Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday, 4 November 2011

Jenis-jenis Haji

وَاَذِّنۡ فِى النَّاسِ بِالۡحَجِّ يَاۡتُوۡكَ رِجَالًا وَّعَلٰى كُلِّ ضَامِرٍ يَّاۡتِيۡنَ مِنۡ كُلِّ فَجٍّ عَمِيۡقٍ ۙ‏
"Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah) dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (surah al-Haj ayat 27).

 1. HAJI FARDHU.
Haji fardhu juga dikenali sebagai Haji Islam atau Haji Wajib.Setiap orang Islam yang memenuhi syarat wajib mengerjakan haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.Bagi orang yang telah mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan cukup syarat tetapi terhalang sebab-sebab keuzuran,terlalu tua atau sakit yang tiada harapan sembuh dibolehkan melaksanakan haji badal (haji yang dilaksanakan oleh seseorang yang lain sebagai gantian)

2. HAJI BADAL
Haji Badal juga dikenali sebagai Haji Niyabah atau upah haji.Haji badal dilakukan oleh seseorang yang lain untuk seseorang yang lain menurut syarat-syarat tertentu.
Syarat-syarat tersebut ialah:
1. Orang yang menggantikan haji tersebut mestilah seseorang yang telah mengerjakan haji bagi dirinya dengan sempurna.
2. Hanya menunaikan haji untuk satu orang sahaja pada satu-satu musim haji.
3. Hendaklah berihram sama ada di miqat:
    - Orang yang hendak dihajikannya atau
    - Yang sama jauh dengan miqat orang yang hendak dihajikan atau
    - Yang telah ditentukan kepadanya dan sekiranya tidak ditentukan miqat baginya, bolehlah ia berihram di mana-mana miqat.
4. Orang yang hendak menunaikan upah haji(badal) mestilah seseorang yang telah baligh.

3.HAJI SUNAT
Haji sunat juga dikenali sebagai haji Tatawwuk.Haji sunat boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja orang Islam yang telah menunaikan haji wajib atau fardhu haji.  

4. HAJI NAZAR
Haji Nazar ialah haji yang wajib ditunaikan oleh seseorang Islam yang telah bernazar untuk menunaikan haji.Nazar tersebut mestilah kerana Allah SWT.

5. HAJI QADA
Haji Qada ialah haji yang ditunaikan oleh seseorang sebagai menggantikan haji yang terdahulu yang fasad atau terbatal.             

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR