GEORGETOWN: Seorang pengunjung lelaki berusia 60 tahun dan wanita berusia 28 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas diserang sakit jantung dan sesak nafas apabila kereta api yang dinaiki terkandas hampir dua jam ketika menuruni Bukit Bendera di sini.
Kereta api yang rosak di pertengahan bukit itu menyebabkan 100 pengunjung yang berada didalamnya terkandas.
Berikutan itu, pengunjung dengan bantuan pasukan bomba terpaksa menuruni bukit terbabit menggunakan tangga sejauh hampir Satu kilometer.
Wanita yang mengalami sesak nafas terbabit, Ismayanti Ismail, 28, dilihat rebah sejurus dia keluar dari keretapi berkenaan.
Suaminya, Masrijohan Kamsudin, 31, turut berada di sisi isterinya sambil mengusap dada wanita itu.
Ismayanti dibawa turun menggunakan pengusung oleh anggota bomba tidak lama selepas itu dan dikejarkan ke HPP untuk rawatan lanjut.
No comments:
Post a Comment