Beliau berkata, tindakan itu langsung tidak mencermin serta melambangkan sikap orang Melayu dan Islam yang mengamalkan tata susila yang tinggi sejak sekian lama.
"Ini sangat mendukacitakan dan memalukan, gambar yang saya tengok itu bukan Melayu (yang melakukannya).
"Kita orang Islam diajar jangan buat kepada orang lain. Kalau orang lain buat kepada kita, (maka) kita akan marah," kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita pada jamuan Aidilfitri Sinar Harian di Pengkalan Chepa di sini hari ini.- Laporan Utusan Online.
Zambry Kutuk Perbuatan Biadap Pijak Gambar Pemimpin
BUTTERWORTH, 2 Sept — Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengutuk perbuatan biadap dan tidak matang berpolitik oleh segelintir pihak yang bertindak memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur pada Khamis lepas.“Perbuatan memijak gambar pemimpin dan meminta Jalur Gemilang diturunkan adalah amalan politik yang berbahaya kepada negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Batu Kawan di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Batu Kawan berkata, perbuatan memijak gambar pemimpin negara dan menurunkan bendera adalah budaya politik yang boleh merosakkan negara.
Katanya bendera adalah simbol kedaulatan raja-raja yang tercatat dalam perlembagaan negara tidak sewajarnya diperlakukan seperti itu.
Sementara itu di ALOR GAJAH, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan perbuatan itu dilihat sebagai cubaan parti pembangkang menghidupkan “ritual kegilaan” dalam menanam benih kebencian rakyat kepada pemimpin negara.
“Mereka sekarang ini ingin menghidupkan ‘ritual kegilaan’, sebenarnya ini bukan yang pertama, sebelum ini kumpulan yang membantah PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) meletak gambar Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tinggi dengan kalungan bunga menggambarkan seolah berkabung orang mati.
“Sekarang ini ditambah lagi ritual atau amalan baharu iaitu gambar dihina dengan memijak dan melondeh seluar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Alor Gajah di sini, hari ini.
Ahmad Shabery yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata alasan penganjur yang menyatakan tindakan peserta perhimpunan terbabit bukan tanggungjawab mereka tidak boleh diterima kerana penganjur mesti bertanggungjawab terhadap apa-apa yang berlaku pada perhimpunan anjuran mereka.
Justeru, katanya rakyat perlu menolak pembangkang yang kini mempamerkan wajah sebenar mereka dalam menghidupkan budaya yang tidak boleh diterima rakyat keseluruhan.- UMNO Online.
SUNGAI PETANI 2 Sept. - Kementerian Dalam Negeri akan bertindak tegas dan menyegerakan proses undang-undang terhadap pelaku tindakan biadab melakukan provokasi mahu menukar Jalur Gemilang, memijak gambar Perdana Menteri serta memaki hamun pemimpin negara pada satu perhimpunan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau mahu dalang dan "desperado" atau golongan terdesak politik itu dihadapkan ke muka pengadilan kerana kepentingan rakyat yang majoritinya mahu melihat mereka diadili mengikut peraturan dan undang-undang yang ada.
"Rakyat kebanyakannya kini sudah jemu dan meluat dengan tindakan desperado politik ini yang sudah merasa mereka akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lantas bertindak dan mencipta isu membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin kerajaan kini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Merbok yang dihadiri kira-kira 300 perwakilan di Dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini hari ini.-Utusan Online.
ABU: Tidak kira mereka dari parti mana,sama ada kepimpinan negara, kepimpinan negeri,kepimpinan politik, kepimpinan kerajaan tempatan atau kepimpinan apa sahaja, mereka adalah pemimpin dan seharusnya dihormati.Pihak-pihak yang bertanggungjawab membuat provokasi dan menghina pemimpin seharusnya dikenakan tindakan yang setimpal termasuk juga pemimpin yang menghina pemimpin lain.
No comments:
Post a Comment