Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday, 26 March 2015

“KITAB MUKJIZAT : BUDAYAKAN AL-QURAN”

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِىَ لَهُ.
أَشْهَدُ أَن لا إِلَهَ اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ   فَازَ الْمُتَّقُونَ
قَالَ اللهُ تَعَالىَ

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿٢٩﴾

(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu, Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna (beringat mengambil iktibar) (Surah as-Shod : ayat 29)
Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kita hendaklah menjadikan ajaran-ajaran Islam dihayati dan diamalkan dalam seluruh kehidupan kita. Oleh itu, marilah kita jadikan al-Quran sebagai pegangan hidup kita, kerana sesungguhnya al-Quran merupakan petunjuk dan penyelamat kepada kita di dunia dan di akhirat. Kita hendaklah yakin bahawa al-Quran sahaja yang mampu menjadi ubat dan penawar kepada segala macam penyakit rohani atau jasmani yang sedang menimpa masyarakat manusia dewasa ini.
Sidang Jumaat sekalian,
Al-Quran merupakan mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan kepada umatnya. Sehingga tiada sesiapa pun yang mampu mencipta ayat-ayat al-Quran walaupun sepotong ayat yang setanding dengan kehebatan al-Qur’an. al-Quran adalah kitab suci yang kekal sifatnya, sangat istimewa dan sesuai untuk semua zaman dan tempat. Ia bukan panduan untuk satu-satu bangsa atau masa-masa tertentu sahaja tetapi merupakan pembawa rahmat kepada seluruh alam.
Manakala perbahasan dan pengajaran yang diketengahkan di dalamnya pula membawa banyak manfaat kepada umat manusia. Contohnya hasil kajian sains berkaitan biologi manusia (tubuh badan manusia) telah mengesahkan bahawa setiap manusia mempunyai cap jari yang berbeza antara satu sama lain.
Demikian juga kajian saintifik semasa telah menemui bahawa kulit manusia mempunyai sel-sel yang banyak serta paling sensitif. Perkara ini sebenarnya telah digambarkan oleh al-Quran ketika mana (orang-orang berdosa) penghuni neraka diazab kelak, setiap kali kulit-kulit mereka yang terbakar hangus akan diganti dengan kulit lain untuk menggandakan azabnya ditimpakan ke atas mereka.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Al-Quran merupakan kitab wahyu dan mukjizat kepada Baginda Rasulullah SAW dan kepada umat Islam. Membaca dan mempelajarinya adalah ibadah. Al-Quran mempunyai rahsia dan hikmah yang tinggi. Kunci kerahsiaannya perlu digali, pintu hikmahnya perlu diterokai supaya arah tuju perjalanan hidup kita sentiasa dalam keredhaan Allah SWT. Lebih-lebih lagi kita wajib mempercayai kitab al-Quran, kerana ia merupakan salah satu daripada rukun iman seorang Muslim.
Justeru, kita sebagai umat yang mengaku beriman dengan al-Quran, mestilah menjadikan al-Quran sebagai kitab bacaan dan rujukan utama dalam kehidupan. Menjadikan al-Quran sebagai benteng kepada godaan dunia serta sentiasa memohan dilindungi Allah SWT. Oleh yang demikian, dalam kesibukan harian, kita sewajarnya memberikan sedikit waktu dan ruang kepada diri dan keluarga kita untuk mencari keredhaan Allah SWT melalui pembacaan al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 57 yang berbunyi :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ﴿٥٧﴾

Maksudnya : "Wahai ummat manusia ! sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakIt batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman ".

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekelian,

Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan bagi membudayakan al-Quran, antaranya :-

Menjadi kewajipan kepada kita sebagai ibu bapa, menunjukkan contoh teladan yang baik kepada ahli keluarga. Ibu bapa hendaklah sentiasa membaca al-Quran di rumah dan memastikan al-Quran dibaca oleh setiap ahli keluarga. Mengapa kita mempunyai masa untuk membaca akhbar, majalah, menonton TV, melayari internet, WhatsApp, Facebook dan lain-lain? Mengapa tidak boleh kita memperuntukkan sedikit masa untuk membaca al-Quran? Marilah sama-sama kita merenungi sabda Rasulullah SAW yang berbunyi :

اقْرَوُوا القُرْءآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِيْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا ِلأَصْحَابِهِ.

Bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya ". (Riwayat Muslim )

Kita sebagai umat Islam sepatutnya menjadikan al-Quran sebagai bacaan utama setiap masa. Mereka yang membaca al-Quran, mendengar malah melihat al-Quran pun akan diberi pahala oleh Allah SWT. Kita hendaklah memperuntukkan masa untuk membaca al-Quran dalam sehari. Umpamanya selepas solat Maghrib adalah waktu membaca, mempelajari dan mentadabbur al-Quran dengan memanfaatkan masa emas tersebut bersama ahli keluaga.

Mengapa ada di kalangan ibu bapa merasa sangat sedih, kecewa atau dukacita sekiranya anak-anak kita gagal dalam pelajaran akademik? Tetapi, kenapa tidak ramai di kalangan ibu bapa akan merasa sedih atau kecewa jika anak-anak tidak tahu atau buta membaca al-Quran?

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekelian,

Akhirnya, ingin ditegaskan di sini bahawa Al-Quran bukan seperti kitab warisan yang hanya dibungkus kemas untuk dipamerkan atau untuk melariskan jualan atau memagari rumah dan sebagainya. Tetapi hakikat sebenarnya, al-Quran adalah sumber rujukan yang mampu menjadi penunjuk arah dalam kehidupan, di samping berupaya menangani pelbagai halangan, cabaran dan ancaman terhadap akhlak dan moral masyarakat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْآنِ الْعَظِيْم، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بما فيه من الآْيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْم، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْم.

Khutbah Kedua

الحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْ لاَ أَنْ هَدَانَا الله.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُه،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَىْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ، إِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Bersempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak pada tahun ini yang akan diadakan pada 29 dan 30 Mac 2015 bertempat di Hotel Casuarina Meru Ipoh, marilah sama-sama kita melapangkan masa menghadirkan diri bersama keluarga menjayakan program tersebut dan dalam masa yang sama kita cuba menghayati isi kandungan Al-Quran. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa disinari dengan nur dan hidayah dari Allah SWT.
Suka saya mengingatkan kepada sidang hadirin beberapa perkara yang perlu dihadamkan dan diamalkan dalam kehidupan kita seperti berikut:-
1. Kita wajib mengimani kitab al-Quran kerana ia merupakan pelengkap kepada kesempurnaan rukun Iman seseorang Muslim.
2. Kita yakin dan percaya bahawa isi kandungan al-Quran secara umum mempunyai prinsip dan dasar yang mengatur seluruh kehidupan manusia bermula dari sekecil-kecil urusan hinggalah sebesar-besar urusan.
3. Kita jadikan amalan membaca Al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya satu ayat dengan mengikut kaedah yang betul.
4. Kita berusaha menjadikan diri dan keluarga kita sentiasa dalam keredhaan Allah dengan beramal dengan akhlak al-Quran.
5. Kita menghayati pengajaran yang terkandung di dalam al-Quran, di samping menjadikan al-Quran sebagai benteng kepada godaan dunia serta sentiasa memohon dilindungi Allah SWT.

الم ﴿١﴾ ذَ‌ٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٣﴾
Alif, Lam, Mim, Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. (Surah al-Baqarah : ayat 1-3)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِىْ بِلَادِنَا هَذَا وَفِىْ الْعِرَاقِ وَفِىْ فَلَسْطِيْنِ وَفِىْ كُلِّ مَكَانٍ وَفِىْ كُلِّ زَمَانٍ.

اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
Ya Allah! Muliakanlah Islam dan pendukung-pendukungnya, bantulah Islam dan perkembangannya, bantulah pendakwah-pendakwah Islam dan para mujahidinnya. Ya Allah, hancurkanlah kekufuran serta golongan munafik dan musyrikin, binasakanlah musuh-musuh agamamu dan segala sekutunya, engkau eratkanlah hubungan kami sesama Islam. Elakkan kami dari permusuhan yang boleh menyebabkan terlerainya persaudaraan Islam. Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur lah.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR