Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday, 5 June 2013

Selamat Memperingati Peristiwa Israk Dan Mikraj


Israk, Mikraj simbolik kuasa Pencipta


Oleh Zamanuddin Jusoh (http://epondok.wordpress.com/)
Peristiwa Israk dan Mikraj adalah perjalanan terindah dalam sejarah manusia. Tiada yang lebih indah daripada perjalanan menuju kepada Allah SWT dan ia juga kemuncak kemuliaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang lama bersabar menunaikan dakwah agama Allah SWT.
Tibalah masanya Allah SWT mengurniakan suatu mukjizat terbesar kepada Baginda SAW iaitu Israk dan Mikraj bertujuan menyatakan kepada dunia bahawa penghuni langit sentiasa menerima kedatangan Baginda SAW dengan penuh penghormatan.

Perkara tersirat dalam peristiwa ini adalah lebih jauh daripada apa yang difahami di mana Allah SWT hendak menunjukkan keluasan kerajaan-Nya kepada Rasulullah SAW dan umat manusia walaupun Baginda SAW merasa kesempitan hidup hasil daripada tekanan dihadapi.

Ia akan menyuntik semangat kepada Baginda SAW supaya terus gigih membawa perubahan tamadun manusia berdasarkan wahyu walau ditentang oleh orang kafir.
Peristiwa Israk dan Mikraj adalah simbolik kepada satu kuasa yang tidak dapat digugat oleh sesiapa. Cahaya Islam yang terpancar di bumi tidak akan terpadam walaupun seluruh dunia berusaha memadamkannya.
Kekuatan dihasilkan daripada peristiwa ini dapat dijana melalui ibadat solat yang juga anugerah terulung pada malam itu. Kemuliaan dikurniakan kepada Baginda SAW adalah sesuatu yang tidak ternilai dan tiada kepada nabi lain.
Allah SWT juga menzahirkan martabat Nabi Nabi Musa pada malam itu dengan memperkenankan pandangan Nabi Musa berkaitan bilangan solat. Ini adalah kerana ujian yang diterima Musa tidak jauh berbeza dengan Baginda SAW.
Perintah ibadat solat

Peristiwa penting ini juga ada kaitan dengan ibadat solat lima waktu. Allah SWT menjemput Nabi Muhammad SAW menghadap-Nya untuk diberikan perintah khusus kewajipan mengerjakan solat fardu lima waktu. Ini menunjukkan pentingnya ibadah solat hingga Rasulullah SAW menyatakan solat adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia menegakkan agama dan sesiapa meninggalkannya seperti meruntuhkan agama.
Syurga yang dilawati Rasulullah SAW membawa pengertian bahawa umat Baginda SAW akan dimasukkan ke syurga seluruhnya. Baginda SAW bertanyakan sahabat: Adakah dalam kalangan kamu yang merasai syurga? Jawab Abdullah bin Umar: Saya wahai Rasulullah. Adakah di antara kamu yang merasai buah-buahan dan minuman syurga? Jawab Abdullah lagi: Saya. Jawab bapanya Umar: Aku menutup kepalaku kerana malu. Lalu Baginda SAW meminta penjelasan Abdullah. Abdullah berkata: Sesungguhnya saya merasai apa yang engkau rasa pada malam Israk dan Mikraj dan kita semua akan merasainya pada Hari Kiam
Berdisiplin susun tindakan
Perjalanan ke langit mengajar kita cara berdisiplin dan menyusun tindakan apabila Baginda SAW meminta keizinan pada setiap pintu langit. Apakah Allah SWT dan malaikat tidak mengetahui kedatangan Baginda SAW pada malam itu?
Jawapannya tidak, namun simbolik kepada kita semua pentingnya disiplin dalam kehidupan supaya ia berjalan dengan lancar. Sabda Baginda SAW: Kebenaran yang tidak sistematik akan tewas dengan kebatilan yang lebih berkesan dan sistematik.
Masjid dijadikan tempat permulaan dan penutup kepada peristiwa ini menunjukkan masjid adalah penting untuk kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Di situlah manusia berkumpul mengeratkan hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW: Mahukah kalian aku tunjukkan suatu urusan yang akan menghapuskan kesalahan dan meninggikan darjat seseorang? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Menyempurnakan wuduk pada waktu yang sukar, banyakkan langkah ke masjid dan menunggu solat (berikutnya) selepas (melakukan solat). Maka itu adalah tali pengikat antara kamu dengan Allah SWT. (Riwayat Muslim)
Manusia hari ini, keluar berjalan dan melihat keindahan bumi adalah salah satu cara untuk menghilangkan segala tekanan serta bebanan hidup. Demikianlah Allah SWT menghilangkan kesedihan Baginda SAW terhadap kehilangan orang tersayang iaitu Khadijah dan Abu Talib.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR