KOTA BHARU - Naib Ketua Pemuda Umno Ketereh, Rosyuri Mat Rifin ditemui mati dalam kereta, dipercayai selepas menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Rosyuri Mat Rifin, 42, ditemui dalam keadaan duduk di bahagian pemandu oleh orang awam kira-kira jam 7 pagi tadi.                                                              
Allahyarham dipercayai menghidap kencing manis dan jantung. - SINAR HARIAN.