quran adalah merupakan fitnah yang sangat dahsyat terhadap Kalaamullah Al Quranul Karim.

3. Hudud ialah kategori kesalahan dan hukumannya telah ditentukan oleh Allah swt dalam Al Quran dan RasulNya saw di dalam hadis baginda. Ianya merupakan hak Allah yang tidak boleh ditukar ganti, diubah suai ataupun dipinda. Malah hukumannya tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun bagi pihak Allah swt.  Sebagaimana hukum ini telah ditetapkan oleh Allah swt, demikian juga kita telah diperintah oleh Allah swt untuk melaksanakannya. Firman Allah swt :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.-Surah Al Maaidah : 49

4. Kesalahan hudud yang wajib dijatuhkan hukuman khusus telah jelas disebut oleh Allah swt dengan lafaz yang sorih [nyata] di dalam Al Quran dan juga Hadis Nabi saw. Bagaimana Tun Dr. Mahathir begitu yakin dan konfiden mengatakan ia adalah ciptaan ahli feqah dan tidak terdapat di dalam Al Quran.

a] Kesalahan Zina iaitu persetubuhan suka sama suka tanpa nikah yang sah. Hukumannya disebut dalam surah an Nuur ayat 2.

b] Kesalahan Qazaf iaitu menuduh orang berzina. Hukumannya disebut dalam surah An Nuur ayat 4.

c] Kesalahan Minum arak atau minuman yang memabukkan. Hukumannya disebut dalam hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari riwayat Saidina Ali bin Abi Talib Karramallahuwajhah.

جلد رسول الله صلى الله عليه وسلم أربعين و أبو بكر أربعين و عمر ثمانين و كل سنة و هذا أحب إليَّ


d] Kesalahan Mencuri. Hukumannya disebut dalam surah al Maaidah ayat 38.

e] Kesalahan Murtad. Hukumannya disebut dalam hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari riwayat Ibnu Abbas rha.

من بدَّل دينه فاقتلوه

f] Kesalahan Merompak. Hukumannya disebutkan dalam surah al Maaidah ayat 33 dan 34

g] Kesalahan Bughah atau memberontak kepada Ulil Amri yang adil dan serta menjalankan hukum Allah swt yang berdalilkan Al Quran dan Sunnah. Hukumannya disebut di dalam surah al Hujurat ayat 9.
[ kategori ini ~ bughah ~ menjadi khilaf dikalangan ulama' , samaada ia termasuk dalam kesalahan hudud atau tidak ]

5. Jika kita melafazkannya dengan sedar dan bertujuan menafikan bahawa hukuman hudud ini bukan dari al Quran sedang nyata ianya termaktub di dalam al Quranul Kareem, maka ucapan itu boleh membatalkan aqidah.
و العياذ بالله نعوذ  عياذا بالله

6. Mendustakan ayat - ayat Allah swt pula berlagak angkuh kononnya hukum yang Allah cipta tidak adil sangat besar risikonya sehingga kelak mereka yang mendustakannya dinafikan hak dan peluang menduduki syurga Allah swt. Firman Allah swt :

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

Surah al A'araf : Ayat 41

7. Saya melihat Ybhg Tun Dr. Mahathir juga sangat keliru bagaimana mahu memahami kedudukan hukuman hudud di dalam Islam. Apabila Ybhg Tun menegas bahawa untuk melakukan sesuatu mesti rujuk kepada Al Quran, tetapi dalam masa yang sama, Ybhg Tun menganggap hukum hudud tidak ada di dalam al Quran. Jika benar tindakan dan ucapan dirujuk kepada al Quran, Ybhg Tun pasti menemui hukum hudud termaktub di dalam al Quranul Karim.

8. Secara rendah diri saya merasakan bahawa Tun Dr. Mahathir perlu mendalami pengajian ilmu Islam melalui bimbingan alim ulama' yang mendalam ilmu mereka dalam perkara ini. Saya dapat lihat dengan jelas bahawa Tun benar - benar keliru terhadap hukum Allah swt ini lalu Tun mempunyai pra sangka yang buruk terhadapnya.

9. Sebagai contoh menganggap hukum hudud tidak adil hanya kerana hukum hudud tidak dikenakan ke atas non muslim lalu Ybhg Tun membuat perbandingan yang dangkal bahawa muslim mencuri dipotong tangan lalu kudung sedang non muslim mencuri hanya dipenjara dan tangannya tidak kudung. Jika saya menjawab dengan perbandingan serupa bahawa muslim wajib solat, puasa, zakat dan haji sedang non muslim tidak diwajibkan ke atas mereka untuk melakukan semua itu, apakah Tun akan berkata bahawa Islam juga tidak adil ? Allah juga tidak adil ? Cara Tun berfikir kini sangat jauh tersasar.

