Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday, 4 November 2011

Salam Aidil Adha dan Selamat Melaksanakan Ibadah Qurban

Dengan ingatan tulus ikhlas,sidang redaksi direktoripolitikmalaysia.blogspot.com mengucapkan Salam Aidil Adha dan Selamat Melaksanakan Ibadah Qurban kepada muslimin dan muslimat seluruh dunia.SEMOGA AMALAN DIBERKATI.
اللّهُ أكبراللّهُ أكبر اللّهُ أكبر
  لا إلَهَ الا اللّه و اللّهُ أكبر
 اللّهُ اكبرو لِلّه الحمدَ
Ketika ini umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah haji di Makah mungkin sudahpun wukuf di Arafah. Esok atau lusa umat Islam di seluruh dunia akan merayakan hari raya yang paling besar dalam takwim Islam iaitu Aidil Adha atau Hari Raya Qurban atau disebut juga Hari Raya Haji.Sebahagian besar masyarakat Malaysia beranggapan hari raya ini adalah hari raya nombor dua (kelas dua) disambut selepas Aidil Fitri.Hal ini terjelas dengan pengiktirafan cuti yang hanya diberikan satu hari sebagai hari kelepasan berbanding hari raya Aidil Fitri yang lebih bilangan hari cutinya.Corong-corong radio dan media massa pula dengan dendangan lagu raya dan promosi yang pelbagai ketika sambutan Aidil Fitri.Terdapat juga sesetengah sektor yang tidak langsung mengendahkannya bahkan tidak membenarkan pekerjanya bercuti dengan alasan "hari raya kelas kedua".Tanggapan salah ini harus diperbetulkan.Bukti yang nyata adalah melalui ibadah qurban yang boleh dilakukan sehinggalah hari yang keempat sebelum waktu asar.Begitu juga lafaz takbir hari raya, disunatkan hinggalah hari keempat sebelum asar berbanding satu hari ketika Aidil Fitri.Sebahagian cerdik pandai pula seakan terikut-ikut dengan fenomena ini dan memperturunkan pula tanggapan ini kepada generasi muda.
اللّهُ أكبراللّهُ أكبر اللّهُ أكبر
Allah is Great, Allah is Great, Allah is Great
لا إلَهَ الا اللّه و اللّهُ أكبر
there is no God, but Allah and Allah is Great
اللّهُ اكبرو لِلّه الحمدَ
Allah is Great and to Him belongs all Praise
اللّهُ أكبرُكَبيِرَاوَالحَمدُ لِلّهِ كَثِيرا
Allah is the Greatest And all Praise is due to Him
وَ سُبحَان اللّهِ بُكرَةً وَأصْيِلا
And Glory to Allah eventide and in the morning
لا إلَهَ الا اللّه وحْدَه
there is no God, but Allah the Unique
صَدَقَ وَعدَه وَنَصَرَعبده
He has fulfilled His Promise and made Victorious His servant
وأعزَ جُنَده وَهزم الأحْزَابَ وحْدَه
and made Mighty His soldiers and defeated the confederates
لا إلَهَ الا اللّه وَلا نَعبُد الا أياه
there is no God, But Allah He alone we worship
مُخلِصِّينَ لَهُ الدّيِنَ وَلوْ كَرِهَ الكَافِروُن
with sincere and exclusive devotion even though the idolaters hate it

لا إلَهَ الا اللّه و اللّهُ أكبر
there is no God, but Allah and Allah is Great
اللّهُ اكبرو لِلّه الحمدَ
Allah is Great and to Him belongs all Praise

 بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

إِنَّاأعْطيْنَاكَ الكوْثرَ
 Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) ni'mat yang melimpah-ruah.

Maksudnya Kami kurniakan kepadamu ni'mat-ni'mat kebajikan yang banyak dan melimpah-limpah tidak tersekat dan tidak terputus iaitu bertentangan dengan kempen-kempen yang dilancarkan oleh tokoh-tokoh Quraysh yang biadab itu. Bagi siapa yang ingin memeriksa ni'mat kebajikan yang melimpah-ruah dikurniakan Allah kepada Rasul-Nya ia akan menemuinya pada segala aspek yang difikirkan olehnya iaitu ia akan menemuinya pada ni'mat nubuwwah dan ni'mat hubungannya dengan Allah yang Maha Besar, kerana orang yang telah menemui Allah tidak akan kehilangan sesuatu apa. Ia akan menemuinya pada ni'mat al-Qur'an yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w., kerana satu surah dari al-Qur'an merupakan satu ni'mat kebajikan yang melimpah-ruah tidak berkesudahan.Ia akan menemuinya pada ni'mat al-mala'ul a'la (para Malaikat yang tertinggi) yang sentiasa mendoakan rahmat ke atas Rasulullah s.a.w. dan mendoakan rahmat ke atas orang-orang yang mendoakannya.Nama Rasulullah s.a.w. sentiasa berkembar dengan nama Allah baik di bumi mahupun di langit. Ia akan menemuinya pada ni'mat sunnah Rasulullah s.a.w. yang kekal berterusan sepanjang zaman di merata pelosok bumi. Berjuta-juta manusia bersilih ganti menurut sunnahnya. Berjuta-juta lidah dan bibir tak berhenti-henti menyeru namanya. Berjuta-juta hati sentiasa cinta akan sirahnya dan sentiasa mengingatinya sampai hari Qiamat.Ia akan menemuinya pada ni'mat kebajikan yang banyak yang melimpahi umat manusia dari seluruh generasi dengan sebab da'wahnya sama ada manusia-manusia yang mengenal ni'mat kebajikan itu dan beriman dengannya atau manusia-manusia yang tidak mengenalnya tetapi turut dilimpahi ni'mat ke atas mereka. Ia akan menemuinya pada ni'mat-ni'mat kebajikan dalam berbagai-bagai bentuk dan rupa yang tidak terhitung banyaknya. Sebarang usaha untuk menghitungkan ni'mat-ni'mat Allah merupakan semacam usaha hendak memperkecil-kecilkannya.Ni'mat al-kauthar yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah ni'mat yang melimpah-ruah tidak terhingga, tidak terkira dan tidak terbatas. Oleh sebab itu ayat ini ditinggalkan begitu tanpa diberi huraian yang tertentu. Ia meliputi segala kebajikan yang berkembang subur.Terdapat banyak hadith dari berbagai-bagai saluran yang menerangkan bahawa al-Kauthar itu ialah sebuah sungai di dalam syurga yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w., tetapi menurut Ibn 'Abbas sungai itu merupakan salah satu ni'mat daripada ni'mat-ni'mat kebajikan yang melimpah-ruah yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. dan pendapat ini amat munasabah dengan keterangan ayat al-Qur'an.
 
فصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
 Kerana itu dirikanlah solah dan berkurbanlah dengan ikhlas keranaTuhanmu.

Setelah menerangkan ni'mat yang melimpah-ruah yang bertentangan dengan kempen-kempen orang-orang kafir itu Allah memerintah Rasul-Nya s.a.w. supaya mensyukuri ni'mat itu dengan kewajipannya yang pertama,iaitu kewajipan melahirkan keikhlasan dan pemusatan hati kepada Allah dalam amal ibadat dan tujuannya dalam mengerjakan solat dan menyembelihkan binatang qurban dengan ikhlas kerana Allah tanpa menghiraukan kesyirikan orang-orang musyrik dan tanpa menyertai upacara ibadat mereka mengikuti perbuatan mereka yang menyebut-nyebut lain dari nama Allah ketika menyembelih qurban-qurban mereka. Keterangan yang berulang-ulang supaya disebutkan nama Allah sahaja ketika disembelih binatang-binatang korban dan diharamkan binatang-binatang sembelihan yang disebut nama lain dari nama Allah menunjukkan betapa besarnya perhatian agama Islam dalam usaha membersihkan seluruh kehidupan dari kesan-kesan syirik bukan hanya sekadar membersihkan fikiran dan hati sahaja. Islam adalah agama keesaan dalam erti katanya yang sebenar dan agama Tauhid yang bersih dan jelas,kerana itu ia memburu dan menyerang syirik dalam segala bentuk rupanya dan di mana-mana sahaja sama ada dalam hati, dalam 'ibadat dan dalam adat resam kehidupan.Kehidupan lahir dan batin ini merupakan satu kesatuan dan Islam melayani kehidupan sebagai satu kulli/kesemestaan yang tidak berbelahbahagi dan membersihkannya dari segala noda syirik dan membawakehidupan ini tawajjuh kepada Allah dalam bentuknya yang bersih dan jelas sebagaimana yang kita dapat lihat dalam masalah binatang-binatang sembelihan dan lain-lainnya dari syi'ar-syi'ar 'ibadat dan tradisi-tradisi kehidupan.

إِنَّ شَانَئكَ هُوَ الَأبْتَرُ
Sesungguhnya orang yang benci kepada engkau dialah orang yang putus keturunan.

Dalam ayat pertama Allah menerangkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah seorang yang terputus, tetapi seorang yang dikurniakan ni'mat kebajikan yang melimpah-ruah dan berterusan. Dalam ayat yang akhir ini pula Allah menjelaskan bahawa orang yang terputus itu bukannya Nabi Muhammad s.a.w., tetapi orang-orang yang memusuhi dan membencinya dan janji Allah itu amat benar kerana sebutan nama mereka telah terputus,sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. terus disebut dan disanjung tinggi.Pada hari ini kita dapat saksikan kebenaran Firman Allah yang Mulia ini dalam gambaran (kemasyhuran namanya) yang gemilang dan amat luas tidak pernah disaksikan oleh orang-orang zaman dahulu yang telah mendengar nama beliau. Keimanan, kebenaran dan kebajikan tidak mungkin terputus. Ia akan menghulurkan dahan-dahan dan cabang-cabangnya dan menunjangkan akar umbinya jauh ke dalam. Yang terputus ialah kekufuran, kebatilan dan kejahatan biarpun bagaimana ia membesar dan kuat.Ukuran-ukuran Allah berlainan dari ukuran-ukuran manusia, tetapi manusia sahaja yang terkeliru dan tertipu apabila mereka menyangka bahawa ukuran-ukuran merekalah yang menentukan hakikat-hakikat segala perkara. Di hadapan kita terpampang contoh yang diterangkan dalam ayat ini sebagai satu contoh yang jelas dan abadi. Di manakah tokoh-tokoh Quraysh yang mengejek Nabi Muhammad s.a.w. dengan ejekan-ejekan yang hina dan menarik hati orang ramai? Ketika itu mereka menyangka bahawa mereka telah berjaya menghancurkan Nabi Muhammad s.a.w. dan menyekat jalan da'wahnya, di mana mereka sekarang? Di mana nama-nama mereka dan kesan-kesan peninggalan mereka dibandingkan dengan ni'mat-ni'mat kebajikan yang melimpah-ruah yang dikurniakan kepada Rasulullah yang dicap mereka sebagai manusia yang terputus keturunannya itu?Da'wah kepada Allah, kepada kebenaran dan kepada kebajikan tidak mungkin terputus. Dan penda'wahnya juga tidak terputus. Bagaimana ia mungkin terputus, kerana ia sentiasa mempunyai pertalian yang kukuh dengan Allah yang Maha Hidup, Maha Kekal, Azali dan Abadi. Hanya kekufuran, kebatilan dan kejahatan sahaja yang terputus bersama pejuangnya walaupun dalam setengah-setengah ketika ia kelihatan panjang umur dan akar-akarnya menunjang jauh.Amatlah benar Firman Allah yang Maha Agung dan amatlah bohong tanggapan kaum Musyrikin yang melakukan tipu daya yang jahat itu.
Sebahagian Teks Dipetik Dari:Tafsir Fi Zilalil Quran

2 comments:

  1. Assalam Tuan DPM, Blog tuan telah Panglima7 linkkan dalam Blog-Blog Sahabat 1. Selamat Hari raya Aidil Adha tuan. Jika sudi...linkkan blog Panglima sekali di sini. Terima kasih.

    ReplyDelete

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR