10 Mac 2012
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang itu, ketika salah seorang daripada dua anak Mohd ingin menggunakan bilik air sebelum mangsa terbabit melihat kehadiran dua ekor ular tedung senduk, sepanjang kira-kira satu meter berada di hadapannya.
Pegawai operasi JPAM Marang, Kopral Wan Mohd Faizal Wan Ismail berkata, mangsa kemudiannya melihat haiwan itu seperti ingin mengembangkan kepala lalu terus menjerit meminta pertolongan daripada bapa mereka, Mohd yang berada di dalam rumah.
Menurutnya, sebaik sahaja mendengar jeritan anaknya, Mohd segera ke bilik air dan terus mengarahkan anaknya segera keluar serta menarik daun pintu bilik air bagi mengelak kedua-dua reptilia bertindak agresif.
“Saya bersama tiga lagi anggota JPAM Marang berjaya menangkap reptilia tersebut walaupun kedua-dua reptilia itu bertindak agresif.
“Inilah kejadian pertama yang membabitkan rumah dimasuki ular tedung senduk yang ingin mengawan kerana biasanya pasangan ular ini akan mengawan di kawasan jauh dari manusia dan syukurlah tiada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, Wan Mohd Faizal turut meminta orang ramai agar jangan bertindak sendiri dan segera menghubungi pihak berkuasa ketika berhadapan dengan situasi seumpama itu bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku menimpa mereka.
No comments:
Post a Comment