10. Pengecualian non muslim dari perlaksanaan hukuman hudud adalah suatu pengecualian yang bersumberkan wahyu sebagaimana Firman Allah swt :

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Surah al Maaidah : ayat 42

11.  Menilai hukum hudud dan kesannya ke atas ummah tidak boleh dinilai hanya melalui aqal semata - mata, tetapi selaku seorang yang mengaku muslim, Ybhg Tun mesti melihatnya dengan kaca mata Islam dan Iman. Ertinya Tun mesti menilai sehingga tembus ke ruang akhirat. Jangan hanya menilai hukum hudud dalam dinding sempadan dunia semata - mata.

12. Akhirnya saya sekali lagi menasihati diri saya sendiri pula dengan rasa rendah hati menasihati Ybhg Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa hukuman hudud adalah ketetapan Allah swt. Kalaupun kita tidak mampu melaksanakannya, janganlah kita menafikannya apatah lagi mempersendakannya dengan fitnah kononnya hukum hudud adalah cipta ahli feqah.

13. Ybhg Tun, marilah kita baca beberapa penegasan Allah swt di dalam Al Quran agar kita insaf dan patuh pada perintah Allah swt. Pertama, bacalah dengan bahasa Arab kerana al Quran tidak boleh dibaca dalam bahasa lain kecuali dengan bahasa ia diturunkan iaitu bahasa Arab. Faham atau tidak, al Quran mesti baca dalam bahasa arab. Adapun terjemahannya bolehlah dibaca dengan apa jua bahasa yang kita faham dan selesa.

a] Firman Allah swt dari Surah an Nisaa' ayat 13.

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.

b] Firman Allah swt dari surah an Nisaa' ayat 56.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

14. Semoga Ybhg Tun diberikan keafiatan dan punya masa terluang untuk membaca warkah ini dengan tenang. Beri masa pada diri untuk berfikir tanpa sebarang prejudis terhadap hukum Allah swt. Jua tidak didorong rasa dendam kepada PAS lalu menolak syariat yang diperjuangkan oleh PAS. Menganggap hudud itu adalah hudud PAS.

15. Saya harap Ybhg Tun dapat mengkajinya sendiri, dengan membuka helaian al Quran lalu membaca dan mentadabburnya dengan cermat. Jika Ybhg Tun tidak jelas memahaminya, boleh dirujuk kepada alim ulama' yang mukhlisin. Bukan merujuk kepada penasihat 25 % yang hanya merosakkan masa depan Ybhg Tun.

16. Salam hormat dari saya. Insyaallah, kiranya diizinkan oleh Allah swt. saya bersama rakan - rakan exco Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin benar bertemu dengan Ybhg Tun untuk bermuzakarah mengenai hukum Allah swt yang suci lagi adil ini. Harap Ybhg Tun juga berlapang dada dan sedia bertemu dengan pihak kami. Insyaallah, kami akan memilih masa yang sesuai dan munasabah untuk menghantar surat rasmi kepada pihak Ybhg Tun untuk tujuan tersebut.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

ABU: Sekiranya benar seperti apa yang dilaporkan, tuan-tuan mufti yang berautoriti dan ulamak UMNO veteran dan muda perlu segera mentarbiahkan Tun Dr. Mahathir . Sekian lama Tun bebas membuat tafsiran dan hujahan yang terang-terang menghina dan memperlekehkan Islam namun hujahan dan pendapat itu masih tidak mendapat reaksi alim ulamak UMNO untuk memperbetulkannya. Hanya sebahagian ulamak PAS yang dilabelkan parti ajaran sesat sahaja yang sering dan tidak jemu-jemu menasihatkan Tun dan rakan-rakan yang berfikiran sepertinya agar segera insaf. Berikut diperturunkan sebahagian hujah-hujah dan pendapat Tun serta segelintir pemimpin UMNO yang boleh menjadikan penuturnya tergelincir aqidah. 

1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.

4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.

5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.

8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.

9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.

10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.

11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.

12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.

15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.

16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.

19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.

20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92

Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat.

1. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat” - Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.

3. “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)

Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila tiga orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS.

Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya.

Kenyataan-Kenyataan Tun Dr. Mahathir Dalam Kes Tersebut.

1. “Saya bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2. Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung UMNO, PWTC)

Mengizinkan Maksiat/Membela si Pemaksiat (Kes 'The Zouk', Ampang)

1. "Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya". - Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun 2001

2. “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” - Dato’ Rais Yatim, Jun 2001

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar, Jun 2001: menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras.
(Sebahagian kenyataan Tun disedut dari blog : A Mum Of Three Mohd-ABU)

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR