Tidak semua yang terkandung di dalam sejarah hijrah itu mampu untuk kita ungkapkan di ruang yang amat terhad ini. Namun kita tidak mahu ketinggalan untuk menatapi mutiara hijrah yang tak pernah padam itu. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dialah yang telah menjadikan malam dan siang silih berganti bagi sesiapa yang mengambil pelajaran atau ingin bersyukur.” (Al Furqan: 62)
Kedatangan awal Muharram mengingatkan kita tentang sejarah hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Sambutlah dengan keazaman yang berkobar-kobar yang disulami dengan muhasabah dan semangat perjuangan.
Sempena Maal Hijrah dan tahun baru ini adalah masa yang tepat untuk kita memperbaiki mana yang silap. Menggilap segala aset dan potensi yang ada dalam diri kita. Sesunggungnya Allah Maha mengasihi hamba-hambanya yang bertaubat.
Berhijrahlah daripada yang tidak baik kepada yang baik, daripada yang baik kepada lebih baik. Sesungguhnya kita adalah umat terbaik.
Masalahnya apakah bekalan kita? Bekalan jalan ini hanya satu sahaja iaitu TAQWA, merasai kebersamaan dengan Allah dan penuh yakin dengan Janji Allah yang pasti benar . Firman Allah maksudnya: “Dan merupakan hak kami untuk menolong orang-orang yang beriman.” (Ar Rum: 47).
Salam Muharram dan ingatan ikhlas daripada PAS Perak sempena Maal Hijrah 1433 H.
Ikhlas Dari
Ustaz Abu Bakar Hussain
No comments:
Post a Comment